kertas kerja malam irama penyayang 2014 tarikh … filemalam irama penyayang 2014 tarikh 22 mac 2014...
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
TARIKH
22 MAC 2014
TEMPAT
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK
(DECTAR)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
KELAB HIMALAYANS‟Z INDIAN CLUB,
KOLEJ RAHIM KAJAI,
KOLEJ AMINUDDIN BAKI,
SERTA KOLEJ PENDETA ZAABA.
TEMA
“KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
2
KERTAS KERJA
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
KOLEJ IBRAHIM YAAKOB,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM).
1.0 TUJUAN ______________________ __________________________
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan daripada Pihak Kolej dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan
program Malam Irama Penyayang 2014. Program ini juga merupakan salah satu insiatif untuk
menerokai keupayaan mahasiswa/i mengikut hasil-hasil pembelajaran seperti mana dirancang
oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran.
2.0 PENGENALAN___________________ ________________________
2.1 Program Malam Irama Penyayang merupakan satu program yang dirancang bagi melatih
mahasiswa/i untuk menabur bakti kepada masyarakat serta menghulurkan bantuan kepada
insan-insan yang memerlukan.
2.2 Projek ini merupakan anjuran ulung Majlis Eksekutif Integrasi Dan Perpaduan Kaum,
Kolej Ibrahim Yaakub dengan kerjasama Kelab Himalayanz, Kelab F.Com Integration Society
dari Kolej Rahim Kajai, Kelab Senthamil Kalagam dari Kolej Pendeta Za‟ba dan Kolej
Aminnudin Baki.
2.3 Projek ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
tanggungjawab yang harus dipikul oleh masyarakat bagi memupuk sikap saling bantu-
membantu dan menyayangi golongan yang kurang bernasib baik.
2.4 Program ini juga dapat memberi pengalaman kepada mahasiswa/i bagi menempuh dunia
luar yang penuh cabaran.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
3
3.0 MISI____ _____________________________ ______________
Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kesefahaman dalam kalangan mahasiswa
dan mahasiswi terhadap kebajikan masyarakat di Malaysia.
4.0 MATLAMAT______________________________________ _________________
4.1 Menghulurkan bantuan kewangan dan menanggung kos perubatan kepada golongan yang
kurang bernasib baik .
4.2 Mewujudkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.
4.3 Melahirkan mahasiswa/i yang berupaya untuk memimpin, bekerjasama dan
berkomunikasi dengan baik.
5.0 OBJEKTIF_____________________________________ ______
Membentuk sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain terhadap
institusi sosial.
Mengumpul dana untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan dari segi rawatan.
Memupuk sikap daya saing, kepimpinan dan profesionalisme dalam kalangan
mahasiswa/i.
Melengkapi mahasiswa/i dengan hasil-hasil pembelajaran yang dirancang oleh Pusat
Akreditasi Pembelajaran.
6.0 TEMA________________________________________ _____________________
Keprihatinan Membentuk Kasih Sayang
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
4
7.0 ANJURAN__________________________________________ _______________
Majlis Eksekutif Integrasi dan Perpaduan Kaum Kolej Ibrahim Yaakub dengan kerjasama Kolej
Rahim Kajai, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA___________________ ___________ ____
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 22 MAC 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam -11.00 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM___________________ _______________
Tempat program yang dicadangkan ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
10.0 PUBLISITI _______________
Poster akan disediakan dan ia akan ditampal di sekitar UKM dengan kelulusan rasmi.
Di samping itu, publisiti melalui :-
Poster
Banner & bunting
Paparan Digital UKM
Jaringan Internet
SMS
Radio
Surat khabar
11.0 CADANGAN PERASMI______ ____________________ _______________
Cadangan jemputan VIP untuk Malam Irama Penyayang 2014 adalah:
Yang Berhormat Senator Datuk Seri G. Palanivel Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
5
12.0 GOLONGAN SASARAN
Penjualan tiket program akan dijual kepada orang awam sekitar Lembah Klang,
Seremban, dan juga pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang lain. Termasuk mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penajaan daripada syarikat-syarikat dan NGO yang bersedia menghulurkan sumbangan.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI______________________ __________________
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM_______________________ ____________
Rujuk Lampiran B
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
6
15.0 PERINCIAN PROGRAM _________________________ _____
15.1 Gimik Perasmian
15.1.1 Gimik Perasmian merupakan gimik yang dilakukan setelah perasmi merasmikan
program ini. Sebuah kabus yang berbentuk bunga akan bergerak dan dibuka setelah perasmi
memotong riben, maka perkataan (MIP 6) akan muncul. Seterusnya tarian gimik akan
berlangsung pada masa yang serentak.
15.2 Persembahan Mutimedia
15.2.1 Rakaman video akan yang mengandungi maklumat pesakit, ahli jawatankuasa,
penyediaan aktiviti sepanjang program dan senarai nama pihak penaja yang telah memberi
sumbangan akan ditayangkan
15.3 Persembahan Pentas
15.3.1 Persembahan pentas adalah terdiri daripada tiga kaum utama di Malaysia yang akan
dipersembahkan oleh pelajar –pelajar UKM, iaitu tarian Melayu, tarian Cina dan tarian India.
15.4 Persembahan kebudayaan
15.4.1 Persembahan kebudayaan merupakan gabungan tarian, nyanyian dan sketsa.
Terdapat juga persembahan yang akan dipersembahkan oleh penari luar.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
7
Elemen Hasil Pembelajaran:
i. Domain 1 – Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
ii. Domain 2 - Kemahiran Komunikasi
iii. Domain 3 - Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
iv. Domain 4 – Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
v. Domain 5 – Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan
Saintifik
vi. Domain 6 – Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
vii. Domain 7 – Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
viii. Domain 8 – Kemahiran Kreatif dan Inovatif
Hasil Pembelajaran :
i. Dengan menjadi urusetia untuk Malam Irama Penyayang 2014, para peserta berpeluang
untuk mempelajari kemahiran berkomunikasi iaitu kebolehan untuk menggunakan
komunikasi lisan yang berkesan. Kemahiran ini akan mereka pelajari sewaktu berada
dalam mesyuarat dengan menyatakan pendapat atau pendangan mereka. Selain itu,
mereka juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang luar sewaktu memberikan
tiket-tiket kemasukkan percuma kepada penduduk sekitar Lembah Klang. Kemahiran
komunikasi sangat penting kerana melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada
pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak
kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin mempengaruhi
pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas
sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki.
ii. Ahli jawatankuasa juga dapat mempelajari kemahiran berkerja berpasukan dalam
kumpulan sewaktu melibatkan diri dalam program ini. Semua ahli jawatankuasa akan
bekerjasama dalam sebuah pasukan yang sama untuk mencapai objektif dan matlamat
program iaitu membantu insan yang memerlukan. Oleh itu, mereka dapat berinteraksi dan
menjalinkan hubungan yang baik tanpa mengira latar belakang seseorang. Pasukan ini
akan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang
saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta
mempunyai akauntabiliti terhadap tujuan program dan bersedia melaksanakan tugasan
secara bersama.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
8
iii. Peserta Malam Irama Penyayang juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Peserta berpeluang untuk
memahami dengan lebih mendalam mengenai penganjuran program dan berupaya untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang bakal timbul sepanjang menjalankan aktiviti
tersebut. Hal ini akan menjadikan peserta seorang yang tabah, cekal, berdikari dan
berlatih membuat keputusan yang mampu menigkatkan kecekalan individu.
iv. Ahli jawatankuasa Malam Irama Penyayang juga akan mempelajari sifat-sifat
kebertanggungjawab sewaktu melakukan persediaan program ini. Setiap ahli dalam
kumpulan akan memahami tanggungjawab atau kewajipan mereka dan berusaha untuk
melakukan dengan sempurna. Kerjasama dan komitmen setiap ahli akan mewujudkan
sifat kebertanggungjawab dalam diri mereka.
v. Ahli jawatankuasa juga berpeluang untuk memberi idea , pendapat atau cadangan
menegenai program ini dan membantu membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat.
Ahli juga berpeluang untuk merancang, memimpin, melaksanakan dan menilai sendiri
segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara konsisten. Mereka juga boleh mengambil
keputusan dalam apa jua situasi.
vi. Setelah tamat program ini semua ahli jawatankuasa akan menghargai insan-insan yang
kurang kemampuan dan akan membantu dan memberi pertolongan sama ada dari segi
fizikal, kewangan atau sokongan moral kepada golongan yang memerlukan. Hal ini
menunjukkan kewibawaan profesionalisme, menunaikan tanggungjawab dengan integriti
dan amanah, berkebolehan memperbaiki diri berdasarkan teguran yang diterima dan
mengurus masa dan menepati waktu dalam setiap aktiviti. Ahli jawatankuasa juga akan
mempelajari sifat keusahawanan semasa melakukan pemasaran , mencari tajaan dan
publisiti untuk program ini.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
9
vii. Setiap ahli jawatankuasa juga dapat mempelajari sifat kreatif dan inovatif sewaktu
melakukan pembaharuan dalam semua aktiviti dalam program ini. Persembahan pentas
dan kebudayaan akan mengasahkan bakat ahli jawatankuasa dan melahirkan sifat kreatif
dan inovasi dalam diri mereka.
.
Kesimpulan:
Melalui Program Malam Irama Penyayang 2014 ini, ahli jawatankuasa dapat memperlajari 8
domain hasil pembelajaran dalam Kontrak Pembelajaran iaitu :
i. Domain 1 – Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawabab
ii. Domain 2 – Kemahiran Komunikasi
iii. Domain 3 – Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
iv. Domain 4 – Nilai, Sikap, Etika dan Professionalisme
v. Domain 5 – Pemikiran Kritikal, Penelesaian Masalah dan Pendekatan
Saintifik
vi. Domain 6 – Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
vii. Domain 7 – Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
viii. Domain 8 – Kemahiran Kreatif dan Inovatif
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
10
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PERKAMPUNGAN
Cadangan Perkampungan akan dilakukan pada :-
Tarikh : 29 Januari 2014 – 20 Februari 2014
Tempat : Kolej Ibrahim Yaakob
Anggaran urusetia : 50 orang
Aktiviti : Pemasaran, latihan persembahan, mesyuarat program
Pengunaan kemudahan : Bilik penginapan, foyer, kafeteria, bilik mesyuarat
18.0__PAKEJ PENAJAAN_________________________________________ ______
Pihak penaja boleh mengambil bahagian dalam Malam Irama Penyayang 2014. Kami menyedari
bahawa salah satu daripada matlamat pihak penaja adalah untuk mempromosikan dan
mempamerkan imej perniagaan mereka yang cemerlang dan berketrampilan. Justeru, dengan
mengambil inisiatif dan kesempatan untuk membantu dalam penajaan program ini, penaja boleh:
1. Mempamerkan imej penaja sebagai salah sebuah syarikat atau penubuhan yang boleh
dipercayai dan dihormati.
2. Mencerminkan kredibiliti dan imej penaja yang maju, kukuh dan berdaya saing.
3. Mempamerkan keprihatinan dan keikhlasan penaja dalam menjayakan aktiviti
kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur akan menyediakan beberapa pakej khas untuk
pihak penaja menghulurkan sumbangan kepada program ini. Pihak penaja boleh memilih pakej
yang bersesuaian dengan imej dan pihak penaja seperti berikut :
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
11
1. Penaja Utama
2. Penaja Bersama
3. Penaja Sampingan
4. Rakan Media
5. Pengiklanan
Rujuk lampiran D
19.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan sila hubungi:
Ketua Pengarah
Malam Irama Penyayang 2014,
Kolej Ibrahim Yaakob,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(U/P: Poovaneswaran A/L Parumasivam)
Tel : 03 – 89215271
Faks : 03 – 89215268
Email : [email protected]
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
12
20.0 PENUTUP _________________________ _____
Pihak kami berharap Program Malam Irama Penyayang pada kali ini mendapat perhatian
daripada Pihak Kolej dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk dipertimbangkan dan
diluluskan agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai
objektif yang diharapkan.
Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan pihak
Kolej Ibrahim Yaakub amat kami harapkan dalam menjayakan program ini. Semoga program ini
mendapat keberkatan dan berjalan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
13
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
14
LAMPIRAN A :
STRUKTUR ORGANISASI
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato‟ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Dato‟ Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),UKM
Penyelaras
Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat
Prof Madya Dr.Mohd Rizal Bin Mohd, Yaakop
Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub,UKM
Penyelia Program
Prof Madya Dr Doris Padmini Selvaratnam
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Felo Kanan
En. Hussain Yusri Bin Zawawi
Kolej Ibrahim Yaakub,UKM
Ketua Pengarah
Poovaneswaran A/L Parumasivam
FKAB/2 (A139402)
0149032247
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
15
Timb. Pengarah 1
Gopinath A/L P Sathasivam
FKAB/2 (A142347)
0172080152
Timb. Pengarah 2
Muhammad Neshan
FST/2 (A140309)
0126455462
Setiausaha
Bethurajeveni A/P Petharajoo
FPEN/3 (A137532)
0109147248
Timbalan Setiausaha 1
Shivananthini A/P Sathasivam
FEP/2/ (A139582)
0165907679
Timbalan Setiausaha 2
Shekinah A/P Kumaravel
FSSK/1/(A145010)
0149484538
Bendahari
Jananee A/P Vijayakumar
FSSK/2 (A137185)
0126921830
Timbalan Bendahari 1
Sanggitah A/P Arasalingam
FEP/2 (A139799)
0162800740
Timbalan Bendahari 2
Hasyvini A/P Selvam
FST/1 (A146031)
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
16
Pengarah Program : Ravinsridaya A/L Gothandapani FKAB/4 (A133032)
Timbalan Pengarah Program 1 : Rueben Raj A/L Kunasagaran FEP/1(A146463)
Timbalan Pengarah Program 2 : Dineshwaaran Balakrishnan/FTSM/1/A146219
Pengarah Protokol : Jaylakshumi A/P Givajothi FKAB/3 (A137775)
Timbalan Pengarah Protokol 1 : Sharmini A/P Chandran FSSK/1 (A145338)
Timbalan Pengarah Protokol 2 : Rajpreet Kaur A/P Rajindar Singh FSSK/1(A145367)
Pengarah Publisiti : Puvaratnesh A/L Subramaniam FST/1 (A145820)
Timbalan Pengarah Publisiti : Divyamalar A/P Lengatharan FKAB/1
Pengarah Persembahan : Gopinath A/L P Sathasivam FKAB/2 (A142347)
Timb Pengarah Persembahan 1 : Mugilish A/L Asoakan FEP/1 (A143309)
Timb Pengarah Persembahan 2 : Thashinee A/P Krishna Kumar FEP/1 (A143423)
Timb Pengarah Persembahan 3 : Shaarmini Nair FKAB/1 (A144175)
Pengarah Cenderamata : Bharathy A/P Balakrishnan FUU/2 (A142555)
Timbalan Pengarah Cenderamata 1 : Bhawani A/P Logan FKAB/1 (A144128)
Timbalan Pengarah Cenderamata 2 : Ruthradeviy A/P Micheal FUU/1 (A146488)
Pengarah Jamuan : Piria Latha A/P Ragawan FST/2
Timbalan Pengarah Jamuan 1 : Tulasi A/P Ayaoo FUU/1 (A146443)
Pengarah Teknikal : Prya Suthan A/L Sathiananthan FKAB/2 (A140526)
Timbalan Pengarah Teknikal 1 : Jeffrey Moses A/L Mariaselvam FKAB/1 (A143984)
Timbalan Pengarah Teknikal 2 : Raman A/L Karuppiah FKAB/1
Pengarah Multimedia : Navin A/L Ravi FKAB/1(A143309)
Timbalan Pengarah Multimedia 1 : Sanjeetha Nair A/P Sreetharan FUU/1 (A146424)
Timbalan Pengarah Multimedia 2 : Kavitra Devi A/P Muniandy FSSK/1 (A146636)
Pengarah Pemasaran : Sasikaran A/L Mahandran FST/2 (A142799)
Timbalan Pengarah Pemasaran 1 : Sarah A/P Theodore Lourdes Sandanaraj FSSK/1(A143552)
Timbalan Pengarah Pemasaran 2 : Sivagami A/P Jayaveoo FST/1 (A145884)
Timbalan Pengarah Pemasaran 3 : Vinoothene A/P Chandrasekaran FSSK/1 (A145359)
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
17
Pengarah Penajaan : Vithya A/P Sekar FSSK/3 (A136954)
Timbalan Pengarah Penajaan 1 : Jenny Kalaiarasi A/P Kalauchan FPEND/1 (A146530)
Timbalan Pengarah Penajaan 2 : Menusha A/P Arumugam FST/1 (A146714)
Timbalan Pengarah Penajaan 3 : Shakthswary A/P Raja FSSK/1 (A145378)
Pengarah Gimik : Hairsh Kumar A/L Ganesan FST/2 (A140198)
Timbalan Pengarah Gimik 1 : Mohan A/L Batumalai FKAB/1 (A144118)
Timbalan Pengarah Gimik 2 : Saravanan A/L Subramaniam FKAB/1 (A144042)
Pengarah Tugas-tugas Khas : Vesvanathan A/L Jeevaji Ganaesan FUU/1 (A146468)
Timbalan Pengarah TTK 1 : Thanesh A/L Vadiwil FST/1 (A146006)
Timbalan Pengarah TTK 2 : Ramakrishnan A/L Balakrishnan FST/1 (A145994)
Pengarah Dekorasi : Mala A/P Kumar FSSK/2 (A141060)
Timbalan Pengarah Dekorasi 1 : Kalaiarasi A/P Dhevaseelan FST/1 (A145675)
Timbalan Pengarah Dekorasi 2 : Yogeswary A/P Oothia Selvan FEP/1 (A143205)
Timbalan Pengarah Dekorasi 3 : Kavicitra A/P Shanmugam FEP/1 (A143406)
Timbalan Pengarah Dekorasi 4 : Jayamani A/P Jayaratnam FSSK/1 (A145036)
Pengarah Pameran : Tamilarasi A/P Letchumanan FPEN/2 (A142220)
Timbalan Pengarah Pameran 1 : Puspalatha A/p Suriakumaran FST/1(A145732)
Timbalan Pengarah Pameran 2 : Nesamalar A/P Kannan FUU/1 (A146499)
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
18
LAMPIRAN B:
TENTATIF PROGRAM
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
KOLEJ IBRAHIM YAAKOB SESI 2013/2014
22 MAC 2014 (SABTU)
Masa Perkara Tempat
07.30 malam
08.15 malam
08.30 malam
08.33 malam
08.35 malam
08.45 malam
09.00 malam
09.05 malam
09.10 malam
09.15 malam
09.40 malam
10.00 malam
10.05 malam
11.00 malam
Ketibaan tetamu
Perarakan masuk VIP
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pengarah „Malam Irama
Penyayang‟
Ucapan Perasmian „Malam Irama
Penyayang‟
Gimik Perasmian
Bacaan Doa dan Jamuan
Makan Malam. (VIP sahaja)
Persembahan Multimedia
Persembahan Pentas Bermula
-Tarian Kebudayan Melayu
-Tarian Kebudayaan Cina
-Tarian Kebudayaan India
Penyampaian sumbangan dana
kepada pihak kebajikan
Keberangkatan pulang perasmi dan
tetamu kehormat
Persembahan kebudayaan (Sesi Informal)
Majlis bersurai
Dewan
Canselor Tun
Abdul Razak
(DECTAR)
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
19
LAMPIRAN C:
ANGGARAN BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan RM RM
Sumbangan Kolej 500.00
Sumbangan JPPel 3,000.00
Tabung Kelab Kolej-kolej Kediaman 500.00
Penaja dan Pengiklanan 16,000.00 20,000.00
Jumlah Pendapatan 20,000.00
Anggaran Perbelanjaan
Sumbangan kepada Pesakit 15,000.00
Protokol 100.00
Publisiti 500.00
Cenderamata 400.00
Teknikal 1,500.00
Dekorasi 500.00
Pemasaran 400.00
Persembahan 700.00
Rencam 200.00
Perbelanjaan Perkampungan 500.00
Tugas-tugas Khas
200.00 20,000.00
Jumlah Perbelanjaan 20,000.00
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
20
LAMPIRAN D:
PAKEJ PENAJAAN “MALAM IRAMA PENYAYANG 2014”
1.PENAJA UTAMA_______________________________ _______________________
Penaja utama program akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan berjumlah
RM 5,000.
FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA UTAMA :
Pengecualian Cukai Pendapatan
Jumlah sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai pendapatan
sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Publisiti
Nama dan logo penaja akan dicetak di dalam banner, banting dan poster “Malam
Irama Penyayang 2014” yang akan digantung dan ditampal di sekitar kawasan UKM.
Di samping itu promosi akan dilakukan melalui media massa seperti surat khabar
siaran radio dan televisyen.
Lot pameran
Para penaja akan diberikan satu lot pameran bersaiz (9 x 9) di luar dewan Panggung
Seni yang mempunyai kedudukan stategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat.
Perasmi berserta tetamu kehormat (VIP) akan dibawa melawat lot pameran.
Pengiklanan dalam Buku Cenderamata
Penaja akan diberikan keistimewaan untuk mengiklankan secara percuma
dalam buku cenderamata program Malam Irama Penyayang 2014 yang berzaiz A4.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
21
Majlis Penyerahan Cek Replika Sumbangan, Sijil Penghargaan dan Sidang
Akhbar
Majlis penyerahan Cek Replika Sumbangan dan Sijil Penghargaan oleh tetamu
jemputan kehormat akan diadakan sebulan sebelum upacara perasmian program yang
akan dihadiri oleh para VIP dari sektor kerajaan dan swasta serta pihak media. Wakil
daripada Penaja Utama akan dijemput untuk memberikan ucapan pada hari majlis
berlangsung.
Jemputan ke Majlis Perasmian
Pihak penaja akan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian program “Malam
Irama Penyayang 2014” bersama dengan tetamu jemputan kehormat yang lain.
Persembahan Multimedia
Penaja dibenarkan untuk menayangkan persembahan multimedia syarikat penaja
semasa upacara perasmian majlis berlangsung. Di samping itu, penaja utama akan
diberi pengiktirafan dan penghargaan melalui salah satu slot persembahan
multimedia semasa upacara perasmian berlangsung.
Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan
Semua penaja akan diberikan sijil pengiktirafan dan penghargaan daripada
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
22
2. PENAJA BERSAMA_____________________________________________ ______
Penaja bersama akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan berjumlah sebanyak
RM 3,000.
2.1 FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA BERSAMA :
Pengecualian Cukai Pendapatan
Jumlah sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai pendapatan
sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Publisiti
Nama dan logo penaja akan dicetak di dalam banner, banting dan poster “Malam
Irama Penyayang 2014” yang akan digantung dan ditampal di sekitar kawasan
UKM. Di samping itu promosi akan dilakukan melalui media massa seperti surat
khabar, siaran radio dan televisyen.
Pengiklanan dalam Buku Cenderamata
Penaja akan diberikan keistimewaan untuk mengiklankan secara percuma dalam
buku cenderamata program “Malam Irama Penyayang 2014” yang bersaiz A4.
Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan, Sijil Penghargaan dan Sidang
Akhbar
Majlis penyerahan Replika Cek Sumbangan dan Sijil Penghargaan oleh
tetamu jemputan kehormatan akan diadakan sebulan sebelum upacara perasmian
program yang akan dihadiri oleh para VIP dari sektor kerajaan
dan swasta serta pihak media.
Wakil daripada Penaja Utama akan dijemput untuk memberikan ucapan
pada majlis tersebut.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
23
Persembahan Multimedia
Penaja dibenarkan untuk menayangkan persembahan multimedia syarikat
penaja semasa upacara perasmian majlis berlangsung. Di samping itu penaja
utama akan diberi pengiktirafan dan penghargaan melalui salah satu slot
persembahan multimedia semasa upacara perasmian berlangsung.
Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan
Semua penaja akan diberikan sijil pengiktirafan dan penghargaan daripada
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. PENAJA SAMPINGAN________________ _____________________________ __
Penajaan kos penganjuran projek menerusi sumbangan dalam bentuk kewangan melebihi
RM 1,000 atau sumbangan dalam bentuk kewangan atau dalam bentuk barangan / perkhidmatan
melebihi RM 1,000. Contoh adalah seperti berikut :
Menaja kos penerbitan bahan cetakan dan cenderamata program
Menaja kos pengangkutan
Menaja yuran penyertaan
Sumbangan dalam bentuk lain boleh dibincangkan dengan jawatankuasa penganjur
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
24
3.1 FAEDAH- FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA SAMPINGAN
Publisiti
Nama dan logo penaja akan dicetak di dalam banner, banting dan poster “Malam
Irama Penyayang 2014” yang akan digantung dan ditampal di sekitar kawasan UKM.
Di samping itu promosi akan dilakukan melalui media massa seperti surat khabar,
siaran radio dan televisyen.
Pengecualian Cukai Pendapatan
Jumlah sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai pendapatan
sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Persembahan Multimedia
Penaja dibenarkan untuk menayangkan multimedia syarikat penaja semasa
upacara majlis berlangsung. Di samping itu penaja utama akan diberikan
pengiktirafan dan penghargaan melalui salah satu slot persembahan multimedia
semasa upacara perasmian.
Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan
Semua penaja akan diberikan sijil pengiktirafan dan penghargaan daripada
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
25
4. RAKAN MEDIA___________________________________________ _______ ___
Penglibatan media massa dalam program “Malam Irama Penyayang 2014” merupakan salah satu
faktor penting untuk memastikan kejayaan program ini. Pihak penganjur berharap pihak media
dapat memberikan sumbangan dari segi membuat liputan secara aktif dan memberi publisiti
samada melalui salurannya dalam semua aktiviti program ini.
4.1 FAEDAH- FAEDAH YANG DITERIMA OLEH RAKAN MEDIA RASMI
Liputan Eksklusif
Rakan media akan mempunyai hak liputan eksklusif terhadap semua aktiviti “Malam
Irama Penyayang 2014”
Publisiti
Nama dan logo rakan media akan dicetak di dalam banner, banting dan poster
“Malam Irama Penyayang 2014” yang akan digantung dan ditampal di sekitar
kawasan UKM
Lot Pameran
Rakan media akan diberi satu lot pameran bersaiz(9 x 9) di luar dewan Panggung
Seni yang mempunyai kedudukan stategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat.
Perasmi berserta tetamu kehormat (VIP) akan dibawa melawat lot pameran ini.
Penghargaan dalam Buku Cenderamata dan Multimedia
Jawatankuasa Penganjur program “Malam Irama Penyayang 2014” akan memberikan
penghargaan dalam bentuk cenderamata dan multimedia.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
26
Jemputan ke Majlis Perasmian
Pihak rakan media akan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian program
“Malam Irama Penyayang 2014” bersama dengan tetamu jemputan kehormat yang
lain.
Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan
Semua penaja akan diberikan sijil pengiktirafan dan penghargaan daripada pihak
Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. PENGIKLANAN ____________________ ___
5.1 Ruang Iklan Buku Cenderamata
Penaja juga boleh menyumbang dengan membeli ruang iklan disediakan di dalam buku
Cenderamata “Malam Irama Penyayang 2014” yang bersaiz A4 seperti butiran berikut :
HARGA RUANGAN IKLAN
SAIZ MUKA SURAT HARGA(RM)
Semuka 1000
Separuh 500
Satu per empat 250
5.2 Ruang Iklan pada Banting
Penaja boleh menyumbang dengan membeli ruang iklan yang disediakan pada bunting yang akan
digantung pada tiang-tiang lampu di sekitar Kampus UKM. Terdapat dua jenis ruang iklan yang
disediakan iaitu untuk satu per empat ruang dan setengah ruang pada bunting tersebut.
Setengah ruang pada bunting akan dikhaskan untuk nama dan logo syarikat manakala setengah
diperuntukan untuk publisiti program. Harga satu banting ialah RM 40.
MALAM IRAMA PENYAYANG 2014
22 MAC 2014
”KEPRIHATINAN MEMBENTUK KASIH SAYANG”
27
Satu per empat ruang pada bunting akan dikhaskan untuk nama dan logo syarikat manakala
selebihnya akan diperuntukkan untuk publisiti program. Harga satu banting ialah RM 20.
5.3 Ruang Iklan pada Banner
Penaja boleh menyumbang dengan membeli ruang iklan yang disediakan pada banner. Logo
syarikat akan dimasukan ke dalam banner yang digantung di sekitar UKM.
6. CONTOH PENGIKLANAN ____________________
1.Buku Cenderamata
11.69” 5.85”
8.2
semuka
Satu per empat
muka
Separuh melintang