laporan majlis makan malam tahunan prop-c jabatan...
TRANSCRIPT
LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PROP-C
JABATAN PENGELUARAN DAN OPERASI
Tarikh : 20 Mei 2016
Tempat : Dtmi, Uthm
Majlis makan malam tahunan PROP-C adalah majlis yang dianjurkan pada setiap
tahun atau sesi. Bagi sesi ini, majlis makan malan ini telah dijalankan pada 20 Mei
bertemakan ‘Ravel of Superheros Epic Night (ROSEN)’. Persediaan majlis ini mengambil
masa sebulan di mana terdapat 10 unit dalam menjayakan majlis ini. Setiap unit mempunyai
2 orang ketua dari tahun 3 dan selebihnya ahli dari tahun 3 dan tahun 2. Majlis ini
dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 dan 3 jurusan pengeluaran dan operasi, Fakulti
Pengurusan Teknologi Pengeluaran dan Operasi. Persiapan bagi majlis ini bermula pada 19
Mei 2016 iaitu pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang keesokan harinya.
LAPORAN PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE MODENAS DAN LAWATAN BALAS KE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
JABATAN PENGELUARAN DAN OPERASI
Tarikh : 22 - 24 November 2016
Tempat : Kedah Dan Perlis
Program merupakan medium untuk mengeratkan hubungan di antara pihak industri dan
universiti dalam membentuk mahasiswa yang berpengetahuan tinggi. Program ini
merupakan program yang sering kali dijalankan oleh Kelab Pengeluaran dan Operasi
(PROP-C). Program ini disertai oleh 44 orang pelajar dan 2 dua orang pensyarah pengiring.
Program ini melibatkan dua buah universiti iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Kami bertolak dari UTHM pada jam 11 malam
dan tiba di masjid yang terletak di Pulau Pinang untuk solat subuh dan bersihkan diri.
Setelah selesai, kami bergerak ke Padang Besar dan tiba pada jam 9.45 pagi. Kami
dibenarkan untuk membeli belah dan bergerak ke UUM pada jam 2 petang yang mana
mengambil masa 30 minit untuk kami tiba di UUM.
Setelah tiba di UUM, kami telah disambut oleh wakil dari kelab MOTIC UUM iaitu saudara
Haris. Seterusnya kami dibawa masuk ke tempat penginapan pelajar dan pensyarah di
Inasis SME Bank. Program di UUM bermula pada jam 9.00 malam di mana kami bersuai
kenal dengan pelajar-pelajar dari kelab motic UUM dan bersurai pada jam 10.30 malam.
Keesokan harinya, semua peserta dibawa ke Anjung tamu UUM untuk sesi pengenalan
berkenaan UUM. Seterusnya, kami dibawa ke Pusat Pengurusan Teknologi dan Logistik
untuk sesi bersama dekan fakulti atau pusat tersebut. Kemudian, semua peserta juga
melawat perpustakaan UUM, kandang kuda, kandang rusa dan ‘Varsity Mall’ yang terletak di
dalam kampus UUM.
Setelah selesai sesi kami di UUM, semua peserta dan pensyarah pengiring bersiap-siap
untuk bergerak pulang ke UTHM. Kami bergerak pulang dari UUM pada jam 3.30 petang dan
sampai di UTHM pada jam 1.30 pagi.
LAPORAN MINGGU PA PERDANA
JABATAN PENGELUARAN & OPERASI
Tarikh : 26 April 2016
Tempat : Sekitar FPTP
LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
JALINAN KASIH ANJURAN JABATAN PENGELUARAN & OPERASI
Tarikh : 16 Mei 2016
Tempat : Rumah Orang Tua Sri Kenangan, Johor Bahru
Program khidmat siswa yang telah dirasmikan oleh mantan dekan fakulti, Prof Madya
Dr. David Martin yang berlangsung bermula jam 8 pagi sehingga lewat jam 3 petang
mengumpulkan kekutan tenaga seramai hampir 25 orang bersama irigan 5 orang pensyarah
dari Jabatan Pengurusan Pengeluaran & Operasi bagi sama-sama beramah mesra dan
membantu menjalankan kerja-kerja amal seperti mengecat dan membersihkan halaman
lokasi program tersebut.
LAPORAN PROGRAM FRIENDLY TIES
PELAJAR TAHUN 1 JABATAN PENGURUSAN PENGELUARAN & OPERASI
ANJURAN KELAB PENGELUARAN & OPERASI
Tarikh : 24 September 2016
Tempat : Sekitar fakulti & Library
LAPORAN PROGRAM PROP-C BUSINESS TALK
ANJURAN KELAB PENGELUARAN & OPERASI
JABATAN PENGURUSAN PENGELUARAN & OPERASI
Tarikh : 27 – 29 September 2016
Tempat : Bilik Seminar 1, FPTP
LAPORAN MINGGU PA PERDANA
JABATAN PENGELUARAN & OPERASI KE-II
Tarikh : 13 Disember 2016
Tempat : Bilik seminar 1, FPTP