tempat-tempat bersejarah di selangor
TRANSCRIPT
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SELANGOR
•Nadia Husna binti Abd Rashid •2 Firdaus
PENGENALAN• Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor
Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan danSelat Melaka di sebelah barat.
• Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005.
Bendera Negeri Selangor
Istana Alam ShahIstana Alam Shah merupakan
istana rasmi Sultan Selangor. Di istana inilah tempat baginda menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan dan adat istiadat yang melibatkan di Raja Selangor dilangsungkan.
Istana ini terletak di bandar diraja Klang, Selangor iaitu di bahagian Klang Selatan.
Istana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan.
Istana Alam Shah , Selangor
Istana Alam Shah pada tahun 1905
Pintu masuk Istana Alam Shah
Bahagian depan pintu masuk Istana Alam Shah
Taman Alam Kuala Selangor Taman Alam Kuala Selangor ialah sebuah hutan
simpan dengan keluasan 2.4 kilometer persegi yang terletak di kuala Sungai Selangor. Kawasan ini terkenal dengan kepelbagaian burung, unggas dan paya bakau. Di samping itu, pelawat juga boleh menaiki bot di sungai sambil melihat kelip-kelip yang berterbangan pada waktu malam.
Bukit Melawati yang merupakan bekas kubu tentera British serta Belanda terletak di sini.
Rama-rama juga boleh terdapat di Taman Alam Kuala Selangor
Antara burung yang terdapat di Taman Alam
Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.
Para Pelancong dapat melihat para pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.
Batu Caves
Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.
Batu Caves , Malaysia
Kavadi yg dibawa oleh penganut Hindu setiap kali menyambut perayaan Thaipusam
Air Terjun Kampung Orang Asli
Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah adalah lokasi perkelahan yang menarik dan menjadi daya tarikan bagi penduduk setempat serta pengunjung dari luar.
Dahulunya Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah ini dikenali dengan nama Templerkai (Air Terjun Sakai).
Terletak di dalam kawasan perkampungan orang Asli Hulu Melaka iaitu lebih kurang 6km perjalanan dari simpang masuk ke perkampungan tersebut.
Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah
BAGAN NAKHODA OMAR Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah
pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat kemudahan chalet dan medan selera.
Bagan Nakhoda Omar , Sabak Bernam
Bagan Nakhoda Omar , Sabak Bernam
Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Pada 15 - 17 Oktober 1999, Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.
Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba di dunia yang diberikan penghormatan untuk memasukkan logo F1 di dalam nama rasminya.
Litar canggih yang menggabungkan teknologi senibina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia ini boleh menampung 130,000 penonton, termasuk 30,000 di anjung utama dwi-hadapan. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di dunia.
Pelan Litar Antarabangsa Sepang
Sebahagian litar yang digunakan untuk perlumbaan F1
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Inggeris: Kuala Lumpur International Airport;KLIA) merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantauAsia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini.
Ia terletak di daerah Sepang,Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur.
Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X.
Slogan : Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).
Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X.
Slogan : Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).
Menara kawalan KLIA dan sebahagian lapangan terbang
Sebahagian daripada bahagian dalam Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut.
Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.
Sunway Lagoon
Tarikan
Taman Air Taman ria Taman haiwan Extreme Park Scream Park
Taman tema Sunway Lagoon di Petaling Jaya juga mempunyai jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia.
Sunway Lagoon
SEKIAN TERIMA KASIH ..