dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
DESCRIPTION
contoh dokumentasi laporan sambutan hari kemerdekaanTRANSCRIPT
MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH, SK KULAI 1,
JALAN PEJABAT KERAJAAN, KULAIJAYA, JOHOR.
TARIKH :
28 OGOS – 20 SEPT 2013
TEMPAT :
SK KULAI 1
ANJURAN BERSAMA:
PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAANPANITIA KAJIAN TEMPATAN
PANITIA PEN.SENI VISUALKELAB RUKUN NEGARA
SK KULAI 1
1. Nama Program :Program Bulan Kemerdekaan 2013
2. Tarikh : 28 Ogos -15 September 2013
3. Hari / masa :
Bil. Aktiviti Tarikh /Hari Perlaksanaan
1. Pelancaran Hari Kemerdekaan 28 Ogos 2013 / Rabu (4.30-5.30 petang)
2. Pertandingan Mewarna 30 Ogos 2013 /Jumaat (5.05-06.05 petang )
3. Pertandingan Larian Merdeka 6 Sept 2013 / Jumaat ( 5.00-6.00 petang)
4. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 20 Sept 2013 / Khamis (5.30-6.30 petang)
4. Tempat : SK Kulai 1
5. Objektif :
i. Memupuk sikap patriotisme dan sayang akan negara di kalangan murid.
ii. Membina keyakinan diri dalam diri murid-murid.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat seharian.
iv. Memupuk persaingan sihat di kalangan murid dalam aktiviti yang dijalankan.
v. Mengukuhkan tahap pengetahuan murid pada setiap aktiviti yang dijalankan.
6. Sasaran : Semua murid tahap 1 dan tahap 2.
7. Aktiviti Yang Dijalankan:
Pelancaran Hari Kemerdekaan Peringkat sekolah SK Kulai 1 bagi sesi petang telah
diadakan pada 28 September 2013 pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Majlis telah
dirasmikan oleh GPK Petang SK Kulai 1, Puan Sarnah binti Hj Jamiran.
Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Antaranya
ialah tayangan sempena hari kemerdekaan, pertandingan mewarna dan larian
kemerdekaan. Tayangan sempena hari kemerdekaan dipertontonkan kepada murid-murid
tentang kisah perjuangan seorang askar yang bertajuk ‘Sarjan Hassan’. Pertandingan
mewarna telah diadakan pada 30 Ogos 2013.Pertandingan Larian Merdeka pula diadakan
pada 6 September 2013.
Program Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah SK Kulai 1 ini telah diakhiri
dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis tersebut
telah diadakan pada hari Khamis, 19 September 2013. Pada majlis penutupan ini, terdapat
beberapa orang murid telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti seperti
persembahan deklamasi sajak. Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat
SK Kulai 1 ini diakhiri dengan acara memotong kek GPK Petang SK Kulai 1, Puan Sarnah
binti Hj Jamiran dan Laungan Kemerdekaan sebanyak tiga kali telah diketuai oleh Encik
Mohd Zaidi bin Jamian.
8. Penilaian Program :
8.1. Kekuatan Program:
i. Sokongan daripada pihak pentadbir.
ii. Kerjasama daripada semua guru dan murid.
iii. Penglibatan yang memuaskan daripada murid-murid.
iv. Program dapat dijalankan dengan baik.
8.2. Kelemahan Program:
i. Sesetengah program tertunda dari perancangan awal kerana keadaan cuaca
yang tidak mengizinkan.
ii. Murid tahun 6 tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti kerana
memberi tumpuan untuk persediaan UPSR.
8.3. Cadangan penambahbaikan:
i. Pelaksanaan tempoh program yang sesuai supaya murid tahun 6 juga dapat
merasai bersama-sama kemeriahan sambutan ini.
ii. Penglibatan menyeluruh murid-murid , guru-guru dan ibu-bapa perlu
ditingkatkan dalam aktiviti yang dijalankan supaya penghayatan bulan
kemerdekaan lebih dirasai.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
...................................... .................................... .................................
( SITI SURIATI BINTI ABDULLAH )
AJK DOKUMENTASI
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
SK KULAI 1
……………………………………
( MOHD ZAIDI BIN JAMIAN )
AJK DOKUMENTASI
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
SK KULAI 1
LAMPIRAN
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
SK KULAI 2013
PERTANDINGAN MEWARNA PERTANDINGAN LARIAN KEMERDEKAAN
TAHUN 2 PINTAR TAHUN 3
1) SITI NOR AIZA JOHAN : 3 PINTAR 2) NUR ANISAH N.JOHAN : 3 CERDIK3) MOHD APINUDDIN TEMPAT KETIGA: 3 BIJAK
TAHUN 2 CERDIK TAHUN 2
1) DAYANG NUR FATEHAH JOHAN : 2 CERDIK 2) MOHD IKHWAN N. JOHAN : 2 PINTAR3) MOHD WIDAD SYAFIQ TEMPAT KETIGA : 2 BIJAK
TAHUN 2 BIJAK
1) MOHD NISHAM2) LILY AMIRA NATASHA3) LOGAYASHNI
TAHUN 3 PINTAR
1) RABIATUL ADAWIYAH2) NUR HAZRYNA3) ADINA WAHIDA
TAHUN 3 CERDIK
1) NUR FADZLYNA2) SANJANA3) NADIA ELYANA
TAHUN 3 BIJAK
1) NUR FADZILLAH2) NUR ALIA NATASYA3) NUR AIDA SYUHADA
Ustaz Asri sedang membacakanDoa untuk majlis perasmian
Murid-murid sedang mendengar ucapan daripada Puan Sarnah
PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN
SK KULAI 1 2013 SESI PETANG
Murid dipersembahan persembahan deklamasi sajak oleh murid Tahun 3
Murid-murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku
Murid-murid menyanyikan lagu Patriotik dengan semangat sambil mengibarkan bendera.
ACARA LARIAN KEMERDEKAAN
SK KULAI 1 2013
En Naim menjadi pengadil dalam larian kemerdekaan
Puan Sarnah duduk bersama murid-murid menyaksikan larian kemerdekaan
Peserta larian kemerdekaan Tahun 2
sudah bersedia untuk berlariPeserta larian yang berlari dengan penuh
semangat sambil membawa bendera
Guru-guru dan murid-murid
mengambil
gambar bersama-
sama selepas
selesainya
Pertandingan larian
kemerdekaan
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH BULAN KEMERDEKAAN SK KULAI 1
Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan
Puan Sarnah menyampaikan hadiah untuk pertandingan mewarna kepada
pemenang.
En Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama larian
kemerdekaan
Kek untuk Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan sesi petang
Puan Sarnah memotong kek untuk dibahagikan kepada murid-murid
Guru-guru mengagihkan kek-kek yang telah dipotong kepada murid-murid