buletin pembina syawal 1431
DESCRIPTION
Edisi 03/02/1431TRANSCRIPT
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Walillahilhamd.
Sempena sambu-
tan „Aidilfitri kali ini,
marilah kita dengan tidak
putus-putus mengucapkan
kesyukuran kepada Allah,
atas nikmat Ramadhan
yang telah sama-sama kita
lalui. Marilah kita terus
menerus menyatakan puji-
pujian kita kepada Allah
s.w.t melalui takbir, tasbih
dan tahmid. Sesungguhnya kita memuji Allah
atas kemenangan kita memerdekakan diri dari
belenggu hawa nafsu, melalui ibadah sepan-
jang bulan Ramadhan. Kami ucapkan
“Taqabballahu minna wa minkum”, semoga
allah menerima segala
amalan kita semua, Insya
Allah. Semoga setiap
Ramadhan yang berlalu
akan meningkat darjat kita
di sisi Allah, menam-
bahkan ketaqwaan kita,
memantapkan keimanan
kita dan memperteguhkan
keazaman kita untuk terus
berusaha memperbaiki diri
kita menjadi insan yang
lebih baik daripada sebelumnya.
Antara cara kita menyatakan kesyuku-
ran kita adalah dengan beristiqamah dengan
amal ibadah yang telah kita lazimi sepanjang
bulan Ramadhan. Tilawah al-quran yang kita
usahakan sehingga khatam pada bulan Rama-
dhan hendaklah kita cuba teruskan sehingga ke
Ramadhan akan datang. Kebiasaan bangun
awal pagi untuk bersahur seharusnya kita
teruskan dengan solat-solat sunat qiam sebe-
lum tibanya waktu subuh. Ibadah puasa pula
kita teruskan sekurang-kurangnya enam hari di
bulan syawal supaya kita dapat mengecapi
ganjaran seumpama berpuasa selama setahun
seperti yang Allah janjikan. Seandainya kita
telah membiasakan diri kita untuk me-
makmurkan masjid-masjid dan surau-suaru
kita untuk solat sunat terawih
sepanjang Ramadhan, maka
janganlah kita merasa berat
untuk melangkah ke masjid
untuk setiap solat fardhu
yang juga menjadi tuntutan
untuk kita, terutamanya
kaum adam. Semoga ibadah
kita pada Ramadhan yang
lalu, bukan sekadar kenangan semusim, tapi
membuahkan kesan yang berlarutan hingga
Ramadhan akan datang.
Rakan Belia yang dikasihi,
Marilah kita mengambil peluang Hari
Raya Aidilfitri ini untuk kita berbuat baik
kepada kedua-dua ibubapa, mengeratkan sila-
turrahim, menghubungkan yang jauh, dan me-
mesrakan yang dekat. Inilah peluang untuk kita
saling menziarahi dan berjumpa dengan sanak
saudara yang tinggal berjauhan. Sejarah umat
Islam terdahulu mengajarkan kepada kita baha-
wa setiap hubungan
kemanusiaan ini, baik
hubungan berasaskan
kekeluargaan, hub-
ungan sesama saudara-
mara, mahupun hub-
ungan berasaskan kaum
kerabat, semuanya
dapat memberi kesan
yang positif dalam
membentuk kekuatan
umat Islam sekiranya
semuanya didasarkan kepada Islam.
Pada masa kita mengecapi kemeria-
han sambutan aidilfitri ini, marilah kita sama-
sama memastikan bahawa sambutan aidilfitri
kita jauh daripada perkara-perkara yang mero-
sakkan keberkatan aidilfitri seperti hiburan
yang bercanggah dengan Islam, pembaziran
dan pergaulan yang tidak mengikut batas
syarak. Jangan pula kita biarkan hawa nafsu
yang telah kita didik selama sebulan dalam
bulan Ramadhan dibiarkan bermaharajalela
dalam sambutan Aidilfitri.
Akhir kata, bergembiralah kerana
inilah perayaan kejayaan kita. Dan berdoalah
supaya kita ditemukan dengan Ramadhan yang
akan datang dan semoga Allah menerima sega-
la amalan kita, Amin
Perutusan Syawal Pres iden PEMBINA
VISI KAMI
Menjadi Peneraju Aktivisme
Belia Islam Melalui
Pemuliharaan dan
Pembangunan
Belia Islam
Fakta Syawal
Buletin PEMBINA | Persatuan Belia Islam
Nasional | Edisi Syawal 1431H
Zaizul Azizi Bin Zaman—
Presiden PEMBINA
Nama: عيد الفطر(‘Ayd al-Fiṭr)
Nama lain : Hari Raya Aidilfitri,
Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran
(Indonesia), Shemai Eid
(Bangladesh), Ramazan Bayramı
(Turki)
Jenis: Perayaan agama Islam
Keutamaan: Menandakan be-
rakhirnya bulan Ramadhan & iba-
dah puasa bulan Ramadhan
Tarikh: 1 Syawal Kalendar Hi-
jrah
Cara Perayaan: Solat Sunat
Aidilfitri, Bertakbir, Memakai
Pakaian Terbaik, Menziarahi
keluarga dan sahabat taulan.
Bule t in PEMBINA | Persatuan Bel ia Is lam Nas iona l | Ed is i S yawal 1431H Edisi 2/2010 Pejabat Urusan PEMBINA Pusat
39-2-2B, Jalan Medan
PB2B,Primary Business
Address
Address Line 2
Address Line 3
Address Line 4.
Phone: 03-89265614
Allahuakbar.. Allahuakbar Laa ilaahaillallah.. Allahuakbar Walillahilhamd..
Sayup-sayup alunan takbir memuji Ilahi. Saat Syawal menjelma sempena meraikan hari kemenangan umat Islam yang hanya kita temui setahun sekali. Tika ini sanak saudara, sahabat handai saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Dalam erti mengukuhkan hubungan silaturrahim yang terjalin sesama muslim. Terkenang zaman saya kanak-kanak dahulu. Hari Raya saya hanyalah hari untuk bermain bunga api bersama sepupu. Atau Hari Raya adalah hari untuk mendapatkan duit raya sebanyak mungkin daripada pakcik dan makcik. Kadang-kala Hari Raya ditafsirkan juga sebagai hari untuk menikmati bermacam-macam kuih-kuih raya yang beraneka jenis dan rupa. Semalam tinggal semalam. Memori.. Usia, benar-benar mematangkan. Hari ini, Hari Raya kita disambut dan diraikan dalam pelbagai wajah baru dan kelainan. Jika dahulu kad-kad Raya dikirim sehingga memenuhi peti-peti surat, kini e-mail dan sms Raya pula yang memenuhi inbox. Dahulu, zakat fitrah dibayar pada ‘amil-’amil di masjid-masjid. Kini , sekali ketik di telefon bimbit sahaja memadai. Dunia kita banyak dicorak oleh teknologi-teknologi baru ciptaan manusia. Semuanya ingin canggih, ringkas dan ele-gan. Tetapi, dalam berlumba dengan arus yang pesat ini, biarlah kecanggihan teknologi juga turut ‘menteknologikan’ juga iman. Teknologikan ia sentiasa agar selalu bernafas muda, berkuasa tinggi, laju menderu-deru, dan efisyen dalam membentuk diri yang soleh solehah dan bertaqwa, ke arah kemajuan jiwa-jiwa yang bermutu tinggi imannya dan efisien.
Ejekan yang mengundang nikmat
Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya jika diejek oleh orang yang soleh. Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya, ‘’ mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad? ‘ ’Ya, mengapa kau tidak men-gahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab Miqdad. Entah mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf mera-sa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Mi-qdad ke rumah Nabi Muhammad s.a.w.
untuk mengadu. Mendengar pengaduan Mi-qdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk bahu Miqdad, dan berkata, ‘’Sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang secocok bagimu.” Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Mi-qdad dikahwinkan dengan puteri bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Dhi-ba’’, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.
Kisah dan Tauladan
Tinta Persatuan Belia Islam Nasional Edisi 2/2010
Miqdad bin Al-Aswad
Miqdad bin Aswad ialah seorang
perwira Islam yang gagah berani,
yang pada tahun 640 M pernah
ditugaskan oleh Khalifah Umar bin
Khattab untuk memimpin 1,000
orang perajurit ke Mesir untuk
membantu pasukan Amr bin Ash.
Di Pagi Syawal
Persatuan Belia Islam Nasional Edisi 2/2010
BANGI
KUALA LUMPUR
sanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembinasanasinipembina
BANGI
| PEMBINA Trading & Services | [email protected] |
019-3698871 (Afizhi)