kuliah 12 elektrik
DESCRIPTION
Elektrik trickTRANSCRIPT
![Page 1: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/1.jpg)
Litar elektrik di rumah- Litar elektrik
SCE3105 Lecture 12
![Page 2: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/2.jpg)
Membincangkan topik-topik berikut:-
• Gabungan litar sesiri dan selari. • Hukum Ohm• Aplikasi litar • Keselamatan dalam litar
![Page 3: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/3.jpg)
Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar: siri dan selari. Pertama, contoh litar sesiri.
Definisi ciri2 litar sesiri ialah terdapat hanya satu laluan untuk elektron mengalir. Dalam litar ini elektron mengalir arah lawan jam. Dari 4 ke 3 ke 2 ke 1 dan balik semula ke 4.
![Page 4: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/4.jpg)
Idea asas sambungan sesiri adalah komponen2 disambung hujung ke hujung di dalam satu garis untuk membentuk satu laluan untuk aliran elektron.
![Page 5: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/5.jpg)
![Page 6: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/6.jpg)
Kita mempunyai tiga perintang, tetapi kali ini mereka membentuk lebih dari satu laluan untuk aliran elektron. Laluan 1: Dari 8 ke 7 ke 2 ke 1 dan balik ke 8 semula. Laluan 2: Daripada 8 ke 7 ke 6 ke 3 ke 2 ke 1 dan balik ke 8 semula. Laluan 3: Daripada 8 ke 7 ke 6 ke 5 ke 4 ke 3 ke 2 ke 1 dan balik ke 8 semula. Setiap laluan individu (melalui R1, R2, dan R3) dipanggil cabang. Cuba lihat rajah di bawah, titik 1,2,3 dan 4 adalah laluan umum. Begitu juga dengan titik 8,7,6,dan 5. Perhatikan: semua perintang dan bateri adalah disambung antara kedua-dua set titik ini.
![Page 7: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/7.jpg)
Dalam litar selari, ada tidak lebih dari dua set titik umum elektrik, tak kira berapa banyak komponen yang disambung. Terdapat banyak laluan untuk elektron mengalir, tapi hanya ada satu voltej merentas semua komponen.
![Page 8: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/8.jpg)
http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html
![Page 9: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/9.jpg)
Litar biasanya adalah gabungan dua jenis dan dikenali sebagai litar
siri-selari.
![Page 10: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/10.jpg)
Dalam litar ini, kita mempunyai dua gelung untuk elektron mengalir: 1. daripada 6 ke 5 ke 2 ke 1 dan balik ke 6 semula, 2. daripada 6 ke 5 ke 4 ke 3 ke 2 ke 1 dan balik ke 6 semula. Perhatikan bagaimana kedua-dua laluan melalui R1 (daripada titik 2 ke titik 1). Dalam konfigurasi ini, kita katakan R2 dan R3 adalah selari antara 1 = lain manakala R1 adalah bersiri dengan kombinasi selari R2 dan R3.
![Page 11: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/11.jpg)
Di dalam menganalisis sebarang lita kompleks, mula-mula kira rintangan berkesan.
Rintangan berkesan beban sesiri adalah hanya menjumlahkan semua rintangan. Jadi jumlah rintangan berkesan adalah….
http://www.valvette.us/dcca08.html
![Page 12: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/12.jpg)
Dengan menggunakan rajah litar dibawah, kira bacaan ammeter dan voltmeter A1, A2, dan V1 dengan nilai untuk R1, R2 and R3 spt berikut:
(1)R1 = 5 Ω, R2 = 2 ΩR3 = 2 Ω
http://www.matter.org.uk/Schools/Content/Resistors/exercises3.html
(2)R1 = 200 Ω R2 = 300 ΩR3 = 150 Ω
![Page 13: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/13.jpg)
Kenalpasti bahagian yang manakah dalam litar adalah sesiri dan yang manakah selari, kemudian pilih dan gunakan peraturan sesiri dan selari yang diperlukan.
Litar sesiri: Voltan = Jumlah semua voltan.
Semua konponen berkongsi arus yang sama. Rintangan = Jumlah rintangan .
Litar selari: Semua komponen berkongsi voltan yang sama.
Jumlah arus = Kesemua cabang arus. Jumlah rintangan = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3+….
![Page 14: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/14.jpg)
•Arus keluar dari bawah bateri, berpecah dan bergerak melalui R3 dan R4, bergabung, kemudian berpecah sekali lagi untuk melalui R1 dan R2, kemudian bergabung semula untuk kembali ke bateri.
•Wujud lebih dari satu laluan untuk arus bergerak (bukan sesiri), dan terdapat lebih dari 2 set titik sepunya elektrik dalam litar (bukan selari)
http://www.faqs.org/docs/electric/DC/DC_7.html
![Page 15: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/15.jpg)
![Page 16: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/16.jpg)
Hukum Ohm
menyatakan bahawa pada suhu tetap,
arus yang melalui konduktor diantara 2 titik adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan (i.e. kejatuhan voltan atau
voltan) merentas dua titik dan
Berkadar songsang dengan rintangan diantara mereka. inverselyPersamaan matematik yang menerangkan hubungan ini adalah:
Konduktor yang mematuhi Hukum Ohm dinamakan konduktor ohmic .
![Page 17: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/17.jpg)
http://danmuji.ddart.net/science/physics/physics_tutorial/Class/refln/u13l2c.html
Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan
Jika bateri mjembekalkan voltan 1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka arus dalam litar boleh ditentukan.
Dengan menggunakan persamaan
Dan masukkan nilai2:
![Page 18: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/18.jpg)
Ciri-ciri Voltan Arus
Daripada litar ini, kita mengambil bacaan voltan dan arus dan plotkan bacaan dalam graf yang dipanggil IV characteristics.
![Page 19: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/19.jpg)
Garis lurus menunjukkan nisbah tetap antara arus dan voltan, untuk kedua-dua nilai positif dan negatif. Jadi, bila voltan negatif, arus negatif, iaitu mengalir dalam arah bertentangan.
Hukum Ohm dipatuhi.
http://www.antonine-education.co.uk/Physics_AS/Module_3/Topic_2/topic_2.htm
![Page 20: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/20.jpg)
Untuk lampu filamen
Ri ntangan meningkat bila filamen menjadi semakin panas.
Ini ditunjukkan oleh kecerunan yang semakin mencuram.
Adakah Hukum Ohm dipatuhi? Terangkan .
http://www.antonine-education.co.uk/Physics_AS/Module_3/Topic_2/topic_2.htm
![Page 21: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/21.jpg)
Termistor (perintang sensitif haba) berkelakuan sebalik nya.
Adakah Hukum Ohm dipatuhi? Terangkan
Rintangannya semakin ke bawah bila ia menjadi semakin panas.
Ini kerana bahan membebaskan lebih elektron untuk membolehkan ia mengalir.
http://www.antonine-education.co.uk/Physics_AS/Module_3/Topic_2/topic_2.htm
![Page 22: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/22.jpg)
Aplikasi litar
![Page 23: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/23.jpg)
Household Wiring
![Page 24: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/24.jpg)
Pendawaian dalam litar peti sejuk
http://books.google.com.my/books?id=7N48z4urzogC&pg=PA68&lpg=PA68&dq=refrigerator+circuit&source=web&ots=_jmKREdDUx&sig=b38lKg1aGgfcyHRruL-Cjqe4K64&hl=en
![Page 25: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/25.jpg)
Keselamatan dalam litar
Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar2 di dalam rumah dibina dengan ciri-ciri keselamatan.
Kebanyakan peralatan dijual dengan palam yang telah dipasang. Kabel daripada peralatan biasanya mengandungi 3 wayar. Wayar dibuat daripada kuprum yang disalut dengan pelindung plastik.
![Page 26: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/26.jpg)
Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan: • Wayar hidup – perang. • Wayar neutral - biru • Wayar bumi – hijau dan kuning • Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang
dibuat daripada plastik. – kenapa?
![Page 27: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/27.jpg)
Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut:
• Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan mengelakkan daripada tertarik keluar daripada palam.
• Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang, • Fius • Bekas dibuat daripada plastik
![Page 28: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/28.jpg)
Tujuan kabel.
• Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar. • Wayar bumi sebagai pelindung.
Kebanyakan peralatan mempunyai kotak logam spt cerek dan pembakar roti. Jika wayar hidup tersentuh kotak logam, arus yang besar akan mengalir melalui wayar bumi. Ini boleh meleburkan fius dan memutuskan litar tetapi walaupun fius tidak melebur, arus lebih suka mengalir melalui wayar yg mempunyai rintangan yang rendah berbanding badan manusia yang berintangan tinggi.
![Page 29: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/29.jpg)
Fius digunakan untuk melindungi peralatan elektrik.
Fius terdiri daripada wayar yang sangat halus.
Wayar mempunyai takat lebur yang rendah. Bila arus mengalir melalui wayar ia akan dipanaskan. Jika arus terlalu besar mengalir, ia akan melebur memutuskan litar
http://en.wikibooks.org/wiki/GCSE_Science/Safety_in_Mains_circuits
Fius yang meletup senang dikenalpasti. Ia akan mempunyai jalur yang melebur ditengah-tengah atas kaca, atau gelas akan kelihatan berasap (smoky).
![Page 30: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/30.jpg)
• Untuk menggantikan fius yang terbakar, tutup suis peralatan elektrik dan lampu yang anda gunakan. Tutup suis utama di kotak fius (atau mungkin fius katrij didalam blok yang mesti di tarik keluar).
• Periksa fius2 untuk mencari fius yang terbakar. Pastikan anda menggantikan fius terbakar dengan fius yang sama saiznya. Jika tidak, anda boleh menyebabkan kebakaran berlaku.
• Gunakan fius 15 Amp. Dilarang memasukkan objek seperti duit syiling, klip kertas untuk fius.
![Page 31: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/31.jpg)
Pemutus litarAdalah suis elektrik yang beroperasi secara automatik.
Direka untuk melindungi litar elektrik daripada kerosakan yang disebabkan terlebih beban atau litar pintas.
Tida seperi fius, yang mana beroperasi sekali, bila rosak perlu diganti.
Pemutus litar boleh di reset (sama ada secara manual atau automatik) untuk beroperasi kembali. From Wikipedia, the free encyclopedia
![Page 32: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/32.jpg)
Bincangkan aspek berikut:
a) Bagaimana rod kilat melindungi bangunan? b) Apakah alat2 keselamatan yang digunakan
di dalam litar elektrik? c) Apakah peraturan2 penting yang perlu
dipatuhi semasa menggunakan elektrik? d) Bagaimana kemalangan daripada kejutan
elektrik ke atas badan manusia berkait dengan arus?
![Page 33: Kuliah 12 Elektrik](https://reader034.vdocuments.site/reader034/viewer/2022042501/568bd9431a28ab2034a664f7/html5/thumbnails/33.jpg)
Notes compiled by
Dr Rosmawati Shaharuddin
Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur