kegiatan dbp di sana sini peraduan hari semarak · pdf file2. sejenis tumbuhan memanjat,...
TRANSCRIPT
PERADUAN
BERITA HARIAN Rabu, 19 November 2008 Halaman SembilanBH PILIH L9 19 (emel)
Melintang1. Negeri pertama Hari Semarak
Bahasa diadakan.3. Bulan Bahasa dan Sastera Negara.4. Menyeringai.5. Daerah tempat diadakan Hari
Semarak Bahasa tahun ini.8. Lurah.12. Nama kem di Sarawak tempat
Khemah Bahasa Pelbagai Kaum diadakan.
14. Penerima Anugerah S.E.A. Write Awards Kali ke-30 bagi negara Malaysia, Dr. _____ Azad Khan.
15. Pemangku Pengarah DBP cawan-gan Sarawak, Encik __________ Rutan.
18. Sejenis pin yang berkepalakan batu permata.
19. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.20. Raja yang memerintah.
Ke Bawah1. Hari ______________ Bahasa,
merupakan salah satu kegiatan Bulan Bahasa dan Sastera Negara.
2. Sejenis tumbuhan memanjat, buah-nya dibuat kismis, airnya dibuat arak.
3. Sangat panas atau sangat pedas kata orang Kelantan.
6. Sejenis pokok, aren, kabung.7. Azan.9. Hutan bagi suku kaum Murut.10. Negara penganjur Anugerah S.E.A.
Write Awards.11. Orang yang ahli dalam pengeta-
huan agama Islam.13. Unsur gas nadir, tidak berwarna,
tidak berbau, wujud dalam atmos-fera, digunakan dalam papan tanda dan lampu.
16. Daerah terletaknya kem Kemuyang di Sarawak.
17. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Syarat Penyertaan:
Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyer-taan ialah pada 1 Disember 2008. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nom-bor telefon dan alamat anda kepada:
Peraduan Teka Silang Kata November 2008, Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2894
Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Mansur
1. Nursuliana binti Dzulkifli, No. K.P.: 920630-02-56862. Roziehana binti Abdul Kadir, No. K.P.: 801002-11-50643. Maslina binti Ahmad, No. K.P.: 851013-08-5740
4. Hashim bin Omar, No. K.P.: 04-77115075. Fauziah binti Hamid, No. K.P.: 830515-03-52306. Ainil Syamin bin Alias, No. K.P.: 930914-02-5214
PEMENANGJOHAN: Universiti Teknologi Mara, Sabah.
KEGIATAN
KEGIATAN DBP DI SANA SINI
Tema Hari Semarak Bahasa Peringkat Kebangsaan 2008, iaitu ”Bahasa Jiwa
Bangsa” amat bersesuaian dengan matlamat untuk mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kembali keyakinan terhadap keupayaan dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa komunikasi dan bahasa tamadun tinggi. Bahasa Melayu diharap dapat memantapkan, memperkukuh dan menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Sambutan Hari Semarak Bahasa pada tahun ini diadakan di Dewan Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan pada 28 Oktober lalu. Program yang merupakan kegiatan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) itu dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis sambutan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr.
Wee Ka Siong dan teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Haji Alimuddin Haji Mohd. Dom.
Program Hari Semarak Bahasa bertujuan untuk menyedarkan khalayak khususnya warga Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kenegaraan dan megah bahasa melalui penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha menyebarluaskan penggu
naan bahasa kebangsaan kepada masyarakat.
Antara acara sambutan ialah pertandingan pantun dan pidato antara pelajarpelajar sekolah Negeri Sembilan, deklamasi dan lagu puisi daripada Persatuan Penulis Negeri Sembilan (Nuansa PEN) serta jualan buku DBP. Seramai kirakira 200 orang yang hadir termasuk pegawai pelajaran, pensyarah, guru, guru pelatih dan pelajar. Timbalan Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharudin, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Mohamad dan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Rusli Abd. Ghani turut hadir dalam majlis tersebut.
Hari Semarak Bahasa yang pertama telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 14 November 2007 dengan tema ”Menuju Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Sastera Kebangsaan sebagai Wahana Pembinaan Negara Bangsa yang Terbilang”. BBSN diperkenalkan pada tahun 1999 bertujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera
Hari Semarak Bahasa Mempersegar Semangat
Majalah Integriti terbitan Maktab Rendah Sains Mara
Jeli terus mengekalkan kemenangan bagi Kategori Majalah Terbaik dalam Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Kelantan dan Terengganu 2008. Sekolah ini juga merangkul hadiah utama kategori bahasa dan hadiah kedua kategori penerbitan.
Majlis yang berlangsung pada 5 November yang lalu di DBP Wilayah Timur disempurnakan oleh Pengarah DBP Wilayah Timur, Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak. Ketua Penolong
Pengarah (Bahasa Melayu), Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Terengganu, Che Soh Muda dan Ketua Penolong Pengarah (Bahasa Melayu), Jabatan Pelajaran Kelantan, Mohd Hassany Hashim turut hadir dalam majlis ini.
Sementara itu, turut menerima anugerah ialah SMK Machang yang mendapat tempat pertama Kategori Bahasa dan tempat ketiga pula disandang oleh SMK Hamzah, Machang. Bagi Kategori Penerbitan, SMK Kubang Kerian 1 diumumkan pemenang kedua, dan pemenang ketiga disandang oleh SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala
Berang Terengganu. Di samping itu, seramai 18 orang pelajar dari negeri Kelantan dan Terengganu dipilih untuk menerima hadiah bagi kategori karya kreatif yang merangkumi penulisan puisi, cerpen dan esei.
Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah yang mula diadakan pada tahun 2004 antara lain bertujuan memberi pengiktirafan kepada usaha pihak sekolah menerbitkan majalah yang bermutu dari aspek penerbitan dan bahasa. Dalam masa yang sama dapat mengembangkan potensi pelajar dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif.
Oleh Aliah Abdul Rahim
Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah
BACAAN lafaz ikrar oleh guru-guru pelatih yang turut diikuti oleh tetamu yang hadir.
Oleh Basirah Ariffin
DATUK Haji Alimuddin Haji Mohd Dom menyampaikan teks ucapan.
TEKA SILANG KATA NOVEMBER 2008
JAWAPAN DAN PEMENANG PERADUAN TEKA SILANG KATA OKTOBER