laporan gotong-royong

7
LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA SK MERU,2014 1.0 TAJUK PROGRAM 1.1 Gotong-royong Perdana SK Meru 2014 2.0 TEMPOH PELAKSANAAN 2.1 Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu) 2.2 Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 3.0 TEMPAT 3.1 Sekitar kawasan sekolah 4.0 OBJEKTIF 4.1 . Mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan kondusif. 4.2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya sekolah ceria. 4.3. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah. 5.0 AJK INDUK PROGRAM Penasihat : Tn. Hj. Md San Bin Suwandi Pengerusi : En. Alias Bin Atan En. Mohamad Muhan Bin Ismail Pn. Rozita Bt Jantan Pn. Noor Asmawiah Bt Muhammad

Upload: hapizah-haron

Post on 15-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA SK MERU,2014

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Gotong-royong Perdana SK Meru 2014

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

2.1 Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu) 2.2 Masa : 8.00 pagi 12.00 tengah hari

3.0 TEMPAT

3.1 Sekitar kawasan sekolah

4.0 OBJEKTIF

4.1 . Mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan kondusif. 4.2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya sekolah ceria.4.3. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.

5.0 AJK INDUK PROGRAM

Penasihat : Tn. Hj. Md San Bin SuwandiPengerusi : En. Alias Bin Atan En. Mohamad Muhan Bin Ismail Pn. Rozita Bt Jantan Pn. Noor Asmawiah Bt MuhammadPenyelaras: Pn. Hapizah Bt HaronSetiausaha: En. Mohammad Azraai Bin KasaBendahari: En. Mohd Salmizan Bin IbrahimBuku Program : Pn. Jariah Bt AmirDokumentasi: Pn. Hapizah Bt Haron: En. Mohammad Azraai Bin Kasa

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1 Pendaftaran

6.2 Taklimat ringkas

6.3 Pembahagian kerja mengikut kumpulan:

i. Zon A berdekatan kawasan Anjung Bestari

ii. Zon B kawasan kolam ikan

iii. Zon C kawasan pondok berhampiran kantin

6.4 Jamuan makan & penyampaian sijil penyertaan

7.0 KEBERKESANAN PROGRAM

7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK PIBG dan ibu bapa murid yang tinggal di kawasan persekitaran.7.2 Guru dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pekerja swasta di kawasan sekolah.7.3 Sekolah dapat diceriakan dengan tumbuhan-tumbuhan yang berwarna-warni.

8.0 MASALAH/KEKURANGAN

8.1Sangat sedikit penglibatan daripada ibu bapa dalam program gotong-royong ini8.2Kekurangan tenaga peserta menyebabkan sebahagian kawasan gotong-royongterpaksa dibatalkan bagi meramaikan peserta di kawasan yang lain.

9.0 LAPORAN

Seramai lebih kurang 80 orang termasuk guru-guru, pekerja pembersihan sekolah, dan ibu bapa menghadirkan diri untuk program yang dikelolakan oleh Unit HEM sekolah ini. Semua peserta mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum Tn Hj Mad San b Suwandi selaku pengerusi program memberi sedikit taklimat tentang pengagihan dan perjalanan kerja pada hari itu.Sarapan yang disediakan dalam bentuk bungkusan dapat diagihkan dengan baik kepada semua peserta gotong-royong. Semua peserta bersarapan di zon-zon bertugas.Perjalanan slot gotong royong berlangsung dengan baik, kerja-kerja dijalankan dengan penuh semangat bersatu padu dan bekerjasama. Sijil penglibatan peserta untuk program ini disampaikan sebelum semua peserta beransur pulang. Pembersihan dan keceriaan kawasan berjaya dijalankan mengikut perancangan. Aktiviti gotong-royong berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

9.0 PENUTUP

Program Gotong-royong Perdana dapat berjalan lancar dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada guru-guru, pekerja-pekerja swasta di sekolah, dan ibu bapa yang tinggal di kawasan berdekatan sekolah. Semoga aktiviti ini dapat membantu menceriakan lagi seluruh kawasan sekolah lantas mewujudkan suasana kondusif untuk penerimaan pembelajaran murid-murid.

Disediakan oleh,

Setiausaha,Unit Kebersihan TamanSK Meru.

10.0 LAMPIRAN

Gambar-gambar aktiviti gotong-royong perdana :