institusi raja
DESCRIPTION
institusi raja berpelembagaanTRANSCRIPT
PENGENALANInstitusi beraja di Malaysia sehingga kini
telah pun mencecah lebih 700 tahun. Pelbagai cabaraan yang dihadapi dalam usia
sedemikian termasuk sejarah getir menghadapi kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.
Kehadiran kuasa Eropah ke tanah air juga adalah berpunca dari persaingan institusi beraja dan kuasa Eropah meluaskan empayar masing-masing melalui penaklukan kawasan yang kaya dengan sumber alam.
Pelbagai muslihat cuba dilakukan zaman berzaman termasuk memperkenalkan ‘Malayan Union’ demi menyingkirkan kuasa raja.
Sungguh pun begitu, institusi beraja kita masih terselamat walaupun terpaksa mengubah peranan raja daripada berkuasa mutlak kepada kuasa berperlembagaan.
CARA LANTIKANCiri yang unik di seluruh dunia dalam sistem
pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilanPemerintah Negeri Melayu.
Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.
Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Istana Negara, Jalan Duta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Neger Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pula Pinang, Sabah danSarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai menjawat jawatan tersebut Majlis Raja-Raja.
Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan.
Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri.
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[:
1. Melantik seorang Perdana Menteri2. Menangguhkan pembubaran parlimen3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis
Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
PROSES PERPADUANSebuah daripada negara yang melaksanakan
sistem raja berpelembagaan di mana Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
Sistem ini telah berjalan dengan sempurna sejak negara mencapai kemerdekaan dan bebas menentukan corak pentadbiran sendiri. Britain, Sepanyol dan Thailand turut melaksanakan sistem raja berpelembagaan ini.
Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan pelindung hak istimewa orang-orang Melayu telah dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan Malaysia.
Baginda adalah penjaga yang akan memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan kuat dan utuh.
Oleh kerana istimewanya institusi ini kepada masyarakat, semua rakyat Malaysia menghormati dan menumpahkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dari sudut perlembagaan persekutuan, peranannya lebih jelas dan meyakinkan.
Baginda merupakan kuasa pemerintahan, mengetuai angkatan tentera,
Menjaga hak istimewa Melayu dan bumiputera, Kuasa mengisytiharkan darurat, Memberi pengampunan kepada pesalah-pesalah
jenayah dan mempunyai kuasa budi bicara berkait dengan penubuhan kerajaan persekutuan dan pembubaran parlimen.
Selain itu, banyak lagi peranan yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Bagaimana Kerajaan Memupuk PerpaduanDalam membentuk perpaduan kaum,
kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni.
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) IntegrasiIntegrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.Manakala asimilasi pula ialah satu proses
bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN1) DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN4) SUKAN ALAT PERPADUAN
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.