kandungan - jkt.kpkt.gov.my...bandarayaku gemilang - majlis bandaraya melaka bersejarah • kertas...

24

Upload: others

Post on 09-Dec-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh
Page 2: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

PenasihatYBhg. Datin Maziah Binti Adnan

Ketua EditorVishalini Arumugam

Penolong Ketua EditorRita Binti Rasid

Sidang EditorialBahagian Dasar & Kemajuan Kerajaan Tempatan Bahagian Pembangunan & Hal Ehwal Kewangan PBTBahagian ICTBahagian Kampung BaruBahagian Kesihatan PersekitaranBahagian Penyenggaraan Fasiliti & Perparitan BandarBahagian Kawalan BangunanBahagian Perundangan dan Penyelidikan TeknikalBahagian Khidmat PengurusanUnit Integriti

Diterbitkan oleh:

Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan & Kerajaan TempatanAras 25-29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.Tel: 03-8891 3000 Faks: 03-8891 3090

Laman web: http://jkt.kpkt.gov.myEmel: [email protected]

KANDUNGAN

SIDANG EDITORIAL

MESYUARAT MAJLIS NEGARA BAGI KERAJAAN TEMPATAN KE-67 (MNKT KE-67)

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PBT (JPPBT) 2014

MAJLIS RAMAH MESRA YB MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU

PERSIDANGAN KESIHATAN PERSEKITARAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2014

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATIN KETUA PENGARAH DENGAN WARGA JKT

ANUGERAH LAMAN WEB 5 BINTANG BAGI JKT DALAM PENILAIAN MDeC 2014

MAJLIS SERAH DAN TERIMA TUGAS YBRS. ENCIK TAN LAI SENG KEPADA YBHG. TN. HJ. IR. ZAINAL ABIDIN BIN SAI’DUN, TIMBALAN KETUA PENGARAH (TEKNIKAL), JKT

SESI CLOCK OUT YBRS. ENCIK TAN LAI SENG, TIMBALAN KETUA PENGARAH TEKNIKAL, JKT

LAWATAN TAPAK DAN MAKMAL PENGURUSAN NILAI BAGI PROJEK MEDAN NIAGA CAMERON HIGHLANDS

SESI PEMAHAMAN OSC 3.0 (TRAINING OF TRAINERS-TOT)

PENUBUHAN UNIT INTEGRITI JKT

MESYUARAT PENYELARASAN SISTEM OSC ONLINE

PROGRAM AUDIT PENYENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN KE 21 PBT YANG TERPILIH

LAWATAN AUDIT CCTV FASA 1 DI MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH DAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN MELAKA

AUDIT KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI LAPANGAN TERBANG KLIA 2, SEPANG, SELANGOR

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ePBT BILANGAN 2 TAHUN 2014

MESYUARAT PEMBENTANGAN PENINGKATAN PORTAL eJKT

PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL (PPAT) JKT TAHUN 2014

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, JKT 2014

AUDIT PELAKSANAAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S JKT OLEH MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC)

AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2008 JKT OLEH PIHAK SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD

1

3

4

5

6

7

7

7

8

9

9

10

11

12

13

13

14

14

15

16

16

17

18

18

19

19

20

20

21

21

22

UtamaMemperkasa Ilmu

Peristiwa

Aktiviti JKT

LAWATAN OLEH PIHAK LUAR KE JKT

KURSUS KESEDARAN PENGGUNAAN PERANGKAP MINYAK UNTUK PBT

KURSUS PENGURUSAN PROJEK: PENILAIAN OUTCOME DAN IMPAK PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2014 JKT (SIRI 1)

SEMINAR PEMANTAPAN PEMAHAMAN KEPADA MODEL BARU OSC 3.0

KURSUS REKABENTUK, OPERASI DAN PENYENGGARAAN SISTEM LIF PERINGKAT PBT BAGI TAHUN 2014

CERAMAH “INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM”

KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI 1

TAKLIMAT PENGGUNAAN BORANG PEMERIKSAAN DAN PENGGREDAN PREMIS MAKANAN KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

SEMINAR JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG 2014 (JKKK) (SIRI 1)

PORTAL eJKTInfo Lestari

Page 3: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

BAGI KERAJAAN TEMPATAN KE-67

Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-67 telah dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada 4 Mac 2014. Mesyuarat diadakan di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

MNKT ke-67 telah mempertimbangkan tiga kertas iaitu dua kertas oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan satu kertas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:

Bil Tajuk Kertas Kementerian/Jabatan1. Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

dalam Kawasan PBTKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2. Cadangan Tatacara Operasi Standard (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan PBT

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3. Cadangan Penguatkuasaan Pengesahan Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Iklan di Tempat Awam

Dewan Bahasa dan Pustaka

Bil Tajuk Kertas Kementerian/Jabatan1. Memantapkan Urusan Pengeluaran Permit Pembinaan

Melalui OSC 3.0Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2. Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3. Status Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) Bagi 13 April 2007 sehingga 31 Disember 2013

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

4. Tindakan Pencegahan dan Kawalan Bagi Membendung Peningkatan Kes dan Kematian Demam Denggi

Kementerian Kesihatan Malaysia

5. Malaysia Dalam Laporan Bank Dunia 2014 Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia

Mesyuarat MNKT Ke-67 ini juga mengambil maklum mengenai tiga kertas makluman oleh KPKT, satu kertas makluman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan satu kertas makluman oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti berikut:

MESYUARAT MAJLIS NEGARA

(MNKT KE-67)

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 1

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• UTAMA

Page 4: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

YAB Timbalan Perdana Menteri bersama dengan YB Menteri KPKT dan ahli-ahli Mesyuarat MNKT ke-67

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA2

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 UTAMA •

Page 5: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan PBT (JPPBT) telah diadakan dari 27 hingga 29 April 2014 di Hotel Equatorial, Melaka. Mesyuarat JPPBT telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dihadiri oleh Datuk Bandar/Yang Dipertua/ Pengerusi PBT (PBT) di seluruh negara, wakil Kerajaan Negeri dan beberapa agensi pusat yang berkaitan.

Tujuan Mesyuarat JPPBT adalah seperti berikut:

i. Membincang isu-isu yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan di PBT yang boleh memberi impak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pusat berhubung dengan Kerajaan Tempatan;

ii. Menyedia peluang kepada PBT untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta mendapatkan maklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; dan

iii. Sebagai forum untuk meningkatkan pemahaman Kerajaan Negeri dan PBT terhadap dasar-dasar serta program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bagi membolehkan PBT memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada penduduk setempat.

Sebanyak 9 Kertas Kerja telah dibentangkan seperti berikut:

• Kertas Kerja 1 Peranan PBT Dalam Mencegah Jenayah - Yayasan

Pencegahan Jenayah Malaysia• Kertas Kerja 2 Inovasi dan Kecemerlangan – strategi dan peranan

PBT - Yayasan Inovasi Malaysia

• Kertas Kerja 3 Pelepasan Terus : Isu dan Cabaran Ke Arah Persekitaran

Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

• Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya

Kemalangan Besar” oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran, Kementerian Sumber Manusia.

• Kertas Kerja 5 Ringkasan kertas kerja yang telah dibentangkan

dalam MNKT ke 66 & 67 - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

• Kertas Kerja 6 Tatacara Mempertimbangkan Permohonan Cadangan

Pemajuan yang Berkesan - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

• Kertas Kerja 7 Peruntukan yang disediakan oleh JKT kepada PBT -

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

• Kertas Kerja 8 Halatuju Projek ICT di PBT – ePBT, OSC Online,

Pengurusan Portal PBT - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

• Kertas Kerja 9 Taklimat Program MyHome - Kementerian

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PBT(JPPBT) 2014

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 3

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• UTAMA

Perasmian Jawatankuasa Perundingan PBT

Page 6: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

YB MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bersama Penduduk Kampung Baru telah diadakan pada 18 Januari 2014, Sabtu di Kampung Baru Pekan Getah dan Kampung Baru Coldstream, Perak. Majlis ini merupakan salah satu program turun padang YB Menteri ke Kampung-kampung Baru untuk beramah mesra dengan penduduk kampung khususnya warga emas selain meninjau keadaan kampung terutamanya infrastruktur asas. YB Menteri telah diwakili oleh Y.Bhg. Datuk Yong Bun Fou, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan dan Dasar KPKT berikutan beliau terpaksa meninjau keadaan banjir yang melanda kawasan di sekitar Kota Belud pada ketika itu. Majlis Ramah Mesra ini telah menyaksikan penyertaan seramai 200 orang di Kampung Baru Pekan Getah dan lebih daripada 800 orang di Kampung Baru Coldstream. Turut menyertai majlis ini adalah ADUN Chenderiang, wakil Ahli Parlimen Tapah, wakil ADUN Ayer Kuning, Ketua Pengarah JKT, Pegawai Daerah Tapah dan pemimpin-pemimpin tempatan yang lain.

MAJLIS RAMAH MESRA

Y.Bhg. Datin Maziah, KP JKT sedang beramah mesra dengan penduduk KB Pekan Getah

Y.Bhg. Datuk Yong, TKSU KPKT sedang beramah mesra dengan warga emas di KB Coldstream

Delegasi KPKT sedang meninjau keadaan gelanggang bola keranjang di KB Coldstream

Sesi bergambar bersama warga emas berumur lebih daripada 100 tahun di KB Coldstream

Lebih daripada 800 orang menyertai Majlis Ramah Mesra di KB Coldstream, Perak

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA4

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 UTAMA •

Page 7: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Persidangan Kesihatan Persekitaran merupakan agenda tahunan JKT dan telah mula dianjur pada tahun 2008. Persidangan pada tahun ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 17 dan 18 Jun 2014 dengan tema “Memperkasakan Persekitaran Sihat, Untuk Kesejahteraan Rakyat”.

Perasmian telah dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu YBhg. Dato’ Halimi b. Abd. Manaf. Seramai 300 orang terlibat dalam persidangan ini dan melibatkan pegawai kesihatan persekitaran daripada PBT, agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara dan juga peserta daripada pusat pengajian tinggi.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 5

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• UTAMA

PERSIDANGAN KESIHATAN PERSEKITARANPIHAK BERKUASA TEMPATAN 2014

Persidangan ini merupakan satu platform di mana kertas-kertas kerja saintifik yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dibentangkan dan dibincangkan dalam kalangan pegawai-pegawai teknikal PBT dan para profesional dalam bidang kesihatan persekitaran berpeluang:

• Berkomunikasi dan berkongsi idea mengenai isu–isu kesihatan persekitaran terutama yang melibatkan PBT;

• Menemukan idea dan kaedah baru dalam menangani isu kesihatan persekitaran; dan

• Memupuk sifat profesionalisme yang tinggi serta semangat setia kawan dan mewujudkan jalinan hubungan antara para profesional kesihatan persekitaran di PBT dan agensi-agensi lain.

Sepanjang persidangan, sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan. Pembentangan telah dibahagikan kepada 5 sesi dan merangkumi topik mengenai sanitasi bandar, kawalan penyakit dan vektor, kesihatan awam, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pencemaran alam sekitar.

Persidangan ini juga melibatkan beberapa aktiviti lain seperti pertandingan poster dan pameran kesihatan persekitaran. Sebanyak 10 penyertaan telah diterima bagi menyertai pertandingan poster ini. Pertandingan ini telah diadili oleh 3 orang juri yang diketuai oleh Dr. Subramaniam a/l Karuppannan (UiTM), Dr. Muhammad Amir Bin Kamaluddin dan Tn. Haji Abdul Manan Bin Mat Dahan.

Page 8: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

DENGAN WARGA JKT PADA 16 JANUARI 2014 DAN 23 JUN 2014 DI DEWAN KRISTAL, ARAS B1, KPKT

Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga JKT adalah merupakan program yang diadakan bagi memberi peluang kepada warga Jabatan mendengar sendiri amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah selain medium untuk beramah mesra di kalangan semua warga Jabatan. Program yang diatur tiga kali setahun ini turut diadakan bersekali dengan program ceramah atau taklimat yang boleh memberi manfaat kepada semua warga Jabatan. Majlis Perjumpaan ini juga turut mempertontonkan slaid pencapaian JKT dan mengalu-alukan pegawai-pegawai yang baru melapor diri di Jabatan dan juga pemberian cenderahati penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar.

Pada 16 Januari 2014 yang lalu, bersempena dengan Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga JKT, satu taklimat mengenai Pelaksanaan Malaysia Goods and Services Tax (GST) telah disampaikan oleh Tuan Shabudin bin Ramli daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Sesi taklimat yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana warga Jabatan turut berpeluang bertanyakan soalan terus kepada penceramah mengenai isu yang sedang hangat diperdebatkan.

Turut diadakan, pentauliahan Sijil Kursus Basic Life Support kepada 40 orang warga Jabatan yang telah hadir dan lulus dengan jayanya. Kursus tersebut yang diadakan dengan objektif memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai pertolongan cemas, praktikal kaedah cardiopulmonary resuscitation (CPR) selain turut mendapat kelayakan dan pentauliahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada majlis tersebut, turut disampaikan cenderahati penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Putrajaya di atas sokongan dan bantuan dalam menjayakan Program Trim and Fit yang telah dianjurkan oleh Jabatan pada tahun 2013 yang lepas. Turut disampaikan, hadiah galakan kepada 29 warga Jabatan yang telah mengikuti program tersebut dan mengalami penurunan berat badan. Kemuncak bagi Program Trim and Fit ini adalah merupakan penyampaian hadiah kepada pertandingan The Biggest Looser yang telah dimenangi oleh En. Aziswan Zamin bin Abdul Aziz daripada Bahagian Penyenggaraan Fasiliti dan Perparitan Bandar.

Pada Majlis Perjumpaan bertarikh 23 Jun 2014, turut diadakan Continuous Professional Development (CPD) Program Peningkatan Urus Tadbir Jabatan kepada warga Jabatan. Sebanyak tiga (3) taklimat telah disampaikan iaitu Integriti Dalam Perkhidmatan Awam, Total Quality Management (TQM) dan Ex- Gratia : Pampasan Kecederaan Semasa Menjalankan Tugas Rasmi.

Bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, turut diadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Shukry bin Sulaiman daripada Seksyen Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan, KPKT.

Sesi diakhiri dengan meraikan seramai 39 pegawai Jabatan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013. Turut diraikan Encik Tan Lai Seng, Timbalan Ketua Pengarah Teknikal dan Encik Muhammad bin Mat Ail, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang telah bersara.

Semasa majlis tersebut, turut disampaikan Anugerah Pekerja Contoh JKT Tahun 2013. Penerima Anugerah Pekerja Contoh adalah dipilih dari kalangan pegawai-pegawai kumpulan sokongan I dan II yang berkhidmat di Ibu Pejabat di Putrajaya. Seramai dua orang pekerja contoh telah dipilih berdasarkan pencalonan yang diterima daripada setiap bahagian dan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal).

YBHG. DATIN KETUA PENGARAH Majlis Perjumpaan

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA6

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 PERISTIWA •

Page 9: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

MAJLIS SERAH DAN TERIMA TUGAS YBRS. ENCIK TAN LAI SENG KEPADA YBHG. TN. HJ. IR. ZAINAL ABIDIN BIN SAI’DUN, TIMBALAN KETUA PENGARAH (TEKNIKAL), JKT

Majlis serah dan terima tugas YBrs. Encik Tan Lai Seng, Timbalan Ketua Pengarah Teknikal diadakan bersempena persaraan wajib beliau pada 12 Jun 2014. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk penyerahan Nota Serah Tugas YBrs. Tan Lai Seng kepada YBhg. Tn. Hj. Ir. Zainal Abdin bin Sai’dun, Timbalan Ketua Pengarah Teknikal Jabatan yang baru. Majlis menandatangani Nota Serah Tugas ini disaksikan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKT. Turut diadakan juga, sesi taklimat mengenai pengenalan kepada JKT kepada Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) yang baru. Jabatan mengalu-alukan kedatangan beliau dan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBhg. Ir. Zainal Abidin bin Sai’dun.

SESI CLOCK OUT YBRS. ENCIK TAN LAI SENG, TIMBALAN KETUA PENGARAH TEKNIKAL, JKT

Sesi Clock Out YBrs. Encik Tan Lai Seng, Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) diadakan pada hari terakhir perkhidmatan beliau yang telah berlangsung pada 11 Jun 2014 jam 4.30 petang. Beliau telah berkhidmat selama 36 tahun dalam perkhidmatan awam bermula 12 Mei 1978 hingga 11 Jun 2014. Jabatan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YBrs. Tan Lai Seng yang telah menyumbang tenaga dan menabur bakti kepada Jabatan ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama 6 tahun bermula 1 Oktober 2008 sehingga 11 Jun 2014.

JKT telah sekali lagi berjaya mengekalkan pengiktirafan Laman Web 5 Bintang dalam Penilaian MDeC 2013. Wakil JKT di Majlis Anugerah Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2014 telah menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Zabidi Zainal pada 28 Mac 2014.

ANUGERAH LAMAN WEB 5 BINTANG BAGI JKT DALAM PENILAIAN MDeC 2014

ANUGERAH LAMAN WEB 5 BINTANG BAGI JKT DALAM PENILAIAN MDeC 2014

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 7

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• PERISTIWA

Page 10: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

BAGI PROJEK MEDAN NIAGA CAMERON HIGHLANDS

Tapak Projek Medan Niaga Cameron Highlands adalah merupakan rizab hutan seluas 33 hektar yang dikeluarkan untuk dibangunkan sebagai langkah penempatan semula peniaga-peniaga di Brincang, Kea Farm dan sebilangan kecil di Tringkap. Susulan daripada pembentangan konsep projek tersebut oleh pihak JKR kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Mesyuarat Pra Lab Value Management (VM) di Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 14 Februari telah memutuskan satu lawatan ke tapak cadangan pada 27 Februari 2014 di Cameron Highlands dan seterusnya Jabatan telah mengadakan satu Makmal Pengurusan Nilai bagi projek Medan Niaga Cameron Highlands pada 3 Mac hingga 5 Mac di Dewan Kristal, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

Tujuan lawatan tapak dan makmal tersebut diadakan adalah untuk mengenalpasti keperluan sebenar projek bagi mencapai fungsi yang ditetapkan disamping membolehkan perancangan perbelanjaan peruntukan pembangunan yang efisien.

Peserta-peserta yang terlibat adalah daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, JKR Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek KPKT dan Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Kewangan PBT, JKT.

LAWATAN TAPAK DAN MAKMAL PENGURUSAN NILAI

Perbincangan di antara pihak wakil JKR, JKT, KPKT, EPU, MDCH dan agensi lain yang terlibat

berhampiran tapak cadangan Medan Niaga Cameron Highlands pada 27 Februari 2014.

Pembentangan kumpulan Civil & Structure di dalam Bengkel Pengurusan Nilai Projek Medan Niaga Cameron

Highlands sedang berlangsung bagi membincangkan cadangan rekabentuk struktur bangunan.

Wakil EPU, JPM meneliti dan memberi komen kepada pihak JKR berhubung pelan tapak dan

cadangan rekabentuk awal yang dikemukakan oleh pihak JKR.

Sedang membincangkan isu-isu berkenaan konsep rekabentuk struktur yang dicadangkan dan juga memberi idea di samping menganalisa cadangan yang diberikan oleh kumpulan Civil & Structure.

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA8

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 AKTIVITI JKT •

Page 11: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

SESI PEMAHAMAN OSC 3.0 (TRAINING OF TRAINERS-TOT)JKT bersama-sama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan beberapa siri Bengkel Pemantapan Urusan Pemberian Permit Pembinaan (Dealing With Construction Permits) sepanjang tahun 2013 yang melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan juga semua Agensi Teknikal Luaran yang terlibat dalam pemberian permit pembinaan di Malaysia. Hasil daripada bengkel tersebut, penambahbaikan telah dilaksanakan kepada proses dan prosedur OSC sedia ada dan dinamakan semula sebagai OSC 3.0. Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-66 yang bersidang pada 3 September 2013 telah bersetuju untuk menguatkuasakan OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014.

Bagi mencapai tahap kompetensi di kalangan petugas-petugas kaunter OSC di PBT seluruh Semenanjung Malaysia, Kementerian dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan juga Kumpulan Fokus Urusan Pemberian Permit Pembinaan (FGDCP) untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam kepada pegawai-pegawai OSC serta pegawai-pegawai agensi teknikal yang dipilih dan seterusnya melantik pegawai tersebut menjadi tenaga pengajar yang berperanan untuk mengajar dan memberikan penerangan kepada penggiat industri binaan di kalangan PBT dan Agensi Teknikal (AT) yang terlibat dalam pemberian permit pembinaan di dalam satu program yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal pada 17 Februari 2014 bertempat di Bilik Tanjung Aras 11 KPKT.

Sesi penerangan taklimat berkaitan OSC 3.0 telah disampaikan oleh Puan Aminah Binti Abd. Rahman, Pengarah, Bahagian Penyelidikan & Perundangan Teknikal, JKT yang juga merupakan salah seorang ahli panel dalam FGDCP. Pembentangan seterusnya berkaitan Kajian kes Pembinaan stesen minyak (Projek berskala besar) telah disampaikan oleh wakil Jurutera Perunding iaitu En. Ir. Bashir Ahamed Maideen. Kehadiran pegawai-pegawai OSC PBT dan ATL yang dipilih dalam program TOT ini adalah sangat memuaskan. PBT-PBT yang dipilih adalah terdiri daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 9

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• AKTIVITI JKT

PENUBUHAN UNIT INTEGRITI JKTSelaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Unit Integriti di JKT telah dikenal pasti sebagai agensi berisiko rendah (Model C). JKT telah menubuhkan Unit Integriti pada 14 November 2013. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

a) Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; b) Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan

pelaksanaan integriti dalam organisasi; c) Pengesanan dan Pengesahan

i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan

ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

d) Pengurusan Aduan Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua

aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

e) Pematuhan Memastikan pematuhan terhadap undang-undang

dan peraturan yang berkuatkuasa; dan f) Tatatertib Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

CARTA ORGANISASI UNIT INTEGRITIKETUA UNIT

NORHANIS BINTI NAIM44

MASRI AZLAN BIN MASRIDINPEMBANTU TADBIR

N17

FARHANAH BINTI ABDULLAHPEMBANTU TADBIR

N17

SEKSYEN PENGUKUHAN INTEGRITI, PENGURUSAN ADUAN, TADBIR URUS DAN

PEMATUHAN

PENOLONG PEGAWAI TADBIRSITI FATIMAH BINTI AB RAZAK

N27

SEKSYEN PENGESANAN, PENGESAHAN DAN TATATERTIB

PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANANSURIMI BIN SALLEH

N32

Page 12: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Bagi memenuhi aspirasi Kerajaan mempertingkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam khususnya dalam aspek approval process, Kementerian telah melancarkan sistem OSC Online pada 4 Januari 2011 yang lalu kepada 10 PBT yang terlibat sebagai pilot projek iaitu Majlis Bandaraya Johor Bharu, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan Majlis Perbandaran Nilai.

OSC Online telah dilancarkan pada 4 Januari 2011 sehingga 30 Disember 2012 di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia. Selama tempoh tersebut pihak JKT menerima pelbagai maklumbalas berkenaan penggunaan sistem OSC Online ini. Sehingga kini sebanyak 98 PBT Semenanjung Malaysia telah pun selesai pemasangan sistem OSC Online. OSC Online merupakan satu sistem yang menyediakan platform pengemukaan dan pemprosesan permohonan 24 jam, 7 hari seminggu (24/7) dan dari mana-mana tempat. OSC Online yang diperkenalkan ini adalah merupakan agenda penting kerajaan bagi mempercepatkan approval process dan seterusnya memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya di pihak PBT.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 3 kali mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 21 Januari 2014, 27 Februari 2014 dan yang terakhir adalah pada 6 Mac 2014 bagi membincangkan dan membuat penambahbaikan pada sistem OSC Online. Mesyuarat-mesyuarat ini adalah merupakan lanjutan daripada Mesyuarat Kick Off Bagi Kontrak Perkhidmatan Penambahbaikan Sistem OSC Online di 98 PBT pada 13 Januari 2014 yang lalu. Fokus utama pada mesyuarat ini adalah kepada Skop Kerja, Pembayaran dan Jadual Pelaksananaan yang dikemukakan oleh pihak YES Online Sdn Bhd.

Hasil daripada ketiga-tiga mesyuarat penyelarasan ini, kesemua ahli mesyuarat bersetuju dengan satu cadangan Jadual Pelaksanaan Sistem di dalam tempoh 2 tahun mulai dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015 yang melibatkan pembangunan sistem, pemasangan, ujian sistem dan tempoh jaminan. Mesyuarat ini juga telah memutuskan 3 PBT telah disenaraikan untuk dijadikan pilot bagi peringkat permulaan penambahbaikan sistem yang akan bermula dari 1 Januari 2014 hingga 30 Jun 2014. PBT tersebut adalah Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Kuantan. PBT tersebut telah dipilih berdasarkan kepada PBT yang sememangnya telah mahir menggunakan sistem OSC Online. Penambahbaikan tersebut juga melibatkan pembetulan ralat serta beberapa UCR yang akan dibincangkan lanjut.

MESYUARAT PENYELARASANSISTEM OSC ONLINE

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA10

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 AKTIVITI JKT •

Page 13: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Kolam takungan (retention pond) digunakan untuk menahan air bagi beberapa jam supaya saliran perparitan dan sungai sempat mengalirkan air larian (surface run-off) ke lautan. Oleh itu, kolam takungan memainkan peranan sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah banjir dan juga sebagai kolam penapis kelodak serta tempat beriadah.

Penyediaan kolam takungan di kawasan pembangunan merupakan satu langkah yang mampan untuk mengatasi masalah banjir yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan bencana kepada penduduk dan orang awam. Sehubungan itu, penyenggaraan kolam takungan amat penting bagi memastikan kolam takungan dapat berfungsi dengan baik.

Tujuan audit penyenggaraan kolam takungan diadakan adalah untuk:

• Mendapatkan maklumat mengenai pengurusan penyenggaraan kolam takungan yang dilakukan oleh PBT;

• Memberi laporan dan cadangan tambah baik penyenggaraan kolam takungan;

• Mengemaskini data-data kolam takungan dalam kawasan PBT; dan

• Berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan PBT berhubung penyenggaraan kolam takungan.

- Sebanyak 21 PBT telah dipilih untuk pelaksanaan audit penyenggaraan kolam takungan.

- Program audit bermula dari Mac hingga Jun 2014.

- Senarai PBT yang di audit adalah seperti dalam jadual berikut:

JADUAL AUDIT PENYENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN BAGI TAHUN 2014

BIL.NEGERI

NEGERI BIL.PBT

PBT TARIKH LAWATAN

1. PERLIS 1 MP KANGAR 24-28/03/2014

2. KEDAH 2 MP LANGKAWI

3 MP LANGKAWI

3. NEGERI SEMBILAN

4 MP PORT DICKSON 16-18/04/2014

5 MP REMBAU

6 MP REMBAU

4. MELAKA 7 MB MELAKA BERSEJARAH

25-28/03/2014

8 MD ALOR GAJAH

5. PAHANG 9 MD CAMERON HIGHLANDS

21-23/04/2014

10 MD CAMERON HIGHLANDS

26-30/05/2014

11 MD LIPIS

6. JOHOR 12 MP MUAR 7-11/04/2014

13 MP KLUANG

14 MP PONTIAN

7. PERAK 15 MD PERAK TENGAH 24-25/04/2014

8. KELANTAN 16 MD KETEREH 16-18/04/2014

9. SELANGOR 17 MD HULU SELANGOR

12-14/03/2014

18 MD HULU SELANGOR

19 MD HULU SELANGOR

10. TERENGGANU 20 MP KEMAMAN 16-20/06/2014

21 MP DUNGUN

KE 21 PBT YANG TERPILIH

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 11

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• AKTIVITI JKT

PROGRAM AUDITPENYENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN

Page 14: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

pada 19 - 20 Mac 2014.

Lawatan Audit CCTV Fasa 1 di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka

Projek pemasangan CCTV adalah bertujuan untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan projek penambahbaikan tahap keselamatan awam dengan menggunapakai 23 Langkah Bandar Selamat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2004 bagi mewujudkan kawasan perbandaran yang selamat dan sejahtera. Salah satu daripada 23 langkah tersebut adalah Pemasangan Sistem CCTV. Projek pemasangan CCTV fasa 1 yang melibatkan pemasangan 496 buah kamera telah bermula pada 15 Februari 2010 di 25 buah PBT dan telah siap sepenuhnya pada 29 Mac 2011 bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Kontrak penyewaan sistem CCTV ini adalah selama 5 tahun dan akan berakhir pada 30 Mac 2016.

Lawatan Audit CCTV ini diadakan adalah untuk menyemak kebolehgunaan sistem CCTV seperti yang telah ditetapkan dalam kontrak di antara JKT/KPKT dan Kontraktor. Selain itu audit yang dijalankan di PBT dan PDRM terpilih juga bertujuan menilai pengurusan bilik kawalan dan sistem pemantauan PBT/PDRM.

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA12

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 AKTIVITI JKT •

Bilik Kawalan Majlis Bandaraya Melaka

Lawatan ke lokasi tiang CCTV

Bilik Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka

Page 15: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

di Lapangan Terbang KLIA 2, Sepang, Selangor

JKT telah dijemput oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) untuk menjalankan Audit Kemudahan Akses Orang Kurang Upaya (OKU) di Lapangan Terbang KLIA 2, Sepang, Selangor. Program ini telah dijalankan pada 20 Januari 2014 dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada KPKT, KPM, Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM).

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk:i. Memeriksa pelaksanaan kemudahan akses OKU di

Lapangan terbang KLIA 2, Sepang, Selangor.

Audit Kemudahan AksesOrang Kurang Upaya (OKU)

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 13

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• AKTIVITI JKT

Pada 25 Jun 2014, KPKT dan JKT telah sama-sama menjayakan program Audit Kemudahan Akses OKU di Putrajaya Sentral yang dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada organisasi yang terlibat antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM).

PROGRAM AUDIT AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI PUTRAJAYA SENTRAL

Tandas OKU Lif OKU

ii. Memberi kesedaran kepada pihak yang terlibat dalam industri pembinaan agar kemudahan akses OKU dapat diterapkan dan diaplikasikan dalam semua projek pembangunan.

iii. Membuat penambahbaikan terhadap kemudahan OKU jika ada.

Antara kemudahan akses OKU yang disediakan:i. Tandas OKUii. Handrailiii. Kaunter OKUiv. Guiding Tactilev. Signages untuk OKUvi. Lif OKUvii. Rampviii. Parking OKU

Page 16: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA14

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 AKTIVITI JKT •

Mesyuarat Pembentangan

Bermula daripada Oktober 2013 sehingga Mei 2014 Februari 2010, Bahagian ICT, JKT telah menganjurkan Mesyuarat Pembentangan Peningkatan Portal eJKT bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mesyuarat turut diadakan di Sabah dan Sarawak. Mesyuarat dihadiri oleh semua wakil dari PBT dan SUK serta wakil bahagian-bahagian JKT. Bengkel tersebut dikendalikan oleh pihak vendor iaitu Opensoft Technologies Sdn Bhd yang melaksanakan peningkatan portal eJKT dan dianjurkan oleh Bahagian ICT, JKT. Senarai mesyuarat yang diadakan mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada semua wakil pengguna di PBT dan SUK mengenai peranan dan fungsi Peningkatan Portal eJKT. Mesyuarat membincangkan pengisian data oleh pengguna PBT juga memberi tumpuan kepada penggunaan Portal eJKT, Sistem eProfil, Sistem eMohon dan Sistem ePantau.

Bil Tarikh Negeri Negeri 1. 20 – 22 Oktober

2013 Perak dan Melaka

Perak dan Melaka

2. 06 – 08 November 2013

Perlis dan Johor

Perlis dan Johor

3. 24 – 26 November 2013

Kelantan dan Terengganu

Kelantan dan Terengganu

4. 26 – 28 November 2013

Pahang, Kedah dan Pulau Pinang

Pahang, Kedah dan Pulau Pinang

5. 17 – 18 Disember 2013

Sabah Sabah

6. 09 – 11 Februari 2014

Selangor dan Negeri Sembilan

Selangor dan Negeri Sembilan

7. 05 – 06 Mei 2014 Sarawak Sarawak

Mesyuarat Pembentangan Peningkatan Portal eJKTdi ILPKT

Peningkatan Portal eJKT PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL (PPAT)

JKT TAHUN 2014

PPAT dilaksanakan untuk memantau penggunaan peruntukan oleh PBT bagi Program Kesihatan Persekitaran yang merangkumi Program Kawalan Dan Keselamatan Makanan, Program Kawalan Vektor, Program Kebersihan Tandas, Program Kawalan Haiwan Terbiar dan Program Kawalan Pusat Penyembelihan dan Pasar.

Setakat Jun 2014, PPAT 2014 telah dilaksanakan di lapan PBT seperti berikut:

i. Majlis Daerah Batu Gajah, Perak;ii. Majlis Bandaraya Ipoh, Perak;iii. Majlis Perbandaran Taiping, Perak;iv. Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak; v. Majlis Daerah Yong Peng, Perak;vi. Majlis Daerah Manjung, Perak;vii. Majlis Daerah Dalat-Mukah, Sarawak ; danviii. Majlis Daerah Pontian, Johor.

Antara perkara-perkara yang diaudit adalah pengurusan aset alih, pendaftaran dan pengendalian bahan kimia, pentadbiran & pengurusan terutamanya yang melibatkan aktiviti kesihatan persekitaran.

Page 17: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP), JKT 2014 telah diadakan selama seminggu iaitu pada 16 Januari 2014 sehingga 22 Januari 2014 dengan perasmian oleh YBhg. Datin Maziah Adnan, Ketua Pengarah JKT. Objektif Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah seperti berikut:

• Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada penjawat awam di JKT mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui ceramah, pameran dan risalah kesihatan.

• Meningkatkan kesedaran penjawat awam JKT mengenai amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Kuiz, Pemeriksaan Kesihatan dan Amalan Jom Naik Tangga dan Bebas Asap Rokok.

• Meningkatkan hubungan pengurusan atasan JKT dan penjawat awam JKT melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Minggu Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan, JKT 2014 16 hingga 22 Januari 2014

Pengisian aktiviti sepanjang MPPK merangkumi penganugerahan johan Program Trim & Fit JKT 2013, dua siri ceramah kesihatan (Kempen Bebas Asap Rokok dan Promosi ‘Jom Naik Tangga’), pameran, kuiz, saringan kesihatan dan kajian persepsi polisi bebas asap rokok.

MKKP dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pendidikan kesihatan dan kesedaran mengenai keselamatan/kesihatan pekerjaan di kalangan warga JKT akan diteruskan dan ditingkatkan.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 15

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• AKTIVITI JKT

Page 18: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

AUDIT PELAKSANAAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S JKT OLEH MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC)JKT telah menjalani audit 5S oleh MPC pada 3 April 2014 dan berjaya mengekalkan sijil 5S bagi kali yang kedua. Pengauditan dilaksanakan oleh pegawai MPC iaitu Encik Khairul Nazir Nawi ke atas semua zon-zon JKT yang merangkumi 5 aras di JKT dan juga pemeriksaan dokumen 5S.

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA16

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 AKTIVITI JKT •

JKT juga telah menjalani pengauditan pensijilan semula SPK MS ISO 9001:2008 pada 5 dan 6 Mei 2014. Sesi audit dilaksanakan oleh tiga juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd dan melibatkan pengauditan yang intensif dan menyeluruh ke atas semua proses kerja di JKT. JKT telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh tiga tahun lagi.

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 JKT oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd

Page 19: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

i. Lawatan daripada Delegasi Parliamentary Committee, Tanzania pada 13 Februari 2014. Lawatan diketuai oleh the Honourable Mr Rajab M Mohammad, Ahli Parlimen Tanzania. Tujuan Lawatan adalah untuk membolehkan ahli-ahli Parliamentary Committee berkenaan mempelajari kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Tempatan di Malaysia terutamanya dari segi penggunaan wang awam dan pengurusan kewangan. Pihak JKT juga turut menjemput YDP Majlis Perbandaran Kajang dan YDP Majlis Bandraya Petaling Jaya.

ii. Lawatan Akademik Pelajar Fakulti Sains Pentadbiran, UiTM, Kedah pada 9 Mei 2014. Tujuan lawatan adalah untuk mendapat penjelasan mengenai peranan Kerajaan Tempatan dalam pembangunan mapan (Sustainable Development) dan untuk memenuhi keperluan kursus ADS505: Local Government. Lawatan disertai oleh 13 orang siswa, 47 orang siswi dan dua orang pegawai pengiring. Taklimat disampaikan oleh Encik Ismail bin Mokhtar.

LAWATAN OLEH PIHAK LUAR KE JKT

iii. Lawatan daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) pada 9 Jun 2014. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju persatuan tersebut.

iv. Lawatan daripada The Japan Council of Local Authorities for International Relations (CLAIR), Singapore pada 9 Jun 2014 yang bertujuan untuk berbincang berkaitan program yang akan dilaksanakan oleh CLAIR pada November 2014.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 17

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 • AKTIVITI JKT

Page 20: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

KURSUS PENGURUSAN PROJEK: PENILAIAN OUTCOME DAN IMPAK PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2014 JKTKursus Pengurusan Projek: Penilaian Outcome dan Impak Projek Pembangunan JKT 2014 ini telah diadakan pada 16-18 Jun 2014 di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ILPKT), Bukit Tinggi, Pahang. Objektif Kursus Pengurusan Projek : Penilaian Outcome dan Impak Projek Pembangunan JKT 2014:

a) Memastikan program dan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10) menyumbang kepada pencapaian outcome yang disasarkan;

b) Melaksanakan penilaian outcome berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dan;

c) Memastikan penilaian outcome dilaksanakan mengikut metodologi yang ditetapkan.

KURSUS KESEDARAN PENGGUNAAN PERANGKAP MINYAK UNTUK PBT

Kursus telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 21hb hingga 23hb Mei 2014 di Dewan Kristal, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seramai 76 orang peserta daripada PBT dan JKT telah menyertai kursus ini.

Penceramah yang dijemput adalah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:• Memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai

kepentingan pemasangan dan penyelenggaraan perangkap minyak yang berkesan.

• Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai peranan pelbagai agensi teknikal berkaitan.

• Berkongsi maklumat, bertukar-tukar pandangan dan memberi pendedahan serta pengalaman PBT yang telah melaksanakan pemasangan dan penyelenggaraan perangkap minyak.

Kursus selama 3 hari ini merangkumi pembentangan mengenai perkara berikut:-

a) Pencapaian Penilaian Outcome Keseluruhan dan KPKT 2013

b) Pengenalan kepada Garis Panduan Penilaian Outcome Bil 1/2012;

c) Penentuan Indikator Pencapaian (IP) dan Bidang Keberhasilan Utama (BHU);

d) Pembentangan Kertas Penilaian Outcome 2013 oleh Jabatan Perumahan Negara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan;

e) Pembentangan/Perbincangan mengenai Kertas Cadangan Penilaian Outcome CCTV JKT 2015

Peserta kursus adalah terdiri daripada pegawai/kakitangan di 25 buah PBT di Semenanjung Malaysia.

Sesi lawatan tapak juga diadakan semasa kursus ini dijalankan iaitu ke Tapak Pelupusan FOG untuk dijadikan biodesel di FRIM Kepong.

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA18

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 MEMPERKASA ILMU •

Page 21: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

SEMINAR PEMANTAPAN PEMAHAMAN KEPADAMODEL BARU OSC 3.0Seminar Pemantapan Pemahaman Kepada Model Baru OSC 3.0 anjuran Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal, JKT (JKT) telah berlangsung sebanyak 4 siri di mana kesemua siri telah diadakan di Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang iaitu Siri 1 pada 4-5 Mei 2014 yang melibatkan PBT negeri Johor dan Negeri Sembilan manakala Siri 2 telah berlangsung pada 11-12 Mei 2014 yang melibatkan PBT Negeri Kelantan, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Siri 3 pula berlangsung pada 18-19 Mei 2014 yang melibatkan PBT negeri Selangor dan Pahang dan akhir sekali Siri 4 telah berlangsung pada 25-26 Mei 2014 yang melibatkan PBT negeri Perak dan Kedah.

Seminar ini dilaksanakan bertujuan memberikan penekanan kepada pegawai-pegawai pemproses di PBT mengenai pelaksanaan Model Baru OSC 3.0 yang memperincikan peranan pegawai-pegawai mengikut displin teknikal tugasan di PBT masing-masing iaitu di Unit OSC, Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan. Objektif seminar ini memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada pegawai-pegawai PBT bagi mempertingkatkan kefahaman mengikut disiplin teknikal PBT terhadap Model Baru OSC 3.0 yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2014 yang akan memberikan penumpuan terhadap pengurangan prosedur, masa dan kos bagi mengeluarkan permit-permit pembinaan dengan memberi penekanan terhadap proses-proses berikut iaitu Proses 1 yang melibatkan pengumpulan maklumat teknikal, Proses 2 memberi pertimbangan kepada pelan-pelan cadangan pemajuan, Proses 3 melibatkan pemberitahuan mula kerja, Proses 4 melaksanakan pemeriksaan interim, Proses 5 melaksanakan pemeriksaan akhir peringkat I dan II di tapak dan Proses 6 pendepositan CCC dan borang-borang G.

Seramai 372 daripada 392 orang peserta yang dijemput telah menghadiri Seminar Pemantapan Pemahaman Kepada Model Baru OSC 3.0 yang telah berlangsung sebanyak 4 siri ini di mana peserta seminar terdiri daripada empat Agensi Teknikal Dalaman di PBT. Penceramah/Pembentang slide terdiri daripada JKT sendiri serta jemputan dari Focus Group Dealing With Construction Permit (FGDCP-MPC). Seminar ini juga merangkumi beberapa tajuk utama iaitu Overview keseluruhan pengenalan Model Baru OSC 3.0, Perincian Model Baru OSC 3.0 – Displin OSC, Perincian Model Baru OSC 3.0 – Displin Perancangan, Perincian Model Baru OSC 3.0 – Displin Bangunan dan Perincian Model Baru OSC 3.0 – Displin Kejuruteraan

KURSUS REKABENTUK, OPERASI DAN PENYENGGARAAN SISTEM LIF PERINGKAT PBT BAGI TAHUN 2014Kursus tersebut telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2014 bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seramai 78 orang peserta daripada PBT telah menyertai kursus ini. Penceramah yang dijemput adalah daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan (JKKP).

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:• Mendedahkan peserta kursus kepada pengenalan

jenis sistem lif dan komponen-komponen sistem lif;• Membolehkan peserta memahami keperluan

perundangan mengenai rekabentuk, pengendalian dan senggaraan sistem lif;

• Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kaedah menentukan rekabentuk system lif yang berhubung kait dengan bidang-bidang lain seperti elektrikal, awam dan sebagainya; dan

• Mempelajari cara-cara yang berkesan dalam mengurangkan kos operasi melalui penyenggaraan dan pentauliahan sistem lif yang efektif.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 19

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• MEMPERKASA ILMU

Page 22: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Kursus Teknikal dan Perakaunan Sistem ePBT Siri 1Kursus Teknikal dan Perakaunan Sistem ePBT Siri 1 telah diadakan di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) pada 27 hingga 29 Mei 2014 yang lalu. Kumpulan sasaran bagi kursus ini adalah Pegawai Teknologi Maklumat (PTM Gred F41) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM Gred F29) di 22 PBT yang mengunapakai Sistem ePBT.

Objektif kursus ini adalah untuk:

a. Membentuk kemahiran Pegawai Teknologi Maklumat dalam hubung kait perakaunan dan ICT melalui Sistem ePBT;

Ceramah “Integriti DalamPerkhidmatan Awam”

Satu sesi ceramah mengenai integriti bertajuk “Integriti dalam Perkhidmatan Awam” telah diadakan pada 23 Jun 2014 di Dewan Kristal, JKT. Ceramah ini disampaikan oleh En. Harisham bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia.

Ceramah ini disampaikan kepada semua warga JKT yang menghadiri majlis tersebut dengan kehadiran lebih kurang 150 orang. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan terhadap nilai-nilai integriti yang perlu diamalkan oleh penjawat awam selaras dengan hasrat Pelan Integriti National (PIN). Di akhir ceramah ini, warga JKT dapat meningkatkan kefahaman mengenai falsafah dan konsep PIN dan pelaksanaannya. Tekad integriti adalah seperti berikut:

i) Memerangi gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

ii) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, dan mengatasi karenah birokrasi;

iii) Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggung jawab sosial;

iv) Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggung jawab sosial; dan

v) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, warga JKT juga dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai usaha mengukuhkan integriti di JKT.

b. Membentuk kemahiran Pegawai Teknologi Maklumat di dalam selok belok teknikal Sistem ePBT; dan

c. Melatih Pegawai Teknologi Maklumat untuk melaksanakan proses Technical Troubleshooting terhadap masalah penggunaan Sistem ePBT.

Latihan telah disampaikan oleh Puan Anisyahayati binti Ismail, Penolong Pengarah di Bahagian ICT serta Puan Nurlida binti Mokhtar, Akauntan dari Majlis Daerah Kampar dan melibatkan modul-modul seperti berikut:

a. Flow dan Tables Sistem Hasil;b. Trouble shooting Sistem Hasil;c. Flow dan Tables Sistem Perakaunan;d. Troubleshooting Sistem Perakaunan;e. Basic Forms and Reports Editing; danf. Soal Jawab Sistem.

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA20

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 MEMPERKASA ILMU •

Page 23: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

TAKLIMAT PENGGUNAAN BORANG PEMERIKSAAN DAN PENGGREDAN PREMIS MAKANAN KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Satu program anjuran Bahagian Kesihatan Persekitaran, JKT bersama Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 12 Mac 2014 untuk membincangkan penggunaan Borang Pemeriksaan Dan Penggredan Premis Makanan yang disediakan oleh JKT. Antara penerangan yang diberikan semasa taklimat berkenaan meliputi isu-isu penguatkuasaan premis makanan, Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan di Kawasan Pihak PBT dan latihan praktikal penggunaan Borang Pemeriksaan Premis Makanan.

SEMINAR JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) 2014 (SIRI 1)

Seminar JKKK 2014 Siri 1 telah diadakan pada 23 Jun 2014 di auditorium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengerusi dan setiausaha JKKK di Melaka yang baru dilantik mengenai perkara-perkara seperti di bawah:

(a) Pengenalan kepada Program Kemajuan Perkampungan;

(b) Laporan Audit Dalam Program Pembangunan Bp31;(c) Taklimat Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera

1Malaysia (ADS1M);(d) Taklimat Mengenai Program Skim Pinjaman Khas

Penduduk Kampung Baru; dan(e) Tatacara Pengiraan Projek-projek Pembangunan

BP31.

Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang pengerusi dan setiausaha dari pelbagaiDaerah di negeri Melaka.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 21

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014• MEMPERKASA ILMU

Page 24: KANDUNGAN - jkt.kpkt.gov.my...Bandarayaku Gemilang - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Kertas Kerja 4 “Pelan Kecemasan Luar Tapak Di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar” oleh

Peningkatan Portal eJKT merupakan gabungan daripada sistem sedia ada seperti Sistem Kampung Baru, Portal OSC, Sistem ePBT Online dan baru seperti Portal Kampung Tradisional, Sistem Permohonan Projek PBT (eMohon), Sistem Profil PBT (eProfil) dan Sistem Pemantauan Pembangunan PBT (ePantau) di JKT. Dengan wujudnya portal ini, pengguna hanya memerlukan satu identiti untuk memasuki sistem-sistem yang terlibat dan ianya berkonsepkan ‘One Stop Management’ yang bertindak sebagai medium utama untuk mentadbirurus aktiviti-aktiviti pembangunan PBT.

Sistem Profil PBT adalah sistem yang mengumpul segala maklumat mengenai 147 PBT termasuk 5 agensi yang menjalankan tugas PBT seluruh Malaysia dari segi latarbelakang, perkhidmatan teras dan lain-lain. Antara tujuannya dibangunkan adalah:

a) sebagai pengrekodan utama maklumat asas PBT merangkumi segala aspek berkaitan PBT dan sedia diakses pada bila-bila masa untuk rujukan di pihak PBT sendiri, SUK mahu pun JKT;

b) untuk mendapatkan maklumat-maklumat asas PBT sebagai panduan bagi penyediaan laporan dan maklumbalas kepada mesyuarat-mesyuarat utama, informasi kepada agensi-agensi yang lain serta penyediaan jawapan parlimen; dan

c) untuk dijadikan input dan panduan kepada JKT bagi merangka program-program pembangunan dan penambahbaikan di PBT serta penyediaan garis panduan.

Sistem Permohonan Projek PBT (eMohon) pula merupakan suatu sistem yang dibangunkan secara dalaman oleh JKT bagi permohonan projek pembangunan yang dimasukkan oleh PBT. Sebanyak 147 PBT seluruh Malaysia dapat mengakses sistem ini secara ‘online’ untuk memasukkan maklumat yang diperlukan. Tujuan Modul Permohonan Projek PBT dibangunkan adalah untuk:

a) membantu JKT dalam merancang, mengawal dan menyelia projek pembangunan baru di peringkat PBT (PBT);

Portal eJKTb) memantau status perlaksanaan projek pembangunan

baru di peringkat PBT (PBT);c) mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penyediaan

laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen;

d) mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penyediaan kajian impak terhadap projek pembangunan di peringkat PBT (PBT); dan

e) dijadikan input dan panduan kepada JKT dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal pembangunan PBT bagi merangka program dan projek pada masa akan datang.

Manakala Sistem Pemantauan Pembangunan PBT pula merupakan suatu sistem oleh JKT yang dibangunkan untuk memantau permohonan projek pembangunan yang dimasukkan oleh PBT melalui Sistem eMohon. Sebanyak 147 PBT termasuk 5 agensi yang menjalankan tugas PBT seluruh Malaysia dapat mengakses sistem ini secara ‘online’ untuk memasukkan maklumat yang diperlukan. Ianya dibangunkan untuk:

a) memantau dan menilai tahap pelaksanaan program, projek, pekeliling dan garis panduan di bawah JKT yang dilaksanakan di peringkat PBT (PBT);

b) mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen;

c) mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penyediaan kajian impak terhadap program, projek, pekeliling dan garis panduan;

d) dijadikan input dan panduan kepada JKT bagi merangka program dan projek pada masa akan datang; dan

e) memantau status tindakan ke atas aduan-aduan berhubung PBT yang diterima oleh JKT/KPKT.

JABATAN KERAJAAN MALAYSIA22

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 1/2014 INFO LESTARI •