jangan cemarkan institusi istana - muhammad ali hashim - sinar harian
DESCRIPTION
sgdgTRANSCRIPT
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Sinar TV Arkib
SENTIASABERHUBUNG
Kolumnis Rencana Pendapat Entri Blog
TERKINI09:36pm Cadang solat hajat bebaskan pasangan
Malaysia
09:32pm Apex bergelar bapa, dapat bayi
perempuan
09:23pm Debu gunung berapi Sinabung ganggu
penerbangan
09:19pm Khidmat radio amatur masih penting di
Sarawak
09:18pm SAM, CAP gesa atasi pencemaran di
Batu Feringghi
5 PALING HOT
Kini Kerja Lebih Bukan KemewahanTapi KeperluanKERAJAAN perlu bertegas untukkekal dalam perundinganperjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kerana dilihatmemberi faedah kepada rakyatkata Ketua Eksekutif Institusi Hal
MB Tegur Faekah
TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM
3 Februari 2014
19
Jangan cemarkan institusi istana
SAYA bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dan berterima kasih kepada Jumaah Majlis
Diraja Johor, yang menghormati niat saya memulangkan semula semua darjah
kebesaran Johor.
Pemulangan ini berlaku setelah saya dan Allahyarham anak saya (menerusi tulisan
sajak terakhirnya “Menuntut hak dan menebus masa silam”) dituduh “menderhaka”
dan “tidak bertanggungjawab”.
Tuduhan berlaku menerusi kenyataan media Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha
Jumaah Majlis Diraja Johor, pada 5 Disember, 2013.
Namun akhirnya Abdul Rahim mengiktiraf hak saya memulangkan darjah apabila
beliau menyatakan: “Seseorang yang dikurniakan darjah kebesaran negeri Johor
boleh berhenti menjadi ahli darjah di atas apa sebab sekalipun…”
Khalifah, sultan dan imam
Sebagai bekas Ahli Darjah Johor, saya terpanggil menyampaikan nasihat dan
pandangan dari perspektif seorang warga Johor yang sayangkan bangsa dan
cintakan tanah airnya.
Juga kerana saya kuat berpendapat institusi raja sangat wajar dilindungi daripada
dicemar hingga boleh menyebabkan kedudukannya di sisi perlembagaan negara
dipersoal satu hari nanti.
Jika ini dibiarkan berlaku, bukan sahaja kedaulatan raja-raja Melayu boleh terjejas,
malah kedudukan dan martabat bangsa Melayu keseluruhannya akan turut
dipandang rendah, yang akhirnya akan mengancam kedaulatan bersama dan
kepentingan politik jangka panjang kedua-dua pihak terbabit, iaitu raja dan rakyat.
Saya bersependapat dengan Dr Siddiq Fadzil dalam bukunya: “Islam dan Melayu –
Martabat umat dan daulat rakyat” (2012) yang menyatakan bahawa institusi raja
sejak zaman berzaman dijadikan tonggak kehidupan Melayu bermasyarakat dan
berpolitik wajib membawa manfaat kepada bangsa dan umat.
Tegas beliau, pada akhirnya, dalam penggunaan kuasa politik kita “…perlu
mengingatkan erti dan fungsi raja dari perspektif Melayu dan Islam.”
Dalam penulisannya, antara lain, Dr Siddiq merujuk kepada peringatan Raja Ali Haji
dalam bukunya “Thamarat al- Mahammah”: “Raja Ali Haji mengingatkan makna raja
bukan ‘… membuat apa sukanya di atas rakyatnya…’ tetapi merujuk pengertian tiga
istilah politik Islam: khalifah, sultan dan imam.”
“Raja dalam pengertian khalifah dimaknai sebagai pengganti dan pelanjut
pemerintahan nabawi yang berlandaskan al-Quran, al-Hadith dan al-ijmak. Raja
dalam pengertian sultan dimaknai sebagai penguat kuasa keadilan hukum yang
bersumberkan ajaran ALLAH dan rasul-Nya. Raja dalam pengertian imam pula
dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan.”
5 PILIHANEDITOR
Penunggang motosikal
tertinggi terlibat nahas
Nasib JDT jadi mangsa
konspirasi
Adakah Najib, Anwar
boleh jaga akidah
rakyat?
Pemimpin Cina harap
politik lebih stabil
Usah jadikan wang
punca masalah...
'Biar ALLAH ampunkan dia!'1Nasib JDT jadi mangsa konspirasi2Pernah dihalau bapa pengantin3Rasuk punca gantung diri4PBSNT kecewa insiden di Larkin5
ShareShareShareMore
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,tidak bersetuju medium laman sosial digunakan bagitujuan untuk membangunkan atau menjatuhkanorang lain. Usah Beri Bebanan Rakyat
Rakyat meluahkan rasa tidak puashati tentang Pilihan Raya Kecil DunKajang dilihat hanya membazirkanwang rakyat semata-mata.
Apex bergelar bapa, dapat bayi perempuan
#SHSemasa fb.me/2OK9FNMIw
SinarOnline
@SinarOnline
Expand
SAM, CAP gesa atasi pencemaran di Batu
Feringghi #SHUTR fb.me/6r4wwNvoH
SinarOnline
@SinarOnline
Khidmat radio amatur masih penting di
Sarawak #SHSabahSWK fb.me/2Y3WL0zcI
SinarOnline
@SinarOnline
SinarOnline
6m
17m
18m
21m
Tweets Follow
Tweet to @SinarOnline
Jangan biarkan pagar makan padi
Saya percaya tugas asas dan tanggungjawab utama badan seumpama Jumaah
Majlis Diraja ialah mempertahankan kedaulatan raja dan mengangkat darjat
kemuliaan dan kebesaran institusi paling sinonim dengan lambang kedaulatan
bangsa Melayu amnya.
Justeru peranan paling utama ialah memelihara dan melindungi institusi terbabit
daripada dirosakkan atau dicemari, sama ada oleh tekanan atau ancaman luar
mahu pun perbuatan negatif dan kelemahan serta kecacatan dalaman.
Kebelakangan ini diperhatikan martabat dan kebesaran raja terjejas dan terhakis,
terutama apabila berlaku banyak kontroversi berkaitan kedudukan raja sebagai
ketua agama Islam.
Sebahagian kontroversi berlaku akibat reaksi terhadap tindakan yang jelas tidak
popular dan tidak disenangi rakyat jelata Melayu, khasnya dan umat Islam amnya.
Pengalaman saya sendiri menyaksikan berlakunya peristiwa yang jelas turut tidak
disenangi rakyat dan masyarakat.
Sewaktu memegang jawatan Pengerusi, Waqaf An Nur Corporation Bhd, saya terima
surat rasmi daripada kadi dari dua daerah di Johor menyampaikan keputusan
jabatan masing-masing mengarahkan supaya Klinik Waqaf An Nur di pekarangan
Masjid Jamik di daerah terbabit ditutup.
Ia kontroversi dan tidak disenangi kerana klinik wakaf terbabit membawa manfaat
kebajikan yang sangat besar ertinya membantu meringankan beban masyarakat.
Semua pesakit yang datang ke Klinik Waqaf An Nur (termasuk pesakit miskin bukan
Muslim) mendapat rawatan dengan bayaran hanya RM5 setiap rawatan doktor
dengan ubatannya sekali. Justeru kemudahan rawatan dan perubatan asas ini
sangat besar maknanya khasnya dalam membantu menjimatkan perbelanjaan
perubatan pesakit miskin.
Dua buah klinik terbabit ditubuh khas berlandaskan institusi wakaf di bawah
anjuran Islam dan bertujuan menegakkan syiarnya.
Umat Islam sedia maklum dari segi hukum institusi wakaf wajib dilindungi dan
dipertahankan supaya dapat berkekalan membawa manfaat berpanjangan kepada
umat dan agama Islam. Sesuatu aset atau harta wakaf adalah diserah miliknya
kepada ALLAH SWT.
Justeru, hak milik ke atas semua harta wakaf berprinsipkan ciri kekal dan kebal serta
wajib dipertahankan oleh semua umat Islam.
Namun sebaliknya berlaku apabila Klinik Waqaf An Nur di pekarangan Masjid Jamik
di dua daerah terbabit diarah tutup.
“Set ia bersyarat , derhaka bersebab”
Dalam penulisannya Dr Siddiq Fadzil turut menegaskan raja didaulatkan sebagai
satu institusi besar dalam konsep berpolitik oleh rakyat Melayu berlandaskan satu
kontrak sosial yang wajib saling dihormati.
Tambah beliau: “Melayu yang telah mengalami transformasi keislaman adalah
Melayu yang setianya bersyarat, dan derhakanya bersebab… Transformasi
(keislaman) inilah juga yang telah melahirkan kontrak sosial … berasaskan prinsip
dan nilai keadilan sebagaimana yang terumus dalam ungkapan raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah.”
Catatan Dr Siddiq mengenai syarat menjadi raja yang terkandung dalam undang-
undang tubuh atau perlembagaan salah sebuah negeri di Malaysia menarik
perhatian saya.
Perlembagaan terbabit, sama seperti prinsip terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia, “…tidak mengandungi sebarang peruntukan yang meletakkan raja di atas
undang-undang”.
Sebaliknya terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri terbabit tentang
hilangnya kelayakan menjadi raja, iaitu kerana “… kecacatan yang besar yang
menyalahi sifat raja-raja seperti gila, buta, bisu, atau pun ada mempunyai sifat
kekejian yang tiada dibenarkan oleh syarak menjadi raja.”
Kesimpulannya, rakyat jelata Melayu beragama Islam yang cintakan tanah air
berlambangkan kepada kedaulatan raja menaruh harapan sangat besar terhadap
masa depan institusi raja.
Tidak hairan jika ramai yang akan bangkit mempertahankan institusi ini, rela dan
bersedia menggadai nyawa sekali pun, daripada membiarkan ia dicemari atau
direndahkan martabatnya oleh sesiapa.
Find us on Facebook
Sinar Harian
You like this.
You and 761,116 others like Sinar Harian.
Facebook social plugin
Like
Sinar Harian
Apex bergelar bapa, dapat
bayi perempuan
#SHSemasa
5 minutes ago
Apex bergelar bapa, dapat
bayi perempuan
w w w .sinarharian.com.my
KOTA BHARU - Penjaga
gaw ang negara, Khairul Fahmi
Che Mat atau Apex selamat
bergelar bapa selepas
isterinya, Nur Eilunie Natasha
Jaafar, 23, selamat melahirkan
cahaya mata perempuan, kira-
kira jam 3 petang, hari ini. Nur
Eilunie Natasha atau Leuniey
ketika dihubungi Sinar Harian
bersyukur dan gembir...
Sinar Harian
SAM, CAP gesa atasi
pencemaran di Batu
COVER HARI INI
BANCIAN SINAR
Sewajarnya institusi raja dipertahankan, mengatasi kepentingan peribadi semua
terbabit. Namun, hari ini, banyak sekali dilihat pencemaran dan kerosakan berlaku
yang menjejas kebesaran dan kedaulatan raja.
Paling sensitif dan kontroversi andainya terdapat penguasa agama berkedudukan
khas dengan tanggungjawab istimewa di sisi raja bertindak melalui kaedah yang
menyebabkan masyarakat berpersepsi telah berlaku pencerobohan hak di sisi
undang-undang, atau perlembagaan.
Malang sekali jika terdapat dalam kalangan mereka, sama ada dengan sedar,
sengaja atau tidak, turut mengabaikan prinsip keadilan dan melupakan
tanggungjawab serta kewajipan masing-masing dalam menegakkan yang hak dan
mengetepikan yang batil.
Rakyat mengharapkan mereka menjadi pejuang barisan depan menyempurnakan
amar makruf dan nahi mungkar seperti diwajibkan oleh Islam ke atas semua, dan
bukan sebaliknya.
Pada saya, peristiwa ini mengecewa dan menghampakan masyarakat Islam dan
boleh diibaratkan seumpama harapkan pagar, pagar pula yang makan padi!
ARTIKEL BERKAITANJangan cemarkan institusi istana
Menuntut hak, menebus masa silam
Naungan khalifah, sultan & imam
Jayakan bisnes Melayu tugas GLC
Usahakan bisnes fi sabilillah
Bina jaringan perkasa bisnes
Jauhi pakatan bisnes merosakkan
Misi 70 perkasa ekonomi Melayu
Mustahil berjaya selagi kecil jiwa
Tanpa amanah semuanya musnah
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan
pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian
kami.
RENCANA
Mata pelajaran Sejarah
membosankan, sampai
bila?
Sifilis: Peniru yang
hebat!
Hilang bapa, tiada
dahan berpaut
Di sebalik kisah
Kajang...
PENDAPAT
Nasib JDT jadi mangsa
konspirasi
Adakah Najib, Anwar
boleh jaga akidah
rakyat?
Sucikah perjuangan
ganti MB Selangor
dengan Anwar?
Didik anak angkat
secara berkesan
BLOG
Nasihat kepada Tan Sri
Khalid Ibrahim
Hari minggu di Makkah
PRK Dun Kajang: Rafizi
salah percaturan?
Adakah Zahid masih
kagumi Anwar?
Edisi Utara
Jana RM20 Setiap Surveytinjauanbandingan.net/KerjaSambilan
RM20 Setiap Survey Dibayar Online Tinjauan. DaftarPercuma Sekarang!
Penawar Buah Pinggang
Beli Online Di Lazada
Buying a New or Used Car?