hutan di malaysia yang terancam akibat kegiatan manusia dan kesan-kesannya
DESCRIPTION
Kajian tentang Hutan Ulu Tembeling yang terancam akibat aktiviti penebangan secara meluasa. Kesannya terhadap biodiversiti di sekelilingnya dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut telah dibincangkan dalam kerja kursus ini.TRANSCRIPT
1.0 - Penghargaan
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pensyarah saya, En. Ravintheran a/l Kalimuthu kerana beliau telah
memberi bimbingan dan garis panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Biologi
Am (SCES 3183) bagi semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Beliau
juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat
berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Tuhan yang tidak
ternilai harganya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga saya khususnya ibu
bapa saya. Mereka telah memberi sokongan moral kepada saya sepanjang saya
menjalankan kerja kursus ini. Bantuan berbentuk material dan informasi yang telah mereka
berikan banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Sebelum menutup bicara, saya ingin tujukan penghargaan saya kepada rakan-rakan
saya yang telah membantu saya untuk mencari maklumat berkaitan dengan sumber-sumber
tertentu. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada insan-insan lain yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menjalankan tugasan
ini.
1
2.0 – Pengenalan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, biodiversiti bermaksud kewujudan berbagai-
bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka. Ancaman pula
bermaksud sesuatu yang bahaya yang mungkin menimpa. Ancaman biodiversiti membawa
maksud keancaman pelbagai jenis spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran
semula jadi mereka. Pada masa globalisasi ini, kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti
negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang
kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan tersebut, terdapat banyak faktor
yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai ini sama ada faktor
secara langsung ataupun faktor tidak langsung.
Aktiviti manusia yang mengancam biodiversiti alam sekitar adalah akitiviti
penebangan hutan. Penebangan hutan merupakan antara faktor atau kegiatan utama
berlakunya ketidakseimbangan biodiversiti di alam alam sekitar. Dalam konteks Malaysia,
definisi hutan yang di gunapakai adalah dari Food and Agriculture Organization (FAO),
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu iaitu: “Land spanning more than 0.5 hectares with trees
higher than 5 meters and a canopy cover of more than 10 percent, or trees able to reach
these thresholds ‘in situ’. Orchards, urban parks and other agriculture tree crops are
excluded as a forest”.
Keluasan tanah di Malaysia mewakili 0.2% daripada jumlah keluasan permukaan
tanah di bumi dan merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia dengan kepelbagaian
biologi mega (Rahman & Hashim, 2010) Pada keseluruhannya, 12 negara ini mempunyai
sekurang kurangnya 60 peratus daripada jumlah spesis yang telah di kenalpasti di dunia ini.
Terdapat beberapa jenis hutan di Malaysia. Antaranya:
Keratan Rentas Jenis-jenis Hutan
2
3.0 – Tugasan Esei
Hutan melindungi tanah dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan
kitaran air. Hutan juga merupakan takungan kepelbagian biologi yang penting, menyediakan
habitat kepada lebih daripada 2/3 spesis daratan dunia. Hutan menghasilkan oksigen, iaitu
elemen yang paling penting dalam memastikan kehidupan semua organisma. Oksigen yang
dihasilkan melalui proses fotosintesis mewujudkan atmosfera yang sesuai bagi menjadikan
bumi sebagai satu-satunya planet yang boleh didiami di seluruh alam semesta ini.
Tambahan pula, hutan juga memainkan peranan sebagai sumber air bersih. Tetapi, pada
masa kini, kebanyakkan hutan telah dihapuskan atau sedang dihapuskan untuk pelbagai
tujuan. Hutan Lipur Ulu Tembeling yang terletak di Jerantut, Pahang merupakan salah satu
contoh kawasan yang mengalami ancaman biodiversiti akibat aktiviti-aktiviti manusia yang
tidak bertanggungjawab. Hutan Lipur Ulu Tembeling terletak di dalam Hutan Simpan Tekai
yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
menakrifkan dipterokarpa bukit sebagai jenis hutan yang paling luas di Semenanjung
Malaysia dan wujud pada ketinggian 300- 750 meter. Spesies utama yang boleh dijumpai
adalah Meranti Seraya, Keruing dan spesies Meranti yang lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata “Tinjauan
saya dari udara, hari ini (07.01.2015), menunjukkan hampir keseluruhan Hutan Ulu
Tembeling sudah diteroka dan penebangan balak berleluasa yang hampir sama seperti
berlaku di Cameron Highlands, baru-baru ini,” katanya. Kegiatan pembalakan yang agresif di
Hutan Ulu Tembeling sejak tiga tahun lepas mengancam eko pelancongan Kuala Tahan
khususnya Sungai Pengau dan Sungai Lau yang menjadi habitat pelbagai jenis ikan sungai.
Menurut kamus dewan edisi kedua balak bermaksud batang pokok-pokok besar yang telah
3
dipotong dahan-dahan serta perdunya. Pembalakan pula bermaksud usaha atau kerja-kerja
membalak. Sumber hutan amat berharga dan telahpun memainkan peranan penting dalam
pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak boleh terus
bergantung kepada sumber-sumber hutan yang semakin berkurangan. Sektor perhutanan
terdedah kepada pembalakkan haram dan korupsi dan ini menyebabkan kemusnahan hutan
pada kadar yang pesat.
Punca-punca berlakunya kegiatan penebangan hutan adalah pembalakan haram.
Penerokaan hutan secara berleluasa melalui aktiviti pembalakan haram di kebanyakkan
kawasan hutan di negara kita menjadi faktor utama punca berlakunya penebangan hutan
tanpa kawalan. Aktiviti pembalakan haram didefinisikan sebagai aktiviti penebangan balak
secara tidak terancang dan salah dari segi undang-undang. Pembalakan haram juga
meliputi aktiviti menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Seperi
yang dikaji, kita dapat melihat bahawa spesies pokok Meranti terdapat dalam kuantiti yang
banyak di Hutan Ulu Tembeling. Payne (1990) berpendapat bahawa kesan penebangan
hutan adalah kepupusan flora dan fauna kerana kehilangan habitat untuk membiak dan
kekurangan sumber makanan. Antara spesies mamalia di Maaysia yang diancam
kepupusan ialah badak sumatera, gajah, harimau, dan orang utan (Sumber: Alert 2001,
Sahabat Alam Malaysia). Tinjauan Bernama bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah
Alam (PEKA) pada 27 Julai 2015 mendapati tompokan najis gajah ditemui hampir di
sepanjang jalan pengeluaran balak. Hal ini jelas membuktikan hidupan berkenaan terganggu
akibat sikap rakus manusia yang menceroboh habitat mereka.
Seterusnya, sungai-sungai iaitu Sungai Pengau dan Sungai Lau yang terletak di
sekitar kawasan Hutan Ulu Tembeling telah tercemar akibat pemusnahan hutan ini.
Pengerusi PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata “Kita lihat sungai-sungai di
kawasan ini sudah tercemar, air menjadi cetek dan keadaan ini akan memberikan kesan
yang lebih teruk lagi terutama apabila menjelang musim tengkujuh. Ini kerana hutan yang
berfungsi sebagai kawasan tadahan air semakin berkurang dan kita lihat pembalakan ini
lebih banyak membawa keburukan daripada keuntungan,” di kawasan tersebut. Hal ini telah
menjadi punca bekalan air bersih negeri Pahang tercemar teruk. Warna air yang dahulunya
jernih dan dalam, kini bertukar menjadi keruh seperti ‘teh o’ dan cetek.
Selain itu, penebangan hutan juga menyebabkan berlakunya banjir di tempat
berkenaan. Hal ini demikian kerana, penebangan hutan di kawasan cerun bukit akan
menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol. Justeru, kawasan ini akan terdedah
kepada hakisan dan lalu permukaan tanih terhakis dan dibawa ke sungai yang berhampiran.
Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar
4
sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai akan menampung air yang
banyak. Air yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan
banjir. Kejadian banjir di sekitar kawasan Hutan Ulu Tembeling adalah disebabkan oleh
penebangan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim meninjau
kawasan Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling yang terbabit dengan musibah
banjir sebelum bertemu 29 mangsa banjir di Kampung Belebar. Beliau berkata bahawa
kejadian banjir di daerah ini menyebabkan kediaman penduduk dan pusat pelancongan
terletak di persisiran Sungai Tembeling dan Sungai Pahang terjejas berpunca akibat
penebangan hutan dan pembalakan komersial di kawasan hulu.
Pada masa yang sama, aktiviti penebangan hutan juga akan menyebabkan
peningkatan suhu dunia. Pokok-pokok secara semula jadinya membantu atmosfera untuk
mengurangkan peningkatan suhu. Penebangan hutan menyebabkan berlakunya
peningkatan suhu kawasan setempat kerana tiada lapisan kanopi yang menghalang
pancaran matahari daripada sampai ke tanah. Hal ini akan menyebabkan manusia
mengalami pelbagai masalah terutamanya dari segi kesihatan. Penyakit-penyakit seperti
kanser, kekeringan kulit, malaria dan denggi. Tambahan pula, suhu tinggi yang berterusan
akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Antartika dan membawa kepada
peningkatan air laut.
Kesan seterusnya adalah kehilangan tempat tinggal orang asli. Wikipedia
menakrifkan orang asli sebagai masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu
negara, negeri, daerah ataupun tempat. Di Malaysia, kebanyakan orang asli menetap di
kawasan-kawasan hutan dari dulu hingga sekarang. Hutan merupakan tempat tinggal
mereka yang mereka panggil sebagai ‘rumah’. Walaubagaimanapun, kegiatan penghapusan
hutan secara berleluasa menyebabkan orang-orang asli kehilangan tempat tinggal mereka.
Mereka terpaksa keluar dan mencari tempat teduh yang lain untuk meneruskan hidup
mereka. Orang-orang asli yang tinggal di Hutan Ulu Tembeling juga menerima nasib yang
sama.
Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil langkah-
langlah tertentu untuk mengatasi masalah akibat penebangan dan pembalakan hutan yang
semakin hari semakin merunsingkan semua pihak. Hutan mengikut undang-undang,
diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal untuk diuruskan oleh Jabatan Perhutanan (iaitu
untuk mendapatkan hasil, dipulihkan, atau hanya dilindungi, seperti kawasan tadahan air).
Tenaga kerja, infrastruktur dan sumber-sumber lain untuk melakukan semua ini secara
berkesan sentiasa tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini, kita sebagai rakyat
Malaysia boleh menjadi sukarelawan bagi monitor hutan (TI-M-VFM). Monitor Forest
5
Sukarela (VFM) adalah penjaga hutan. TI-M-VFM merupakan orang yang diamanahkan
untuk menangani aktiviti yang mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman kepada
pengurusan hutan yang mampan. TI-M-VFM akan dilatih mengenai isu-isu yang berkaitan
dengan perhutanan. Rakyat Malaysia akan mengambil bahagian dalam urustadbir hutan
untuk memastikan kelestarian hutan dan ekosistem yang berkaitan seperti Hutan Ulu
Tembeling.
Selain itu, penghutanan semula juga merupakan antara cadangan yang boleh
diambil oleh kerajaan untuk melestarikan hutan yang sedang pupus. Penghutanan semula
ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang
cepat tumbuh dan bermutu. Misalnya, spesis pokok seperti Meranti Seraya, Keruing dan
spesis Meranti lain yang terdapat di Hutan Ulu Tembeling, Pahang boleh ditanam semula
untuk memastikan ketidakpupusan spessepsissis tersebut. Malahan, dengan cara ini
kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar
dapat dielakkan.
Teknologi Geospatial juga merupakan antara langkah yang boleh diambil oleh
kerajaan dalam pengurusan hutan. Geomatik atau teknologi geospatial, ditakrifkan sebagai
suatu disiplin yang mengumpul, menyimpan, memproses and menghasilkan informasi
geografi atau informasi rujukan spatial. Sebelum ini, aktiviti pemantauan hutan dijalankan
oleh agensi-agensi kerajaan tertentu yang mempunyai kepakaran dan sumber-sumber yang
berkaitan. Walau bagaimanapun disebabkan perbelanjaan wang dalam kadar yang tinggi
untuk tujuan pemantaun menyebabkan pemantauan hutan hanya dijalankan sekali sekala,
mungkin hanya beberapa kali setiap dekad. Ini adalah benar terutamanya di negara-negara
dunia ke-3 dan negara-negara membangun. Tetapi, teknologi geospatial membolehkan
pemantauan hutan dilakukan dengan hanya satu klik pada butang oleh mana-mana pihak
sahaja yang berminat untuk memainkan peranan terhadap alam sekitar. Kebanyakkan
negara menggunakan teknologi geospatial sebagai sebahagian daripada proses urustadbir
hutan mereka. Misalnya, negara India, Ethiopia, Australia, Amerika Syarikat, Jerman,
Belanda, Austria, Belgium, Sri Lanka dan Malaysia. Justeru, teknologi geospatial ini juga
dicadangkan untuk digunakan di Hutan Ulu Tembeling bagi mengembalikan kelestariannya.
Dari sudut kaca mata yang lain, antara cadangan bagi mengatasi masalah ini adalah
penguatkuasakan undang-undang. Kerajaan negeri perlu memberhentikan kegiatan
berkenaan dengan tidak lagi meluluskan lesen mengeluarkan kayu balak di kawasan
tersebut. Malah, denda sebanyak RM 100, 000 harus dikenakan kepada penceroboh yang
berani menebang atau membalak di kawan hutan. Hukuman penjara selama 7 tahun harus
6
dikenakan sekiranya mereka yang menjalankan aktiviti pembalakan tersebut tidak dapat
membayar wang denda yang berkenaan. Hukuman berat seperti ini akan menyedarkan
rakyat tentang kepentingan hutan di alam sekeliling.
4.0 - Rumusan
Hutan adalah sebahagian daripada alam semula jadi sama seperti kita. Ianya
dianggap sebagai aset sejagat. Hutan meliputi 30% daripada permukaan bumi tetapi
kawasan hutan semakin merosot pada kadar 13 juta hektar setiap tahun. Sumber hutan
amatlah berharga dan telahpun memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi
negara. Kepentingan hutan tidak mungkin boleh di simpulkan dengan mudah. Daripada air
yang kita minum, udara yang kita guna untuk bernafas, iklim yang kita nikmati, akhbar yang
kita baca, meja yang kita gunakan adalah dari hutan. Tetapi, kerakusan manusia telah
menyebabkan kemusnahan khazanah alam sekitar yang paling penting dan tidak ternilainya.
Sebagai seorang manusia yang prihatin adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk
memelihara dan memulihara hutan-hutan yang terdapat di seluruh dunia ini.
7
5.0 - Refleksi
Saya telah berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh selama satu tahun.
Pada hari pertama hinggalah sekarang saya telah mempelajari banyak perkara yang baru.
Saya dapat memperkasa minda saya dengan mempelajari kursus Biologi Am (SCES 3183).
Saya telah diamanahkan untuk membuat satu tugasan mengenai kursus ini. Saya
dikehendaki memilih satu kawasan yang telah melalui ancaman biodiversiti akibat aktiviti-
aktiviti manusia. Saya juga perlu menjelaskan kesan-kesan akibat aktiviti-aktiviti tersebut
memberi cadangan untuk mengatasinya.
Semasa saya menerima kerja kursus ini, satu fikiran telah muncul di minda saya
iaitu sempatkah saya menyiapkan tugasan projek ini memandangkan terdapat beberapa
tugasan yang lain perlu dihantar kepada pensyarah dalam tempoh yang hampir sama.
Keadaan ini telah memberi tekanan dan menguji kebolehan saya untuk melaksanakan
tugasan projek ini. Walaubagaimanapun, saya tidak memberi alasan untuk tidak
menghantarkan tugasan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sebaliknya, saya
menghadapi cabaran ini dan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah
diberikan.
8
Saya telah mengalami banyak masalah semasa saya membuat kerja kursus ini.
Terutamanya, semasa saya cuba mencari maklumat mengenai tajuk kerja kursus saya di
laman sesawang, saya dapati bahawa maklumat yang terdapat di internet adalah amat
kurang dan tidak begitu terperinci. Saya terpaksa berulang-alik dari perpustakaan ke kelas
hanya untuk mencari maklumat lanjut dan tepat di dalam buku-buku ilmiah yang terdapat di
perpustakaan.
Saya juga telah belajar cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah seperti
menulis rujukan mengikut format APA (American Psychological Association). APA
merupakan satu set peraturan yang digunakan untuk merujuk dan memudahkan
pemahaman pembaca. Dengan mengetahui format APA ini lebih mendalam saya dapat
membuat tugasan dengan lebih efektif. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan
saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.
Walaubagaimanapun, saya telah dapat mempelajari dan mengenali banyak tentang
keperluan hutan. Tambahan pula, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengenal pasti
punca-punca berlakunya kemusnahan hutan. Saya juga telah mengenalpasti jenis-jenis
hutan yang terdapat di Malaysia. Hutan memainkan peranannya sebagai tempat tadahan
air, sumber oksigen dan juga sumber-sumber lain yang menjadi antara sumber pendapatan
negara secara tidak langsung.
Dengan melakukan kerja kursus ini, saya juga telah mempelajari kesan-kesan
akibat penebangan dan pembalakan hutan. Kesan-kesan yang ditemui adalah kesan-kesan
negatif yang bukan sahaja membawa padah kepada manusia sahaja tetapi juga kepada
flora dan fauna yang telah menjadikan hutan sebagai tempat habitat mereka sejak sekian
lama. Kesan-kesan ini mengakibatkan keadaan dunia menjadi huru hara sebab peningkatan
suhu, banjir, kehakisan tanah, pencemaran dan kepupusan flora dan fauna.
Pada masa yang sama, saya juga telah dapat memikirkan beberapa cadangan
yang sesuai untuk memulihara keadaan semua hutan yang sedang pupus terutamanya
Hutan Ulu Tembeling, Pahang. Antara cadangan yang saya memberi adalah seperti,
‘Monitor Forest Sukarela’ (VFM) iaitu penjaga hutan, penghutanan semula, Teknologi
Geospatial dan penguatkuasaan undang-undang.
Sebagai menggulung hujah, saya amat berbangga dan bersyukur kerana saya
menimba pelbagai ilmu pengetahuan tentang khazanah alam semula jadi iaitu hutan. Saya
amat berharap bahawa penebangan dan pembalakan haram akan dapat dihentikan dalam
kadar segera dan mengembalikan semula keaslian hutan. Saya juga percaya bahawa ilmu
yang saya dapat adalah amat berguna kepada saya apabila saya mendapat peluang untuk
mengajar di sekolah kelak nanti.
9
6.0 - Bibliografi
Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. (2015). Carian PRPM Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP Malaysia. Retrieved from Laman Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia: http://laman.dbp.gov.my/
Food And Agriculture Organization (FAO). (2015, Mac 19). State Of World's Forests 2014. Retrieved from Food And Agriculture Oraganization of the United Nations: http://www.fao.org/home/en/
Haliza Abdul Rahman, R. H. (2010). Pemeliharan Dan Pemuliharan Alam Sekitar Di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Isyak (2015, Januari 8). Hentikan kegiatan pembalakan. My Metro Online. Retrieved from http://www.hmetro.com.my/
Payne, J., Rarity and extinction of large mammals in Malaysian rainforests, paper presented at the International Conference on Tropical Biodiversity, 12-16 June 1990, Kuala Lumpur Malaysia
Pollen. (2015, Julai 27). Pembalakan Di Hutan Ulu Tembeling Cabul Eko Pelancongan Taman Negara. My News Hub. Retrieved from http://mynewshub.cc/
Sik, F. K. (2013, Oktober 15). Kesan Kegiatan Penebangan Hutan terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Retrieved from Academia: https://www.academia.edu/
10
Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. (2013, Mac 13). Orang Asli. Retrieved from Laman Rasmi Wikipedia, Ensiklopedia Bebas: https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
7.0 - Lampiran
Lampiran 1
11