laporan akhir program business mania · di samping itu, kami turut mengundang pihak-pihak luar yang...
TRANSCRIPT
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
1
LAPORAN AKHIR PROGRAM BUSINESS MANIA KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25-27 APRIL 2014
COLLEGE ARENA DAN SKYLIGHT, KOLEJ IBU ZAIN
ANJURAN
EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN DAN EKSEKUTIF ICT DAN
PENERBITAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
DISEDIAKAN OLEH: NURUL FADHILAH BINTI
MUHAMMAD
A143972
KEMAHIRAN INSANIAH: KEMAHIRAN KREATIF DAN
INOVATIF
PENSYARAH: Dr. SYAIMAK BINTI ABDUL SHUKOR
FAKULTI: KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
2
BORANG KELULUSAN JPPEL ( BAHAGIAN HADAPAN)
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
3
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
4
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan daripada JPPEL untuk mengadakan program Business
Mania yang akan diadakan pada 25-27 April 2014 bertempat di College Arena
dan Skylight, Kolej Ibu Zain.
2.0 PENGENALAN
Business Mania adalah merupakan program berbentuk keusahawanan yang
dianjurkan oleh Sekretariat Business Mania yang dipimpin oleh Eksekutif
Keusahawanan, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain (KIZ). Business Mania
dianjurkan untuk menyediakan platform kepada mahasiswa/i yang menjalankan
Online Business untuk mempromosikan produk mereka secara nyata serta
memberi peluang kepada mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara
kecil-kecilan di universiti untuk meluaskan jaringan pemasaran mereka
terutamanya kepada mahasiswa/i UKM.
Di samping itu, program ini juga bercadang untuk melancarkan satu laman web
rasmi perniagaan di Facebook iaitu ’’UKM Mall’’ yang akan dirasmikan oleh
Ybhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar & Alumni), UKM , di mana laman ini akan mengumpulkan mahasiswa/i
yang telah menjalankan perniagaan secara online dan juga para peniaga luar
untuk memasarkan serta mempromosikan produk mereka. Laman web ini juga
dapat memberi kemudahan kepada program-program lain untuk mencari
mahasiswa/i yang berminat untuk berniaga di program mereka. Kesan jangka
panjang laman web ini ialah dapat membantu serta memajukan perniagaan
mahasiwa/i UKM.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menonjolkan bakat usahaniaga
dalam diri mahasiswa/i di samping mendedahkan kepada mereka cara-cara
mempromosikan produk mereka melalui Pertandingan Pelan Pemasaran.
Pertandingan Pelan Pemasaran ini akan disertai oleh para mahasiswa/i yang
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
5
menyertai aktiviti jualan dalam program ini yang terdiri daripada mahasiswa/i
Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka perlu membentangkan pelan
pemasaran yang mereka lakukan sepanjang tempoh jualan produk mereka di
program ini. Di samping itu, kami turut mengundang pihak-pihak luar yang
berminat menyertai program ini bagi memeriahkan program ini.
Kelebihan Program:
1. Program ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan dan
pendekatan kepada mahasiswa/i mengenai satu bidang baru iaitu bidang
perniagaan secara ‘’online’’ .
2. Program ini merupakan medium untuk mahasiswa/i menimba pengalaman
dan merasai cabaran baru dalam selok-belok perniagaan selain mendorong
mahasiswa/i kepada pemikiran kritis bagi mencetuskan idea kreatif dalam
memasarkan produk mereka.
3. Program ini sebagai pencetus kepada laman web yang akan mengumpulkan
kesemua mahasiswa/i yang berniaga secara ‘’online’’ dan sekaligus
membantu mahasiswa/i untuk memasarkan produk mereka kepada seluruh
pelajar UKM.
3.0 MISI
Program ini diadakan dengan misi untuk menyediakan platform kepada
mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara online dapat menjual produk
mereka secara nyata serta memberi peluang kepada mahasiswa/i yang
menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mempromosikan produk mereka.
Di samping itu, program ini diadakan dengan misi untuk mendedahkan kepada
para mahasiswa/i kepentingan Pelan Pemasaran dalam mewujudkan perniagaan
yang maju serta mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh dengan pihak-
pihak yang terlibat.
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
6
4.0 MATLAMAT
Matlamat program Business Mania ini adalah untuk menerapkan nilai
keusahawanan dalam diri mahasiswa/i di samping memberi pendedahan kepada
mereka mengenai dunia perniagaan sebenar di mana mereka perlu berani
menghadapi sebarang risiko perniagaan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi pendedahan berkaitan bidang perniagaan kepada mahasiswa/i.
5.2 Menonjolkan bakat usahaniaga yang ada pada diri mahasiswa/i agar
dapat berkembang hingga ke peringkat yang lebih tinggi melalui
pertandingan Pelan Pemasaran.
5.3 Menjalinkan hubungan akrab dan jaringan usahasama dengan pelbagai
syarikat korporat yang lain.
5.4 Memantapkan lagi keyakinan dan keberanian mahasiswa/i dalam
menghadapi risiko dalam dunia perniagaan sebenar.
5.5 Mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
pengurusan keusahawanan dan perniagaan.
5.6 Mendedahkan pelajar mengenai dunia perniagaan secara kecil-kecilan
serta memberi peluang kepada peniaga secara Online untuk menjual
produk mereka secara nyata.
6.0 TEMA
Tema Business Mania ialah “Get Fun with Business”
7.0 ANJURAN
Eksekutif Keusahawanan dan Eksekutif ICT dan Penerbitan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ibu Zain (KIZ)
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
7
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh: 25-27 April 2014
Masa : 6.00 pm-11.00 pm
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat cadangan bagi program Business Mania akan diadakan di College
Arena dan Skylight, Kolej Ibu Zain.
10.0 PUBLISITI
Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, banting yang kreatif dan
menarik segenap kawasan Ibu Zain dan sekitar UKM. Publisiti juga akan
dilakukan melalui papan digital UKM di samping menggunakan laman sosial
seperti facebook sebagai salah satu medium hebahan.
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian penutupan program Business Mania dijangka akan disempurnakan
oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, UKM.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah keseluruhan adalah seramai 40 urusetia termasuk Majlis tertinggi dan
AJK pelaksana. Para tetamu kehormat pula dianggarkan seramai 50 orang
mewakili Pentadbiran UKM, Pentadbiran Kolej, Majlis felo KIZ, wakil
persembahan dan wakil daripada para penaja.
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
8
13. 0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Jualan (Simulasi Perniagaan):
Aktiviti jualan (simulasi perniagaan) ini terdiri daripada mahasiswa/i UKM terutamanya
Kolej Ibu Zain yang menjalankan perniagaan secara online dimana kami menyediakan
platform kepada mereka untuk memasarkan produk mereka secara nyata. Di samping
itu, aktiviti jualan juga akan disertai oleh mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan
secara kecil-kecilan di kolej kediaman. Selain itu, kami juga mengadakan beberapa jenis
pertandingan yang berkonsepkan inter-block bagi merapatkan hubungan antara pelajar
Kolej Ibu Zain. Mereka akan menggunakan pelbagai cara atau strategi untuk
menjalankan perniagaan mereka dan strategi-strategi yang mereka gunakan akan
dibawa ke Pertandingan Pelan Pemasaran oleh rakan sekumpulan yang lain.
Pertandingan Pelan Pemasaran:
Pertandingan ini disertai oleh mahasiswa/i daripada UKM. Keutamaan diberikan kepada
mahasiswa/i Kolej Ibu Zain dan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan semasa
aktiviti jualan di program ini. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan iaitu
seramai maksimum 4 orang satu kumpulan. Pelan Pemasaran yang dilakukan mestilah
berdasarkan strategi-strategi pemasaran yang digunakan untuk menarik minat
pengunjung. Para peserta perlu menyediakan proposal awal sebagai pengenalan
kepada perniagaan yang dijalankan.
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
9
Cabutan Bertuah
Aktiviti cabutan bertuah akan diadakan bagi menarik minat pengunjung bagi
mengunjungi program Business Mania di samping sebagai penghargaan kepada
mereka yang menyokong program ini.
Perasmian Penutupan Business Mania (27 April 2014):
Permulaan: Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita
Ucapan Majlis: Ucapan perasmian penutupan oleh perasmi
Persembahan Persembahan video yang memaparkan aktiviti-aktiviti
Multimedia: sepanjang program Business Mania ini dilaksanakan.
Penyampaian Cenderamata: Cenderamata dan hadiah kepada pemenang dan juri diberi
oleh perasmi. Cenderamata perasmi pula disampaikan
oleh pengetua Kolej Ibu Zain.
Jamuan Makan: Jamuan makan disediakan untuk para tetamu kehormat
16.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
10
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat,
sila hubungi:
RABI’ATUL’ ADAWIYAH BT DAGANG
Ketua Pengarah
Business Mania
Plaza MEP, Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89215602 (pejabat kolej)
Faksimili : 03-89215600
No Telefon : 014-8370420
Mel-e : [email protected].
18.0 PENUTUP
Diharap pihak pentadbiran Syarikat Nestle dapat memberi bantuan kewangan
untuk menjayakan program ini. Diharap program ini akan mencapai sasaran,
matlamat dan objektifnya adalah untuk melahirkan individu yang cemerlang dari
segala aspek disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam
kalangan warga kolej, dari puncak organisasi hingga kepada warga kolej.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran Kolej Ibu Zain (KIZ).
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
11
Disediakan oleh,
RABI’ATUL’ ADAWIYAH BT DAGANG
Ketua Pengarah
Business Mania 4 Mahasiswa
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
SITI KHAIRUNISA BT ZAINAL
Eksekutif Keusahawanan
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan Oleh,
ENCIK ANUAR AHMAD
Pengetua
Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
No Tel : 0126030881
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
12
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM BUSINESS MANIA
Penaung YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi Ybhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras Tn. Hj. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat En. Anuar Ahmad
Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
En Nik Mohd Noor Faizul Md Saad Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Penyelia
En. Muhamad Shaqiq bin Muhamad Sani Felo Kolej Ibu Zain (KIZ)
Felo Penasihat
En. Muhamad Shaqiq bin Muhamad Sani Felo Kolej Ibu Zain (KIZ)
Ketua Pengarah
Rabi’atul ‘Adawiyah Binti Dagang A141392/FKAB/2
014-8370420
Timbalan Ketua Pengarah Nik Elida Aminah Bt Ramli
A145805/ FST /1 012-9375165
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
13
Setiausaha Siti Noor Adilah Binti Abdullah
A143121/FEP/1 019-5443119
Timbalan Setiausaha
Nadiatul ain Nabila Bt Ahmad Taufik A145765/FST/1 013-5917341
Bendahari
Ramakrishnan A/L Ramachandran A145994/FST/1 014-3424324
Penyelaras Program : Nur Amalina bt Mohamad Rosdi A145600/FST/1 Timbalan Penyelaras : Nurul Amalina bt Khauzi Program A144782/FPI/1 Penyelaras Protokol : Ainnahuzeera a/p Khee King Huat A143171/FEP/1 Timbalan Penyelaras : Zuraini a/p Lau Wau Kong Protokol A145817/FST/1 Penyelaras Teknikal : Raman a/l Karuppiah A144073/FKAB/1 Timbalan Penyelaras : Hemachandran a/l Jayaseelan Teknikal A143992/FKAB/1 Penyelaras Peralatan : Muhammat Hanapie bin Zamzani A139646/FEP/2 Penyelaras Publisiti & : Nurul Husna Bt Mohd Nasir Multimedia A146077/FST/1 Timbalan Penyelaras : Siti Khairunnisa Bt Saini Publisiti & Multimedia A145339/FSSK/1 Penyelaras Penajaan & : Arnold Yamil
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
14
Pemasaran A146730/FKAB/1 Timbalan Penyelaras :Amirah bt Ahmad Sallim Penajaan & Pemasaran A145493/FSSK/1 Penyelaras Tugas-Tugas Khas : Siti Nor Suraini Binti Abdullah A143365/FEP/1 Penyelaras Jamuan : Fatin Nasuha Bt Ramli A143544/FEP/1 Penyelaras Cenderamata : Nurul Fadhilah Binti Muhammad
A143972/FKAB/1
Penyelaras Logistik : Iswaran a/l Krishnan Dan Pengangkutan A145154/FSSK/
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
15
Lampiran B
Tentatif Program Business Mania 25-27 April 2014
25 April 2014
Masa Perkara
6.00 petang Pendaftaran para peniaga
6.30 petang Para peniaga memulakan susun atur
barangan jualan mereka
7.00 malam Rehat / Solat
8.00 malam Para peniaga memulakan jualan
8.30 malam Pendaftaran para peserta
9.00 malam - Pertandingan Pelan Pemasaran
- Petandingan Ceper
11.00 malam Aktiviti jualan dan semua pertandingan
tamat
26 April 2014
Masa Perkara
6.00 petang Aktiviti jualan bermula
6.10 petang - Pertandingan Memasak
7.30 malam Rehat
8.00 malam - Pertandingan PES
- Pertandingan Kupas Epal
9.00 malam Persembahan
9.30 malam - Pertandingan Gusti Lengan
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
16
11.00 malam Aktiviti jualan dan semua pertandingan
tamat
27 April 2014
Masa Perkara
6.00 petang Aktiviti jualan bermula
6.10 petang - Pertandingan Matematik
7.30 petang Rehat / Solat
8.00 malam Aktiviti jualan diteruskan
8.30 malam Para peserta berkumpul dan hadirin
berkumpul di lobi untuk majlis penutupan
program Business Mania
9.00 malam Ketibaan VIP
9.05 malam Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita
9.10 malam Bacaan Doa
9.15 malam Ucapan Perasmian Penutupan dan
pelancaran page Business Mania
9.30 malam Tayangan Multimedia
9.45 malam Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
10.30 malam Jamuan
11.00 malam Bersurai
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
17
Lampiran C
BELANJAWAN
A. Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA KOS (RM)
1.
Sumbangan
JPPEL (Jabatan Perkhidmatan Pelajar)
Tabung MEP
Penajaan
RM 400.00
RM 400.00
RM 4050.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN
RM 4850.00
B. Anggaran Perbelanjaan JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
-Kertas A4, Alat Tulis, Pencetakan
RM200.00
2. HADIAH MARKETING PLAN
(cadangan)
- Johan : (RM200)X1 (Hamper)
- Naib Johan : (RM100)X1 (Hamper)
-Ketiga : (RM50)X1 (Hamper)
HADIAH PERTANDINGAN (6 JENIS
PERMAINAN) (cadangan)
- Johan : (RM50)X6 (Hamper)
- Naib Johan : (RM30)X6 (Hamper)
-Ketiga : (RM20)X6 (Hamper)
RM 200.00
RM 100.00
RM 50.00
RM 300.00
RM 180.00
RM 120.00
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
18
HADIAH MISTERI BAGI BLOK
TERBAIK
-Lelaki : (RM50) X 1 Hamper
- Perempuan : (RM50) X 1 Hamper
-SIJIL PENYERTAAN : (RM5X50)
RM 50.00
RM 50.00
RM 250.00
3. CENDERAMATA
- Perasmi : (RM 50 + RM100)X1
(Hamper)
- Pengetua : (RM100)X1
(Hamper)
- Juri : (RM50 + RM 50) X 3
(Wang + Hamper)
RM 150.00
RM 100.00
RM 300.00
4. TUGAS-TUGAS KHAS
-Tag nama
-Backdrop
RM 600.00
5. PUBLISITI
-Banner
-Bunting
-Poster
-Flyers
RM 800.00
6. TEKNIKAL RM 300.00
7. PERALATAN
-Booth Jualan
-Gimik
RM 300.00
RM 100.00
8. JAMUAN
-VVIP (RM 10 X 30)
-AJK (RM 6 X 50)
RM 300.00
RM 300.00
9. RENCAM RM 100.00
BUSINESS MANIA
25-27 APRIL 2014
19
10. JUMLAH RM 4850.00