kembara amira

24
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011 30 Mei 2011 AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS 1 SINOPSIS MENGIKUT BAB BAB 1 Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu Profesor Zaidah yang sedang menjalankan kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu, Amira terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang berkulit putih. Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskini laman web ibunya supaya maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan ibunya di luar negara. Di dalam kereta api yang sama, Malique meluahkan rasa terkilannya kerana terpaksa mengikut kehendak ibunya agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John O'Hara. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan- akan terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di dalam hutan di Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah hampir 25 tahun dia mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan tali khemah terputus. Dr. Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat perbuatan khianat. Sebanyak 12 tapak cari gali telah diusahakan dan setiap tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor Zaidah menyembunyikan daripada pelajarnya tentang masalah yang akan berlaku. BAB 2 Ketibaan Amira dan Jacinta dijemput oleh Pak Lias yang datang agak lewat kerana perkara yang berlaku pada malam semalam .Dalam perjalanan menuju ke tapak kem Pak Lias memperlahankan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan di belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang dilihatnya dalam keretapi pada malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka. Pada ketika itu juga, Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka lintasi tadi adalah orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan memberi jaminan tidak akan menganggu mereka.

Upload: aazhimah111

Post on 04-Jul-2015

2.857 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

1

SINOPSIS MENGIKUT BAB

BAB 1

Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu

Profesor Zaidah yang sedang menjalankan kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun

akhir di Bukit Mat Raya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu,

Amira terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang berkulit putih.

Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskini laman web ibunya supaya

maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan ibunya

di luar negara. Di dalam kereta api yang sama, Malique meluahkan rasa terkilannya kerana

terpaksa mengikut kehendak ibunya agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John

O'Hara. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan-

akan terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di dalam hutan di

Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah hampir 25 tahun dia

mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan tali khemah terputus. Dr.

Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat perbuatan khianat. Sebanyak 12

tapak cari gali telah diusahakan dan setiap tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor

Zaidah menyembunyikan daripada pelajarnya tentang masalah yang akan berlaku.

BAB 2

Ketibaan Amira dan Jacinta dijemput oleh Pak Lias yang datang agak lewat kerana perkara

yang berlaku pada malam semalam .Dalam perjalanan menuju ke tapak kem Pak Lias

memperlahankan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk memberi laluan

kepada kenderaan di belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang dilihatnya dalam

keretapi pada malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka. Pada ketika itu

juga, Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka lintasi tadi adalah

orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan memberi jaminan tidak akan

menganggu mereka.

Page 2: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

2

BAB 3

Pada malam itu, di Desa Karpus, Amira dan Jacinta berbaring di dalam khemah untuk

menghilangkan keletihan setelah seharian dalam perjalanan. Suasana sunyi, hanya kedengaran

bunyi serangga malam. Amira menegur sikap Jacinta yang selama ini tinggal di asrama tanpa

mahu pulang menemui ayahnya.Pada kali ini, ayahnya telah membelikannya tiket ke London

untuk memujuknya agar menerima ibu baharunya. Amira mengharapkan Jacinta berfikir secara

mendalam akan tindakannya yang negatif terhadap ayah kandung sendiri. Perbualan mereka

telah ditegur oleh Profesor Zaidah. Profeseor Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal. Dia

menasihati Jacinta agar bersabar atas sikap ayah Jacinta yang berkahwin baharu. Dia akan

menelefon ayah Jacinta untuk memaklumkan bahawa anaknya sedang bercuti bersama-sama

dengannya yang sedang membuat kerja lapangan di dalam hutan. Setelah itu , Profesor Zaidah

mengingatkan Amira dan Jacinta agar ke tapak 10 untuk kerja penyelidikan.

BAB 4

Setelah selesai mandi di air terjun Amira dikejutkan dengan kedatangan Malique yang datang

menghulurkan salam perkenalan. Malique memaklumkan bahawa dia ke hutan tersebut kerana

atas permintaan ibunya untuk mengikut leleaki kulit putih tersebut. Sebelum berpisah Malique

sempat memberitahu bahawa dia merasakan ada hubungan dengan hutan tersebut. Semasa

sarapan pagi Jacinta sempat bergurau dengan Dr. Zawawi yang menjadi pujaannya selain

daripada batu Kuarza, suasana kemudiannya berubah apabila ada pelajar yang terbau asap

rokok serta bunyi tapak kaki di sekeliling khemah mereka setiap malam.

BAB 5

Amira menunggu Malique di air terjun pada keesokan hari . Jacinta telah datang mencari Amira

yang sudah lama berada di situ . Mereka berdua berjalan di air terjun mengikut arus sungai

sambil berbual mengenai Malique dan O'Hara serta situasi yang dia hadapi . Amira terhuyung-

hayang kerana air terlalu deras dan dia dibawa oleh arus itu . Jacinta hanya dapat melihat.

Apabila Amira membuka matanya, dia terlihat dua bayangan oranag Asli, iaitu Itai seorang

pemuda dan Tau pak ciknya . Pemuda itulah yang telah menyelamatkan Amira . Dia

memberikan Amira sedikit ikan bakar supaya dia mendapat tenaga untuk berjalan. Mereka

menunggu kedatangan Jacinta, tetapi apabila telah lama menunggu mereka bertolak ke Desa

Karpus .

Page 3: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

3

BAB 6

Kemarahan Profesor Zaidah ternyata apabila tindakan Amira turut menyebabkan Jacinta menjadi mangsa, namun begitu Jacinta yang sengaja mencari nahas kerana sengaja berpatah balik setelah meninggalkan kawasan air terjun tersebut.Habis calar-balar tubuh Jacinta yang terbaring lemah dan lesu. Jacinta hilang dalam usaha untuk mencari Amira bersendirian namun operasi menyelamat dibantu dengan kepakaran Tau. Keesokannya Amira berjumpa ibunya untuk meminta maaf atas kejadian yang disebabkan oleh tindakan bodohnya menanti Malique dengan tujuan yang tidak jelas akhirnya Malique yang ditunggu-tunggu tidak datang melainkan dia sendiri yang hampir-hampir menjadi korban akibat tindakan sendiri. Profesor Zaidah menceritakan kepada Amira bahawa mereka mungkin mendapat tentangan daripada dua pihak iaitu Pelombong emas dan Suku orang asli.

BAB 7

Malique ke Pulau Pinang mengikuti O'Hara . Dia dapat merasakan perhubungan yang erat

dengan hutan itu . Dia rasa bertanggunjawab menyelamatkan hutan itu . Semasa balik dari

Pulau Pinang, O'Hara dan Malique bersembang untuk membuang rasa bosan . O'Hara

menceritakan perjalanan hidupnya yang begitu susah. Malique cuba mencungkil rahsia

hubungan ibunya dengan O'Hara . O'Hara tidak menjawab malah berdiam diri buat seketika dan

telah menukar topik perbualan. Prof. Zaidah menaiki pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias

ke stesen kereta api. Mereka hendak ke sana mengambil generator. Secara tiba-tiba kenderaan

yang dipandu hilang kawalan. Pak Lias cuba mengawal tetapi usahanya tidak berhasil . Mereka

menghimpit ke tebing di sebelah kiri untuk menyelamatkan diri daripada terbabas ke dalam

gaung di sebelah kanan .

BAB 8

Tau yang jelas membantah tindakan pasukan Profesor Zaidah melakukan kajian kerana tempat

tersebut dianggap suci baginya menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada abangnya Ludin

yang juga ketua kampung di kawasan tersebut, Tau juga teringat akan bekas isterinya Ipah yang

lari keluar dari hutan meninggalkannya. Pada masa yang sama Jacinta akhirnya tersedar dan

segera bangun dari segala rasa lemah dan lesu. Pada ketika itu Amira memperkenalkan Itai yang

telah menyelamatkan nyawanya kepada Jacinta. Namun begitu kegembiraan mereka hanya

seketika kerana mereka dikejutkan dengan berita kemalangan Profesor Zaidah.

Page 4: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

4

BAB 9

Amira terkejut mendapat berita kemalangan ibunya. Dr. Zawawi risau projek ini akan

tergendala . Profesor Zaidah bersyukur kerana mereka tidak terbabas ke dalam gaung. Profesor

Zaidah meminta maaf kepada Amira kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Dr. Zawawi

bercadang untuk menangguhkan projek ini tetapi Profesor Zaidah membantah cadangan itu

kerana mereka kesuntukan masa . Dr. Zawawi risau akan keselamatan mereka. Rusdi ingin

mengetahui rahsia di sebalik misteri waktu malam supaya penghuni Desa Karpus dapat

menjalankan kerja dengan lebih bersemangat. Ayah Ludin telah datang ke sana untuk

menolong Profesor mengubati lukanya .

BAB 10

Hati O’Hara menjadi panas apabila mengetahui beberapa pekerja baharu mabuk dan bergaduh

semasa berjudi semasa ketiadaannya. Hati orang kulit putih tersebut bertambah marah apabila

mengetahui Ah Chin yang ditugaskan menjaga pekerja juga tidak pulang setelah keluar berburu.

Pada ketika itu, di Desa Karpus Amira menjadi kagum apabila rawatan Ludin kepada ibunya

membuatkan tangan Profesor Zaidah yang dipercayai retak pulih dengan cepat. Jacinta dan

Amira menyedari rupa-rupanya Itai merupakan peserta Pameran Saintis Muda 2002 yang

mewakili negeri tersebut.

BAB 11

Tau melihat Desa Karpus dari jauh. Dia memikirkan rutinnya yang akan melawat tempat ini

setiap hari tetapi kini tidak boleh lagi kerana telah dipasang lampu . Dia telah berkahwin

dengan Ipah menggantikan tempat abangnya supaya Ludin dapat menjadi ketua kampung .

Mereka mempunyai dua anak . Tau teringatkan masa silamnya dengan Ipah. Dia juga

mengesyaki Johnny sudah kembali ke sana . Johnny telah merampas semuanya daripada dia

dan meninggalkannya. Ah Chin dimarahi oleh sebab tidak menjalankan tugasnya. Roslan risau

dia akan diapa-apakan oleh pekerja baru itu kerana melaporkan kepada O'Hara . Malique

mengajak Roslan ke bandar selepas selesai bekerja di sini Malique mula berfikir tentang Amira

yang ingin berjumpa dengannya. Mereka hendak ke sana pada keesokan hari untuk melawat

Amira dan bertanya tujuan Amira hendak bertemu dengannya.

Page 5: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

5

BAB 12

Rawatan yang diterima Profesor Zaidah daripada Ludin ternyata berkesan dan menimbulkan

rasa kagum kepada beliau dan semua pelajar kembali bekerja dengan penuh semangat, Dr.

Zawawi yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya turut berasa kagum. Profesor Zaidah

kemudiannya memberitahu Ludin yang juga penghulu orang asli bahawa kajian yang dijalankan

oleh mereka boleh menyelamatkan kampong orang asli tersebut. Tindakan Amira untuk

memberikan Jacinta batu Kuarza akhirnya membuatkan Itai bertindak mengajak Amira untuk

mencari emas.Kedatangan Malique ternyata menimbulkan tanda Tanya kepada Profesor

Zaidah.

BAB 13

Amira mengikut Itai untuk mengutip emas yang dikatakan Itai. Itai pula menceritakan misteri di

kampungnya itu yang bagai berpenunggu. Amira meluahkan kesanggupannya untuk

berhadapan dengan apa-apa sahaja untuk mendapatkan emas itu buat Jacinta. Itai

menunjukkan dasar sungai yang dipenuhi emas itu namun Itai hanya membenarkan Amira

mengambil hanya satu untuk Jacinta. Sewaktu dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba Itai

menarik tangan Amira. Wajah Itai pucat dan keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka dapat melihat

dua lembaga , seorang dengan tangannya yang terikat dan tubuh yang lain berbulu dari

pinggang hingga ke leher. Lembaga itu telah memukul orang yang tangannya terikat itu selain

memaki orang itu kerana tidak mengendahkan amarannya. Itai cuba melepaskan diri dari

tempat itu. Dia menyentap tangan Amira dan lari ke rumah Tau . Tiba-tiba muncul satu lembaga

lalu menyergah mereka. Itai telah bersedia dengan parangnya dan Amira sempat menjerit lalu

rebah.

BAB 14

Malique dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di kem mereka. Seorang pekerja baharu

hilang selama dua hari tanpa diketahui oleh rakan-rakannya. Tindakan Malique mengikut

Roslan tanpa pengetahuan John O’Hara ternyata membawa padah hujan turun dalam

perjalanan mereka mencari pekerja tersebut. Enjin yang tiba-tiba meragam membuatkan

kenderaan mereka terhenti, oleh kerana mereka yang berada di belakang jadi kelibat mereka

tidak dapat dilihat oleh kenderaan yang berada di hadapan. Roslan meminta Malique tunggu di

dalam kenderaan dan dia keluar mendapatkan bantuan dalam hujan. Tanah merah dan lumpur

yang turun kerana hujan menolak kenderaan yang dinaiki Malique it terus ke dalam gaung.

Page 6: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

6

BAB 15

Amira ke perkampungan Itai kerana sudah dua hari dia tidak datang ke Desa Karpus. Dia

berjanji pada dirinya yang dia tidak akan membocorkan rahsia itu. Dia juga berasa Itai nampak

sesuatu yang dia tidak nampak apabila matanya ditutup. Tau yang telah datang menolong

mereka bagaikan menyembunyikan sesuatu. Tau bagaikan tidak mengetahui apa-apa dan

bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan mereka berlari begitu. Apabila Ludin datang ke Desa

Karpus, dia disambut dengan pertanyaan: Dimanakah Itai ? Ludin pula hendak bercakap secara

berseorangan dengan Amira. Apabila Amira sampai ke perkampungan, dia disambut baik oleh

isteri Ludin dan Tau. Itai terbaring bagai tidak bermaya di atas katil . Amira tidak lagi dapat

menyembunyikan apa yang mereka ambil, Amira dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka

bercakap . Ludin cuba membela Amira dan Itai. Tau juga mempertahankan keputusan Itai.

Jacinta dapat mendengar suatu suara yang mempertikaikan tindakan Itai dan Mira yang

mungkin menggadai perkampungan ini. Amira lebih rela menghampakan Jacinta daripada

menyebabkan masalah dalam kampung itu. Tau tidak dibenarkan bersuara kerana dia sudah

membuang haknya . Jacinta meminjamkan komputer riba yang dibawanya kepada Itai yang

bosan berkurung dalam bilik itu .

BAB 16

Suasana pagi yang indah,Amira membantu kerja-kerja arkeologi di Desa Karpus penemuan-

penemuan baru sangatlah memberangsangkan Amira dan Jacinta menjumpai sebuah tembikar

zaman dahulu yang sempurna sifatnya, ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti diberikan

kepada Amira dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa Karpus bersama-sama Itai

menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau memaklumkan bahawa

mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada setiap malam sekaligus

menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di situ.Namun begitu mereka

dikejutkan dengan berita kehilangan Malique.

Page 7: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

7

BAB 17

Malique tidak berdaya untuk bergerak, kaki kanannya dibaluti dengan buluh. Dia tidak tahu

siapa yang mengubatinya dan memberikan dia makanan. Malique menyambung untuk

menyediakan laporan dan dia juga teringat akan kawannya Roslan. Dia teringat akan ibunya di

Melaka dan cerita ibunya mengenai ayahnya yang meninggal awal. Baru-baru ini dia

bermimpikan suatu haiwan cuba mencederakannya tetapi sebuah lembaga datang

membantunya. Dia hanya dapat menunggu bantuan dari luar datang mencarinya .

BAB 18

Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi, Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah untuk melakukan penemuan arkeologi terhadap hutan tersebut. Mereka kemudiannya menjumpai lukisan-lukisan dinding di dalam gua tersebut yang belum pernah terusik. Manakala, Rusdi menjumpai sebilah kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik. Namun begitu, penemuan mobile disk oleh Amira terus menimbulkan tanda tanya tanpa memberitahu sesiapa mengenai penemuan tersebut.

BAB 19

Penemuan itu telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke

khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu

menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan dan dapat membantu

mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password. Itai tidak berhenti mencuba membuka

disk itu. Mereka akhirnya mencuba perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya

membuka disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.

BAB 20

Keputusan Jennifer untuk ke hutan tersebut ternyata menimbulkan kegelisahan kepada O’Hara,

Jennifer terdesak datang ke hutan itu kerana risau akan anaknya dan sekaligus mengembalikan

memori lamanya terhadap hutan tersebut. Mimpi yang dihantui Tau menyebabkannya terus

mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua sambil mengenakan bulu beruang untuk

menutup badannya.

Page 8: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

8

BAB 21

Pak Cik Roslan dan Pak Lias turut menyertai mereka untuk mencari Malique dengan diketuai

oleh Itai. Mereka gembira kerana ada yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. Roslan

menawarkan dirinya untuk berpatah balik dan membawakan lampu suluh serta tali. Setelah

sampai di kaki bukit, mereka berehat dahulu. Roslan sampai ke kaki bukit dengan keretanya

membawa O'Hara dan ibu Malique bersama-sama. Jacinta, O'Hara dan Jennifer (ibu Malique)

menunggu di kaki bukit sementara yang lain naik ke gua itu. Makhluk berbulu itu berharap

Malique tidak akan tertidur dan tidak terjaga sehingga manusia yang berada di kaki bukit itu

pulang. Lembaga itu bagaikan mengenali ibu Malique namun tidak dapat mengingatkan kembali

secara terperinci . Jennifer cuba mengelak soalan Jc mengenai hubungannya dengan hutan itu .

BAB 22

Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-sama isterinya Brenda serta anak kecilnya

Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia setelah melakukan kajian mengenai reptilian di

Pulau Langkawi. Malangnya, kapal terbang Cessna 310 model tahun 1953 yang dikendalikan

Ridley itu terhempas sambil menghentam pokok setelah kedua-dua enjinnya rosak. Jidin

bersama dua anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan kuat tersebut dan bergegas

ke kawasan kejadian. Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak cedera pulang ke

kampong setelah kedua-dua orang tuanya hangus dijilat api.

BAB 23

Mereka telah mula mencari dalam gua namun tidak mendapat sebarang petunjuk. Kesan tapak

kaki mereka pun tidak terusik daripada mereka datang. Itai telah menceritakan kisah hidupnya

yang kehilangan abangnya. Keinginannya untuk berjumpa dengan abangnya masih tidak

berubah walaupun sudah lama. Itai menjumpai kesan tapak kaki manusia dan memanggil

semua untuk datang melihat dengan nada yangkuat. Semua kelawar takut dan mula

berterbangan dan kejadian itu telah melahirkan rasa bimbang terhadap mereka yang berada di

dalam gua. Jc ingin naik ke atas bagi melihat situasi di atas namun dia dihalang daripada pergi

ke atas kerana akan menyusahkan mereka yang di atas dan menyesakkan. Kesan tapak kaki itu

menunjukkan ke arah aliran air itu . Mereka masuk ke dalam lubang itu dan mendapati lubang

itu agak besar. Mereka sampai ke penghujungnya di mana mereka sampai ke puncak gunung.

Itai memberitahu ada orang di atas kerana kedengaran bunyi orang di atas.

Page 9: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

9

BAB 24

Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh Profesor Zaidah, jawapan daripada Rusdi membuatkan

Profesor Zaidah dan anak-anak buahnya segera menuju ke Gua Gunung Gajah. Dalam pada itu,

Amira dan rakan-rakannya Berjaya menjumpai sebuah pondok di puncak gunung tersebut dan

segera memeriksa. Akhirnya mereka Berjaya menemukan Malique yang lesu dan tidak

bermaya. Mereka kemudiannya disergah makhluk berbulu ketika dalam usaha membawa

Malique keluar. Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah kumpulan Profesor Zaidah bertembung

dengan Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke sana

BAB 25

Makhluk itu tidak mahu Sabi dibawa oleh mereka. Mereka bersedia menghadapi serangan

makhluk itu. Makhluk itu memanggil Malique dengan nama Sabi. Makhluk itu mula menyerang

namun mereka hanya cuba mengelak kerana makhluk itu sangat kuat. Ludin dan kumpulan dari

Desa Karpus telah tiba ke kaki bukit itu. Ibu Malique mengenali Ludin dan mereka berbual

seketika. Ludin merupakan abang ipar Jennifer. Ludin sempat naik ke gua sebelum apa-apa yang

buruk berlaku. Makhluk itu menangis kerana ada yang ingin mengambil anaknya. Topeng

berbulu itu ditanggalkankan dan jelas kelihatan wajah Tau di sebaliknya. Tau turun ke bawah

setelah dipujuk oleh Ludin.

BAB 26

Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau akhirnya terungkai di Desa Karpus apabila ketiga-tiga

pihak yang dianggotai oleh pencari emas, ahli arkeologi dan orang asli berkumpul dalam

khemah bersama-sama. Sejarah keluarga Tau akhirnya berkahir apabila memberitahu bahawa

Itai dan Malique merupakan anak lelakinya selama ini, manakala Itai terpaksa dijaga oleh

abangnya setelah maruahnya diragut Jennifer yang merupakan isterinya bertindak melarikan

diri dengan membawa Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan abang kepada John O’

Hara yang bertindak demikian turut melarikan tulang-tulang milik Ridley serta Brenda untuk

dikuburkan di Australia.

Page 10: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

10

BAB 27

Amira telah menghabiskan satu semester . Memorinya semasa di Bukit Mat Raya masih segar di

mindanya. Malique telah berjanji akan menggagalkan projek mencari gali emas. Amira telah

menerima e-mel daripada rakan-rakannya yang dijumpai di Bukit Mat Raya dan ibunya yang

tersayang. Itai sedang berada di Kubang Kerian sedang menyambung pengajiannya dalam

bidang perubatan. Malique pula sedang bertugas sebagai ketua kampung tempat kelahirannya

dan sibuk dalam projek IT, dan dia berjaya menggagalkan projek lombong emas di kawasan

tersebut. Jacinta pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan bapanya dalam

bidang fesyen. Profesor Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang ke rumah neneknya di

Kulim kerana bapanya bakal pulang bercuti juga. Dr. Zawawi pula sedang berada di perairan

Malaysia untuk mengesan khazanah Melayu.

Page 11: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

11

TEMA

Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini

digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti

persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak

kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan

Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

Page 12: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

12

PERSOALAN

Persahabatan yang erat dalam kehidupan

Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling

menghormati antara satu sama lain.

Tolong Menolong dalam kehidupan

Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan

Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Selain itu Ludin

merawat professor Zaidah dengan kaedah perubatan tradisional.

Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara

Professor Zaidah , Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali

artifak di tapak kerja lapangan,Desa Karpus.

Kerberanian dalam menempuh cabaran

Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan

Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung

Malique.

Keikhlasan dalam setiap tindakan

Pak Lias ikhlas menegur professor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya

dan Ludin merawat Professor Zaidah yang mengalami kecederaan tangannya dengan

ikhlas.

Sayang akan Alam Sekitar daripada kemusnahan.

Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan serta binatang yang

terdapat di dalam hutan.

Kasih sayang dalam kekeluargaan.

Professor Zaidah sayang akan Amira iaitu dia masih mengambil berat tentang

keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak

mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

Page 13: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

13

WATAK UTAMA

Amira Amir

Anak kepada Professor Zaidah, Pensyarah Universiti dalam bidang Arkeologi.

Ayahnya bekerja sebagai seorang Jurutera IT.

Seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan-

contohnya dia berani pergi ke Gunung Gua Gajah untuk menyelamatkan Malique yang

hilang. Beliau juga tabah menghadapi dugaan ketika mengalami peristiwa pahit iaitu

ketika dia hamper mati lemas akibat tergelincir serta dihanyutkan oleh air sungai yang

deras.

Seorang yang suka menolong- Buktinya, Amira menggerakkan usaha untuk menolong

Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Orang Asli untuk mengesannya . Selain

itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta .

Menghormati orang tua- Contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu

pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan.

Seorang yang pintar dalam membuat keputusan- Buktinya,Ketika Amira diminta oleh

ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah.

Seorang anak yang baik kerana tidak pernah merungut dalam sebarang hal.

Amira juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya dia berasa bersalah dan tidak

berhenti menangis kerana dia yang telah menyebabkan Jacinta Hilang. Dia Cuma

berhenti menangis apabila Jacinta Berjaya ditemui oleh Tau.

Page 14: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

14

WATAK SAMPINGAN

Jacinta

Seorang pelajar berbangsa cina yang berkulit putih. Berakawan baik dengan Amira.

Ibunya sudah meninggal dunia 4 tahun lalu.

Ayahnya berkahwin lain dengan seorang perempuan.

Tidak suka akan ibu tirinya.

Mengikut Amira ke Tapak cari gali artifak tinggalan manusia.

Meminati Dr Zawawi,iaitu penyarah muda dan pembantu Professor Zaidah.

Seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar dan cepat merajuk apabila keluarganya

menjadi topic bualan.

Suka menolong orang- Contohnya dia, Amira,Itai, Pak Lias, Roslan dan beberapa orang

lagi dalam gerakan mencari Malique yang hilang.

Seorang yang bijak berhujah. Contohnya dia berhujah dengan O’Hara semasa mereka

mencari Malique.

Pandai menjaga Hati Amira walaupun berlainan bangsa dan agama.

Itai

Anak kepada Tau.

Menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan Suku Orang Asli Semai.

Itai sebenarnya adik Malique dan emaknya ialah Ipah atau Jennifer.

Seorang anak muda yang pintar dan berani serta memiliki keistimewaan seperti boleh

mengenali tapak kaki , boleh mengenal jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh

menghidu bau yang dibawa oleh angin.

Boleh menangkap ikan dengan tangan.

Bakal ketua Kampung untuk menggantikan ayah angkatnya Ludin.

Seorang yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya.

Suka menolong, contohnya Itai membantu Amira daripada lemas di sungai.

Page 15: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

15

Profesor Zaidah

Seoang Profesor dan pensyarah university dalam bidang arkeologi.

Seorang ibu yang penyayang. Walaupun sibuk, beliau masih meluangkan amsa untuk

Amira. Beliau juga sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjayanya hingga

Amira hamper lemas di sungai.

Kuat Bekerja- Buktinya,beliau akan memulakan kerja sejak awal2 pagi, walaupun orang

lain sedang tidur.

Seorang yang penyabar- Beliau masih bersabar untuk tidak memarahi Amira kerana

menyebabkan Jacinta cedera.

Seorang ketua yang prihatin.

Pakar dalam bidang arkeologi,berpengalaman lebih daripada 25 tahun.

Seorang yang kuat semangat kerana walaupun tangannya cedera,tetapi beliau tetap

meneruskan kerjanya.

Dr. Zawawi

Pembantu Profesor Zaidah dalam mealkukan kerja lapangan di Desa Karpus.

Seorang yang serius dalam menjalankan tugas dan tekun bekerja lebih-lebih lagi dalam

membuat dokumentasi terhadap artifak yang ditemukan di Desa karpus.

Pandai memasak. Buktinya beliau memasak sup untuk Amira dan Jacinta.

Seorang yang bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan. Beliau berhujah

dengan Profesor zaidah untuk menghentikan kerja lapangan memandangkan Profesor

Zaidah sendiri terlibat dengan kemalangan dan apabila mereka sering diiganggu dengan

pelbagai suara pada waktu malam.

Seorang yang taat kepada perintah ketua.

Sanggup menolong orang. Contohnya beliau sanggup menolong orang dan memberikan

kerjasama dalam usaha untuk mencari Malique.

Page 16: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

16

Pak Lias

Pemandu university.

Bersama-sama Profesor zaidah dalam melakukan kerja lapangan di Desa Karpus.

Patuh kepada ketuanya kerana melaksanakan tugas seperti yang diarahkan oleh

Profesor zaidah.

Seorang yang ikhlas dan mampunyai sikap belas kasihan. Contohnya, dia berasa kasihan

kepada Amira yang seolah-olah tidak dipedulikan oleh Profesor zaidah serta

menegurnya dengan berhemah.

Pandai bersilat,iaitu Silat gerak Songsang. Bersilat dengan makhluk berbulu untuk

menyelamatkan Malique.

Seorang pemandu yang cekap. Mampu untuk mengawal kenderaan daripada terbabas

ke dalam gaung walaupun brek tidak berfungsi.

Seorang yang bertanggungjawab kerana mementingkan keselamatan Profesor Zaidah

terutamanya dia lantas menyelamatkan Profesor Zaidah ketika kemalangan itu.

Tau

Adik kepada Ludin.

Mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Ipah iaitu Itai dan sabi.

Berketurunan Orang Asli Semai.

Seorang pengesan yang pintar.Boleh mengenali tapak kaki , boleh mengenal jantina

berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

Seorang yang bertanggungjawab kerana telah mengajar Itai tentang ilmu untuk hidup

dalam hutan seperti yang telah diamanahkan oleh abangnya,Ludin.

Seorang bapa yang penyayang. Contohnya, dia mahu Sabi anaknya untuk tinggal

bersama-samanya dan tidak mahu Jennifer membawanya ke Bandar.

Sangat cintakan alam sekitar. Dia sangat benci kepada orang yang merosakkan hutan

yang menjadi tempat tinggalnya itu.

Menyamar sebagai makhluk berbulu kerana kecewa kan Ipah yang melarikan diri

bersama sabi ketika Itai masih kecil.

Page 17: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

17

Ludin

Abang kepada tau.

Ketua Kampung orang Asli di kampong sebelah bukit bahagian tenggara.

Memiliki kemahiran merawat penyakit seperti terseliuh dengan menggunakan kaedah

perubatan tradisional.

Seorang yang bertanggungjawab dan menolong orang. Buktinya dia menolong tau

dengan memelihara Itai seperti anaknya sendiri. Ludin juga membantu merawat tangan

Profesor zaidah yang tercedera.

Seorang yag penyabar.

Dihormati oleh orang kampungnya. Contohnya pendapatnya diterima oleh orang

kampungnya.

Malique

Anak kepada Tau dengan nama Sabi hasil perkahwinan dengan Ipah.

Mahir dalam bidang teknologi maklumat serta cekap dalam aplikasi internet. Buktinya

dia memiliki mobile disk yang digunakan untuk menyimpan hasil kajian pencarian emas.

Sayangkan Alam sekitar. Buktinya dia tidak mahu hutan di kawasan itu dimusnahkan

oleh orang yang tamak mengejar kekayaan.

Hilang ketika keretanya dihanyutkan oleh tanah runtuh dan bernasib baik kerana

diselamatkan oleh makhluk berbulu,bapanya sendiri kemudian dikurung di dalam gua.

Seorang yang kuat dan tabah .

Seorang yang tegas kerana mahu tinggal di kampong ayahnya untuk sementara waktu

daripada mengikut ibunya ke pulang ke Melaka.

Page 18: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

18

John O’Hara

Dikenali dengan O’Hara.

Seorang penilai kandungan emas.

Ahli Aussie Gold Prospector Association ( AGPA) dan sedang menjalankan kajian

bagi syarikat pencari emas di Pulau Pinang.

Sedang membuat kajian tentang kandungan emas di Hutan yang sama dengan

tempat kajian Profesor Zaidah.

Pernah bekerja sebagai pelombong di Australia.

Mengembara ke Malaysia dan menjadi seorang pakar pengkaji emas.

Menganggap huta akan musnah jua walaupun dipelihara dengan baik.

Dibantu oleh Malique dalam melaksanakan tugasnya di hutan itu.

Roslan

Bekerja sebagai pemandu kumpulan pencari emas.

Seorang yang peramah,jujur, pandai berjenaka dan orang tempatan kawasan

hutan itu.

Mahir membawa kereta serta berpengalaman sebagai pemandu lori balak.

Bertanggungjawab dan rajin menolong. Contohnya dia bekerjasama dalam usaha

mencari Malique di hutan.

Seorang anak yang taat dan penyayang kerana tidak sanggup meninggalkan

ibunya berseorangan .

Suka memberikan nasihat. Buktinya Roslan memberikan nasihat kepada Malique

agar tidak mendekati pekerja-pekerja kem kerana mereka bermasalah dan tidak

baik.

Page 19: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

19

Jennifer / Ipah

Berketurunan Inggeris yang berasal daripada Australia.

Ayah dan Ibunya tekorban di dalam nahas udara ketika ayahnya memandu kapal

terbang untuk pulang ke Australia selepas menjalankan kajian tentang beberapa spesies

reptilian di Pulau langkawi.

Dipelihara oleh satu keluarga orang asli iaitu Jidin.

Diberi nama Ipah.

Berkahwin dengan Tau dan mendapat dua orang cahaya mata iaitu Itai dan Sabi (

Malique)

Bekerja sebagai pembantu rumah di kem pembalak di dalam hutan.

Meninggalkan tau dan Itai ketika Itai masih kecil akibat tekanan perasaan yang hebat

dengan mengikut Johnny dan membawa Sabi bersama.

Datang semula ke kampung itu untuk mencari anaknya Malique yang hilang.

Tinggal di Melaka bersama Malique anaknya.

Page 20: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

20

Page 21: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

21

IMBAS KEMBALI

1. Amira ketawa kerana teringat akan kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka

turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.

2. Amira juga masih ingat akan cerita ibunya tentang suasana hidup di kampung.

3. Amira teringat akan lelaki yang bersama dengannya di dalam kereta api dan kereta

pacuan empat roda tempoh hari.

4. Amira teringat akan Itai yang pernah menyertai Pameran Saintis Muda 2002 dan

mereka mendapat tempat kedua dengan tajuk “Penggunaan Herba dalam Perubatan

Moden”.

5. Pak Lias masih teringat kata-kata Kiai Rashid tentang cara untuk berdepan dengan

musuh yang lebih kuat adalah mencari kelemahannya dengan menyerang tempat

tersebut.

6. Malique terkenang akan ibunya yang tinggal keseorangan di Melaka.

DIALOG

1. Dialog antara Profesor Zaidah dengan Pak Lias semasa kemalangan berlaku.

2. Perbualan antara Amira dengan Itai ketika merekan berdua hendak mengambil ketulan

emas untuk Jacinta.

3. Dialog antara Profesor Zaidah dengan Malique ketika dia dating ke Desa Karpus untuk

bertanyakan keadaan Amira.

4. Dialog antara Ludin dengan Profesor Zaidah ketika Ludin merawat tangan Prodesor

Zaidah yang terseliuh.

5. Dialog antara Malique dengan O’Hara semasa meraka dalam penerbangan dari Pulau

Pinang ke KLIA.

6. Dialog antara Roslan dengan O’Hara ketika Roslan menjemput O’Hara dan Malique di

stesen kereta api.

Page 22: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

22

MONOLOG

1. Roslan merungut seorang diri kerana katanya, semua orang mendapat susah kerana

perlu mencari seorang pekerja yang hilang dan dianggapnya sebagai gila itu.

2. Malique menjerit seorang diri ketika kereta pacuan empat roda yang dinaikinya itu

seolah-olah ditolak dengan laju ke arah gaung bersama-sama dengan aliran lumpur,

ranting, dahan dan batang kayu.

3. Amira mengatakan kepada Jacinta bahawa mereka akan ke perkampungan Itai pada

keesokan harinya.

MONOLOG DALAMAN

Malique tertanya-tanya dalam hatinya tentang Amira yang mahu berjumpa dengannya di

sungai sehingga sanggup membahayakan nyawanya sendiri.

Page 23: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

23

KASIH SAYANG - Profesor Zaidah amat menyayangi anaknya walaupun sibuk dengan

tugasnya. Jennifer pula sangat sayang akan Malique kerana sanggup dating ke hutan itu

untuk mencari Malique yang hilang.

KERJASAMA- Itai dan Ludin member kerjasama dalam gerakan atau usaha untuk

mencari Malique yang hilang.

TOLONG MENOLONG - Itai menolong Amira dengan menyelamatkannya daripada mati

lemas di Sungai. Jacinta pula membawakan Amira makanan untuk makan malam ke

khemahnya.

KESABARAN DAN KETEKUNAN- Pelajar-pelajar tahun akhir Profesor Zaidah dengan

penuh kesabaran menjalankan kerja dengan tekun di tapak ekskavasi walaupun

mengalami pelbagai rintangan.

SAYANG AKAN ALAM SEKITAR- Tau dan Malique tidak suka orang merosakkan hutan

dan memusnahkan hutan serta haiwan di hutan itu.

KEIKHLASAN- Ludin ikhlas merawat tangan Profesor Zaidah yang tersekiuh dalam

kemalangan menggunakan kaedah perubatan tradisional.

NILAI

Page 24: kembara amira

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

AA

ZHIM

AH

BIN

TI O

THM

AN

; M

RSM

KU

BA

NG

PA

SU ;1

06

86

; 5

CO

UR

AG

EOU

S

24

1) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sendiri.

Professor Zaidah amat menyayangi anaknya, Amira dan sentiasa mengambil berat akan

anak tunggalnya itu.

2) Kita haruslah bekerjasama apabila orang mengharapkan bantuan.

Contohnya Itai, Dr. Zawawi, Pak Lias dan Jacinta bekerjasama dengan Amira untuk

mencari Malique yang hilang.

3) Kita mestilah menolong orang yang memerlukan bantuan.

Ludin membantu Profesor Zaidah dengan merawat tangannya yang terseliuh dengan

menggunakan kaedah perubatan tradisional. Selain itu, Amira mempelawa pelajar yang

menggalas beg yang berat ketika pulang bercuti menaiki keretanya.

4) Kita hendaklah bersabar dengan apa yang berlaku.

Malique hanya bersabar dengan penderitaanya apabila dikurung oleh makhluk berbulu

iaitu Tau.

5) Kita mestilah sayang akan alam sekitar dan tidak merosakkannya.

Tau tidak suka akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan yang menjadi

tempat tinggalnya itu.

6) Kita haruslah ikhlas dalam menghulurkan bantuan.

Ludin merawat tangan Profesoz Zaidah pada setiap hari dengan ikhlas tanpa

mengharapkan balasan.