langkah-langkah keselamatan
TRANSCRIPT
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102 1
1UNIUNITT
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
OBJEKTIF AM
Memahami dan mengetahui amalan
keselamatan yang diamalkan di kilang dan di
bengkel.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Menerangkan kepentingan keselamatan diri di kawasan kilang dan bengkel.Menyatakan apakah faktor penyumbang kepada kemalangan dan bagaimanakah cara untuk menghindarinya.Menghuraikan bagaimana amalan keselamatan dapat dipraktikkan secara efektif dalam pengendalian alat dan mesin di kilang dan di bengkel.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1.0 PENGENALAN
Seperti mana yang anda lihat di mana-mana kilang, bengkel, tapak bina, tapak
ujian dan di pelbagai premis yang memerlukan kesedaran keselamatan yang tinggi
dikalangan pengguna dan pengunjungnya. Kenyataan tersebut dibuat dalam bentuk
papan tanda yang besar atau dilukis dengan jelas dan terang di dinding-dinding
premis tersebut.
Secara tidak langsung, kenyataan tersebut menggambarkan satu bentuk peringatan
yang keras dan jelas berhubung pentingnya aspek keselamatan diutamakan di
premis-premis tersebut. Apa yang membuatkan keselamatan diberikan penekanan
yang lebih adalah kerana persekitaran dan keadaan premis tersebut biarpun dalam
keadaan tenang tetapi jika tidak diuruskan dan dioperasikan dengan berhati-hati, ia
dengan mudah mengundang bencana besar kepada penggunaannya.
1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN.
Kecuaian : Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh kecuaian, oleh itu
tumpuan terhadap kerja amat penting untuk menghindarkan daripada
berlakunya kemalangan.
Kejahilan : Pekerja-pekerja harus memahami cara penggunaan dan
pengendalian fungsi-fungsi mesin dan alatan yang digunakan.
Pemakaian : Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali
leher, tidak seharusnya dipakai. Pemakaian pakaian keselamatan perlu
2
INPUTINPUT
‘UTAMAKAN KESELAMATAN’
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
sentiasa dititik beratkan merangkumi beberapa peralatan keselamatan
seperti goggles, apron, sarung tangan, kasut getah dan sebagainya.
Kebersihan : keadaan persekitaran di bengkel perlu sentiasa bersih dan
kemas. Sesetengah besi bulat seperti batang paip, jika terpijak akan
tergelincir dan terjatuh. Lantai bengkel mestilah bebas daripada minyak
dan gris. Gunakan bahan buangan yang bersih, bahan buangan yang lama
kemungkinan mengandungi besi-besi potongan dan sebagainya.
Peralatan Tangan : Pemegang penukul yang telah longgar atau kasar
permukaannya tidak seharusnya digunakan lagi. Pemegang ‘files’ mestilah
dipasang dengan ketat, sekiranya tidak, selumbar (tang) akan masuk
kedalam tangan. Alatan tangan yang tidak dipasang dengan rapi akan
terlucut atau longgar. Apabila menggerudi, adalah perlu untuk memegang
benda kerja dengan kemas dan selamat dengan cara mengepitnya dengan
ragum. Apabila mencanai (grinding) selalulah memakai topeng mata
(goggles).
Peralatan Jentera : semua alat dan peralatan berjentera perlu berada
dalam keadaan baik dan tiada skru yang longgar atau terkeluar. Pastikan
juga roda alat pengasah (abrasive Wheels) dalam keadaan baik dan dan
perjalanannya dalam arah dan kelajuan yang betul. Jangan buang atau
alihkan bahan-bahan buangan berhampiran bahagian alat jentera yang
bergerak. Sebarang pembetulan, pengubahan atau penetapan semula
(reset) alat mestilah dalam keadaan alat tersebut tidak berfungsi dan tiada
arus elektrik yang mengalir ketika itu.
PERINGATAN :
Kaji dengan mendalam konsep asas fungsi dan konsep kerja bagi sesuatu
jentera, ia termasuklah bagaimana mematikan alat jentera tersebut dalam
waktu kecemasan. Jauhkan diri anda dari bahagian yang bergerak. Jangan
sesekali membetulkan sebarang alat semasa jentera sedang bergerak dan
3
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
berfungsi. Biarkan alat jentera yang berpusing atau bergerak berhenti
dengan sendirinya jika anda mematikan suis. Hentikan alat jentera
sebelum mengukur semula benda kerja. Jangan biarkan orang lain
mengawal suis untuk anda (strating switch) ; SATU ORANG–SATU
JENTERA.
Elektrik : Jangan gunakan logam lembut yang rosak. Gunakan alat
pekakas yang bertebat dan dibumikan dimana sahaja yang mungkin.
Dalam hal apa sahaja sekalipun berhati-hati dengan wayar hidup.
Mengangkat : jangan sekali-kali mengangkat ‘gearrs’ atau sesuatu kerja
melainkan benda tersebut tidak terlalu berat. Berhati-hati dengan
penggunaan takal pengangkat yang digunakan. Semua rantai, takal,
cangkuk yang digunakan mestilah tidak melebihi muatan maksimum
peralatan tersebut.
4
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1 Bagaimanakah faktor pakaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan?
2 Jelaskan faktor kemalangan yang diakibatkan oleh peralatan tangan dan
jentera.
3 Senaraikan secara ringkas 8 faktor penting yang menyebabkan kemalangan
di bengkel.
4 Apakah kemungkinan buruk yang akan berlaku sekiranya anda membiarkan
orang lain mengawal suis jentera yang anda sedang kendalikan?
5
AKTIVITIAKTIVITIUNIT 1UNIT 1
Fahamkan dengan jelas maksud soalan sebelum menjawab.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1. Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali leher, tidak
seharusnya dipakai. Sebagai contoh, tali leher yang dipakai mungkin tersepit
pada mesin semasa membongkok.
2. Peralatan tangan : komponen alat tangan yang tidak ketat dan longgar seperti
besi tukul yang longgar atau pemasangan skru yang longgar menyebabkan alat
tangan hilang berubah sifat dan mendatangkan bahaya.
Peralatan jentera : bahagaian yang bergerak jika tidak dipasang dengan betul
akan mendatangkan bahaya. Contohnya piring gergaji pada Radial Arm Saw,
jika ikatan skrunya longgar piring yang berputar pada halaju tinggi mungkin
akan terkeluar yang sangat merbahaya jika terkena tubuh.
3. a kecuaian
b. kejahilan
c. pemakaian
d. kebersihan
e. peralatan tangan
f. peralatan jentera
g. elektrik
h. mengangkat
4. Kemungkinan berlakunya salah faham yang menyebabkan rakan mengaktifkan
mesin pada masa anda tidak bersedia dan sedang melakukan kerja pada mesin
tersebut. Kecederaan mungkin berlaku.
6
MAKLUMBALAS MAKLUMBALAS UNIT 1 (A)UNIT 1 (A)
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1.2 MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA
BERADA DIDALAM BENGKEL
Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Aspek-aspek ini
merangkumi beberapa perkara utama :
1.2.1 SIKAP :
Terdapat beberapa cara yang dapat membina sikap positif terhadap
keselamatan. Antaranya adalah seperti dibawah :
Menunjukkan teladan yang baik – semasa berada didalam bengkel
pensyarah ataupun pengajar perlu menitikberatkan aspek
keteladanan yang memainkan peranan penting dalam membentuk
sikap dan sahsiah para pelajarnya.
Contoh : Pensyarah memperlihatkan imej yang baik dari segi
pemakaian dan tatacara penggunaan alat mengikut prosedur agar
dapat dicontohi oleh pelajar.
Mengadakan taklimat atau ceramah keselamatan – menganjurkan
ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari
masa ke semasa sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para
pelajar tentang amalan keselamatan yang baik. Ceramah dan
taklimat ini boleh disertakan bersama kempen-kempen
keselamatan atau ‘Minggu Keselamatan’ . hal ini dapat menarik
minat pelajar seterusnya kesedaran berterusan akan terus dapat
dipupuk.
7
INPUTINPUT
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1.2.2 ORGANISASI :
Dalam usaha membentuk disiplin yang tinggi dikalangan pelajar
dalam menjalankan kerja di bengkel, adalah penting diwujudkan
satu organisasi pentadbiran dikalangan pelajar bagi tujuan
penyelarasan serta memastikan kerja-kerja dijalankan dalam
keadaan teratur, berdisiplin dan penuh tanggungjawab.
Contoh Organisasi paling asas adalah terdiri daripada Foreman,
Penolong Foreman dan Pelajar-pelajar. Foremans sebagai ketua
bengkel bertanggungjawab memastikan disiplin terkawal selain
bertindak sebagai ‘penyelia’ terhadap kerja pelajar-pelajar dalam
menentukan cara kerja yang teratur dan sistematik. Foreman juga
bertindak melantik petugas-petugas yang berfungsi dalam hal-hal
kebersihan, keselamatan alat dan disiplin. Secara tidak langsung ia
dapat membantu pensyarah mengawal kelas seterusnya
menguatkuasakan peraturan dan meningkatkan keselamatan.
8
Sifat cermat, bertanggungjawab dan timbang rasa bergantung kepada pembentukan sikap dan perasaan yang rasional.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1.2.3 PERATURAN AM KERJA-KERJA PERABOT
Dalam melaksanakan kerja-kerja pembuatan perabot, terdapat
beberapa peraturan am yang perlu diambil kira :
Anda dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa
menjalankan kerja-kerja amali didalam bengkel.
Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya
memulangkan alatan yang telah diambil kembali ke tempat
asalnya.
Paku-paku, habuk-habuk, potongan-potongan kayu perlulah
dipastikan tidak berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja
kerja adalah sangat penting.
Pastikan sebelum anda meninggalkan bengkel, anda sudah
mengemas segala alat dan pekakas pertukangan tidak tertinggal
diatas meja atau dimana-mana kawasan bengkel. Demikian juga
dengan alatan jentera, pastikan suis-suis setiap jentera dimatikan.
Jika pensyarah/juruteknik tiada didalam bengkel, anda dilarang
sama sekali melakukan sebarang kerja atau menggunakan mesin
tanpa diawasi oleh pensyarah/ juruteknik.
1.2.4 ALATAN DAN PAKAIAN KESELAMATAN
Merangkumi aksesori yang dipakai semasa menjalankan kerja-
kerja seperti ;
a) Topi Keselamatan –dipakai bagi melindungi bahagian
kepala.
b) ‘Goggles’ – sebagai pelindung mata dari habuk atau
bendasing.
c) Sarung tangan getah – dipakai semasa mengandalikan
cat-cat, bahan kimia pelarut, mengangkat kepingan
kayu dan sebagainya.
9
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
d) Kasut getah – dipakai untuk mengelakkan kecederaan
kaki selain bertindak mengelakkan tegelincir aripada
minyak atau gris.
e) Apron – sebagai pelindung dada dan pakaian
terutamanya emasa kerja-kerja mengecat dan kemasan
akhir dilakukan.
f) Penutup hidung – melindungi pernafasan dari habuk-
habuk kayu dan semburan kimia.
g) Penutup telinga – melindungi telinga daripada bunyi
bising yang melampau semasa kerja-kerja pemesinan
kayu dijalankan.
10
PAKAILAH PAKAIAN KESELAMATAN YANG SESUAI SEMASA KERJA
…TIRU MACAM SAYA……!
Gambar menunjukan satu contoh pemakaian keselamatan yang baik semasa kerja dibengkel.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1 Jelaskan 2 cara yang dapat membina sikap positif terhadap keselamatan.
2 Nyatakan fungsi-fungsi alat keselamatan berikut :
a) Topi Keselamatan
b) Goggles
c) Kasut Getah
d) Penutup Telinga
3 Dalam melaksanakan kerja-kerja pembuatan perabot, terdapat 5
peraturan am yang perlu diambil perhatian, nyatakan 3 daripadanya.
11
AKTIVITI AKTIVITI UNIT 1UNIT 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1 a) Menunjukan teladan yang baik – semasa berada didalam bengkel pensyarah
ataupun pengajar perlu menitikberatkan aspek keteladanan yang memainkan
peranan penting dalam membentuk sikap dan sahsiah para pelajarnya.
b) Mengadakan taklimat atau ceramah keselamatan – menganjurkan
ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari masa ke semasa
sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para pelajar tentang amalan
keselamatan yang baik.
2 a) Topi Keselamatan –dipakai bagi melindungi bahagian kepala.
b) ‘Goggles’ – sebagai pelindung mata dari habuk atau bendasing.
c) Kasut getah – dipakai untuk mengelakkan kecederaan kaki selain bertindak
mengelakkan tegelincir aripada minyak atau gris.
d) Penutup telinga – melindungi telinga daripada bunyi bising yang melampau
semasa kerja-kerja pemesinan kayu dijalankan.
3
Anda dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan kerja-kerja
amali didalam bengkel.
Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya memulangkan alatan
yang telah diambil kembali ke tempat asalnya.
Paku-paku, habuk-habuk, potongan-potongan kayu perlulah dipastikan tidak
berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja kerja adalah sangat penting.
12
MAKLUMBALAS MAKLUMBALAS UNIT 1 (B)UNIT 1 (B)
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
Kita telah pun mengetahui jenis-jenis dan pakaian keselamatan yang sesuai ditempat
kerja. Namun demikian, satu lagi perkara yang mungkin berlaku ialah risiko kebakaran.
1.2.5 BAHAYA KEBAKARAN.
Punca Bahaya. - kebakaran boleh berlaku disebakan pelbagai punca,
umpamanya :
a) kebakaran disebabkan terbakarnya kayu, kain, minyak,
kertas, dan sampah sarap. Tempat-tempat yang terdedah
kepada bahaya ini ialah persekitaran tempat kerja.
b) Kebakaran adalah disebabkan oleh cecair yang mudah
terbakar seperti, petrol, minyak gris, cat, alcohol, asid,
silinder gas dan sebagainya.
c) Kebakaran boleh disebabkan oleh arus elektrik. Ini
kebanyakkannya disebabkan oleh pendawaian yang
rosak dan salah. Pemeriksaan hendaklah dilakukan
setelah menggunakan alat atau mesin.
1.2.6 LANGKAH_LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN
Untuk mecegah kebakaran, langkah-langkah berikut haruslah
dilakukan :
a) bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di
tempat yang selamat
b) alat pemadam kebakaran dari jenis yang baik hendaklah
diletakkan di tempat yang mudah mengendalikannya.
c) Pemadam api hendaklah diletakkan di dinding dengan
ketinggian yang sesuai
13
INPUTINPUT
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
d) Pastikan kelengkapan pemadam api tidak terlindung
dari penglihatan.
e) Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai
ketahanan haba jika bekerja di tempat yang mudah
terbakar.
f) Lakukan latihan mecegah kebakaran jika berlakunya
kebakaran. Biasakan diri dengan bunyi loceng amalan
kebakaran dan pastikan tempat letak pintu kecemasan.
1.2.7 ALAT-ALAT PENCEGAH KEBAKARAN
Alat pencegah kebakaran ataupun alat pemadam api
terbahagi kepada lima jenis bergantung kepada jenis bahan yang
digunakan :
a) Jenis Katrij Air
b) Jenis Buih
c) Jenis Karbon Dioksida
d) Jenis Serbuk kering
e) Jenis Pasir
Cara penggunaan alat pemadam api ini berbeza mengikut
jenis alat terbut. Dan juga jenis kebakaran yang berlaku seperti di
muka sebelah :
14
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102 15
Cara penggunaan alat pemadam api :
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
Pemadam-pemadam api ini perlu dilakukan pemeriksaan
yang berjadual oleh Jabatan Bomba seperti yang tertera di label
alat tersebut bagi memastikan alat pemadam api tersebut dapat
berfungsi dengan baik pada bila-bila masa yang diperlukan.
Kaedah penggunaan alat pemadam api ini terkandung
dalam manual penggunaan yang tertera pada alat tersebut.
NOTA PENTING :
Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap bengkel mempunyai
pelan laluan kecemasan jika berlakunya kebakaran. Pelan
kecemasan ini bertindak sebagai panduan kepada pengguna premis
untuk memudahkan meraka keluar daripada premis tersebut
dengan cepat, teratur dan selamat. Rajah dibawah adalah satu
contoh pelan keluar di sebuah bengkel jika berlakunya kebakaran :
1.2.8 KOTAK PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)
16
Rajah menunjukan susunatur bengkel dan pelan keluar jika berlakunya kecemasan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
Satu alat yang sangat penting sekiranya berlakunya kecemasan
yang melibatkan kecederaan. Kotak pertolongan cemas ini dapat
membantu mengubati bagi kecederaan ringan seperti luka kecil, terseliuh,
dan sebagainya. Kit pertolongan cemas ini juga amat berguna sebagai
bantuan awal jika berlakunya kecederaan berat seperti kepatahan, luka
besar dan sebagainya.
Ubatan yang terkandung dan kelengkapan perubatan yang ada
perlu diperiksa dan dikemaskinikan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
bagi memastikan ubat-ubatan dalam keadaan baik dan peralatan
mencukupi.
Berikut adalah senarai ubatan dan alatan serta cara
menggunakannya bagi setiap kotak kecemasan :
Ubatan Dan Alatan Kegunaan Dan Rawatan
Selvon
Gentian Biru (Blue Lotion)
Larutan Iodin
Ubat Cium (Smelling Salt)
Kapas
Kain Pembalut
Krim Antiseptik
Radian Massage
Krim Anti-Lecur
Untuk merawat luka dan kudis
Untuk merawat luka atau kudis
Untuk Merawat Luka
Untuk menyedarkan mangsa
yang pengsan
Untuk menyapu luka,
menyapukan ubat pada luka dan
sebagai penutup luka.
Untuk mebalut luka atau
anggota yang terseliuh
Untuk Merawat kudis yang
besar dan bernanah.
Untuk merawat sakit otot, untuk
mengurut dan memanaskan
badan.
Untuk merawat kulit yang
terbakar dan melecur/ melepuh.
17
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
Pil Penahan sakit (Pain
Killer)
Minyak Urut
Untuk meredakan sakit dan
pening kepala.
Untuk disapukan pada anggota
yang terseliuh, koma atau patah.
Merawat kecederaan ringan.
Sekiranya terdapat pelajar yang mengalami kecederaan
walaupun kecederaan ringan, pastikan, ia diberi rawatan
segera disamping memaklumkan kepada guru ataupun
orang yang bertanggungjawab. Pelajar seharusnya
mengetahui cara merawat kecederaan ringan seperti luka
dan melecur. Luka-luka kecil boleh dirawat dengan
membasuh luka tersebut, sapukan ubat luka pada luka dan
balut. Bagi kecederaan yang lebih teruk, hendaklah dirujuk
kepada guru untuk merawatnya ataupun dibawa ke hospital
Merawat Mangsa renjatan Elektrik.
Renjatan elektrik boleh menyebabkan mangsa pengsan atau
menemui maut dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu,
bantuan segera hendaklah diberikan :
a) berhentikan bekalan elektrik dengan cara
mematikan suis litar atau suis utama .
b) jika suis bekalan tidak dapat dimatikan,
pindahkan mangsa supaya tidak tersentuh
dengan punca bekalan. Gunakan bahan penebat
seperti sarung getah atau kain tebal.
18
INGAT! JANGAN SENTUH MANGSA TANPA ALAT PENEBAT!
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
c) Jauhkan bahan-bahan yang basah atau lembab
atau pengalir haba seperti besi, zink, dan
sebagainya dari kawasan yang terlibat.
d) Periksa pernafasan mangsa. Beri bantuan
pemulihan pernafasan dengan kaedah berikut :
Holger Nelson
Cara Mulut Ke Mulut
Cara Mulut Ke Hidung
Cara Schafer
Cara Pemulihan Jantung Dari Luar
(CPR)
e) laporkan kepada pasukan pertolongan cemas
untuk mendapatkan rawatan lanjut.
f) Rawat mangsa jika ia mengalami kecederaan.
g) Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni
mangsa. Selimutkan mangsa supaya dapat
memanaskan badannya.
h) Dapatkan rawatan doctor seberapa segera.
19
SILA BUAT PEMBACAAN SEMULA UNTUK PEMAHAMAN YANG LEBIH JELAS
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1 Kebiasaannya terdapat 3 punca yang menyebabkan kebakaran. Jelaskan
dengan terperinci ketiga-tiga punca tersebut beserta contoh-contohnya.
2 Terdapat 5 jenis alat pemadam api yang tersembunyi dalam teka silangkata
dibawah. Anda dikehendaki mencari kesemuanya.
C E M N I A D X C N B Y U P
K D G U K E A E T M B C K O
K A R B O N D I O K S I D A
A F T A E D S K R J L P Q D
S S E R B U K K E R I N G C
S G R L I K H L H U A T M B
F U B I L J S E I K L P O U
T P U J K N A A A A E C B N
P I T U E D S I B M A D C S
S M N H U K T R R B N T F K
S K I R T R I U F S E R B U
Q U W P U R I P A S I R U J
B R P T D M N I R P F T V X
20
AKTIVITI AKTIVITI UNIT 1 (C)UNIT 1 (C)
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
3 Isikan tempat kosong dibawah mengikut kesesuaian ubatan tertentu.
UBATAN DAN ALATAN KEGUNAAN DAN RAWATAN
Gentian Biru
Untuk merawat kudis yang bernanah
Untuk merawat luka dan kudis
Krim Anti-Lecur
Untuk meredakan tasik dan
pening kepala
Minyak Urut Untuk disapu pada anggota
yang terseliuh
Ubat Cium
Radian Massage
4 Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil jika seseorang itu terkena
renjatan elektrik.
5 Terdapat lima kaedah untuk bantuan pemulihan pernafasan, senaraikan 4
daripadanya.
21
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1.a) kebakaran disebakan terbakarnya kayu, kain, minyak, kertas, dan sampah
sarap. Tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya ini ialah persekitaran
tempat kerja.
b) Kebakaran adalah disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar
contohnya, petrol, minyak gris, cat, alcohol, asid, silinder gas dan
sebagainya.
c) Kebakaran boleh disebabkan oleh arus elektrik. Contohnya pendawaian yang
salah.
2
K
K A R B O N D I O K S I D A
T
S S E R B U K K E R I N G
I
J
A
I
H R
I
U P A S I R
B
22
MAKLUMBALAS MAKLUMBALAS UNIT 1 (C)UNIT 1 (C)
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
3
UBATAN DAN ALATAN KEGUNAAN DAN RAWATAN
Gentian Biru Untuk merawat luka atau kudis
Krim Antiseptik Untuk merawat kudis yang bernanah
Selvon Untuk merawat luka dan kudis
Krim Anti-Lecur Untuk merawat kulit yang terbakar/melepuh
Pil Penahan Sakit (Pain-Killer) Untuk meredakan sakit dan
pening kepala
Minyak Urut Untuk disapu pada anggota
yang terseliuh
Ubat Cium Untuk menyedarkan mangsa
yang pengsan
Radian Massage Untuk merawat sakit otot, mengurut
dan memanaskan badan.
4
a) berhentikan bekalan elektrik dengan cara mematikan suis litar atau suis
utama .
b) jika susis bekalan tidak dapat dimatikan, pindahkan mangsa supaya tidak
tersentuh dengan punca bekalan. Gunakan bahan penebat seperti sarung
getah atau kain tebal. Jauhkan bahan-bahan yang basah atau lembab atau
pengalir haba seperti besei, zink, dan sebagainya dari kawasan tang
terlibat.
c) Periksa pernafasan mangsa. Beri bantuan pemulihan pernafasan dengan
kaedah berikut :
23
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
d) laporkan kepada pasukan pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan
lanjut.
e) Rawat mangsa jika ia mengalami kecederaan.
f) Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa. Selimutkan mangsa
supaya dapat memanaskan badannya.
g) Dapatkan rawatan doctor seberapa segera.
5
a) Holger Nelson
b) Cara Mulut Ke Mulut
c) Cara Mulut Ke Hidung
d) Cara Schafer
e) Cara Pemulihan Jantung Dari Luar (CPR)
24
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1 Mengapakah peraturan keselamatan dan undang-uandang di bengkel
itu penting dan perlu dipatuhi setiap masa?
2 Terangkah langkah-langkah penggunaan bagi pemadam api Jenis
Katrij Air dan Jenis Buih
3 Pada situasi apakah penggunaan Goggles amat perlu digunakan?
4 Pada hemat anda apakah lokasi yang sesuai untuk menempatkan
kotak pertolongan cemas di bengkel dan kenapakah lokasi itu dipilih?
5 Mengapakah sesuatu organisasi perlu diadakan di setiap bengkel.
25
PENILAIAN PENILAIAN KENDIRI 1KENDIRI 1
Bagaimana… mudah bukan? Hanya jika and.a memahami dengan jelas input dalam unit yang diberikan. Anda juga adalah digalakkan untuk mendapatkan lebih banyak panduan keselamatan dari pelbagai sumber alternatif seperti Internet, rujukan tambahan di Perpustakaan dan sebagainya..
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
1. Dengan mematuhi peraturan keselamatan, sebarang risiko yang melibatkan
kemalangan jiwa @ pancaindera serta kerosakan terhadap alat dan mesin akan
dapat dihindari.
2. a) Katrij Air
- cabut pin penutup
- halakan muncung ke pangkal api
- hampiri kebakaran
- tekan tuil
b) Jenis Buih
- goncangkan tabung
- tarik tuil dan pusingkan ke kanan
- terbalikkan tabung
- halakan muncung ke pangkal api
- hampiri kebakaran
- tekan tuil
3. Penggunaan goggles amat perlu digunapakai semasa kerja-kerja pemotongan
kayu yang menggunakan mesin. Hal ini disebabkan oleh habuk-habuk kayu
semasa kerja pemotongan akan mudah masuk kedalam mata sekiranya tidak
menggunakan goggles.
4. Kotak pertolongan cemas sesuai diletakkan di dalam bilik penyarah agar ia
mudah diambil dan tidak disalahgunakan oleh para pelajar.
26
MAKLUMBALAS MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1PENILAIAN KENDIRI 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 7102
5. organisasi memainkan peranan yang penting kerana struktur organisasi yang baik
akan melancarkan perjalanan kerja dan secara langsung kerja tersebut akan lebih
tersusun dan teratur.
27
Bagaimana? Bersedia melangkah ke unit
berikutnya?