dapatan kajian keberkesanan kaedah
DESCRIPTION
keberkesanan kaedahTRANSCRIPT
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 21
4.0 DAPATAN KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN RASM UTHMANI DIAPLIKASI DI SEKOLAH RENDAH
PENGENALAN
Amalan pengajaran Tilawah Al-Quran telah menjadi sesuatu yang sebati
dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak Islam mula tersebar di Malaysia (Ahmad
1997). Kaedah halaqah di hadapan guru merupakan kaedah pembelajaran terawal
yang dijalankan di Malaysia (Abdullah 1995). Proses pendidikan yang menekankan
pembelajaran Al-Quran diteruskan walaupun pada zaman penjajah. Ini menunjukkan
keprihatinan masyarakat Islam kepada ajaran agama (Mohd Salleh 1992).
Berdasarkan kepada Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta
Pelajaran 1961, mata pelajaran Agama Islam diajar di semua sekolah yang
didaftarkan dan terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid beragama Islam
(Abdullah 1995). Maka pengajaran Tilawah Al-Quran tidak terkecuali daripada diajar
kepada pelajar sekolah yang termasuk dalam peruntukan 180 minit seminggu.
Sejak dahulu, amalan pengajaran al-Quran merupakan suatu yang sebati dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Guru berperanan membentuk pelajar agar menjiwai
al-Quran yang bermula dengan mengajar kemahiran membaca al-Quran. Justeru,
guru Pendidikan Islam mestilah mengetahui kaedah yang berkesan untuk melahirkan
pelajar yang dapat menguasai tilawah al-Quran dengan berkesan.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang persepsi
guru Pendidikan Islam, guru J-Qaf dan guru Kafa terhadap keberkesanan kaedah
pengajaran rasm uthmani dapat diaplikasikan di sekolah rendah.
Kajian ini dijalankan degan menggunakan soal selidik yang dibina oleh
pengkaji. Keseluruhan item yang ialah 15 item. Item-item ini digunakan untuk
mengenal pasti keberkesanan kaedah pengajaran rasm uthmani yang digunakan
oleh guru semasa sesi pembelajaran bidang tilawah al-Quran.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 22
DAPATAN KAJIAN
Responden kajian terdiri daripada 14 orang guru iaitu 13 orang guru wanita
dan 1 orang guru lelaki. Kebanyakan responden terdiri daripada guru j-Qaf.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, dapatan kajian menunjukkan kaedah
yang sering digunakan oleh guru Pendidikan Islam ketika mengajar tilawah al-Quran
ialah kaedah talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi’.
Menurut salah seorang responden yang ditemu bual, beliau menyatakan
kaedah-kaedah tersebut berkaitan antara satu sama lain. Semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran tilawah al-Quran, guru sering menggunakan kaedah-kaedah
tersebut untuk memastikan hasil pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Menurut
beliau lagi, kaedah talaqqi musyafahah digunakan semasa memulakan pengajaran.
Antara langkah yang dijalankan ialah guru akan membaca ayat dan murid akan
dengar dan lihat mulut guru. Kemudian, guru baca dan murid akan ikut.
Kaedah tikrar pula digunakan apabila guru menyuruh murid mengulang-ulang
ayat yang dibaca. Murid akan mengulang-ulang ayat sehingga dapat membaca
dengan fasih dan betul.
Manakala kaedah tasmi’ pula digunakan apabila guru ingin membuat
pengukuhan bacaan murid-murid. Murid-murid akan diminta secara individu untuk
memperdengarkan bacaan ayat di hadapan guru. Guru akan mengelaskan murid-
murid kepada tahap penguasaan bacaan ayat setelah mendengar bacaan murid
secara individu.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kaedah talaqqi musyafahah, tikrar dan
tasmi’ merupakan kedah yang berkean digunakan untuk pengajaran tilawah al-Quran
atau rasm Uthmani.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 23
Berkenaan dengan kaedah lain iaitu iqra’, qiraati, tadarus, imlai, hattawiah dan
baghdadi, ia lebih menjurus kepada teknik pengajaran tilawah al-Quran.
Berdasarkan salah seorang responden yang ditemu bual, beliau menyatakan
6 kaedah tersebut digunakan mengikut tahap murid. Antara perbandingan yang jelas
dinyatakan oleh beliau ialah kaedah iqra’ dan baghdadi. Menurut beliau, kaedah iqra’
sesuai digunakan untuk murid-murid yang celik akal. Mereka terus membunyikan
bacaan tanpa mengeja terlebih dahulu. Untuk pelajar yang celik akal, kaedah ini
mudah untuk dijalankan. Namun kaedah ini sukar untuk dilaksanakan kepada murid
yang lemah. Menurut beliau lagi, kaedah baghdadi adalah lebih berkesan digunakan
berbanding kaedah iqra’. Murid akan diperkenalkan huruf terlebih dahulu sebelum
membunyikan huruf. Hal ini lebih memudahkan murid untuk membaca ayat.
Sebahagian murid tidak mengenal huruf hijaiyah apabila kaedah iqra’ dipraktikkan.
Dapatan kajian menunjukkan kaedah qiraati, tadarrus, dan imlai tidak sesuai
digunakan untuk murid sekolah rendah. Manakala kaedah hattawiah hanya sesuai
digunakan untuk pelajar yang betul-betul lemah dalam membaca al-Quran. Guru
akan menulis semula ayat al-Quran dalam tulisan rumi dan menyuruh murid
membacanya.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa kaedah yang
paling berkesan untuk pengajaran rasm Uthmani ialah talaqqi musyafahah, tikrar dan
tasmi’. Kaedah-kaedah lain hanya sesuai dilaksanakan untuk murid-murid tertentu
sahaja.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 24
5.0 HURAIAN SURAH PILIHAN
SURAH AL-‘ADIYAT
PENDAHULUAN
Surah Al-'Adiyat terdiri atas 11 ayat dan tergolong surah makkiyah, surat ini
berada dalam urutan 100 dari urutan surat dalam Al-Qur’an, dan diturunkan
setelah surat Al-’asr.
Nama Al 'Aadiyat diambil dari kata Al 'Aadiyaat yang ertinya berlari kencang
yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
KANDUNGAN SURAH
Surah ini menjelaskan tentang qasam yang dilakukan Allah untuk
menegaskan pentingnya perkara yang disebutkan (1-7)
Cerita tentang tabiat manusia yang terpedaya oleh dunia dan cinta kepadanya
(8)
Motivasi manusia untuk sentiasa berbuat baik sehingga dirinya bersedia untuk
kembali kepada Allah dan menerima balasan yang baik pula. Bahawa setiap
manusia akan dibangkitkan dari kubur dan ketika isi dada mereka
ditampakkan (9-11).
HUBUNGAN SURAH
Hubungan Surah Al-'Adiyat dengan surah sebelumnya: Bahawa surat ini
Allah SWT mencela mereka orang-orang yang telah mencintai kehidupan
dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat dan tidak mempersiapkan diri
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 25
mereka untuk kehidupan akhirat itu dengan amal kebajikan sementara surah
sebelumnya bercerita tentang balasan atas perbuatan yang baik dan yang
buruk.
Hubungan Surah Al-'Adiyat dengan surah selepasnya: Bahawa pada
surah ini menerangkan tentang kejadian bahawa manusia akan dibangkit dari
kuburnya, sementara pada surah Al-Qari'ah menjelaskan tentang hari kiamat
yang merupakan aplikasi dari hari berbangkit. Sebagaimana pada akhir surah
dijelaskan bahawa segala tingkah laku manusia akan diceritakan oleh Allah
dan pada surah selepasnya. Allah memberikan balasan bagi masing-masing
perbuatan tersebut.
Al-’adiyat Ayat 1
ا �ح� ض�ب �ات� �ع�اد�ي و�ال
1. Demi [kuda] yang berlari kencang dengan termengah-mengah
Al-'Adiyat berasal dari kata kerja' ada yang bererti 'berlari, berderap, lari cepat-
cepat atau berlumba cepat'. Dhabhan bererti 'dengusan, suara termengah-
mengah kerana berlari terlalu cepat'. Kuda-kuda berlari kencang seolah-olah
menyerbu musuh. Hal ini juga berkenaan dengan serbuan kekuatan musuh
terhadap kaum muslim atau, jika tidak, serbuan kekuatan iman. Sebahagian
orang soleh menganggap ayat ini berkenaan dengan serangan nafs pada saat
berada di alam zikir yang tinggi.
Ayat pertama ini menjelaskan akan keistimewaan kuda itu dalam penyerbuan
mengejar musuh yang hebat dahsyat itu kelihatan bagaimana pentingnya
kenderaan atau angkatan berkuda (cavalerie).
Kuda-kuda itu dipacu dengan penuh semangat oleh yang menunggangnya,
sehingga dia berlari kencang sampai mendua, ertinya sudah sama derap
kedua kaki muka dan kedua-dua kaki belakang, bukan lagi menderap.
Sehingga berpadulah semangat yang menunggangnya dengan semangat
kuda itu sendiri; kedengaran dari sangat kencang dan jauh larinya, nafasnya
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 26
jadi termengah, namun dia tidak menyatakan susah, bahkan masih mahu
dihalau lagi.
Pada ayat pertama ini juga mengandungi al-qasam (sumpah) Allah pada
salah satu makhluknya iaitu seekor kuda.
Di dalam Al-Quran ada kata yang mengandungi erti sumpah yang disebut
Qasam.
Qasam (sumpah) dalam perkataan termasuk salah satu cara memperkuatkan
ungkapan kalimat yang diiringi dengan bukti nyata, sehingga lawan boleh
mengakui apa yang semula diingkarinya.
Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk
memantapkan dan mengukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa.
Qasam digunakan dalam kalamullah untuk menghilangkan keraguan,
melenyapkan salah faham, membina hujah, menguatkan khabar dan
menetapkan undang-undang dengan cara yang paling sempurna.
Qasam dalam Al-Qur’an
Aqsam adalah bentuk jamak dari qasam yang bererti al-hilf dan al-yamin,
yakni sumpah. Shighat asli qasam ialah fi'il atau kata kerja "aqsama" atau
"ahlafa" yang di muta'addi (transitif) kan dengan "ba" menjadi muqsam bih
(sesuatu yang digunakan untuk bersumpah) kemudian muqsam alaih, yang
dinamakan dengan jawab Qasam. Misalnya firman Allah dalam:
"Mereka bersumpah dengan nama Allah, dengan sumpah yang sungguh-
sungguh, bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati" (An-
Nahl: 38)
Ada tiga unsur dalam shighat qasam (sumpah) fi'il yang ditransitifkan dengan
"ba" muqsam bih dan muqsam alaih. Oleh kerana qasam itu sering digunakan
dalam perbualan maka ia ringkas, iaitu fi'il qasam dihilangkan dan dicukupkan
dengan "ba" kemudian "ba" pun diganti dengan "wawu" pada isim zahir,
seperti:
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 27
"Demi malam, apabila menutupi (cahaya siang)," (Al-Lail: 1)
Dan diganti dengan "ta" pada lafaz jalalah, misalnya:
"Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-
berhala," (Surah Al-Anbiya ': 57)
Namun qasam dengan "ta" ini jarang digunakan, sedang yang banyak
digunakan ialah "wawu".
Qasam dan yamin mempunyai makna yang sama. Qasam didefenisikan
sebagai "mengikat jiwa (hati) agar tidak melakukan atau melakukan sesuatu,
dengan suatu makna yang dipandang besar, agung, baik secara hakiki
mahupun secara I'tiqadi, oleh orang yang bersumpah itu, sumpah dinamakan
juga dengan yamin (tangan kanan), kerana orang Arab ketika sedang
bersumpah memegang tangan kanan orang yang diajak bersumpah.
Faedah Qasam dalam Al-Qur’an
Bahasa Arab mempunyai keistimewaan tersendiri berupa kelembutan
ungkapan dan beraneka ragam uslubnya sesuai dengan pelbagai tujuannya.
Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk
memantapkan dan mengukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa. Al-Quran
Al-Karim diturunkan untuk seluruh manusia dan manusia mempunyai sikap
yang bermacam-macam terhadapnya. Diantaranya ada yang meragukan, ada
yang mengingkari dan ada pula yang amat memusuhi, kerana itu dipakailah
Qasam dalam kalamullah guna menghilangkan keraguan, melenyapkan salah
faham, membina hujah, menguatkan khabar dan menetapkan undang-undang
dengan cara yang paling sempurna.
Jenis-Jenis Sumpah
Qasam ada yang nampak jelas, tegas dan adakalanya tidak jelas (tersirat)
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 28
1) Zahir, ialah sumpah yang didalamnya disebutkan Fi'il qasam dan muqsam
bih dan diantaranya ada yang dihilangkan fi'il qasamnya, sebagaimana pada
umumnya, kerana disempurnakan dengan huruf berupa "ba", "wawu" dan "ta".
Dan ada juga yang didahului "la nafy", seperti:
"Tidak sekali-sekali, aku bersumpah dengan hari kiamat. Dan tidak sekali-kali
aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (Al-
Qiyamah: 1-2)
2) Mudhmar, iaitu yang di dalamnya tidak dijelaskan fi'il qasam dan tidak pula
muqsam bih, tetapi ia ditunjukkan oleh "lam taukid" yang masuk kedalam
jawab qasam.
Dengan demikian .. Ayat 1 hingga ayat 5 surah al-adiyat Allah
bersumpah untuk meyakinkan manusia tentang hakikat kerugian besar yang
pasti akan dialami oleh mereka yang ingkar dan tidak bersyukur nikmat Allah.
Allah berhak bersumpah dengan apa sahaja dari salah satu makhluk-
Nya, namun manusia tidak boleh bersumpah kecuali dengan nama Allah
SWT.
Al-’adiyat Ayat 2
ا ق�د�ح� �ات� �م�ور�ي ف�ال
2. Dan yang memercikkan bunga api
Ini gambaran lain tentang serbuan. Sambaran percikan api boleh jadi
merupakan habuk nafs yang kering ketika percikan 'irfan (pengetahuan
langsung) menyalakannya.
Hal itu menunjukkan daya, kekuatan dan petunjuk. Kita dapat
merasakan dalam ayat ini suatu situasi perjuangan dan pertempuran,
pertembungan antara dua kekuatan yang berlawanan, pertembungan antara
iman (kepercayaan, keyakinan) dan kufur (penafian realiti).
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 29
Al-’adiyat Ayat 3
ا �ح� ص�ب ات� �م�غ�ير� ف�ال
3. Dan yang menyerang tiba-tiba di waktu pagi
Kata shubh, yang bermaksud 'fajar, pagi', di sini bererti membuka
wilayah musuh, membuka kegelapan dengan cahaya pagi, membuka
kegelapan batin kita dengan cahaya Allah.
Al-’adiyat Ayat 4
�ق�ع�ا ن �ه� ب ن� �ر� ث� ف�أ
4. Lalu menerbangkan debu
Para penyerang-yang menimbulkan percikan-percikan-mengaduk-aduk
debu yang sudah ada, kerana debu adalah adim (lapisan kerak bumi) yang
pertama, yang paling rendah, dan asal kejadian Adam. Penyucian jiwa mirip
dengan peluruhan debu dari tubuh, yakni, peralihan tubuh di dunia ini dan di
dunia akan datang.
Al-’adiyat Ayat 5
ج�م�ع�ا �ه� ب ف�و�س�ط�ن�
5. Lalu kuda-kuda itu menyerbu ke tengah kerumunan musuh
Tiba-tiba para penyerang ini mendapati dirinya di tengah-tengah musuh, di
tengah kerumunan. Seseorang boleh tiba-tiba berada di tengah wahm (ilusi)-
nya sendiri, bisikan hati dan nafs-nya. Ia boleh tiba-tiba mendapati dirinya
berada di tengah kerumunan orang-orang yang dianggapnya kufur. Tiba-tiba
dunia subyektifnya runtuh tanpa ada peringatan lebih dahulu.
Dinamisme dari apa yang digambarkan dalam ayat-ayat pertama ini
merupakan sesuatu yang boleh kita semua saksikan. Gambaran tersebut
menggambarkan serangan bersemangat yang mempunyai suatu tujuan, suatu
misi, di mana unsur-unsur pokok muncul, yakni percikan api dan debu,
kemudian pergerakan ke tengah-tengah, dan pelepasan nafas yang
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 30
penghabisan, kerana termengah-mengah dan sesak nafas, yang disebabkan
oleh semangat. Tiba-tiba kita diberikan suatu pandangan kaleidoskopis (yang
berubah-ubah dengan cepat) tentang apa yang dapat kita saksikan dari
pelbagai peristiwa luar di dalam hati kita. Panorama dari pelbagai peristiwa
dan perbuatan di dunia lahir merupakan cermin dari apa yang berlaku dalam
batin.
Lalu tiba-tiba kita sampai pada alam manusia, sifat dasarnya yang
dapat dilihat dan tidak dapat dilihat yang boleh kita selidiki, perhatikan, dan
renungkan agar kita dapat melampaui apa yang terdekat kepada kita, yakni, di
luar kecenderungan-kecenderungan kita yang semula jadi dan rendah.
Allah menggunakan sumpah dengan menyebut binatang kuda, kerana
ia memiliki sifat-sifat terpuji berbanding binatang lain, kerana kuda merupakan
kemudahan perang terbaik ketika itu, dan bahkan merupakan corong suatu
sikap terpuji seperti cekap, cepat dan tangkas. Kerana itu juga merupakan
pelajaran bagi orang beriman untuk memperhatikan sisi tarbiyahnya dan
melatih diri sentiasa berjihad di jalan Allah, membiasakan diri terhadap urusan
yang penting dan mempunyai kesungguhan, inovasi dan ketangkasan dalam
berbuat.
Al-’adiyat Ayat 6
�ود' �ن �ك ل *ه� ب �ر� ل ان� �نس� اإل� �ن- إ
6. Sesungguhnya manusia tidak bersyukur kepada Tuhannya!
Kecenderungan yang paling lazim pada manusia adalah kunud, yang
bermaksud 'tidak ada rasa syukur'. Manusia mengingkari rahmat, kasih
sayang, dan nikmat Allah. Itu memang sifatnya kerana dalam dirinya ada
benih ketidak-bergantungan yang menggemakan sifat Allah, Yang Sama
Sekali Tidak Bergantung. Dalam kesombongannya manusia menganggap
dirinya bebas, suatu pemikiran yang sesat mengenai aspek Ilahiah.
Al‘-’adiyat Ayat 7
ه�يد' ل�ش� �ك� ذ�ل ع�ل�ى -ه� �ن و�إ
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 31
7. Dan sesungguhnya ia menjadi saksi langsung atas hal itu.
Namun, pada manusia ada sesuatu yang lebih dalam dari rasa tak
bersyukur, yakni kesedaran akan kesedaran, dan hal ini menjadikan dia
sebagai saksi atas dirinya sendiri dalam situasi tersebut. Manusia sendiri
adalah saksi untuk dirinya sendiri ketika dalam keadaan tidak bersyukur.
Penyaksian ini tidak boleh berlaku kalau tidak ada sesuatu yang sudah ada
dalam dirinya yang bahkan lebih tinggi dari nafs, atau dengan kata lain, kalau
nafs yang tinggi tidak menerangi nafs yang rendah. Nafs yang rendah
menyangkal, meragukan, bermuka dua, dan berubah warna sesuai dengan
keadaan, sedangkan kesedaran yang tinggi menerangi kesedaran yang
rendah. Cahaya ilmu pengetahuan sudah ada dalam diri manusia, tapi ia
harus membiarkannya memantul dalam mata batinnya, agar ia dapat melihat
dengan jelas. Yang dilihat manusia bergantung pada mata yang
digunakannya untuk melihat, apakah menggunakan mata nafs yang rendah
atau menggunakan mata batinnya yang tinggi.
Ayat 6 dan 7 menegaskan bahawa: Sesungguhnya jenis manusia secara
umum, dan lebih-lebih yang derhaka, sangat kikir, dan ingkar terhadap Tuhan
yang memelihara dan sentiasa berbuat baik kepadanya; dan sesungguhnya
manusia itu secara peribadi menjadi saksi atau menyedari dirinya bahawa dia
memang demikian, yakni kikir dan derhaka. Dia kikir dan derhaka
Al‘-’adiyat Ayat 8
د�يد' ل�ش� �ر� ي �خ� ال �ح�ب* ل -ه� �ن و�إ
8. Dan sesungguhnya ia sangat teguh dalam kecintaannya terhadap harta.
Sifat manusia memang ingin 'terikat' pada hal yang baik-syadid (kukuh, kuat)
berasal dari syadda, yang bermaksud 'mengetatkan, mengikat'. Ia mencintai
hal yang dianggapnya baik, walaupun yang kelihatan baik bagi dia saat ini
mungkin tidak baik baginya kerana cintanya kepada al-Khair (harta) *)
meluap-luap dan berlebih-lebihan.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 32
Harta dinamakan khair (baik)-oleh ayat di atas-untuk mengisyaratkan bahawa
ia harus diperolehi dengan cara yang baik dan digunakan untuk tujuan
kebaikan. Ia juga mengisyaratkan bahawa harta benda adalah sesuatu yang
baik; semakin banyak ia semakin baik. Yang menjadikan harta tidak baik
adalah kecintaan yang berlebihan terhadapnya yang menghantar seseorang
bersifat kikir, atau menggunakannya bukan pada tempatnya.
Al‘-’adiyat Ayat 9
�ور� �ق�ب ال ف�ي م�ا �ر� �ع�ث ب �ذ�ا إ �م� �ع�ل ي ف�ال�� أ
9. Apakah ia tidak mengetahui, tatkala apa yang ada dalam kubur
dibangkitkan
Manusia selalu mencari perlindungan dan kesenangan, dan juga ingin
dibiarkan sendiri dengan nilai-nilainya. Ayat ini bertanya kepada kita, 'Apakah
manusia tidak menyedari bahawa apa yang tersembunyi dalam hati, apa yang
tersembunyi dalam kubur, akhirnya akan keluar?' Akhirnya kita semua akan
dikeluarkan dari kubur-kubur kita, dan yang sekarang tersembunyi dalam hati
akan didedahkan dalam kehidupan mendatang. Apa pun yang ditanam atau
disembunyikan akhirnya akan terungkap.
Al‘-’adiyat Ayat 10
الص<د�ور� ف�ي م�ا و�ح�ص*ل�
10. Dan apa yang ada dalam dada akan ditampakkan.
Hashala bererti 'disamping, jelas'. Apa yang tersembunyi dalam dada
akan ditampakkan dan menjadi jelas. Penampakkan ini boleh terjadi sekarang
jika kita sungguh-sungguh ingin mengetahui apa yang ada dalam hati kita.
Tujuan kewujudan ini adalah mencapai kesatuan, menyatukan yang ada
dalam hati kita dengan perbuatan kita, melalui kejelasan dan kesedaran.
Ayat 9 dan 10 meneruskan kecaman surah ini melalui satu soalan, iaitu:
"Maka jika demikian itu halnya manusia yang kikir dan durhaka, apakah dia
tidak mengetahui apa yang akan dialaminya apabila dibongkar dengan mudah
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 33
apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan serta dipisahkan apa yang ada di
dalam dada dari kebaikan dan keburukan? "
Al‘-’adiyat Ayat 11
�ير' ب -خ� ل Aذ� �و�م�ئ ي �ه�م� ب -ه�م ب ر� �ن- إ
11. Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itn akan benar-benar mengetahui
mereka.
Hari ketika penyatuan atau pembukaan itu berlaku akan menjadi hari
polisi Tuhan kita. Ketuhanan adalah hal yang mengiringi kita kepada tauhid,
kepada keesaan. Untuk mendapatkan hikmah dari pengalaman kita dalam
kehidupan ini kita harus yakin bahawa apa pun yang ditakdirkan juga akan
terungkap dan terang dalam pengetahuan sempurna Tuhan kita.
Penutup surah ini menegaskan hakikat yang tidak boleh dilupakan oleh
sesiapa pun iaitu: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sikap dan aktiviti
seluruh makhluk. Pengetahuan-Nya itu akan jelas kelihatan oleh semua
makhluk termasuk mereka yang kikir dan derhaka itu, lebih-lebih pada hari
dibongkarnya segala sesuatu di dalam kubur.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 34
Pengajaran yang dapat dipetik
1. Kekikiran adalah sifat buruk yang diakibatkan oleh cinta yang berlebihan
terhadap harta.
2. Kesaksian manusia terhadap kekikirannya boleh terjadi di dunia, pada saat
dia disentuh oleh kesedaran tentang buruknya kekikiran, kerana kadar tentang
keburukan kekikiran adalah fitrah manusia dan bersifat universal. Namun,
yang pasti kesaksian tersebut berlaku selepas kematiannya pada saat dia
menyedari bahawa harta yang ditinggalkannya tidak berguna baginya lagi dan
kedurhakaan telah menghantarnya kepada siksa.
3. Mencintai harta adalah naluri manusia sehingga dibenarkan agama. Yang
dikecamnya adalah cinta yang meluap-luap terhadap harta, kerana itu
berpotensi menjadikan seseorang lupa daratan sehingga mengabaikan nilai-
nilai agama dan budaya.
4. Segala yang dirahsiakan akan tebongkar di Hari Kemudian. Itu
diilustrasikan seperti keadaan seorang yang membuka peti ketika mencari
sesuatu dengan tergesa-gesa. Keadaan serupa dalam bentuk yang lebih
besar dan serius kelak akan berlaku di dalam kubur. Di sana, dibongkar dan
dicari segala sesuatu disertai dengan tergesa-gesa membongkar serta
kegelisahan siapa yang dibongkar isi hatinya untuk ditemui detik-detik
jantungnya serta apa yang terdapat dalam bawah sedarnya.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 35
SURAH AL-TAKASUR
1. Bermegah-megahan Telah melalaikan kamu, 2. Sampai kamu masuk ke dalam
kubur. 3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
4. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. 5. Janganlah begitu, jika
kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, 6. Nescaya kamu benar-benar
akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan
melihatnya dengan 'ainul yaqin. 8. Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu
tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu) . 1 QS. Al-Takatsur:
1-8
Firman Allah swt:
(Bermegah-megahan telah melalaikan kamu)
Ibnu Katsir berkata: Allah swt menegaskan bahawa cinta dunia, kenikmatan yang
ada padanya dan kemegahannya telah menyibukkan kamu dari berusaha
menggapai bekal di akhirat. Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut
menjemputmu lalu engkau berada dalam liang kubur dan menjadi penghuninya. 2
Tafsir Ibnu Katsir: 4/44
Dari Mutharrif dari bapanya dari Abdullah bin Syikhir ra berkata: Aku mendatangi
Nabi saw dan beliau sedang membaca:
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 36
Beliau bersabda: Anak Adam berkata: Hartaku, hartaku, maka Allah berkata
kepadanya: Wahai anak Adam apakah engkau mempunyai dari hartamu kecuali apa
yang telah engkau makan lalu habiskan, atau apa yang telah engkau pakai lalu
menjadi rosak dan apa yang telah engkau sedekahkan lalu diberikan balasan
dengannya. Pada sebuah riwayat disebutkan: Dan apa-apa yang selain itu, maka
dia pergi dan meninggalkannya untuk orang lain ". 3 Shahih Muslim: 4/2273 no: 2958
Dan firman Allah yang mengatakan:
(Sampai kamu masuk ke dalam kubur). Ibnu Qoyyim berkata: Dan menjadikan
destinasi terakhir perjalanan hidup manusia adalah melalui alam kubur bukan
kematian, hal ini menunjukkan bahawa manusia tidak tinggal selamanya dan
menetap di dalam kubur. Manusia (di alam kubur) sebagai orang yang datang
menziarahinya, sama orang yang datang melawat sebuah tempat lalu pergi
berganjak darinya, sebagaimana kewujudan mereka di dunia sebagai tetamu,
orang yang tidak menetap di dalamnya. Dan tempat menetap ialah syurga atau
neraka ".4 Tafsir Ibnul Qoyyim: laman: 513
Dan firman Allah swt yang mengatakan:
(3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), 4.
Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.).
Maksudnya adalah janganlah memperbanyak harta tersebut melalaikanmu dari
mentaati Allah, dan kamu pasti akan mengetahui akibat kelalaian kamu akibat
berlumba-lumba dalam mengumpulkan dunia. Perkataan yang sama diulang-ulang
bagi mengukuhkan penegasan. Sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama tafsir.
Ibn Qayyim berkata: Dikatakan pengulangan di atas bukanlah sebuah penegasan,
akan tetapi pengetahuan yang pertama pada saat seseorang melihat kematian
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 37
secara nyata ketika maut datang menjemput, sementara pengetahuan yang kedua
pada saat seseorang dimasukkan ke dalam kubur. Ini adalah perkataan yang
diketengahkan oleh Al-Hasan dan Muqotil, serta diriwayatkan oleh Atho dari Ibnu
Abbas. 5 Tafsir Ibnul Qoyyim: laman: 515
Dan firman Allah swt yang mengatakan:
(Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin).
Maksudnya seandainya engkau mengetahui apa yang akan terjadi di hadapan
kalian dengan pengetahuan yang terhunjam di dalam akal dan hati kalian
nescaya tidak mungkin bagi kamu dilalaikan oleh bermegah-megah mengejar
dunia ini. Justeru kamu akan berlumba-lumba dalam beramal soleh, namun
kerana kamu tidak mengetahui dengan pengetahuan yang sebenarnya akhirnya
kamu terjerumus ke dalam keadaan kamu sekarang ini.
Firman Allah swt:
6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya
kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin.
Ini adalah sumpah dari Allah Ta'ala bahawa para hambaNya baik yang beriman
dan yang kafir akan menyaksikan api neraka dengan mata kepala mereka sendiri,
kemudian Allah mempertegas realiti tersebut dengan menyatakan berita tersebut
benar dan akan terjadi, dan mereka akan melihat neraka dengan sebenarnya
sehingga saat itulah mereka benar-benar yakin dengannya dan tidak diragui
lagi,akan tetapi Allah akan menyelamatkan orang-orang yang beriman dari
kepedihan seksanya dan Allah swt menjadikan orang-orang beriman melihat neraka
tersebut agar mereka mengetahui kurnia Allah yang telah menyelamatkan mereka
dari azab neraka. Allah swt berfirman:
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 38
71. Dan tidak ada seorang pun dari padamu, melainkan mendatangi Neraka itu.
hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. 72. Kemudian
kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-
orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. QS. Maryam: 71-72
Kemudian firman Allah yang mengatakan:
Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang
kamu megah-megahkan di dunia itu).
Maksudnya adalah Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat tentang
nikmat-nikmat yang telah dikurniakannya kepada kalian, seperti rasa aman,
kesihatan, diberikan pendengaran dan penglihatan serta afiat dan apa yang makan
oleh manusia juaga apa yang diminumnya, apakah kalian telah mensyukurinya dan
menunaikan hak Allah padanya, dan tidak menjadikan kenikmatan tersebut sebagai
saranan untuk bermaksiat kepada Allah atau kamu terpedaya dengan nikmat
tersebut dan tidak mensyukurinya sehingga Allah menyeksa kamu dengannya.
Dari Abu Hurairah ra berkata: suatu hari atau suatu malam Rasulullah saw keluar
menuju suatu tempat, dan tiba-tiba beliau bertemu dengan Abu Bakr dan Umar, lalu
beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu keluar dari rumah kalian pada
saat seperti ini. Mereka berdua menjawab: Kami keluar kerana lapar wahai
Rasulullah. Maka Rasulullah saw bersabda: Demi yang jiwaku berada di tanganNya
sesungguhnya aku keluar dengan sesuatu yang menyebabkan kamu keluar dari
rumah kalian berdua, marilah pergi bersamaku. Maka mereka pun bangkit pergi
bersama Rasulullah saw lalu mendatangi rumah seorang dari kaum Ansar, namun
dia tidak berada di dalam rumahnya, lalu ketika isterinya melihat kedatangan Nabi
saw bersama sahabatnya dia berkata: Selamat datang, maka Rasulullah saw
berkata kepadanya: Di manakah si fulan?. "Dia pergi mencarikan kita air bersih".
Kata sang isteri. Tiba-tiba sahabat dari suku Ansar yang ditunggu-tunggu itu pun
datang, lalu dia melihat Rasulullah saw dan kedua-dua sahabat beliau sedang
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 39
bertamu di rumahnya lalu dia berkata: "Al-Hamdulullah, pada hari ini tidak seorang
pun yang mendapatkan tetamu yang lebih mulia dari tetamuku. Perawi berkata:
Maka dia pun datang membawakan untuk mereka setangkai kurma yang di
dalamnya terdapat kurma yang matang dan ada yang muda. Lalu sahabat Ansar
tadi menawarkan: Makanlah ini, lalu tuan rumah itu mengambil pisau (untuk
menyembelih kambing). Maka Rasulullah saw bersabda: "Berikanlah kita kambing
yang sudah tidak diperah susunya ". Maka dia menyembelih kambing tersebut dan
mereka pun makan dagingnya, kemudian mereka minum, pada apabila mereka
sudah kenyang dan dahaga telah hilang, maka Rasulullah saw berkata kepada Abu
Bakr dan Umar ra: Demi yang jiwaku berada di tanganNya, kamu pasti akan ditanya
tentang nikmat ini pada hari kiamat. Kalian keluar dari rumah kalian dalam keadaan
lapar lalu selepas kalian tidak pulang kembali kecuali setelah mendapat nikmat ini ".6
Shahih Muslim: 3/1609 no: 2938
Imam Nawawi berkata ketika menjelaskan hadis ini: Soalan-soalan tentang nikmat di
sini maksudnya adalah soalan yang bersifat pengiraan terhadap nikmat dan notis
akan besarnya kurniaan, menampakkan sifat kedermawanan dan sempurnanya
pemberian Allah, bukan soalan untuk mencela, mengecam dan menghisab. 7
Syarhun Nawawi: 5/214
Adapun terhadap orang-orang kafir, maka soalan tersebut sebagai celaan,
kecaman dan pengiraan nikmat Allah atas mereka. Dari Abi Barzah Al Aslami ra
bahawa Nabi saw bersabda: Tidak akan melangkah kedua kaki seorang hamba pada
hari kiamat sehingga dia akan ditanya tentang umurnya pada apakah dia habiskan,
tentang ilmunya apakah yang telah diusahakan dengan ilmu tersebut, tentang
hartanya dari manakah dia dapatkan dan ke manakah disalurkan dan tentang
badannya pada apakah dipergunakan ".8 Sunan Tirmizi: 4/612 no: 2416 dan dia
berkata: hadis hasan sahih.
Dari Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala akan
berkata kepada hambaNya pada hari kiamat: Tidakkah aku telah memuliakanmu dan
menjadikanmu sebagai pemimpin atas orang lain?, tidakkah Aku menikahkanmu dan
menundukkan bagimu kuda dan unta sebagai kemudahan hidup dan membiarkan
hidup sebagai pemimpin dan memanfaatkan segala kemudahan hidup ". Maka
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 40
hamba tersebut mengatakan: Benar!, Lalu Allah kembali bertanya kepadanya:
Adakah engkau pernah berfikir bahawa engkau akan menghadap kepada diriKu?.
Hambd tersebut menjawab; Tidak!, Maka Allah kembali bertanya kepadanya:
Sungguh Aku melupakanmu sebagaimana engkau melupakan Aku ".9 Bagian dari
hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab shahihnya: 4/2279 no:
2968
Dari Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya
perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah terhadap seorang hamba, iaitu dia
akan ditanya tidakkah aku telah menjadikan badanmu sihat dan menjadikan kamu
kenyang dengan air yang sejuk ".10 Mustadrokul hakim: 4/154 no:7203 dishahihkan
oleh Al-Albani di dalam kitab silsilah ash-shihah: 2/76 no:539
Ibnu Qoyyim berkata: Sungguh dia adalah surah Al-Qur'an yang sangat
agung, nasihat dan peringatan yang sangat tepat, kalimat yang yang terdapat dalam
kalam tersebut sangat kuat dalam mengarahkan seseorang untuk berorientasikan
akhirat dan hidup zuhud di dunia dengan kalimah yang begitu singkat, lafaz yang
lugas dan susunan kalam yang indah. Sungguh Maka Tinggi Zat yang berbicara
dengan kalam tersebut dan RasulNya telah menyampaikannya sebagai wahyu ".11
Al-Tafsir al-Qoyyim: halaman: 523
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 41
PENGAJARAN DARI SURAH AT-TAKASUR
1. Mengecam manusia yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan
dengan tujuan bermegah-megah.
2. Menerangkan bahawa setiap nikmat yang dikurniakan kepada manusia itu akan
ditanya pada hari Qiamat
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 42
6.0 PERSEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
القرءان هارين ڤڠاجرن رانچڠن تالوة
2012مچ 19تاريخ :
ثالث : هاري
ڤتڠ 6.20ڤتڠ – 5.20ماس :
زيتون 3كلس :
ڤالجر. : اورڠ 25بيل
ا : سوره مڠحفظ دان ممباچ القرءان تالوة ڤالجرن لتكاثور﴿مات ﴾أوبجيكتيف :
- ا. سوره ايات ايات ممباچ داڤت موريد لتكاثورا .
- ا. سوره ايات ايات مڽوسون داڤت موريد لتكاثوراا .
ا. سوره ايات ڤوتوڠن مڽوسون داڤت موريد لتكاثورااا .
ا. سوره دالم مد حكوم مڠيكوت ممباچ داڤت موريد لتكاثورۏا .
يڠ. كلمة منوليس دان مڠسن داڤت موريد شده ميم دان نون حروف مڠاندوڠيۏ .
ا : سوره ممڤالجري تله موريد اد سديا اللو لعصرڤڠتاهوان يڠ ڤمبالجرن ڤڠاجرن دالم .
ا : سوره باچان مڠمالكن اونتوق برسماڠت صلاة لتكاثوركونسيڤ دلم .
سوره : اچت التكاثورباهن ايمباسن، كاد ،
: نيالي
سوره- .1 مڠحفظ سوڠڬوه التكاثوربرسوڠڬوه .
باءيق .2 يڠ باچان دن حفظن مڠوساءي ونتوق .برعزمالقرءان .3 ممباچ سبلوم بروضوء دڠن ديري كبرسيهن ممليهارا .سنتياس
4. - الين يڠ سوره سوره مڠحفظ .بروسها
ميندا .5 منچردسكن سوره مڠحفظ .باڽق
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 43
چاتتن ڤمبالجرن ڤڠاجرن يتي ۏاكتي ڤالجرن ايسي ماس
موريد يتي ۏاكتي ڬورو يتي ۏاكتي
كلس كتوا
ڤرانن مماءينكن
موريد مڠارهكن
دان باڠون
دڠن برديري
ديسيڤلين .ڤنوه
مالكوكن ڬورو
ممباچ يتي ۏاكتي
مڠوچڤ دان دعا
شاهده كلمة دوا
- موريد برسام
.موريد
برديري موريد
سالم، منجواب
دعا، ممباچ
دوا مڠوچڤ
شاهده،دان كلمة
ڤرتاڽا نءمنجواب
يقين، دڠن ڬورو
مسرا .دان
موريد مڠاجق
سام- برسام
دعا، ممباچ
دوا مڠوچڤ
شاهده .كلمة
جواب، برسؤال
خبر .برتاڽ
منونجوقكن ڬورو
ڬلڠ سأوتس
دويت دان امس .
جواب برسؤال
تنتڠ موريد دڠن
.هرتا
دڠن مڠايتكن
ڤالجرن تاجوق
التاكثور سوره .
مڠومڤول
دان فوكوس
موريد مينت
ڤالجرن .ترهادڤ
حاصيل مڠايتكن
جواب سؤال
ايسي دڠن
.ڤالجرن
1﴾ كامو يڠ اڤ
ليهت؟
ايندوك سيت
سي
مينيت 5
منايڠكن ڬورو
ڤالجر كڤد سليد
.
دڤيليه يڠ موريد
ايات كاد ممڬڠ
منونجوقكن دان
ڤالجر سموا .كڤد
ممڬڠ يڠ موريد
ممباچ ايات كاد
سام- برسام
مڠولڠ الين ڤالجر
كالي .تيڬ
مماڤركن ڬورو
دان ايات كاد
موريد ممينتا
سبوتن مڠولڠ
.باچان
ممڤردڠركن
يڠ باچان سبوتن
. بتول
﴿ 1ارس .﴾
سوره ممباچ
الكافيرون
سام- برسام
سچارا
.كسلوروهن
دمي ايات ممباچ
.ايات
ڤركمبڠن
1لڠكه .
مينيت 15
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 44
كاد منمڤل موريد
ڤاڤن د ايات
.ڤوتيه
مميليه ڬورو
سأورڠ ساله
كاد ممڬڠ موريد
منمڤل دان ايات
ڤوتيه ڤاڤن .د
مڽبوت ڬورو
دان ايات باچان
موريد ممينتا
مڠيكوت
راماي- براماءي
ممباچ التيهتوبي
بتول دڠن ايات
. برتجويد دان
مڠيكوت موريد
مڽبوت ڬورو
ايات باچان
فوكوس ممبري
كلمة كڤد كڤددان ڤنجڠ باچن
باچان كلمة
.جلس
ايات كاد
ممباچ موريد
سچارا سموال
توبي .التيه
ممباچ موريد
يڠ كلمة
اوليه دتونجوقكن
مريك .راكن
مڽبوت موريد
كلمة كالي برولڠدتونجوقكن يڠ
يڠ سبوتن دڠن
.فصيح
ممينتا ڬورو
ممباچ موريد
يڠ كلمة
دالم دتونجوقكن
ايمباسن .كاد
منجمڤوت ڬورو
ڤالجر سأورڠ
كاد ممڬڠ
دان ايمباسن
يڠ كلمة مڽبوت
.دڤڬڠڽ
مڽوسون
ايات ڤوتوڠن
اوروتن مڠيكوت
بتول .يڠ
حروفمڠنلڤستي
برتندا يڠ نون
.شده
حروفمڠنلڤستي
شده برتندا يڠ م ،
كلمة مڠنلڤستيدڠن دباچ يڠ
2لڠكه
مينيت 20
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 45
ڤوتوڠن كاد
.ايات
منجواب موريد
ڬورو سؤالن
قدر مڠناءي
باڬي ڤنجڠ باچان
دباچ يڠ كلمة
مريك .اوليه
منجواب موريد
ڬورو سؤالن
يڠ كلمةمڠناءي
حروف مڠاندوڠي
ميم دان نون
سبوتن شده اتاو
كلمة باڬي جلس
اوليه دباچ يڠ
.مريك
مڠڬوناكن ڬورو
التيهتوبي قاعده
كڤد ڤڠولڠن دان
.ڤالجر
ممينتا ڬورو
مڽبوت ڤالجر
يڠ كلمة
اوليه دتونجوقكن
مريك .راكن
منرڠكن ڬورو
يڠ كلمة ڬورو
حروف مڠاندوڠي
ميم دان نون
.شده
جلس .سبوتن
ڤوتوڠن كاد
.ايات
كرجا .لمبارن
ممبري موريد
دان ريسڤون
ترهادڤ جواڤن
يڠ سؤالن
اوليه كاكدكمو ن
.ڬورو
كاد مموريد مڬڠ
ايات ڤوتوڠن
اللو
كڤد منونجوقكن
موريد- موريد
سمبيل الين
ڤوتوڠن ممباچ
ممينتا ڬورو
ممباچ موريد
ڤيليه د يڠ .ايات
ممينتا ڬورو
ممڬڠ موريد
ايات ڤوتوڠن
مڽوروه دان
منونجوقكن
ايات ڤوتوڠن
الين موريد كڤد
مڽبوتڽ .دان
مڽوروه ڬورو
مڽوسون
ايات ڤوتوڠن
دان بتول دڠن
يڠ ايات منجادي
.سمڤورنا
3لڠكه
مينيت 15
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 46
دڤڬڠڽ يڠ .ايات
مڽبوت - موريد
.راماي
دڤن ك دمينتا موريد سأورڠ
كلمة مڽوسون ونتوق يڠ يدامنج ايات
.لڠكڤ
منداڤتكن موريد
دان لمڤيرن
مڠيكوت كلمة مڠكلسكن
هركت دوا بيلڠن
هركت ليما دان
باچان كلمة سرتا
.جلس
موريد سأورڠ
مڽوسون الين
مڠيكوت ڤوتوڠن
يڠ سوسونن
.بتول
مڠيدركن ڬورو
كڤد لمڤيرن
دان- موريد موريد
يڠ اڤ منرڠكن
- موريد مريد ڤرلو
او توقنالكوكن
سؤالن منجواب
دالم ترداڤت يڠ
.لمڤيرن
دالكوكن يتي ۏاكتي
ڤنيالين اونتوق
دان سموال
سرتا ڤڠوكوهن
ڬنجرن .دبري
ممباچ موريد
التكاثرسوره
سچارا
كسلوروهنڽ
راماي- .براماءي
ممينتا ڬورو
مڽبوت موريد
باچان سموال
سوره- ايات ايات
لتكاثورا .
ڤنوتوڤ
مينيت 5
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 47
REFLEKSI
Pada bulan Julai yang lalu, semua pelajar unit K 19 telah diberi satu tugasan
berkaitan dengan Pendidikan Al-Quran Sekolah Rendah. Tugasan tersebut
merupakan tugasan individu. Antara tugasan yang perlu dilaksanakan ialah
menyediakan adab-adab membaca al-Quran mengunakan peta minda,
menerangkan kaedah-kaedah penulisan ayat al-Quran Rasm Othmani secara grafik,
menjelaskan keberkesanan kaedah pengajaran Rasm Othmani dapat diaplikasikan
di sekolah rendah, menghuraikan dua surah yang dipilih dalam sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan menghasilkan persediaan mengajar harian
mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan
dengan Pendidikan Al-Quran Sekolah Rendah. Selain itu, saya dapat mengetahui
kaedah yang berkesan yang perlu digunakan untuk mengajar bidang tilawah al-
Quran. Di samping itu, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai surah Al-‘Adiyat dan surah At-Takasur. Melalui tugasan ini,
saya dapat mendidik diri saya supaya lebih beradab dengan al-Quran.
P E N D I D I K A N A L - Q U R A N S E K O L A H R E N D A H ( P I M 3 1 0 3 ) | 48
Saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,
saya berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua orang.
InsyaAllah.
BIBLIOGRAFI
Aimi bin Hamzah, Z. b. (2004). Pendidikan Islam Tahun 3. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Qutb. (1986). Tafsir Fi Zilalil Quran. Kelantan: Dewan Darul Naim Sdn Bhd.
Abdul Qadir Leong (2009). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh (2011). Kurikukulum, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan
Islam, Edisi Kedua, KPLI Pengajian Islam & j-Qaf. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.