keberkesanan program pendidlkan bahasa mahmood
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN PROGRAM PENDIDlKAN BAHASA !\lELAYUlfPST _ _
PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOODFAKULTI BAHASA, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
IDRIS MOHD RADZIFAKULTI BAHASA, UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS
KOD PENYELIDlKAN: 01-02-04-01KOD AKAUN : 050512
11
KANDUNGANHalaman
KANDUNGAN 11
SENARAI GAMBAR RAJAH DAN JADUAL IV
ABSTRAK VI
1. LATAR BELAKANG
2. PENYATAAN MASALAH 3
3. OBJEKTIF KAHAN 4
4. SOALAN KAJIAN 4
5. LITERATUR KAJIAN 5
0 Proses Latihan 50 Model Penilaian Program 80 Dapatan Kajian Penilaian Program 80 Kerangka Teori 10
6. KAEDAH KAJIAN 120 Reka Bentuk Kajian 120 Sampel Kajian 120 Alat Kajian 130 Pengumpulan Data 150 Penganalisisan Data 15
7. DAPATAN KAJIAN 16
7.4 Sejauh manakah factor perkhidmatan sokongan programIjazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu membantumenghasilkan guru yang berkesan? 44
7.1 Sejauh manakah Program Ijazah Sarjanamuda Bahasaberjayamelahirkan guru BahasaMelayu yang berkesan? 17
7.2 Sejauh manakah kurikulum yang disediakan sesuai untukmelahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan? 26
7.3 Sejauh manakan kedahlbentuk instruksi di UPSI berjayamelahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan? 35
III
8. RUMUSAN DAPATAN KAHAN 53
9. CADANGAN 55
10. RUJUKAN 57
11. LAMPlRAN 58
0 Jadual Analisis Data0 Soal Selidik0 Kelulusan Menjalankan Kajian
,
.... "","':.".;I.!·i.:."::,
II
IV
SENARAI GAMBAR RAJAH
Bi!. Judul Halaman
Rangka Latihan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa 7
Melayu UPSI
2 Rangka Proses Penilaian Program Ijazah Pendidikan Bahasa
Melayu UPSI11
SENARAI JADUAL
BiI. Judul Halaman
1 Analisis Ujian t Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda 19Pendidikan BahasaMelayu Mengikut Jantina
2 Analisis Ujian t Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda 20
Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Lokasi Sekolah
3 Analisis Ujian t Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda 21Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Kes Saluran Masuk
4 Analisis ANOVA Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda 23Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Tahun Dikurniakan Ijazah
5 Analisis ANOVA Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda 25Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Tingkatan Yang Diajar
6 Analisis Ujian t Tahap Kesesuaian Kurikulum Ijazah Sarjanamuda 28Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Jantina
7 Analisis Ujian t Tahap Kesesuaian Kurikulum Ijazah Sarjanamuda 29Pendidikan BahasaMelayu Mengikut Lokasi Sekolah
8 Analisis Ujian t Tahap Kesesuaian Kurikulum Ijazah Sarjanamuda 31Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Kes Saluran Masuk
9 Analisis ANOVA Tahap Kesesuaian Kurikulum Ijazah 33
Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut TahunDikumiakah Ijazah
II
10 Analisis ANOVA Tahap Kesesuaian Kurikulum Ijazah 35
Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut TingkatanYang Diajar
11 Analisis Ujian t Tahap Kualiti Kaedah dan Bentuk Instruksi 37
Pensyarah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa MelayuMengikut Jantina
12 Analisis Ujian t Tahap Kualiti Kaedah dan Bentuk Instruksi 39
Pensyarah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa MelayuMengikut Lokasi Sekolah
13 Analisis Ujian t Tahap Kualiti Kaedah dan Bentuk Instruksi
Pensyarah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu 40
Mengikut Kes Saluran Masuk
14 Analisis ANOVA Tahap Kualiti Kaedah dan Bentuk Instruksi 42
Pensyarah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa MelayuMengikut Tahun Dikumiakan Ijazah
15 Analisis ANOVA Tahap Kualiti Kaedah dan Bentuk Instruksi
Pensyarah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu 44
Mengikut Tingkatan Yang Diajar
16 Analisis Ujian t Tahap Kualiti Perkhidmatan Sokongan Program 46Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Jantina
17 Ujian t Tahap Kualiti Perkhidmatan Sokongan Program Ijazah 47
Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu Mengikut Lokasi Sekolah
18 Analisis Ujian t Tahap Kualiti Perkhidmatan Sokongan Program 49
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu MengikutKes Saluran Masuk
19 Analisis ANOVA Tahap Kualiti Perkhidmatan Sokongan Program 50
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu MengikutTahun Dikumiakan Ijazah
20 Analisis ANOVA Tahap Kualiti Perkhidmatan Sokongan Program 52
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu MengikutTingkatan Yang Diajar
v
I
VI
ABSTRAK
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan program IjazahSarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu di UPSl. Responden kajian terdiri daripadabekas pelajar program ini yang telah bergraduat pada tahun 1999, 2000 dan 2001.Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik ini dihantar kepada semua
bekas pelajar yang telibat. Seramai 87 orang (30%) responden telah memberi maklumbalas. Terdapat 4 soalan kajian yang dikemukakan, iaitu (1) soalan tentang keberkesanan
objektif program; (2) soalan tentang keberkesanan kurikulum yang diguna pakai; (3)soalan tentang keberkesanan kaedahlbentuk instruksi pensyarah di UPSI; dan (4) soalantentang peranan perkhidmatan sokongan. Untuk melihat keberkesanan program ini
pengkaji telah memilih 6 pemboleh ubah tidak bersandar, iaitu jantina, salurankemasukan ke UPSI, lokasi tempat mereka mengajar sekarang, tahun dikumiakan ijazah,dan tingkatan yang diajar. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya objektifuntuk melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan tercapai. Walau bagaimanapunkurikulum yang digunakan masih perlu dikemas kini. Daripada 32 kursus yangditawarkan kepada pelajar terdapat 5 kursus (15.6%) yang tidak begitu relevan digunakandi sekolah. Ujian berdasarkan pemboleh ubah tidak bersandar juga menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara min setiap kategori. Nilai p > 0.05. Hal yangpaling ketara ialah kelemahan perkhidmatan sokongan, terutama daripada segi infrastruktur. Perkhidmatan pensyarah hampirmemuaskan.
II
Maka hendaklali ditubuhkan suatu yayasan pelajaran tinggi yangmempunyai taraf universiti. Sebagai suatu pertubuhan perbadananbagi meksud mengadakan, memajukan dan mengembangkanpelajaran tinggi dalam bidang pengajaran-pembelajaran TeknologiMaklumat, Sa ins Kognitif dan Pedagogi, Bahasa Melayu,Matematik, Sa ins, Pendidikan Khas dan bidang pengajian lain yangperlu, serta juga mengadakan penyelidikan dan pengumpulan dan
kemajuan pengetahuan, dan penyebaran pengetahuan dalam bidangpengajian itu.
1.0 Latar Belakang
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan berkuat kuasa di bawah Warta
Kerajaan P.U. (A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1977, melalui dua buah Perintah,
iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1977 yang berbunyi:
dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 yang berbunyi:
Tapak kampus iiu adalah bertempat di Batang Padang, Daerah
Tanjong Malim dalam negeri Perak. Fakulti Sains Kognitif danPembangunan Manusia, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat,Fakulti Pendidikan Bahasa, Fakulti Sains Kemanusiaan dan fakultilain sebagaimana perlu hendaklah bertempat di kampus ini.
Berdasarkan kedua-dua perintah tersebut UPSI memulakan pengambilan pelajar lulusan
Kursus Diploma Perguruan Khas seramai 334 orang pada Jun 1997. Pelajar yang terdiri
Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada
I;
I
daripada guru yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan ini telah menjalani
kursus selama setahun di maktab-maktab perguruan di seluruh negara. Mereka diterima
masuk ke UPSI sebagai pe1ajar tahun dua universiti.
pelajar mulai Jun 1997 melalui kedua-dua Perintah tersebut. Seramai 37 tempat telah
ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri
daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab
perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti
Mulai ambilan Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah.
tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan
bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK
melalui cara yang sarna seperti yang telah dilakukan sernasa pengambilan pertama dibuat.
Mereka telah bergraduat pada 2000.
Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada
lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), calon saluran kedua dan lulusan
diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan
Senat UPSI, di samping lulusan KDPK. Mereka mula mengikuti program ini dari tahun
satu. Kebanyakan mereka menamatkan program ini dalam masa tiga tahun, kecuali
pelajar yang masuk dengan kelulusan KDPK. Jangka masa pengajian mereka agak
singkat kerana mereka mendapat pengecualian kredit.
Pada peringkat awal seramai 3 orang pensyarah telah dilantik untuk
mengendalikan program ini. Ketiga-ketiga pensyarah tersebut dilantik berasaskan
pengalaman dan kelulusan mereka dalam bidang yang berkaitan. Kemudiannya, bilangan
Kurikulum program ini digubal oleh pensyarah program yang dilantik. Dalam
pensyarah yang dilantik bertambah sejajar dengan pertambahan bilangan pelajar yang
masuk mengikuti program ini.
proses penggubalan tersebut pelbagai kaedah telah digunakan bagi memastikan
kurikulum yang dibina sesuai dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikutan dengan itu, sebuah jawatankuasa penggubalan kurikulum yang dianggotai
semua pensyarah Program Bahasa Melayu dibentuk bagi melahirkan sebuah kurikulum
yang memenuhi matlamat, objektif dan identiti Universiti ini. Bagi mencapai objektif
2
!
IIII
i
o Mengadakan sumbang saran dalam kumpulan;
o Mengkaji kurikulum yang sedang diamalkan olch universiti tempatan yang
lain seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Sains Malaysia;
o Menggubal kurikulum Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu; dan
o Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar luar yang diketuai oleh
Prof. Datin Dr. Rahimah Ahmad.
tersebut, tindakan-tindakan yang berikut dilakukan Jawatankuasa:
Usaha jawatankuasa ini membuahkan hasil apabila kurikulum im telah mendapat
pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam pada Mac 2000.
Daripada segi kemudahan infrastruktur, program ini menggunakan sepenuhnya
kemudahan sedia ada yang ditinggalkan Institut Perguruan Sultan Idris. Proses membaik
pulih dan menambah baik bilik-bilik kuliah dan tutorial berjalan dengan lancar. Namun
demikian, usaha ke arah ini mengambil sedikit masa. Selain itu, buku-buku perpustakaan
juga turut ditambah sesuai dengan tahap pengajian pelajar serta rujukan pelajar.
2.0 Penyataan Masalah
3
Dalam masa 4 tahun kurikulum ini diguna pakai, beberapa perubahan telah berlaku. Pada
asalnya kurikulum ini digubal bagi memenuhi keperluan pelajar Kursus Diploma
Perguruan Khas (KDPK). Pada tahun 2000 kurikulum ini mengalami perubahan
berikutan dengan arahan Jabatan Pengajian Tinggi mengurangkan kredit yang perlu
diambil pelajar daripada 123 kredit kepada 110 kredit sahaja. Pada ambilan 2001 sekali
lagi kurikulum ini dikaji bagi menyesuaikannya dengan struktur yang barn diperkenalkan,
iaitu Struktur Pengajian Empat Tahun (SPET). Berasaskan struktur ini pelajar
II
Selain itu, penilaian ini dibuat bagi memenuhi kehendak Jabatan Pendidikan
dikehendaki mengambil127 kredit dalam masa minimum 4 tahun.
Perubahan ini tentu sekali memheri kesan kepada program yang sedia ada. Oleh
itu satu kajian perlu dibuat bagi mengukur kcbcrkesanan program supaya kelemahan yang
ada dapat diatasi segera.
Tinggi supaya kurikulum pengajian sentiasa disemak bagi memastikan kesesuaiannya
pada setiap masa. Hal ini sesuai dengan saranan Stufflebeam dan Shinkfield (1985 : 1)
supaya penilaian terhadap kurikulum program yang ditawarkan dinilai dari masa ke
masa. Menurut mereka penilaian seperti ini dapat'
... to keep their services up-to-date
and ensure that they are effectively meeting the needs of their clients, professionals must
continually obtain pertinent evaluativefeedback.'
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai semula keberkesanan dan kejayaan program yang
ditawarkan melalui pendapat bekas pelajar Program Pendidikan Bahasa Melayu yang
bergraduat pada tahun 1998, 1999, dan 2000. Mereka sekarang sedang menjalankan tugas
4
di sekolah. Pendapat mereka itu dijuruskan kepada 4 bidang skop kajian, iaitu daripada
segi konteks, input, proses dan produk.
4.0 Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Bahasa Melayu yang ditawarkan kepada pelajar major. Untuk menilai keberkesanan
program ini beberapa soalan kajian telah dibina:
4.1 Sejauh manakah program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayuberjaya melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?
II
4.4 Sejauh manakah factor perkhidmatan sokongan program IjazahSarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu membantu menghasilkan guruBahasa Melayu yang berkesan?
4.2 Sejauh manakah kurikulum yang sediakan sesuai untuk melahirkan guruBahasa Melayu yang berkesan?
4.3 Sejauh manakah kaedahlbentuk instruksi di UPSI berjaya melahirkan guruBahasa Melayu yang berkualiti?
5.0 Literatur Kajian
5.1 Proses Latihan
Proses latihan guru di UPSI bermula daripada pengambilan pelajar. Pelajar
Program ini diambil melalui 3 cara yang telah ditetapkan Jabatan
Pendidikan Tinggi, iaitu Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM), Kes Khas dan Saluran Kedua. Ketiga-tiga kategori kemasukan ini
disyaratkan lulus Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) atau kelayakan yang
setara dengannya dan sekurang-kurangnya mendapat Kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM.
mendapat sekurang-kurangnya Prinsipal E dalam dua mata pelajaran lain,
I
Namun begitu, bagi memantapkan program ini, Fakulti telah menetapkan
syarat-syarat tertentu.
Bagi Calon STPM, mereka dikehendaki lulus sijil penuh STPM serta
memperoleh sekurang-kurangnya Prinsipal C dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu pada peringkat STPM. Selain itu, mereka juga disyaratkan
termasuk Pengajian Am. Calon Kes Khas terbuka kepada semua pelajar
diploma daripada mana-mana institusi atau organisasi kerajaan atau swasta
5
Saluran Kedua terbuka kepada guru Kementerian Pendidikan Malaysia
yang diiktiraf dengan mendapat Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT)
sekurang-kurangnya 2.80. Untuk melihat kesesuaian program diploma
yang diambil dengan program yang akan diambil, mereka disayaratkan
menghadiri dan lulus temu duga yang dianjurkan Fakulti Bahasa. Calon
yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan serta mempunyai
pengalaman sekurang-kurangnnya 5 tahun. Mereka juga perlu menghadiri
temu duga yang dianjurkan Fakulti Bahasa.
Sepanjang mereka mengikuti program ini sebagai guru pelatih, mereka
dibimbing dan diasuh selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara dan Falsafah Universiti. Dalam hal ini tiga komponen asas ilmu
keguruan, iaitu ilmu pengetahuan (IP), kemahiran (K) dan sahsiah (S)
diterapkan secara berhemah dan serentak kepada guru pelatih. Ilmu
pengetahuan bermaksud dua ilmu penting yang perlu dikuasai bakal guru
Bahasa Melayu, iaitu ilmu bahasa (linguistik) dan ilmu mengajar
dalam bidang sahsiah guru pelatih diwajibkan mengikuti kokurikulum.
Sebagai tambahan mereka digalakkan merancang dan menyertai kegiatan I
(pedagogi). Kedua-dua ilmu ini dikatagorikan di bawah skop akademik.
Kemahiran pula bermaksud kemahiran mengajar. Pada permulaannya guru
pelatih dibimbing dalam kelas-kelas pelajaran mikro dan makro. Kedua-
dua kelas ini diwujudkan bagi membantu pelajar menghadapi latihan
mengajar (Praktikum) yang dijalankan di sekolah yang dipilih. Manakala,
6
masyarakat yang diadakan di dalam dan diluar kampus. Secara teorinya
program latihan ini ditunjukkan dalam Gambar Rajah 1, di bawah:
BasilProsesMasuk
Proses Latihan
GuruTerlatil
Gambar Rajah 1
Rangka Latihan Program Ijazah Sarjanamuda PendidikanBahasa Melayu UPSI
7
Program latihan ini mengambil masa 3 tahun, tidak termasuk latihan
mengajar. Selepas mereka lulus akademik, kokurikulum dan praktikum
dengan mendapat sekurang-kurangnnya PNGK 2.00, mereka diiktiraf
sebagai guru siswazah terlatih.
II
5.2 Model Penilaian Program
Ada sekurang-kurangnnya 4 sebab mengapa sesuatu program itu dinilai.
Antaranya ialah (l ) untuk mengenal pasti keberkesanan program; (2)
untuk mendokumetasi objektif program yang telah tercapai; (3) untuk
menyediakan maklumat tentang perkhimdatan sedia ada yang bermanfaat
kepada staf dan pelanggan; dan (4) untuk membolehkan staf melakukan
perubahan yang dapat menambahkan keberkesanan sesuatu program
(Muraskin, 1 ?98). Penilaian program ini pula mempunyai pelbagai model
berdasarkan tujuan penilain tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji telah
memilih CIPP yang telah diperkenalkan oleh Stufflebean sekitar tahun
1980-an. Model ini didapati paling sesuai untuk menilai keberkesanan
Program Jjazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI. Model
CIPP (Context, Input. Process, Product) merupakan model penilaian yang
bertujuan untuk menilai sesuatu program dengan tujuan untuk menambah
baik program tersebut khususnya program-program yang ditawarkan
dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan manusia. Stufflebeam
(1985: 165) mengakui bahawa CIPP merupakan model penilaian yang
dapat menjadi alat (tools) bagi membantu menjadikan sesuatu program
lebih baik untuk manfaat manusia yang dimaksudkan.
5.3 Dapatan Kajian Penilain Program
Kepentingan penilaian program dapat dilihat 'daripada banyaknya kajian
yang dilakukan ke atas sesuatu program. Hal ini termasuklah kajian
8
�II
sistematik berjaya mengendalikan pengajaran di dalam bilik darjah dengan
terhadap keberkesanan pelaksanaan sesuatu program pendidikan. Kajian-
kajian yang dilakukan Ball (1987), Copley (1974) dan Siti Aisa (!9�:2;,:__:.;
Pone (1961) menunjukkan kepentingan latihan yang sistematik dalarr
pendidikan guru. Mereka membuat perbandingan antara guru yang
menerima latihan yang sistematik dengan guru yang tidak mengikuti
sebarang latihan. Mereka mendapati guru yang mempunyai latihan yang
berkesan. Klien dan Freeman (1987) melihat hubungan antara sahsiah
dengan tanggungjawah guru terhadap pelajar. Dalam kajiannya beliau
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sahsiah guru dengan
tanggungjawab professional mereka. Guru pelatih yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi lebih bertanggungjawab terhadap profesionnya
berbanding dengan rakan mereka yang rendah darjah keyakinan diri
mereka. Kajian Derrik (1971) pula menunjukkan kualiti individu dan
pencapaian akademik guru pelatih semata-mata tidak mencukupi untuk
9
menyediakan mereka menjadi guru berjaya. Kajian ini membuktikan pihak
sekolah mementingkan guru yang mempunyai kualiti yang berkaitan
dengan masyarakat sekitar. Ini bermakna guru pelatih perlu dibimbing
untuk melibatkan diri dalam program yang melibatkan masyarakat luar
kampus. Ini bertujuan menyediakan mereka sebagai ahli dalam komposisi
masyarakat sekolah yang Iebih besar, iaitu pelajar, guru, kerani, pengetua,
ketua panitia, guru penolong kanan, ibu bapa dan sebagainya.
Dalam proses menyediakan guru pelatih untuk mengajar di sekolah,
II
menunjukkan sebilangan besar guru pelatih yang mengikuti kursus kaedah
latihan kemahiran yang laksanakan semasa mereka menjalani latihan
seperti pengajaran mikro dan latihan mengajar (praktikum) sangat
mcmbantu. Malahan, kajian Simbo (1989), Hurgie (1976), Cooper (1980,
Allen (1980) dan Madika (1980) menunjukkan guru pelatih yang
didedahkan dengan pengalaman pengajaran mikro mempunyai perlakuan
pengajaran yang berkualiti tinggi semasa praktikum. Kajian ini juga
pengajian dapat berinteraksi dengan pelajar mereka dengan menggunakan
teknik pengajaran yang berkesan. Sekiranya pengajaran mikro tidak
didedahkanl kurang didedahkan kepada guru pelatih, hasil yang diperoleh
adalah sebaliknya (Allen dan Klerk, 1967).
5.4 Kerangka Teori
Kerangka teori kajian ini menggunakan model penilaian CIPP yang
dibentuk oleh Stufflebeam. Penilaian Konteks (context) ialah penilaian
yang akan dilakukan ke atas objektif program. Penilaian ini adalah untuk
10
melihat sejauh mana program yang dilaksanakan kepada pelajar itu
menepati matlarnat Falsafah Pendidikan Negara, visi dan misi UPSI, dan
dapat memenuhi keperluanlkehendak guru yang mengikuti pengajian di
UPSI. Penilaian input pula bertujuan untuk melihat sarna ada ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan pengajian dan praktikum yang dijalani
guru itu mencukupi dan relevan dengan keperluan guru di sekolah.
Penilaian proses (process) pula dimanfaatkan untuk melihat sarna ada
I�
I
terdapat kesesuaian daripada segi pendekatan, kaedah, strategi dan teknik
bagi menyampaikan ilmu kepada guru semasa mereka dilatih JI UllJ \ t:r:::.i li
ini. Manakala, bagi penilaian produk (product) pula, pengkaji akan
mendapatkan maklum balas daripada responden tentang penerimaan
pelajar, rakan sejawat, ketua dan pihak sekolah terhadap pengajaran dan
bimbingan yang diberi oleh responden dalam menyampaikan ilmu kepada
pelajar mereka. Rangka proses penilaian tersebut dapat dipaparkan seperti
dalam rajah di bawah:
INPUT
PengetahuanKemahiran
Sikap
NegaraUPSI
PerkuliahanKokurikulum
Gambar Rajah 2
Rangka Proses Penilaian Program Ijazah PendidikanBahasa MeJayu UPSI
11
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Reka bentuk ini
dipilih memandangkan kedudukan responden bertaburan di seluruh negara.
6.2 Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada semua bekas pelajar major Program
Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu yang telah bergraduat pada tahun
1998. 1999, dan 2000. Seramai 87 (30%) responden telah memberi
maklum balas dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut 35.6% terdiri
daripada responden lelaki dan selebihnya perempuan. Kebanyakan
responden kajian terdiri daripada ras Melayu (89.7%). Kelulusan Bahasa
Melayu responden tertinggi ialah pada peringkat STPM. Mereka tcrdiri
daripada 42.5% mendapat subsidiari dan 57.5% mendapat gred E. Rata
rata responden mendapat gred C5 dan C6 semasa peperiksaan SPM.
Dalam kajian ini juga, .kadar bilangan responden yang mengajar di bandar
harnpir sarna dengan kadar responden yang mengajar di luar bandar.
Masing-masing 36.8% dan 43.7%. Tingkatan yang diajar juga
menunjukkan terdapat sebaran yang agak sekata. Responden kajian ini
terdiri daripada 51.3% yang mengajar di tingkatan menegah rendah,
termasuk kelas-kelas peralihan dan selebihnya mengajar di tingkatan
menengah atas, termasuk mengajar tingkatan 6. Berdasarkan saluran
masuk responden, 61 orang lulusan STPM dan 26 saluran kedua atau
guru.
12
6.3 Alat Kajian
Alat kajian ini terdiri daripada satu set soal sclidik yang dinbahsuai
daripada soal selidik kajian peringkat sarjana pcndidikan bcnajuk
"Pendidikan Guru Matematik Sekolah Rendah : Persepsi Guru Lcpasan
dan Pensyarah Maktab Perguruan dan Guru Besar", oleh Noor Shah Saad.
Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian, iaitu
Bahagian 1: Mengandungi 15 butiran tentang biodata responden yang
terdiri daripada:
o Jantina
o Umur
o Bangsa
o Kelulusan akademik
o Kelulusan BahasaMelayu STPM
o Kelulusan BahasaMelayu SPM
o Jenis sekolah terkhir sebelum masuk ke UPSI
o Pengalaman mengajar
o Opsyen semasa di maktab perguruan (jika berkenaan)
o Lokasi sekolah
o Tahun dikumiakan ijazah
o Tingkatan tertinggi yang diajarkan sekarang
o Purata Nilai Gred Terkumpul (pNGK)
Bahagian II :Mengandungi 7 pemyataan yang berkaitan dengan objektif
program.
13
Bahagian III : Mengandungi 4 pemyataan yang berkaitan dengan
kurikulum program. Dalam bahagian ini dimuatkan nama kursus major,
kursus pendidikan, kursus universiti, praktikum dan kursus major yang
mirip kepada pendidikan.
Bahagian IV : Memuatkan 13 pemyataan yang berkaitan dengan
perkhidmatan sokongan yang dapat membantu pelajar mencapai objektif
program. Perkhidmatan ini datangnya daripada pensyarah, perpustakaan,
prasarana seperti komputer, penjadualan kursus dan tutorial.
Bahagian V : Mengandungi 11 pemyataan yang berkaitan dengan bentuk
pengajaran pensyarah.
Bahagian VI : Mengandungi 17 pemyataan yang berkaitan dengan hasil
(output) program ini.
Bahagian VII : Merupakan 8 soalan terbuka yang bertanyakan kekuatan
dan cadangan mereka bagi membaiki program ini.
Skala yang digunakan untuk mengukur respons responden bagi Bahagian I
ialah skala niminal dan skala ordinal.
Bagi Bahagian II hingga Bahagian VI ialah skala yang digunakan ialah
skala sela 5 tahap/peringkat, iaitu
1 = Sangat Tidak SetujuIPenting/Cukup
2 = Tidak SetujuIPenting/Cukup
3 = Kurang SetujuIPenting/Cukup
4 = SetujuIPenting/Cukup
5 = Sangat SetujuIPenting/Cukup
14
Kebolehpercayaan Item
Indeks kebolehpercayaan item yang digunakan ialah Alpha
Crombach. Ujian kebolchpercayaan yang dijalankan mcnunjukkan
indeks kebolehpercayaan soal selidik ini agak tinggi, iaitu 0.8314.
6.4 Pengumpulan Data
Soal selidik ini dihantar melalui pos kepada 262 responden yang telah
bergraduat pada tahun 1998, 1999 dan 2000. Nama dan alamat tcmpat
mengajar terakhir mereka diperoleh daripada pejabat Fakulti Bahasa.
Berserta dengan soal selidik itu juga disediakan sekeping sampul surat
bersetem beralamat penyelidik. Tujuannya untuk memudahkan responden
mengirim soal selidik yang telah dipenuhi semula kepada penyelidik.
Penyelidik menunggu selama 2 bulan bagi memastikan maklum balas
daripada responden dipulangkan kembali. Kira-kira 30% (87) soal selidik
telah dikembalikan yang terdiri daripada 12 responden lulusan 1998, 16
responden lulusan 1999 dan 58 responden lulusan 2000.
6.5 Penganalisisan Data
Data yang diterima diproses melalui 2 cara, iaitu melalui pemprosesan
komputer (Program SPSS) dan manual.
Pemprosesan Komputer
Bahagian yang terlibat dalam pemprosesan komputer ialah Bahagian I -
Bahagian VI. Bagi respons responden Bahagian 1 data dianalisis dengan
menggunakan peratusan dan kekerapan. Bahagian ini menjadi pemboleh
ubah tidak bersandar dalam kajian ini. Bagi respons responden Bahagian II
15
- Bahagian YI data dianalisis dengan menggunakan nilai min dan sisihan
piawai. Data-data tersebut dicari perbezaan min dengan menggunakan
ujian t dan ANOYA.
Proses Manual
Bagi data soalan terbuka, iaitu Bahagian VII dilakukan secara manual.
Data-data yang diperoleh dicatatkan satu persatu mengikut urutan soalan.
Data-data ini kemudiannya dikategorikan sesuai dengan soalan kajian.
Dapatan daripada data ini digunakan untuk memperkukuh dapatan ujian
statistik.
7.0 Dapatan Kajian
Dapatan kajian akan dilaporkan mengikut urutan soalan kajian yang telah dinyatakan
pada awal laporan ini. Setiap soalan kajian akan dihurai dengan lebih terperinci
berdasarkan tajuk-tajuk kecil seperti yang berikut:
•
Hurain secara keseluruhan,
Jantina responden,
lokasi sekolah tempat responden mengajar sekarang,
saluran masuk responden,
tahun dikurniakan ijazah, dan
tingkatan yang diajarkan responden sekarang.
•
•
•
•
•
16
Soalan Kajian I
Sejauh manakah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu berjayamelahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?
Bagi menjawab soalan ini dapatan kajian akan dihuraikan berdasarkan 3 subtajuk yang
telah ditanyakan kepada responden, iaitu aspek guru, aspek pengajaran dan pembelajaran,
dan aspek penerimaan sekolah. Aspek guru terdiri daripada item 1, 2, 3, 4, 5, 6. 8, 9, 11,
16 dan 17. Aspek pengajaran dan pembelajaran pula ditanya melalui item 7, 10, 14, dan
15, manakala aspek penerimaan sekolah pula terdiri daripada item 12 dan 13.
Huraian Keseluruhan
Secara keseluruhan, berdasarkan mm yang diperoleh didapati pencapaian objektif
program ini berada pada tahap hampir memuaskan. Min keseluruhan item yang ditanya
melalui soalan lima skala pemeringkatan menunjukkan hanya 9 daripada 17 item yang
diajukan mendapat 4.00 dan ke atas. Walau bagaimanapun, lebih 2/3 responden telah
memberi respons "Setuju" dan "Sangat Setuju" pada item-item tertentu yang melebihi
80%. Selainnya memberi respons antara 56% - 79%. Lihat Lampiran At
Kejayaan program ini yang ketara dapat dilihat daripada dapatan kajian subtopik
aspek guru. Daripada 11 item yang diajukan, 8 daripadanya memberi respons yang sangat
memuaskan. Hanya 3 item yang agak kurang memuaskan, iaitu item no. 3 (min 3.86),
item no. 4 (min 3.87) dan item no. 16 (3.84).
Kajian mendapati program ini kurang berkesan dalam menyediakan guru yang
pakar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta menepati kehendak sekolah.
Kajian ini mendapati bahawa guru yang dihasilkan kurang mahir dalam menguasai isi
17
kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu KBSM (min 3.70) dan aspek penilaian bahan
bantu mengajar (min 3.94). Namun begitu responden mengaku bahawa mereka cukup
mahir dalam menguruskan kelas (min 4.02), membuat refleksi pengajaran (min 4.03).
yakin menguruskan kelas (min 4.16), yamin melaksanakan pelbagai mendekatan dan
strategi pengajaran (4.32), dan peka terhadap isu-isu pengajaran bahasa (min 4.45).
Berdasarkan jawapan responden tentang penerimaan sekolah terhadap guru
Bahasa Melayu keluaran UPSI, kajian mendapati hal ini masih kurang memuaskan. Min
bagi kedua-dua item yang bertanyakan hal ini, iaitu "Guru Sentiasa Dirujuk Oleh Pihak
Atasan Bagi Menyelesaikan Masalah Yang Berkaitan Dengan Bahasa Melayu" dan
"Guru Diberi Kepercayaan Memegang Jawatan Penting Dalam Hal Yang Berkaitan
Dengan Mata Pelajaran Bahasa Melayu" berada dalam lingkungan 3.56 - 3.74.
Jantina
Berdasarkan jantina, secara keseluruhan Jadual 1 menunjukkan terdapat perbezaan nilai
min antara lelaki dan perempuan. Nilai min perempuan pebih tinggi (4.02) berbanding
dengan nilai min lelaki (3.92).
18