laporan bina insan guru fasa iv

4
Laporan Bina Insan Guru Fasa IV Pada 09 Mac 2015 sehingga 12 Mac 2015, guru-guru pelatih PISMP SEM 4 Ambilan Jun 2013 telah melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Pasca Banjir yang dikendalikan oleh IPGM. Program Bina Insan Guru (BIG) Pasca Banjir ini dijalankan sepanjang 4 hari dan kami telah berkumpul di IPG Kampus Ipoh. Sekolah yang kami berkhidmat adalah SK Pasir Panjang Ulu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah SKM (sekolah kurang murid) hanya seramai 49 orang murid. Opsyen prasekolah diberi tugasan seperti melukis mural, mengecat dinding dan pagar, “spray” anak panah di lorong kecemasan. Maka kumpulan kami telah memilih tugasan melukis mural yang berkaitan dengan huruf abjad. Melukis mural bertujuan mencungkil kreativiti dan ekspresi diri dalam kesenian untuk membantu kanak-kanak mengingati dan mendalami keperluan menjalani pembelajaran yang baik dalam mendapatkan mempelajari dalam kehidupan harian. Mural adalah cara menggambar atau melukis di atas media dinding, tembok atau permukaan luas yang bersifat kekal lain. Berbeza dengan grafiti yang lebih menekankan hanya pada isi tulisan dan kebanyakan dibuat dengan cat semburan maka mural tidak demikian, mural lebih bebas dan boleh menggunakan media cat tembok atau cat kayu bahkan cat

Upload: jay-kiki

Post on 25-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Laporan Bina Insan Guru Fasa IV

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Fasa IV

Laporan Bina Insan Guru Fasa IV

Pada 09 Mac 2015 sehingga 12 Mac 2015, guru-guru pelatih PISMP SEM

4 Ambilan Jun 2013 telah melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Pasca

Banjir yang dikendalikan oleh IPGM. Program Bina Insan Guru (BIG) Pasca

Banjir ini dijalankan sepanjang 4 hari dan kami telah berkumpul di IPG Kampus

Ipoh. Sekolah yang kami berkhidmat adalah SK Pasir Panjang Ulu. Sekolah ini

merupakan sebuah sekolah SKM (sekolah kurang murid) hanya seramai 49

orang murid. Opsyen prasekolah diberi tugasan seperti melukis mural, mengecat

dinding dan pagar, “spray” anak panah di lorong kecemasan. Maka kumpulan

kami telah memilih tugasan melukis mural yang berkaitan dengan huruf abjad.

Melukis mural bertujuan mencungkil kreativiti dan ekspresi diri dalam

kesenian untuk membantu kanak-kanak mengingati dan mendalami keperluan

menjalani pembelajaran yang baik dalam mendapatkan mempelajari dalam

kehidupan harian. Mural adalah cara menggambar atau melukis di atas media

dinding, tembok atau permukaan luas yang bersifat kekal lain. Berbeza dengan

grafiti yang lebih menekankan hanya pada isi tulisan dan kebanyakan dibuat

dengan cat semburan maka mural tidak demikian, mural lebih bebas dan boleh

menggunakan media cat tembok atau cat kayu bahkan cat atau pewarna apapun

juga seperti kapur tulis atau alat lain yang boleh menghasilkan gambar.

Mural pertama adalah melukis huruf abjad. Kami mempunyai konsep

melukis huruf abdjad kerana bahan mengenal huruf ABC ini merupakan slide

untuk murid-murid mengenal huruf a-z huruf kecil dan A-Z huruf besar, ini kerana

kebanyakkan murid masih belum dapat menguasai huruf ABC ini dengan baik.

Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-

murid kita yang masih belum mengenal huruf ABC dengan baik.

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Fasa IV

Pembelajaran tentang huruf sepatutnya lebih menyeronokkan dan sedikit

mencabar untuk awal kana-kanak bagi menarik minat mereka. Semikian juga,

kanak-kanak boleh dibimbing dari awal dalam hidup mereka untuk menghargai

sifat-sifat yang simbolik melalui penulisan yang boleh digunakan sebagai alat

tambahan untuk membantu perkembangan mereka. Antara individu yang boleh

membantu yang boleh membantu perkembangan kanak-kanak dalam

pengetahuan huruf yang pelbagai ini adalah guru, ibu bapa, dan para pakar yang

lain.

Mural kedua yang kami melukis adalah tentang Reka Bentuk dan

Teknologi. Mural yang dihasilkan pada dinding bengkel Reka Bentuk Dan

Teknologi ialah pelbagai peralatan dan sebuah kotak peralatan. Tujuan kami

menghasilkan mural ini kerana teradapat pelbagai peralatan di dalam bengkel

reka bentuk dan teknologi. Contoh peralatan yang didapati dalam bengkel reka

bentuk dan teknologi ialah berus cap, tukul,gergaji, playar gabung, mesin gerudi

mudah alaih dan sebagainya. Selain itu, murid akan mengetahui ada banyak

kotak peralatan di dalam bengkel itu melalui mural ini. Melalui mural ini, murid-

murid juga akan menjaga keselamatan semasa memasuki bengkel ini kerana

murid-murid mengetahui peralatan yang di dalam bengkel itu adalah sangat

bahaya.

Pada hari tersebut, kami telah menyediakan bahan yang kami digunakan

untuk melukis mural seperti pensil, pemadam dan lukisan. Warna dan alatan

melukis seperti berus akan disediakan oleh pihak sekolah tersebut. Kami

bertolak dari IPG Kampus Ipoh dari pukul 830 pagi dan sampai ke SK Pasir

Panjang Ulu pada jam 10 pagi. Selepas bersarapan yang disediakan oleh IPG

Kampus Ipoh, taklimat juga disampaikan sebelum mula melaksanakan tugasan.

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Fasa IV

Selepas mengambil bahan warna dan alatan melukis, kami pun

memulakan melukis mural di dinding luar bilik pemulihan dan bilik Reka Bentuk

dan Teknologi. Dengan usaha selama 4 jam, kami telah berjaya menghasilkan

mural yang cantik. Malah kami tidak sempat menghiaskan untuk memenuhkan

ruang kosong kerana tidak cukup masa. Walau bagaimanapun, kami sangat

memuaskan hati dengan penghasilan karya mural tersebut.

Selepas menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG), kami dapat

pengalaman serta kemahiran yang baru dengan menghasilkan mural dan kami

merasa sangat gembira kerana dapat mencantikkan sekolah tersebut. Selepas

makan tengah hari yang disediakan oleh SK Pasir Panjang Ulu, kami pulang

pada pukul 330 petang.