jtlm sh(b)06/2015
TRANSCRIPT
JTLM(S)SH(B)06/2015
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 010401-Papan Tanda dan Aksesori serta boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (ep enabled) bagi sebut harga seperti berikut :
BIL TEMPOH PELAWAAN
NO. SEBUT HARGA
TAJUK SEBUT HARGA KOD BIDANG
1.
19 Ogos 2015
Hingga
27 Ogos 2015
JTLM-SH (B) 06/2015
Membekal, Menghantar dan Memasang Papan Tanda untuk kegunaan Jabatan Taman Laut Malaysia W.P Labuan (Lihat syarat-syarat sebut harga) Spesifikasi seperti LAMPIRAN A
010401-Papan Tanda dan Aksesori
1. Kenyataan Tawaran Sebut Harga dan Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat
turun melalui laman web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia http://www.dmpm.nre.gov.my
2. Dokumen Sebut Harga yang perlu dilengkapkan dan dikemukakan adalah seperti
berikut : i. LAMPIRAN A ii. LAMPIRAN B iii. LAMPIRAN C iv. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan v. Sijil Pendaftaran Bumiputera vi. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) vii. Penyata bank yang terkini (3 bulan) viii. Brosur/ Katalog ix. Dokumen sokongan (yang berkaitan)
3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dihantar melalui Pos Berdaftar, Emel ATAU Faks kepada alamat dibawah. Dokumen yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
JTLM(S)SH(B)06/2015
Urusetia Sebutharga & Tender Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Taman Laut Malaysia Aras 11, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA, MALAYSIA Faks : 03-8888 0489
Tel : 03-8886 1390 / 1374 Emel : [email protected]
2. Penyebut harga dinasihatkan supaya menghubungi pegawai yang berkenaan
seperti alamat di bawah jika memerlukan penjelasan lanjut berkenaan sebut harga ini sebelum tamat tempoh penyerahan tawaran sebutharga :-
Spesifikasi a) Anuar bin Deraman
Emel : [email protected] Tel : 087-582 502
b) Zulkifli bin Ramli Emel : [email protected] Tel : 087-582 502
Tarikh: 13 Ogos 2015
JTLM(S)SH(B)06/2015
SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. Sebut harga oleh penyebut harga juga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai Pesanan Kerajaan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN Sebut harga bagi sebahagian bilangan item tidak boleh ditawarkan dan akan ditolak.
4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
5. PERSETUJUAN
(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau
mana-mana sebut harga; dan
(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa
dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau
pengujian apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
JTLM(S)SH(B)06/2015
8. PENOLAKAN (i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan
yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak; (ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang
ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENAMATAN
Jabatan berhak untuk membatalkan kontrak perkhidmatan sekiranya penyebut harga berada dalam situasi berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Jabatan;
9.1 Sekiranya penyebut harga gagal membuat pembekalan seperti yang dipersetujui dalam Surat Setuju Terima tanpa sebab yang munasabah;
9.2 Kemajuan kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
9.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
9.4 Tidak mematuhi arahan Pegawai Jabatan tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
9.5 Apabila penyebut harga diisytiharkan muflis oleh pihak yang sah. Sekiranya pelantikan penyebut harga ditamatkan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap penyebut harga tersebut;
10. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Ketua Pengarah JTLM terlebih dahulu.
11. TAFSIRAN Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
12. INSURANS Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
JTLM(S)SH(B)06/2015
13. CUKAI GST 13.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa
kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
13.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi.
13.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan mengeluarkan SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.
13.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah:
(i) memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan
(ii) membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST hendaklah dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG
KELUARAN MALAYSIA
13. CUKAI Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan 14. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual 15. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
16. CUKAI Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
17. MATA WANG Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)
JTLM(S)SH(B)06/2015
18. PEMBUNGKUSAN (i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja
bungkusan dan belanja pembungkusan; dan (iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
Penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA
1.1. Syarikat yang hendak menyertai Sebut harga ini hendaklah terlebih dahulu
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 010401-Papan Tanda dan Aksesori. Salinan surat Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah atau pun hampir tamat, Penyebut harga hendaklah mengemukan salinan surat dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat; dan
2. HARGA TAWARAN
2.1 Harga-harga yang ditawarkan Penyebut harga adalah termasuk semua kos
seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan Membekal, Menghantar dan Memasang Papan Tanda untuk kegunaan Jabatan Taman Laut Malaysia W.P Labuan.
2.2 Penyebut harga dinasihatkan supaya memahami butir-butir kerja/kawasan dan sebarang risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga Kawasan. JTLM tidak akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga; dan
2.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut harga in ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sah laku Sebut harga. Penyebut harga yang berjaya ditawarkan Sebut harga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.
JTLM(S)SH(B)06/2015
3. TEMPOH BEKALAN/PERKHIDMATAN Tempoh bekalan/perkhidmatan bagi sebut harga ini adalah satu (1) bulan.
4. PERTIMBANGAN TAWARAN
Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman sebut harga dalam bidang kerja, rekod prestasi penyebut harga dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebut harga yang menawarkan harga terendah
JTLM(S)SH(B)06/2015
LAMPIRAN A
SPESIFIKASI SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PAPAN TANDA UNTUK KEGUNAAN JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN A) Skop bekalan : Membekal papan tanda dengan spesifikasi seperti berikut: i ) Tiang
- Saiz: 47.25’’ x 35.5’’
- Stainless stell rectangular tube
- Stainless stell plate
- Stainless stell rod (ukur lilit 6.5 inci, tinggi 10 kaki)
- Besi perancah bersilang (panjang 10 inci, ditanam ke tanah)
ii ) Tapak
- Simen Konkrit
iii) Papan Maklumat
- Bahan : Acrylic X 2 unit
- Ketebalan: 5mm
- Saiz : (T) 3 kaki X (L) 5 kaki
iv ) Pelekat Maklumat (Sticker)
- 2 unit pelekat maklumat ( sandwich type ) - 3M sticker
- Inkjet UV print
- Cetakan 1400dpi
- Kedua-dua Design pelekat hendaklah disediakan oleh pihak pembekal mengikut
maklumat yang diberikan oleh pihak jabatan.
- Pengesahan jabatan perlu diperolehi sebelum cetakan dibuat.
Depan – Malumat Taman Laut
Belakang – Etika keselamatan semasa berada di Taman Laut
Pihak penyebut harga diwajibkan menghantar lukisan reka bentuk papan tanda yang dicadangkan oleh penyebut harga.
Contoh papan tanda seperti di Lampiran B. Pihak penyebut harga perlulah menghantar lukisan reka bentuk sekurang-kurangnya seperti contoh atau lebih baik daripada lampiran.
JTLM(S)SH(B)06/2015
B) Penghantaran dan Pemasangan : Pihak Pembekal perlu mengambil kira kos pengangkutan kenderaan darat dan lain-lain kos dalam mengemukakan tawaran sebut harga. Pengangkutan laut dari jeti ke Pulau Taman Laut adalah dibawah tanggungan pembekal. Kuantiti : 7 unit Tempoh Perolehan : 1 bulan
JTLM(S)SH(B)06/2015
LAMPIRAN B Contoh design Papan Tanda Jabatan Taman Laut W.P. Labuan
BA : Ukuran dan Saiz Papan Tanda
JTLM(S)SH(B)06/2015
Sticker Papan Tanda Jabatan Taman Laut W.P. Labuan
Alamat Penghantaran / Perkhidmatan : Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan KP0288, Kampung Pantai Jalan Tun Mustapha, 87 000 Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai spesifikasi bekalan ini, sila hubungi pegawai berkenaan, Jabatan Taman Laut W. P. Labuan di talian seperti di bawah:- Anuar Bin Deraman 087 – 582 502
B2 : Maklumat- Maklumat Pada Papan Tanda
JTLM(S)SH(B)06/2015
LAMPIRAN B
NAMA SYARIKAT:
ALAMAT SYARIKAT:
SENARAI KUANTITI
BORANG TAWARAN SEBUT HARGA
MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PAPAN TANDA UNTUK KEGUNAAN
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA W.P LABUAN.
Perakuan Penyebutharga:
a. Tempoh yang ditawarkan untuk penghantaran perkhidmatan diatas adalah:
________________________
b. Harga yang ditawarkan untuk perkhidmatan diatas adalah :
RM___________________
(Ringgit Malaysia:…………………………………………………………………………)
c. Pembekalan dan perkhidmatan akan dibuat di :
Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan KP0288, Kampung Pantai Jalan Tun Mustapha, 87 000 Wilayah Persekutuan Labuan.
Saya/Kami dengan ini bersetuju dan akan mematuhi Skop dan Spesifikasi Kerja (LAMPIRAN A) dan semua syarat-syarat yang dinyatakan pada dokumen sebut harga ini.
................................................ ............................................... (Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi) Nama : ....................................... Nama :……………………
No. K/P : ....................................... No. K/P :…………………….
Jawatan : ....................................... Jawatan :…………………….
Cop Syarikat
JTLM(S)SH(B)06/2015
LAMPIRAN C (SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
JTLM-SH(B)06/2015 MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PAPAN TANDA UNTUK KEGUNAAN
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA W.P LABUAN.
Saya....................................................................... No KP :........................................ yang mewakili
syarikat ................................................................ No. Pendaftaran MOF
............................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu
yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu
dalam Jabatan Taman Laut Malaysia, atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk
dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan
kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar
atau memberi rasuah kepada individu dalam Jabatan Taman Laut Malaysia atau mana-mana
individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya
sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 perkara balik tawaran kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan yang
berkuatkuasa
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana
individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut
harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang
berhampiran.
Yang benar,
........................................ Nama : No. Kp : Cop syarikat : Catatan: i) *potong mana yang tidak berkenaan ii) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa