konsep budaya
DESCRIPTION
edu3106TRANSCRIPT
KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang adadalam
persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
• Budaya kebendaan
• Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak
lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat
India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting
sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi
seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.
Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-
ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai
‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu
keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit
daripada tingkahlaku dan akal manusia :
*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar
untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai
contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya
untuk berbahasa dan berhubung.
Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
*DikongsiKONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam
persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan
sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
• Budaya kebendaan
• Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,
kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai
rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-
beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang
mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala,
bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga
penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai
petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat
dan berbudaya.
Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali
sebagai ‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari
segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu
keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan
sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu
terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :
*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,
adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia
perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu
belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu
diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.
Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong
oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan
masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat
Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan
yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya
seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara
masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya
iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.
Hutington etc.)
*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini
adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan
memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa
maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi
awal manusia masa lampau.
*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan
dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan
budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem
ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya
kebendaan lebih cepat berubah.
•Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
• iv. pertembungan budaya.
• v. konflik yang berlaku.
• vi. perubahan alam sekitar.
*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia
berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini
timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan
seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta,
sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa
makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia,
maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan
hidup.
1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan
untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk
bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai
contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan
manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada
agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota
masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
•i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
•ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
•iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,
tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati
rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan
seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama
manusia.
4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza.
Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia
sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan
memudahkan segala urusan.
5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu
bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya.
Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah
bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan
bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan
saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian
ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat
menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana
dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi
oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana
faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya
iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington
etc.)
*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna
bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan
daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan
kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan
rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan
kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat
berubah.
•Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
• iv. pertembungan budaya.
• v. konflik yang berlaku.
• vi. perubahan alam sekitar.
*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia
berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini
timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti
simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh
masa (setanak nasi) dan sebagainya.
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna
yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya
itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk
pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung
kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika
masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya
mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
•i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
•ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
•iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu
dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai
dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian,
kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.
4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai
pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan
segala urusan.
5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu
bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa
yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila
anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi
mencapai sesuatu.