jan mac buletin 24 2012

16
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . JANUARI - MAC 2012 edisi 24 pencetus imaginasi kreatif penggerak ilmu peneraju hala tuju pelengkap bicara

Upload: hanin-alimuslim

Post on 08-Aug-2015

376 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jan Mac Buletin 24 2012

1

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ....

............ . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

J A N U A R I - M A C 2 0 1 2e d i s i 2 4

p e n c e t u s i m a g i n a s i k r e a t i f

p e n g g e r a k i l m u

p e n e r a j u h a l a t u j u

p e l e n g k a p b i c a r a

Page 2: Jan Mac Buletin 24 2012

2

PERTANDINGAN BOLING PERSAHABATAN UTMSPACE BERSAMA MEDIA

Tarikh: 14 Mac 2012 Tempat: Kompleks Danga City Mall, Johor Bahru

Pertandingan Boling Persahabatan UTMSPACE bersama Media telah diadakan untuk memberi penghargaan kepada pihak media yang selama ini banyak memberi sokongan dengan membuat liputan di pelbagai aktiviti dan majlis yang dianjurkan oleh UTMSPACE. Selain itu, pertandingan boling ini dapat mengukuhkan lagi ikatan persahabatan yang telah terjalin antara kedua-dua pihak. Acara seperti ini penting bagi menyokong sektor pendidikan, khususnya pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan moto UTMSPACE, “Memperkasa pembelajaran sepanjang hayat”.

Seramai 54 peserta yang terdiri daripada 18 kumpulan, termasuk

4 kumpulan wakil daripada UTMSPACE, telah bertanding dalam pertandingan boling persahabatan ini. Antara pihak media yang mengambil bahagian ialah wakil daripada Best 104, Sinar Harian, RTM, Astro Awani, Utusan Malaysia, TV Al-Hijrah, Johor FM, News Straits Times, Berita Harian, Bernama, Kosmo serta UTM Press. Acara ini telah dimulakan pada pukul 8.30 malam selepas dirasmikan oleh Pengarah Urusan/Dekan UTMSPACE, Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah.

Juara berkumpulan telah dimenangi oleh wakil RTM iaitu Tn. Hj. Yusuf, A.Madhavan dan Kaizah manakala naib johan telah dimenangi oleh wakil daripada Berita Harian iaitu Mohd Zain, Mary Victoria dan Junita. Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh wakil daripada UTMSPACE iaitu Mohd Nazri, Azhan Zulfadhli dan Muhammad Ihsan. Pemenang bagi johan hingga tempat ketiga membawa pulang hadiah berupa wang tunai, trofi (individu dan kumpulan), hamper dan sijil penyertaan. Selain daripada itu, terdapat beberapa kategori lain yang dipertandingkan iaitu kategori Balingan Paling Bergaya, Jatuhan Pin Tertinggi bagi lelaki dan perempuan serta Best Teamwork. Pemenang bagi kategori khas ini pula membawa pulang hadiah berupa trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Program Pembangunan Profesional, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abd. Raof dan diiringi oleh Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Bisnes, En. Salleh Bin Kassim. Acara boling persahabatan turut dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan sesi penggambaran beramai-ramai sebelum majlis tamat kira-kira jam 11.30 malam.

PERPINDAHAN PUSAT PEMBELAJARAN DAN PENTADBIRAN UTMSPACE

Tarikh: 3 Januari 2012 Tempat: Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur

3 Januari 2012 merupakan hari yang bermakna bagi staf UTMSPACE terutamanya staf UTMSPACE cawangan Kuala Lumpur kerana telah dipindahkan ke bangunan pentadbiran baru di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bangunan tersebut yang dinamakan Bangunan UTMSPACE menjadi salah satu mercu tanda pencapaian UTMSPACE yang giat menawarkan program-program pembelajaran sepanjang hayat. Kedudukan Bangunan UTMSPACE yang strategik iaitu berhampiran dengan jaringan pengangkutan awam, diharap dapat menyumbang kepada pengurusan yang lebih baik dan efisien, selain memudahkan para pelanggan khususnya pelajar Program Pengajian Separuh Masa untuk menyertai program pembelajaran di UTMSPACE.

Semoga perpindahan ini dapat melancarkan lagi pentadbiran UTMSPACE dalam menawarkan program-program pembelajaran sepanjang hayat dan sekaligus memenuhi kehendak pelanggan.

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN UTMSPACE

Tarikh: 2 Mac 2012 Tempat: Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur

Majlis penyerahan bangunan UTMSPACE telah disempurnakan oleh Y.Bhg Pengarah Urusan/Dekan UTMSPACE, Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah wakil dari Institut Sultan Iskandar.

Majlis penyerahan tersebut melibatkan penyerahan tingkat 3 hingga 13. Tingkat 3 Bangunan UTMSPACE menempatkan ruang untuk makmal komputer, Tingkat 4 hingga 11 menempatkan ruang bagi bilik kuliah Program Pengajian Separuh Masa manakala Tingkat 12 adalah ruang untuk pentadbiran UTMSPACE. Tingkat 13 pula dicadangkan untuk dijadikan ruang untuk seminar.

Page 3: Jan Mac Buletin 24 2012

3

Salah seorang peserta membuat balingan penuh teliti semasa

gilirannya untuk bermain

Pengarah Urusan/Dekan UTMSPACE, Prof.

Dr. Khairul Anuar bin Abdullah menyampaikan

cenderahati kepada salah seorang wakil daripada kumpulan

UTM Press

Hadiah-hadiah menarik yang menanti pemenang

Suasana ketika sesi pendaftaran yang sibuk sebelum pertandingan

bermula

Pemenang tempat pertama, kumpulan Radio Televisyen Malaysia, kelihatan gembira memegang hadiah-hadiah

yang telah dimenangi. Bersama mereka adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Profesional UTMSPACE, Prof

Madya Dr. Abd Halim B. Abd Raof.

Kumpulan Berita Harian yang memenangi tempat kedua tersenyum lebar menerima hadiah daripada

bersama Prof. Madya Dr. Abd Halim B. Abd Raof.

Pemenang tempat ketiga, kumpulan daripada UTMSPACE, tersenyum menerima hadiah daripada

Prof. Madya Dr. Abd Halim B. Abd Raof.

Page 4: Jan Mac Buletin 24 2012

4

sepanjang hayat yang ditawarkan. Iklan ‘billboard’ bagi kawasan utara telah dipasang bermula 1 Januari 2012 selama setahun di KM 351 lebuhraya PLUS berdekatan dengan susur keluar Tapah. Selain itu, UTMSPACE juga mempromosikan Program Separuh Masa dan Program Profesional UTMSPACE melalui pengiklanan di komuter dari 15 Mac hingga 14 April 2012.

SPACESHOPPE yang berperanan menjual cenderahati UTMSPACE telah membuka kaunter jualan di UTMSPACE Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Bagi UTMSPACE Kuala Lumpur pula, sebuah kedai SPACESHOPPE telah dibuka di pusat pembelajaran dan pentadbiran baru iaitu di Bangunan UTMSPACE yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk mempamerkan cenderahati untuk dijual kepada para pelajar, pelawat serta staf UTMSPACE yang berminat.

MENGOPTIMUMKAN PROMOSI MELALUI MEDIA SOSIAL

Aktiviti penjenamaan UTMSPACE diperkukuhkan lagi dengan penghasilan mini video UTMSPACE 2012 yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Pengarah Urusan/Dekan UTMSPACE, Prof. Dr. Khairul Anuar Abdullah, pada 16 Januari 2012 untuk episod pertama. Kesemua 10 episod mini video yang memaparkan produk-produk UTMSPACE kini dapat ditonton di Youtube, Facebook dan Portal UTMSPACE. Mini video UTMSPACE ini menggunakan konsep pengiklanan secara ‘viral marketing’ bagi mempromosikan UTMSPACE di alam maya dengan lebih cepat dan meluas.

Promosi media sosial dilihat semakin mendapat sambutan dengan penambahan iklan yang dijalankan melalui FB Ads setiap bulan. Kaedah ini berjaya melonjakkan angka ‘Likes’ di Facebook UTMSPACE sehingga 2000 sebulan.

Bermula tahun 2012, UTMSPACE juga telah memperkenalkan tagline baru iaitu ‘Connecting People via Lifelong Learning’ bagi memastikan keberkesananan kempen promosi yang dijalankan lebih dekat dengan pelanggan dan bakal pelanggan UTMSPACE. Kempen ini telah dimulakan dengan iklan penjenamaan UTMSPACE di Majalah 360 (Inflight Magazine) kapal terbang Air Asia pada Januari 2012. Pengiklanan TV lapangan terbang (Airport TV) juga telah dilaksanakan di balai berlepas lapangan terbang LCCT bermula 18 Februari selama sebulan (Episod 1) untuk penjenamaan UTMSPACE.

Selain itu, UTMSPACE juga telah menyertai sebanyak 22 pameran pendidikan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan program

Page 5: Jan Mac Buletin 24 2012

5

Mini Video : Episod 8 (Program Summer School)Mini Video: Episod 5 (Program Bahasa Inggeris)

PROMOSI MEDIA SOSIAL

MEDIUM TARIKH PENGGUNA CATATAN

FACEBOOK 15 MAC 2011 – 17 JAN 201218 JAN 2012 – 27 FEB 201228 FEB 2012 – 6 APRIL 2012

1,000 orang4,024 orang6,048 orang

Statisik bertambah = FB AdsStatisik bertambah = FB Ads

TWITTER Sehingga 6 April 2012 231 tweets132 followers

Status tweet dipaut di Facebook

YOU TUBE EPISOD 1 – UTMSPACEEPISOD 2 – UTMSPACE

EPISOD 3 – UPEXEPISOD 4 – PPD

EPISOD 5 – UBIPPEPISOD 6– UPP

EPISOD 7 – UPPSMEPISOD 8 – SUMMER COURSE

EPISOD 10 – UPPK

429 tontonan433 tontonan249 tontonan117 tontonan63 tontonan42 tontonan

112 tontonan 14 tontonan58 tontonan

Dimuatnaik pada 17 Jan 2012Dimuatnaik pada 26 Jan 2012Dimuatnaik pada 2 Feb 2012Dimuatnaik pada 9 Feb 2012

Dimuatnaik pada 16 Feb 2012Dimuatnaik pada 17 Mac 2012Dimuatnaik pada 23 Mac 2012 Dimuatnaik pada 4 April 2012Dimuatnaik pada 30 Mac 2012

Page 6: Jan Mac Buletin 24 2012

6

Prof. Dr. Khairul Anuar Abdullah with the representatives of Jeonju University.

Prof. Kim Jin-Ho and Prof. Dr. Khairul Anuar signing the Letter of Intent

Prof. Dr. Khairul Anuar with represenctatives of

HNU after the LoI signing event

Prof. Dr. Khairul Anuar Abdullah posed with representatives of Woosuk University after presenting a gift from UTMSPACE.

Representatives of UTMSPACE and Woosuk

University discuss in a semi-formal atmosphere.

Dr Kern Koh exchanges MoU

with Prof. Dr. Khairul Anuar

Abdullah

HNU is located in Daejon City which is well known as the Silicon Valley of Korea. Daejon is the South Korea’s fifth largest metropolis and features a technology cluster known as Daedeok Innopolis. Daejeon is home to various private and public Research Institutes, Centers and Science parks. Korea University of Science and Technology, and Samsung as well as LG Research and Development centres are among some of such institutions located within Daedeok Science Town in Yuseong-gu.

UTM will be among the 147 overseas universities and 16 institutions from 32 countries to be affiliated to HNU. HNU is actively involved in student exchange programmes. With this partnership, HNU offers internship programs for outstanding UTM students.

Date: 17 February 2012

Venue: Global Education Support Center, Woosuk University, South Korea

UTMSPACE visited the Global Education Support Center, Woosuk University. Delegates from both educational institutions discussed on possibilities of exchange and study abroad programmes as well as research collaboration.

The Department of Pharmaceutical Engineering of Woosuk University has a similar function to UTM Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) as it produces cosmetics and health products for commercialization.

At the end of the visit, UTMSPACE and Woosuk University saw an opportunity in potential joint research, especially in herbs products.

UTM STRENGTHENING TIES WITH KOREAN UNIVERSITIES

Date: 16 February 2012

Venue: Jeonju University, Jeonju, South Korea

UTM is continuously forming ties with Korean universities to expand its international network. On the 16th of February 2012, Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah, Managing Director/Dean of UTMSPACE, witnessed the signing of Memorandum of Understanding (MoU) between UTM and Jeonju University, Korea (JJ).

The MoU will provide UTM students and staff the opportunity to study and explore Korean culture at Jeonju University. Established in 1964, JJ is located at Jeonju, south of Seoul. Well-known as a historical city, Jeonju is a famous tourist destination and popular with Korean food, historic buildings, sport activities and interesting festivals.

The foundation of this collaboration was established by UTMSPACE after UTMSPACE and UTM were visited by JJ delegates in July 2011; this resulted in the signing of a Letter of Intent (LoI). In September 2011, 8 students from JJ enrolled in UTM for a one-year study abroad program. They registered for Intensive English Course at UTMSPACE for Semester II 2011/2012, and will enroll in the Faculty of Computer Science and Information System. After the signing of MoU, JJ will send another 18 students in Semester II 2011/2012 to attend a similar program.

Date: 17 February 2012

Venue: Hannam University, Daejon City, South Korea

On the 17th of February 2012, Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah visited Hannam University (HNU) by invitation from Dr. Kim Hyung-tae, the President of Hannam University. It was a returned visit after two Professors from HNU visited UTMSPACE and UTM in July 2011. A Letter of Intent (LoI) was signed to look into the areas of collaboration between the two universities.

Page 7: Jan Mac Buletin 24 2012

7

Peserta-peserta pada majlis penutup kursus Pembangunan dan Pelaksanaan (Balanced-Scorecard) dalam Perkhidmatan Penyelenggaraan.

Penceramah kursus, Prof. Madya Mohd Shoki bin Md. Arif menerima cenderahati daripada UTMSPACE yang disampaikan oleh Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Tn. Haji Abdul Ghazali bin Karim.

Peserta kursus Pembangunan dan Pelaksanaan (Balanced-Scorecard) dalam Perkhidmatan Penyelenggaraan, Penceramah kursus, Prof. Madya Hj. Mohd Shoki Md. Arif dan Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Tn. Haji Abdul Ghazali bin Karim bergambar bersama.

Tn. Haji Abdul Ghazali bin Karim, Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor merasmikan majlis penutup kursus Pembangunan dan Pelaksanaan (Balanced-scorecard) dalam Perkhidmatan Penyelenggaraan.

KURSUS PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN (BALANCED-SCORECARD) DALAM PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN (LATIHAN-DALAM MBJB)

Tarikh: 23-24 Februari 2012 Tempat: Suria City Hotel, Johor Bahru

Seramai 41 orang peserta telah berjaya mengikuti kursus Pembangunan dan Pelaksanaan Balanced-Scorecard dalam Perkhidmatan Penyelenggaraan yang dianjurkan oleh UTMSPACE. Turut hadir pada majlis perasmian penutup kursus ini ialah Tuan Haji Abdul Ghazali Karim, Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kursus ini bertujuan untuk menerangkan cara-cara membangunkan dan melaksanakan Balanced-Scorecard (BSC) dalam pengurusan dan perkhidmatan penyelenggaraan awam, mekanikal, elektrik dan landskap. Antara objektif kursus ini adalah untuk membangunkan BSC dalam pengurusan dan perkhidmatan penyelenggaraan pada peringkat korporat dan melaksanakan serta menguruskannya agar dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam BSC.

Penceramah kursus, Prof. Madya Hj. Mohd Shoki Md. Arif, merupakan pensyarah dari Fakulti Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran dalam pengurusan kualiti, pengurusan strategik dan mempunyai pengalaman sebagai wakil pengurusan, Pengurusan Dokumen SPK ISO 9001:2000, Penasihat QA dan sebagainya.

KURSUS PENGENDALIAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT YANG BERKESAN

Tarikh: 28-29 Mac 2012Tempat: Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur

Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Penulisan Minit Yang Berkesan telah dianjurkan oleh UTMSPACE untuk semua peringkat pengurusan sama ada kakitangan sektor awam/swasta atau badan berkanun daripada pelbagai kumpulan/kategori. Kursus ini telah dijalankan dengan jayanya dan seramai 20 orang peserta telah melibatkan diri.

Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Penulisan Minit Yang Berkesan ini mempunyai objektif yang telus dan berkesan. Antaranya adalah:

● Meningkatkan kemahiran dan keupayaan tentang teknik penulisan dokumen rasmi yang berkualiti.

● Memberi pengetahuan dan pendedahan tentang pengurusan mesyuarat dengan berkesan.

● Membina keyakinan diri dalam pengendalian mesyuarat, penulisan minit mesyuarat serta melaksanakan tindakan yang perlu.

Kaedah kursus yang digunakan adalah:

● Kaedah sinergogi iaitu kaedah pelbagai hala dengan penyampaian kursus secara ceramah/kuliah, kemudian diikuti dengan latihan amali (bengkel/ujian).

● Peserta terlibat secara langsung dalam latihan amali.

● Kursus dilaksanakan secara intensif.

Penceramah yang telah menjayakan kursus ini ialah Tn. Hj. Muhammed Salehudin Aman, Munsyi Dewan, yang pernah menerima anugerah “Hadiah Khas”, dan anugerah “Munsyi Paling Aktif” daripada DBP, dan masih aktif menjadi penceramah dan fasilitator untuk kursus/bengkel tentang kebahasaan anjuran DBP, Kementerian, Intitusi Pengajian Tinggi Awam, Badan-badan Berkanun Kerajaan, dan Swasta.

Page 8: Jan Mac Buletin 24 2012

8

Antaramuka depan Portal Rasmi UTMSPACE yang terkini

PORTAL RASMI UTMSPACE

Portal Rasmi UTMSPACE kini muncul dengan wajah baru. Pada 1 Februari 2012, layout laman web ini telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik di samping mengandungi maklumat terkini dan tepat tentang UTMSPACE. Pengemaskinian ini selaras dengan status pengkorporatan UTMSPACE.

Antara penambahan atau perubahan yang telah dilakukan adalah daripada segi ciri-ciri yang terdapat di dalam portal UTMSPACE ini supaya laman web ini lebih interaktif dan lebih mudah untuk dilayari.

Terdapat juga elemen dalam laman web ini yang kekal, iaitu warna merah gelap dan biru sebagai warna tema portal tersebut.

Lawati Portal Rasmi UTMSPACE di: http://www.utmspace.edu.my

SISTEM UTM PROFESSIONAL SKILLS CERTIFICATE

Sistem UTM Professional Skills Certificate (PSC) diwujudkan untuk pendaftaran kursus secara online bagi tiga kursus yang ditawarkan oleh UTMSPACE kepada pelajar UTM, iaitu:

1. ISO 9001:2008 Quality Management System Requirement

2. Occupational Safety and Health Awareness (OSHA)

3. How to Manage Your Personal Finance

Kursus UTM PSC ditawarkan setiap minggu dan para pelajar boleh menyemak kursus-kursus yang diadakan dengan melayari portal rasmi UTMSPACE di bawah laman ‘UTM Professional Skills Certificate’.

Sistem PSC ini dikemaskini mengikut keperluan UTMSPACE dari masa ke semasa.

Page 9: Jan Mac Buletin 24 2012

9

Pengarah Urusan / Dekan, Pengurus Besar BPEA bersama wakil Rakan Pintar

SEMINAR PROGRAM EKSEKUTIF 2012

Tarikh: 21 Mac 2012 Tempat: Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur

Bahagian Program Eksekutif dan Antarabangsa (BPEA) UTMSPACE telah menganjurkan Seminar Program Eksekutif yang telah dihadiri oleh seramai 62 orang yang mewakili 30 Rakan Pintar dari seluruh Malaysia. Antara objektif seminar tersebut adalah untuk memperkenalkan Sistem Pengurusan Akademik Program Eksekutif (E-TEAMS), melaksanakan Program Eksekutif, dan melantik Rakan Pintar yang baru.

Pada permulaan seminar, Pengarah Urusan / Dekan UTMSPACE, Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah, telah membuka majlis dengan menyampaikan kata-kata aluan. Dalam ucapannya, Prof. Dr. Khairul Anuar menggesa semua Rakan Pintar supaya berusaha lebih giat untuk mempromosikan program agar dapat meningkatkan bilangan pelajar. Beliau juga memberi jaminan bahawa UTMSPACE akan memberi segala sokongan yang perlu bagi memastikan kejayaan program tersebut. Sebagai contoh, sistem E-TEAMS akan memudahkan segala urusan akademik iaitu daripada pendaftaran pelajar sehingga tamat belajar.

Beliau berharap semoga tahun 2012 adalah tahun kecemerlangan bagi UTMSPACE dan semua Rakan Pintar.

Page 10: Jan Mac Buletin 24 2012

10

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PUSAT PROGRAM KERJASAMA

Perpindahan Pejabat Pusat Program Kerjasama (PPK,UTMSPACE)

Untuk makluman, Pusat Program Kerjasama (PPK, UTMSPACE) telah berpindah ke bangunan baru iaitu Bangunan UTMSPACE mulai 03 Januari 2012. Oleh itu, segala urusan surat menyurat hendaklah dihantar ke alamat baru kami. Butiran mengenai alamat baru kami adalah seperti berikut:

Pusat Program KerjasamaTingkat 2 Bangunan UTMSPACE No. 195A, Jalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur03-27722602

Berikut adalah direktori staf PPK, UTMSPACE:

1 Tuan Baharom Mahmood 03- 2772 2664 [email protected]

2 En. Zurik Azaham Aris 03- 2772 2564 [email protected]

3 En. Jeffri Mohamad Salleh 03- 2772 2565 [email protected]

4 Pn. Rosfadillah Othman 03- 2772 2663 [email protected]

5 Pn. Norhayati Kamaludin 03- 2772 2566 [email protected]

6 Cik Noor Suriati Mamat 03- 2772 2566 [email protected]

7 Pn. Siti Zaleha Mustapa 03- 2772 2566 [email protected]

8 En. Shazuli Azroel Sapingi 03- 2772 2568 [email protected]

9 En. Mohamad Nazri Osman 03- 2772 2568 [email protected]

10 En. Riduan Abdul Rashid 03- 2772 2568 [email protected]

11 En. Hazly Ja’apar 03- 2772 2568 [email protected]

PENYAMBUNGAN MoA DAN PENAMBAHAN PUSAT KERJASAMA BARU SERTA PENAWARAN IJAZAH SARJANA MUDA DI PUSAT KERJASAMA UTM

1) Lawatan ke Pusat Kerjasama UTM telah diadakan bagi menerangkan tentang MoA dan juga proses menandatangani MoA. Terdapat 6 buah Pusat Kerjasama yang memperbaharui MoA dengan UTM dan terdapat 2 Institut Pengajian Tinggi Swasta yang menjadi Pusat Kerjasama dengan UTM iaitu :

i. KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

ii. KOLEJ PSDC

iii. KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA

iv. KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM

v. INSTITUT TEKNOLOGI PERAK

vi. KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA

vii. KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD (Pusat Kerjasama Baru)

viii. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR (Pusat Kerjasama Baru)

2) 2 buah Pusat Kerjasama baru akan menawarkan program mulai Semester 1 2012/2013 (tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

3) Mulai semester 1 2012/2013, terdapat 4 buah Pusat Kerjasama UTM yang akan menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda (tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) iaitu :

KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

i. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)

ii. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

iii. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)

iv. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

INSTITUT TEKNOLOGI PERAK

i. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)

ii. Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia)

iii. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)

iv. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

Page 11: Jan Mac Buletin 24 2012

11

TARIKH STAF TERLIBAT TEMPAT

21-23/3/2012 En. Shazuli Azroel Sapingi Pulau Pinang

23-25/3/2012 En. Zurik Azaham Aris Kuching, Sarawak

23-25/3/2012 En. Riduan Abdul Rashid Kuantan,

En. Shazuli Azroel Sapingi Pahang

27-29/3/2012 En. Shazuli Azroel Sapingi Pulau Pinang

En. Shazuli Azroel Sapingi Kelantan

KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM

i. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)

ii. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

iii. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)

iv. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

KOLEJ TEKNOLOGI SARAWAK

i. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)

ii. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)

iii. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

iv. Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

KURSUS OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)

Pihak PPK, UTMSPACE telah menganjurkan kursus Outcome Based Education (OBE). Kurikulum OBE menekankan kepada persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan kepada pelajar. Dalam jangka masa panjang, persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari, kreatif dan inovatif. Ini dapat dicapai kerana melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan OBE, para pelajar akan dinilai dari segi kognitif (pengetahuan), psikomotor (praktikal) dan juga afektif (insaniah).

PPK, UTMSPACE turut menganjurkan kursus Course Review Report (CRR) & Program Review Report (PRR) di Nilai, dengan usahasama Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED). CRR ialah proses “Continuous Quality Improvement” (CQI) bagi menilai pencapaian dan prestasi setiap kursus manakala PRR pula ialah untuk melihat pencapaian keseluruhan sesuatu program. Prof. Dr. Kamarul Asri Ibrahim merupakan fasilitator kursus dan seramai 33 orang pensyarah telah terlibat dalam kursus ini.

PEMASARAN

Staf di pejabat PPK, UTMSPACE telah menghadiri kursus pemasaran untuk memantapkan lagi teknik pemasaran. Staf yang terlibat adalah;

i. En. Zurik Azaham Aris

ii. En. Jeffri Sem Mohamad Salleh

iii. En. Shazuli Azroel Sapingi

iv. En. Riduan Abdul Rashid

Page 12: Jan Mac Buletin 24 2012

12

PENAWARAN PELBAGAI PROGRAM BAHASA INGGERIS DAN PROGRAM PERSEDIAAN

Program-program ini melibatkan penyertaan dari pelbagai pihak seperti orang awam, golongan pelajar dan juga organisasi. Berikut adalah senarai program tersebut :

BIL NAMA PROGRAM TARIKH TEMPAT KETERANGAN

1Peperiksaan Akhir Program IEC Semester I 2011/2012

2 - 4 Jan 2012

UTM Kampus Johor Bahru & UTM Kampus

Kuala Lumpur

Pelajar antarabangsa UTM yang mengikuti Program IEC di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah.

2Peperiksaan Akhir Program

Foundation Semester I 2011/2012

2 – 6 Jan 2012

UTM KampusJohor Bahru

Pelajar antarabangsa UTM yang mengikuti Program Asasi (Foundation) di peringkat Sarjana Muda.

9 – 13 Jan 2012

UTM KampusKuala Lumpur

3 Adult Learning Workshop 11 Jan 2012

Bilik Seminar 1,Razak School,UTM KampusKuala Lumpur

Disertai 27 orang tenaga pengajar gabungan daripada Pusat Pengajian Diploma dan UBIPP UTMSPACE.

4

Program Instructional & Functional English

for Teaching Science & Technology

19 Jan – 29 Mac2012

Bilik Seminar,Maktab Rendah

Sains Mara, Pontian

Disertai oleh 25 orang guru MRSM Pontian yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik. Program ini adalah untuk

membantu mempertingkatkan lagi penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris guru-guru semasa mengajar.

5Kursus General English

Course

21 Jan – 10 Mac2012

Bilik Seminar,UTMSPACE Johor Bahru

Kursus yang dibuka untuk orang awam ini telah menarik penyertaan 10 orang peserta yang mengikuti pengajian pada setiap hari Sabtu. Kursus

ini disertai oleh pelbagai golongan seperti suri rumah, pelajar dan pekerja sektor awam dan korporat.

6Bengkel

Train The Trainers11 Feb 2012

Pusat Pembelajaran UTMSPACE Kota Bahru,

Kelantan

Seramai 11 orang peserta telah mengikuti sesi ini yang dikendalikan oleh Pengarah BPPP dan Pengurus UBIPP untuk tenaga pengajar yang

dilantik UTMSPACE di Kelantan.

Page 13: Jan Mac Buletin 24 2012

13

7Pendaftaran Pelajar

Baru Antarabangsa UTM Semester II 2011/2012

13– 15 Feb 2012

Dewan Sultan Iskandar,UTM KampusJohor Bahru

Hampir 450 orang pelajar baru antarabangsa telah hadir pada masa pendaftaran baru di kedua-dua tempat.

18 Feb 2012Dewan Besar,UTM KampusKuala Lumpur

8Peperiksaan

English Language Proficiency Test (ELPT)

20 Feb 2012

Dewan Masjid Sultan Ismail,

UTM KampusJohor Bahru Peperiksaan ELPT ialah penilaian tahap kemahiran dan penguasaan

bahasa Inggeris untuk semua pelajar baru antarabangsa yang mendaftar mengikut piawaian UTM sebelum diterima masuk ke Fakulti

27 Feb 2012Dewan Besar,UTM KampusKuala Lumpur

9Sesi Pembelajaran Program IEC dan Foundation Sem II

2011/201227 Feb 2012

UTM KampusJohor Bahru &UTM KampusKuala Lumpur

Semester II 2011/2012 telah bermula dengan kelas yang ada iaitu sebanyak 8 buah kelas di Johor Bahru dan 2 buah kelas di Kuala Lumpur

10

ProgramBusiness English

Communication For Executives

11,18 & 25 Feb&

3 Mac 2012SME Bank

Cawangan Johor Bahru

Seramai 12 orang staf SME bank telah berjaya menamatkan pengajian program ini.

18 Feb 2012&

3, 10 & 17 Mac 2012

SME BankCawangan Kota Bahru

11Program Effective

Communication Skills for Non Executive Level

20 – 21 Mac 2012

Bilik Latihan,UDA Angsana Sdn. Bhd

25 orang staf UDA Angsana Sdn. Bhd. telah terpilih untuk mengikuti program yang membantu mereka menguasai bahasa Inggeris semasa

berkomunikasi dengan pelanggan.

PENAWARAN PELBAGAI PROGRAM BAHASA INGGERIS DAN PROGRAM PERSEDIAAN

Page 14: Jan Mac Buletin 24 2012

14

BIL KURSUS TEMPAT TARIKH

1 KURSUS PASUKAN PAMERAN 2012 UTMSPACE BILIK SEMINAR UTMSPACE 5 JAN 2012

2 ADOBE DESIGN – FAST TRACK BILIK MESYUARAT UTAMA 2 26 – 28 Jan 2012

3 LINUX - CUXTOMISED BILIK MESYUARAT UTAMA 2 13 – 17 FEB 2012

4 KURSUS PEMASARANDEWAN SEMINAR,

BANGUNAN UTMSPACE,KL22 – 23 FEB 2012

5 PEMIKIRAN STRATEGIK FAVE HOTEL CENANG, LANGKAWI 23 – 24 FEB 2012

6 TEAMBUILDING SIRI 1 TAMAN NEGARA, SEGAMAT 24 – 26 FEB 2012

7TERMINATING OF EMPLOYMENT, CONDUCTING A DOMESTIC INQUIRY

& HANDLING MISCOUNDUCTHOTEL HOLIDAY INN GLENMARIE,

SHAH ALAM27 – 28 FEB 2012

8 SEMINAR KESEDARAN TERHADAP PENCEGAHAN KEBAKARAN BILIK SEMINAR, UTMSPACE 7 MAC 2012

9TRANSFORMING INTO AN IT DEPARTMENT THAT INCREASE

PERFORMANCEPUTRAJAYA 8 MAC 2012

10 TEAMBUILDING SIRI 2 TAMAN NEGARA, SEGAMAT 16 – 18 MAC 2012

11 PENGENDALIAN MESYUARAT & PENULISAN MINIT YANG BERKESANHOTEL SWISS GARDEN, KUALA

LUMPUR28-29 MAC 2012

MUHAMMAD FARID BIN HAIRUZAMAN

PEMBANTU EKSEKUTIF

2 JANUARI 2012

PUSAT PENGAJIAN SEPARUH MASA

YUSRI B. BABA

PEMBANTU EKSEKUTIF D (PENGAWAL)

2 FEBRUARI 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

MOHD FARHAN BIN HJ DARUS

EKSEKUTIF B (KOORDINATOR)

1 MAC 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

MOHD AMAR ADLI BIN MOHAMAD SHOFFIAN

PEMBANTU EKSEKUTIF C

5 JANUARI 2012

PUSAT PENGAJIAN SEPARUH MASA

ABD HAKKAM B. MASRAWAN

PEMBANTU EKSEKUTIF D

2 FEBRUARI 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

AZNITA HAZLINA BINTI MANSOR

EKSEKUTIF A (PUSTAKAWAN)

5 MAC 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

INTAN DIANA BINTI SIDIK

PEMBANTU EKSEKUTIF C (KEWANGAN)

2 APRIL 2012

KEWANGAN (KUALA LUMPUR)

NUR FASEHA BINTI MOHD KADIM

PEMBANTU EKSEKUTIF C (PEMBANTU PUSTAKAWAN)

13 FEBRUARI 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

NURUL NADHIRAH BT. ABU BAKAR

PEMBANTU EKSEKUTIF C (KEWANGAN)

2 APRIL 2012

KEWANGAN (KUALA LUMPUR)

NURUL HAMIZA BT. KHIR SANI

EKSEKUTIF B

2 FEBRUARI 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

ZAITON BINTI ABD MANAF

PEMBANTU EKSEKUTIF D (PENGAWAL)

15 FEBRUARI 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

ROSNIZA BINTI MOHD ROZALI

PEMBANTU EKSEKUTIF D

2 APRIL 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

SHAFAWI B. ADNAN

PEMBANTU EKSEKUTIF D (PENGAWAL)

2 FEBRUARI 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

NORSHARINI BINTI MOHAMAD NOH

EKSEKUTIF B (SETIAUSAHA PEJABAT)

29 FEBRUARI 2012

PEJABAT PENGARAH URUSAN (KUALA LUMPUR)

SYED MUZAFFAR BIN SYED ISMAIL

PEMBANTU EKSEKUTIF D

2 APRIL 2012

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH

KURSUS UNTUK STAF UTMSPACE

SELAMAT DATANG KE UTMSPACE

Page 15: Jan Mac Buletin 24 2012

15

CALL FOR PARTCIPANTS

CALLING LSP PRESENTERS

Date: 4 - 5 September, 2012 Venue: Swiss-Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur

The 8th International Language for Specific Purposes (LSP) Seminar will have Prof. Vijay K. Bhatia as the keynote speaker. He is the president of Asia-Pacific LSP and Professional Communication Association, and Principal Investigator of RGC Project on International Arbitration Practice: A Discourse Analytical Study.

The theme of the conference will be “Aligning Theoretical Knowledge with Professional Practice”, and it aims to bring together language practitioners from the industry, institutions of higher learning, and other organisations to share effective language practices and communication skills to enhance human capital development.

Academicians, language practitioners and professionals, teachers and teacher trainers, undergraduates and postgraduates, government agencies, corporate bodies, and non-governmental organisations are all invited to use this platform to share their research and experience that would make an impact on the LSP landscape.

For details and registration, do visit http://seminar.utmspace.edu.my/lsp2012

THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON WATER RESOURCES (ICWR 2012) IN CONJUNCTION WITH 20TH UNESCO-IHP REGIONAL STEERING COMMITTEE MEETING FOR SOUTHEAST ASIA AND THE PACIFIC

Date: 5 - 9 November 2012Venue: Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia

The 2nd International Conference on Water Resources (ICWR 2012), in conjunction with the 20th UNESCO-IHP Regional Steering Committee Meeting for Southeast Asia and the Pacific, will be held this year. ICWR 2012 will cover issues from various disciplines of Water Resources to address the theme ‘Sharing Knowledge of Issues in Water Resources Management to Face the Future’.

This theme intends to promote the sharing of experiences and research findings of those working in the field of sustainable water resources management. This conference also seeks to highlight the state-of-the-art technology in various sub-sectors as well as the new approaches and adaptation strategies to cope with the ever-changing world of water resources management.

UTM takes pride in being the host university for the first ICWR which was held in Langkawi, Malaysia from the 26th to 27th May 2009 with a total of 60 presenters and 62 participants. This year, UTM is given the honour to organise the 2nd ICWR and following up on the success of the previous event, the 2nd ICWR will be conducted as a full conference event.

The conference invites physical scientists, biologists, computer scientists, mathematicians, economists, tourism managers, ecologists and social and political scientists working on or related to water sustainability to share their knowledge of facing the significant issues related to water resources management.

For details and registration, please visit http://seminar.utmspace.utm.my/icwr2012

Page 16: Jan Mac Buletin 24 2012

16

School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE)

Universiti Teknologi Malaysia

34-50 Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti

81300 Skudai, Johor

UTMSPACE Johor Bahru

Tel : 607- 521 2000

Website: www.utmspace.utm.my

utmspace 2012