hsp pendidikan moral kbsr tahun 1
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
1/32
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORALTAHUN 1
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
2/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
3/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
4/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
iii
KATA PENGANTARHuraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yangbertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangatFalsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan muridmenghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskanpengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran danpembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktivitimengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapatmembantu guru merancang dan melaksanakan pengajarandan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsurbernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajarcara belajar, penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaranmasteri, pembelajaran secara konstruktivisme, danpembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dansemangat patriotic dan kewarganegaraan tetap diutamakan.Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinankepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan hariandan dunia pekerjaan.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral,guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak denganmengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaanmoral dan tingkah laku moral. Pengajaran danpembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan denganmemberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktifdalam suasana yang kondusif dan menggembirakan.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyakpihak yang terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab,dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan danindividu yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangankepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya HuraianSukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih.
Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZINPengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
5/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
iv
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii
KATA PENGANTAR iii
KANDUNGAN iv
PENDAHULUAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3
PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSIPENDIDIKAN MORAL
6
BIDANG PEMBELAJARAN 1 :Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
8
BIDANG PEMBELAJARAN 2 :
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga
16
BIDANG PEMBELAJARAN 3 :Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat
20
BIDANG PEMBELAJARAN 4 :Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar
24
BIDANG PEMBELAJARAN 5 :Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara
28
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
6/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
1
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidikmurid supaya menjadi insan yang bermoral atauberakhlak mulia dengan menekankan aspekperkembangan pemikiran moral, perasaan moral dantingkah laku moral.
Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan
kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dankemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalamagama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negaraini. Dengan itu murid dapat membina satu panduanhidup yang membolehkan mereka menjadi insan yangbermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individuyang bertanggungjawab moral dan sosial terhadapsegala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagaipanduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh darisegi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu adalah :
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain;
berpegang teguh pada ajaran agama;
prihatin kepada alam sekitar;
mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
bersemangat patriotik;
menghormati hak asasi manusia; dan
mengamalkan prinsip demokrasi dalam
kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untukmerealisasikan semangat dan hasrat yangterkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Untuk membolehkan murid memahami, menghayatiserta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut,sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenalpasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusibidang pembelajaran tersebut. Selain aspekkerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaranitu juga menekankan aspek kemasyarakatan dankebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalahseperti berikut :
1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.
2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara
TakrifanPendidikan
Moral
LimaBidang
Pembelajaran
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
7/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
2
Pengajaran nilai harus berfokus pada Model InsanMenyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yangsaling berkaitan. (Rajah 1 : Model Insan Menyeluruh).Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tigadimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaanmoral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral yangefektif seharusnya membantu murid supaya memahami
nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmenterhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupanharian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untukmembolehkan seseorang murid mencapai tahapkematangan moral.
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialahyang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitupemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi
ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaranhati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasagembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidakbermoral. Program Pendidikan Moral ini tidakseharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nuraniyang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensimoral tersebut.
RangkaKonsepsi
PEMIKIRAN
MORAL
PERASAAN
MORAL
TINDAKANMORAL
KESEDARAN
HATI NURANI
RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH
INSAN
BERAKHLAK
MULIA
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
8/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
3
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamatmembentuk individu yang berakhlak mulia,bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arahkeharmonian dan kestabilan negara sertamasyarakat global.
Objektif Pendidikan Moral adalah untukmembolehkan murid:
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murnimasyarakat Malaysia;
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
3. Menyedari dan menerima kepentingan
tanggungjawab moral dan sosial bagimengekalkan kesejahteraan hidup dalamperhubungan diri dengan keluarga,masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
4. Mengembangkan pemikiran moral,perasaan moral dan amalan moral dalammembuat sesuatu pertimbangan dankeputusan yang selaras dengan nilai-nilaimurni masyarakat Malaysia.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untukmembantu guru merancang aktiviti danmenghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahap kematangan murid.Buku ini juga menyediakan penerangan untukmembantu guru melaksanakan kurikulumPendidikan Moral dalam bilik darjah denganberkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidangpembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandunganakademik, hasil pembelajaran, dan cadanganaktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran
dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupunbidang pembelajaran dan nilai yang sama diajarpada setiap tahun, skop dan penekanan adalahberbeza kerana isu moral atau kandungan yangdikemukakan semakin kompleks dan mendalamselaras dengan tahap kematangan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan formatempat lajur utama, iaitu :
Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil Pembelajaran
MatlamatPendidikan
Moral
ObjektifPendidikan
Moral
Tujuan
PeneranganLajur
1
2
FormatEmpatLajur
3
4
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
9/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
4
LajurHasil
Pembelajaran
8
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang
terkandung di bawah Bidang Pembelajaran.
Setiap nilai disertakan penerangannya yang
dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan
Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(Semakan).
Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademikyang diolah bersesuaian dengan kebolehan dantahap kematangan murid bermula dari diri,
keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkatantara bangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun
dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh
tajuk pengajaran dan huraian tajuk
pengajaran yang disertakan dengan contoh di mana
yang perlu bagi memudahkan pengajaran.
Dalam perkembangan kurikulum dan prosespembelajaran, nilai dan kemahiran tidak bolehdipisahkan daripada kandungan atau pengetahuanakademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikirsecara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadapsesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji danmemahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahanpembelajaran secara lebih terperinci. Kandunganakademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidangseperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasadan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandunganakademik harus diajar serta dipelajari bersama nilaidan kemahiran dalam usaha mencapai matlamatpendidikan moral.
Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan
tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang muriddijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran inidalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaiandengan kandungan yang disampaikan.
5
LajurNilai
LajurKandungan
Akademik
6
7
1
2
3
4
5
6
7
8
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
10/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
5
Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dancontoh isu atau situasi untuk pengajaran danpembelajaran. Isu atau situasi yangdikemukakan bukan sahaja yang berkaitandengan pengalaman diri murid tetapi jugameliputi hubungannya dengan keluarga,komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa.Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya
terbatas kepada cadangan yang terdapatdalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapiguru boleh mengambil contoh lain daripadapelbagai sumber asalkan dapatmemperkukuh nilai yang diajar.
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaranadalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yangsesuai perlu dihubungkaitkan dandigabungjalinkan supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesandan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmudaripada pelbagai mata pelajaran lain harusdisepadukan dalam merancang aktiviti sama adadi dalam atau di luar bilik darjah.
TAHUN 1
BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan
Perkembangan DiriLAJUR NILAI
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Penerangan nilai :
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alamdan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskanpegangan agama masing-masing selaras denganprinsip Rukun Negara.
LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Tema : Agama penyuluh kehidupan
Tajuk pengajaran : Masyarakat di Malaysiamenganut pelbagai agama.
Huraian tajuk pengajaran :
Ketahui dan kenali anutan agama orang lain
LAJUR HASIL PEMBELAJARAN
Menghormati anutan agama orang lain.
LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
i. Bercerita tentang agama yang dianuti.ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti.Contoh
PersembahanLaur
LajurCadangan
AktivitiPembelajaran
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
11/32
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
12/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
7
Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberikesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui TeknologiMaklumat dan Komunikasi seperti Internet, lamanweb, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi.Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagaiperangsang dan pemangkin kepada perkembanganminda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral,murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan
mencari maklumat yang positif dan mengelakkanmereka daripada melayari laman-laman web yangberunsur negatif.
Kemahiran sosial memberi penekanan kepadakebolehan sosial untuk berkomunikasi denganorang lain dalam sesuatu situasi sosial yang bolehditerima oleh masyarakat dan pada masa yangsama bermanfaat kepada diri dan orang lain.
Kemahiran sosial ini boleh diajar denganmenggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
KemahiranTeknologiMaklumat
KemahiranSosial
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
13/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
8
BIDANG PEMBELAJARAN 1N IL A I B E R K A IT A N D E N G A N
P E R K E M B A N G A N D IR I
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
14/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
9
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
NILAIKANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
1.1 Kepercayaan kepadaTuhan
Keyakinan wujudnyaTuhan sebagai penciptaalam dan mematuhisegala suruhan Nyaberlandaskan pegangan
agama masing-masingselaras dengan prinsipRukun Negara.
Agama penyuluh kehidupan
Masyarakat di Malaysia menganut pelbagaiagama
Ketahui dan kenali anutan agama oranglain
Menghormati anutan agama orang lain i. Bercerita tentang agama yang dianuti
ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
15/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
10
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
1.2 Kebersihan Fizikal danMental
Kebersihan dankesihatan diri sertapemikiran yang sihat dan
positif dalam setiapperlakuan.
Kebersihan diri asas kesihatan
Kepentingan kesihatan diri dalam kehidupan
Kebersihan anggota badan
Menjaga kebersihan anggota badan i. Menyanyikan lagu bertemakan Kebersihan Diri
ii. Tunjuk cara menjaga kebersihan diri
1.3 Harga Diri
Keupayaan dankeyakinan diri agarmampu memulia danmenjaga maruah diridalam kehidupan.
Hargai anggota badan kurn iaan Tuhan
Kenali keistimewaan anggota badan
Fungsi setiap anggota badan
i. Menerima hakikat bahawa setiapanggota badan mempunyai fungsitersendiri.
ii. Menggunakan fungsi anggota badanke arah kebaikan dankesejahteraan.
Bercerita tentang kepentingan anggota badan
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
16/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
11
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
1.4 Kerajinan
Usaha yang berterusanpenuh dengan semangatketekunan, kecekalan,kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalammelakukan sesuatuperkara.
Bersikap rajin amalan murni
Amalan kerajinan dalam kehidupan harian
Usaha berterusan
Kesungguhan
Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
i. Nyanyian- Menyanyi lagu bertemakan Kerajinan- Membincang dan menghayati maksud seni
kata lagu
ii. Bercerita kisah bertemakan Kerajinan
1.5 Hemah Tingg i
Beradab sopan danberbudi pekerti muliadalam pergaulanseharian.
Pergaulan berhemah mengeratpersahabatan
Amalan berhemah dalam pergaulan denganrakan memupuk kemesraan
Cara-cara pergaulan yang baik- Adab dalam tutur kata dan tingkah
laku
Bersopan dalam tutur kata dan tingkahlaku
i. Permainan suai kenal
ii. Menghasilkan kad ucapan yang menggunakankata-kata bersopan untuk rakan
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
17/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
12
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
1.6 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaancinta yang mendalamserta berkekalan yanglahir daripada hati yang
ikhlas.
Sayang akan diri hi dup bahagia
Sayang akan diri sendiri penting dalam hidup
Usaha meningkatkan keselamatan diri
Amalan pemakanan berkhasiat
i. Berusaha meningkatkankeselamatan diri dan menjauhi diridaripada keadaan yang berbahaya
ii. Mempraktikkan amalan pemakananyang seimbang
Bercerita tentang menu makanan- Sarapan pagi- Makan tengah hari- Makan malam
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
18/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
13
1.7 Kesederhanaan
Bersikap tidakketerlaluan dalammembuat pertimbangandan tindakan sama adadalam pemikiran,pertuturan atauperlakuan tanpa
mengabaikankepentingan diri danorang lain.
Kesederhanaan amalan muli a
Amalan kesederhanaan dalam kehidupan
Sikap tidak keterlaluan dalam pertuturandan tingkah laku
Bersikap sederhana dalam pertuturandan tingkah laku
i. Menonton klip video tentang akibat bercakapketerlaluan
ii. Melakonkan adab bertutur yang bersesuaian
1.8 Kejujuran
Kewajipan bercakap
benar, bersikap amanahdan ikhlas dalam setiapperlakuan.
Berkata benar, janji ditepati
Amalan berkata benar mengukuh hubungan
Kepentingan bercakap benar dalampelbagai situasi- Perbualan- Pergaulan
Bersikap jujur dalam kehidupan Main peranan situasi berkaitan Bercakap Benar
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
19/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
14
1.9 Baik Hati
Kepekaan terhadapperasaan dan kebajikandiri sendiri dan orang laindengan memberibantuan dan sokonganmoral secara tulus ikhlas.
Saling membantu sebagai tanda baik hati
Pertolongan diberi demi kebaikan bersama
Kesediaan menghulurkan pertolongan- Ibu bapa dan anggota keluarga- Guru- Rakan
Bersedia memberi bantuan kepada yangmemerlukan pada bila-bila masa
Bercerita tentang bantuan-bantuan yang pernahdiberikan kepada ibu bapa, anggota keluarga, gurudan rakan
1.10 Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuanuntuk menunjukkanpengiktirafan dan
penghargaan terhadapsesuatu jasa,sumbangan ataupemberian.
Berterima kasih amalan berhemah
Pengiktirafan dan penghargaan atas bantuandan kemudahan yang diterima
Cara berterima kasih
- Lisan- Bertulis- Amalan menjaga dan
menggunakan kemudahan yangdisediakan dengan baik
Mengamalkan sikap berterima kasihdalam kehidupan seharian
i. Menghasilkan kad ucapan terima kasih
ii. Melakonkan cara mengucapkan terima kasih
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
20/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
15
BIDANG PEMBELAJARAN 2N IL A I B E R K A IT A N D E N G A N
D IR I D A N K E L U A R G A
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
21/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
16
BIDANG PEMBELAJ ARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2.1 Kasih Sayang terhadapKeluarga
Perasaan cinta dansayang yang mendalamserta berkekalanterhadap keluarga demi
melahirkan keluargabahagia.
Keluargaku kebanggaanku
Kenali anggota keluarga mengukuh kasihsayang
Kenali ibu dan bapa
Kenali anggota keluarga yang lain
Menerima dan berbangga dengananggota keluarga
i. Murid menghasilkan album gambar KeluargaSaya
ii. Menyanyikan lagu bertema Keluarga Tersayang
2.2 Hormat dan Taatkepada AnggotaKeluarga
Memuliakan setiap
anggota keluarga denganberinteraksi dan memberilayanan secara bersopanuntuk mewujudkankeluarga yang harmoni.
Hormat dan taat pada ibu bapa
Layanan bersopan tanda hormat pada ibu
bapa Cara menghormati ibu bapa
Menghormati ibu bapa Bercerita tentang cara menghormati ibu bapa
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
22/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
17
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
23/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
18
2.3 Tanggungjawabterhadap Keluarga
Kewajipan yang harusdilaksanakan oleh setiapindividu terhadapkeluarga untukmelahirkan keluargabahagia, meningkatkan
imej dan menjagamaruah keluarga.
Saling membantu memupuk keluargabahagia
Saling membantu sesama anggota keluarga
Usaha membantu melakukan kerja-kerjadi rumah
Menolong melakukan kerja-kerja dirumah
i. Mengumpul gambar yang menunjukkan aktivitimembantu keluarga di rumah
ii. Melakonkan cara membantu keluarga di rumah
iii. Mewarnakan gambar yang berkaitan dengan
aktiviti menolong keluarga
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
24/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
19
BIDANG PEMBELAJARAN 3N IL A I B E R K A IT A N D E N G A N
D IR I D A N M A S Y A R A K A T
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
25/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
20
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT
NILAIKANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
3.1 Tanggungjawabterhadap Masyarakat
Kesanggupan memikulserta melaksanakantugas dan kewajipandengan sempurnasebagai anggotamasyarakat.
Hormat-menghormati teras persahabatan
Sikap bertanggungjawab terhadap rakanmengerat persahabatan
Usaha meningkatkan hubunganbaik
Amalan menjaga maruah rakan- Elak sikap mengumpat/mencaci
Menjalankan tanggungjawab sebagaianggota masyarakat dengan menjalinhubungan baik dengan rakan
Bercerita tentang sikap baik rakan
3.2 To leransi dalamMasyarakat
Kesanggupan bertolakansur, sabar danmengawal diri bagimengelakkan berlakunyapertelingkahan danperselisihan faham demikesejahteraan hidup.
Saling berkongsi memupuk sikaptoleransi
Amalan berkongsi barangan demi kebaikanbersama
Saling berkongsi dalam menggunakanbarang milik peribadi- Alat tulis- Alat mainan- Bahan bacaan
Sanggup dan sudi berkongsi barang milikperibadi dengan orang lain
Kerja kumpulan- Beberapa kumpulan berkongsi mewarna
menggunakan bahan warna yang terhad danmembincangkan faedah berkongsi bahan warnadengan rakan.
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
26/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
21
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
3.3 SemangatBermasyarakat
Kesediaan melakukansesuatu dengansemangat kekitaan untukkepentingan bersamademi keharmonian hidupbermasyarakat.
Semangat kekitaan teras k ecemerlangan
Aktiviti di bilik darjah dijayakan bersama
Kewajipan dan peranan murid dalammenjayakan aktiviti di bilik darjah- Aktiviti akademik- Aktiviti keceriaan
Melibatkan diri dalam aktiviti di bilikdarjah
Projek menceriakan bilik darjah
3.4 Peka terhadap Isu-isu
Sosial
Bertanggungjawab danprihatin terhadapmasalah dan isu semasayang berlaku dalammasyarakat danberusahamenyelesaikannya
Kehadiran ke sekolah pemangkin
kejayaan
Kehadiran ke sekolah satu kewajipan
Kepentingan kehadiran kesekolah- Diri- Keluarga- Sekolah
Bertanggungjawab menghadirkan diri kesekolah setiap hari persekolahan
Menandakan jadual kedatangan diri ke sekolah untukseminggu dalam borang yang disediakan danmembincangkan faedah hadir ke sekolah
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
27/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
22
BIDANG PEMBELAJARAN 4N IL A I B E R K A IT A N D E N G A N
D IR I D A N A L A M S E K IT A R
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
28/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
23
BIDANG PEMBELAJ ARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR
NILAIKANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
4.1 Kebersihan danKeindahan Persekitaran
Pemeliharaan danpemuliharaanpersekitaran agarsentiasa bersih dan ceriademi kesejahteraanhidup.
Kebersihan tempat tinggal menjaminkeselesaan hidup
Kebersihan dan keceriaan tempat tinggaltanggungjawab bersama
Usaha meningkatkan kebersihan dankeceriaan persekitaran tempat tinggal- Susunan peralatan rumah- Menanam pokok
Mengurus dan menjaga kebersihantempat tinggal
i. Menonton klip video tentang aktiviti membersihkandan menceriakan persekitaran rumah
ii. Menyanyi lagu bertemakan Kebersihan
iii. Mengumpul gambar bertemakan Kebersihan diPersekitaran Tempat Tinggal
4.2 Menyayang i Alam
Sekitar
Mencintai danmenghargai alam sekitardemi mengekalkankeharmonian hidup.
Alam sekitar khazanah berharga
Kenali alam sekitar kurniaan Tuhan
Keunikan alam sekitar- Tumbuh-tumbuhan- Haiwan- Udara- Air- Tanah
Ciri-ciri alam sekitar yang bersih
Mengenali dan menjaga alam sekitardengan bertanggungjawab
i. Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah
ii. Perbincangan tentang cara menjaga alam sekitar
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
29/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
24
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
4.3 Peka terhadap Isu AlamSekitar
Prihatin terhadappersoalan yang berkaitandengan alam sekitar danberusaha
menyelesaikannya.
Alam sekitar bersih dikongsi bersama
Kebersihan persekitaran tanggungjawabbersama
Prihatin dengan tahap kebersihan dirumah, sekolah dan tempat awam
Prihatin dan melibatkan diri dalamsebarang usaha untuk meningkatkankualiti kebersihan persekitaran
i. Mengumpul dan menjual surat khabar lama danmembincangkan faedah aktiviti tersebut
ii. Bergotong-royong membersihkan bilik darjah dan
padang sekolah
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
30/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
25
BIDANG PEMBELAJARAN 5N IL A I B E R K A IT A N D E N G A N
D IR I D A N N E G A R A
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
31/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
26
BIDANG PEMBELAJ ARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA
NILAIKANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
5.1 Hormat dan Setiakepada Pemimpin, Rajadan Negara
Hormat dan kepatuhan
yang berkekalan kepadapemimpin dan raja sertasetia kepada negara.
Sekolah Kebanggaanku
Identiti sekolah lambang kemegahan
warganya Kenali dan hargai identiti sekolah
- Bendera- Lagu- Lencana- Pemimpin
Berbangga dengan identiti sekolah i. Mewarna dan mengenal pasti gambar bendera
dan lencana sekolah
ii. Menyanyikan lagu sekolah
iii. Membincangkan carta organisasi bilik darjah dansekolah
5.2 Patuh kepadaPeraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhiperaturan dan undang-undang yangdikuatkuasakan sebagaiamalan hidup.
Peraturan di bilik darjah memupukdisiplin diri
Peraturan untuk kebaikan bersama
Amalan mematuhi peraturan di bilikdarjah
Mematuhi peraturan di bilik darjah i. Memadankan gambar dengan pernyataanperaturan yang diberi
ii. Melakonkan situasi mematuhi peraturan
-
8/3/2019 HSP Pendidikan Moral KBSR Tahun 1
32/32
KBSRURAIAN SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN MORAL
27
NILAI KANDUNGANAKADEMIK
HASILPEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN
5.3 Cinta akan Negara
Perasaan sayang danbangga kepada negaraserta meletakkankepentingan negaramelebihi kepentingan diri.
Malaysia Negaraku yang d icintai
Malaysia kemegahan kita
Kenali negara
Sayang akan negara
Melibatkan diri dalam aktiviti untukmeningkatkan imej negara
i. Menyanyikan lagu patriotik
ii. Menonton klip video sambutan Hari Kebangsaan
iii. Melukis dan mewarna bendera Malaysia
5.4 Keamanan danKeharmonian
Kedamaian danperpaduan yangberkekalan danberterusan di kalanganrakyat Malaysia sertamasyarakat global.
Perpaduan teras keharmonian
Semangat perpaduan dengan rakanpelbagai kaum
Usaha belajar bersama rakan pelbagaikaum- Saling memahami perasaan- Bekerjasama- Bertolak ansur
Menghormati dan bekerjasama denganrakan pelbagai kaum
i. Menyanyikan lagu bertemakan Perpaduan
ii. Bercerita tentang kawan baik (dari kaum lain)