kertas kerja sambutan bulan kemerdekaan 2015
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LAPANGAN TERBANG,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
2015
#SEHATI SEJIWA
DISEDIAKAN OLEH,
PN NURUL AFINA BT ABDUL HALIM,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,SK KEM LAPANGAN TERBANG.
KERTAS KERJASAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LAPANGAN TERBANG
Pendahuluan
Unit Kokurikulum bersama Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan SK Kem Lapangan Terbang akan mengadakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti bagi semua murid iaitu dari Pra Sekolah hingga Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diharapkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama di kalangan tenaga pengajar SK Kem Lapangan Terbang.
Matlamat
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan murid SK Kem Lapangan Terbang.
Objektif
1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.2. Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara.
4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.
5. Menanam rasa hormat dan menghargai warga emas sebagai warga pembangunan negara.
Rasional
Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya murid mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat patriotisme di kalangan setiap murid. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim SK Kem Lapangan Terbang.
Cadangan Tarikh
16 Ogos sehingga 16 September 2015
Tempat
SK Kem Lapangan Terbang.
Perasmian Pembukaan
En. Mohd Yasin Bin Ismail (Guru Besar SK Kem Lapangan Terbang.)
Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Kem Lapangan Terbang.
Ahli Jawatankuasa
- Sila lihat Lampiran 1
Aktiviti-Aktiviti Bulan Kemerdekaan
- Sila lihat Lampiran 2
Perbelanjaan
- Sila lihat Lampiran 3
Sumber Kewangan
1. PCG Unit Kokurikulum2. PCG Pusat Sumber
3. PCG Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
4. Sumbangan Kedai Buku Sekolah
Penutup
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
…………………………………………
(NURUL AFINA BT ABDUL HALIM)Penolong Kanan Kokurikulum,SK Kem Lapangan Terbang.
Disahkan oleh,
…………………………………………
(EN. MOHD YASIN BIN ISMAIL)Guru Besar,SK Kem Lapangan Terbang.
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LAPANGAN TERBANG,08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
JAWATANKUASA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2015
Penasihat : En Mohd Yasin Bin Ismail (Guru Besar)
Pengerusi : Pn Nurul Afina Bt Abdul Halim (Penolong Kanan Kokurikulum )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Romlah bt Ibrahim (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Kamal b Mustafa (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn. Zaitun Binti Hasan (Setiausaha Sambutan Bulan Kemerdekaan)
Penolong Setiausaha : Pn. Haslida Binti Abu Bakar (Setiausaha Kokurikulum Sekolah)
Ajk Pelaksana :
JAWATANKUASA NAMA GURU SKOP TUGAS
Pengacara Majlis Pn. Shahlida bt Abdullah - Mengacarakan majlis perhimpunan khas dan
majlis penutupan bulan kemerdekaan.
Bacaan doa Tn.Hj. Abdul Mutalib b Kariya - Membaca doa di awal majlis berlangsung.
Persiapan tempat(sebelum dan sesudah majlis)
Pn. Suriah binti Yaakob
Pn. Shantimathi a/p Ramanathan- Memastikan susunan meja dan kerusi disusun
rapi bagi kelancaran majlis
Nyanyian Lagu Patriotik
Pn. Hapshah binti Aripin - Menguruskan nyanyian dan lirik lagu untuk guru
dan murid.
PA system En. Devindran a/l Subramaniam - Menyediakan peralatan berkaitan muzik, sistem
bunyi atau tayangan.
Kawalan murid Pn. Halimatullah binti Ibrahim
Tn. Hj. Jamaluddin bin Adam- Mengawal murid semasa aktiviti berlangsung
Buku Program/ Brosur
Pn. Zaitun Binti Hasan (Pembukaan)
Pn. Nurol Shuhada binti Mokhtar (Penutup)- Menyediakan buku program/ brosur.
Banner Pn. Zaitun Binti Hasan - Menempah banner sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan 2015
Dokumentasi Pn. Siti Aminah bt HussainPn. Haslida Binti Abu Bakar
- Menyediakan dokumentasi lengkap sepanjang
majlis berlangsung.
Kuiz Kemerdekaan En. Ahmad Yusri bin Ahmad Ibrahim
Pn. Nor Lida binti Md Isa- Menyediakan soalan kuiz dan menguruskan
aktiviti kuiz semasa majlis.berlangsung.
Pertandingan Mewarna / Melukis
Pn. Norzirah binti Yaakob (Prasekolah)
Pn. Fitri binti Zainal (Tahap 1)
Pn. Azizah binti Mohamed (Tahap 2)
- Menguruskan pertandingan melukis dan mewarna
dari pengurusan pertandingan hinggalah ke
pengadilan.
Pertandingan Deklamasi Sajak
Pn. Sukimah binti Abdul Rahman
Pn. Hjh Zubaidah binti Abdurahman
Pn. Masitah binti Abbas
- Menguruskan pertandingan deklamasi sajak dari
pengurusan pertandingan hinggalah ke
pengadilan.
Pertandingan Basikal Berhias
Tn.Hj. Abdul Mutalib b Kariya
Pn. Zaharah binti Yusoff- Menguruskan pertandingan deklamasi sajak dari
pengurusan pertandingan hinggalah ke
pengadilan
Pertandingan Keceriaan Kelas
Pn. Hjh Norhayati binti Said
Pn. Norhayati Siaw binti Abdullah
Pn. Zurina binti Kasim
- Menguruskan pertandingan keceriaan kelas dari
pengurusan pertandingan hinggalah ke
pengadilan
Hadiah/cenderahati
Pn. Abidah binti Othman Pn. Seri Suriaty binti Mohd ShariffPn. Renuga a/p Rajasekaran
- Menyediakan hadiah bagi semua pertandingan
yang dijalankan.
Lampiran 2
Aktiviti sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015
Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Tindakan/ Kawasan
1.
Perhimpunan Khas Pelancaran Bulan Kemerdekaan
- Ucapan pengerusi majlis- Nanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah
dan Sekolah- Ucapan Guru Besar- Upacara Gimik Perasmian Bulan
Kemerdekaan- Nanyian lagu patriotik- Bersurai
16 Ogos 2015Guru bertugas mingguan
& Pn. Zaitun Binti Hasan
2. Pertandingan Basikal Berhias 24 Ogos 2013
3. Pertandingan Mewarna & Melukis 24 Ogos 2013
4. Pertandingan Deklamasi Sajak 2 Sept 2013 Panitia BM / Dewan
5. Pertandingan Keceriaan Kelas 16 Ogos – 16 Sept 2015 Guru bertugas mingguan
6Acara penutup Bulan Kemerdekaan 2015
- Kuiz Kemerdekaan - Penyampaian hadiah
13 Sept 2013Guru bertugas
mingguan / Tapak perhimpunan
Lampiran 3
Perbelanjaan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekem 2013
1. Cenderamata Penceramah RM 100.00
2. Hadiah Basikal BerhiasPertama - RM8.00Kedua - RM5.00Ketiga - RM3.00Saguhati - 10 x RM 2.00 RM 36.00
3. Pertandingan deklamasi sajak (Lelaki & Perempuan)Pertama - RM8.00 x 2Kedua - RM5.00 x 2Ketiga - RM3.00 x 2Saguhati - RM 2.00 x 20 RM72.00
4. Pertandingan koir kemerdekaan (10 orang/kumpulan)Johan - RM30.00Naib Johan - RM20.00Ketiga - RM10.00Saguhati - RM10.00 x 3 RM90.00
5. Hadiah Pertandingan Mewarna
Prasekolah Pertama - RM8.00Kedua - RM5.00Ketiga - RM3.00 RM16.00
Tahap 1Pertama - RM8.00 x 3Kedua - RM5.00 x 3Ketiga - RM3.00 x 3 RM48.00
6. Pertandingan Melukis (Tahap 2)Pertama - RM8.00 x 3Kedua - RM5.00 x 3Ketiga - RM3.00 x 3 RM48.00
7. Banner & bendera RM200.00
JUMLAH RM876.00