keselarasan congruency) personalitipustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/keselarasan (...

24
KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITI PERSEKITARAN JURUSAN PENGAJIAN PELAJAR PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SABARIAH BT. SIRON FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-08-28-02 AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050541 2003

Upload: vananh

Post on 14-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITI­PERSEKITARAN JURUSAN PENGAJIAN PELAJAR­

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SABARIAH BT. SIRONFAKULTI SAINS KOGNITIF DANPEMBANGUNAN MANUSIA

KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-08-28-02AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050541

2003

Page 2: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITI­PERSEKITARAN JURUSAN PENGAJIAN PELAJAR­

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SABARIAH BT. SIRONFAKULTI SAINS KOGNITIF DANPEMBANGUNAN MANUSIA

KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-08-28-02AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050541

2003

Page 3: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

KANDUNGANHALAMAN

Senarai JadualSenarai RajahAbstrak

BAB

1. PENGENALAN

Latarbelakang Pendidikan Oi Sekolah , .. 2

Permasalahan Kajian 3

Objektif Kajian , 5

Persoalan Kajian 7

Hipotesis Kajian 8

Signifikan Kajian 9

Batasan Kajian 10

Oefinisi Konsep dan Operasional. 11

2. TINJAUAN L1TERATUR

Kajian Tentang Pengukuran Personaliti.. 16

Kajian Tentang Pengukuran Persekitaran 21

Kajian Tentang Keselarasan Personaliti - Persekitaran .28

3. METHOOOLOGI KAJIAN

Kerangka Teori. 38

Teori Tipologi Kerjaya Holland .40

Rekabentuk Kajian 53

Populasi dan Persampelan Kajian 55

Page 4: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Alat Kajian , 61

Pengumpulan Data 67

Penganalisisan Data 68

4. DAPATAN KAJIAN

Kajian Deskriptif Menggunakan Teknik EAT. 71

Dapatan Kajian Berkaitan Keselarasan Antara Personaliti

Pelajar Dengan Persekitaran Jurusan pengajian 80

5. PERBINCANGAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Dapatan Kajian Tentang Pengukuran Personaliti.. 88

Dapatan Kajian Tentang Pengukuran Persekitaran 88

Dapatan Kajian Tentang Personaliti-Persekitaran 90

Implikasi Teori. 94

Implikasi Praktikat. 95

Cadangan 96

Kesimpulan 97

Penutup 97

BIBLIOGRAFI. 98

LAMPIRAN 1- Penentuan Saiz Sampel Cohen

LAMPIRAN 2-Table for Determining Needed Size of a Randomly ChosenSample from a Given Definite Population of N Cases Proportion p Willbe +

. 05 of the Population Proportion p With a 95 Percent Level of Confidence.

LAMPIRAN 3 - Indeks Keselarasan

LAMPIRAN 4 - Soalselidik Self - Directed Search Holland.

ii

Page 5: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Senarai Jadual

Jadual Muka Surat

1. Jenis dan Bilangan Sekolah-Sekolah Oi Malaysia 3

2.Persekitaran Menggunakan Kod Tiga Mata 14

3.Keselarasan Bidang Pengkhususan Kolej dengan Enam

Orientasi Personal. 23

4. Perbandingan Kod R, I, A, S, E, C 27

5. Profil Personaliti Berkaitan dengan Bidang Pekerjaan 33

6. Tahap-Tahap Ketekalan untuk Semua Perubahan

Susunan dan Kombinasi Pola Personaliti. 47

7. Model Gaya Individu dan Persekitaran Pekerjaan MengikutHolland ( 1973 ) .

8. Oeskripsi Persekitaran Akademik ( Holland, 1973 ) 51

9. Kod Tiga Mata berdasarkan Program dan Bidang

Pengkhususan....................... 55

10.Pemecahan Bilangan Populasi bagi Kajian, Environmental Assessment Technique' 56

11.Pemecahan sampel Mengikut Program Pengkhususan. 58

12.Pemecahan Sampel Mengikut Jantina 59

13.Pemecahan Sampel yang Oiperolehi. 60

14.Nilai Realibiliti bagi Alat SOS 62

15.Kod Persekitaran Berdasarkan .Jurnlah Skor Personaliti

untuk Jurusan Kejuruteraan Awam : 72

16.Kod Persenaliti Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti

untuk Jurusan Sains · 73

17.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti

untuk Jurusan Bakeri. 74

iii

Page 6: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

18.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah skor Personaliti

untuk Jurusan Sastera 75

19.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti

untuk Jurusan Pengurusan Perniagaan 76

20.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti

untuk Jurusan Perakaunan 77

21.Kod Tiga Mata Persekitaran Berdasarkan Min Skor

Mentah SDS Berbanding Kod Tentatif 79

22.Kod Tiga Mata Personaliti Berdasarkan Min Skor

Mentah SDS Bagi Enam Jurusan Penqajian 81

23.Kod Tiga Mata Personaliti, Indeks Keselarasan,

Kendall's Coefficient of Concordance dan Nilai Khi-Kuasa

Dua ( x 2) Bagi Enam Jurusan Pengajian yang Dikaji. 83

24.Kod Diperolehi daripada EAT berbanding Kod Holland.......... 91

iv

Page 7: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Senarai Rajah

Rajah Muka Surat

1. Model Heksagonal Holland untuk menginterpretasiKeserupaan psikologi, jenis personaliti danpersekitaran serta Interaksi 46

v

Page 8: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITI - PERSEKITARANJURUSAN PENGAJIAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Abstrak

Holland ( 1973 ) mengutarakan enam jenis personaliti dan Model Persekitaraniaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik (A ), Sosial ( S ) , Enterprising ( E) ,

dan Conventional ( C ) . Beliau juga menyatakan seseorang individu itucenderung memilih persekitaran yang konsisten dengan orientasi peribadinya.Kajian ini ingin melihat dan mendefinisi pola persekitaran jurusan pengajian yangterdapat di sekolah, meninjau pola personaliti pelajar di dalam disiplin pengajiantersebut dan melihat keselarasan antara personaliti pelajar dengan jurusanpengajian di sekolah menengah. Kajian yang menggunakan rekabentuk diskriptifdan ex-post facto jenis korelasi ini menggunakan sampel pelajar-pelajar sekolahmenengah di Perak. Soal selidik untuk mengumpul data adalah terdiri daripadainventori SDS ( Self-Directed Search, Holland ). Data dianalisis menggunakanteknik Environment Assesement Technique ( EAT) dan Statistik Kendall'sCoefficient of Concordance w. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkanterdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar denganpersekitaran jurusan pengajian mereka ( w=0.345, x2 ( 5 ) = 24.337, P < .05 ).Secara khusus dapatan kajian menunjukkan 1 a ) terdapat keselarasan yangsignifikan antara personaliti pelajar jurusan Kejuruteraan Awam denganpersekitaran R - I - E ( w = 0.867, x2 ( 5 ) = 4.351 , P < .05 ); 1b ) terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusan Sains denganpersekitaran 1- S - R (w = 0.276, x2 (5) = 4.351, P < .05); 1c) tidak terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusan Bakeri denganpersekitaran A - R - E ( w = 467, x 2 ( 5 ) = 4.351, P > .05 ) ; 1d) terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar Jurusan Sastera denganpersekitaran S - E - A (w = 0.556, x2 ( 5 ) = 4.351 , P < .05 ); 1e) tidak terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusan PengurusanPemiagaan dengan persekitaran E - S - C (w = 0.467, x2 (5) = 4.351, p> .05); 1f) tidak terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusanPerakaunan dengan persekitaran C - E - S ( w = 0.600, x2 ( 5 ) = 4.351, p> .05

). Ini menunjukkan sistem pemilihan ke jurusan tertentu perlu mengambilkirapersonaliti mereka bukan berdasarkan semata-mata kepada pencapaianpeperiksaan awam seperti PMR sahaja.

Vt

Page 9: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

BAB 1

PENGENALAN

Personaliti merupakan keseluruhan tingkah laku individu , luaran atau

dalaman ( Cattell , 1950 ) dan persekitaran sebagai keseluruhan ruang hidup

individu ( Anatasi , 1976 ) . Holland ( 1973 ) mengutarakan enam jenis personaliti

dan model persekitaran iaitu Realisitik ( R ) , Investigatif ( I ) , Artisrtik ( A ) ,

Sosial ( S ) , Enterprising ( E ) , dan Conventional ( C ) serta menyatakan

seseorang individu itu cenderung memilih persekitaran yang konsisten dengan

orientasi peribadinya .

Keselarasan atau kesesuaian antara faktor personaliti dengan

persekitaran ini bukan sahaja boleh meramalkan tahap kepuasan bahkan juga

kestabilan , pencapaian dan juga motivasi berkaitan dengan pekerjaan atau

pendidikan ( Holland, 1973 ) .

Seperti seorang pekerja , pelajar juga perlu seharusnya berinteraksi

secara berkesan dengan persekitaran akademiknya untuk membolehkan mereka

terus berada di dalam persekitaran itu dan ini memberi kesan kepada tingkah

laku mereka . Seorang pelajar yang lebih banyak terlibat dengan persekitaran

sekolah , kolej atau universitinya akan merasa lebih berpuashati dengan

pengalamanya di sekolah , kolej atau universiti berbanding dengan pelajar yang

1

Page 10: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

kurang terlibat ( Abrahamowicz , 1988 ; Astin , 1975 ) . Untuk membolehkannya

berinteraksi dan terlibat , seseorang pelajar itu harus mempunyai personaliti

selaras dengan persekitarannya .

Latar Belakang Pendidikan Di Sekolah

Untuk menceburi sesuatu bidang kerjaya , ia bermula dari keputusan

memilih jurusan pengajian di sekolah menengah dan seterusnya di peringkat

pengajian tinggi atau pengajian kernahiran di institusi latihan kemahiran . Oi

peringkat sekolah menengah , pilihan jurusan pengajian seharusnya mengambil

kira personaliti dan minat seseorang pelajar kerana keduanya merupakan faktor

penting dalam menentukan kejayaan dalam bidang pendidikan dan latihan yang

menjadi asas sesuatu kerjaya . Ini seterusnya dapat membina kepuasan pelajar

di jurusan tersebut dan dapat menjadi pelajar cemerlang dan bermotivasi-tinggi .

Sekolah menengah hari ini menawarkan pelbagai jurusan untuk pelajar

ikuti . Oi sekolah menengah harian terdapat jurusan sains dan sastera . Oi

sekolah menengah asrama penuh atau separuh asrama terdapat jurusan sastera

yang menggabungkan mata pelajaran jurusan sastera dengan lukisan teknikal

dan vokasional seperti landscaping, pertanian dan bakeri .

Oi sekolah Teknik terdapat 7 jurusan vokasional iaitu otomotif , binaan

bangunan , penyaman udara , elektrik , elektronik , kimpalan dan jentera dan 3

2

Page 11: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

jurusan teknikal iaitu kejuruteraan awam , kejuruteraan mekanikal dan

kejuruteraan elektrikal . Sebuah sekolah vokasional di Ipoh menawarkan jurusan

perdagangan , pengurusan perniagaan dan perakaunan . Jadual 1 di bawah

menunjukkan jenis sekolah - sekolah yang terdapat di Malaysia.

Jadual1

Jenis dan Bilangan Sekolah - Sekolah Menengah di Malaysia

Jenis Sekolah Jumlah SebenarMenengah

Biasa 1682Asrama Penuh 45

Agama 55Vokasional 1Teknik 85Model Khas 8Sukan 2Khas 3Sumber : Data Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ).

Melalui sistem pendidikan yang menawarkan jurusan yang pelbagai dan

sistem penilaian terbuka maka pelajar di sekolah seharusnya dapat memilih dan

mengenalpasti jurusan dan bidang yang di minati bersesuaian dengan cita - cita

dan matlamat masa hadapan mereka .

Permasalahan Kajian

Pada hari ini kebanyakan sekolah menghadapi permasalah displin seperti

ponteng sekolah , ponteng kelas, tingkahlaku anti - sosial , tingkahlaku ganas ,

3

Page 12: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

buli dan pelbagai tingkah laku salahsuaian . Ini memberi implikasi pelajar kurang

dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan adakah kerana mereka

tidak berminat dengan mata pelajaran yang dikuti atau pengaruh - pengaruh lain

yang menyelewengkan mereka dari landasan untuk mencapai kecemerlangan .

Apa yang boleh diramal , pelajar - pelajar yang memonteng kelas boleh

diandaikan kepada dua kategori iaitu tidak berminat dengan mata pelajaran atau

guru yang mengajar .Tidak berminat dengan mata pelajaran boleh dikaitkan

dengan kemungkinan ketidakselarasan antara personaliti dengan jurusan yang

sedang diikuti . Ini adalah andaian asas teori Holland ( 1973 ) .

Oleh itu sejauhmanakah kursus yang diikuti oleh pelajar itu bersesuaian

dengan personaliti dan minat mereka . Aspek kesesuaian ini penting bagi

membolehkan mereka melibatkan diri serta menghayati segala aktiviti akademik

dan kokurikulum untuk mencapai tahap kepuasan belajar yang tinggi seterusnya

meningkatkan minat , motivasi belajar dan pencapaian akademik . Ini adalah

kerana Holland ( 1973 ) telah menyatakan bahawa untuk mencapai tahap

kepuasan , motivasi dan pencapaian akademik yang baik , keselarasan antara

personaliti dan persekitaran itu amat penting .

Minat belajar , kepuasan belajar dan kecemerlangan akademik adalah

hasil dari interaksi yang tinggi antara pelajar dengan persekitarannya . Oleh itu ,

adalah menjadi satu permasalahan untuk dikaji iaitu adakah kepuasan terhadap

4

Page 13: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

keseluruhan sistem pendidikan di sekolah ini mempunyai hubungan dengan

keselarasan antara faktor diri pelajar dan jurusan pendidikan yang diikuti ? .

Masalah pencapaian akademik sering dikaitkan dengan aspek kendiri

pelajar iaitu faktor - faktor dalaman diri pelajar itu sendiri seperti kurang aspirasi ,

menunjukkan semangat yang rendah serta tidak mempunyai motivasi yang kuat

untuk belajar ( Awang Had Salleh , 1986 ). Faktor keselarasan antara

personaliti dan persekitaran yang berkemungkinan mempunyai hubungan

dengan kepuasan belajar dan seterusnya meningkatkan motivasi dan

pencapaian akademik kurang diberikan tumpuan .

Objektif kajian

Kajian ini ingin meninjau faktor keselarasan personaliti - persekitaran

pelajar sekolah . Teori Tipolgi Kerjaya Holland ( 1985 ) telah menghipotesiskan

bahawa kepuasan terhadap persekitaran pendidikan adalah berkaitan dengan

jenis personaliti tertentu . Lebih tinggi keselarasan antara jenis personaliti

tertentu dengan persekitaran ini maka kepuasan dari segi interaksi juga

meningkat.

Oleh itu keselarasan di antara personaliti dan persekitaran adalah satu

faktor yang penting dalam mempengaruhi kepuasan dan pencapaian akademik

seseorang pelajar . Seperi juga seorang pekerja , pelajar harus berinteraksi

5

Page 14: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

secara berkesan dengan persekitarannya bagi membolehkan mereka terus

belajar . Dalam hal ini faktor individu dan persekitaran perlu sesuai .

Secara umum adalah diketahui persekitaran mempengaruhi tingkah laku

seseorang .. Beberapa aspek tentang persekitaran khususnya persekitaran di

sekolah seperti aktiviti akademik dan bukan akademik memberi gambaran

bahawa terdapat perbezaan pengalaman di kalangan pelajar ditambah pula

dengan perbezaan personaliti mereka . Kesan dan hubungan antara faktor -

faktor ini ke atas kepuasan dan pencapaian perlu diketahui dan diselidiki . Maka

adalah menjadi objektif kajian ini :

1. Untuk mengukur dan mendefiniskan pola persekitaran jurusan

pengajian yang terdapat di sekolah menggunakan Teknik Penilaian

Persekitaran ( Enviroment Assessment Technique) .

2. Untuk meninjau pola personaliti pelajar di dalam dsiplin pengajian

tertentu .

3. Untuk melihat keselarasan antara personaliti pelajar dengan

program pengajian ( persekitaran ) yang diikuti oleh pekajar di

sekolah.

6

Page 15: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Persoalan Kajian

Linton menyatakan ciri - ciri persekitaran sosial bergantung kepada ciri -

ciri dominan ahli - ahli yang ada di dalamnya (Pervin 1967). Oleh yang

demkian jika ciri - ciri manusia di dalam kelompok itu diketahui sepatutnya dapat

pula diketahui iklim persekitaran yang di hasilkan oleh ahli - ahli di dalamnya .

Untuk menilai jenis persekitaran sekolah, Enviroment Assessment

Technique ( EAT) digunakan . Kaedah ini dapat memberikan deskripsi tentang

ciri - ciri sesuatu persekitaran itu ( Astin & Holland , 1961 ) sama ada

persekitaran itu bercirikan Realisitik, Invetigatif , Artistik , Sosial , Enterprising

atau Conventional .

Antara persoalan - persolan yang dikemukan ialah :

1. Adakah terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan

jurusan pengajian yang diikuti oleh pelajar di sekolah .

2. Apakah pola persekitaran untuk jurusan Kejuruteraan Awan ,

Sains , Bakeri , Sastera , Pengurusan Perniagaan dan

Perakaunan .

3. Apakah Pola personaliti untuk pelajar jurusan Kejuruteraan Awam ,

Sains , Bakeri, Sastera , Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan .

7

Page 16: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Hipotesis Kajian

Keselarasaan antara personaliti dan persekitaran akan memberikan

kepuasan ,mewujudkan kestabilan , motivasi dan pencapaian baik dalam bidang

pekerjaan mahupun pekerjaan . Ini adalah asas premise yang diutarakan oleh

Teori Tipologi Kerjaya Holland ( 1973 , 1985 ) .

Hipotesis Utama , kajian ini menguji kebenaran utama Teori Tipologi

Kerjaya Holland ( 1973 ) ini iaitu terdapat keselarasan yang signifikan antara

personaliti pelajar dengan enam displin pengajian terutama dengan persekitaran

aliran pengajian .

Hipotesis Umum

Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar daripada

enam displin pengajian tertentu dengan persekitaran program pengajian .

Hipotesis Khusus

H1 a Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar

Kejuruteraan Awam dengan persekitaran R - I - E .

8

Page 17: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

H1 b Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar Sains

dengan Persekitaran I - S - R .

H1c Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar Bakeri

dengan persekitaran A - R - E .

H1d Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti Sastera dengan

persekitaran S - E - A .

H1 e Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar

Pengurusan Perniagaan dengan persekitaran E - S - C .

H 1f Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar

Perakaunan dengan persekitaran C - E - S .

Signifikan Kajian

Walaupun kajian ini bukan bertujuan menilai keberkesanan - sistem

pendidikan tetapi ia sedikit sebanyak dapat memberi maklum balas yang khusus

dari sumber primer iaitu kumpulan sasaran kepada pihak yang tertentu . Ini

adalah kerana keberkesanan sistem pendidikan yang menjadi persekitaran

pelajar ini berkait rapat dengan tingkahlaku pelajar , aspek objektif dan kognitif .

Maklum balas ini dirasakan penting untuk meningkatkan mutu selaras

dengan kepesatan perkembangan pedagogi dan pendidikan tinggi . Maklum

balas ini juga boleh merupakan reaksi terhadap perubahan semasa pada

9

Page 18: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

peringkat konsepsi , kesan dari pemikiran semula idea pendidikan dan fungsi

pendidikan itu sendiri .

Kajian ini juga boleh memberikan petunjuk bahwa sistem pengambilan

pelajar untuk memasuki jurusan di sekolah boleh ditingkatkan keberkesanannya

dengan mengambil kira ujian personaliti dan minat ,terutama pengajian yang

melibatkan kemahiran .

Secara tidak langsung kajian ini dapat memberi gambaran akan

kepentingan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya di peringkat sekolah

khususnya . Dengan adanya perkhidmatan ini , pelajar dapat dibimbing untuk

mengenal diri dari segi minat dan personaliti supaya dapat mempertingkatkan

penghayatan mereka terhadap jurusan yang telah dipilih.

Batasan Kajian

Kajian ini hanya di jalankan di dua buah sekolah menengah harian dan

sebuah sekolah teknik di Negeri Perak Oleh itu dapatan kajian ini tidak dapat

mewakili keseluruhan sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

10

Page 19: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Definisi Konsep Dan Definisi Operasional

Terdapat beberapa istilah di dalam kajian ini yang perlu didefinisikan

secara operasional dan kebanyakannya adalah istilah yang digunakan oleh

Holland di dalam Teori Tipologi Kerjayanya ( 1973 ) .

Personaliti

Allport ( 1937 ) mendefinisikan personaliti sebagai penyusunan yang

dinamis pada diri individu dari segi sistem psikojasmani yang unik kepada

persekitarannya . Pada masa yang sama Allport ( 1937 ) juga berpendapat

personaliti adalah organisasi tret - tret yang dinamik di dalam diri individu yang

menentukan keunikan individu itu memainkan peranan sosialnya .

Cattell ( 1950 ) melihat personaliti sebagai sesuatu yang berkaitan dengan

semua tingkahlaku individu sama ada secara luaran atau dalaman . Ini ada

bersamaan dengan pendapat Dashiel ( 1937 ) yang menyatakan personaliti

adalah tingkahlaku yang tersusun dan dapat dinyatakan secara tekal .

Hilgard ( 1957 ) pula melihat personaliti sebagai ciri � ciri dan cara gaya

tingkahlaku individu , di dalam pengorganisasian dan pencorakannya ,

11

Page 20: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

mempengaruhi penyesuaian individu itu secara unik di dalam keseluruhan

persekitarannya .

Maddi ( 1989 ) juga cuba memberi definisi yang menyeluruh dengan

menyatakan personaliti adalah satu set ciri - ciri dan kecenderungan yang stabil

yang menentukan kesamaan dan perbezaan di dalam tingkahlaku psikologi

seseorang.

Liebert & Liebert ( 1998) berpendapat personaliti adalah ciri - ciri

organisasi yang dinamik dan unik tentang seseorang individu sama ada dari segi

fisikal atau psikologi yang mempengaruhi tingkahlaku dan tindak balasnya

kepada persekitaran sosial dan fisikal.

Takrif di atas menampakkan kepelbagaian di dalam mendefinisikan

personaliti tetapi terdapat kesamaan bahawa personaliti itu dinamis , berkaitan

dengan tingkahlaku berpadu dan merupakan satu tindakbalas di antara

keupayaan yang diwarisi dengan pengaruh persekitaran .

Walau bagaimanapun untuk tujuan kajian ini personaliti merujuk

khususnya kepada enam jenis personaliti yang diutarakan di dalam Teori

Tipologi Kerjaya Holland (1973) iaitu personaliti Realistik ( R ) , Investigatif

( I ) , Artistik ( A ) , Sosial ( S ) , Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ) . Secara

12

Page 21: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

operasional personaliti ditentukan dengan menggunakan alat ukuran Self -

Directed Search .

Persekitaran

Persekitaran bermaksud ruang hidup seseorang individu itu ( Anatasi ,

1976 ) . Kamus Lengkap Psikologi ( 1968 ) pula mendefinisikan persekitaran

sebagai keseluruhan atau sebarang aspek gejala - gejala fizikal dan sosial yang

melingkupi atau mempengaruhi satu organisme individu .

Oleh itu persekitaran boleh dilihat sebagai kuasa atau faktor - faktor

luaran individu yang mengawal dan mengoperasi tingkahlaku individu itu serta

membentuk perkembangan fizikal dan mental seseorang .

Sebagai manusia , persekitaran juga dilihat sebagai mempunyai

personaliti yang unik sebagaimana personaliti individu boleh dinilai , persekitaran

juga boleh dinilai .

13

Page 22: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

Jadual2

Persekitaran Menggunakan Kod Tiga Mata

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jurusan Jenis Persekitaran Kod Tiga Mata=============================================================

Kejuruteran Awam Realistik R-I-E

Sains Investigatif I-S-R

Bakeri Artistik A-R-E

Sastera Sosial S-E-A

Pengurusan perniagaan Enterprising E-S-C

Perakaunan Conventional C-E-S

-------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------

Di dalam kajian ini persekitaran dirujuk kepada enam jenis persekitaran

sama seperti enam jenis personaliti yang dinyatakan oleh Teori Tipologi -Kerjaya

Holland ( 1973 ) iaitu persekitaran Realistik ( R ) , Investigatif ( I ) , Artistik ( A ) ,

Sosial (S), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ) . Persekitaran ini dirujuk

menggunakan kod tiga mata seperti dalam Jadual 2 .

Keselarasan

Salah satu daripada konsep utama yang terkandung di dalam Teori

Tipologi Kerjaya Holland ( 1973 ) ialah konsep keselarasan . Kepuasan kerja ,

kestabilan kerja dan pencapaian bergantung kepada keselarasan antara

personaliti seseorang dan persekitarannya yang sebahagian besarnya terdiri

14

Page 23: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

daripada individu - individu yang sama bekerja dengannya . Sebagaimana

seseorang yang merasa selesa berada bersama kawan - kawan yang mana

selera , bakat dan nilai yang serupa , begitu juga seseorang itu akan

menunjukkan pretasi yang baik di dalam pekerjaan yang selaras dengan

jiwanya.

Oleh itu di dalam kajian ini persekitaran dirujuk kepada persekitaran

pendidikan maka individu yang berpersonaliti Realistik akan merasa selaras

belajar di persekitaran Realistik .

Indeks Keselarasan ( IK ) ditentukan dengan membandingkan

kesepadanan antara kod tiga mata personaliti yang didapati daripada pelajar

melalui alat ukuran Self - Directed Search ( SDS ) dan kod tiga mata bidang

pengkhususan yang telah diberikan oleh Holland di dalam Occupational Finder .

Padanan yang tepat , contohnya , R - I - E dan R - I - E akan diberi IK 8 .

Kesepadanan yang langsung tidak mengena , contohnya , R - I - E dan S -

A - C akan diberi IK 0 ( rujuk Indeks Keselarasan Wiggins & Moody, 1981 pada

Lampiran 1 )

15

Page 24: KESELARASAN CONGRUENCY) PERSONALITIpustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/KESELARASAN ( CONGRUENCY... · sekolahmenengahasramapenuhatauseparuhasramaterdapatjurusansastera ... Hipotesis

BAB2

TINJAUAN LETERATUR

Holland ( 1973 , 1985 ) di dalam Teori Tipologi kerjayanya menyatakan

bahawa kepuasan kerja , stabiliti dan pencapaian bergantung kepada

keselarasan antara personaliti seseorang dengan persekitaran di mana ia

bekerja (Holland, 1985 ) . Teorinya juga mencadangkan enam model

persekitaran iaitu Realisitik , Investigatif , Artistik , Sosial , Enterprising dan

Conventional yang mengambarkan ciri - ciri fizikal dan sosial sesuatu situasi

pekerjaan . Semenjak itu kajian - kajian keselarasan , mengukur personaliti dan

persekitaran , kajian tentang hubungan dan perkaitan antara keselarasan dan

kepuasan , di dalam bidang pendidikan banyak dijalankan . Di dalam tinjuan ini ,

pengkaji ingin menyorot kajian - kajian berkaitan dengan teori Tipologi Kerjaya

Holland ( 1973 , 1985 ) di dalam bidang pendidikan dan kerjaya .

Kajian Tentang Pengukuran Personaliti

Manusia mempunyai ciri-ciri kesemua enam jenis personaliti , tetapi

Holland mencadangkan bahawa setiap individu akan bertingkahlaku yang akan

mengambarkan orientasi satu , dua , atau tiga jenis personalti yang dominan

berbanding dengan yang lain . Orientasi ini di lambangkan oleh kod tiga mata

16