hiwar edisi aidil adha
TRANSCRIPT
2
Da
ri m
eja
ed
itor
HIWAR
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagiNya yang telah memberi peluang untuk menghirup udara
segar sekali lagi. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Pengorbanan - itulah yang sering dikaitkan tatkala Aidil Adha bakal menjelma. Berulang-ulang kali kita diingatkan tentang kisah pengorbanan
besar Nabi Ibrahim ketika Allah menurunkan perintah korban ke atas
putera kesayangannya, Nabi Ismail. Ada yang di antara kita berjaya meluaskan lagi skop 'pengorbanan' itu dengan memikirkan tentang
pengorbanan harta, jiwa dan tenaga ke arahNya. Cuba kita diam sejenak dan fikir, apa lagi yang dapat dikaitkan dengan bulan Zulhijjah ini?
Kita sering lupa bahawa di bulan Zulhijjah ini kita dapat menggandakan
keampunan serta keredhaan Allah sepertimana yang diwar-warkan ketika
di bulan Ramadhan. Hari-hari awal bulan Zulhijjah ini adalah hari yang bermakna kerana pada 10 hari pertama bulan ini merupakan hari-hari
yang disukai Allah untuk hambanya memperbanyakkan ibadah.
Masya Allah, bukankah itu sesuatu yang hebat?
Hebat; terlalu hebat. Hebatnya Allah, Dia sering memberi ruang bagi kita
untuk mendekatkan diri denganNya. Hebatnya Allah, menggandakan lagi pahala-pahala buat hamba-hambaNya. Hebatnya Allah, mengurniakan
segala macam nikmat kepada hambaNya. Akan tetapi, sejauh manakah
kita sanggup untuk mengambil langkah ke arahNya?
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Allah berfirman,
"Aku menurut prasangka hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku bersamanya jika
ia mengingat-Ku. Dan jika ia mengingat-Ku dalam jiwanya, maka Aku pun
mengingatnya di dalam Dzat-Ku. Dan jika ia mengingat-Ku di tengah orang banyak, maka akan Aku ingat ia di tengah kerumunan orang yang
lebih baik darinya. Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, Aku pun akan mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta,
maka Aku pun mendekat kepadanya satu depa. Dan jika ia datang kepada
-Ku dengan berjalan, Aku pun akan datang kepadanya dengan berlari cepat."
(Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi)
Hebat, bukan? Semakin kita mendekatkan diri kepadaNya, semakin rapat dan laju Dia datang ke arah kita.
Now, isn‘t that sweet?
:)
3
Ka
ta d
ua
Bismillah..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah yang
menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan
Adam & Hawa. Segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah, setelah beberapa lama terhenti, PPIM-KSC telah kembali
menerbitkan lidah rasminya yang terbaru, "HIWAR". Tahniah diucapkan
kepada AJK Lajnah Penerbitan dengan penerbitan makalah ini.
Ahlan wasahlan kepada pelajar-pelajar baharu tahun pertama sesi 2011,
semoga kehadiran anda semua di sini membawa kepada kematangan
diri dan penambahan ilmu. Sesuai dengan wahyu pertama Ilahi kepada
Rasulnya Muhammad SAW, 'Iqra'- bacalah.
Sesungguhnya Islam itu terdiri di atas ilmu. Bersesuaian dengan sabda
Nabi SAW, ―Jadilah kalian orang yang berilmu (‘aliman), atau
(setidaknya) jadilah penuntut ilmu (muta‘aliman), atau (setidaknya)
jadilah pendengar ilmu (mustami‘an), atau (setidaknya) jadilah orang
yang suka kepada ilmu (muhibban), dan jangan jadi yang kelima (iaitu
yang bukan dari keempat-empat kriteria di atas), maka kalian akan bi-
nasa.―
Dengan penerbitan Hiwar ini insyaAllah dapat menyediakan sedikit se-
banyak medium pembacaan bagi penuntut muslim di kursk ini, yang
memungkinkan penggabungan di dalam satu makalah akan adanya in-
formasi-informasi Agama, kehidupan, isu-isu semasa dan isu-isu dunia
perubatan mutaakhir ini.
Selamat Hari Raya Eiduladha diucapkan kepada seluruh warga muslim di
Kursk. Sesungguhnya bukan sambutan yang kita perlu lihat, tetapi 'ibrah
(pengajaran) sempena hari yang amat bersejarah ini. Atas semangat
'korban' yang begitu sinonim dengan Eiduladha ini, seharusnya kita
perlu sentiasa berdoa kepadaNya agar segala pengorbanan yang telah
kita lakukan, ataupun di masa hadapan bukanlah hanya sia-sia, tetapi
ada keberkatannya dan diambil kira olehNya insyaAllah.
Akhir kalam sekali saya ucapkan tahniah kepada usaha penerbitan Hi-
war ini, semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca
sekalian.
Wallahua'lam.
Wassalamuailkum.
Presiden PPIM-KSC
Mohd Zaid Asmuni
Edisi Aidil Adha
4
HIWAR
Zu
lhij
jah &
Aid
il A
dha
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRKULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRKULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramad-han untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
والفجر وليال عشر
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah
dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari
sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar paha-
lanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak
menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah"
(Riwayat Muslim)
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain.
Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah
SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-
fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di
hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permu-laan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‗Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali
berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun ter-
dapat rawi yang dipertikaikan )
فإنهها هن تقىي القلىب وهن يعظن شعائر للاه
ها عول آدهي هن عول يىم النحر أحة إل للا هن إهراق الدم
5
HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan
TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.
Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.
Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.
Firman Allah :
رها لكم لتكبروا قوى منكم كذلك سخه لحومها ول دماؤها ولكن يناله الته لن ينال للاه للاهر المحسنين ما هداكم وبش
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari ka-mulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah
terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Hajj : 37)
BINATANG TERBAIK UNTUK QURBAN
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau. Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فك وا منها وأطعموا البائس الفقير Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28)
فك وا منها وأطعموا القانع والمعتره Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAK-KANNYA. Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.
DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. Namun tiada khilaf, men-dahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
Edisi Aidil Adha
6
HIWAR
Teo
ri E
inst
ein
tela
h d
iter
ang
kan
terd
ahu
lu d
i da
lam
Al-
Qu
ran
Dan engkau melihat gunung –
ganang, engkau menyangkanya
tetap membeku, padahal ia ber-
gerak cepat seperti bergeraknya
awan, demikianlah perbuatan Allah
yang telah membuat tiap-tiap se-
suatu dengan serapi-rapi dan se-
baik-baiknya. Sesungguhnya Ia
amat mendalam pengetahuannya
akan apa yang kamu lakukan. –
(Surah An-Naml ayat 88)
Seawal abad ke-2 sebelum masihi, ahli falsafah terkemuka Aristotle telah
mengemukakan model geosentrikuntuk menerangkan keadaan bumi di alam
semesta. Model geosentrik ini menyatakan kedudukan bumi adalah pusat alam
semesta, statik, dan diorbit oleh matahari serta planet lain. Pendapat ini turut
disokong oleh model matematik yang di kemukan oleh Ptolemy bagi menge-
sahkan sokongan beliau terhadap model geosentrik ini.
Model ini bertahan sehingga abad ke 16 sehingga seorang ahli sains terkemuka
pada waktu itu, Nicholas Copernicus memperkenalkan model heliosentrik yang
menyangkal idea yang dibawa oleh Aristotle melalui model geosentrik. Model
heliosentrik ini menyatakan bahawa matahari adalah pusat alam semesta dan
setiap planet termasuk bumi bergerak mengelilingi matahari. Model heliosentrik
ini terbukti kebenarannya dengan sokongan ahli sains selepas beliau yang
mengemukakan teori-teori yang mengesahkan model ini. Penciptaan teleskop
juga memudahkan pencerapan alam semesta yang turut membuktikan kesahi-
han model tersebut.
Hari ini, tiada siapa pun di dunia ini yang akan mengatakan bahawa bumi ini
adalah pusat alam semesta. Melalui teori-teori yang dikemukan oleh saintis
zaman ini dan melalui pencerapan bintang, kita memahami bahawa bumi kita
bergerak mengelilingi matahari dan bumi turut berputar di atas paksinya sendiri.
Dari ayat di atas, telah Allah nyatakan kepada manusia bahawa kita menyangka
gunung-ganang itu statik dan tidak bergerak, padahal, ianya bergerak dengan
cepat seperti pergerakan awan. Apabila kita mengaitkan ayat tersebut dengan
pergerakan bumi, berdasarkan pemerhatian kita seharian, kita akan mendapati
ada sesuatu yang sangat penting perlu diberi perhatian dengan ayat Al-Quran
tersebut. Tidak pernah sekalipun kita melihat gunung itu di suatu kedudukan
tertentu dan melihat gunung tersebut di kedudukan lain pada keesokan harinya.
Ayat tersebut menyatakan bahawa gunung-ganang itu bergerak, tetapi melalui
pemerhatian kita setiap hari kepada gunung-ganang yang ada di sekeliling kita
menunjukkan dengan jelas bahawa gunung-ganang itu tetap pada kedudu-
kannya setiap hari. Jadi apakah yang Allah maksudkan dengan pergerakan ini.
Melalui ayat itu juga Allah ada membuat perbandingan dengan pergerakan
awan. Apa maksud Allah meletakkan perbandingan seperti ini. Perkara ini ten-
tunya sesuatu yang menarik untuk dikaji perkaitannya.
7
Edisi Aidil Adha
Dari sini, jika kita semak semula ayat tersebut dengan Teori Kerelatifan Khas yang dikemukakan oleh
saintis terkemuka Albert Einstein, kita akan melihat kebenaran kitab Al-Quran itu sendiri melalui ayat yang
dinyatakan di atas. Teori Kerelatifan Khas menyatakan bahawa, setiap pergerakan adalah relatif antara
satu sama lain, yakni setiap pemerhatian akan dilakukan berdasarkan kepada titik rujukan dengan men-
gabaikan kesan graviti.
Mengambil anologi sebuah keretapi yang bergerak di platform, teori ini dapat dijelaskan dengan lebih mu-
dah lagi. Katakan kita meletakkan A yang sedang menimbang bola dengan tangannya di satu kedudukan
di dalam keretapi dan B di platform. Keretapi itu bergerak dengan halaju v. Bagi pemerhatian ini, kita
akan mendapati terdapat 2 titik rujukan, iaitu titik rujukan bagi A iaitu di dalam keretapi dan titik rujukan
bagi B iaitu di platform. Bagi keretapi yang sedang bergerak, menggunakan titik rujukan di B, beliau (B)
akan membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa A sedang bergerak, kerana kedudukan A telah
berubah dari satu koordinat ke koordinat lain berikutan pemerhatian itu dibuat dengan berpandukan titik
rujukan di B, tetapi apabila kita menggunakan titik rujukan A, beliau (A) akan menyatakan bahawa beliau
tidak bergerak berikutan tiada perbezaan koordinat beliau dengan bola yang ditimbangnya, iaitu beliau
berada pada kedudukan yang sama seperti sebelum keretapi tadi bergerak.
Kita tentu sekali pernah merasai pengalaman seperti ini di lampu
isyarat. Di mana kita tidak bergerak sebenarnya, tetapi pergerakan
oleh kereta bersebelahan menyebabkan kita menyangka bahawa
kita bergerak dan kereta sebelah itu statik. Begitu juga sebaliknya
bagi orang yang berada di dalam kereta sebelah kita tersebut.
Merujuk kembali kepada ayat di atas, dengan mengambil bumi se-
bagai titik rujukan, kita dan gunung- ganang tersebut berada dalam
titik rujukan yang sama, jadi, kita tidak dapat merasai sebarang
perubahan atau pergerakan. Namun begitu, jika kita meletakkan
seorang manusia lain (D) di awan misalnya, beliau (D) akan men-
yatakan bahawa beliau melihat kita bergerak mengikut pergerakan bumi dan beliau dalam keadaan statik.
Namun bagi kita di bumi, kita akan mengandaikan bahawa kita adalah statik dan D sedang bergerak ber-
sama sama awan. Di sini, sekiranya kita meletakkan seorang yang lain (E) di kedudukan bersebelahan
bukit tersebut, beliau juga akan turut menyatakan kesimpulan seperti kita bahawa tiada perubahan pada
gunung-ganang tersebut kerana beliau (E) turut berada dalam titik rujukan yang sama dengan kita dan
gunung-ganang tersebut. Perubahan ini hanya boleh dikesan oleh seseorang yang berada di luar titik ru-
jukan tersebut.
Einstein hanya mengemukakan teori ini selepas tahun 1905 masehi. Nabi Muhammad telah di ajar oleh
Allah berkenaan perihal ini pada 610 masehi. Mana mungkin Nabi Muhammad yang buta huruf pada
waktu itu dapat menghasilkan satu kesimpulan yang jitu dan disokong oleh teori-teori kompleks yang
dikemukakan oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Ini merupakan satu bukti bahawa Al-Quran itu bu-
kannya ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad dan ada kuasa Maha Agung yang mengawal alam semesta ini
yang mengajar beliau. Sesungguhnya amat benarlah kata-kata Allah.
Sumber: http://www.majalahsains.com/
8
HIWAR
The human brain is the most complex and least understood part of the human anat-
omy. There may be a lot we don‘t know, but here are a few interesting facts that
we‘ve got covered.
1. Nerve impulses to and from the brain travel as fast as 170 miles per
hour. Ever wonder how you can react so fast to things around you or why that
stubbed toe hurts right away? It‘s due to the super-speedy movement of nerve
impulses from your brain to the rest of your body and vice versa, bringing reac-
tions at the speed of a high powered luxury sports car.
2. The brain operates on the same amount of power as 10-watt light
bulb. The cartoon image of a light bulb over your head when a great thought
occurs isn‘t too far off the mark. Your brain generates as much energy as a
small light bulb even when you‘re sleeping.
3. The human brain cell can hold 5 times as much information as the En-
cyclopedia Britannica. Or any other encyclopedia for that matter. Scientists
have yet to settle on a definitive amount, but the storage capacity of the brain
in electronic terms is thought to be between 3 or even 1,000 terabytes. The
National Archives of Britain, containing over 900 years of history, only takes up
70 terabytes, making your brain‘s memory power pretty darn impressive.
4. The brain is much more active at night than during the day. Logically,
you would think that all the moving around, complicated calculations and tasks
and general interaction we do on a daily basis during our working hours would
take a lot more brain power than, say, lying in bed. Turns out, the opposite is
true. When you turn off your brain turns on. Scientists don‘t yet know why this
is but you can thank the hard work of your brain while you sleep for all those
pleasant dreams.
5. Scientists say the higher your I.Q. the more you dream. While this may
be true, don‘t take it as a sign you‘re mentally lacking if you can‘t recall your
dreams. Most of us don‘t remember many of our dreams and the average
length of most dreams is only 2-3 seconds–barely long enough to register.
Fu
n F
act
s :
The
Bra
in
Say WHAAAT?
9
Sejak 1991 setiap tahun, IDF atau International Diabetes Federation
dan WHO telah menetapkan tanggal 14 November sebagai Hari Diabe-tes. Pada tahun 2007, hari diabetes ini secara rasminya diiktiraf hari
sedunia dalam agenda PBB. Biru adalah warna symbol diabetes global—lingkaran biru. Ini dipilih sebagai warna lingkaran kerana ini
adalah warna bendera PBB dan warna langit, yang menyatukan kita
semua. Lingkaran biru juga telah dijadikan sebagai logo rasmi Hari Diabetes Sedunia.
Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 dari-
pada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila pen-
yakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari
mereka.
Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah
dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah meru-pakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan
jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan
gangrene kaki.
Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?
Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat
dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormone insulin.
Jenis-Jenis Diabetes
Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis
adalah seperti berikut:
- Kencing manis jenis 1: Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi
dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan
suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
- Kencing manis jenis 2: Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di
kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mem-
punyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan
pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing ma-
nis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu
mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.
14 N
ovember :
Ha
ri Dia
betes Sed
unia
Edisi Aidil Adha
10
HIWAR
D DDO OO’ ’’S SS
D DDO
NO
NO
N’ ’’T
ST
ST
S
11
Soalan:
Bolehkah saya mengucapkan ―Selamat Hari Natal‖ kepada rakan saya yang beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari
perayaan tersebut?
Jawapan:
Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Ke-
yakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki
anak. Allah menegaskan: ―Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diper-anakkan‖ [Surah al-Ikhlas, ayat 3]
Apabila seorang muslim mengucapkan ―Selamat Hari Natal‖, bererti dia
mengucapkan ―Selamat menyambut kelahiran anak Allah‖. Apabila seo-
rang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.
Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatut-
nya:
―Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.‖ [Surah al-Maidah, ayat 2]
Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran
mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.
Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas men-
gamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.
Sumber: HafizFirdaus.com
Disk
usi K
ita
Edisi Aidil Adha
12
HIWAR
Ahla
n W
asa
hla
n! You can
do it.
Hariz, 18
Farah, 20
Islam untuk
dunia.
Canon, 18
Chill, people!
Syira, 19 Syazaan, 18
To be the
best, beat the
rest!
Jangan mudah
kagum, jangan mu-
dah hairan, jangan
ambil mudah.
Albania, 19 Strive for the
best! Smile
always. :)
Bainnun, 19
Assalamualaikum,
semoga ceria selalu.
:P
Never put high
expectation!
Ceria selalu. :)
"..diwajibkan atas kalian jihad & ia tak
menyenangkan kalian & bahawa kalian
benci akan sesuatu padahal ia adalah
baik bagi kalian & boleh jadi kalian
menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi
kalian & Allah mengetahui & kalian tak
mengetahui.."
al-Baqarah (2:216)
Suhana, 19
Dian, 19
Tia, 19
May Allah bless us
always through out our
lives. Senyum sokmo!
13
Sa
na
h H
elwa
h !
4 Nov
20 Nov
30 Nov
12 Nov
28 Nov
14 Nov
Ima
Faulzan
Nafidz
Nurul
Auni
Hafiz
11 Nov
Isneen
Edisi Aidil Adha
24 Nov
Saifu
May Allah bless upon them, insyaAllah~
:)
14
HIWAR
AJ
K P
PIM
KS
C
Zaid Asmuni
Mohammad Hafiz
Halimatul Aris
Nadiah Balqis
Saifurrohman
Khadeejah
Haslina (Ima)
Naaszreen Jasman
Awang Syafiq
Awang Safwan
Syahaneez
Sadiq Al-Hamudy
Akram Hafiz
Faez Bakri
Mohammad Hafiz
Pengiran Nazrin
Akmal Hilmi
Wan Reza
Halimatul Aris
Lajnah Penerbitan
Lajnah Ekonomi
Lajnah Tarbiyyah
& Kebajikan
Lajnah Kegiatan Sukan
& Luar
Setiausaha
Nurul Afizah
Wan Reza
Bendahari
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
15
Edisi Aidil Adha
Wa
ktu
Sola
t
16