islam dan ilmu pengetahuan (29 jun 2018/15 syawal … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang...

9
1 ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN(29 JUN 2018/15 SYAWAL 1439) ف م ه ون د ن لى م ع ماء ل الع ن أ ش ع ف ور م ل ع ي م ما ل سان ن ا م ل ي ع ذ ال د م الح ون و ت س ي. ا إ ه ل إ ن أ د ه ش أ و ة ب صاح ذ خ ت ي م ي ل ذ ال د م الص د ر الف د ح ا د الواح نا إ د ش ر ي أ ذ ال ه ول س ور ه د ب ا ع د حم نا م ن ي ع أ ة ر نا وق د نا وقائ يب ب نا وح د ي س ن أ د ه ش ا، وأ د ل و لى ور. ى والن د واله ر ي الخ يق ر ط و ل ص م ه ل ال م ه د ش ر وأ ر ي الخ اس الن م ل ي ع ذ ال ي م ا ي ب الن د م ح ا م ن د ي ى س ل ع ك ار ب و م ل س ين ب ي الط ه ت حاب وص ه ى ءال ل وع ة ر خ وا يا ن في الد م ه ح وف م ه ح وص م ه ر ي خ يه لى ما ف إ ين ر لطاه ا. ، ف د ع ا ب م أ م ك ل ع ل ه ت اع ط و ى ا و ق ت ب اي ي إ و م ك ي ص و ، أ وا ا ق . ات ا اد ب ا ع ي ت ن و ح ل ف. آياته: م ك ح تعالى في مل ا قا﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯSIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH, Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan mengenai: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN”. SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN, Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas utama kehidupan dan landasan untuk mencapai kejayaan. Tanpa ilmu pengetahuan, individu,

Upload: duongdiep

Post on 03-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

1

“ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN”

(29 JUN 2018/15 SYAWAL 1439)

الحمد هلل الذي علم اإلنسان ما لم ي علم ورفع شأن العلماء على من دون هم فال الواحد األحد الفرد الصمد الذي لم ي تخذ صاحبة وال أشهد أن ال إله إال اهلل . يست وون

دا عبده ورسوله الذي أرشدنا إ لى ولدا، وأشهد أن سيدنا وحبيبنا وقائدنا وق رة أعيننا محم طريق الخير والهدى والنور.

ر وأرشدهم اللهم صل و د النبي األمي الذي علم الناس الخي سلم وبارك على سيدنا محمنيا واآلخرة وعلى ءاله وصحابته الطيبين رهم وصالحهم وفالحهم في الد إلى ما فيه خي

يا عباد اهلل. ات قوا اهلل، أوصيكم وإياي بت قوى اهلل وطاعته لعلكم أما ب عد، ف .الطاهرين قال اهلل تعالى في محكم آياته: .فلحون ت

﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya

sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan

kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala

perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita

memperoleh keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan

di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan mengenai: “ISLAM DAN

ILMU PENGETAHUAN”.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas utama kehidupan dan

landasan untuk mencapai kejayaan. Tanpa ilmu pengetahuan, individu,

Page 2: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

2

masyarakat, bangsa dan negara akan mundur dan akan ketinggalan dalam semua

bidang dan lapangan. Sejarah membuktikan kedatangan Islam telah merubah dunia

daripada dibelenggu kejahilan kepada zaman kegemilangan dan kemunduran

kepada era kemodenan. Tanah arab yang asalnya bagaikan tanah gersang bertukar

menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden

serta pembangunan yang pesat dan drastik sehingga ke hari ini.

Kelahiran Rasulullah SAW dengan membawa ajaran Islam umpama cahaya

yang menyinari kegelapan masyarakat Arab pada masa itu. Bermula dengan

pembentukan akhlak sehingga menjadikan penduduk Arab sebuah masyarakat

moden yang bersatu padu. Begitu juga kejayaan para sahabat dan ulama yang

membawa syiar Islam sehingga agama Allah SWT itu berkembang hampir ke

sepertiga dunia dengan berpaksikan ilmu dan peradaban Islam yang sentiasa

diamalkan oleh pemerintah pada masa itu.

Oleh yang demikian, Islam telah mewajibkan seluruh umatnya agar

menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam

konteks keperluan negara hari ini, kita amat memerlukan modal insan sebagai

individu yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,

namun ia juga mencakupi aspek iman serta akhlak peribadi yang tinggi dalam

setiap jiwa individu. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

﴾مب ىب يب جت حت خت مت ىت يت جث مث ىث يث حج﴿

Maksudnya: “Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga

orang yang diberi ilmu pengetahuan (dalam kalangan kamu) beberapa darjat.

Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu

lakukan.”

Page 3: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

3

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI SEKALIAN,

Ke arah memenuhi hasrat dan aspirasi ayat ini, kerajaan hari ini telah

menzahirkan kesungguhannya untuk memartabatkan ilmu pengetahuan dan

pentadbiran Islam dengan memberi penekanan kepada ajaran Islam seperti yang

terkandung dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih. Ajaran Islam bersifat syumul

dan menyeluruh dalam segala aspek kehidupan. Ia bukan sahaja memfokuskan

kepada amalan ritual agama tetapi mencakupi sudut ekonomi, sosial dan juga

akhlak. Dua sumber al-Quran dan hadis inilah yang menjadi teras utama ilmu

pengetahuan dan panduan umat Islam sebagaimana sabda Nabi SAW yang

diriwayatkan oleh Imam Malik:

كتم بهما كتاب الله وسنة نبيه ت ركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسMafhumnya:"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak

sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,

iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.”

Al-Quran merupakan panduan dan sumber ilmu yang utama bagi umat

Islam. Jika panduan ini tidak difahami dan dihayati, tidak mungkin kita menjadi

umat Islam yang berjaya. Sementara kita berusaha membaca dan menghafal al-

Quran, kita juga perlu fahami ajaran sebenar agama Islam melalui apa yang dibawa

oleh al-Quran. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menggali pelbagai ilmu

yang terkandung al-Quran dalam usaha ke arah menjadi ummah yang

mengamalkan cara hidup Islam. Justeru, Kerajaan amat komited untuk membawa

perubahan kepada pentadbiran negara dan pentadbiran agama Islam selaras dengan

kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Kita harus ingat akan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan dalam pembentukan masyarakat Islam yang

terbaik di dunia.

Page 4: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

4

Masyarakat yang terbaik inilah yang memahami Islam dengan erti kata yang

sebenar dan tidak tenggelam dalam arus kemewahan dan kebendaan. Peribadinya

dibentuk dengan jiwa yang berani, merdeka dan matang dalam memberikan buah

fikiran dan membuat keputusan. Sentiasa mencetuskan idea-idea yang bernas dan

membina. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT, tidak sombong dan tidak

lupa diri apabila diberi kejayaan. Kerana mereka beriman dan yakin semuanya

datang daripada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Hajj, ayat 41:

ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ﴿

﴾ک ک ک گ گ گ گ

Maksudnya: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan

memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat,

dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara

yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Sebagai rakyat, kita harus bersyukur bahawa para pemimpin negara

merupakan golongan yang berilmu pengetahuan dan dapat berfikir dengan tajam

untuk membangunkan negara dalam semua aspek pembangunan dengan baik.

Peradaban hanya terbina dengan ilmu pengetahuan. Tiada jalan singkat untuk

membina peradaban. Kita perlu memahami Islam sebagai agama yang mendokong

kebenaran, keadilan dan kasih sayang yang akan menjadikan masyarakat maju

dalam semua bidang kehidupan.

Harus juga diingat dalam masa yang sama, menuntut ilmu tidak hanya

menjurus kepada mengumpul sebanyak ilmu yang mungkin, sebaliknya apa yang

lebih penting bagi umat Islam ialah wajib mengamalkan ilmu yang ada selari

dengan tuntutan Islam yang sebenar. Orang yang berilmu dan beramal, dialah yang

Page 5: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

5

merealisasikan matlamat penciptaannya kerana falsafah budaya ilmu akan

memandu dan mendidik kepada akhlak yang terpuji dan kesejahteraan hidup

sebagai mana dituntut dalam Islam. Bagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal,

dia akan tergolong dalam kalangan mereka yang dimurkai Allah SWT kerana tidak

merealisasikan matlamat ilmu tersebut. Ibarat belajar tinggi tetapi akhlak dan budi

pekertinya tidak mencerminkan ketinggian ilmu dimiliki. Akhirnya ia menjadi

punca kepada keruntuhan moral dan masalah sosial dalam masyarakat seperti

penyelewangan, rasuah, pecah amanah dan seumpamanya.

Mimbar berharap dengan ilmu pengetahuan itu juga, dapat mengawal akhlak

kita daripada menyebarkan pelbagai isu kontroversi yang sering menjadi perhatian

dan perbualan hangat masyarakat Islam. Lebih menyedihkan, penyebaran isu itu

menyebabkan kegelisahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam

tatkala ditularkan tanpa tabayyun atau tanpa meneliti dan menyelidik terlebih

dahulu sesuatu berita. Islam telah memberi garis panduan bahawa setiap perkara

yang diragui statusnya hendaklah dirujuk terus kepada ahlinya. Firman Allah SWT

dalam surah an-Nahl ayat 43:

﴾ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ﴿

Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai

Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada

mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan jika kamu

tidak mengetahui.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Page 6: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

6

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang

Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai

pedoman dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Ilmu pengetahuan adalah jambatan kejayaan kepada diri, masyarakat,

bangsa dan negara untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kedua: Al-Quran dan hadis merupakan teras utama ilmu pengetahuan dan

panduan umat Islam yang perlu difahami dengan erti kata sebenar.

Ketiga: Mengamalkan konsep tabayyun tentang sesuatu berita yang diterima

dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak ahli dan pakar bagi

mengelakkan terjadinya fitnah.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٱ ٻ ٻ ٻ

ژ ژ ڑ ڑ ڎ ڎ ڈ ڈ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ چ چ چ ڇ ڇ ڇ﴿

﴾ک ک ک ک گ گ

Maksudnya:“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang

menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui

pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(surah a1-‘Alaq :1 - 5)

ات والذكر ي اكم بما فيه من األبارك اهلل لي ولكم بالقرءان العظيم ون فعني وإي ميع العليم. أق ول ق ولي هذا قبل مني ومنكم تال الحكيم وت وته إنه هو الس

اهلل العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين وأست غفر والمؤمنات فاست غفروه إنه هو الغفور الرحيم.

Page 7: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

7

KHUTBAH KEDUA

_______________________________________________________________

Page 8: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

8

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami

ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.

Page 9: ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN (29 JUN 2018/15 SYAWAL … · menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden ... konteks keperluan negara hari ini, kita amat

9