kertas kerja gotong-royong

35
1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. 1

Upload: halimaton-saadiah

Post on 15-Nov-2015

2.980 views

Category:

Documents


91 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

1.0 PENGENALANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK 1 Taman Selayang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti. 3.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat

:Pn. Minah bt Ali, Guru Besar

Pengerusi

:Pn. Hurul Ain Zahra, GPK HEM

Pengerusi Bersama:YDP PIBG

Naib Pengerusi:Pn. Raja Asharish bt Raja Jafar , GPK Pentadbiran

En. Zalatef b. Ibrahim, GPK Kokurikulum

NYDP

Penyelaras

: Pn. Halimaton Saadiah bt Abdullah, Penyelaras 3K

Bendahari

: Bendahari PIBG

Juruacara Majlis: Pn. Marzuwani bt Mokhtar

Buku Program: Pn. Faridah bt Jamaluddin

Pn. Rosniza Binti Rosly

Makanan

: Pn. Siti Noraisyah bt. Ahmad

Pn. Juliana bt Mohd Noor

Pn. Amiza bt Adnan

Pn. Syamshiddar bt Aman

Peralatan

: En. Gailani b Hussain

Cik Ezwany bt Abdullah

Pn. Intan Delaila Binti Mohd Nor

AJK PIBG

PA System

: En. Kumar Rao

AJK PIBG

Persiapan Dewan: En. Ranysho b. Panjang

& Kantin Sekolah Pn. Nur Shafawati bt Mohd Ali

Pn. Zaini Binti Ramli

Pn. Aziah Binti Othman

Pekerja Swasta

Disiplin dan

: Pn. Azura bt. Alang

Keselamatan

Pn. Rapiza Binti Miswan

Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar

Disediakan oleh

...

(HALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH)

Penyelaras J/K 3K,

SK 1 Taman Selayang

68100 Batu Caves,

Selangor.

Disemak oleh

....

(PN, RAJA ASHARIAH BT RAJA JAFFAR)

GPK PENTADBIRAN,

SK 1 Taman Selayang

68100 Batu Caves,

Selangor.

Disahkan oleh,

....

(PN MINAH BT. ALI)

Guru Besar

SK 1 Taman Selayang

68100 Batu Caves,

Selangor.

3.1 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

( MENGIKUT AGIHAN KAWASAN )BIL.KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1.Longkang

1.Di bahagian sekitar kantin dan makmal komputer.

2.Di bahagian sekitar blok sekolah.1. En. Sharif Bin Salleh

2. Wakil PIBG/ibu bapa

3. Murid Tahun 6 Cekal

2.Kolam & Lanskap1. Pn. Haslina bt. Yaacob

2. Wakil PIBG/ibu bapa

3. Murid Tahun 5 Cekal

3.Tapak Perhimpunan dan Kawasan Koridor1. Pn. Norazah bt M. Nasir

2. Wakil PIBG/ibu bapa

3. Murid Tahun 4 Cekal

4.Mengecat Dan Memasang Papan Tanda1. En. Shafit b. Ishak

2. Wakil PIBG/ibu bapa

3. Murid Tahun 3Cekal

5.Surau1. Pn. Noredah bt. Zainal Abidin

2. Wakil PIBG/ibu bapa

3. Murid Tahun 2 Cekal

Agihan Tugas mengikut kelas

BilKawasan/KelasKetua dan Kumpulan Terlibat

1.Blok C

( Kelas Tahun 4,5 & 6)

1. Pn Nurhajarul Aswad bt Desa

2. Pn. Zulaifa bt Deraman

3. Pn. Dewi Rahimi bt Subari

4. Murid 10 orang

2.Blok B

( Kelas Tahun 1,2 & 3)

1. Pn. Jalilah bt Miswan

2. Pn. Siti Fatimah bt Salleh

3. Pn. Musalma bt Saat

4. Murid 10 orang

3.Blok A

( Perpustakaan, Bilik Pemulihan & Bilik Muzik )

1. Pn. Hasrul Akmar bt Hassan

2. Cik Ezwany bt Abdullah

3. Pn. Shamanil Qamar bt Awang

4. Murid 10 orang

4.Bengkel Kemahiran Hidup1. En. Amiruddin b. Sulaiman

2. Pn. Hasnizah bt Hassan

3. Murid 10 orang

5.Makmal Komputer1. En. Muhaimin b. Mohd Nor

2. Pn. Noorasmaliza bt Mat Alias

3. Murid 10 orang

6.Makmal Sains 1. Pn. Saniza bt Matuhu

2. Pn. Rosniza Binti Rosly

3. Murid 10 orang

4.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh

: 06 September 2014 (Sabtu)

Tempat

: Kawasan sekitar SK 1 Taman Selayang

Masa

: 8.00 pagi 11.30 pagi

Pakaian

: Pakaian sukan

4.1TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

8.00 pagiKetibaan Ibu bapa / Penjaga ke sekolah

8.15 pagiTaklimat agihan tugas

8.30 pagiGotongroyong bermula

11.00 pagiKetibaan tetamu VIP

11.30 pagiJemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar sekolah

12.00 petangHadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan dari YDP PIBG & tetamu VIP.

12.30 petangMakan tengahari dan majlis bersurai

5.0 SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:

a) PIBG

= RM1,000.00

b) Keperluan pembiayaan/sumbangan= RM1,000.00

Jumlah Keseluruhan

= RM2,000.00

5.1ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Murid

= 171 orang

b) Ibu bapa

= 80 orang

c) Guru

= 22 orang

d) AJK PIBG

= 7 orang

__________

Jumlah

= 280 orang

5.1.1 Makan dan minum untuk makan tengahari

a)Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)

b)Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)

Jumlah = RM3.00

Keseluruhan : 280 x RM4.00 = RM 1,120

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,120

5.1.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

BilPeralatanHargaJumlah

(RM)

1.Tin Cat (Batu perhiasan)3 unit x RM50.00150.00

2.Tin Cat (Tiang garaj kereta)3 unit x RM20.0060.00

3.Berus Cat20 unit x RM5.00100.00

4.Penggarit50 unit x RM6.00300.00

5.Plastik Beg Sampah10 unit x RM2.0020.00

6.Berus Sabut

10 unit x RM2.5025.00

7.Sabun Pencuci3 unit x RM10.0030.00

8.Berus Longkang5 unit x RM6.0030.00

9.Pencedok longkang5 unit x RM8.0040.00

10Runcit125.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM880.00JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM1,120 + RM880.00 = RM2,000.006.0 IMPLIKASI / FAEDAH PROGRAM KEPADA PELAJAR, SEKOLAH DAN DIRI DARI ASPEK KEPIMPINAN.

Dalam meniti kehidupan pada masa kini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.

Amalan bergotong-royong sudah pastinya dapat memperindah tempat tinggal termasuklah sekolah. Kebersihan sekolah merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, sekolah yang merupakan tempat anak-anak kita mendapatkan ilmu akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai seorang guru, kita tentu mahu akan kecantikan sekolah kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotongroyong kita dapat memperindah sendiri kawasan sekolah tambahan pula gotong royong yang dijalankan bersam ibubapa dan murid-murid. Sudah pasti kita dapat mengeratkan perpaduan bukan sahaja sesame guru tetapi juga dengan ibubapa pelajar-pelajar kita. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan sekolah kita sentiasa bersih dan indah,pihak luar yang dating ke sekolah kita juga akan menyukai kawasan sekolah kita secara langsung dan akan sentiasa bercerita dengan orang luar tentang kecantikkan sekolah kita.

Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotongroyong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan bukan sahaja tempat tinggal malahan juga sekolah daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalau kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan sekolah khususnya.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melalui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing. Sebagai contoh, gotong royong yang dijalankan di sekolah pasti dapat mengeratkan perpaduan antara pihak sekolah dengan ibubapa dan murid.

Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat terutama ibubapa. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat tolong menolong dan bekerjasama. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali ibubapa murid kita secara mendalam. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan bilik guru, bilik darjah, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan dengan pihak luar terutamanya ibubapa. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hubungan dengan ibubapa dan murid sangat penting kerana untuk membina kejayaan murid-murid, hubungan guru dengan ibubapa perlu baik supaya segala masalah berkaitan dengan anak-anak mereka dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai.

Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak termasuk menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin. Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Secara tidak langsung dapat melahirkan pemimpin yang berjaya. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Aktiviti gotong royong perdana yang dijalankan di SK 1 Taman Selayang banyakmendatangkan kebaikkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada kepada guru, murid-murid, ibu bapa dan semua pihak. Namun ada sedikit penambah baikkan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah.

Pertama, sebaiknya aktiviti gotong royong ini melibatkan lebih ramai murid dan ibu bapa. Ini dapat menjadikan kerja pembersihan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Aktiviti gotong royong juga akan lebih meriah jika lebih ramai ibu bapa yang hadir. Bak kata perpatah, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

Selain daripada itu, aktiviti ini boleh dijadikan aktivti wajib di mana ia diadakan setiap tahun. Amalan gotong royong ataupun menjaga kebersihan merupakan sesuatu yang sangat disukai oleh Allah SWT kerana bersih dapat menghindarkan diri kita dari dikelilingi oleh syaitan. Oleh itu, tempat yang bersih ditambah pulak dengan tempat menuntut ilmu, maka amatlah baik jika amalam gotong-royong ini dapat dijalankan sekerap yang mungkin.

Seterusnya, pihak sekolah juga boleh memohon bantuan PIBG bagi menyumbangkan pokok-pokok bunga untuk ditanam di kawasan sekolah. Untuk menjalankan aktiviti ini juga, segala peralatan perlu disediakan dengan cukup. Begitu juga dengan sumber kewangan.

SEKOLAH KEBANGSAAN 1 TAMAN SELAYANG68100 BATU CAVES, SELANGOR

GOTONG ROYONG PERDANA.

TARIKH:06 SEPTEMBER 2014

HARI

: SABTU

TEMPAT:SK. 1 TAMAN SELAYANG

MASA

: 8.00 PAGI

Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru, staf bukan akademik, pekerja swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan murid-murid yang dipilih khas, Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang.

Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing untuk di bersih dan dikemaskan. Seawal jam 7.40 pagi, semua murid yang dipilih dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah;

Menjadikan sekolah bersih, kemas,baik dan selamat untuk menjalankan P&P

Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan guru-guru dan semua warga SK. 1 Taman Selayang dan mengamalkan sikap cintakan kebersihan.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit berjangkit seperti Denggi & HINI.

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Respon yang diterima daripada para peserta gotong royong juga menjadikan pihak sekolah berasakan bahawa aktiviti ini perlu diadakan setiap tahun. Antara respon tersebut ialah, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid. Selain itu ia dapat menjadikan badan kita sihat kerana aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh. Selain daripada itu, aktiviti ini juga menjadikan semua pihak gembira kerana dapat mengindahkan kawasan sekolah iaitu tempat untuk mendapatkan ilmu..

Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang 2014.

Disediakan Oleh :

(PN.HALIMATON SAADIAH BT. ABDULLAH)

1. PENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK 1 Taman Selayang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.2. TUJUAN & OBJEKTIF2.1Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid,

ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan.

2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti. 3. NAMA AKTIVITI

Program Gotong Royong SKTS1.

4. TARIKH06 September 2014 (Sabtu)

5. ANJURAN

SK 1 Taman Selayang bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG).

6. TEMPAT

SK 1 Taman Selayang 7. BILANGAN PESERTA

25 orang guru

171 orang pelajar

80 orang ibu bapa 8. JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Rujuk Lampiran A

9. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

10. AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

Rujuk Lampiran C

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran D12. PENUTUP

Semoga semua objektif yang digariskan dalam kertas kerja program ini tercapai dan diharapkan agar usaha ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dan diberkati oleh Allah.

Disediakan oleh,

.

(HALIMATON SAADIAH BT. ABDULLAH)

Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana

Disokong oleh, .

( ENCIK ZALATEF B. IBRAHIM )Penolong Kanan Kokurikulum

SK 1 Taman SelayangDiluluskan oleh,

................................................................

( MINAH BT ALI ) Guru Besar

SK 1 Taman Selayang

Ulasan:_____________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________ JAWATANKUASA INDUK

(AKTIVITI KEMASYARAKATAN)

GOTONG ROYONG

Penaung

:Puan Minah bt Ali

Guru Besar, SK1TSPenasihat

:Puan Raja Ashariah bt. Raja Jafar

Penolong Kanan Pentadbiran

Pengerusi

:Puan Hurul Ain Zahra

Penolong Kanan HEM

Penyelaras :Encik Zalatef b. Ibrahim

Penolong Kanan Kokurikulum

Pen. Penyelaras :Halimaton Saadiah bt Adbullah Ajk

: Roslan Bin Maydin

Norazah bt. M. Nasir Hasrul Akmar bt. Hassan Mohammad Fauzi b Selamat

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil.JawatankuasaNamaTugasan

1.Aktiviti &Taklimat ProgramMuhammad Sharif Bin Mohamad Said

Roslan Bin Maydin

13. Mengadakan taklimat bersama peserta sebelum program dijalankan

14. Membahagikan murid mengikut kumpulan gotong royong

2.Bacaan DoaM. Zul Amin B Md. Isa15. Menyediakan teks bacaan doa

16. Membaca doa

3.Alatan

En. Abdul Aziz b. Lahakim (k)17. Menyediakan peralatan yang diperlukan

18. Memastikan semua barangan berada dalam keadaan baik dan selamat.

19. Menyediakan murid untuk aktiviti gotong royong.

4.Sijil & HadiahPuan Hadijah Bt Hasaan20. Tempahan beg cenderahati21. Tempahan sijil, senarai nama, cetakan sijil

5.Seranta / PA Sistem & DokumentasiMohd. Sharif B M. Said

22. Penyediaan screen, alatan majlis, tempat dan suasana (sistem bunyi latar)23. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh untuk pendokumentasian

24. Merakam gambar sepanjang majlis berlangsung

6.Persiapan Tempat Marziana Bt. M.Hashim

Che Nur Shuhadah Binti Ghazali25. Memastikan penyelia surau telah dihubungi dan dimaklumkan..

26. Menetapkan kawasan yang akan dibuat gotong royong.

7.PendaftaranNoorlelasari27. Menyediakan borang kehadiran peserta

28. Mengambil dan menguruskan kehadiran peserta kursus

8.JamuanAina Fatini Bt M. Safian29. Perancangan menu dan tempahan mengikut kategori (kontegensi)

30. Penyediaan tempat, keceriaan , hidangan, pengagihan (sistematik)

31. Kebersihan, keselesaan tempat, susunatur32. Protokol dan layanan tetamu kehormat dan pensyarah

9.KebersihanM.Azmi B Ismail 33. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar dewan sepanjang program berlangsung

34. Menyediakan tong sampah bagi memudahkan peserta membuang sampah di tempat yang telah di sediakan

10.JemputanFarhana Bt Samuran35. Menyediakan surat kepada pihak surau .

36. Mengedarkan surat dan jemputan kepada penduduk setempat.

TENTATIF PROGRAM

KHIDMAT MASYARAKAT

Tarikh

: 06 September 2014 (Sabtu)

Tempat

: Kawasan sekitar SK 1 Taman Selayang

Masa

: 8.00 pagi 11.30 pagi

Pakaian

: Pakaian sukan

MASAAKTIVITI

8.00 pagiKetibaan Ibu bapa / Penjaga ke sekolah

8.15 pagiTaklimat agihan tugas

8.30 pagiGotongroyong bermula

11.00 pagiKetibaan tetamu VIP

11.30 pagiJemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar sekolah

12.00 petangHadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan dari YDP PIBG & tetamu VIP.

12.30 petangMakan tengahari dan majlis bersurai

* Tertaluk pada perubahan

AKTIVITI & SKOP TUGAS

1Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada murid khususnya yang berada di sekolah.

2Kolam Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok A dan B merupakan kawasan tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para murid akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

3Tapak perhimpunan dan koridor bangunan Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya kawasan tapak perhimpunan.

4Mengecat dan Memasang papan tanda Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.5Surau Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

5Kelas

Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:

c) PIBG

= RM1,000.00

d) Keperluan pembiayaan/sumbangan= RM1,000.00

Jumlah Keseluruhan

= RM2,000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

e) Murid

= 171 orang

f) Ibu bapa

= 80 orang

g) Guru

= 22 orang

h) AJK PIBG

= 7 orang

__________

Jumlah

= 280 orang

Makan dan minum untuk makan tengahari

a)Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)

b)Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)

Jumlah = RM3.00

Keseluruhan : 280 x RM4.00 = RM 1,120

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,120

Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

BilPeralatanHargaJumlah

(RM)

1.Tin Cat (Batu perhiasan)3 unit x RM50.00150.00

2.Tin Cat (Tiang garaj kereta)3 unit x RM20.0060.00

3.Berus Cat20 unit x RM5.00100.00

4.Penggarit50 unit x RM6.00300.00

5.Plastik Beg Sampah10 unit x RM2.0020.00

6.Berus Sabut

10 unit x RM2.5025.00

7.Sabun Pencuci3 unit x RM10.0030.00

8.Berus Longkang5 unit x RM6.0030.00

9.Pencedok longkang5 unit x RM8.0040.00

10Runcit125.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM880.00JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM1,120 + RM880.00 = RM2,000.00

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

GAMBAR-GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG ROYONG DI SK 1 TAMAN SELAYANG

06/09/2014

29