huraian ppbk-hbef2303

20
HBEF2303 2012 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES SEMESTER : SEPTEMBER 2011 HBEF 2303 COURSE: BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) COURSE TITTLE : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NAME : NURSALALIDA @ AZAH BT HASMI MATRICULATION NO : 770201086172001 IDENTITY CARD NO. : 770201086172 TELEPHONE NO. : 013-2541665 1

Upload: nursalalida

Post on 05-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

knl

TRANSCRIPT

HBEF2303

HBEF23032012

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGESSEMESTER : SEPTEMBER 2011

HBEF 2303

COURSE: BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)COURSE TITTLE : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NAME

:NURSALALIDA @ AZAH BT HASMI

MATRICULATION NO :770201086172001IDENTITY CARD NO. :770201086172

TELEPHONE NO.

:013-2541665

E-MAIL

:[email protected]

LEARNING CENTRE :PETALING JAYA LEARNING CENTREISI KANDUNGAN3PENGENALAN

4PEMBANGUNAN BAHAN PPBK

5FASA ANALISIS

6FASA REKA BENTUK

6PEMBANGUNAN

7IMPLEMENTASI

7PENILAIAN

7PENILAIAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER. (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 / IKAN HIASAN)

9REKA BENTUK.

13PENUTUP

RUJUKAN 14PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) adalah satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PPBK, jika dilaksanakan dengan fikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermutu. Di Malaysia, pendidikan komputer telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut dibekalkan dengan 20 buah komputer. Seperti yang diketahui ramai, sekolah adalah satu institusi di mana terletaknya tanggungjawab sebagai

seorang guru dalam menyumbang ilmu dan mendidik pelajar supaya menjadi seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Dalam arus peredaran masa, pendidikan yang berterusan sedikit sebanyak wujudnya masalah yang dikaitkan dengan proses pengajaran yang dilaksanakan di sekolah. Proses pengajaran yang tepat harus dititikberatkan bagi menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Jadi, dalam hal ini, guru adalah peranan yang paling utama untuk memastikan pengajaran bermakna berlaku. Pembelajaran Berbantukan Komputer juga mula berkembang dengan wujudnya sekolah bestari dan kini Kementerian Pelajaran telah melaksanakan projek Pembestarian Sekolah. Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigma diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah.

Di negara maju, penggunaan pengajaran berbantukan komputer telah diterima oleh guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Ini adalah kerana kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap suatu konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Pelajar-pelajar di dalam satu kelas mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas akan belajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula lambat untuk mempelajari topik yang sukar mereka faham. Oleh yang demikian tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar lemah dan menarik minat mereka harus dilaksanakan. PPBK inilah yang amat sesuai di gunakan bagi murid-murid ini. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

Power point merupakan salah satu daripada perisian yang berguna dalam program Microsoft Windows. Secara amnya, Power point digunakan sebagai alat persembahan. Perisian ini mempunyai keistimewaannya tersendiri seperti boleh digunakan untuk membuat slaid persembahan dan dapat memuatkan gambar rajah atau grafik yang menarik. William & Louis (1993) mendefinisikan perisian sebagai jujukan suruhan terperinci. Ia direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi-fungsi tertentu untuk membolehkan komputer menginput, menyimpan, membuat keputusan, mengolah secara aritmetik dan output data dalam jujukan yang betul. Selain daripada itu power point merupakan satu perisian yang mudah untuk digunakan dan berkemampuan untuk membangunkan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang interaktif. Perisian Microsoft power point ini mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana dikatakan mampu meningkatkan pemindahan maklumat. Antara kelebihan penggunaan Microsoft power point juga adalah mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat pelajar dan penonton secara spontan. Selain iti power point juga boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan instruksi. Power point juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti perbincangan atau tutorial dan individu iaitu melalui pembelajaran individu. Penggunaan power point juga membolehkan pengguna membuat pindaan, tambahan membina slaid baru semasa persembahan dijalankan dan boleh menyediakan salinan utama untuk membuat bahan tayangan transperansi.PEMBANGUNAN BAHAN PPBK

Terdapat pelbagai kaedah pembangunan yang sesuai untuk membangunkan aplikasi pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Kaedah pembangunan aplikasi ADDIE (Analysis, Design, Developmen, Implementation and Evaluation) adalah antara kaedah bagi membangunkan perisian ini. Kaedah ADDIE mempunyai lima peringkat atau aliran gerak kerja pembangunan iaitu fasa analisis, fasa reka bentu, fasa pembangunan, fasa implementasi dan fasa penilaian.

Perisian PPBK ini dibangunkan untuk kumpulan sasaran tertentu dengan objektif tertentu. Oleh itu kita sebagai guru, perlulah menilai dan seterusnya memilih perisian yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar kita. Tanpa pemilihan yang teliti kita akan memilih perisian yang tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran serta tidak sensitif terhadap budaya dan agama pelajar.

Dalam membuat pemilihan perisian kursus, kita perlu memastikan ia memenuhi beberapa kriteria penting.

FASA ANALISIS

Analisis merupakan langkah pertama yang paling penting dalam pembangunan perisisan kursus PPBK. Dalam langkah ini, kita perlu menentukan dengan jelas:- Tujuan perisian ini dibangunkan

Untuk siapa ia dibangunkan

Matlamat dan objektif pengajaran

Kandungan pelajaran yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut

Pengetahuan sedia ada pelajar dan strategi pengajaran

Dengan ini jelaslah bahawa langkah pertama ini iaitu analisis atau Analyze bertujuan untuk mengenal pasti objektif sesuatu courseware diperkenalkan. Kenapa reka bentuk instruksional ini diperlukan. Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum courseware itu boleh digunakan. Juga melihat kesesuaian isi kandungan courseware kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu courseware yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD. Pelbagai kaedah atau teknik boleh dilakukan bagi menentukan masalah iaitu seperti temu bual. Masalah yang dikenal pasti akan digunakan pula untuk mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Bagi penganalisisan pengguna, ia melibatkan karakter mereka iaitu pengetahuan sedia ada, tingkah laku, pengalaman dan kemahiran yang

dimiliki.FASA REKA BENTUK

Reka bentuk melibatkan penghasilan papan cerita atau pun dikenali sebagai storyboard yang terperinci berpandukan kepada maklumat yang dikumpulkan pada langkah pertama. Papan cerita ini menentukan kandungan skrin, reka bentuk skrin dan perkaitan satu skrin dengan skrin yang lain. Reka bentuk atau Design juga bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya perisian tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Perkaitan antara skrin-skrin ini pula akan membentuk satu rangkaian skrin. Rangkaian ini akan menentukan cara navigasi pelajar, sama ada secara linear atau bercabang. Dalam perisian ini yang bercabang, bahagian pelajaran yang dipaparkan kepada pelajar bergantung pada pilihan pelajar, respon pelajar kepada suatu soalan atau pencapaian pelajar dalam suatu ujian.PEMBANGUNAN

Pembangunan atau Develop ialah proses menghasilkan perisian yang telah direka bentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian perisian yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Langkah pembangunan melibatkan penghasilan elemen-elemen yang ditentukan di dalam langkah reka bentuk seperti video, animasi dan sebagainya dan menggabungkan elemen-elemen tersebut dalam skrin-skrin untuk paparan. Pengatur cara perlu memprogramkan interaksi dan navigasi agar skrin-skrin tersebut berfungsi sebagai PPBK yang lengkap.IMPLEMENTASI

Implementasi atau Implement berperanan untuk membuat pilot test terhadap perisian yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan courseware tersebut. Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah disediakan dan berfungsi seperti yang dikehendaki sebelum diserahkan kepada guru dan pelajar.

PENILAIAN

Penilaian atau Evaluate pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu perisian selepas penilaian dibuat. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratus objektif yang tercapai setelah proses penggunaan perisian tersebut selesai digunakan. Selain daripada penggunaan ujian, kaedah soal selidik boleh digunakan untuk mendapatkan pendapat pelajar tentang beberapa aspek perisian seperti navigasi, kemesraan penggunaan dan penggunaan elemen-elemen yang digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran.PENILAIAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER.

Penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting kerana ia akan menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau pun penilaian perisian PPBK memerlukan masa untuk dilaksanakan, ia adalah suatu yang penting bagi memastikan hanya perisian yang sesuai sahaja digunakan di sekolah-sekolah serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kegagalan menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan perisian PPBK secara optimum (Shaifol, 2003).

Penilaian PPBK ini hendaklah merangkumi beberapa aspek agar kelemahan-kelemahan dapat dikenal pasti dan pemilihan yang tepat dapat dilakukan. Aspek yang hendak dinilai bergantung pada tujuan penilaian dilakukan. Kebiasaannya penilaian adalah berdasarkan mengukur kesesuaian dan memberi maklum balas.

Dalam peringkat penilaian dalam Model ADDIE, terdapat 2 jenis penilaian dilakukan seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dilakukan di akhir proses pembangunan dan digunakan untuk menentukan sama ada ia dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia merupakan satu proses pengumpulan data untuk memastikan sama ada apa yang disampaikan melalui perisian ini sepadan atau tidak dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada menilai pencapaian pelajar, pandangan pakar, pelajar dan rakan guru juga perlu bagi tujuan pembaikan.

Dalam penilaian formatif pula merupakan satu proses yang berterusan yang perlu dilakukan semasa proses pembangunan. Maklumat yang diperoleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan perisian. Penilaian formatif ini dilakukan dalam kumpulan kecil, kumpulan besar dan pengujian. Di dalam kumpulan kecil kriteria yang dititik beratkan adalah kejelasan, kesan dan kebolehlaksanaan.

Bahan Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan komputer ini telah dibina mengikut kaedah model ADDIE. Bahan ini telah dibuat bagi murid-murid tahun 5 untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5. Objektif pengajarannya ialah di akhir pembelajaran murid dapat mengenal pasti bahagian-bahagian ikan hiasan dan fungsi setiap bahagian ikan hiasan tersebut. Dalam perisian ini, satu lagu telah di pilih untuk di jadikan sebagai set induksi atau pun permulaan dalam pengajaran Ikan Hiasan ini. REKA BENTUK.

Sebagai panduan bagi membuat bahan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer ini, satu siri bagi papan cerita telah dibuat terlebih dahulu. Papan cerita ini dibuat bagi menghasilkan slaid-slaid yang akan ditayangkan kepada murid dengan menggunakan perisian power point. Berikut adalah merupakan papan cerita yang telah dibuat terlebih dahulu.

Setiap slaid dimasukkan tulisan yang jelas dan mempunyai warna yang terang dan bersesuaian dengan latar belakang slaid. Slaid yang pertama merupakan set induksi kepada tajuk pengajaran pada hari tersebut. Dalam slaid ini dimasukkan sebuah lagu berkenaan dengan tajuk pengajaran hari tersebut. Lagu itu talah biasa didengari sejak di tadika lagi. Slaid yang ke dua menunjukkan tajuk pengajaran pada hari tersebut. Di slaid ini diletakkan sekali butang untuk seterusnya dan butang sebelumnya. Ini adalah bertujuan agar senang untuk berpatah balik atau untuk meneruskan slaid yang seterusnya. Bagi slaid yang ke tiga, adalah merupakan penerangan tentang pengenalan bagi ikan hiasan. Dimasukkan juga gambar dan juga butang bagi seterus dan sebelumnya. Slaid yang keempat dan kelima juga merupakan pengenalan bagi tajuk pengajaran pada hari tersebut. Pada slaid yang ke enam dan yang ke tujuh adalah penerangan tentang bahagian-bahagian ikan hiasan. Slaid yang ke lapan adalah sama dengan slaid yang ke tujuh tetapi di slaid ini setiap bahagian ikan telah di hyperlink kan dengan fungsi setiap bahagian ikan pada slaid yang ke 9 hinggalah slaid yang ke 19. Dan slaid yang seterusnya merumuskan ke semua fungsi bahagian ikan dalam satu jadual.Pada slaid yang ke 23 hingga slaid ke 25, di sini dimasukkan gambar-gambar jenis ikan hiasan dan nama bagi ikan hiasan tersebut. Slaid yang ke 26 dan slaid yang ke 28 adalah slaid untuk latihan murid. Murid akan membuat latihan ini terlebih dahulu di buku latihan dan murid diberi masa untuk menyalin latihan ini. Ini akan membolehkan kita dapati pengajaran kita tercapai objektifnya apabila murid dapat menyelesaikan soalan latihan tersebut. Setelah selesai murid bolehlah menekan butang semak dan slaid seterusnya akan mempamerkan jawapan kepada murid bagi setiap latihan tadi.

Slaid yang terakhir sekali adalah slaid yang ke 29. Slaid ini merupakan slaid yang terakhir yang akan dipamerkan kepada murid-murid. Di dalam slaid ini adalah merupakan aktiviti penutup dalam pengajaran pada hari tersebut iaitu menyanyikan sekali lagi lagu ikan kekek itu dengan lirik sekali diberikan agar murid dapat menyanyikan bersama sama lagu tersebut.Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan dalam menggunakan perisian ini. Perisian ini adalah mesra pengguna kerana pengguna tidak perlu tercari-cari slaid yang seterusnya kerana ia telah disusun dengan sebaiknya dengan menggunakan butang-butang hyperlink yang telah disertakan pada setiap slaid.

Setiap apa yang berlaku di sekeliling kita ada kebaikan dan juga keburukan tersendiri. Sama seperti hasil pembangunan bahan bantu mengajar ini di mana setelah selesai proses pembangunan, kita akan dapat mengetahui kelebihan serta kelemahan perisian ini. Pengujian akan dibuat seperti melalui ulasan rakan dan juga pengujian kumpulan sasaran. Setelah diadakan pengujian bahan bantu mengajar ini di kelas, didapati murid amat gembira dalam pengajaran pada hari tersebut. Selain dari mudah digunakan, murid juga faham tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut.PENUTUP

Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991). Pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer di institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya. Kesimpulannya banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menggunakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini. Dengan menggunakan pembinaan bahan berpandukan model ADDIE ini kita dapat lihat setiap pembinaan yang dibuat akan mengikut langkah demi langkah dalam sesuatu pengajaran. Daripada permulaan pengajaran hinggalah ke akhir pengajaran. Murid dapat belajar dengan sendiri tanpa bantuan guru dan guru sebagai fasilitator sahaja. Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti. Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.

Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar di samping dapat memperoleh maklumat dengan tepat serta kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain. Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pengajaran hendaklah tidak hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran.(2527 patah perkataan)RUJUKAN1. http://www.google.com.my/#q=borang+penilaian+pengajaran+dan+pembelajaran+berbantukan+komputer&hl=en&prmd=imvns&ei=bctfT_eAMYrorQeUyIH1BQ&start=20&sa=N&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,c2. http://maziahrashid.blogspot.com/p/ulasan-jurnal.html3. http://www.google.com.my/search?hl=en&gs_nf=1&cp=11&gs_id=1x&xhr=t&q=gambar+ikan+air+tawar&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&tbm=isch&source=o4. http://rujuknota.blogspot.com/2011/04/kelebihan-power-point-dan-kelemahan.html5. Open University Malaysia (OUM), November 2011, HBEF2303. P203-215MARI KITA MENYANYI

SPEKER BAGI LAGU YANG AKAN DIDENGARKAN (HYPERLINK KE MEDIA PLAYER)

BUTANG UNTUK NEXT

MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

TAJUK: IKAN HIASAN

BUTANG NEXT DAN SEBELUMNYA

PENGENALAN BAGI IKAN HIASAN

PENERANGAN TENTANG IKAN HIASAN

GAMBAR

PENERANGAN

GAMBAR

PENERANGAN

GAMBAR KARTUN

MARI KENALI BAHAGIAN LUAR IKAN

GAMBAR IKAN DAN BAHAGIAN-BAHAGIANYA

PENERANGAN

GAMBAR KARTUN

GAMBAR IKAN DAN BAHAGIANNYA.

KENALI BAHAGIAN LUAR IKAN

GAMBAR IKAN

GAMBAR IKAN DAN BAHAGIANNYA.

SETIAP BAHAGIAN DI LINK KAN DGN FUNGSINYA

JADUAL FUNGSI BAHAGIAN IKAN

10 SLAID YANG MENYATAKAN FUNGSI SETIAP BAHAGIAN IKAN HIASAN

JADUAL FUNGSI BAHAGIAN IKAN

JADUAL FUNGSI BAHAGIAN IKAN

JENIS IKAN HIASAN

NAMA IKAN HIASAN

DAN GAMBAR IKAN HIASAN

JADUAL FUNGSI BAHAGIAN IKAN

JADUAL FUNGSI BAHAGIAN IKAN

LATIHAN

GAMBAR IKAN UNTUK DI LABELKAN

AKTIVITI KUMPULAN

SEKIAN

LIRIK LAGU IKAN

6