buletin jan-april 2015

12
BULETIN JP Edisi 1 Buletin JP Jan-Apr 2015 KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KEJAYAAN Perhimpunan bulanan bagi bulan Januari telah diadakan pada 30 Januari 2015 bertemakan pakaian berwarna hijau. Puan Shamariza Maarof telah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Program. Majlis telah diacarakan oleh Puan Fakilah Anurul Binti Mohd Azli Navamohan. Tayangan video dan multimedia telah disediakan oleh Puan Zauyah Azman manakala slide perhimpunan pula telah disediakan oleh Puan Norhafeeza Bambang Shaidi. Dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah telah menyampaikan amanat dan KPI sepanjang tahun 2015 kepada semua warga PNS. JP telah menyediakan hadian bagi staf yang meraikan hari lahir dari bulan Oktober 2014 sehingga bulan Januari 2015. Semua hadiah telah disumbangkan oleh orang perseorangan, Jabatan Perdagangan dan juga Koperasi PNS Berhad. Selain ucapan Tuan Pengarah, satu slot bagi pelajar NFT telah diberikan bagi memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan demostrasi menghasilkan jus salad. Semua staf telah dihidangkan dengan jus salad. Satu ANUGERAH STAF CONTOH BULANAN telah diwujudkan bagi memberi pengiktirafan atas usaha yang telah dilakukan oleh staf. Penerima Anugerah Staf Contoh Bulanan Bagi Bulan Januari 2015 adalah SITI NOORAIN BINTI AWALUDDIN Penerima Anugerah Staf Contoh Bulanan Bagi Bulan Februari 2015 adalah SURAYA BINTI WARIF TAHNIAH DIUCAPKAN NFT ke New York Saudara Samsol Bahari telah dibimbing oleh Puan Suraya Abd. Warif , Penyelaras Projek Poly Agropreneur Hidroponik NFT menyertai The Resolution Project Social Venture Challenge Winter 2015. Mukasurat 2 Bantuan Kemanusiaan Banjir KJP, staf dan pelajar JP telah menyertai pelbagai misi bantuan kemanusiaan banjir di Pantai Timur. Mukasurat 5 Perhimpunan Bulanan by Quyrul Zeta Ishak

Upload: dinhtuong

Post on 22-Jan-2017

249 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP Edisi 1

Buletin JP

Jan-Apr 2015

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KEJAYAAN

Perhimpunan bulanan bagi bulan Januari telah diadakan pada 30 Januari 2015 bertemakan pakaian berwarna hijau. Puan Shamariza Maarof telah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Program.

Majlis telah diacarakan oleh Puan Fakilah Anurul Binti Mohd Azli Navamohan. Tayangan video dan multimedia telah disediakan oleh Puan Zauyah Azman manakala slide perhimpunan pula telah disediakan oleh Puan Norhafeeza Bambang Shaidi.

Dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah telah menyampaikan amanat dan KPI sepanjang tahun 2015 kepada semua warga PNS.

JP telah menyediakan hadian bagi staf yang meraikan hari lahir dari bulan Oktober 2014 sehingga bulan Januari 2015. Semua hadiah telah disumbangkan oleh orang perseorangan, Jabatan Perdagangan dan juga Koperasi PNS Berhad.

Selain ucapan Tuan Pengarah, satu slot bagi pelajar NFT telah diberikan bagi memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan demostrasi menghasilkan jus salad. Semua staf telah dihidangkan dengan jus salad.

Satu ANUGERAH STAF CONTOH BULANAN telah diwujudkan bagi memberi pengiktirafan atas usaha yang telah dilakukan oleh staf.

Penerima Anugerah Staf Contoh Bulanan Bagi Bulan Januari 2015 adalah SITI NOORAIN BINTI AWALUDDIN Penerima Anugerah Staf Contoh Bulanan Bagi Bulan Februari 2015 adalah SURAYA BINTI WARIF

TAHNIAH DIUCAPKAN

NFT ke New York Saudara Samsol Bahari telah dibimbing oleh Puan Suraya Abd. Warif , Penyelaras Projek Poly Agropreneur Hidroponik NFT menyertai The Resolution Project Social Venture Challenge Winter 2015.

Mukasurat 2

Bantuan Kemanusiaan Banjir KJP, staf dan pelajar JP telah menyertai pelbagai misi bantuan kemanusiaan banjir di Pantai Timur.

Mukasurat 5

Perhimpunan Bulanan by Quyrul Zeta Ishak

Page 2: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 2

Agropreneur Hidroponik NFT sekali lagi melakar kejayaan dengan menyertai The Resolution Project Social Venture Challenge Winter 2015 yang dipertandingkan di United Nation Headquarters, New York, USA pada 10 – 12 Februari 2015. Saudara Samsol Bahari bin Hamdan yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Youth Action Project tahun 2014 anjuran Majlis Belia Malaysia telah terpilih untuk mewakili Belia Malaysia di dalam The Resolution Project Social Venture Challenge bersama dengan dua orang peserta lain dari UMP dan UM.

Di dalam pertandingan ini Saudara Samsol Bahari telah membentangkan projek yang bertajuk ‘Happy Agro Kids’ iaitu satu proposal projek latihan dan bimbingan berterusan berasaskan agro menggunakan kaedah hidroponik NFT yang diperkenalkan kepada kanak-kanak tadika. Projek ini bertujuan untuk memupuk minat kanak-kanak kepada bidang agrikultur sejak dari kecil lagi di samping mendidik budaya makan sayur dan menggalakkan kepada budaya hidup sihat melalui pertnian dan teknologi hijau. Proposal projek ini telah berjaya ke peringkat akhir dan merupakan enam projek terbaik di dalm The Resolution Project Social Venture Challenge Winter 2015.

Saudara Samsol Bahari telah dibimbing oleh Puan Suraya Abd. Warif , Penyelaras Projek Poly Agropreneur Hidroponik NFT yang turut sama menyertai delegasi Majlis Belia ke New York. Selain daripada menyertai The Resolution Project Social Venture Challenge Winter 2015 delegasi ini turut menghadiri United Nation Youth Assembly di United Nation Headquarters. Di samping itu, delegasi sempat membuat kunjungan hormat dan sesi dialog bersama Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-bangsa Bersatu di New York iaitu Y. Bhg Datuk Hussein Haniff dan Duta Malaysia ke USA Y. Bhg Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Washington D.C.

PN SURAYA WARIF

Merupakan pensyarah dari Jabatan Perdagangan yang aktif dan bertanggungjawab dalam Program NFT di PNS

NFT PNS ke NY by Suraya Warif

Page 3: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 3

Keratan Akhbar Mengenai Pelajar PNS

Page 4: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 4

Seluruh staf JP ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan, kepada Tuan Pengarah, En.Tajuddin Abdul rashid yang akan berpindah ke JPP sebagai Pengarah Bahagian BKPro.

Beliau telah berjasa dan berkhidmat bakti di PNS ini semenjang tahun 2011. Tentu sekali di dalam perkhidmatan beliau yang begitu panjang, banyak jasa-jasa besar yang telah dicurahkan yang menjadi tinta emas di dalam sejarah perkembangan dan pembangunan PNS, khasnya dalam memartabatkan nama PNS. Beliau turut dalam menggembleng tenaga serta mencanang idea di dalam merealisasikan KPI dan Visi PNS.

Seluruh warga PNS dan JP kahusnya merasa amat bertuah dan berbangga kerana beliau telah menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi sepanjang beliau berkhidmat di sini selain mempunyai perwatakan yang mesra dan prihatin terhadap anak-anak didiknya.

Penghargaan Pengarah by Quyrul Zeta Ishak

Majlis perhargaan Tuan Pengarah telah diadakan serentak dengan Majlis Perhimpunan Bulanan pada 18 Mac 2015. Selamat maju jaya. Jagalah kesihatan dan semoga berbahagia selalu.

”Kalau ada pauh di daik,

Bawa sebiji ke tanah seberang,

Kalau ada budi yang baik,

Sampai mati dikenang orang”

Audit SIRIM Peringkat 2 & Penghantaran Dokumen MQA 01 Program DRM by Quyrul Zeta Ishak

Penyampaian cenderahati daripada JP kepda Tuan Pengarah dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2015

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah melaksanakan audit peringkat dua di Jabatan Perdagangan pada 13 Mac 2015 (Jumaat). Auditor yang bertanggungjawab adalah Pn Hjh. Mariam Mohamed Zin. Antara bidang yang telah diaudit adalah Proses Semakan dan Rekabentuk Program, Proses dan Aktiviti Pengurusan Hal Ehwal Akademik, Pengurusan penyediaan Rancangan Mengajar, pengurusan pengendalian kuliah, tutoran dan amali meliputi pemantauan kuliah, tutoran dan amali dan Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran. Dokumen MQA 01 bagi Program DRM telah disiapkan dan telah dihantar pada 16 April 2015 ke MQA.

Page 5: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 5

SEKITAR BANTUAN KEMANUSIAAN

Sekitar Misi Kemanusiaan KJP, staf dan pelajar telah menyertai 4 misi kemanusiaan banjir di Pantai Timur

FAKTA TERKINI

32 orang

Pensyarah JP

Awal tahun 2015, banjir melanda pantai timur yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Banjir yang melanda kali ini merupakan bencana alam yang paling memberi kesan yang teruk kepada Negara. Oleh yang demikian, atas dasar kemanusiaan, pihak Politeknik Nilai turut sama menyertai misi kemanusiaan untuk membantu kawasan yang dilanda musibah banjir. Misi bantuan kemanusiaan ini disertai oleh kakitangan dan pelajar Politeknik Nilai.

Misi kemanusiaan banjir ini telah berlansung sebanyak 4 misi. Misi yang pertama di Gua Musang, Kelantan. Misi ini menumpukan kerja-kerja pembersihan dua buah sekolah dan sebuah masjid di Gua Musang. Misi ini berlansung pada 2 Januari sehingga 4 Januari.

Misi Kemanusiaan siri kedua diteruskan pada 7 Januari hingga 9 Januari bertempat di Temerloh, Pahang. Tumpuan misi pada kali kedua ini adalah untuk membersihkan dua buah sekolah dan memberi bantuan sumbangan kepada mangsa banjir.

Pada 28 Febuari, Politeknik Nilai meneruskan misi ketiga di Sekolah Agama Darrun Naim Temerloh Pahang bagi meneruskan khidmat kemanusiaan untuk membantu membaik pulih lanskap serta mengecat bangunan sekolah.

Terbaru, misi keempat diteruskan di Sekolah Agama Darrun Naim pada 25 April hingga 26 April. Misi ini memberi khidmat nasihat dan motivasi kepada para pelajar sekolah berkenaan. Selain daripada itu, misi kali ini juga memberi bantuan peralatan pengajaran dan pembelajaran kepada pihak sekolah berkenaan

Misi kemanusiaan akan diteruskan pada masa akan datang mengikut keperluan semasa. Paling penting, program ini dapat mengeratkan hubungan kedua belah pihak dan mengubat kesedihan serta trauma mangsa banjir di sana.

Misi Kemanusiaan by Zul Aizat Hamdan

Page 6: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 6

Misi Kemanusiaan Bantuan Banjir Pantai Timur

Page 7: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 7

Kelab Niaga By : Norsalawati Mohd Razalli

Taklimat & Bengkel System e-POS By : Siti Raudah Azis

Program telah dilaksanakan pada 27 Janusri 2015. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Program Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM), Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.

Terdapat 2 slot diadalkan sepanjang bengkel iaitu SLOT 1: Pengenalan, aplikasi, pengoperasian, penggunaan sistem ePOS SLOT 2: Bengkel menggunakan sistem POS di Retail Simulation Mart Program ini amat berguna kepada pelajar serta pensyarah di dalam memberi pendedahan tetang perkembangan teknologi terkini. Penggunaan sistem ePOS di dalam pengurusan perniagaan dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan Retail Simulation Mart, PNS.

Selaras dengan hasrat Malaysia di bawah inisiatif kerajaan Pelan Pembangunan Usahawan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Kelab Didik Niaga, Politeknik Nilai memberi penekanan terhadap pelajar pengurusan peruncitan untuk menjadi usahawan muda yang berjaya dan dinamik. Disamping menggalakkan pelajar pengurusan peruncitan melibatkan diri dalam aktiviti program keusahawanan ia juga memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menjadi usahawan di masa depan yang sejajar dengan Wawasan Negara dalam meningkatkan bilangan usahawan muda.

Bagi merealisasikan aktiviti Jualan Konvokesyen 2015 iaitu pada 27 & 28 Mac 2015 yang dianjurkan oleh Unit Usahawan Politeknik Nilai, pelajar pengurusan peruncitan telah melibatkan diri dalam penjualan makanan dan minuman seperti Nasi Ayam, Mee Sup, Soto dan sebagainya. Justeru, bagi memeriahkan aktiviti Jualan, pelajar telah membuka sebuah “Selfie Booth” untuk menarik minat pelanggan dan graduan yang hadir. Dengan aktiviti ini secara khususnya pelajar peruncitan dapat memperluaskan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam pengurusan peruncitan dan pengurusan perniagaan bidang yang sebenar. Antara pencapaian objektif aktiviti ini adalah seperti berikut:

1. Memupuk budaya keusahawanan di kalangan belia dengan memberi pendedahan kepada ciri utama keusahawanan, jenis, peluang dan risiko dalam persekitaran perniagaan.

2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perniagaan dan peruncitan.

3. Mempelajari teknik dan strategi pengurusan perniagaan dan pengurusan peruncitan secara efektif dan efisien.

4. Memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar pengurusan peruncitan sejajar dengan objektif program

Page 8: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 8

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perdagangan bagi memenuhi PPI 50 jam setiap program. Antara seminar dan lawatan industri yang dilaksanakan adalah seperti

Lawatan Industri Beryls Lawatan ke kilang Beryls Chocolate Sdn Bhd telah diadakan pada 2 Mac 2015. Para pelajar telah bertolak pada pukul 8.30 pagi. Lawatan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Seramai 34 orang pelajar DEC telah terlibat dan lawatan ini diiringi oleh Pn Noor Aini Binti. Moharad. Antara objektif lawatan adalah : 1. Pelajar dapat mengetahui pengurusan

perniagaan dan perdagangan elektronik.

2. Pelajar dapat mengetahui perisisan dan sistem yang terkini digunapakai dalam

pengurusan perniagaan dan perdagangan elektronik.

3. Pelajar dapat pendedahan bagaimana pengurusan dokumen dan prosidur pengurusan perniagaan dan perdagangan elektronik.

4. Kepakaran dari industri akan dapat dikongsi kepada pelajar dan pensyarah.

Lawatan Kilang Gardenia By : Norhafeeza Bambang Shaidi

Seramai 37 orang pelajar terdiri daripada pelajar DEC1B telah mengadakan lawatan ke Kilang Roti Gardenia, Shah Alam pada 9 Mac 2015. Lawatan ini diiringi oleh 3 orang pensyarah pengiring iaitu Puan Norhafeeza Binti Bambang Shaidi, Puan Norhayati Jais dan Puan Nooraini Moharad. Antara objektif lawatan adalah

1. Mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengurusan dalam perkilangan.

2. Mendapatkan pemahaman dan gambaran yang lebih jelas tentang penghasilan produk menggunakan teknologi terkini.

3. Mendapatkan perspektif yang lebih meluas berkenaan dengan sistem informasi yang digunakan di dalam organisasi seperti pemasaran, rantaian bekalan makanan dan sebagainya.

4. Sebagai memenuhi syarat penilaian berterusan bagi subjek DPE 1013.

Lawatan Industri 10 Februari 2015 8.00am – 1.00pm Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur,

Jalan Duta 76 pelajar : 26 pelajar DLS5 dan 48

pelajar DEC6 Pensyarah Pengiring:

Pn Jerina Ibrahim, Pn Kamisah Salikin, Pn Nor Haziah Hussin,Pn Yusrita Yusoep

LAWATAN INDUSTRI

Aktiviti JP

Page 9: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 9

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As-Solihin By : Norhafeeza Bambang Shaidi

Seramai 42 orang pelajar terdiri daripada pelajar DIB 3 telah mengadakan Kunjungan ke rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin yang terletak di Kanchong Darat, Banting Selangor pada 21 Mac 2015, diiringi oleh Pensyarah pengiring iaitu Puan Norhafeeza Binti Bambang Shaidi. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar dalam merencanakan dan mengendalikan sebuah program. Akhir kata, terima kasih kepada pengerusi rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin kerana sudi menerima kunjungan dari kami.

Lawatan Industri Ke Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam By : Zauyah Azman Seramai 40 orang pelajar terdiri daripada pelajar DEC1A dan DEC1B telah mengadakan lawatan ke KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Shah Alam diiringi oleh Pensyarah pengiring iaitu Puan Zauyah Binti Azman. Objektif lawatan ini adalah 1. Bagi memenuhi kursus Fundamental of

Multimedia (DPE 1023), pelajar akan didedahkan tentang pengurusan bidang menggunakan sistem perniagaan elektronik bersama dengan industri.

2. Pelajar dapat mengetahui perisian dan sistem yang terkini digunapakai dalam pengurusan perniagaan dan perdagangan elektronik.

3. Kepakaran dari industri akan dapat dikongsi kepada pelajar dan pensyarah.

4. Dapat melawat KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, dan dapat melihat sendiri macam mana produk-produk dihasilkan.

Lawatan Industri 28 Februari 2015 9.30am – 1.00pm Jabatan Perangkaan Malaysia 84 pelajar DIB 6 Pensyarah Pengiring:

Pn Jerina Ibrahim, Pn Kamisah Salikin, Pn Rusilah Othman

Page 10: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 10

Pada 24 hingga 26 Mac 2015 yang lalu, Politeknik Nilai telah menyertai National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2015 iaitu lebih dikenali dengan iCompEx ’15 Peringkat Kebangsaan. iCompex ’15 telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) di Jitra, Kedah. Jabatan Perdagangan telah menghantar dua kumpulan penyertaan yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah penyelia projek inovasi masing-masing.

Kumpulan projek pertama adalah Rasah Cycle E-Commerce Website yang diwakili oleh tiga orang pelajar program Diploma Pengajian Perniagaan (e-Dagang) dan dua orang pensyarah penyelia, manakala kumpulan projek kedua adalah QPS System yang telah diwakili oleh tiga orang pelajar program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan. Kedua-dua penyertaan ini adalah di bawah kategori C iaitu ICT dan Multimedia.

iCompEx adalah satu jenama pertandingan untuk mempamerkan penghasilan projek pelajar dan produk penyelidikan yang berkualiti yang dianjurkan oleh POLIMAS. Ini adalah kali ketiga penganjurannya dan iCompEx ’15 telah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records apabila menerima penyertaan terbanyak dalam sejarah negara. Terpalit rasa kagum dan bangga dengan kehebatan pihak penganjur acara tahunan ini. Lebih membanggakan adalah pencapaian Silver Medal (pingat perak) untuk Projek Rasah Cycle E-Commerce Website. Tahniah dan syabas kepada pelajar Muhamad Afham bin Raya, Puteri Nur Asmida binti Amran, Muhamad Syafiq Haziq bin Surizan dan juga pensyarah penyelia Puan Norhayati binti Jais serta Puan Azalinda binti Mat Saad. Tidak lupa juga syabas diucapkan kepada kumpulan pelajar dan pensyarah penyelia projek QPS System yang turut menyertai pertandingan ini. Semoga pencapaian ini merupakan titik tolak dan pemberi semangat serta inspirasi untuk warga Jabatan Perdagangan agar terus cemerlang gemilang dan terbilang pada masa akan dating.

iCompEx’15 by Norhayati Jais

Page 11: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 11

Lawatan Ke Bank Negara Malaysia by Lilis Seri Yana Sirun

Program Lawatan sambil belajar ke BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) merupakan salah satu program yang diadakan untuk Kursus PA305 – AKPK’s Personal Financial Management. Lawatan ini telah berjaya memberikan pendedahan dan pemahaman kepada pelajar berkenaan peranan BNM di dalam industri perbankan di Malaysia. Tarikh (Tempoh) & Masa: 27 Februari 2015 Tempat: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bilangan & Senarai Peserta: Seramai 26 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Pengisian Program & Penceramah

Ceramah berkenaan peranan BNM di dalam industri perbankan di Malaysia.

Panduan umum mengenalpasti ketulenan wang kertas

Ciri-ciri keselamatan wang kertas

Ceramah disampaikan oleh Pn. Noraimah bt Mohd Nor, Jabatan Pengurusan Operasi Matawang. Dengan lawatan ke BNM ini para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas peranan BNM di dalam sistem

perbankan di Malaysia.

Page 12: Buletin Jan-April 2015

BULETIN JP | Edisi 1 12

LT. KOL (PA) Haji Mohamad Amin Bin Hamat

bY:QZIMNOYA