kitar hidup rama

9
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) TUGASAN 2 ( KUMPULAN ) SUBJEK BIODIVERSITI DAN ADAPTASI BBR 26403 NAMA PELAJAR: ANDY WILLANCE ANAK SAIM ( DB100624 ) SAUFI HATTA BIN MOHD TAIB ( ) MOHD HAIRIN B. AJIS ( ) KHAIRUL ANWAR B.SANIP( ) NORAZLINA BT YUSOF ( ) AZRIM B. MUHAMAD ( ) TAHUN 4 BBR - SEMESTER 1/2014-15 P.P.G. ELEKTIF MATEMATIK (SEKSYEN 3) NAMA PENSYARAH: EN. AHMAD BIN ZAINAL

Upload: son-goku

Post on 15-Feb-2016

340 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rama-rama

TRANSCRIPT

Page 1: Kitar Hidup Rama

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

TUGASAN 2 ( KUMPULAN )

SUBJEK BIODIVERSITI DAN ADAPTASI

BBR 26403

NAMA PELAJAR:

ANDY WILLANCE ANAK SAIM ( DB100624 )

SAUFI HATTA BIN MOHD TAIB ( )

MOHD HAIRIN B. AJIS ( )

KHAIRUL ANWAR B.SANIP( )

NORAZLINA BT YUSOF ( )

AZRIM B. MUHAMAD ( )

TAHUN 4 BBR - SEMESTER 1/2014-15

P.P.G. ELEKTIF MATEMATIK (SEKSYEN 3)

NAMA PENSYARAH:

EN. AHMAD BIN ZAINAL

Page 2: Kitar Hidup Rama

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PRA KATA 3

1. KITAR HIDUP RAMA-RAMA 4

2. KITAR HIDUP KATAK 6

Page 3: Kitar Hidup Rama

PRA KATA

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana

memberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik kepada semua ahli kumpulan kami di

sepanjang usaha kumpulan kami untuk menyempurnakan tugasan ini. Pada kesempatan ini

juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada En. Ahmad Bin Zainal selaku pensyarah

subjek ini, rakan-rakan seksyen 3 dan UTHM pada amnya.

Secara umumnya kesempatan menyambung pengajian di UTHM adalah satu peluang

keemasan bagi kami untuk menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri dalam bidang

pendidikan. Subjek biodiversity dan adaptasi ini memberikan kami peluang untuk lebih

memahami dan meneroka dengan lebih jauh mengenai hidupan di alam semulajadi.

Harapan kami ialah agar tugasan ini dapat memberikan manfaat kepada diri kami

serta insan lain untuk lebih menghargai alam semulajadi.

Sekian.

Page 4: Kitar Hidup Rama

KITAR HIDUP RAMA-RAMA

Rama – rama merupakan haiwan dalam kumpulan serangga.Rama-rama merupakan serangga yang mempunyai kitaranhidup yang lengkap.Dalam proses kitaran hidup rama-rama, rama-ramamelalui 4 proses/ peringkat perkembangan.Setiap peringkat perkembangannya adalah berbeza danjuga mempunyai tujuan yang berbeza.Mari kita lihat : Peringkat kitaran hidup rama-rama.(gambarajah) Kitaran hidup rama-rama.

4. Peringkat kitaran hidup rama- rama

5. Peringkat 4 Peringkat 1Peringkat 3 rama- rama kepompong telur Peringkat 2 /pupa ulat/larva

6. peringkat pertama telur Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang- tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama- rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan. Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari.

7. peringkat kedua ulat/ larva Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan ulat beluncas. Kebiasaanya ulat beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan kerana ulat beluncas akan makan dan terus berkembang. Makanan ulat beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2 hingga 3 minggu. Ulat beluncas juga akan mula ditumbuhi bulu-bulu

8. peringkat ketiga kepompong / pupa Peringkat ketiga berlaku pada minggu ke-3. Proses transformasi akan berlaku iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa. Pada tahap ini ulat beluncas akan berubah dan mengantungkan dirinya ke dalam kepompong. Kepompong

Page 5: Kitar Hidup Rama

merupakan tempat perlindungan bagi ulat semasa berehat. Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang. Semasa di dalam kepompong, kaki dan kepaknya akan mula terbentuk.

9. peringkat keempat rama-rama Pada peringkat ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama akan keluar dari kepompongnya sebagai rama-rama yang cantik. Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang seterusnya akan berlaku.

Page 6: Kitar Hidup Rama

KITARAN HIDUP KATAK

1. TENTANG….KATAK• Sejenis haiwan amfibia• Bahasa greek “Anoura” – tidak berekor• Bahasa latin “Saltare” – melompat• Hidup di air tetapi mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat.• Gemar memakan serangga.• Kebanyakkan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika.• Kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian merangkumi 5000 spesis.

2. Peringkat Kitaran Hidup 2 Katak 31 4 5

3. Peringkat 1 … Telur• Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair.• Telur-telur katak melekat antara satu sama lain dan membentuk sekelompok telur.• Katak bertelur berpuluh-puluh atau beratus-ratus biji telur . Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.• Telur katak dilindungi dan dikelilingi oleh struktur seperti agar-agar dan agak licin.

4. TELUR Katak betina tidak akan menjaga telur- telurnya selepas bertelur. Telur-telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit sahaja yang berjaya menetas dan menjadi katak dewasa kerana hidupan lain seperti itik, ikan, serangga akan memakan sebahagian telur tersebut. Sel telur membahagi kepada dua sel. Proses ini berterusan sehingga menjadi banyak sel. Sel-sel tersebut akan membentuk embrio. Organ dan insang juga terbentuk.

5. TELUR KATAK

6. Peringkat 2 …..B erudu• Selepas 21 hari, embrio akan meninggalkan cengkerang agar-agarnya dan melekatkan dirinya pada rumpai di dalam air.• Kemudian ia menjadi berudu dan akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu.• Berudu makan tumbuhan air yang kecil iaitu alga yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar.

Page 7: Kitar Hidup Rama

7. Berudu• Mempunyai ekor yang panjang• Tinggal di dalam air• Mudah mati• Bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya.• Terancam dan boleh dimakan oleh hidupan air yang lain.• Kadangkala mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.

8. Peringkat 3 …B erudu mula berubah• Selepas 5 minggu, berudu mula berubah• Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan.• Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol.• Ekor berudu mula mengecil.• Paru-paru mula berkembang. Berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas.• Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan.• Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.

9. Peringkat 4…Katak Remaja• Lama-kelamaan berudu akan mula kelihatan seperti katak.• Ia menanggalkan kulit.• Mulutnya melebar.• Rahangnya mula hilang.• Ekor semakin mengecil dan kaki membesar.• Paru-paru semakin menjalankan fungsinya.

10. Peringkat Akhir …Katak Dewasa Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap iaitu katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa ekor. Mula keluar dari air. Lebih banyak menghabiskan masanya di darat, berbanding di air. Mula memakan serangga dan cacing Akan menjadi katak dewasa dan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses kitaran hidup ini akan berulang kembali.