emb415_mohd aidil shahwal b. mat zuki_e30203120511

41
E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU] TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER KOD KURSUS EMB 415 NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKI NO. MATRIK E30203120511 NAMA FASILITATOR AKADEMIK WAN BUANAN B. WAN HUSSAIN PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUANTAN

Upload: aidilshahwal

Post on 12-May-2017

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

TUGASAN

JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS EMB 415

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKI

NO. MATRIK E30203120511

NAMA FASILITATOR

AKADEMIK

WAN BUANAN B. WAN HUSSAIN

PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUANTAN

Page 2: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA

SURAT

1. “Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah”

2 - 4

2. “Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan

Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen”

5 - 7

3. Rancangan Mengajar Harian

(Kemahiran Membaca)

8 - 14

4. Bahan Bantu Mengajar 15 -19

5. Refleksi 20 - 23

6. Lampiran 24 - 29

Page 3: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

“Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

Bahasa Melayu di Sekolah Rendah”

Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk

menjelaskan maksud bacaan. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan

maksud bacaan. Kemahiran membaca sebenarnya amat penting dalam setiap mata pelajaran

di sekolah rendah. Tatkala para guru di sogok dengan pelbagai kemahiran yang baru,

pengajaran kemahiran membaca amat penting dalam pembinaan pelbagai kecerdasan kepada

murid – murid. Kemahiran membaca telah diajar dan dipelajari sejak dari peringkat

prasekolah lagi. Pernyataan “Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah” adalah tidak betul dan saya

kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Asas kemahiran membaca sememangnya diperlukan di sekolah rendah. Murid –

murid telah didedahkan dengan kemahiran membaca sejak dari awal persekolahan lagi.

Kaedah – kaedah yang digunakan amat menepati kehendak dan kesinambungan pemerolehan

maklumat dari segi pembacaan. Terdapat beberapa kaedah mengajar membaca. Antaranya

ialah kaedah visual, audio dan kinestetik (VAK), kaedah Fernald dan kaedah Gillingham.

Kaedah VAK ini menggabungkan deria penglihatan , deria pendengaran dengan tulisan.

Murid – murid akan diajar dengan murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis

perkataan yang diingati oleh mereka semasa di dalam kelas. Proses ini akan diulang sehingga

semua murid boleh membaca dan juga menulis.

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua

kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan

mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan,

intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan

kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Kaedah ini bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid – murid dengan m,engenal huruf –

huruf terlebih dahulu dan seterusnya boleh menyebut serta membunyikan suku kata – suku

kata. Guru perlu pandai untuk menarik perhatian murid – murid dalam membaca. Kaedah

membaca secara didik hibur merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru bahasa

melayu di sekolah. Melalui kaedah ini, murid – murid dapat menonjolkan pelbagai kreativiti

dalam membaca.

Page 4: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Tumpuan dalam mengusai kemahiran membaca dikalangan murid dalam bahasa

melayu boleh juga ditingkatkan dengan menggunakan kaedah stesen. Sebagai contoh, guru

membuat beberapa stesen semasa pengajaran kemahiran membaca. Stesen – stesen tersebut

adalah berbeza dengan stesen yang ada. Guru boleh melakukan aktiviti stesen ini untuk

menggalakkan murid – murid untuk membaca. Stesen pertama murid hanya diperkenalkan

dengan huruf, stesen kedua pula murid – murid diminta untuk membunyikan huruf – huruf

tersebut secara berulang kali. Stesen yang ketiga, murid – murid menyebut suku kata terbuka

dan suku kata tertutup. Stesen yang keempat, murid menggabungkan beberapa suku kata

untuk menjadi perkataan yang bermakna dan stesen yang terakhir, murid diminta untuk

membacakan beberapa ayat tunggal yang mudah secara kuat dan jelas.

Kaedah ini amat memerlukan guru untuk membina keseronokkan mempelajari bahasa

melayu. Minat yang dibina akan lebih memudahkan kemahiran membaca ini dipelajari oleh

murid – murid. Setiap guru akan sentiasa memperbaharui teknik dan kaedah yang akan

digunakan untuk mengajar kemahiran membaca dikalangan murid – murid. Kaedah yang

digunakan untuk mengajar kemahiran membaca akan mempengaruhi minat murid – murid.

Sebagai seorang guru, saya berpendapat bahawa kaedah yang digunakan serta yang ada

sekarang amat dekat dengan murid – murid dalam mendalami kemahiran membaca. Kaedah

pembelajaran secara masteri juga dapat membantu murid – murid dalam menguasai

kemahiran membaca di sekolah rendah. Dalam kaedah pembalejaran masteri ini, murid –

murid diajar mengikut minat serta kecenderungan dalam menguasai kemahiran membaca.

Pengajaran dan pembelajaran melalui minat murid – murid akan lebih menyeronokkan dan

dapat membantu murid – murid menguasai kemahiran membaca. Pengajaran yang lebih

menumpukan kepada bunyi huruf – huruf juga akan dapat membantu murid – murid

menguasai kemahiran membaca.

Penggunaan kaedah bunyi atau lebih tepat lagi kaedah fonetik akan membantu murid

– murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih efisyen. Guru akan dapat mengenal

pasti tahap penguasaan murid – murid dalam berbahasa dan juga mengujarkan bahasa itu

sendiri. Kebolehan individu murid – murid tidak sama dan guru boleh membentuk beberapa

kumpulan kecil dalam membantu menguasai kemahiran membaca. Kumpulan yang akan

dibentuk merupakan kumpulan yang terdiri daripada murid – murid yang boleh menguasai

kemahiran kecil dengan cepat dan juga kumpulan yang sedikit penguasaan dalam sesebuah

kelas. Ini dapat membantu guru dan murid dalam membina aktiviti yang sesuai dan mudah

diaplikasikan di setiap kemahiran membaca. Oleh itu, tidak timbul isu bahawa guru tidak

Page 5: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca dalam bahasa melayu

disekolah rendah. Guru telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik mengajar yang

sesuai digunakan dalam mengajar kemahiran membaca di sekolah rendah. Justeru itu,

kepelbagaian kaedah mengajar kemahiran membaca dalam bahasa melayu amat penting

dalam membantu murid – murid yang lemah.

Saya pasti pasti semua guru yang mempunyai visi dan misi yang tersendiri akan

bersetuju bahawa kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar kemahiran membaca

tidak terabai begitu sahaja. Ini merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada pada

setiap diri seorang guru. Setiap kemahiran yang diajar kepada murid – murid memerlukan

kaedah serta teknik mengajar yang baik dan dapat menarik perhatian murid – murid dalam

menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran. Keterujaan murid – murid untuk

belajar bahasa melayu akan membuatkan gurunya akan lebih tersenyum dengan penerimaan

kaedah mengajar yang berkesan dan baik. Kaedah mengajar kemahiran membaca akan terus

berkembang mengikut peredaran masa dan akan terus digunakan disetiap sekolah dalam

mengajar bahasa melayu.

Page 6: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

“Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid Tahun Dua

Melalui Kaedah Stesen”

Dapatan daripada kajian yang dilampirkan serta sudah diteliti sepenuhnya oleh saya,

kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya

memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf murid – murid adalah sifar. Kajian ini

telah dilaksanakan di kalangan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Rasah Jaya berdasarkan

kepada keputusan akhir tahun semasa murid ini berada di tahun satu. Berdasarkan keputusan

akhir tahun 2004, mendapati 26 orang murid atau sebanyak 18 peratus keseluruhan murid

tahu satu ini gagal menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh.

Kajian ini telah mendapati bahawa murid – murid ini terbahagi kepada beberapa

kumpulan kecil yang mana majorotinya adalah daripada golongan berpendapatan rendah,

kurang pengetahuan dan juga murid yang menghadapi masalah keluarga. Kesinambungan

daripada kekurangan murid ini daripada beberapa segi, masalah kemahiran membaca

dikalangan murid begitu meruncing. Masalah kemahiran membaca berpunca daripada

keupayaan berfikir yang rendah, tidak dapat member tumpuan yang lama,tidak boleh

membaca perkataan yang melebihi dua suku kata dan juga tidak memahami apa yang dibaca

serta kemungkinan bacaan tersebut tidak bermakna.

Pelaksanaan kajian ini melibatkan 22 orang murid tahun dua Bestari yang mengambil

kira beberapa aspek utama iaitu mencakupi masalah membaca dikalangan murid – murid dan

dijalankan sepenuh masa selama tiga bulan. Permulaan rawatan pada kajian ini ialah dengan

menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Ini amat bersesuaian

dengan kumpulan sasaran yang lebih menjurus kepada kebolehan individu seseorang. Kajian

ini telah menggunakan kaedah stesen yang pelbagai sewaktu di dalam kelas. Terdapat empat

stesen yang digunakan semasa kajian ini dilaksanakan. Semua stesen ini menggunakan teknik

bacaan daripada mudah kepada susah. Tumpuan pada stesen 1 ialah gabungan antara dua

suku kata sahaja iaitu suku kata KV dan KVK.

Pada stesen 1 ini, murid – murid dikehendaki untuk mengeja dan menyebut suku kata

terbuka dan tertutup berdasarkan warna – warna pada kad yang telah disediakan. Penggunaan

tulisan berwarna amat penting bagi memudahkan murid – murid mengenal pasti dan

membezakan antara suku kata KV dan suku kata KVK. Contoh perkataan ialah jalan dan

bakul. Murid – murid dikehendaki untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan

tertutup berdasarkan pada warna – warna tulisan pada kad tersebut. Penggunaan tulisan yang

berwarna pada setiap perkataan adalah amat penting. Ia bertujuan bagi memudahkan

Page 7: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK.

Penggunaan warna ini juga memudahkan murid untuk mengeja dan membaca sesuatu

perkataan yang diberi serta secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid

membaca dengan lebih cepat.

Berikut pula aktiviti yang dilakukan pada stesen yang kedua. Pada stesen ini,

pengakaji telah menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan

KVK seperti (memasak, tembikai, permata dan membaca). Kad – kad ini masih lagi

menggunakan warna yang berbeza bagi memudahkan murid mengeja dan seterusnya

membaca kad perkataan tersebut. Stesen kedua ini merupakan stesen yang membolehkan

murid – murid membaca dengan lebih cepat dan merupakan satu ansur maju daripada stesen

pertama tadi. Pemerolehan maklumat daripada stesen pertama akan memudahkan murid –

murid untuk mengeja dan membaca kad – kad perkataan tersebut.

Bagi stesen yang seterusnya, pengkaji telah menyediakan kad – kad yang

mengandungi ayat tunggal yang mudah dibaca oleh murid – murid. Dalam melaksanakan

aktiviti ini pengkaji telah menggunkan dua langkah iaitu langkah pengukuhan dan pengayaan.

Dalam aktiviti pengukuhan, pengkaji telah meminta murid – murid untuk mengeja dan

membatangkan suku kata. Kemudian, murid – murid diminta untuk menyebut suku kata

berwarna dan membatangkan perkataan. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai langkah

pengukuhan bagi aktiviti – aktiviti sebelumnya. Seterusnya melalui aktiviti pengayaan,

pengkaji telah meminta murid – murid membaca terus ayat – ayat tunggal tersebut.

Kemudian, pengkaji akan bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap kefahaman

murid tentang ayat yang dibaca sebentar tadi. Melaui cara soal jawab ini, murid – murid akan

mempelajari dua kemahiran iaitu membaca dan memahami teks atau ayat tunggal tersebut.

Stesen yang terakhir dalam kajian ini ialah stesen yang keempat. Stesen ini

merupakan stesen dimana pengkaji telah menyedikan sebyah buku besar atau ‘ big book’.

Buku ini telah dibesarkan tulisannya yang mempunyai gambar – gambar yang berwarna dan

menarik. Ayat yang mudah difahami dan pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar

belakang. Terdapat beberapa aktiviti ang dijalankan sewaktu di stesen keempat ini. Antaranya

ialah menjana idea supaya pengkaji dapat mencungkil pengetahuan sedia ada murid – murid,

bacaan terus yang mana murid terus membaca ayat tersebut tanpa mengeja terlebih dahulu,

aktiviti pengukuhan dan juga penilaian. Setelah kesemua stesen di lakukan oleh murid yang

dibantu, ujian pos akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan murid –

murid tahun dua ini bertambah ataupun masih lagi di tahap yang sama sebelum melakukan

kaedah stesen ini.

Page 8: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Dapatan daripada analisis yang telah dibuat oleh pengkaji, dapat dilihat murid – murid

berjaya menguasai kemahiran daripada kaedah yang digunakan. Dapat dilihat daripada

keputusan ujian pra dan uiian pos mengalami banyak penambahbaikkan dari segi peratus

murid yang lemah kepada peratus murid yang lebih baik. Ini terbukti kaedah stesen atau

kaedah pembelajaran mengikut kebolehan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca kumpulan sasaran secara positif. Berdasarkan kepada kajian ini telah menunjukkan

bahawa kumpulan sasaran dapat mempelajari kemahiran membaca mengikut kebolehan

mereka tersendiri. Kajian nini juga dapat mengatasi masalah kemurungan murid – murid

sasaran ini semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Ini dapat meningkatkan

keyakinan murid – murid ini dalam melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang

dijalankan di dalam kelas.

Keyakinan yang ditunjukkan dalam setiap aktiviti yang disertai akan dapat membantu

guru melasanakan aktiviti yang lebih tersusun serta menyeronokkan. Guru juga dapat

membantu kumpulan sasaran ini dalam mambaca pelbagai bahan bacaan tidak kira dimana

sahaja dan juga apabila ketiadan guru di dalam kelas. Kekinan murid untuk berjaya akan

dapat membanu mereka dalam mengusai pelbagai lagi kemahiran yang akan di terapkan

kepada murid – murid sasaran ini.

Page 9: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA

MATA PELAJARAN           : Bahasa Malaysia

TARIKH                                 : 7 Februari 2014

MASA                                     : 8.45 – 9.45 pagi

TAHUN                                  : 2 Bestari

TEMA : Keluarga Harmoni

TAJUK : Hobi Mak Usu

BILANGAN MURID            : 7 orang  (3 perempuan / 4 lelaki )

FOKUS

Standard

Kandungan

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan

ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan

yang betul

Standard

Pembelajaran 2.2.2

Membaca dan memahami frasa dalam ayat

yang mengandungi perkataan dua atau tiga

suku kata, diftong, vokal berganding, digraf

dan konsonan bergabung dengan sebutan yang

betul

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

            1.         Membaca frasa yang mengandungi dua suku kata

atau lebih, diftong, vokal berganding dan konsonan

berganding dengan betul.

            2.        Membaca suku kata KVKV yang terdapat dalam seni

kata lagu.

Page 10: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

   

  SISTEM 

       BAHASA

Tatabahasa Kata Nama Khas

Sebutan dan intonasi Membaca ayat

Kosa kata .

KEMAHIRAN

BELAJAR

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Membaca

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Menulis

PENGISIAN

KURIKULUM

Ilmu

Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan

Muzik Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup

Nilai Rajin, Jujur, Tolong – menolong, kreatif

Kemahiran Bernilai

Tambah

Kemahiran Berfikir – KBKK ( menjana idea )

                                    menyusun mengikut

keutamaan

Belajar Cara Belajar – mendengar dengan telti /

bacaan mekanis / bacaan mentalis

        mencatat

Kecerdasan pelbagai – Kontekstual

                                         verbal linguistik,

muzik            

       

PENGETAHUAN

SEDIA ADA

MURID

Semua murid mempunyai hobi yang tersendiri

Page 11: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

BAHAN SUMBER

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

Bahan maujud

Media Cetakan

Media elektronik &

ICT

- Gambar

-  lembaran kerja / keratan poster

( Jigsaw Puzzle ).

 - cakera padat / komputer riba / videoklip.

PENEKANAN

KONSEP 5P

i.Penggabungjalinan

ii. Penyerapan

iii. Penilaian

iv. Pemulihan

v. Pengayaan

- Mendengar, bertutur, membaca, dan  

   menulis.

- Pendidikan Muzik, Pendidikan Sivik.

- Murid membaca lirik lagu dengan intonasi   

  yang betul , sebutan yang jelas dan gaya

  yang sesuai.

-Menulis perkataan berpandukan gambar

-Mengenalpasti dan menulis maklumat

LANGKAH /

MASA

HURAIAN HASIL

PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Page 12: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Set Induksi

( 5 minit )

1. Alunan muzik “Hobi

saya”

1. Guru mengedarkan lirik

lagu yang akan

dinyanyikan oleh murid

2. Murid diminta

Menghayati lirik tersebut

3. Guru dan murid

menyanyikan lagu tersebut

mengikut iringan muzik.

4. Guru dan murid

    bersoal jawab tentang

    lirik lagu tersebut

a)  Apakah yang kamu

dengar tadi ?

b)  Apakah hobi kamu

pada masa lapang?

Ilmu

          Pendidikan

Sivik, Pendidikan

Muzik

Nilai Murni

         Kreatif

KBT

         Kecerdasan

Pelbagai

Teknik

         soal jawab

BBM

         

. c)  siapa yang tiada hobi

sendiri?

d)  Kenapa kita perlu ada

hobi?

KBKK

Hubungkait

Perkembangan

Langkah 1

(15 minit)

1. Membaca petikan

dengan sebutan yang

jelas, intonasi yang

betul dan gaya yang

sesuai.

1.Guru tunjukkan slaid

Lirik lagu pada

Powerpoint.

2.Murid dibimbing oleh

guru  membaca lirik lagu

secara berkumpulan.

Ilmu

          Pendidikan

Seni Visual

Nilai Murni

          ketekunan

Page 13: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

slaid powerpoint

3.Murid dibimbing oleh

guru membaca lirik lagu

dengan sebutan dan

intonasi yang betul

mengikut tanda baca.

4.Murid secara bertiga-

tiga diminta membaca

lirik lagu dengan sebutan,

intonasi dan gaya

yang sesuai.

5. Guru meminta murid

Membaca perkataan KVKV

pada petikan lirik

lagu

KBT

         BCB

Bacaan mekanis

BBM

komputer riba,

skrin putih, slaid

powerpoint.

“HOBI SAYA”

Membaca , bertutur

juga menari,

Itulah hobi yang saya

gemari,

Masa lapang akan

terisi,

Dapat faedah diri

sendiri.

Masa lapang akan

terisi,

Dapat faedah diri

sendiri.

*ulang 2 kali

Page 14: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

LANGKAH /

MASA

HURAIAN HASIL

PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Langkah 2

(15 minit)

1.Membaca perkataan

KVKV, diftong, vokal

berganding dan konsonan

berganding

2. Menulis perkataan

KVKV, diftong, vokal

berganding dan konsonan

berganding.

1. Guru mengedarkan

    Lirik lagu “pesanan Pak

Usu”

2. Murid diminta oleh

    guru membacakan

perkataan yang berwarna

biru dan merah dalam

lirik tersebut.

3. Murid diminta oleh 

    guru menulis perkataan

    tersebut pada

    lembaran kerja yang

    diedarkan.

4. Guru membetulkan

    bacaan murid – murid

dalam sebutan dan juga

intonasi yang betul.

Ilmu

   Kajian Tempatan

Nilai Murni

    kreatif dan inovasi

KBT

   BCB

Bacaan Mentalis /

Kemahiran

menulis     

BBM

lembaran kerja

Langkah 3

( 7 minit )

Penilaian 1. Murid mengenalpasti dan

membaca 4-5 isi penting

yang terdapat dalam

petikan secara individu

dengan sebutan dan

intonasi yang betul.

Nilai Murni

          tekun

KBT- BCB

Bacaan intensif

BBM

Petikan

langkah 4

( 7 minit )

Pemulihan 1.Murid dibimbing

menyusun perkataan bagi

membetulkan struktur

KBKK-

menyusun

mengikut

Page 15: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

ayat.

2. Membaca semula ayat

yang disusun itu.

keutamaan

LANGKAH

/ MASA

HURAIAN HASIL

PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Penutup

( 4 minit )

1. Aktiviti didik hibur.

2. Komen dan rumusan

    daripada guru tentang

    pencapaian murid

    dalam aktiviti hari ini

1. Guru mempamerkan

slaid lirik “hobi saya” dan

juga “pesanan Pak Usu”.

2. Guru meminta murid

menyanyi dengan iringan

Muzik .

3. Guru memberi komen,

pendapat dan rumusan

tentang aktiviti murid.

Ilmu

    Pendidikan Muzik

Nilai Murni

    kreatif

Kecerdasan

pelbagai- Muzik     

BBM

cakera padat

muzik, komputer

riba, videoklip

Page 16: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

PETIKAN

Sebagai seorang anggota masyarakat, kita mempuyai

jiran-jiran di persekitaran rumah kita. Dari segi

fizikalnya jiran tetangga ialah orang yang paling hampir

dengan kita.  Hal ini kerana kita tinggal berjauhan

dengan keluarga kita, khususnya, terutamanya bagi kita

yang tinggal di bandar. Oleh itu, perlulah kita berbaik-

baik dengan jiran kita tanpa mengira bangsa, agama, dan

keturunan. Dengan adanya hubungan yang baik dan

kata sepakat  daripada jiran kita, sudah tentu

keharmonian sesama kita dapat diwujudkan. Lebih-lebih

lagi apabila dalam keadaan kecemasan kita amat

memerlukan pertolonganorang lain. Pendek kata, tanpa

jiran yang sepakat kehidupan kita dirasakan tidak

Page 17: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

sempurna, bak kata pepatah ``Jiran Sepakat

Membawa Berkat.

Pesanan Pak Usu

Buai laju-laju

Sampai pucuk nangka

Dengar kata Pak Usu

Taat ibu bapa

Buai laju-laju

Sampai pucuk rambai

Dengar kata Pak Usu

Tentu tidak cuai

Buai laju-laju

Sampai pucuk ara

Dengar kata Pak Usu

Page 18: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Hormat saudara-mara

( Irama "Buai Laju-laju )

“HOBI SAYA”

Membaca , bertutur juga menari,

Itulah hobi yang saya gemari,

Masa lapang akan terisi,

Dapat faedah diri sendiri.

Masa lapang akan terisi,

Dapat faedah diri sendiri.

*ulang 2 kali

Page 19: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Page 20: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Susun perkataan dan frasa di bawah supaya menjadi ayat yang betul.

1.  bersenam  /  Tahun Tiga Jaya  / Murid-murid  /  di padang

   _____________________________________________________________

2.  majlis perkahwinan  /  Suasana  /  sungguh  /  itu  /  meriah

   _____________________________________________________________

3.  Pertandingan  /  diadakan  /  di dewan  /  badminton  /  sekolah

 _____________________________________________________________

4.  Hari Krismas  /  menyambut  /  Penganut  /  agama Kristian

    ________________________________________________________

Page 21: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

5.  kebersihan  /  Kita  /  menjaga  /  perlu  /  alam sekitar

    _______________________________________________________

6.  pakaian tradisional  /  ialah  /  Ceongsam  /  orang Cina

    _______________________________________________________

REFLEKSI

Refleksi pada hari ini dibuat berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang telah

dijalankan pada tarikh 7 Februari 2014 bersamaan hari jumaat. Murid – murid yang terlibat

adalah dari kelas tahun 2 Bestari. Fokus murid adalah seramai 7 orang murid iaitu 3 orang

murid perempuan dan 4 orang murid lelaki.murid – murid 2 Bestari adalah kelas yang boleh

dikategorikan murid sederhana.

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini umpama hadiah kepada murid – murid. Ini

di sebabkan oleh kepelbagaian bahan bantu mengajar yang digunakan dan juga murid –

murid dapat berhibur di dalam kelas.

Pada permulaan pengajaran, murid – murid begitu pasif dan tidak dapat meramalkan

apa yang ingin diajar oleh saya. Apabila saya memperdengarkan lagu yang berjaya menarik

perhatian murid – murid. Murid – murid mula menunjukkan reaksi yang berbeza – beza. Ada

yang berdiri, melihat ke hadapan dan ada juga murid yang mengikut rentak lagu yang

dimainkan tadi. Saya memberhentikan seketika lagu yang dimainkan. Saya menanyakan

beberapa soalan kepada semua murid. Beberapa orang murid cuba untuk menjawab soalan

yang dilontarkan oleh guru. Kesemua jawapan diterima dengan baik oleh guru.

Saya memainkan semula lagu tadi dengan diiringi oleh beberapa orang murid.

Suasana kelas begitu gamat dengan nyanyian murid. Murid – murid bersemangat dalam

pengajaran pada hari ini. Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini masih baru kepada murid

– murid tetapi semua murid menunjukkan kesungguhan dalam menerima pengalaman baru.

Page 22: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

Murid – murid lebih yakin apabila guru menunjukkan seni kata lagu yang dimainkan tadi.

Masing – masing membaca lirik lagu tersebut secara individu. Saya membantu setiap murid

membaca lirik lagu tersebut. Kelas ini hanya mempunyai tujuh orang pelajar sahaja dan

sewaktu saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini terdapat tiga orang murid yang

tidak dapat hadir.

Set induksi pengajaran pada hari ini berjaya mencuri tumpuan murid – murid dalam

menunjukkan dan menarik minat murid – murid untuk mempelajari pembelajaran pada hari

ini. Penggunaan muzik berjaya mempengaruhi pergerakkan murid – muird dan juga keadaan

kelas terkawal kerana semua murid ingin mendengar setiap seni kat lagu yang

diperdengarkan oleh guru. Ini memudahkan bagi saya untuk meneruskan aktiviti yang

seterusnya dalam pengajaran pada hari ini. Murid – murid begitu teruja dalam aktiviti

pembelajaran pada hari ini. Setiap murid mula untuk memberikan pendapat mereka sendiri

dan ada juga yang cuba untuk menarik perhatian saya dengan memberi pendapat untuk

menolak pendapat rakan – rakan yang lain.

Pengajaran diteruskan dengan beberapa soalan mengenai tajuk pada hari ini. Setiap

murid memberi jawapan yang seakan – akan sama antara satu sama lain. Aktiviti yang

seterusnya murid – murid diberi peluang untuk membacakan seni kata lagu tersebut dengan

sebutan dan intonasi yang betul. Ada murid yang seakan – akan malu dan ada juga murid

yang begitu bersemangat dalam bacaan seni kata lagu.

Murid – murid diberikan satu lagi seni kata lagu yang berbeza daripada sebelumnya.

Dalam seni kata ini, saya telah membuat sedikit perbezaan dimana saya telah menggunakan

warna yang berbeza bagi perkataan yang mempunyai diftong, vokal berganding dan juga

suku kata terbuka dan tertutup. Ini bagi memudahkan murid – murid ini melafazkan atau

membaca dengan lebih baik mengikut sebutan dan intonasi yang betul. Kesemua murid diuji

dalam menyebut dan membacakan seni kata tersebut dengan kuat serta cepat. Terdapat murid

yang beberapa kali membacakan seni kata lagu ini dalam menarik minat saya membantunya

dari segi bacaan serta sebutan. Ini memperlihatkan keinginan murid – murid ini untuk

menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat dan efisyen. Matlamat aktiviti ini adalah

untuk mengetahui sejauh manakah penguasaan murid – murid dari segi pembentukkan

perkataan dan juga tatabahasa mereka.

Aktiviti diteruskan dengan membacakan suku kata KV yang telah saya sediakan

untuk murid – murid ini. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya perhatikan kepada

empat orang murid ini.ada yang cuba menyembunyikan mulut mereka daripada menyebut

suku kata tersebut. Seorang demi seorang membacakan suku kata tersebut sebelum

Page 23: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

menulisnya mengikut warna yang telah di tetapkan. Aktiviti ini berjaya menarik minat murid

untuk terus menumpukan perhatian kepada pengajaran saya dan juga dapat membantu murid

yang lemah menguasai kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.

Aktiviti diteruskan dengan membaca satu petikan yang telah dibina untuk murid –

murid yang mengandungi ayat tunggal dan juga ayat majmuk. Aktiviti ini adalah bertujuan

bagi mendapatkan minat murid untuk membaca bahan bacaan yang terdapat di sekolah

mahupun di rumah. Saya sengaja menggunakan petikan ini supaya dapat menilai

keberkesanan pengajaran saya pada hari ini. Aktiviti ini juga dapat membantu murid – murid

dalam membentuk kosa kata yang pelbagai dan juga dapat menambahkan pengetahuan sedia

ada mereka. Apabila selesai membaca petika tersebut, murid – murid diminta untuk mencari

beberapa perkataan atau isi penting yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemahiran

membaca murid – murid dapat dinilai dan dilihat melalui cara pembacaan dan juga cara

sebutan perkataan yang dilontarkan oleh mereka.

Dalam aktiviti pemulihan, murid – murid telah disediakan dengan soalan – soalan

mudah. Pada pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya telah menyediakan soalan yang

berbentuk mensun semula perkatan supaya menjadi struktur ayat yang betul. Murid – murid

membacakan setiap perkataan yang diberikan dan cuba untuk menmbina ayat yang betul. Sya

membantu murid – murid dalam mencari atau menyusun perkataan dengan sistem nombor.

Ini bagi memudahkan pencarian perkataan yang berada di tempat yang betul dan tepat. Akhir

sekali dlam pengajaran dan pembelajaran ini ditutup dengan menyayikan semla lagu tentang

“hobi saya” bersama – sama. Murid – murid begitu seronok dengan pembelajaran pada hari

ini. Saya dapat melihat semua murid bersa diri dihargai dan seronok untuk terus belajar pada

masa akan datang.

Saya dapati murid-murid  dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik

dan mudah memahami penerangan yang diberikan.  Murid-murid memberi respon dengan

menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji

pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan.  Walaupun saya dapati ada

beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya

faham kerana ketika itu pengajaran yang akan dipelajari merupakan sesuatu yang baru dan

juga menghiburkan..  Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan

memanggil mereka supaya memberi perhatian.

      Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan

pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan

lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti

Page 24: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid

yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat

dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa,

bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.

Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya

gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif  semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat

mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan

dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas.  Penggunaan kaedah

dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan

memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran

tanpa merasa jemu dan bosan.  Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Oleh yang demikian,  pemilihan terhadap

kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak

menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan

lebih berkesan.  Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai

potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan

dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat.  Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi

intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk

menjelaskan pengajarannya.

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini Berjaya membuatkan murid – murid

mempelajari sesuatu yang baru dan juga mengeluarkan kebolehan murid – murid dalam kelas

sederhana ini. Saya dapat rasakan aktiviti melalui didik hibur ini berjaya menarik perhatian

murid – murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan juga menghiburkan.

Objektif yang ingin saya capai pada hari ini berjaya dicapai dengan sebilangan murid – murid

tahun 2 bestari boleh memahami, mengingati, membaca, menyebut dan menulis perkataan

atau frasa dengan teknik yang betul.. Murid – murid juga sudah boleh menulis ayat – ayat

tunggal melalui penyusunan perkataan dalam sesi pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang saya

boleh kenal pasti. Antaranya ialah penggunaan komputer riba yang terlalu kecil untuk semua

murid. Ini kerana semua pemancar video digunakan oleh guru lain. Ini menjejaskan sedikit

pengajaran dan pembelajaran saya. Mungkin selepas ini perkara sebegini tidak akan berulang

lagi. Tahap pemikiran murid dalam kelas sederhana dan kekurangan murid juga kadang kala

menjadi punca objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat dicapai. Saya membuat

Page 25: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

pembaharuan dengan memberikan sedikit galakkan kepada murid – murid dengan

memberikan hadiah kepada murid yang paling menonjol dan juga kepada murid – murid yang

lain kerana telah berusaha dengan bersungguh – sungguh. Galakkan ini perlu untuk menarik

perhatian murid – murid kelas 2 bestari ini.

Diharapkan dengan pengajaran yang menggunakan kaedah membaca sambil berhibur

ini akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya semasa

didalam kelas. Saya akan memperbaiki kelemahan yang ada serta menambah beberapa

kaedah yang sesuai oleh murid – murid sederhana ini.

SET INDUKSI

Page 26: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 1

Page 27: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 2

Page 28: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 3

Page 29: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 4

Page 30: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]

AKTIVITI 5

Page 31: Emb415_mohd Aidil Shahwal b. Mat Zuki_e30203120511

E30203120511 [EMB415 PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU]