kedudukan raja dalam an

Upload: eyuke

Post on 06-Jul-2015

466 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat mempunyai perlembagaan sendiri yang lengkap dan terperinci. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan Malaysia ini menyentuh beberapa aspek seperti kebebasan beragama, kuasa eksekutif kerajaan, termasuklah kedudukan dan peranan raja. Dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, kedudukan raja-raja Melayu institusi beraja memperlihatkan

dalam perlembagaan yang telah diwarisi sejak zaman pra

penjajahan. Setelah mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan diraja di Malaysia diteruskan mengikut lunas-lunas perlembagaan yang selaras dengan sistem demokrasi berparlimen. Di Malaysia, sistem raja berkuasa mutlak suatu ketika dulu telah dimansuhkan dan digantikan dengan sistem raja berperlembagaan. Raja berperlembagaan mempunyai maksud raja hanya ketua simbolik dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad kepada perlembagaan negara. Raja berperlembagaan lazimnya dikaitkan dengan sistem demokrasi, yang membawa maksud kerajaan masih di bawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional dalam kerajaan. Abdul Aziz Husin (1992) menyatakan kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan dalam sistem Raja Berperlembagaan. Kedudukan institusi raja di Malaysia tetap dilindungi dan baginda raja-raja telah diberikan bahagian-bahagian yang jelas untuk dimainkan dalam bentuk struktur dan kerajaan. Kedudukan raja iaitu raja-raja Melayu kini tidak lagi mempunyai kuasa mutlak kerana telah dihadkan oleh perlembagaan dan hanya memenuhi tugas simbolik dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan. Namun demikian Pindahan perlembagaan pada tahun 1985 berkaitan dengan imuniti atau kekebalan raja-raja Melayu tidak menjejaskan kedudukan mereka terutama kedudukan Yang Di-Pertuan Agung sebagai ketua negara. Imuniti bermaksud perihal boleh dilindungi atau dikecualikan daripada pendakwaan. Selain daripada itu peranan dan kedudukan raja-raja Melayu di sisi perlembagaan masih dikekalkan kerana ia merupakan satu simbol bagi autoriti awam, perpaduan, kesinambungan dan juga identiti negara. Sama seperti di negara-negara lain, raja dan sistem beraja menjadi jati diri negara yang merangkum sejarah dan inti patinya. Raja-raja juga adalah pelindung kepada agama dan demokrasi. Dalam konteks sejarah politik dan sosial Malaysia , raja-raja tidak hanya1

berfungsi sebagai simbol tetapi juga bagi mempertahankan kedudukan unsur-unsur tradisi lain yang mempunyai peranan sebagai brek untuk menjaga kedudukan lain. Kedudukan raja di bawah perlembagaan, merupakan asas yang penting dalam

menentukan peranan raja dalam sistem perlembagaan moden dan juga memberikan panduan terhadap perubahan-perubahan yang perlu dilakukan. Sistem beraja tidak seharusnya disamakan dengan parti politik bagi menjadikan raja-raja lebih popular di mata rakyat. Di bawah perlembagaan, raja perlu menunjukkan bahawa kewujudan mereka adalah benar-benar untuk mengekalkan beberapa ciri negara dan kesinambungannya. Ini bermaksud raja merupakan individu yang dihormati, rakyat dan merupakan simbol dan lambang terutamanya dalam adat istiadat orang Melayu dan juga sebagai ketua agama. Bagaimanapun ini tidak bermakna mereka boleh bertindak dan berkelakuan sesuka hati.

2

2.1 Sejarah Kewujudan Institusi Raja Raja adalah berdaulat dan rakyat mestilah tunduk dan patuh kepada pemerintah (monarch was the sovereign and the people were subjects). Dalam konteks negara Malaysia, monarki ataupun sistem pemerintahan diraja ini boleh dikatakan telah bermula berabad-abad lamanya, terutama sejak penubuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15. Sistem monarki pada suatu ketika dahulu yang mana Raja mempunyai kuasa mutlak di Tanah Melayu sekitar kurun ke 19 dan awal kurun ke 20, kini kekuasaan penuh Sultan dan Raja-raja Melayu terhadap hal ehwal pentadbiran negara hanya lebih tertumpu pada isu ataupun perkara-perkara tertentu sahaja. Konsep pemerintahan Beraja di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bermula sejak pemerintahan Sultan Iskandar Syah dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Pada zaman dahulu seorang raja adalah berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak boleh ditakrifkan bahawa seseorang raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Pada zaman dahulu, raja berkuasa mutlak dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bendahara, penghulu bendahari, temenggung, hulubalang besar, laksamana dan syahbandar. Pembesar-pembesar

tersebut mempunyai peranan masing-masing dan bertanggungjawab untuk membantu raja dalam menjalankan pemerintahan pada ketika itu. Sebagai contoh, bendahara berperanan untuk menjadi ketua dalam pentadbiran kerajaan, menjadi pemangku raja sekiranya raja keluar negeri. Pendek kata, tugas bendahara ini bolehlah disamakan dengan peranan seorang Perdana Menteri pada hari ini. Raja pada zaman dahulu amat terkenal dengan konsep daulat, yang mana seorang raja dianggap berdaulat setelah ditabalkan dalam istiadat pertabalan secara rasmi. Rakyat akan mengiktiraf kedaulatan seseorang Sultan yang berdaulat dengan seruan Daulat Tuanku. Sultan dianggap sebagai tunggak bagi menyatupadukan rakyat, mengamankan dan memakmurkan negeri, terdapat satu kepercayaan bahawa rakyat tidak boleh derhaka kepada raja, konsep ini dipanggil Tulah, orang-orang Melayu pada zaman dahulu tidak berani menderhaka kepada Raja kerana takut terkena tulah. Dengan cara ini golongan Raja dapat mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka. Seorang rakyat perlu menurut dan menjalankan titah raja dan perintah kerajaan dengan penuh ketaatan dan kesetiaan.

3

Kesultanan kini hanya tinggal sembilan sultan wujud sejak lebih enam kurun dan berakar umbi di Melaka pada kurun ke 15. Namun begitu, Melaka itu sendiri pada masa ini tidak mengamalkan institusi kesultanan. Sembilan sultan yang masih wujud mewarisi kuasa secara turun temurun di negeri masing-masing. Selepas kemerdekaan, sistem beraja menjadi sistem raja berperlembagaan dengan kuasa yang lebih jelas dan memberikan pengaruh kepada sultan. Sistem beraja itu sendiri terlalu berharga untuk dihapuskan, menyebabkannya dikekalkan di negeri dan persekutuan bersamaan dengan Islam sebagai agama rasmi negeri dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun tetap memberikan kebebasan beribadat serta mengiktiraf bahasa lain. Malaya dalam hal ini apabila diberi pilihan perlembagaan, bukan sahaja mengekalkan tradisi kesultanan pada peringkat negeri tetapi memperkenalkan satu lagi lapisan sistem beraja dalam sistem persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi, sekali gus memartabatkan institusi itu. Sistem beraja di Malaysia bukan saja tidak kaku malah berkembang sejajar dengan perubahan dalam masyarakat. Warisan yang ditinggalkan British sewaktu kemerdekaan adalah rangka kerja institusi yang baik, dilihat sukar untuk diperbaiki. Namun, sistem raja berperlembagaan adalah satu inovasi yang besar, walaupun berdasarkan model British ia masih memiliki identiti tempatan. Dalam tradisi politik Melayu, istilah daulat sering ditentangkan dengan derhaka. Pengakuan atau pengiktirafan daulat bukan sahaja menerusi sikap dan perilaku malah ditunjukkan secara rasminya dengan pengucapan kalimat daulat tuanku, sebagai menunjukkan kebahagiaan, kesejahteraan dan keselamatan kepada seseorang yang memegang kuasa atau wibawa tertinggi. Dalam konteks falsafah politiknya, kebahagiaan, kesejahteraan dan keselamatan pemegang kuasa berkenaan juga bererti kebahagiaan, kesejahteraan dan keselamatan kerajaan serta negeri yang diperintahnya. Raja yang memerintah dengan kerajaan adalah sinonim, sebab wujudnya raja dengan segala institusi dan kecanggihan sistemnya membolehkan wujudnya sebuah kerajaan. Maka daulat yang diberikan ke atas seorang raja serta pihak lain mengiktiraf kedaulatan tersebut bererti kerajaan atau negeri yang diperintah raja berkenaan adalah berdaulat.

4

2.2 Kedudukan, kuasa dan peranan Sultan Sistem beraja adalah sistem tradisi yang mana sebahagian daripada asas kesahan nya ialah agama dan kerohanian. Dalam konteks negara Malaysia, orang-orang Melayu menerima Islam melalui sistem beraja, dan hal ini bukannya kebetulan atau sesuatu yang hanya berlaku di Tanah Melayu sahaja. Di tempat-tempat lain juga ada penerimaan agama berlaku melalui proses yang sama iaitu melalui sistem beraja. Selain melambangkan autoriti dan sejarah agama, sistem beraja juga memainkan peranan sebagai simbol adat resam dan juga perkara-perkara pokok dan asli mengenai sesuatu kaum yang dianggap kaum yang asal dan dominan bagi sesebuah negara. Di Malaysia, sistem beraja adalah lambang adat istiadat Melayu; istana, gelaran, susunan keutamaan dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang memaparkan peranan dan nilai sistem beraja dalam perlembagaan dan pemerintahan Malaysia. Dua penekanan tentang kedudukan dan peranan raja-raja dalam masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sistem sosial tradisional orang Melayu sebelum kedatangan Barat dan perubahan kedudukan sistem tersebut selepas kedatangan barat sehingga selepas kemerdekaan. Sebelum kedatangan Inggeris masyarakat belum mengalami apa-apa perubahan dalam bentuk kepimpinan dan corak pemerintahan. Tetapi prasejarah abad ke-19 menjadi satu garis pemisah khususnya apabila penjajahan Inggeris mula melebarkan pengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran dan dapat membuat keputusan-keputusan dasar yang penting tentang sesebuah negeri Melayu. Inggeris mempunyai kuasa besar dalam membentuk corak pemerintahan negeri-negeri Melayu berkenaan. Kedatangan Inggeris yang mengambil kesempatan atas hakikat ekonomi dan kepentingannya telah memperkenalkan suatu cara pemerintahan baru yang mengakibatkan perombakan dan pembentukan pemerintahan, mula diberikan nilai-nilai baru. Inggeris membataskan kuasa raja cuma dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu saja dan menghilangkan kekuasaan mereka dalam bidang-bidang politik dan ekonomi. Raja atau Sultan berada pada kedudukan tertinggi dalam susunan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Raja merupakan ketua pemerintah di negerinya. Sebagai ketua, semua pemerintah raja wajib dipatuhi dan menjadi undang-undang bagi sesebuah negara. Walaupun terdapat undang-undang di negeri-negeri Melayu, raja biasanya mempunyai kuasa yang hampir mutlak. Walaupun raja melakukan kesalahan tetapi beliau tidak boleh dihukum. Sebaliknya, raja mempunyai kuasa mutlak menentukan hidup atau mati seseorang.5

Sultan dan kerabat diraja menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Mereka mendapat taat setia yang tidak berbelah bagi dari hamba rakyatnya. Rakyat bukan sahaja bergantung kepada sultan untuk mendapatkan perlindungan daripada musuh, tetapi juga bagi memenuhi kepentingan sumber-sumber ekonomi. Sultan mempunyai peranan yang sangat luas dalam

masyarakat Melayu tradisional. Peranan itu meliputi pelbagai aspek ekonomi, politik dan kehidupan masyarakat. Dari segi ekonomi, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam semua sumber ekonomi khususnya berkaitan dengan buruh, hasil pertanian, perdagangan dan pungutan cukai. Sultan juga menyelaraskan sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negaranya. Dari sudut pertanian, hak ekonomi terletak di bawah tanggungjawab sultan dan hanya sultan sahaja yang berhak untuk mengerah rakyat bertani. Sebagai ketua pemerintah yang tertinggi, sultan menjadi lambang perpaduan dan simbol penyatuan negara dan rakyat serta jajahan takluknya, sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Secara tidak langsung dengan penyatuan antara rakyat dengan negara, maka wujudlah keamanan dan ini menyelamatkan kedudukan istana yang menjadi simbol kepada para pembesar dalam tanah jajahannya. Walaupun begitu, fungsi sultan tidak terbatas kepada urusan di dalam negeri sahaja. Sebaliknya, sultan juga mengendalikan urusan luar negeri seperti mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. 2.3 Imuniti Raja Sebelum imuniti raja-raja ditarik balik, raja-raja tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga pembicaraan dalam mana-mana mahkamah atas sifat rasmi baginda atau atas sifar diri, tetapi ini tidak bermakna bahawa rakyat tidak boleh berbuat apa-apa jika mereka musykil atas tindakan rasmi baginda. Hal ini kerana mereka sebenarnya boleh mendakwa Kerajaan Persekutuan. Misalnya, terdapat perselisihan pendapat antara Kerajaan Persekutuan dengan bekas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Stephen Kalong Ning kan. Dengan bertindak mengikut Jemaah Menteri, Duli yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, pada 14 September, 1966 (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak), yang mana kuat kuasanya secara ringkas untuk membolehkan Gabenor Sarawak memanggil balik Majlis Negeri Sarawak supaya bersidang untuk menggantung perintah tetap dan mengeluarkan arahan yang terikat pada Yang Dipertua Negeri Sarawak.

6

Sehubungan dengan itu, gabenor memanggil Majlis Negeri supaya bersidang dan majlis itu meluluskan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri yang kemudiannya diberhentikan daripada memegang jawatan oleh gabenor pada hari berikutnya. Dato Ningkan mengadu bahawa pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong adalah tidak sah dan mengemukakan aduan itu kepada mahkamah, beliau menamakan kerajaan Malaysia sebagai kena tuntu. Pada akhirnya aduan itu telah ditolak oleh Privy Council. Sebelum pindaan dibuat pada perkara 182 dan 183, raja adalah kebal dan mempunyai imuniti daripada didakwa di manamana mahkamah yang terdapat di negara ini, sekalipun seorang raja itu telah melakukan jenayah. Tiada satu perkara pun yang boleh mempertikaikan kedudukan dan imuniti raja sebelum ia dipinda. Selain itu, Perkara 66(5) yang pada asalnya menyatakan bahawa; "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani." Frasa itu kemudiannya dipinda menjadi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang undang-undang tersebut, berkuasa sebagai undang-undang. Secara ringkasnya kuasa dan peranan Sultan pada masa kini, adalah sebagai Ketua Negara, Ketua Panglima bagi angkatan bersenjata, berkuasa dalam memanggil dan membubarkan parlimen, baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri sendiri dan negeri yang tidak beraja, memelihara hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan lain-lain lagi.

7

4.0

Kedudukan Raja-raja Selepas Dipinda

4.1

Peranan Yang di-Pertuan Agong

Terdapat tiga peranan raja bagi negeri-negeri yang mempunyai raja iaitu hak bersabit dengan undang-undang tubuh, hak yang bersabit dengan undang-undang negeri dan juga hak yang bersabit dengan menjalankan maksud atau kuat kuasa undang-undang. Bagi hak yang bersabit dengan undang-undang tubuh, Raja berperanan untuk menjemput dan memanggil anggotaanggota Majlis Undangan bagi mengadakan mesyuarat persidangan besar atau persidangan tergempar. Raja turut berperanan untuk membuka musim persidangan dengan satu ucapan yang digelar atau dikenali sebagai ucapan singgahsana. Raja juga berhak untuk menangguh manamana persidangan Majlis Undangan kepada sesuatu masa yang tidak lebih daripada had-had tertentu serta berhak untuk merombak Majlis Perwakilan. Walaupun demikian, sebelum baginda memenuhi kuasa tentang hal-hal tersebut maka baginda mestilah bersumpah di hadapan orang kenamaan negeri.

Bagi peranan dari segi hak yang bersabit dengan undang-undang negeri, raja boleh mengesyorkan apa-apa undang-undang yang mustahak. Baginda juga berhak untuk mengampuni atau menolak mana-mana cadangan undang-undang yang dipersembahkan oleh Majlis Undangundang. Raja juga boleh mengesyorkan serta membaiki Undang-undang Tubuh Raja serta mengeluarkan surat titah dalam masa penceraian antara satu tempoh atau musim yang lain. Surat itu mempunyai kuasa undang-undang. Jika ia tidak mengalami Undang-undang Tubuh Raja dan wajib dibentangkan kepada Majlis Undang-undang tidak lebih satu bulan dan jika surat itu tidak dibentangkan atau tidak disetujui oleh mana-mana satu daripada dua Majlis maka kuasanya dikira hilang dan tidak berharga sebagai undang-undang.

Yang di-Pertuan Agong(YDPA) pula mempunyai kuasa untuk melantik Jemaah Menteri dan memecatnya. YDPA juga mempunyai kuasa untuk menyusun dan mengatur jabatan kerajaan, menolak serta memecat mana-mana kakitangan kerajaan. Baginda juga boleh mengadakan dan mengurniakan pingat kebesaran dan bintang gelaran kepada penduduk serta membuat dan mengeluarkan wang perbelanjaan. YDPA juga mempunyai kuasa untuk8

menyampaikan, menghapuskan dan memperjuangkan mana-mana seksaan yang dijatuhkan ke atas orang yang bersalah. Ini telah ditegaskan dalam Bab 3 Perkara 42: (1) YDPA adalah berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan hukuman tentang segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan raja atau gabenor sesuatu negeri adalah berkuasa mengampuni dan menangguhkan hukuman kesalahan di dalam negerinya. YDPA juga berhak untuk mengisytiharkan Undang-undang Darurat atau tentera apabila dikehendaki. Baginda juga menjadi Panglima Agung Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara dan berkuasa untuk mengisytiharkan peperangan, perdamaian mengikut mana-mana perjanjian serta menghantar kepada Majlis Undang-undang bagi disahkan tetapi lazimnya tidak harus raja atau negeri mengisytiharkan peperangan melainkan dengan persetujuan Majlis Perundangan. YDPA juga boleh mengadakan peraturan-peraturan bagi menjalankan maksud undang-undang dengan syarat tidak membawa kepada pembetulan perubahan, terbuang atau terbiar undang-undang itu.

Sebagai YDPA, baginda juga berperanan sebagai ketua Negara Malaysia iaitu sebagai ketua Negara yang berpelembagaan. Baginda mempunyai keutamaan yang mengatasi semua orang Malaysia dan keutamaan selepas baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Gabenor-gabenor. Peranan YDPA juga berkaitan dengan Perkara 40 (2) dalam perlembagaan yang mengatakan YDPA boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan tugastugasnya iaitu melantik seseorang Perdana Menteri, tidak mempersetujui atau menyetujui permintaan membubarkan Parlimen serta berhak untuk meminta supaya mengadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-raja yang semata-mata tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

Baginda juga memainkan peranan dalam melantik ahli Majlis Dewan Negara mengikut nasihat Perdana Menteri di samping pemilihan ahli itu sendiri juga dipilih melalui Majlis Perundangan Negeri. Pada kebiasaannya, pengesahan undang-undang hendaklah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan ia juga mestilah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Fungsi YDPA boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ketidakbolehan bertindak mengikut pertimbangan sendiri ( non-discretionary and discretionary powers). Fungsi bahagian9

pertama kebanyakannya terlibat dengan Parlimen yang terdiri daripada YDPA dan dua Dewan Parlimen iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Rakyat. Rang undang-undang akan menjadi tidak sah apabila tidak mendapat keizinan daripada YDPA yang meletakkan mohor kerajaan kepada rang undang-undang tersebut. Baginda melakukan hal ini atas nasihat kabinet.

Selepas dipilih, Parlimen berlangsung selama lima tahun daripada tarikh pertama mesyuarat pertamanya. Adalah menjadi tugas YDPA untuk membuka Parlimen di mana baginda akan bertitah di kedua-dua dewan serentak atau pada masa yang berasingan. Baginda juga bertugas untuk memanggil persidangan Parlimen dalam masa enam bulan selepas persidangan yang lalu. YDPA juga bertanggungjawab untuk menentukan bahawa Dewan Rakyat diberi gambaran sebenar tentang kedudukan kewangan negara. Ini dibuat semasa sidang belanjawan apabila satu pernyataan anggaran belanjawan untuk tahun kewangan dibentangkan dalam keduadua dewan. Baginda memerintahkan laporan-laporan daripada juru audit negara dan lain-lain suruhanjaya dibentangkan dalam Parlimen.

Segala fungsi YDPA tadi hanya boleh dilaksanakan oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri dan daripada penasihatnya. Tetapi terdapat beberapa keadaan di mana baginda boleh menggunakan kebijaksanaannya sendiri. Dua daripadanya yang terpenting ialah melantik Perdana Menteri dan membubarkan Parlimen. Mengikut Perlembagaan, kerajaan mesti dibentuk oleh parti yang mendapat kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat. Parti itu akan mempunyai seorang ketua yang diiktiraf di Parlimen. Tugas membentuk kerajaan lazimnya akan dipikul oleh seorang ketua yang diiktiraf di Parlimen. Dalam keadaan seperti ini, YDPA akan mengiktiraf beliau sebagai Perdana Menteri dan memerintah beliau untuk membentuk kabinet.

Jika berlaku keadaan seperti, tiada suatu parti yang menang majoriti di Dewan Rakyat, maka campuran satu atau lebih parti adalah perlu untuk membentuk kerajaan. Di sinilah YDPA memainkan peranan penting sama ada menerima atau menolak orang yang dipilih untuk mengetuai kerajaan campuran itu. Baginda terpaksa berhati-hati dalam membuat keputusan ini kerana pilihan yang salah boleh mengakibatkan pelbagai kesulitan. Kuasa dalam perlantikan Perdana Menteri ini merupakan senjata yang kuat dipegang oleh baginda.

10

Berkenaan dengan pembubaran Parlimen boleh berlaku apabila satu daripada dua keadaan berlaku. Ini kadangkala berlaku di mana parti yang berkuasa di Parlimen berpendapat bahawa masa tertentu merupakan masa yang sesuai dan baik untuk mengadakan pilihan raya umum. Penolakan baginda untuk membubarkan Parlimen pada masa ini boleh membawa kepada perubahan dalam kedudukan politik parti yang memerintah. Adalah sangat mustahak untuk Perdana Menteri mempunyai kawalan atas Parlimen. Sekiranya beliau gagal dalam hal ini, beliau kemudiannya akan memohon YDPA supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Akan tetapi, YDPA mempunyai hak untuk menolak saranan ini. Dalam perlaksanaan ini, baginda boleh memaksa Perdana Menteri dan kabinetnya supaya meletakkan jawatan. Ini membolehkan YDPA selain daripada mengadakan pilihan raya umum, baginda harus memilih seorang calon yang lebih sesuai untuk membentuk suatu kerajaan baru. Dalam kedua-dua keadaan ini, YDPA mempunyai banyak pengaruh.

Dalam persidangan raja-raja pula, peranan YDPA adalah sebagai mengesahkan kepada persidangan Majlis Raja-raja iaitu pada hari kedua, di mana jika YDPA tidak mengesahkannya, maka majlis persidangan tersebut menjadi tidak sah. Hal ini kerana, dalam perlembagaan menunjukkan bahawa apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara tentang dasar negara, YDPA hendaklah sama hadir dan disertai oleh Perdana Menteri. Keputusan Majlis Rajaraja pada hari pertama mungkin menyentuh dasar negara dan oleh hal yang demikian, keputusankeputusan itu hanya boleh dinyatakan pada hari kedua persidangan Majlis Raja-raja.

Peranan YDPA juga adalah untuk melantik Ketua Negeri dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di mana ia menurut nasihat daripada Perdana Menteri. Mengikut Perlembagaan, kuasa kerajaan terbahagi kepada tiga jenis yang tertentu iaitu kuasa pemerintah yang terletak hak kepada YDPA, kuasa perundangan yang terletak kepada Parlimen dan kuasa hakim yang terletak hak pada badan kehakiman. Kuasa pemerintah Malaysia dijalankan oleh YDPA atau Jemaah Menteri (kabinet) atau oleh mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri dan boleh dijalankan tertakluk kepada peruntukan perlembagaan dan undang-undang.

Manakala menjalankan kuasa pemerintah serta juga segala tugas baginda menurut Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan, YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah11

Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan. Baginda berhak atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat tentang pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Apabila disebut bahawa YDPA boleh melakukan pelbagai perkara, bermakna bahawa baginda boleh melakukannya hanya mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri. Tertakluk kepada Perlembagaan, Parlimen boleh membuat undang-undang yang menghendaki supaya YDPA bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain daripada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda tidak mempunyai kebebasan yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas untuk melantik Perdana Menteri. Perlembagaan menghendaki supaya baginda melantik seorang ahli Dewan Rakyat, tetapi bukan sembarangan ahli. Ahli yang dimaksudkan itu mestilah seorang yang pada pendapat baginda mungkin boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna bahawa ahli tersebut seorang pemimpin parti yang mempunyai lebih suara dalam Parlimen. Lain-lain ahli Jemaah Menteri juga dilantik oleh baginda mengikut nasihat Perdana Menteri.

YDPA juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa baginda boleh memerintah tentera tersebut dengan sesuka hati baginda. Majlis Angkatan Tentera yang ditubuhkan mengikut kuat kuasa Perkara 137, bertanggungjawab di bawah kuasa am YDPA untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan semua perkara lain yang berhubung dengan angkatan tentera, selain daripada perkara yang bersangkutan dengan menggunakan angkatan tentera bagi maksud gerakan. Baginda turut mempunyai kuasa untuk mengampuni, mengurang dan menangguh hukuman ke atas pesalah-pesalah yang dibicarakan dalam mahkamah tentera dan juga berkenaan dengan hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, baginda tidaklah mempunyai kuasa seperti itu dalam perkara-perkara kesalahan yang dibicarakan dalam lain-lain mahkamah.

12

Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Namun baginda hanya menjadi ketua agama bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Yang di-Pertua Negeri iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Tidak ada ketua agama Islam Se-Malaysia dan juga tidak ada ketua agama Islam di negeri Sabah dan Sarawak. YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Borneo serta kepentingan yang sah lain-lain kaum. Ini dapat dilihat dalam Perkara 153 yang menceritakan mengenai tanggungjawab YDPA untuk menjamin kedudukan istimewa orang Melayu. Tanggungjawab YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Borneo mestilah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Menteri.

4.2

Perkara-perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh Yang di-Pertuan Agong

Apabila dilantik menjadi YDPA, maka baginda tidaklah boleh membuat beberapa perkara serta menjalankan mana-mana kuasa sebagai raja negeri baginda kecuali berkuasa sebagai ketua agama Islam, ketua meminda perlembagaan negeri serta berkuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja atau ahli yang meninggal dunia atau tidak berupaya oleh kerana apa-apa sebab menjalankan kewajipan Pemangku Raja atau ahli jemaah Pemangku Raja. Baginda tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang mempunyai pendapatan. Baginda juga tidak boleh mengambil bahagian dengan bergiat dalam apa-apa usaha perniagaan.

Baginda tidak boleh menerima apa-apa juga jenis pendapatan sebagai raja di bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda. Baginda tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja meninggalkan Persekutuan selama lebih 15 hari, kecuali atas lawatan rasmi ke sesebuah negara lain. Timbalan baginda juga tidak boleh membuat perkara yang sama jika baginda menjalankan tugas YDPA lebih daripada 15 hari. Permaisuri baginda, Raja Permaisuri Agung tidak boleh memegang apa-apa jawatan di bawah Persekutuan atau mana-mana negeri.

13

3.0 Kajian kes terhadap isu imuniti raja Isu-Isu Yang Menyumbang Ke Arah Pemansuhan Imuniti Raja-Raja Melayu Pada tahun 1993, kerajaan Malaysia meminda perlembagaannya untuk memansuhkan imuniti raja-raja Melayu yang membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Imuniti yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 berpunca daripada beberapa peristiwa yag melibatkan beberapa golongan kerabat diraja yang telah bertindak dengan melampaui batas norma manusia, namun tiada tindakan undang-undang dapat diambil ke atas golongan diraja tersebut kerana mereka memiliki imuniti atau kekebalan. Fasal (2) perkara yang akhir sekali dalam perlembagaan iaitu Perkara 181, menyebut bahawa tiada apa-apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap raja sesebuah negeri atas sifat diri baginda sendiri, yang bermakna baginda boleh didakwa atas sifat rasmi baginda. Sebagai contohnya, Sultan Pahang telah memecat seorang kadi yang mengatakan bahawa pemecatan kerjanya adalah salah, tetapi beliau telah mengambil tindakan bukannya terhadap sultan, tetapi terhadap Kerajaan Negeri sebagai pihak

14

15

yang kena tuntut. Fasal pertama Perkara 181 memperuntukkan bahawa, tertakluk kepada peruntukan perlembagaan, kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa raja-raja di dalam wilayah masing-masing sebagaimana yang telah ada kecuali beberapa pindahan baru. Penyalahgunaan kuasa oleh golongan kerabat ini bukan berlaku pada zaman selepas Malaysia mengecapi kemerdekaan ini, malah telah lama berlaku iaitu semasa zaman pemerintahan British di Tanah Melayu lagi. Antara beberapa peristiwa yang menarik yang dapat dilihat ialah kedudukan Raja-raja sebelum merdeka. Apabila Sultan Johor didakwa atas sifat diri baginda sendiri di England pada penghujung abad yang lalu dalam Mighell lawan Sultan Johor, sepucuk surat dari Pejabat Tanah Jajahan kepada mahkamah menyatakan bahawa baginda ialah raja yang berdaulat bagi sebuah negeri yang merdeka, hubungan baginda dengan Baginda Queen adalah bercorak perikatan, bukan pertuanan atau naungan, diatur oleh satu triti yang membatas pelaksanaan sesetengah hak raja. Ini dianggap sebagai muktamad bahawa baginda adalah raja yang bebas dan oleh itu adalah bebas daripada langkah perbicaraan di sisi undang-undang. Kira-kira tiga puluh tahun kemudiannya taraf Sultan Kelantan telah dipertimbangkan dalam mahkamah Inggeris dalam Duff Development Co. lawan kerajaan Kelantan dan sekali lagi Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, pada masa itu Winston Churchill telah memperakui bahawa Sultan Kelantan ialah raja berdaulat bagi sebuah negeri yang merdeka dan dengan itu adalah bebas daripada bidang kuasa mahkamah Inggeris. Taraf Sultan Pahang pula dipertimbangkan oleh mahamah dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam The Pahang Consolidated Co. Ltd. lawan negeri Pahang. Privy Council telah menerima tanpa hujah bahawa kemasukan negeri itu ke dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895, Sultan Pahang kekal menjadi raja yang mutlak dan pada bagindalah semuanya terletak semua kuasa perundangan dan pemerintahan, tertakluk hanya kepada batasan-batasan yang dari semasa ke semasa, baginda kenakan ke atas diri baginda sendiri dan oleh itu adalah bebas daripada proses undang-undang. Taraf Sultan Johor telah dibawa untuk dipertimbangkan sekali lagi selepas perang dunia yang lalu, kali ini ialah di mahkamah Singapura dalam Sultan Johor lawan Tengku Abu Bakar16

dan orang lain. Baginda didakwa oleh putera baginda sendiri dan baginda telah berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas diri baginda kerana baginda raja berdaulat. Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, apabila diminta untuk memperakui taraf Duli Yang Maha Mulia, semata-mata menyatakan butir-butir perlembagaan pada masa itu dan terpulanglah kepada mahkamah memutuskan sama ada Duli Yang Maha Mulia itu seorang raja yang berdaulat atau tidak. Apabila perkara itu dikemukakan di hadapan Privy Council, Setiausaha Negara untuk menjawab satu aduan yang datangnya daripada semua raja Melayu, telah menulis surat kepada Raja-raja itu menegaskan bahawa Kerajaan Baginda King di Britain memandang Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja sebagai raja-raja pemerintah yang bebas sejauh mana yang mengenai hubungan Duli-duli Yang Maha Mulia dengan Baginda King. Privy Council, berdasarkan surat ini memutuskan bahawa Sultan Johor seorang pemerintah yang bebas, berhak mendapat imuniti tentang guaman yang berkaitan dengan taraf itu. Oleh itu, dapatlah diperhatikan bahawa dalam mahkamah-mahkamah di England dan Singapura dahulu sebelum merdeka, seorang raja dianggap sebagai seorang raja pemerintah yang bebas, walaupun baginda telah menyerahkan sesetengah daripada kuasa-kuasa yang berdaulat baginda menurut triti yang dibuat dengan kerajaan British dan setelah berakhirnya perang dunia yang lalu menurut triti dengan kerajaan British dan dengan kerajaan Persekutuan. Dalam membuat keputusan bahawa Sultan Johor raja pemerintah yang bebas dalam tahun 1950-an itu, Privy Council tidak mementingkan perkataan-perkataan berhuruf condong dalam kenyataan itu, yang dengan terangnya mengandungi satu peresapan tentang hubungan raja-raja dengan Persekutuan. Perkara 181, sebagaimana yang telah dilihat dengan nyatanya memberi pengecualian bagi kedaulatan raja-raja selepas merdeka, dengan memperuntukkan bahawa kedaulatan raja-raja dalam wilayah baginda masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang adalah tetap tidak tersentuh dan tidak ada apa juga pembicaraan yang boleh dibawa ke dalam sebarang mahkamah terhadap raja atau sifat diri baginda. Peruntukan ini, walau bagaimanapun berkuatkuasa hanya di Malaysia sahaja, tetapi walaupun begitu bolehlah difikirkan bahawa taraf raja-raja pemerintah masih diakui oleh kerajaan British jika sekiranya raja-raja itu didakwa dalam mahkamah di England.17

Permaisuri seseorang raja tidak menikmati imuniti atau kebebasan di sisi undang-undang di Malaysia dan begitu jugalah seseorang Pemangku Raja atau seseorang ahli Jemaah Pemangku Raja. Tidak ada peruntukan perlembagaan yang memberi seseorang gabenor itu atau isterinya imuniti atau kebebasan di sisi undang-undang atas apa-apa sifat pun. Tentang keadilan, kecuali dalam Mahkamah Syariah, adalah suatu perkara persekutuan yang tentangnya hanya Parlimen Persekutuan sahaja yang boleh membuat undang-undang, tetapi raja-raja dan gabenor-gabenor memainkan suatu peranan yang penting tentang keadilan. Semua hakim termasuklah Ketua Hakim serta dua orang Hakim Besar itu dilantik hanya setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Di Malaysia Barat, majistret adalah dilantik oleh raja atau gabenor atas sokongan Hakim Besar mengenai Majistret-majistret Kelas Satu. Di Malaysia Timur, majistret dilantik oleh Gabenor. Penyalahgunaan kuasa oleh kerabat diraja telah menyebabkan mereka terlepas sewenang-wenangnya. Namun begitu hilangnya kuasa raja telah meletakkan kaum Melayu dalam situasi yang berbahaya. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku, siapakah yang akan bertanggungjawab mempertahankan hak kedaulatan kaum Melayu itu sendiri. Tun Dr. Mahathir adalah antara yang bertanggungjawab mengemukakan usul pembatalan imuniti Raja-raja Melayu ke kabinet. Berikut disertakan beberapa peristiwa yang telah melibatkan salah laku golongan kerabat diraja ini. 3.1Contoh Kajian salah salu golongan kerabat Diraja Di negeri Kelantan, Tan Sri Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan Barisan Nasional (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila adanya majlis rasmi istana di Kelantan. Ini adalah beliau tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan. Dato Annuar Musa pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti Raja-raja Melayu meledak, beliau telah menabalkan Tengku Ibrahim, iaitu sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan tuanku. Namun segalanya gagal, malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Tun Mahathir pula pernah cuba18

membongkar aktiviti Tuanku dengan menyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya daripada simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada kemuncak krisis imuniti Raja-raja Melayu. Dalam satu Persidangan Agong UMNO, Dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan UMNO) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku, Raja Adil Raja Disembah, Raja Dizalim Raja Disanggah sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan. Peristiwa berikutnya melibatkan golongan diraja Negeri Sembilan. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti Raja-raja Melayu sedang berlaku.

Di negeri Selangor pula, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Mohd Taib, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor ketika itu. telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan kisah beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah). Negeri Pahang juga tidak turut terkecuali menerima musibah ketika krisis imuniti tersebut. Tuanku diketahui ramai merupakan adalah seorang penyokong kuat kepada Tun Dr. Mahathir. Namun ketika krisis imuniti Raja-raja Melayu meruncing baginda juga tidak terlepas daripada pembongkaran kisah oleh Tun Mahathir. Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapal terbang peribadi pada ketika itu. Turut disiarkan juga kepada seluruh rakyat Malaysia berkaitan dengan kapal terbang itu. Selain negeri-negeri di atas, turut terpalit sama ialah negeri Perak. Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Syah, merupakan sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dalam kalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda. Baginda adalah bekas hakim dan ditabalkan menjadi sultan setelah kemangkatan Sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya. Ketika itu baginda menjadi Raja19

Dihilir Perak. Oleh kerana kecerdikan baginda, maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu ketika itu. Pelbagai cara digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir. Di negeri Johor pula, pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Tun Mahathir tentang baginda. Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan. Berita ini kecoh serata negeri namun Tengku Majid terlepas selepas ayaahandanya memohon maaf secara terbuka. Di samping itu, kerana tekanan UMNO jugalah, maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan. Seterusnya di negeri Terengganu pula, Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billal Syah telah diugut oleh Tun Mahathir untuk diturunkan dari takhta dengan menggunakan Tengku Ali. Tengku Ali telah menggemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya dalam dakwaannya, pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan, kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah. Begitulah beberapa kisah mengenai peristiwa yang menyumbang kepada pembatalan kuasa imuniti raja. Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja, ia bermula kerana ada beberapa akta yang tidak dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong (YDPA) yang mana ketika itu YDPA mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh kerana tercabar dengan kebijaksaan Sultan Azlan Syah (YDPA ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua Raja-raja Melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh YDPA dan Sultan. Pada tahun 1982 dan 1990, terdapat beberapa cadangan untuk meminda beberapa fasal yang menyentuh kuasa YDPA dari Parlimen. Antaranya mengenai fasal pengisytiharan darurat yang sebelum cadangan pindaan itu, kuasa pengisytiharan darurat terletak di tangan YDPA (Fasal 150-1 perlembagaan). Walau bagainamapun cadangan pindaan supaya kuasa

20

pengisytiharan darurat diberikan kepada Perdana Menteri (PM), tidak dapat diperkenankan oleh Raja-raja Melayu. Selain itu, cadangan meminda semua bilangan rang undang-undang (kecuali rang undang-undang tentang hak istimewa raja-raja) ditandatangani dan diluluskan oleh YDPA dalam masa 15 hari sahaja dan bukan dalam masa enam bulan seperti sebelum cadangan pindaan itu. Dalam perkara ini, Raja-raja telah memperkenankan pindaan ini kepada dari 15 hari kepada 30 hari. Satu lagi pindaan yang telah dibuat ialah berhubung dengan kekebalan atau imuniti Raja-raja Melayu. Pindaan 1990 telah dibuat iaitu Raja-raja Melayu adalah tertakluk juga kepada undang-undang bersabit dengan jenayah dan sivik, tetapi jika berlaku kesalahan jenayah, baginda akan dibicarakan di Mahkamah Khas Raja-raja. Walau bagaimanapun, Rajaraja Melayu masih kebal dalam hal-hal pentadbiran negara. YDPA bukanlah hanya lambang semata-mata kepada tampuk pemerintahan negara ini. Ini kerana, dalam beberapa perkara baginda mempunyai kuasa-kuasa tertentu serta tidak boleh didakwa oleh mahkamah biasa, sebaliknya Mahkamah Khas Diraja. Selain itu, baginda masih mempunyai kuasa penuh berhubung dengan kuasa mengisytiharkan darurat tanpa persetujuan Parlimen atau PM, YDPA juga berkuasa penuh ke atas hal-hal bersabit dengan agama Islam. Baginda hendaklah merujuk kepada Majlis Raja-raja Melayu jika bersabit dengan fatwa atau hukum Islam. Majlis Fatwa Islam terletak di bawah kuasa Majlis Raja-raja Melayu.

21

Kesimpulan Sebagai kesimpulanya perbincangan mengenai kedudukan dan peranan raja-raja dalam perlembagan perlu dibuat dalam dua peringkat. Ini termasuklah perbincagan yang merujuk kepada peruntukan terhadap raja dan peranan mereka di sisi undang-undang. Selain itu, perbincangan ini melihat kepada perkembagan dan cara bagaimana kuasa dan imuniti raja-raja yang pada asalnya adalah kebal telah dimansuhkan dan raja tertakluk kepada perlembagaan. Kewujudan institusi beraja sejak zaman kesultanan melayu Melaka, banyak mencerminkan peranan raja itu dalam kehidupan rakyat termasuklah agama dan juga kerohanian, kedaulatan dan sebagainya. Kedudukan dan peranan raja dalam kerajaan telah banyak berubah terutamanya dari segi peranan dan kuasa dalam kerajaan. Namun tidak semuanya diubah bagi memelihara tradisi yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi. Antara perkara yang banyak berubah dan banyak dipindah dalam perlembagaan termasuklah berkenaan dengan kuasa imuniti raja yang telah dimansuhkan. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara yang banyak melibatkan kerabat diraja. Peranan raja yang paling mutlak dalam kerajaan Malaysia berkaitan dengan agama rasmi iaitu agama Islam yang membolehkan seseorang raja itu bertindak dengan atau tanpa nasihat daripda kerajaan pusat.

22