kitar hidup rama rama

11

Upload: 4773pjk

Post on 12-Jun-2015

2.617 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kitar hidup rama  rama
Page 2: Kitar hidup rama  rama

Di dalam sebuah taman tinggal pelbagai jenis serangga. Ada kupu-kupu, kumbang, lebah, semut, belalang dan juga rama-rama. Di dalam taman itu juga tinggal seekor ulat beluncas. Rama-rama merupakan serangga yang paling cantik didalam taman itu. Namun ia baik hati dan tidak sombong. Semua serangga suka berkawan dengannya. Di taman ini ada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang cantik. Semua penghuni taman hidup dengan aman dan gembira. Biar pun rama-rama ada banyak kawan, namun ia paling suka berkawan dengan ulat beluncas, tetapi ulat beluncas tidak boleh terbang sepertinya. Ulat beluncas pula sering memuji-muji kecantikan dan kebaikan rama-rama

Page 3: Kitar hidup rama  rama
Page 4: Kitar hidup rama  rama

Ulat beluncas dan rama-rama bersama-sama mencari makanan di dalam taman itu. Rama-rama selalu membawa ulat beluncas terbang bersamanya. Rama-rama suka menghisap madu bunga yang segar manakala ulat beluncas pula suka menikmati pucuk-pucuk daun yang enak di taman itu. Mereka berdua menjadi sahabat yang sangat rapat. Pada suatu pagi, seperti biasa rama-rama menunggu ulat beluncas di sepohon pokok bunga. Setelahbeberapa lama menunggu, ulat beluncas tidak juga muncul. Rama-rama berasa gelisah dan sangat susah hati. Ia bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada ulat beluncas.

Page 5: Kitar hidup rama  rama

??

Rama-rama terbang ke sana- ke sini mencari ulat beluncas, namun tidak berjumpa. Sejak dari hari itu, ulat beluncas tidak kelihatan lagi. Rama-rama tidak tahu ke mana rakannya itu pergi. Rama-rama berasa sangat sedih kerana kehilangan sahabat baiknya.

Page 6: Kitar hidup rama  rama

Ke mana perginya ulat beluncas?

Page 7: Kitar hidup rama  rama

Ulat Beluncas

Pupa

Kepompong

Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi Pupa, ia kini berada di dalam kelongsong yang dipanggil kepompong.

Page 8: Kitar hidup rama  rama

Setelah beberapa lama akhirnya kepompong itu pun pecah. Kemudian muncullah seekor rama-rama kecil yang sangat cantik.

Page 9: Kitar hidup rama  rama

Pada suatu petang, seperti biasa rama-rama terbang dan hinggap di pohon bunga untuk menghisap madu. Tiba-tiba, rama-rama melihat ada seekor rama-rama kecil di dalam taman itu. Rama-rama segera terbang ke tempat rama-rama kecil.

Page 10: Kitar hidup rama  rama

Ia menyapa rama-rama kecil dengan riang . “Hai rama-rama kecil,

kelihatannya kamu masih baru di taman ini?”

“Ya rama-rama, sebenarnya saya adalah ulat beluncas yang pernah menjadi sahabat mu dahulu,

saya sangat gembira dapat berjumpa dengan kamu lagi”. Oh, barulah si rama-rama sedar bahawa ulat beluncas sahabat baiknya itu kini telah bertukar menjadi rama-rama .

Ia berasa sangat gembira dan

bersyukur. Kini kedua-dua

rama-rama itu menjadi sahabat semula, Mereka terbang mencari madu bunga bersama-sama.

Page 11: Kitar hidup rama  rama