in collaboration with eseionline2018.pdfvirtual collaborative learning environment (vcle) centre for...

20
Virtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration with Co-curricular and Arts Division, Ministry of Education, Malaysia, North-East District Education Office, Penang, Sekolah Kebangsaan Minden Height, Penang.

Upload: vuhanh

Post on 09-May-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

Virtual Collaborative Learning Environment (VCLE)

Centre for Instructional Technology and Multimedia,

Universiti Sains Malaysia (USM)

in collaboration with

Co-curricular and Arts Division, Ministry of Education, Malaysia,

North-East District Education Office, Penang,

Sekolah Kebangsaan Minden Height, Penang.

Page 2: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

Web address: www.vcle.usm.my

LATAR BELAKANG

Virtual Collaborative Learning Environment (VCLE) merupakan satu

pengupaya yang menyediakan pengalaman pembelajaran bermakna

kepada murid di samping menjadikan pembelajaran menarik dan

menyeronokkan. Program VCLE ini dicipta oleh Pusat Teknologi Pengajaran

dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kolaborasi dan

kerjasama Sekolah Kebangsaan Minden Height bermula tahun 2010. Objektif

utama program ini adalah untuk menyediakan satu persekitaran

pembelajaran maya bagi murid sesama murid dan komuniti tempatan serta

murid dan komuniti antarabangsa. Sekolah jaringan dalam Malaysia,

Thailand, Singapore, Brunei dan Indonesia telah melibatkan diri dengan

program VCLE ini secara aktif.

Pada tahun 2013, jawatankuasa penganjur VCLE dengan kolaborasi

dan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut telah mengambil inisiatif

untuk menjayakan International Online Essay Competition atau Pertandingan

Esei Dalam Talian Peringkat Antarabangsa bagi sekolah-sekolah jaringan VCLE

di Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei bersama-sama dengan Sekolah

Berprestasi Tinggi Malaysia. Pertandingan julung kali itu berjaya menarik

penyertaan seramai 780 murid. Daripada penyertaan tersebut, 73 peserta

mencapai Emas, 156 Perak manakala 216 peserta mencapai Gangsa. Di

samping sijil pencapaian, semua peserta dianugerahkan sijil penyertaan

dalam bentuk digital.

Semenjak itu, penyertaan program VCLE semakin mendapat sambutan

dan menarik lebih ramai penyertaan sekolah-sekolah Asean menjadi sekolah

jaringan. Pada tahun 2014, program ini dapat diperkembang ke Korea dan

berjaya menarik penyertaan empat buah sekolah dari Seoul. Pada tahun

2015, bilangan keseluruhan peserta meningkat kepada 970 murid Malaysia,

Thailand, Singapura dan Indonesia.

Page 3: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

Program ini terus mendapat sambutan yang memberangsangkan pada

tahun 2016. Penyertaan meningkat kepada 1256 murid dan Brunei telah

menyertai pertandingan ini semula. Pada tahun 2017, seramai 1710 murid dari

154 buah sekolah dari seluruh negara telah terlibat bagi peringkat negeri dan

kebangsaan. Seterusnya seramai 274 peserta dari Malaysia telah layak ke

peringkat antarabangsa bersama 70 peserta dari 5 buah negara yang lain.

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah berumur antara

10 hingga 12 tahun yang sedang bersekolah di Sekolah-sekolah Berprestasi

Tinggi, sekolah-sekolah jaringan VCLE, sekolah harian dan sekolah jemputan

di Asia Tenggara serta negara-negara jemputan lain. Pertandingan ini juga

dibuka kepada murid Sekolah Menengah di Selatan Thailand, Korea,

Indonesia, Jepun dan Sekolah-sekolah Menengah Malaysia bawah program

“Teach for Malaysia”. Penyertaan murid sekolah menengah dihadkan kepada

murid berusia 14 tahun ke bawah. Sehubungan itu, pihak kami amat berharap

lebih banyak sekolah akan menyertai program ini.

Setiap tahun, jawatankuasa penganjur menemukan pelbagai isu dan

saban tahun juga pelbagai nilai tambah telah kami usahakan untuk memberi

penambahbaikan kepada sistem VCLE dan juga pengurusan pertandingan.

Tahun 2018 ini merupakan tahun keenam pertandingan ini dianjurkan justeru

pelbagai penambahbaikan telah diusahakan untuk memastikan aspek

pengurusan teknikal dan sistem lebih stabil, lebih mesra pengguna dan lebih

terjamin. Kami juga ingin memperluaskan pertandingan ini luar daripada

kelompok sedia ada dengan menjemput sekolah dari United Kingdom, United

States, Uganda, Filipina dan Sudan.

OBJEKTIF

1. Untuk menyokong dasar Memertabatkan Bahasa Melayu

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian Pendidikan

Malaysia.

2. Untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu padu,

aman dan harmoni dalam kalangan murid di peringkat global.

3. Untuk menggalakkan pembelajaran maya merentasi sempadan

geografi dan budaya di samping menggalakkan dan mempromosikan

Pembelajaran Abad ke-21.

4. Untuk menyediakan satu ruang dan peluang kepada murid untuk

melahirkan idea dan pendapat melalui penulisan esei.

5. Untuk menggalakkan dan menginspirasikan murid supaya berani

menyertai dan bersaing dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Page 4: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

KATEGORI

Semua jenis Sekolah Rendah/ Elementary School: 10 tahun hingga 12 tahun

Terdapat dua kategori iaitu:

i. Bahasa Inggeris

ii. Bahasa Melayu

Menengah Rendah/ Lower Secondary: 13 tahun hingga 14 tahun

Terdapat dua kategori iaitu:

i. Bahasa Inggeris (TFM & sekolah-sekolah jemputan)

ii. Bahasa Melayu (Selatan Thailand, Indonesia & Brunei)

TEMA

“Creativity and innovation”

“Kreatif dan innovatif”

HEBAHAN PERTANDINGAN

1. Hebahan melalui email dan surat jemputan rasmi kepada sekolah

jemputan daripada pihak penganjur.

2. Hebahan melalui laman sesawang Bahagian Ko-Kurikulum dan

Kesenian, KPM.

Page 5: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

TATACARA PENYERTAAN

Pendaftaran

1. Setiap sekolah hendaklah melantik seorang penyelaras bagi setiap

kategori.

2. Pendaftaran dilakukan oleh Penyelaras Sekolah melalui sesawang

VCLE. Maklumat penyelaras hendaklah lengkap dan tepat

terutamanya nama, e-mail dan nombor telefon.

3. Penyelaras hendaklah mendaftarkan peserta melalui laman sesawang

secara dalam talian. Semua data peserta seperti yang diminta dalam

borang penyertaan wajib dilengkapkan.

4. Setiap sekolah dibenarkan untuk mendaftar maksimum 10 peserta bagi

setiap kategori.

5. Langkah untuk mendaftar:

i. Sila layari laman web www.vcle.usm.my

ii. Klik pada butang “IOEC2018”

iii. Klik pada butang “Register Here”

ii. Daftarkan maklumat sekolah dan maklumat penyelaras.

iii. Penyelaras hendaklah mendaftar akaun setiap peserta.

iv. Penyelaras uji cuba login akaun murid / peserta menggunakan ID

dan kata laluan yang telah didaftarkan.

6. Selepas pendaftaran, penganjur akan menghantar pengesahan

penerimaan pendaftaran sekolah kepada penyelaras melalui e-mail.

7. Setelah menerima pengesahan pendaftaran sekolah daripada pihak

penganjur, penyelaras boleh membuat pembayaran penyertaan.

Langkah untuk pembayaran penyertaan:

i. Yuran penyertaan ialah RM40 bagi setiap peserta.

ii. Pembayaran hendaklah dibuat melalui transaksi bank kepada:

Usains Holding Sdn. Bhd.

Ambank (M) Berhad

Nombor akaun: 888 100 985 0380

iii. Slip pembayaran hendaklah dimbas dan dimuat naik melalui

sesawang VCLE sebagai bukti pembayaran dan pengesahan

penyertaan murid.

8. Peserta hendaklah login ke dalam VCLE menggunakan ID dan kata

laluan masing-masing sebagai langkah pengesahan semula (untuk

memastikan ID dan kata laluan berfungsi dan sah).

9. Pada tarikh dan masa serta tempat pertandingan yang ditetapkan

penganjur, peserta hendaklah login akaun masing-masing dan mula

membuat esei dalam paparan yang disediakan.

10. Sila klik “submit” (hantar) untuk menghantar esei yang telah selesai.

Peserta diingatkan supaya mematuhi arahan yang tertera.

Page 6: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

SISTEM VCLE

Jawatankuasa teknikal daripada Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia

(PTPM), USM telah membina satu sistem khas untuk pertandingan ini. Dalam

sistem tersebut, satu jangka masa tertentu berdasarkan waktu tempatan

(mengikut negara masing-masing) telah ditetapkan untuk peserta

mengarang esei pada tarikh pertandingan. Peserta yang berdaftar hanya

dapat menggunakan ID dan kata laluan yang telah disahkan untuk login ke

dalam sesawang VCLE (www.vcle.usm.my).

Peserta memilih kategori dan seterusnya tiga (3) soalan akan terpapar.

Peserta hendaklah klik satu daripada soalan tersebut dan mula mengarang

secara spontan dalam toolbox (ruang) yang disediakan. Satu timeline (garis

masa) akan terpapar sebaik sahaja peserta login ke dalam sistem. Sistem akan

terhenti dengan sendirinya apabila masa tamat justeru peserta perlu

menyiapkan esei dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tiga (3) jam.

Peserta hendaklah menghantar esei dengan mengklik butang “submit”.

Sebaik sahaja butang “submit” ditekan, sistem akan memaparkan

pertanyaan “Adakah anda pasti untuk menghantar esei?” Kemudian, peserta

perlu menekan butang submit sekali lagi. Peserta juga diingatkan supaya

membuat backup atau salinan esei dalam Microsoft Words.

Sistem ini juga memastikan tiada gangguan akan berlaku semasa

pertandingan sedang berlangsung. Sistem ini mesra pengguna, dapat

dipercayai dan tekal. International Online Essay Competition ini berintegriti

tinggi kerana sistemnya dapat mengawal plagiatrisme, peserta mengarang

secara spontan dalam jangka masa yang ditetapkan dan dikawal oleh

penyelaras dan pegawai pemantau serta jawatankuasa di pelbagai

peringkat.

Page 7: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

PENYELARAS

Tiga penyelaras yang akan terlibat dalam perlaksanaan pertandingan IOEC:

1 Penyelaras Sekolah – Dilantik oleh sekolah masing-masing

2 Penyelaras Pusat Ujian – Dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur

3 Jawatankuasa Berpusat – Dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur

Penyelaras Sekolah

Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini hendaklah melantik seorang

penyelaras. ‘Penyelaras Sekolah’ bertanggungjawab untuk menyaring dan

memilih murid yang layak di peringkat sekolah untuk bertanding di peringkat

negeri secara berpusat.

Seterusnya, murid yang terpilih di peringkat sekolah hendaklah

didaftarkan ke dalam sistem. Penyelaras sekolah juga bertanggungjawab

untuk menghubungi bahagian teknikal melalui e-mail untuk pengurusan

selanjutnya atau untuk mendapatkan maklumat lanjut. Senarai ID dan kata

laluan peserta yang telah didaftar penyelaras sekolah hendaklah disimpan

sebagai rujukan dan bahan sandar.

Penyelaras Pusat Ujian

‘Penyelaras Pusat Ujian’ dilantik oleh penganjur dan diketuai oleh Guru Besar

sekolah-sekolah yang dipilih mengikut daerah yang akan menjadi pengurus

bagi pertandingan secara berpusat di peringkat negeri. Penyelaras Pusat

Ujian bertanggungjawab untuk menyediakan satu tempat pertandingan

yang mempunyai capaian internet. Pusat pertandingan boleh dibuat di

mana-mana institusi atau premis yang mempunyai infrastruktur dan memenuhi

keperluan serta prosedur pertandingan.

Penyelaras Pusat Ujian perlu berkolaborasi dengan setiap Penyelaras

Sekolah peserta yang diletakkan di bawah pusat ujiannya bagi memastikan

kehadiran peserta sekolah-sekolah tersebut pada hari pertandingan.

Jawatankuasa Berpusat

Jawatankuasa berpusat dilantik oleh penganjur dan diketuai oleh seorang

‘Penyelaras Negeri’ yang bertanggungjawab bagi semua pusat-pusat ujian,

pegawai pemantau dan pemeriksa dari negerinya. Jawatankuasa tersebut

berperanan sebagai penyelaras pertandingan di peringkat negeri masing-

masing. Sehubungan itu, jawatankuasa berpusat hendaklah membuat

persiapan rapi untuk memastikan pertandingan berjalan lancar. Pemantauan

hendaklah dibuat sebelum dan semasa pertandingan untuk memastikan

keesahan pertandingan serta berintegriti tinggi.

Bagi pemeriksa, cara pemarkahan dan pemeriksaan berbentuk video

tutorial dapat diakses pemeriksa dalam sistem bagi kedua-dua kategori. Satu

kod atau kata laluan akan diberikan kepada pemeriksa di peringkat negeri

untuk mengakses skrip serta membuat penilaian dan penggredan secara

dalam talian. Kemudian, pemeriksa mengisi skor dan “submit”. Verifikasi akan

dibuat semula oleh panel pemeriksa peringkat kebangsaan.

Page 8: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) peringkat iaitu:

1. Peringkat negeri

2. Peringkat kebangsaan

3. Peringkat antarabangsa

Pertandingan ini merupakan pertandingan secara individu, esei dibuat

secara dalam talian mengikut ketetapan masa dan tarikh. Setiap

peserta hendaklah memilih satu daripada tiga soalan yang diberi dan

membuat esei secara spontan.

Esei dibuat dalam toolbox yang disediakan. Setiap peserta diberi tiga

(3) jam untuk menyiapkan esei. Sistem akan dinyahaktifkan (deactivate)

secara automatik apabila masa mencukupi tiga (3) jam.

Panjang esei bagi semua peringkat ialah antara 350 patah perkataan

hingga 500 patah perkataan.

Apabila peserta mengklik butang submit satu soalan dipapar untuk

memastikan peserta bersedia untuk menghantar eseinya. Selepas itu,

peserta tidak boleh mengakses eseinya lagi.

Peserta dinasihati supaya membuat salinan esei dalam Microsoft Word

sebagai langkah keselamatan di luar jangka. Sekiranya sistem tidak

dapat mengesan atau mengesahkan penghantaran, peserta masih

boleh copy paste salinan yang dibuat dalam Microsoft Word dan

menghantar esei tersebut semula.

Pertandingan peringkat negeri diadakan secara berpusat di sekolah

yang dilantik oleh pihak penganjur.

Peserta yang melepasi saringan peringkat negeri iaitu memperoleh

pencapaian 75% ke atas, layak diangkat ke peringkat kebangsaan.

Semasa penilaian pada peringkat kebangsaan, skrip akan dinilai

semula oleh panel kebangsaan. Sekiranya panel yang dilantik

mendapati skrip tidak menepati standard piawaian kebangsaan, maka

skrip hanya berhak mendapat pencapaian di peringkat negeri sahaja.

Peserta peringkat kebangsaan yang mencapai tahap emas layak untuk

menyertai pertandingan peringkat antarabangsa. Pihak penganjur

akan menetapkan pusat, tarikh dan masa pertandingan.

Pertandingan peringkat antarabangsa akan berlaku serentak mengikut

waktu tempatan (negara masing-masing).

Hakim penilai peringkat antarabangsa terdiri daripada Pegawai SISC+

dan Guru Cemerlang JPN Pulau Pinang. Keputusan Panel Hakim

Antarabangsa akan disahkan oleh Pensyarah Pusat Bahasa USM.

Lima (5) peserta terbaik peringkat antarabangsa bagi setiap kategori

akan dijemput ke USM untuk sesi viva.

Tiga (3) peserta terbaik akan dipilih untuk menerima anugerah khas oleh

pihak penganjur.

Keputusan panel penilai adalah muktamad.

Page 9: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

TERMA DAN SYARAT

Perserta hendaklah mematuhi format pertandingan.

Peserta hendaklah membina esei berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman ataupun pembacaan supaya esei yang dibina itu asli dan

authentic.

Peserta dinasihati supaya tidak membuka tab baharu ketika

mengarang kerana sistem akan mengesan cubaan penjiplakan

(plagiarism).

Peserta tidak boleh jeda (pause) melebihi 15 minit ketika sedang

mengarang kerana sistem juga akan mengesan cubaan penjiplakan

(plagiarism)

Penganjur berhak untuk mendenda atau memotong markah sebarang

unsur penjiplakan dan peserta hanya akan diberi sijil penyertaan.

Penganjur juga berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang

melebihi had yang ditetapkan.

Page 10: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

SKEMA PEMARKAHAN

Kriteria

Esei yang dikarang hendaklah berdasarkan tema yang diberi serta berkualiti.

Selain itu, panel penilai akan memberi perhatian lebih kepada karangan yang

tulen, kreatif dan mempunyai penerapan nilai.

1. Ketulenan (originality and communication) 40 markah

Peserta dapat menyampaikan idea yang menarik, dapat mentafsirkan tajuk

dengan tepat serta menghasilkan esei yang berkualiti.

a. 30 markah untuk pentafsiran dan penghasilan kreatif

b. 5 markah untuk diksi yang menarik

c. 5 markah untuk penerapan nilai yang menarik.

2. Kandungan 40 markah

Peserta dapat membina perspektif sendiri tentang isu-isu global berhubung

topik. Perspektif tersebut mencerminkan perkongsian pemikiran dan

pengalaman peribadi.

a. 25 markah untuk membina idea utama dan idea sampingan

b. 10 markah untuk kejelekitan dan pengolahan idea

c. 5 markah untuk ketekalan (pendapat dan pandangan)

3. Sistematika Penulisan dan Bahasa (Writing Mechanics) 20 markah

Pertandingan ini juga bertujuan untuk mengetengahkan penulisan esei yang

berkualiti dan pemikiran yang jitu. Kejelasan hujah dan pembinaan esei yang

berkualiti amat dititikberatkan.

a. 5 markah untuk ketepatan sistem ejaan dan tanda baca

b. 5 markah untuk struktur ayat yang tepat dan baik

c. 5 markah untuk pemerengganan

d. 5 markah untuk gaya Bahasa

Page 11: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

TATACARA SARINGAN DAN SEMAKAN SKRIP

Peringkat Negeri

1. Pihak penganjur akan melantik Panel Hakim Negeri dari setiap negeri

yang turut serta.

2. Panel yang dilantik terdiri daripada Pegawai SISC+ negeri, guru

cemerlang, pemeriksa kertas atau jurulatih utama (JU).

3. Panel Hakim Negeri akan menyemak skrip peserta dari daerah atau

negeri yang lain.

4. Panel Hakim Negeri akan menentukan tahap pencapaian skrip

mengikut ketetapan.

5. Karangan akan dikategorikan mengikut empat tahap pencapaian

seperti jadual.

6. Skrip peserta yang mencapai tahap Gold dan Silver layak diangkat ke

peringkat Kebangsaan.

Jadual Tahap Pencapaian Skrip Peringkat Negeri

TAHAP MARKAH SARINGAN

Gold 85 – 100 Layak ke Peringkat

Kebangsaan

Silver 75 – 84 Layak ke Peringkat

Kebangsaan

Bronze 50 - 74 Terima Sijil Bronze Peringkat

Negeri

Sijil Penyertaan 49 ke bawah Terima Sijil Penyertaan

Peringkat Negeri

Page 12: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

Peringkat Kebangsaan

1. Pihak penganjur akan melantik Panel Hakim Kebangsaan.

2. Panel Kebangsaan dilantik daripada Pegawai SISC+, JPN Pulau Pinang,

guru cemerlang dan pemeriksa kertas.

3. Panel Hakim Kebangsaan akan menyemak skrip peserta yang diangkat

daripada peringkat negeri.

4. Panel Hakim Kebangsaan akan menentukan tahap pencapaian skrip.

5. Karangan akan dikategorikan mengikut empat tahap pencapaian

seperti jadual.

6. Skrip peserta yang mencapai tahap Gold sahaja layak bertanding di

peringkat Antarabangsa.

Jadual Tahap Pencapaian Skrip Peringkat Kebangsaan

TAHAP MARKAH SARINGAN

Gold

85 – 100 Terima Sijil Gold Peringkat

Kebangsaan dan layak ke

Peringkat Antarabangsa

Silver

75 – 84

Terima Sijil Silver Peringkat

Kebangsaan

Bronze

50 - 74

Terima Sijil Bronze Peringkat

Negeri

Sijil Penyertaan

49 ke bawah

Terima Sijil Penyertaan

Peringkat Negeri

Page 13: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

Peringkat Antarabangsa

1. Pihak penganjur akan melantik Panel Hakim Antarabangsa.

2. Hakim penilai peringkat antarabangsa terdiri daripada Pegawai SISC+

dan Guru Cemerlang JPN Pulau Pinang.

3. Panel Hakim Antarabangsa akan menyemak skrip peserta yang layak

menduduki pertandingan peringkat antarabangsa.

4. Panel Hakim Antarabangsa akan menentukan tahap pencapaian skrip.

5. Keputusan Panel Hakim Antarabangsa akan disahkan oleh Pensyarah

Pusat Bahasa USM.

6. Karangan akan dikategorikan mengikut empat tahap pencapaian

seperti jadual.

7. 10 skrip peserta yang mencapai tahap Gold sahaja layak dipilih untuk

di publish oleh USM. Lima (5) peserta terbaik layak ke pusingan viva/

pembentangan untuk memilih 3 pemenang utama yang akan

diumumkan dalam majlis penutupan di USM.

Jadual Tahap Pencapaian Skrip Peringkat Antarabangsa

TAHAP MARKAH SARINGAN

Gold 85 – 100

Terima Sijil Gold Peringkat

Antarabangsa dan sepuluh skrip

terbaik setiap kategori akan di

PUBLISH dalam laman sesawang USM.

Silver 75 – 84 Terima Sijil Silver Peringkat

Antarabangsa

Bronze 50 - 74 Terima Sijil Bronze Peringkat

Antarabangsa

Sijil Penyertaan 49 ke bawah Terima Sijil Penyertaan Peringkat

Antarabangsa

Page 14: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

PERATURAN PEMARKAHAN

1. Karangan mestilah menepati tugasan yang diberikan.

2. Karangan yang dihasilkan mestilah asli, kreatif dan tiada unsur

plagiarisme.

3. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan

kriteria yang telah ditetapkan.

Tahap/

Pencapaian Skor Kriteria

Gold

85 - 100

1. Karangan menepati tugasan.

2. Penggunaan ayat yang gramatis.

3. Idea yang relevan mengikut tugasan,

pengolahan yang menarik dan berkesan.

4. Huraian idea yang jelas dan matang.

5. Kosa kata yang luas dan tepat.

6. Unsur bahasa bervariasi dan menarik seperti

penggunaan peribahasa, pantun, cogan

kata atau frasa indah.

7. Ejaan dan tanda baca betul dan tepat.

Silver

75 - 84

1. Karangan masih menepati tugasan.

2. Penggunaan ayat yang gramatis tetapi

terdapat kesalahan yang minimum.

3. Idea yang masih relevan mengikut tugasan,

pengolahan yang masih menarik dan

berkesan.

4. Huraian idea yang jelas.

5. Kosa kata yang luas.

6. Unsur bahasa masih bervariasi dan masih

menarik seperti penggunaan peribahasa,

pantun, cogan kata atau frasa indah.

7. Ejaan dan tanda baca betul.

Page 15: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

Tahap/

Pencapaian Skor Kriteria

Bronze

50 - 74

1. Karangan kurang menepati tugasan.

2. Penggunaan ayat yang kurang gramatis.

3. Idea yang kurang relevan mengikut tugasan,

pengolahan yang kurang menarik.

4. Huraian idea yang kurang jelas.

5. Kosa kata yang umum.

6. Unsur bahasa kurang bervariasi.

7. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang

minimum.

Penyertaan

1 - 49

1. Karangan tidak menepati tugasan.

2. Penggunaan ayat yang tidak gramatis tetapi

masih difahami.

3. Idea yang kurang relevan/ idea yang

bercampur aduk, pengolahan yang tidak

menarik.

4. Huraian idea yang tidak jelas.

5. Kosa kata yang terhad.

6. Unsur bahasa tidak bervariasi.

7. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang

ketara.

Page 16: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

PENSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN

Sijil akan ditandatangan oleh Puan Rozainum binti Ahmad, Pengarah

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia

dan Professor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Jaringan

Industri dan Masyarakat), Universiti Sains Malaysia.

Semua sijil iaitu sijil penyertaan, pencapaian dan penghargaan akan

dihantar melalui pos berdaftar oleh pihak penganjur terus kepada sekolah

yang terlibat.

Pada tahun ini, pemenang 5 Terbaik setiap kategori peringkat

antarabangsa akan diberikan hadiah wang tunai yang akan diberikan

semasa Majlis Penutup IOEC 2018 atau dikredit terus ke akaun sekolah peserta

pemenang terlibat mengikut jumlah berikut:

Tempat Pertama: Wang Tunai RM300.00 + Trofi + Sijil Pencapaian

Tempat Kedua: Wang Tunai RM250.00 + Trofi + Sijil Pencapaian

Tempat Ketiga: Wang Tunai RM200.00 + Trofi + Sijil Pencapaian

Tempat Keempat: Wang Tunai RM150.00 + Trofi + Sijil Pencapaian

Tempat Kelima: Wang Tunai RM100.00 + Trofi + Sijil Pencapaian

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) akan mengeluarkan surat

pengiktirafan pertandingan setelah pertandingan selesai bagi menentukan

pelajar yang menyertai pertandingan ini akan diiktiraf markah kokurikulum

pada peringkat yang sepatutnya berdasarkan tahap pelibatan dan

pencapaian pelajar tersebut bagi markah aktiviti kokurikulum pelibatan 1.

PEGAWAI PERHUBUNGAN

1. En. Mohd Shamezal bin Mohd Amin (Penyelaras) - [email protected]

2. En. Fadzil bin Sadikin (Hakim) - [email protected]

3. En. Noridzwan Baser (Pendaftaran & Sistem)- [email protected]

PENUTUP

Program International Online Essay Competition ini diharap dapat memupuk

persefahaman antarabangsa dalam kalangan peserta sama ada dalam

negara mahupun luar negara. Di samping perkongsian idea, peserta dapat

membina hubungan, meningkatkan kemahiran jaringan dan komunikasi serta

menambah baik kemahiran berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu.

LAMPIRAN:

1. Carta alir dan tarikh-tarikh penting

Page 17: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

LAMPIRAN

Page 18: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

CARTA ALIR PERTANDINGAN (TARIKH-TARIKH PENTING)

26 - 30 Mac 2018 Lantikan penyelaras peringkat sekolah.

Pemilihan 10 - 20 peserta peringkat sekolah untuk penyertaan

peringkat negeri.

Hebahan dan jemputan oleh penganjur.

02 – 11 April 2018 Pendaftaran peserta oleh sekolah.

12 - 13 April 2018 Pengesahan penerimaan pendaftaran oleh penganjur.

14 - 17 April 2018 Pembayaran Yuran oleh peserta.

2 – 4 Mei 2018 Pengesahan penerimaan yuran oleh penganjur.

Semakan pusat ujian sekolah.

Pengesahan verifikasi ID dan kata laluan peserta.

Peserta membuat persiapan berdasarkan tema diberi.

15 Mei 2018, (Selasa)

HARI PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI.

Koordinator memastikan semua peserta log-in di laman sesawang

dan mengarang esei.

7 – 11 Mei 2018 Uji lari oleh wakil peserta setiap sekolah di pusat ujian

Page 19: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

7 Jun 2018, (Khamis) Penyelarasan penghakiman peringkat kebangsaan.

30 Mei 2018, (Rabu) Penyelarasan penghakiman peringkat negeri.

11 Jun 2018, (Isnin) Keputusan peringkat negeri dan kebangsaan diumumkan

melalui laman sesawang vcle.usm.my.

Semakan peserta Malaysia yang layak ke peringkat

antarabangsa.

8 - 12 Jun 2018 Hebahan dan jemputan oleh penganjur kepada peserta

antarabangsa luar Malaysia.

13 – 24 Jun 2018, Pendaftaran peserta peringkat antarabangsa oleh sekolah luar

Malaysia.

Semakan Pusat Ujian Antarabangsa bagi peserta sekolah

Malaysia.

2 – 5 Julai 2018 Pengesahan verifikasi ID dan kata laluan peserta luar Malaysia.

Peserta membuat persiapan berdasarkan tema diberi.

Uji lari oleh wakil peserta setiap sekolah di pusat ujian

Page 20: in collaboration with eseionline2018.pdfVirtual Collaborative Learning Environment (VCLE) Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM) in collaboration

16 Ogos, (Khamis) : 2.00 petang – Viva 5 peserta terbaik

17 Ogos, (Jumaat) : 8.30 pagi - Majlis Penutup IOEC 2018

Viva 5 peserta terbaik mengikut kategori dan Majlis Penutup

serta penyampaian hadiah di PTPM USM.

Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh penganjur.

25 Ogos 2017

10 – 14 September 2018 Penghantaran sijil kepada pemenang bagi setiap kategori.

10 Julai 2018, (Selasa)

HARI PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARABANGSA.

Koordinator memastikan semua peserta log-in di laman

sesawang dan mengarang esei.

12 Julai 2018, (Khamis)

Penyelarasan penghakiman peringkat antarabangsa.

24 Ogos 2018, (Jumaat) Keputusan peringkat antarabangsa diumumkan melalui laman

sesawang vcle.usm.my.