laporan program bina insan guru
TRANSCRIPT
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
1
Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4
Khidmat Kemasyarakatan- Sayangi Kawasan Sekolah Anda
Program Bina Insan Guru Fasa 4 merupakan salah satu program yang
wajib dilaksanakan oleh semua peserta Program Pensiswazahan Guru
(PPG). Program untuk fasa keempat ini melibatkan pelaksanaan merancang
kawasan angkat untuk sekolah yang telah dipilih. Aktiviti ini bertujuan
meningkatkan profesionalisme keguruan dan khidmat masyarakat di kalangan
peserta. Satu mesyuarat dan pelantikan AJK kerja telah diadakan pada 8
Mac 2014, semua ahli Kumpulan Bahasa Melayu 1, Program
Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 telah bersetuju untuk
menjalankan Program BIG pada kali ini di SK Kampong Selamat, Tasek
Gelugor, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd
Azmi Bin Aminudin manakala penyelaras program ialah Puan Asmah Bt
Jamaluddin yang juga merupakan guru di sekolah tersebut. Mesyuarat juga
turut disertai pensyarah pembimbing iaitu En. Mohamad Zahir Bin Nasir.
Tema program pada kali ini ialah Sayangi Kawasan Sekolah Anda dan aktiviti
yang dicadangkan ialah gotong –royong membina Taman Herba.
Taklimat BIG Fasa 4 dan mesyuarat kali pertama bersama
pensyarah pembimbing
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
2
Kain rentang program
Seramai 23 orang guru peserta program PPG dan 20 orang murid
tahun 4 dan 5 dari sekolah berkenaan telah menyertai aktiviti yang telah
diadakan pada hari Sabtu 3 Mei 2014 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Seawal jam 8.00 pagi, kesemua peserta PPG telah berkumpul di SK
Kampong Selamat bagi menjalankan program BIG Fasa 4 ini. Kesemua
peserta yang terdiri daripada guru-guru PPG dan murid telah membuat
pendaftaran. Program pada pagi itu telah dimulakan dengan aktiviti
senamrobik yang dikendalikan oleh murid-murid SK Kampong Selamat.
Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama tiga puluh minit dan disertai
dengan penuh semangat oleh peserta-peserta PPG serta murid-murid.
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
3
Tepat jam 9.00 pagi, majlis perasmian program telah disempurnakan
oleh Guru Besar SK Kampong Selamat, Puan Hawa Bt Mat Yazid. Beliau juga
turut mengalu-alukan kedatangan para peserta dan berharap aktiviti dapat
dijalan dengan baik seperti yang dirancang. Beliau juga turut berharap agar
murid-murid juga mendapat manfaat daripada program yang dijalankan
seperti semangat kerjasama dan sayangi sekolah dapat dipupuk melalui
program ini. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada pihak
sekolah, Ketua Kumpulan Bahasa Melayu, Encik Mohd Azmi Bin Aminudin
telah menyampaikan cenderamata kepada guru besar SK Kampung
Selamat.
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
4
Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sk Kampong Selamat dan
penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
5
Para peserta PPG semasa perasmian program
Majlis berehat seketika untuk kudapan jam 10.00 pagi dan pada jam
10.30 pagi, taklimat ringkas tentang aktiviti telah diberi kepada murid-murid
supaya mereka mendapat gambaran sebenar tentang aktiviti yang akan
dijalankan. Murid-murid juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
bagi membantu guru-guru menyiapkan Taman Herba.
s
Sssssdf
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
6
Sesi taklimat dan pembahagian kumpulan
Setelah selesai aktiviti pembahagian kumpulan, para peserta telah
dibawa ke tapak taman herba. Di sini bermulalah aktiviti mengemas dan
meratakan tanah sebelum aktiviti menanam pokok-pokok herba. Antara
pokok herba yang ditanam ialah pokok cekur, lidah buaya, pegaga, inai dan
sebagainya. Guru-guru dan murid-murid juga turut mengecat dan menyusun
atur semula hiasan dalam taman herba. Semua peserta program begitu
bersemangat menjalankan aktiviti penanaman dan pengubahsuaian taman
herba. Aktiviti ini telah berlangsung sehingga jam 5.00 petang. Setelah
selesai mengemas dan membersihkan tempat serta peralatan, murid-murid
dan guru-guru PPG pun bersurai.
Murid-murid mengambil peralatan
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
7
Gambar –gambar sekitar aktiviti gotong-royong membina
Taman Herba
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
8
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
9
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
10
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
11
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah
12