ke eppellbba agga aiiaann abbuuddaayya …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/dce3418 modul pembelajaran...
TRANSCRIPT
KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII
((MMuullttiiccuullttuurraalliissmm iinn OOrrggaanniizzaattiioonn))
((DDCCEE33441188))
MODUL PEMBELAJARAN
Assoc. Prof. Dr. Azizan Asmuni
Department of Professional Development & Continuing Education (JPPPL)
Faculty of Educational Studies,
Tel: office: 03-89467901 hp:019-2196581 [email protected] [email protected]
September 2016
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
2
NAMA KURSUS : KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI
(Multiculturalism in Organization)
KOD KURSUS
: DCE3418
KREDIT
: 3(3+0)
JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR
: 120 jam
PRASYARAT
: Tiada
HASIL PEMBELAJARAN
: Pelajar dapat: 1. menerangkan pengaruh kepelbagaian budaya dalam
organisasi dengan jelas dan yakin (C2, CS) 2. menganalisis konsep budaya dan kepelbagaian budaya
(C4)
3. mencadangkan strategi dan kaedah penyelesaian masalah kepelbagaian budaya dalam organisasi (A3, EM)
SINOPSIS
: Kursus ini merangkumi konsep budaya dan kepentingan kepelbagaian budaya dalam masyarakat dan organisasi tempatan dan antarabangsa. Penekanan diberi kepada pengaruh kepelbagaian budaya dan strategi penyelesaian masalah dalam organisasi. (This course encompasses concepts of culture and the importance of multiculturalism in society and in local and international organizations. Emphasis is given to influences of multiculturalism and problem-solving strategies in organizations.)
KANDUNGAN
KURSUS
Jam Pembelajaran
Bersemuka
KULIAH : 1. Konsep dan peranan kepelbagaian budaya - Konsep dan definisi budaya - Peranan budaya - Konsep kepelbagaian budaya
3
2. Dimensi budaya - Konsep dimensi budaya
6
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
3
- Kepentingan dimensi budaya - Dimensi boleh dilihat - Dimensi tidak boleh dilihat - Perkaitan antara dimensi budaya
3. Budaya dalam masyarakat
- Kepelbagaian budaya dalam masyarakat - Masyarakat Kolektivisma dan Masyarakat
Individualisma - Persamaan dan perbezaan antara budaya
3
4. Orientasi budaya antara manusia
- Orientasi perhubungan
- Orientasi kuasa dan status
- Orientasi kawalan dan masa
3
5. Budaya dalam Organisasi
- Konsep budaya dalam organisasi
- Hubungkait budaya masyarakat dan budaya organisasi
- Budaya individu dan budaya organisasi
- Dimensi budaya dalam organisasi
- Dimensi boleh dilihat dan dimensi tidak boleh dilihat
6
6. Jenis kepelbagaian budaya organisasi - Jenis intra budaya - Jenis antara budaya - Jenis silang budaya
3
7. Amalan pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian budaya - Komunikasi - Kepimpinan - Motivasi - Membuat keputusan - Penyelesaian konflik
6
8. Pengaruh budaya dalam organisasi berteraskan silang budaya - Dimensi budaya - Amalan pembangunan sumber manusia - Pendekatan silang budaya - Persamaan dan perbezaan antara
kepelbagaian budaya - Pendekatan bekerja dalam organisasi
berteraskan silang budaya
6
9. Isu dan cabaran pelbagai budaya dalam organisasi - Globlisasi dan permodenan - Pembangunan ekonomi dan perindustrian
3
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
4
- Produktiviti dan keharmonian
10. Strategi pelbagai budaya dalam organisasi - Nilai budaya kerja cemerlang - Kompetensi pelbagai budaya - Strategi dan pendekatan pelbagai budaya
3
Jumlah 42
PENILAIAN : Kerja Kursus
Penilaian Akhir
70%
30%
RUJUKAN : 1. Asma Abdullah & Koh Soo Ling (2010). Culture Matters in Malaysia: A Collection of Essays on Malaysian Cultural Values and Assumptions. Kuala Lumpur: S.N. Publication.
2. Bhagat, R.S. & Steers, R.M. (2011). Cambridge Handbook of Culture, Organizations and Work. New York: Cambridge University Press.
3. Bhagat, R.S., Triandis, H.C. & Mcdevitt, A.S. (2014). Managing Global Organizations: A Cultural Perspective. (Reprint Edition). London: Edward Elgar Pub.
4. Steers, R. M., Nardon L. & Sanchez-Runde C.J. (2013). Management Across Cultures: Developing Global Competencies. (2nd. Edition). London: Cambridge University Press.
5. Waisfisz, R. (2015). Constructing the Best Culture to Perform. A Manual by Bob Waisfisz Based on Research by Geert Hofstede. Helsinki, Finland: ITIM Publications.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
5
RUJUKAN PENTING BAGI KURSUS INI 1. Asma Abdullah (2006). Ke arah glokal : dimensi budaya dalam pengurusan
Malaysia. Penterjemah Zol Azlan Hamidin. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
2. Asma Abdullah “FACILITATING HARMONY IN DIVERSITY: USING DELIGHTS, PUZZLES AND IRRITATIONS TO MEET THE CHALLENGE OF DIVERSITY” – Sila rujuk fail disertakan atau boleh di akses di www.amauta-international.com/iaf2000/Abdullah2.PDF) RUJUKAN PENTING PILIHAN
3. Asma Abdullah and Azizan Asmuni (2005). ”Understanding Multiculturalism in
The Malaysian Society” in Muhammad Kamarul Kabilan, Zaharah Hassan
(Eds.), Reading on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Serdang: UPM
(ISBN983-42512-0-3) 4. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah
Alam. Malaysia 5. Asma Abdullah And Aric Low (2001). Understanding the Malaysian Workforce.
Guidelines for Managers. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia.
6. Hofstede, G.H. and Hoftede, G.J. (2005). Cultures and Organizations: Software of the Mind. Revised and Expanded 2nd edition, UK: McGraw Hill.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
6
PENILAIAN & TUGASAN KURSUS
Penilaian Dan Taburan Markah
Sepanjang anda mengikuti kursus ini, anda akan dinilai melalui:
A. Satu Tugasan Kumpulan (30 % ) B. Penilaian Pertengahan (30% ) C. Peperiksaan Akhir (40% )
A. SATU TUGASAN BERKUMPULAN
Tajuk Tugasan: Pengaruh pelbagai budaya dalam aktiviti
Pembangunan Sumber Manusia dalam organisasi
.
- Kumpulan (Projek - Pembelajaran Berasaskan Projek dan
Masalah – POBL)
- Pelajar diwajibkan menghantar satu Projek berkumpulan (3-5
orang/kumpulan).
- Tarikh akhir hantar : Dua minggu sebelum peperiksaan akhir
- Perbincangan lanjut akan dibuat semasa Perjumpaan
Bersemuka Kedua
- Kumpulan anda dikehendaki memilih SATU aktiviti
Pembangunan Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi,
yang mempunyai masalah atau isu sebenar dalam organisasi
tersebut.
- Berasaskan kepada SATU aktiviti yang dipilih ini, kumpulan anda
dikehendaki menjawab kepada persoalan berikut:
o Bagaimana pengurus Malaysia menguruskan
organisasi dari perspektif pelbagai budaya? (organisasi
intrabudaya atau interbudaya atau silang budaya (intra,
inter, cross)?
o Tugasan ini boleh sama ada berdasarkan pengalaman
salah seorang dari ahli kumpulan anda atau temu duga
pengurus organisasi lain.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
7
- Analisa perlu dibuat berasaskan kepada perspektif kepelbagaian
budaya dengan menggunakan kelima-lima dimensi budaya
(simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar)
- Contoh aktiviti Pembangunan Sumber Manusia ialah
pengambilan kakitangan, latihan, mesyuarat, hubungan
pekerja, komunikasi, kepimpinan, membuat keputusan,
penilaian prestasi, motivasi dan sebagainya,
-
B. PENILAIAN PERTENGAHAN
Peperiksaan pertengahan adalah berbentuk subjektif dan objektif
meliputi Unit 1 – 3.
Latihan bagi Unit 1-3 dalam Modul DCE3418 dapat membantu
pelajar.
C. PEPERIKSAAN AKHIR
Peperiksaan akhir pada dasarnya adalah berbentuk subjektif dan
objektif. Asas kepada peperiksaan ini ialah kefahaman pengaruh
pelbagai budaya dalam aktiviti dalam organisasi.
Meliputi semua unit.
Tugasan Kumpulan dan latihan-latihan dalam Modul DCE3418 dapat
membantu pelajar. Sila baca tugasan anda.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
8
KANDUNGAN MODUL
UNIT 1 KONSEP DAN PERANAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
UNIT 2 DIMENSI BUDAYA
UNIT 3 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT
UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN
MASYARAKAT INDIVIDUALISME
UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI
UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA
UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM
KEPELBAGAIAN
UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA
UNIT 9 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN
PENGURUSAN
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
9
UNIT 1 Konsep dan peranan kepelbagaian budaya
Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya dan kepelgaian budaya
kepentingan dalam Pembangunan Sumber Manusia.
- Secara amnya, budaya adalah apa yang kita ketahui dan apa yang orang
lain ketahui tentang nilai dan amalan yang dikongsikan bersama oleh
sesuatu kumpulan atau masyarakat.
- Kepentingan memahami budaya dan bagaimana budaya boleh
mempengaruhi tingkah laku dan tindakan manusia dalam sesebuah
masyarakat kepelbagaian budaya (multiculturallsm)
- Kefahaman ini bukan setakat toleransi dan keharmonian, tetapi perlu diteliti
dan dipelajari supaya kita dapat memberikan respons dan mencadangkan
penyelesaian masalah terhadap pengaruh kepelbagaian budaya dalam
organisasi.
- Sebagai pengamal Pembangunan Sumber Manusia sama ada sebagai
pengurus, pentadbir, pemimpin, pekerja dan ahli masyarakat perlu
mempunyai celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy)
- Celik kepelbagaian budaya (multiculturallsm literacy) adalah merupakan
kebolehan menganalisa persamaan dan perbezaan budaya antara kumpulan
etnik, menyatakan buah fikiran dan perasaan dengan jelas serta menghayati
kepelbagaian tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan perhubungan
dengan rakan kongsi sama ada di peringkat tempatan mahupun luar negara.
- Kita perlu mempunyai kebolehan untuk menganalisa makna budaya,
kepelbagaian budaya dan dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan
anggapan dasar)
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
10
Definisi Budaya
• Kompleks dan pelbagai 161 definisi (2001, Dewan Budaya)
• Dari perspektif Sociologists, Anthropologists, Humanities
• Budaya ditakrifkan sebagai cara kehidupan anggota masyarakat atau
kumpulan dalam masyarakat (Asma, 2001, ms 35)
Definition of Culture
…the collective programming of the body, mind and spirit
which distinguishes members of one group (nation, ethnic
group, company or category) of people from another
(HOFSTEDE, 2010).
• Satu pemprograman minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran,
perasaan dan tindakan/perbuatan ) yang membezakan antara ahli dalam
sesebuah masyarakat atau kelompok manusia dengan sesebuah masyarakat
atau kumpulan manusia yang lain.
• Pemprograman minda ialah keseluruhan pola kajian bidaya (pemfikiran,
perasaan dan tindakan/perbuatan oleh ahli sesebuah masyarakat), budaya
suatu kelompok atau collective mental programming terbentuk melalui proses:
1. Environmen/persekitaran sosial (peringkat negara, daerah, tempat
kerja, organisasi, sekolah, rumah tangga, jiran tetangga dsbnya. )
2. Peristiwa atau kejadian yang dialami dalam kehidupan ahli dalam
kelompok/masyarakat yang berkaitan.
• Budaya boleh dikasifikasikan: nasional, daerah, gender, generasi, kelas
sosial, organisasion dan sebagainya
Definisi Kepelbagaian Budaya
- Kepelbagaian budaya (Multiculturalism) ialah satu keadaan di mana dalam
sesuatu masyarakat atau organisasi terdapat kepelbagaian budaya dan ahli
masyarakat atau organisasi, menerima akan terdapatnya kepelbagaian
budaya tersebut.
- Mereka memahami, menghargai dan menilai akan kepelbagaian budaya
tersebut.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
11
Malaysia dan Kepelbagaian Budaya
- Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ciri keistimewaan
sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya.
- Kepelbagaian budaya dari segi budaya, bahasa dan agama.
- Rakyat daripada pelbagai etnik hidup bersama tetapi masing-masing
mengamalkan budaya masing-masing dan terus kekal dengan indentiti
sesebuah etnik tersebut.
- Malaysia sebenarnya mengamalkan konsep kepelbagaian budaya.
- Malaysia terdiri darpadai pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India,
Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau, Semai,
Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, dan sebagainya
- Seiring dengan polisi keterbukaan negara dalam bidang ekonomi, terdapat
ramai orang asing menetap di Malaysia seperti rakyat dari negara Anglo-
Saxons (orang Amerika, Australia, British dan Kanada), Rusia, negara Arab,
Afrika, Amerika Latin dan sebagainya.
- Oleh itu adalah penting bagi kita mempunyai mempunyai celik kepelbagaian
budaya (multiculturallsm literacy) agar kita dapat mencapai status Negara
maju dalam tahun 2020 dengan kehidupan yang penuh kedamaian,
keharmonian dan kegembiraan bukan sahaja dalam organisasi tetapi di
peringkat peringkat negara, masyarakat. daerah, rumah tangga, jiran
tetangga dan seterusnya.
-
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
12
LATIHAN 1
Makna budaya dan kepelbagaian budaya
i. Budaya
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. Kepelbagaian Budaya
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
13
UNIT 2 Dimensi budaya
Objektif: Pelajar dapat menerangkan lima dimensi utama budya dan menceritakan
ciri-ciri budya diri masing-masing.
Isi Penting:
Kita dapat mengenal sesuatu budaya adalah melalui lima dimensi iaitu:
1. Simbol (Symbol)
2. Ritual/Amalan (ritual)
3. Wira/Peranan Ketua Sosial (Hero)
4. Nilai (Values)
5. Anggapan Dasar/Andaian Tersirat (Underlying assumption)
Dimensi budaya boleh dilihat – Simbol, Ritual/amal dan Wira
Dimensi budaya tidak boleh dilihat – Nilai dan Anggapan Dasar
1. SIMBOL
- Simbol ialah benda fizikal yang boleh dilihat, objek, pergerakan, gerak isyarat
badan, pakaian yang dipakai, dan cara menegur antara satu sama lain.
- Sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar
- Mengenali simbol dapat membantu kita meningkatkan komitmen dan
mematuhi budaya sesuatu masyarakat
- Contoh: Baju Melayu, Cium tangan orang tua, Baju Cheong Sam, Tarian
Naga, Ang Pau, Daun pisang (makanan)
2. RITUAL/Upacara Amal
- Bagaimana kita melaksanakan sesuatu perkara.
- Aktiviti kehidupan yang dilakukan setiap hari secara tersusun dan telah diatur
- Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan
diamalkan
- Ritual akan menjadi rujukan kepada ahli masyarakat luar supaya mereka
mematuhi sesuatu ritual tersebut.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
14
- Contoh: Gotong Royong, Protokol, Tarian Singa, Rewang, Majlis Bangle,
majlis perkahwinan,
3. WIRA
- Siapakah wira yang kita sanjung
- Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu masyarakat.
- Wira akan melambangkan nilai yang ada pada sesuatu masyarakat.
- Mereka menjadi rujukan dalam sesuatu tindakan atau masalah.
- Mereka menjadi ikutan ahli dalam sesuatu masyarakat
- Contoh: Ketua kampung, Pahlawan Rentap, Pahlawan Mat Salleh, ilmuan,
usahawan, guru, raja, bintang filem
4. NILAI
- Nilai merupakan dimensi penting yang perlu difahami dan dipelajari lebih
mendalam oleh semua ahli masyarakat.
- Nilai tidak dapat dilihat
- Nilai adalah apa yang kita percaya akan ‘apa yang harus’, ‘apa yang patut’
dan ‘apa yang mesti’ di pegang.
- Nilai diterapkan dari kecil lagi oleh keluarga dan masyarakat
- Nilai yang dipegang oleh seseorang itu akan membentuk tingkah laku
(perangai) individu tersebut
- Dimensi Anggapan Dasar masyarakat tersebut merupakan asas kepada nilai-
nilai yang dipegang
- Nilai mengawal segala tindakan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat
- Contoh: Sopan santun, Bekerja kuat, Saling menghormati, jujur, suka ambil
risiko, semangat kekeluargaan
5. ANGGAPAN DASAR
- Anggapan dasar ialah kepercayaan yang dianuti oleh ahli dalam sesebuah
masyarakat dan mereka tidak menyedarinya.
- Anggapan dasar akan membentuk bagaimana ahli dalam masyarakat melihat
persekitaran, berfikir dan menilai dunia di sekeliling mereka.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
15
- Seperti Dimensi Nilai, Dimensi Anggapan dasar amat penting dipelajari dan
dikaji kerana ia sangat mempengaruhi nilai serta tindakan yang akan mereka
ambil
- Contoh: masyarakat hierarki, malu, perhubungan, komunikasi konteks tinggi,
spiritual, kolektivisme, rasa bersalah
Semua dimensi ini saling berkait antara satu sama lain.
Anggapan Dasar membentuk nilai yang akan dipegang dan seterusnya memacu
mengenai ritual yang akan diamalkan, simbol yang digunakan dan wira yang akan
disanjung.
LATIHAN 2
Budaya dalam sesebuah masyarakat boleh dikenal pasti melalui lima dimensi budaya
ia itu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar.
Sila jawab soalan ini.
i. Simbol (Symbol)
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. Amalan (ritual)
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
16
____________________________________________________________________
iii. Wira (Hero)
a) Definisi
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
iv. Nilai (Values)
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
v. Anggapan Dasar (Underlying assumption)
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
17
UNIT 3 Kepelbagaian budaya dalam masyarakat
Objektif: Pelajar dapat membandingkan perbezaan dan persamaan antara kepelbagaian
budaya masyarakat Malaysia dan luar negara (Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat
Individualisme)
Isi Penting:
a) ANGGAPAN DASAR
- Secara amnya, terdapat dua kategori dimensi Anggapan Dasar yang ketara ia itu
o Masyarakat Kolektivisme
o Masyarakat Individualisme
- Perbezaan ciri Masyarakat Kolektivisme dengan Masyarakat Individualisme
Definisi Masyarakat
Kolektivisme
(Malaysia dan Asia
amnya)
Masyarakat
Individualisme
(Barat/Anglo-
Saxons (orang
Amerika, Australia,
British dan Kanada)
Ukuran hubungan manusia dengan alam
semula jadi
Harmoni (Harmony) Kawalan
(Control/Mastery)
Ukuran kepentingan diberi kepada
pencapaian hubungan daripada kerja/tugas
Hubungan
(Relationship)
Tugas (Task)
Ukuran keutamaan diberi kepada pangkat
dan status daripada isu sama
rata/persamaan
Hierarki (Hierarchy)
Sama rata (Equality)
Prinsip yang digunakan dalam mengawal
tingkah laku samada di kawal oleh faktor
luran (Shame) atau dalam diri masing-
masing (guilt)
Malu (Shame)
Rasa Bersalah (Guilt)
Ukuran sejauh mana komunikasi Komunikasi berkonteks Komunikasi
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
18
bergantung kepada faktor luaran, perbezaan
situasi dn konteks, isyarat non-verbal
tinggi (High context
communication)
berkonteks rendah
(Low context
communication)
Prinsip yang digunakan dalam mengawal
tingkah laku sama ada secara circular
(berliku-liku) or sequential (berturutan)
Masa berorientasi
polikronik (Polychronic
time orientation)
Masa berorientasi
monokronik
(Monochronic time
orientation)
Ukuran keutamaan saling kebergantungan
dengan orang lain
Kami/Kita (We )
Saya (I)
Darjah pengaruh keagamaan berbanding
sekularisme dalam melakukan kerja/tindakan
Keagamaan (Religious)
Sekular (Secular)
b) Perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia
- Berasaskan kepada lima dimensi tersebut pelajar dimnta menceritakan budaya diri
sendiri.
- Pelajar juga diminta untuk menerangkan budaya lain yang ada di Malaysia (Melayu,
China, India, Dayak, Iban, Bidayuh,Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau,
Semai, Temiar, Bugis, Jawa, Minangkabau, Kantonis, Hakka, Malayalis, Punjabis
dan sebagainya)
- Berasaskan kepada lima dimensi budaya (simbol, amalan, wira, nilai dan anggapan
dasar), sila buat analisa tentang perbezaan dan persamaan kepelbagaian budaya
masyarakat Malaysia
- Pelajar boleh merujuk kepada buku rujukan termasuk oleh Asma Abdulah serta
laman sesawang seperti http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242-
kaum-kaum-di-malaysia.html atau http://www.tourism.gov.my/id-id/my/about-
malaysia/culture-n-heritage
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
19
LATIHAN 3
Secara berkumpulan sila bincang dan beri keterangan mengenai istilah berikut dan
berikan contoh
i. Malu
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. Hormat orang tua
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
iii. Masyarakat Kolektivisme
a) Definisi
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
20
____________________________________________________________________
iv. Komunikasi berkonteks tinggi
a) Definisi
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) Contoh
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
LATIHAN 4
Setiap budaya sesuatu masyarakat mempunyai kekuatan dan keistimewaan.
Sila bincangkan apakah keistimewaan budaya masyarakat anda.
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
21
UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN MASYARAKAT
INDIVIDUALISME
Objektif:
Pelajar dapat:
1. mengenalpasti dan membezakan persamaan dan perbezaan masyarakat
Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.
2. Menghuraikan ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat
Individualisme.
Isi Penting:
Bagi memahami sesuatu budaya dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji
anggapan dasar dan nilai yang mereka percaya dan pegangi. Anggapan
dasar selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang
menjadi asas kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak.
Pemahaman yang baik terhadap dimensi anggapan dasar kita sendiri dan
juga yang lain boleh membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian
budaya di mana kita boleh mengenalpasti persamaan dan perbezaan budaya.
Pertembungan konflik boleh berlaku sekiranya sesorang tidak memahami
anggapan dasar masing-masing.
Oleh itu, berasaskan kepada dimensi anggapan dasar, masyarakat dunia
boleh dibahagikan dengan ketara kepada dua kategori klasifikasi iaitu
Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat Individualisme
a) Masyarakat Kolektivisme
- Masyarakat Kolektivisme adalah sepeti masyarakat Malaysia, India,
China, Jepun dan Asia amnya
- Masyarakat Kolektivisme mempunyai ikatan sosial yang kuat di mana
individu mengharap orang lain dalam kumpulan mereka untuk menjaga
dan melindungi mereka seperti dalam sebuah keluarga.
- Seseorang individu itu sama ada tergolong dalam satu atau lebih
kumpulan yang terdekat di mana kumpulan itu dicipta dan berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang seterusnya (Hofstede,1983).
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
22
- Penglibatan individu dalam kumpulan/masyarakat adalah lebih mesra
- Matlamat kumpulan lebih dipentingkan atau diutamakan berbanding
matlamat individu
- Mereka mempercayai arahan dari dalam kumpulan.
- Identiti mereka berpandukan kepada sistem sosial masing-masing
- Kebebasan perasaan hanya berlaku dalam konteks kumpulan atau
masyarakat.
- Kumpulan yang akan membekalkan kemahiran, arahan, tanggungjawab
dan keselamatan kepada ahli bukannya individu masing-masing.
b) Masyarakat Individualisme
- Masyarakat Individualisme adalah seperti masayarakat Barat/Anglo-
Saxons seperti Amerika, Australia, England dan Kanada)
- Masyarakat lebih suka bertindak sebagai individu daripada sebagai secara
berkumpulan. Masyarakat tidak disandarkan untuk menjaga dan
melindungi individu
- individu akan lebih menjaga kepentingan diri sendiri terlebih dahulu serta
keinginan anggota keluarga mereka yang terdekat
- menjaga kepentingan diri sendiri serta lebih ingin mencapai matlamat
sendiri daripada matlamat kumpulan.
- Setiap individu mempunyai hak keatas kehidupan persendirian dan
mengambil berat tentang diri sendiri serta mempunya arah tuju yang
tersendiri, tidak dikawal oleh ahli kumpulan masyarakat.
- Individu mempunyai kebebasan perasaan untuk berusaha sendirian,
mengutamakan hak persendirian, autonomi dan keputusan sendiri.
c) Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.
- Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme akan
dihuraikan berdasarkan kepada lapan perkara dalam dimensi anggapan
tersirat seperti diterangkan dalam Unit 3.
- Lapan perkara tersebut ialah Harmoni/Kawalan, Hubungan/Tugas,
Hierarki/Samarata, Malu/Rasa Bersalah, Komunikasi berkonteks
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
23
tinggi/Komunikasi berkonteks rendah, Masa berorientasi polikronik/Masa
berorientasi monokronik, Kami&Kita/Saya, dan Keugamaan/Sekular.
- Berikut adalah ciri-ciri masyarakat Kolektivisme:-
1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan
2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas
3. Pentingkan konsep hierarki daripada samarata.
4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah
5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi
6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik
7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding
saya (diri sendiri)
8. Keagamaan lebih penting dari sekular
Seperti diketahui dimensi anggapan dasar akan membentuk nilai yang akan
dipegang dan seterusnya memacu mengenai ritual yang akan diamalkan,
simbol yang digunakan dan wira yang akan disanjung.
Oleh itu, untuk menghuraikan siri-ciri kedua-dua masyarakat, berikut
diterangkan bangaimana kelapan perkara tersebut dapat menentukan
anggapan dasar dan seterusnya nilai-nilai yang berkaitan dengan anggapan
dasar tersebut.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
24
UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI
Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya organisasi dan
dimensi budaya
Isi Penting:
a) Definasi budaya organisasi
Beberapa definasi budaya organisasi telah diberikan oleh beberapa pakar
pembangunan sumber manusia.
Schein (1997) mendefinasikan budaya organisasi merupakan andaian dan
kepercayaan asas yang dikongsi oleh ahli dalam organisasi. Ia merupakan satu set
corak andaian asas yang direkacipta, ditemui dan dibangunkan oleh sesebuah
organisasi semasa menghadapi masalah pengubahsuaian luaran dan pengintegrasi
atau adaptasi dalaman.
Hofstede (2005) mendefinasikan budaya organisasi sebagai satu pemprograman
minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran, perasaan dan
tindakan/perbuatan) yang membezakan antara ahli dalam sesebuah organisasi
dengan organisasi yang lain. Hofstede telah mengenalpasti empat dimensi iaitu
Jarak Kekuasaan, Pengelakan Keadaan Yang Tidak Menentu, Individualisme dan
Kolektivisme, dan Kejantanan dan Kewanitaan.
Asma (2006) pula mendefinasikan budaya organisasi sebagai penyataan suatu set
anggapan dasar/asas dan nilai yang berakar umbi yang dicipta, ditemui ataupun
dibangunkan oleh sesuatu kumpulan dalam mempelajari bagaimana untuk
menangani dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Definasi budaya organisasi oleh Asma (2006) inilah yang digunakan dalam modul ini
untuk menerangkan dan membuat penialain terhadapa pengaruh kepelbagaian
buadaya dalam organisasi.
Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri
dibentuk sejak penubuhannya. Semua pemegang taruh organisasi termasuk
pengasas, pengurus, ketua dan pemegang saham telah menenerima baik budaya
organisasi tersebut. Mereka semua membawa budaya masyarakat masing-masing
untuk membentuk budaya organisasi.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
25
Oleh itu, budaya organisasi yang dibentuk adalah berasaskan kepada budaya
masyarakat masing-masing. Ini bermakna lima dimensi budaya masyarakat (simbol,
ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar) juga di dapati dalam budaya
organisasi.
Dimensi nilai dalam organisasi adalah penting sebagai panduan utama dalam
mempengaruhi perilaku pekerja dan kaedah mereka menjalankan kerja. Andaian
dasar dan nilai menjadi panduan untuk membentuk struktur organisasi, sistem
pentadbiran, etika kerja, budaya kerja, tindakan, dasar, prosedur dan sebagainya
yang diamalkan setiap masa. Semua pekerja akan belajar untuk menghayati dan
mengamalkan budaya organisasi berkenaan.
b) Dimensi budaya organisasi
Budaya organisasi terdiri dari lima dimensi iaitu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan
anggapan dasar seperti dimensi budaya dalam masyarakat (Asma, 2006).
- Anggapan Dasar
Setiap organisasi mempunyai elemen-elemen dimensi anggapan dasar yang
akan menentukan nilai dan amalan pengurusan yang dijalankan bersama
oleh semua pekerja.
Anggapan dasar dalam organisasi terdiri dari environmen luaran organisasi
termasuk harapan oleh semua pemegang taruh terhadap kepentingan
wujudnya sesebuah organisasi. Visi dan misi organisasi serta kecekapan
asas tenaga pekerja juga merupakan anggapan dasar organisasi.
- NILAI
Nilai yang terdapat di organisasi adalah dibentuk berasaskan kepada
anggapan asas organisasi tersebut. Nilai ini menjadi panduan atau piawaian
supaya perkerja patuh dan dapat menjalankan kerja selaras dengan visi dan
misi organisasi. Nilai akan membentuk ritual/amalan pengurusan dalam
organisasi.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
26
Nilai dalam organisasi boleh wujud dalam bentuk bertulis atau pun tidak di
mana semua pekerja sedar dan faham akan kewujudannya.
Contoh nilai:
- Bekerja kuat, jujur, semangat berpasukan, ketetapan masa
- Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam
1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta
- RITUAL/AMALAN
Ritual ialah aktiviti yang berlaku dalam organisasi pada setiap hari secara
tersusun dan telah diatur. Ritual juga merujuk kepada segala aktiviti atau
amalan yang sudah menjadi kebiasaan.
Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan
diamalkan dalam organisasi. Segala ritual yang dibentuk dengan tersusun
dan sistematik akan dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
pencapaian objektif organisasi.
Setiap pekerja perlu mengetahui dan menghayati segala ritual yang
diamalkan dalam organisasi supaya dapat memainkan peranan lebih
berkesan.
Contoh ritual: pengambilan kakitangan, latihan, komunikasi, mesyuarat,
hubungan email, pengurusan konflik, kaunseling, motivasi.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
27
- WIRA
Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu organisasi yang
merupakan simbol ‘hidup’ mengenai tingkah laku yang dapat diterima oleh
pekerja dan untuk diikuti. Wira melambangkan nilai yang ada pada sesuatu
organisasi dimana meraka akan mewujudkan dan membentuk nilai organisasi.
Pada kebiasaannya, pengerusi, pengurus, pentadbir, atau penyelia merupakan
wira kepada organisasi dan juga pemimpin kepada organisasi. Wira
melambangkan kekuatan organisasi berdasarkan pencapaian mereka dalam
aktiviti kerja. Kelakuan dan tingkah laku wira amatlah penting yang akan menjadi
ikutan kepada pekerja.
Contoh wira: Penagarah Urusan, Pengerusi, Ketua Pengarah, Pengarah, dan
Ketua Unit.
- SIMBOL
Simbol ialah sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar seperti benda fizikal,
artifaks, objek, pergerakan, pakaian, peralatan, logo, slogan. Simbol dapat
membangkitkan semangat dan motivasi untuk pekerja menjalakan tugas masing-
masing seperti pakaian seragam dapat meningkatakan semangat kekitaan selain
membantu pekerja mendapatkan pakaian percuma.
Contoh:
Piagam pelanggan, logo syarikat, susunan pejabat, gambar pekerja
cemerlang.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
28
UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA
Objektif:
Pelajar dapat: Mengenalpasti organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang
budaya)
Isi Penting:
a) Jenis organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang budaya)
Organisasi Malaysia amat dipengaruhi oleh masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India, Iban,
Kadazandusun dan sebagainya. Keadaan ini membuatkan organisasi
mempunyai pekerja dari pelbagai etnik.
Memahami dimensi budaya bagi setiap etnik amat penting untuk meningkatkan
pembangunan sumber manusia dengan lebih cekap dan mampan.
Persamaan dan perbezaan dalam anggapan dasar dan nilai serta amalan
pengurusan pekerja yang terdiri pelbagai etnik perlu diteliti supaya strategi yang
berkesan dapat diadakan untuk menangani kepelbagaian budaya ini.
Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan
membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini
dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage).
Bagasi Budaya (cultural baggage).
Bagasi budaya ialah kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan
amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan
membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi.
Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa
individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut.
Kecenderungan ini menjadi faktor penting apabila seseorang dari satu budaya
menemui seseorang dari budaya yang lain. Konflik boleh berlaku apabila terjadi
pertembungan budaya yang berbeza termasuk salah faham, tidak mengetahui
rasional sesuatu amalan atau simbol yang digunakan.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
29
Contoh:
1. Pengurus Melayu akan membawa budaya Melayu apabila mengurus
syarikat yang dimilkinya.
2. Pekerja Jawa akan membawa budaya jawa apabila bekerja di syarikat
yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
3. Pengarah etnik China akan meletakan simbol naga ditempat kerja.
4. Pengurus dari Jepun (contoh,Sony Corporation) akan membawa
membawa nilai-nilai budaya Jepun dalam bentuk sistem, prosedur dan
sebagainya (seperti 5S, Genba, kebersihan, patuh) apabila bekerja di
Malaysia
Organisasi pelbagai budaya di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga jenis
iaitu intra, inter dan silang budaya. Ketua atau pemimpin organisasi perlu
mewujudkan budaya kerja yang berdasarkan kepada suatu set nilai dan ritual
yang dapat diterima bersama dan akan terus berkembang dalam persekitraan
pelbagai budaya.,
Berikut adalah keterangan menganai setiap jenis pelbagai organisasi:
.
Organisasi Intra Budaya
Organisasi Intra Budaya adalah organisasi yang mempunyai pekerja hanya satu
etnik samada Melayu atau China atau India atau Iban atau Kadazandusun. Di
dalam organisasi ini nilai dan ritual/amalan amatlah jelas difahami oleh pekerja
oleh kerana terdiri dari satu etnik sahaja.
Suasana tempat kerja adalah suka berjenaka, hubungan erat, sopan
santun,tenang, semangat kekitaan, ramah mesra, kesederhanan, tidak secara
terus (berliku)
Sebagai contoh:
- Jabatan Agama Islam Kelantan (nilai dan amalan Melayu)
- Persatuan Penanam Sayur China (nilai dan amalan China)
- Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (nilai dan amalan India)
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
30
Organisasi Inter Budaya
Organisasi Inter Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja
terdiri dari dua atau lebih etnik Malaysia samada Melayu dengan China, atau
Melayu, China dan India, atau Melayu dengan China atau Iban. Kesefahaman
tentang dimensi budaya masing-masing amatlah perlu. Komunikasi perlu diterima
oleh kesemua pekerja dari pelbagai etnik. Code switching merupakan strategi yang
selalu diamalkan dalam kalangan pelbagai etnik.
Suasana tempat kerja adalah membina hubungan baik, Code switching ,
persamaan, berkongsi pengalaman, toleransi, hormat ketua, more (majlis makan).
Sebagai contoh:
- TNB (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)
- Sekolah (nilai dan amalan pelbagai etnik Mal`aysia)
- Persatuan Badminton Malaysia (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)
Organisasi Silang Budaya (Cross-Cultural).
Organisasi Silang Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja
terdiri dari etnik Malaysia dengan etnik luar negara. Budaya organisasi terdedah
kepada budaya masyarakat luar negara yang boleh jadi bersesuaaian atau pun
berbeza dengan budaya Malaysia. Perbezaan persepsi boleh berlaku yang
menyebabkan ketegangan atau konflik antara pekerja.
Suasana tempat kerja adalah ketepatan masa, Kepentingan Bahasa Inggeris,
kejelasan, terus terang, tidak formal dan objektiviti.
Sebagai contoh:
- Sony Malaysia (nilai dan amalan Jepun dan Malaysia)
- Shell Malaysia ((nilai dan amalan Eropah dan Malaysia)
- TECH MAHENDRA ((nilai dan amalan India dan Malaysia)
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
31
UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM KEPELBAGAIAN
BUDAYA ORGANISASI
Objektif:
Pelajar dapat: Menghuraikan dimensi anggapan dasar dan nilai dalam organisasi
pelbagai budaya Malaysia.
Isi Penting:
Bagi memahami budaya organisasi Malaysia dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji
anggapan dasar dan nilai yang organisasi percaya dan pegangi. Anggapan dasar
selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang menjadi asas
kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak.
Pemahaman terhadap dimensi anggapan dasar organisasi dan nilai boleh
membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian budaya di mana kita boleh
mempertingkatkan produktivitii organisasi dengan kurangnya salah faham dan
pertembungan konflik.
Oleh itu, berasaskan kepada lapan ciri-ciri Masyarakat Malaysia (Kolektivisme),
maka dimensi anggapan dasar dan nilai akan diterangkan bersama dengan
pengaruhnya kepada organisasi. Berikut adalah keterangan terperinci:
1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan
Nilai:
- Status quo/suka keadaan sedia ada
- Luwes/Fleksibel
- Mengelak Konflik
- Kerjasama
- Ketenteraman
2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas
Nilai: Peribadi, Toleransi, Kemesraan , Berkompromi
3. Pentingkan konsep hierarki daripada sama rata.
Nilai: Menghormati orang tua, Status dan Kuasa, Protokol dan keraian,
Sopan santun
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
32
4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah
Nilai: menjaga maruah/air muka, malu, akuntabiliti kumpulan
5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi
Nilai: Hubungan tidak terus (indirect) , tidak spesifik, membuang masa,
persetujuan secara kolektif
6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik
Nilai: Multitasking, fleksibel,
7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding
saya (diri sendiri)
Nilai: Perihatin terhadap kesejahteraan orang lain, salain
kebergantungan, patuh dan taat, sanggup berkorban
8. Keagamaan lebih penting dari sekular
Nilai: Keagamaan, kerja sebagai satu ibadah
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
33
UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA
Objektif:
Pelajar dapat:
1. mengenalpasti dan menganalisa amalan pengurusan dalam organisasi di
Malaysia
Isi Penting:
Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri
dibentuk sejak penubuhannya. Pemimpin dalam organisasi seperti pengurus, ketua
bahagian pembangunan sumber manusia, pentadbir dan pengarah perlu memainkan
peranan sebagai penggalak atau pemankin untuk menggalakkan suasana tempat
kerja yang kondusif di mana pekerja boleh memberi sumbangan terbaik dalam
setiap amalan pengurusan.
Amalan pengurusan yang biasa diamalkan dan amat dipenagruhi oleh pelbagai
budaya adalah seperti komunikasi, memimpin, memberi motivasi, membuat
keputusan, pengambilan pekerja baharu, bimbingan kaunseling, pengagihan kerja,
pengurusan konflik, membina kumpulan kerja, pengurusan mesyuarat, pengurusan
perubahan, latihan, penilaian prestasi dan sebagainya.
Secara amnya segala amalan pengurusan organisasi perkara berikut amatlah
dititikberatkan ia itu Jaga Maruah (Preserving Face), Budi Bahasa
(Language of Character), Mesyuwarah dan Gotong Royong (Consensus-seeking
and Cooperation),Tolong Satu Sama Lain (To Help One Another) dan Sistem Kawan
(Member System).
Berikut diterangkan beberapa amalan pengurusan yang penting di organisasi di
Malaysia.
1) Komunikasi
Komunikasi amatlah bergantung kepada tata susila kesopanan samada dalam
bentuk lisan dan bukan lisan (non-verbal). Di dalam lisan, penggunan kata–kata
hormat dan kata-kata yang berlapik/tidak terus seperti peribahasa dan pantun
adalah perlu dititikberatkan. Manakala dalam bukan lisan, gaya isyarat yang tidak
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
34
menonjol, terkawal, intonasi yang betul, dan pergerakan yang perlahan dan lembut
adalah sesuai.
Di dalam berkomunikasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah
penting aitu:
a) Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa, cuba fahami apa
niat atau tujuan bagi komunikasi bukan lisan.
b) Menjaga maruah – guna komunikasi tidak langsung dalam memberi
maklumbalas negatif, guna orang ketiga, elakkan perbalahan terbuka.
c) Kerjasama – gunakan kata ganti nama mengikut pangkat atau orang lebih
tua/senior, elak komen secara terbuka, tundukan sedikit kepala bila berbicara.
Contoh perkaitan dimensi budaya mengenai komunikasi:
• simbol: Bahasa Melayu (Bahasa Melayu dan lain-lain), mimik muka (non
verbal), menunjuk dengan ibu jari.
• ritual: Berdiam diri/tidak menjawab sekiranya jawapannya tidak atas sesuatu
perminta.
• wira - Ibu bapa, Pengurus, Perdana Menteri
• nilai: Sopan santun, berbudi bahasa, hormati orang tua, Halus
• Aggapan dasar: Gaya komunikasi –hierachy
2) Kepiminan
Pemimpin pada dasarnya bergantung kepada status yang diberikan dan juga
dari keluarga mana dia dilahirkan. Pemimpian yang dihormati terutamanya
dalam budaya Melayu sekiranya Individu berasal dari status sosial yang
tinggi, datang dari keluarga bangsawan, faham adat dan resam, mempunyai
kepribadian yang tinggi serta dikagumi oleh pengikutnya.
Ciri-ciri kepimpinan yang dikagumi termasuk lah Yang mulia, Berbudi bahasa,
Baik tutur bahasa, Murah hati, Berusaha, Tajam pemikiran, gigih, rendah diri,
perihatin dan warak alim. Contoh kata–kata tentang kepimpinanadalah seperti
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, Cakap mestilah serupa bikin
(you have to "walk your talk").
.Pengurus dalam organisasi perlu memainkan peranan sebagai wira atau
model peranan untuk menyampaikan tindakan dengan kata-kata yang wajar.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
35
Mereka perlu mengaitkan bukan sahaja bidang kuasa atau pangkat yang
mereka tetapi juga keperibadian yang baik.
Di dalam kepimpinan dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah penting
aitu:
a) Menjaga maruah – Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa,
elak komen di kalayak ramai
b) Mendidik – tunjukan keperihatinn kepada pekerja dan keluarga mereka, didik
pekerja seperti ibu bapa, benarkan pengikut memberi idea dengan bimbingan
pegawai senior
c) Rendah diri – ikhlas dalam pertuturan dan perbuatan, dengan pandangan
pengikut, mohon maaf sekiaranya tersilap
d) Semangat berkumpulan – benarkan rakan membantu ketika sibuk, ambil
berat keluarga dan kawan-kawan pengikut.
e) Hubungan yang erat – bina kemahiran berkomunkiasi secara harmoni dalam
kumpulan, sopan santun bila bercakap lemah lembut dan berbudi bahasa
3) Motivasi
Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan mereka dengan kumpulan,
keluarga dan individu. Mereka akan bertindak balas lebih baik jika mereka
dapat melihat manfaat bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada
keluarga, masyarakat, Negara dan ugama.
Di dalam memberi motivasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah
penting aitu:
a) Menjaga maruah – sopan santun, cakap lemah lembut dan berbudi bahasa,
b) Semangat berkumpulan
c) Ganjaran yang konkrit dan boleh nampak sebagai simbol kejayaan seperti
tambang menunaikan umrah, kereta, tanah
d) Hubungan yang erat
e) Kepentingan pengaruh rakat sepejabat dan pengikut
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
36
UNIT 9 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN
PENGURUSAN
Objektif:
Pelajar dapat:
1. menganalisa dan membuat penilaian terhadap pengaruh budaya dalam
amalan HRD di Malaysia
Isi Penting:
Budaya individu mempengaruhi amalan pembangunan sumber manusia dan
pengurusan dalam organisasi. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan
atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi.
Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage). Bagasi budaya ialah
kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya
masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama
budaya masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi
pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan
penyerapan tersebut.
Pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu mungkin membawa
budaya ke dalam organisasi bagi mempengaruhi cara kerja dilakukan. Pengurus
Melayu menjangkakan tenaga kerjanya memperlihatkan kelakuan yang biasanya
dikaitkan dengan beberapa nilai dihormati seperti kolektivisme, rasa hormat kepada
orang yang lebih tua, hubungan harmoni dan orientasi agama. Bagi memahami
tenaga kerja Melayu di tempat kerja intrabudaya dan bagaimana ia berbeza
daripada kumpulan etnik lain, kepimpinan, komunikasi dan motivasi akan dihuraikan
dengan lebih lanjut dengan merujuk kepada Asma Abdullah (2009).
KEPIMPINAN
Dalam masyarakat tradisional Melayu, individu yang menjadi ketua kebanyakannya
berdasarkan status dan keluarganya ataupun status yang kemudiannya
dianugerahkan kepadanya. Apabila ketua diberikan pangkat yang tinggi oleh
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
37
syarikat, kerajaan atau kerabat diraja, orang Melayu lain mengiktiraf pangkat itu dan
menjangkakan ketua itu melaksanakan kepimpinan.
Orang Melayu cenderung melihat perhubungan mereka dengan orang yang berada
dalam jawatan kepimpinan mengikut ukuran peribadi mereka. Mereka mahukan
ketua yang dipercayai dan dalam kedudukan yang dihormati. Mereka lebih suka
dipimpin oleh orang yang dirasakan komited dengan objektif mereka menerusi kata-
kata yang diucapkan dan tindakan yang ditunjukkan. Reputasi atau harga diri
seseorang ketua termasuk rasa hormat yang diberikan oleh kumpulan berdasarkan
nilai moralnya dan juga reputasi profesional serta penghormatan.
Lazimnya, sifat peribadi seseorang ketua Melayu termasuklah yang berikut:
o Mempunyai tapak kuasa yang besar dan tidak formal bagi membolehkannya
mencapai matlamatnya, kebanyakannya menerusi pujukan.
o Bekerja secara tidak menonjolkan diri dan mendapatkan bantuan serta
sokongan moral daripada orang lain seperti imam.
o Warak dalam kepercayaan agamanya dan bersifat hemat (warak alim) dalam
mengamalkan adat dan upacara tradisional.
o Bersifat benar-benar Melayu dan dapat menyumbang kepada perpaduan
kumpulan.
o Ikhlas, rendah diri dan bijaksana kerana orang yang bersifat pendesak
dianggap menjelekkan.
Berhubung dengan kemahiran sosialnya pula, dia mesti memperlihatkan sifat yang
berikut:
o Kesanggupan untuk mengambil risiko dan menyahut cabaran.
o Kebolehan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan
atau persengketaan sosial.
o Menyumbangkan masanya bagi mempertahankan kebaikan bersama.
o Kesanggupan untuk mengorbankan kepentingan peribadi demi kebajikan dan
kepentingan kumpulan.
o Menunaikan komitmen dan janji yang dibuat kepada orang lain.
KOMUNIKASI
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
38
Orang Melayu juga mempunyai sistem kesopanan yang merangkumi tatalaku
khusus yang berkait dengan pernyataan lisan dan bukan lisan, yang digunakan
semasa berinteraksi dengan orang lain.
Kategori lisan seringkali dinyatakan dalam pola pertuturan dengan menggunakan
bentuk berikut bagi menunjukkan perhubungan antara pengirim dengan penerima:
o Bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain, bentuk kata ganti ‘cik,
puan, tuan, saya, beta, saudara, kamu, kita’ digunakan.
o Bagi mengiktiraf kedudukan hierarki anggota keluarga yang luas, bentuk
panggilan ialah ‘datuk, pak cik, mak cik, abang, kakak dan mak su’.
Aspek-aspek komunikasi lisan dalam budaya Melayu:
Orang Melayu juga berasa tidak selesa dalam memberi dan menerima kritikan
lisan secara langsung kerana ia menyebabkan penerima berasa malu. Apabila
kritikan cukup teruk, ia mungkin merosakkan hubungan dan ini biasanya tidak
dapat dibaiki lagi.
Bersifat tidak menyembunyikan perasaan dan berterus terang dalam menyatakan
niat seseorang biasanya bercanggah dengan sifat dihormati. Oleh yang
demikian, seseorang itu perlulah bijaksana dan berhati-hati semasa menyatakan
pendapat yang positif dan juga negatif kepada orang Melayu. Individu yang
dilihat sebagai telalu berterus terang, meskipun dikatakan bercakap secara
ringkas dan kasar, biasanya dianggap sebagai individu tidak beradab atau tidak
berpekerti halus. Orang Melayu yang lain menganggap orang itu tidak mendapat
asuhan yang betul.
Orang Melayu juga bersifat tidak berterus terang apabila menolak permintaan
orang lain yang menyuruhnya melakukan sesuatu perkara, menolak untuk
menjanjikan sesuatu dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh orang lain.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
39
Dalam usaha untuk mengelak daripada berkata ‘tidak’, orang Melayu seringkali
memberikan jawapan dengan mengemukakan hujah, menghuraikannya dan
menukar topik perbualan.
Nilai hormat kepada orang yang lebih tua dan hierarki cenderung membuatkan
orang Melayu berasa tidak selesa apabila berinteraksi secara bersemuka dengan
individu yang berada dalam kedudukan hierarki yang berbeza.
Orang Melayu lebih selesa menawarkan cadangan daripada berhujah apabila
berhubungan dengan ketua mereka. Orang Melayu yang mengutarakan
permintaannya secara berterus terang kepada orang lain mungkin tidak
meninggalkan kesan yang baik ke atas pihak yang lain.
Idea atau sudut pandangan yang mungkin tidak dapat diterima dengan begitu
baik oleh individu Melayu mungkin lebih baik disampaikan oleh pihak ketiga yang
dihormati, yang dapat bertindak sebagai orang tengah bagi menyampaikan
mesej dan melicinkan proses komunikasi. Dengan cara ini, perhubungan yang
mesra dan bersifat jangka panjang terpelihara.
Apabila meminta orang Melayu melaksanakan sesuatu urusan, elakkan daripada
bersikap terlalu agresif kerana individu jenis ‘memerintah’ mungkin tidak dapat
memastikan tugas dijalankan dengan mudah, tidak seperti orang yang
menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Komunikasi lisan yang lantang
tidak dapat diterima secara sosial dan nada suara bertekak serta gerak isyarat
tangan yang berlebihan tidak disukai.
Komunikasi dengan orang yang lebih tua biasanya diungkapkan secara sopan
dan penuh hormat.
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
40
Orang Melayu juga mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan emosi
mereka dengan senyuman atau ketawa mengekek apabila mereka merasa keliru
ataupun malu.
Orang Melayu tidak menyuarakan perasaan mereka dalam sesutu perhubungan
kerana mereka percaya bahawa kelakuan seseorang itu sudah menunjukkan isi
hatinya.
Orang Melayu seringkali bersikap tidak berterus terang dalam penyataan lisan
mereka apabila kandungan mesej itu tidak positif.Apabila menyampaikan mesej
yang mungkin tidak diterima dengan begitu baik oleh penerima,hasrat sebenar
orang yang bercakap itu lebih baik disembunyikan dengan mengungkap mesej
dengan cara yang tidak menyakiti perasaan penerima itu.
Orang Melayu juga teliti tentang penggunaan intonasi yang betul ketika
berkomunikasi. Individu yang bersopan santun dan bersuara lembut dalam
penyampaian lisannya menjadi lebih efektif kerana orang Melayu lebih suka
menerima arahan daripada mereka yang sopan dan mengambil berat tentang rasa
dan perasaan mereka.Seseorang itu perlu berhati-hati supaya tidak menyinggung
persaan pihak lain dengan menggunakan frasa yang berikut:
‘Boleh saya tumpang tanya?’
‘Jangan marah kalau saya beri pendapat.’
‘Boleh saya beri pendapat?’
Menunjukkan gerak badan yang sesuai juga penting kerana ia memperlihatkan sifat
rendah hati dan rasa hormat kepada orang lain. Kedua-dua elemen kelakuan lisan
dan bukan lisan digunakan bagi menunjukan kepentingan adab sopan, kelakuan
yang sesuai dan sensitiviti kepada orang lain sepanjang masa.
MOTIVASI
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
41
Orang Melayu dimotivasi oleh penggabungan mereka dengan kumpulan, keluarga
dan individu. Mereka prihatin terhadap kumpulan yang dianggotai – iaitu lingkungan
keluarga dan rakan sekampung serta saudara seislam.
Perkataan kejayaan juga tidak mempunyai makna yang konkrit dan tidak cukup
menambat perhatian ataupun memberikan motivasi.Orang Melayu berasa selamat
apabila mereka yakin bahawa mereka dihormati oleh orang yang dikenali.
Keazaman yang kuat terhadap perkongsaian di kalangan orang Melayu diperoleh
daripada latar belakang patriotik dan tradisi perkkhidmatan kerajaan.
Pada umumnya,orang Melayu seringkali berasa tertarik dengan ganjaran yang
konkrit dan nyata, seperti ganjaran wang dan ganjaran yang boleh dilihat-sekeping
tanah,menunaikan ibadat haji di Mekah, dan lingkungan kawan dan kenalan yang
berpengaruh. Setiap satu mempunyai nilai intrinsik. Menyampaikan mesej
pengiktirafan dalam majlis khas yang turut menjemput keluarga pekerja merupakan
cara meningkatkan dorongan motivasi mereka.
Memandangkan wujudnya orientasi antara perorangan mereka, orang Melayu
tertarik dan amat berminat dengan kehalusan dan potensi perhubungan.
Oleh sebab orang Melayu mengambil berat dalam mengekalkan hubungan mereka
cenderung menggunakan kepercyaan untuk menilai kapasiti orang terhadap
kesetiaa, komitmen dan persahabatan.
Dalam banyak cara, hubungan orang Melayu dengan ketuanyalah yang menentukan
motivasinya. Ramai orang Melayu berasa, “Apabila saya mempunyai ketua yang
baik,saya bekerja bersungguh-sungguh untuknya.” Oleh itu, motivasi bermakna
menunjukkan rasa ambil berat bagi membina dan mengekalkan hubungan antara
perorangan yang baik.
Pengurus yang mengguna dan memahami elemen penting dalam sistem kesopanan
tempatan mendapat ganjaran dari segi komitmen yang lebih besar daripada pekerja,
seperti yang ditunjukkan apabila pekerja sanggup bekerja sehingga larut malam
DDCCEE33441188-- KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN BBUUDDAAYYAA DDAALLAAMM OORRGGAANNIISSAASSII PJJ,UPMET/ UPM
42
tanpa merungut dan menyumbang dengan lebih banyak kepada produktiviti unit
kerja.
KESIMPULAN
Dalam sesuatu tempat kerja intrabudaya yang dipengaruhi oleh budaya Melayu,
ketua dan pengurus Melayu yang kanan perlu menjadikan kelakuan mereka sebagai
model peranan, sejajar dengan nilai budaya dan agama bagi memenangi hati dan
minda orang bawahan mereka. Tidak ketinggalan juga adalah penting untuk
pengurus mewujudkan suasana kekeluargaan di kalanga pekerja mereka kerana ini
akan menanmkan rasa komitmen kepada organisasi dalam diri mereka. Ketua
Melayu perlu menunjukkan pemahaman, keupayaan dan ketekunan mereka
berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran menerusi
minda dan intelek, dan menyatupadukannya dengan ilmu pengetahuan yang berasal
daripada wahyu. Kelompok baru Melayu yang berjaya memperoleh material dan
simbol status baru mungkin perlu mengimbangi kehidupan mereka dengan rasa
komitmen yang diperbaharui kepada agama dengan pencarian kekayaan yang
biasanya dihasilkan oleh kuasa perubahan.
RUJUKAN:
Asma Abdullah (2009). Ke Arah Glokal, Dimensi Budaya dalam Pengurusan
Malaysia. Institut Terjemahan Malaysia Berhad.