epp442 mohd aidil shahwal b. mat zuki e30203120511
DESCRIPTION
tugasanTRANSCRIPT
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
TUGASANJANUARI 2015 SEMESTER
KOD KURSUS EPP 442
NAMA KURSUS Penyelidikan dalam Bilik Darjah - II
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR MOHD AIDIL SHAHWAL B. MAT ZUKI
NO. MATRIK E30203120511
NAMA FASILITATOR AKADEMIK
EN. RAHIM B. MUSTAFFA
PUSAT PEMBELAJARAN
AeU KUANTAN
0
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BAB 1 : PENGENALAN 4-24
1.1 Pengenalan
1
Menyiasat masalah pertuturan dalam Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa
Melayu Tahun 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Lada, Chenor.
Mohd Aidil Shahwal B. Mat Zuki
E30203120511
Laporan Kertas Projek
2015
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Rasional Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Soalan Kajian
1.6 Signifikan Kajian
1.7 Limitasi Kajian
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 25-33
BAB 3 : METODOLOGI 34 - 40
3.1 Pengenalan
3.2 Sampel Kajian
3.3 Kaedah Kajian Tindakan
3.4 Perancangan dan Perlaksanaan Kajian
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
3.6 Teknik Mengambil Data
3.7 Rumusan
BAB 4 : ANALISIS DATA 41 -52
4.1 Pengenalan
4.2 Dapatan Kajian
4.3 Analisis Data Dan Interpretasi
4.4 Analisis Prestasi Pelajar Dalam Ujian Pra Dan Pasca
4.5 Proses Intervensi
4.6 Rumusan
BAB 5 : PERBINCANGAN 53 – 57
5.1 Pengenalan
2
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian
5.5 Implikasi Dapatan Kajian
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
5.7 Rumusan
RUJUKAN 58
LAMPIRAN 59
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud
kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa
3
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka
definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa. kemahiran bertutur boleh
ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental
yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. bagi
menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti
intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan
murah serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur
ini saling memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat
pendengaran, maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur. Kemahiran berbahasa juga
merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir
maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang
yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik. Kemahiran
membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu
boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman
– pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di
luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh
membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.
Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid – murid
sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik - baiknya
Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia berasa bimbang di atas
masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat
menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian
untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah program
LINUS yang dikhas bagi murid – murid Tahap 1 dan PROTIM bagi murid – murid tahap 2
yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Membaca adalah salah
satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga
merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga
bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang
motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992).
4
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk
menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu
”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang
hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang
sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut
perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan
seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
Setiapmurid perlu menguasai kemahiran membaca dalam menguasai kemahiran menulis.
Setiap perkataan yang diungkapkan akan mempengaruhi perubahan dinimikal seseorang
murid dalam menguasai kemahiran membaca dalam bahasa melayu.
Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam komunikasi lisan
terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar sebagai
penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu :
i. Bercakap untuk tujuan memaklumkan.
Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin
berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang
tugasnya memeberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu, misalnya,
guru atau pengajar dan jurujual
ii. Bercakap untuk keseronokkan
Di mana-mana sahaja kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau berbual
dengan orang lain. Biasanya, bercakap atau bersembang dengan orang lain memang
menyeronokkan kita, terutama apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam sesuatu majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri.
Dalam keadaan seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial, kadangkala kita
diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan
sesuatu majlis.
iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi.
5
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Bercakap untuk memengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia
dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi sosial, politik,
ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa pilihan raya
bertujuan untuk mempengaruhi rakyat, begitu juga pendakwah agama, peniaga dan
sebagainya.
Malahan, kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat perlu mempengaruhi orang lain
sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri, atau untuk kebaikkan kedua-
duanya.
iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah
Tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul
masalah, perkara tersebut perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada pada
peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara.
Walau pada peringkat apa pun masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikan
sebarang masalah, kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mengadakan
mesyuarat, perbincangan , perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan, misalnya
perbicaraan di mahkamah, iaitu perbicaraan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela
dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim. Tetapi semua pihak perlu
bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi-saksi). Matlamatnya adalah
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui perbicaraan tersebut. Pada
asasnya cara untuk menyelesaikan masalah itu adalah dengan bercakap melalui perbicaraan
mahkamah yang melibatkan peguam.
2.2.4 Aspek- Aspek Pertuturan.
Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek. Antara yang penting adalah sebutan intonasi,
tekanan, jeda, mora, dan sebagainya. Berikut diperlihatkan aspek- aspek tersebut secara
ringkas :
2.2.4.1 Sebutan.
6
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Sejak peringkat rendah lagi, pelajar telah diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku
kata, perkataan, rangkai kata, dan kalimat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek
tersebut. Semua ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat menyebut sesuatu dengan
tepat seperti yang sepatutnya. Mereka harus boleh menyebut sesuatu dengan betul mengikut
bunyi, ejaan dan makna. Biasanya, kesalahan menyebut sering berlaku dalam kalangan para
pelajar bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka.
Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu
bahasa. Dalam mana-mana bahasa di dunia ini terdapat dua cara penuturnya menyebut
sesuatu perkataan dalam bahasa itu, iaitu sebutan secara standard dan sebutan secara dialek.
Biasanya, dalam negara yang besar saiznya dan ramai bilangan penduduknya (seperti China,
Rusia dan India), sesuatu perkataan disebut menurut daerah dialek-dialek tersebut.
Sungguhpun saiz negara kita ini tidak begitu besar dibandingkan dengan negara yang
tersebut di atas, namun terdapat banyak dialek di Malaysia. Selain dialek atau bahasa daerah,
bahasa ibunda murid yang bukan berketurunan melayu juga boleh mempengaruhi sebutan
mereka apabila mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Misalnya: ikan dalam bahasa Melayu
baku disebut ike ( dialek Kelantan), ikang (dialek Terengganu)
Biasanya, murid-murid di Kelantan mengalami masalah sebutan baku. Guru boleh mengatasi
masalah tersebut melalui kaedah yang berikut :
a. Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah bagi murid- murid.
b. Menperdengarkan kepada murid model sebutan bahasa Melayu baku daripada radio,
televisyen dan sumber- sumber lain dengan kerap.
c. Menggalakkan dan memperbanyakkan latihan murid bercakap menggunakan sebutan baku
dalam situasi formal dan tidak formal, misalnya, di luar bilik darjah seperti di kantin dan di
padang permainan, dan semasa kegiatan kokurikulum di sekolah.
2.2.4.2 Tekanan.
Tekanan adalah salah satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan
tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya, tekanan itu dilakukan pada suku kata dan
bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan itu.
7
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna yang mungkin hanya
untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (misalnya dalam sajak) atau menandakan
tempat- tempat penting atau yang perlu diberikan perhatian.
Tekanan juga adalah tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan
menurut suku kata dalam sesuatu perkataan. Tekanan pada peringkat perkataan boleh
disamakan dengan rentak dalam muzik iaitu apabila tekanan itu berubah dari satu perkataan
kepada satu perkataan yang lain.
Dalam bahasa Melayu, aspek tekanan bagi peringkat perkataan (antara suku katanya) kurang
ketara jika dibandingkan dengan peranan tekanan sesuatu suku kata bagi perkataan bahasa
Inggeris. Walau bagaimanapun, tekanan memainkan peranan penting dalam menyebut
sesuatu perkataan atau ayat kerana tekanan menguatkan aspek makna dalam konteks ayat.
2.2.4.3 Jeda.
Jeda biasanya disebut juga sebagai persendian iaitu unsur ini digunakan untuk memisahkan
elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang
diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ditandai /#/, dan apabila
digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Contoh penggunaan jeda adalah
seperti berikut :
/#saja minum susu lembu#/
(maksudnya : orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu yang lain).
/#saja minum susu # lembu #/
(maksudnya: orang yang bercakap itu memanggil orang yang dilawan bercakap itu sebagai
lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan biasanya
digunakan seperti ini /+/. Dalam bahasa Melayu, lambang ini boleh membezakan makna.
8
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Misalnya, perkataan- perkatan yang berikut:
a. Berikan 1. Ber + ikan (maksud : mempunyai ikan)
2. berikan (maksud : menyerahkan)
b. Beritahu 1. Beri + tahu (maksud : memberi sejenis makanan)
2. beritahu (maksud : member pengetahuan)
2.2.4.4 Intonasi.
Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan.
Kadang-kala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak
sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menurun, boleh
menaik, boleh mendatar, boleh meninggi dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai
intonasi yang menaik pada akhir ayat. Ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.
2.2.4.5 Tatabahasa.
Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang- undang yang menggabungkan
perkataan untuk membentuk ayat- ayat. Peraturan atau undang-undang ini mempunyai
kaedah dan formula tertentu.
Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Dalam bahasa
pertuturan (lisan), walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi
untuk memperoleh kebiasaan bertutur dan bercakap dengan sempurna dan berkesan, aspek
ini haruslah ditekankan. Seseorang pelajar harus dipastikan boleh bercakap mengikut
tatabahasa yang betul.
Dari segi fonologi, pelajar harus boleh membunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat.
Dari segi morfologi, mereka harus boleh memilih, membina, dan menggunakan perkataan
dengan tepat dan betul. Dari segi sintaksis pula, mereka perlulah boleh membina ayat-ayat
dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan,
jeda, gaya dan sebagainya harus sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
9
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
2.2.4.6 Kelancaran.
Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
Seseorang pelajar itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa
percakapan itu berlangsung.
Dia boleh mengeluarkan idea, pendapat dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea,
pandangan dan pendapat tersebut dalam bahasa yang kemas, licin dan teratur.
2.2.4.7 Kefasihan.
Kefasihan beerti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan licin,
tetapi boleh juga membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara
tepat dan jelas. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kesempurnaan berbahasa. Ia
boleh menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati bahasa tersebut.
2.2.4.8 Laras Bahasa.
Laras bahasa dalam konteks ini beerti kemampuan menggunakan bahasa itu dalam berbagai-
bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuan utama melatih pelajar menggunakan
bahasa mengikut laras-larasnya yang betul adalah untuk membolehkan mereka
menggunakan bahasa itu untuk tujuan berkomunikasi secara tepat dan dapat digunakan
dalam konteks yang sesuai. Penggunaan bahasa diberi keutamaan di samping kegunaannya.
Laras yang berkaitan dengan kemahiran bertutur ini adalah laras bahasa lisan. Konsep laras
telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik Barat yang bernama Reid pada tahun 1956.
Antara lain beliau menjelaskan bahawa seseorang penutur dalam situasi bahasa yang
berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Dalam erti
kata yang lain, penutur itu akan menggunakan laras yang distingtif. Reid telah menggunakan
konsep ini sebagai istilah teknik untuk menyatakan perbezaan perlakuan bahasa seseorang
individu.
Laras lisan lebih bersifat sederhana serta kurang mematuhi peraturan-peraturan nahu seperti
yang dimestikan dalam gaya bahasa tulisan. Ayat-ayat adalah pendek, ringkas dan
10
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
penggunaanya amat bergantung kepada intonasi, jeda, tekanan, nada dan sebagainya. Ciri-
ciri paralinguistik yang melibatkan gerak-geri badan juga adalah penting untuk
menyampaikan maksud atau makna tertentu.
Za’ba membahagikan bahasa lisan kepada dua jenis, iaitu gaya cakap mulut dan gaya bahasa
pasar. Kedua- duanya mempunyai perbezaan. Gaya cakap mulut digunakan apabila orang
Melayu bercakap sesama sendiri.
Bahasa cakap mulut yang digunakan biasanya mempunyai susunan yang ringkas, mudah,
pendek dan kadang- kala terdapat beberapa perkataan yang tidak terdapat dalam bahasa
Melayu tulisan. Selain itu, gaya bahasa cakap mulut banyak menggunakan singkatan seperti
tak, nak, dah, ni, tu, yang kata penuhnya terdiri daripada kata tidak, hendak, sudah, ini, dan
itu.
Gaya bahasa pasar Melayu pula ialah bentuk bahasa yang digunakan apabila orang Melayu
bertutur dengan bangsa asing. Gaya bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi ialah gaya
kacukan, iaitu yang mengikut gaya mirip kepada susuk dan telor pengucapan bahasa asing.
Gaya bahasa juga boleh berdasarkan nada yang telah dikenal pasti oleh Gorys Keraf (1981)
dalam tiga gaya bahasa, iaitu gaya yang sederhana, gaya yang mulia dan bertenaga dan gaya
menengah :
a) Gaya yang sederhana.
Gaya yang digunakan untuk memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah dan
sebagainya. Ciri-ciri utama gaya ini adalah sifat kesederhanaan yang berdasarkan tujuan
untuk menyampaikan maklumat, bahasa untuk menyentuh perasaan atau menghasilkan
suasana tertentu.
b) Gaya yang mulia dan bertenaga
Gaya bahasa ini bertujuan menggerakkan pendengar atau pembaca ke arah sesuatu tindakan.
Oleh itu, gaya ini menekankan aspek tenaga yang ada pada bahasa melalui pilihan atau
susunan kata-kata tertentu. Gaya sebegini juga sering menggunakan nada agung dan
kemuliaan.
11
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
c) Gaya menengah
Gaya menengah ialah gaya yang diarah kepada usaha untuk menimbulkan suasana tenang
dan damai. Nada yang bersifat lemah- lembut, penuh kasih sayang dan mengandungi unsur-
unsur lucu yang sihat. Anatara situasi yang menimbulkan penggunaan gaya menengah ialah
situasi berpesta dan rekreasi.
2.2.4.9 Panjang dan pendek (mora)
Panjang dan pendek sebutan atau ucapan adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.
Konsepnya adalah sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas
dalam bahasa Melayu dan sekiranya ada pun tetap tidak membezakan makna.
Penggunaan unsur mora agak jelas dalam bahasa Inggeris, misalnya:
pendek makna panjang makna
/sit/ sit duduk /si:t/ set tempat duduk
/fit/ fit sesuai /ft:tt/feet kaki
/hit/ hit pukul /hi:t/ heat hangat(haba)
/ful/ full penuh /fu:l/ fool bodoh
2.2.4.10 Nada
Nada ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku
kata itu dilafazkan. Dalam bidang muzik umpamanya, terdapat lapan nada, iaitu Do, Re, Mi,
Fa, So, La, Ti, Do. Setiap nada tersebut mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu,
nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina. Misalnya, ma
dalam bahasa itu boleh bermaksud emak, atau kuda, atau jerami, atau marah. Ini semua
bergantung kepada cara yang dilafazkan.
2.2.5 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan
12
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya
adalah seperti berikut :
2.2.5.1 Umur
Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Kanak-kanak bertutur secara pelat dan tidak
lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan butir-butir pertuturan
dapat difahami dengan jelas.
2.2.5.2 Alam sekeliling.
Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi pertuturan seseorang individu
ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masing-masing. Sebagai
contoh, pelajar yang tinggal di Kelantan akan bertutur dalam dialek Kelantan kerana sejak
kecil mereka telah diajar dan diasuh dengan dialek kawasan tersebut. Biasanya faktor taraf
sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-
kanak.
2.2.5.3 Fizikal.
Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vocal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka sudah
pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal dapat
mempengaruhi pertuturan sesorang.
Hal ini kerana, jika seseorang individu itu mengalami kecacatan di bahagian mulut atau
hidung, mereka tidak dapat bertutur dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan
sukar difahami oleh orang lain.
2.2.5.4 Jantina
13
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya bertutur
dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur dengan sopan
dan lemah lembut. Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak perempuan terlebih
dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini disebabkan oleh
perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan
mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
2.2.5.5 Kesihatan.
Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar. Jika
seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan
tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai contoh, pesakit strok
atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan baik kerana kesihatan
mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap.
Hal ini akan menyebabkabkan halangan dalam komunikasi. Selain itu, jika seorang
kanak-kanak mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka
akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan
untuk berfikir dan bercakap.
2.2.5.6 Kecerdasan.
Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai kecerdasan otak
masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui pertuturan mereka. Sesorang
yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas serta dapat menyelesaikan
sesuatu masalah dengan cepat dan betul. Sekiranya seseorang itu bertutur tanpa apa -apa
maklumat yang ingin disampaikan, mereka digolongkan dalam kalangan orang yang kurang
cerdas.
2.2.6 Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur.
Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
14
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah
dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari berperingkat-peringkat. Peringkat
kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga seperti yang ditunjukkan pada rajah berikut :
2.2.6.1 Peringkat Awal.
Pada peringkat awal, pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang hal-hal yang
berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya seperti bertanya khabar
serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut. Seseorang guru pula
haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan
bertatasusila. Pada peringkat ini juga, seseorang guru haruslah bercakap dengan terus terang
dan ikhlas terhadap pelajar mereka tentang sesuatu perkara.
2.2.6.2 Peringkat Pertengahan.
Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu
objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-
gambar bersiri kepada murid-murid tersebut. Selain itu, pada peringkat ini juga guru akan
mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid tersebut.
Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian
dalam aktiviti perbualan yang mudah. Kemudian, pelajar yang lain akan memberi komen
secara mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap sesebuah
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
2.2.6.3 Peringkat Maju.
Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau
inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat atau cadangan
serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat.
15
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial seharian, perbincangan untuk
mendapatkan kata sepakat merupakan contoh pertuturan peringkat maju. Selain itu, pada
peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan
keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang dibuat. Pelajar
juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi respon
peribadi tentang karya sastera ataupun tentang sesuatu perkara.
2.2.7 Jenis-jenis Aktiviti Bertutur.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu seperti
berikut :
Berbual
Berceramah
Bercerita
Berpidato
Berpuisi
Berbincang
2.2.9 Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan
tersebut seperti cadangan yang berikut:
a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan
1. Murid menyampaikan cerita.
2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
16
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
4. Murid menyanyi.
5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid
berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa
dan ingin berkenalan.
6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru.
7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang
datang mengajar di kelas mereka.
8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah dibacakan
oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.
b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.
1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang cara
membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak sesuatu
masakan.
3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya, tentang
rancangan atau jadual kokurikulum.
4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan sesuatu
projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring
atau bola keranjang.
5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan di
sekolah.
6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan
berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah kerja
kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk mencari bahan yang berkaitan dengan
subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei.
c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.
1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau
pembangkang.
2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.
3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu persatuan yang
17
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
diwakilinya di sekolah.
4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau mencuba
sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun pencuci, berus gigi,
pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.
d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.
1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih oleh guru
eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang
kes kecurian buku atau wang di bilik darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta
benda sekolah atau mencalarkan kereta guru.
2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang
melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah, membeli
bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan sebagainya.
Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur dan
membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat,
perbincangan atau forum adalah terhad.
3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu perbicaraan.
Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid. Amat
baik sekiranya guru mengadakan simulasi perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan
menjadikan kelas itu sebagai mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela,
pendakwa dan orang yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon
sebagai saksi, pegawai polis dan juri.
4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka
menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang mempunyai masalah
pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang masalah tersebut dan mencari jalan
untuk mengatasinya.
5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga yang cuba
mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan cara berunding supaya
18
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
kedu- duanya berbaik semula.
6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu parti
pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh menjadi Tuan Pengerusi
(Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin masalah pendatang haram atau
masalah penyalahgunaan dadah.
RASIONAL KAJIAN
Komunikasi ialah satu proses di mana informasi dipindahkan di antara dua atau lebih
individu. Komunikasi melibatkan mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada disengaja
atau tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang mengenai emosi atau
fisiologi seseorang (Dunst, Lowe & Bartholomew 1990). Komunikasi melibatkan dua hala
iaitu orang yang memberi isyarat dan orang yang mentafsir isyarat. Komunikasi mempunyai
dua bentuk iaitu, lisan dan bukan lisan. Terdapat empat elemen dalam proses komunikasi
iaitu penutur mesej, penerima mesej, hasrat bersama untuk komunikasi dan kaedah untuk
berkomunikasi.
Komunikasi boleh dilakukan dalam tiga bentuk iaitu auditori dengan menggunakan
alat artikulasi seperti lidah, bibir, gusi, lelangit dan sebagainya. Kemudian, boleh
ditayangkan melalui visual grafik iaitu menggunakan gambar-gambar ataupun video. Yang
ketiga melaluivisual gestural iaitu menggunakan pergerakan badan dan muka ataupun
bahasa badan.
Manakala, bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk
berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I & Orlansky,
M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan manusia untuk
memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk
membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala, menurut Bloom &
Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk menggerakkan idea dan
pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita menggenalkan sesuatu objek, peristiwa
atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula.
19
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Bagi ahli linguistik pula, definisi bahasa haruslah ditinjau dari sudut struktur dan
fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system lambing
pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung
dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu adalah pertuturan. Ini
bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa 85% daripada bahasa
digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa juga, tetapi dianggap sebagai
secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu
pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan, rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian,
tekanan, nada dan sebagainya yang tidak tergambar secara jelas melalui tulisan. Dengan
demikian, kajian bahasa menjadikan pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan
bertulis.
Pertuturan pula ialah tingkah laku untuk menghasilkan kod bahasa dengan membuat
bentuk bunyi vokal yang sesuai (Hubbell, 1985;, Howard, W.L, 1996). Suara pertuturan
dihasilkan daripada empat produk melalui proses yang berkaitan iaitu pernafasan, bunyi,
resonasi dan juga artikulasi.
Dalam kajian penyelidikan yang akan saya lakukan ini adalah bertujuan dalam
membantu murid sekolah kurang murid (SKM) menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa
melayu. Kajian ini juga adalah untuk mempertingkatkan keberhasilan program – program
yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu murid menguasai emahiran
membaca, menulis, mengira dan juga menaakul. Cadangan kajian ini juga adalah untuk
membantu diri saya dalam membina satu pengajaran yang bermakna dan juga menarik
semasa di dalam kelas.
Kajian ini juga akan di jalankan bagi mengenalpasti beberapa faktor yang
menyebabkan murid di sekolah ini mengalami masalah pertuturan. Kajian ini mengcakupi
beberapa faktor utama seperti faktor persekitaran, ibu bapa dan juga faktor pengaruh
penggunaan bahan elektronik. Membaca merupakan kemahiran yang amat penting kepada
murid – murid. Perubahan idealogi – idealogi dalam sistem pendidikan negara kita
memerlukan kesempurnaan dlam menguasai kemahiran membaca dalam bahasa melayu.
Kajian ini juga akan dapat mengenal pasti masalah yang sering berlaku kepadamurid –
mmurid semasa ingin membaca bahan bacaan bahasa melayu. Bahasa berperanan penting
dalam kehidupan manusia. Manusia menggunakan bahasa untuk pelbagai tujuan, seperti
20
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
untuk perhubungan, berkomunikasi, menyatakan pendapat, mendapatkan maklumat,
meluahkan perasaan dan berhibur.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :
1. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bertutur.
2. Membina bahan PdP yang boleh membantu murid dalam menguasai kemahiran bertutur.
3. Mengurangkan murid LINUS tegar di sekolah.
4. Menambahbaik kaedah dan strategi pengajaran guru.
5. Membantu murid dalam bertutur dengan lancar.
Setiap objektif kajian yang akan di capai dalam kajian ini merupakan satu langkah
besar dalam memastikan bahasa melayu terus unggul dan di pelajari oleh bangsa – bangsa
lain. Murid – murid sekolah rendah merupakan permata yang perlu sentiasa digilap dalam
memberi sinaran yang berterusan. Objektif – objektif kajian yang di rangka ini adalah untuk
memantapkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat. Hasil daripada kajian ini akan
juga dapat menunjukkan perbezaan antara murid yang lemah dalam bertutur dengan murid
yang dapat menguasai kemahiran bertutur ini. Murid di sekolah rendah memerlukan satu
pendekatan yang unik dan menyeronokkan.
Objektif dalam kajian ini juga akan membuktikan bahawa masih terdapatnya lagi
murid yang pelat atau kurang fasih semasa bercakap dalam bahasa melayu. Kemahiran
bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek), jeda
(persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa yang sesuai.
Kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut
dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah,
bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.
Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar
pada peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu.
Hal ini kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.
21
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:
1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid
Tahun Satu
2 Mengukur kesan kaedah “Nyanyian Suku Kata”, “Cantumkan Saya” dan Latih Tubi
Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid
Tahun Satu.
3 Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.
4. Apakah faktor yang mempengaruhi masalah bertutur murid sekolah rendah?
22
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini amat penting dalam mengenal pasti penguasaan aspek komunikasi
lisan dan bukan lisan dalam kalangan guru Aspek komunikasi lisan seperti intonasi suara,
kejelasan sebutan dan kelancaran guru semasa penyampaian pengajaran merupakan elemen
penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek komunikasi lisan dan bukan
lisan amat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Gabungan
kedua-dua aspek komunikasi lisan dan bukan lisan amat mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Hal yang demikian ini kerana penguasaan
terhadap kandungan sesuatu mata pelajaran sahaja tidak dapat menjamin kejayaan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Hasil kajian ini juga dapat membantu mempertingkatkan penguasaan murid dalam
bertutur. Setiap hasil kajian ini dapat membantu para guru mengenal pasti murid yang
mempunyai masalah pertuturan sejak dari prasekolah lagi. Ini supaya guru lebih bersedia dan
menjalankan beberapa ujian dan strategi pengajaran yang dapat membantu murid ini
menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa melayu. Kajian ini juga bertujuan memberi
keyakinan kepada murid pelat atau masalah pertuturan ini supaya terus belajar dan tidak
memencilkan diri semasa di dalam kelas. Kajian ini bukan sahaja untuk guru tetapi juga
untuk ibu bapa serta pihak sekolah dalam mempraktikkan beberapa instrumen dalam
membantu murid –murid pelat atau masalah pertuturan ini. Kemahiran membaca merupakan
kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai
oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada
kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini perlu
diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran
lain.
23
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
LIMITASI KAJIAN
Terdapat beberapa batasan dalam kajian yang akan saya lakukan ini. Antaranya ialah
kekangan masa bersama dengan murid semasa di dalam kelas. Masalah ini adalah di
sebabkan proses pengajaran dan pembelajaran perlu di laksanakan dan saya tidak dapat
memperuntukkan masa yang sesuai untuk membuat kajian ini. Ketiadan guru di sekolah
kerana mengikuti program – program yang perlu diikuti di PPD juga adalah menjadi sebab
utama menjadi batasan dalam kajian ini.
Masa yang terlalu singkat mungkin akan menyebabkan kajian ini akan ditumpukan
hanya kepada seorang murid sahaja. Batasan kajian yang seterusnya pula ialah disebabkan
kehadiran murid ke sekolah. Munkin apabila guru ingin membuat atau mengumpulkan data,
ada murid yang tidak hadir ke sekolah dan mungkin ini akan menyebabkan dapatan kajian
mungkin akan tidak lengkap dan sempurna. Snow et al. (1998) telah mendapati bahawa
kanak-kanak yang kurang mendapat pendedahan akademik lebih cenderung untuk
menghadapi masalah membaca. Pencapaian yang memuaskan dalam kemahiran membaca
bergantung kepada berapa banyak dan bilakah pendedahan terhadap pembacaan dimulakan
terhadap kanakkanak tersebut.
Aspek yang dikaji hanyalah menumpukan kepada kemahiran membaca dalam bahasa
melayu sahaja. Ia tidak melibatkan mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains dan juga Bahasa Arab. Kajian ini juga hanya akan dijalankan di waktu sekolah sahaja
dan di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sahaja.
24
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN
Menurut American Psychiatric Association (2002), masalah pertuturan yang
disebabkan oleh faktor organik juga adalah termasuk kehilangan pendengaran, sumbing,
bentuk gigi yang tidak sempurna (dental malformation) dan juga ketumbuhan. Kecacatan
otak pula berkait dengan kerosakan saraf yang seterusnya boleh menyebabkan masalah
pertuturan seperti apraksia dan dysatria. Masalah artikulasi dan fonologi boleh berbeza di
antara individu bergantung kepada bahagian mana yang mempunyai masalah. Masalah
artikulasi didefinisikan sebagai masalah yang mengganggu sistem dalam sesuatu bahasa.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 10% daripada kanak-kanak
prasekolah mengalami masalah artikulasi (ASHA, 2002). Kebolehan sebutan menggunakan
kod bunyi yang jelas dan betul bergantung kepada beberapa pembolehubah iaitu umur
murid, sejarah perkembangan, kemahiran „oralmotor‟ dan persekitaran.
Sebutan didefinisikan sebagai aksi atau cara menyebut suku kata, perkataan dan
ungkapan - ugkapan mengenai pengeluaran bunyi-bunyi dan penempatan tekanan, intonasi
dan sabagainya (Schell dan Martins, 2006). Bahasa merupakan unsur penting dalam
komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod
simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan
susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula
komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara
bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan sillaturrahim antara manusia
dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh
biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar,
mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang
guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu
mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak
sesi pengajarannya pasti membosankan. Che Su dan Mohd Fo’ad (1993), mengatakan untuk
25
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti
pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.
Gibson & Lewin (1975) telah mengenalpasti bahawa huruf dipelajari dengan
mengenali ciri-ciri spatial yang tertentu. Dalam kes ini, guru-guru sangat berperanan dalam
membantu kanak-kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara
visual dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti buku huruf dan penggunaan kad
huruf. Berdasarkan Teori Pembelajaran Semasa (Adams 1990), adalah lebih baik untuk
memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu berbanding huruf kecil kepada kanak-kanak,
dan memperkenalkan beberapa huruf pada satu-satu masa berbanding banyak huruf bagi
meningkatkan penguasaan pengetahuan mereka terhadap bunyi dan huruf. Pendapat ini
disokong oleh Rosner & Rosner (1990) bahawa memperkenalkan huruf-huruf manuskrip kes
rendah (huruf kecil) pada tahap skala persepsi visual yang tidak sesuai di samping
penggunaan “mnemonic” yang tidak efektif serta kesalahan konsep pengecaman yang
diamalkan oleh kanak-kanak tersebut ketika mempelajari huruf buat
kali pertama boleh memberi kesan fenomena huruf terbalik.
Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanupulasikan
pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya seperti
ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan
alternatif b kepada huruf p yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan
huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering
didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan huruf q
(Higgins et al. 1996). Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal
lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan
yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh
mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu
tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah
satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep
intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf
– huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada
bunyi – bunyi yang mempunyai makna. Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan
satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis. Daripada
definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca
26
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang
kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan
penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ),
kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas,
menyebut bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula
memindahkan
lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah
dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua
kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar
membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini
boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak juga sebenarnya mempunyai pengalaman dan
pengaruh kegemaran tersendiri terhadap sistem simbol seperti cetakan huruf, nombor,
geometri dan sebagainya (Haensly & Lee 2000). Terdapat masa-masa tertentu pada awal
usia kanak-kanak untuk mereka mula belajar mengenal huruf dan seterusnya membaca.
Kesediaan untuk membaca mengambilkira tahap kematangan fizikal dan neurologikal untuk
memudahkan kanak-kanak tersebut memahami arahan bagi melicinkan proses pembelajaran.
Sebarang pengalaman pada usia awal kanak-kanak yang melibatkan proses pembelajaran
mungkin boleh menjejaskan perkembangan membaca (Peachey & Howell 1990). Kanak-
kanak dengan usia yang lebih muda sebenarnya memerlukan pendekatan pengajaran yang
berlainan berbanding kanak-kanak yang lebih dewasa. Aktiviti-aktiviti yang memberikan
pendedahan dan pengalaman yang bermakna dari segi akademik mesti diutamakan.
Snow et al. (1998) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang kurang mendapat pendedahan
akademik lebih cenderung untuk menghadapi masalah membaca. Pencapaian yang
memuaskan dalam kemahiran membaca bergantung kepada berapa banyak dan bilakah
pendedahan terhadap pembacaan dimulakan terhadap kanakkanak tersebut. Waktu
pendedahan adalah pelbagai iaitu 4 tahun, 5 tahun atau ketika kanak-kanak tersebut
mengikuti kelas pra-sekolah iaitu 6 tahun.
Menurut Mohd. Safar dan Fatimah (1988) komunikasi lisan dan bukan lisan perlu
dianggap sebagai satu unit yang lengkap, tidak terpisah dan kedua-duanya akan sentiasa
bersepadu antara satu sama lain untuk menyampaikan sesuatu mesej. Justeru itu, dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lou E. Burmeister (1978),
seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El Paso, dalam Improving Speed of
27
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Comprehension in Reading menghuraikan tentang Aspek Mekanis Membaca dengan
melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana mata seseorang bergerak ketika mereka
membaca? Apakah mata tersebut bergerak dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor
burung yang sedang terbang atau menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau
apakah mata bergerak, berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi?
Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang menurut
pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa – bila masa dalam kelas pengajaran
bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan mata seseorang ketika dia
sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak dengan lembut? Jika mata tersebut
bergerak dengan lembut, maka dapat dipastikan bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou
E. Burmeister.
Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu
saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata) hanya
dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti bergerak, atau
terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada satu frasa, maka barulah si
pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra visual. Berikutnya, jika memang
dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian berhenti lagi jika si pembaca ingin
mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan kata lain, dalam membaca mata seorang
pembaca haruslah berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia
menginginkan memahami apa yang dibacanya. Raja Masittah Raja Ariffin and Siti
Saniah Abu Bakar (2012) telah mengkaji isu-isu dan cabaran-cabaran yang dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk penutur asing menurut perspektif
pelajar. Mereka melihat bagaimana penutur bukan jati Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian
Asia Timur di Hankuk University, Korea mempelajari Bahasa Melayu serta memfokuskan
kepada sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini. Kajian ini mendapati pelajar
dari Korea tidak mempunyai masalah besar dalam memperlajari Bahasa Melayu, tetapi
mereka tidak mampu menghasilkan sebutan seperti penutur jati Bahasa Melayu.
Satu lagi kajian yang berkaitan dengan kajian ini ialah Nik Mohd Rahimi, Harun
Baharudin, Ghazali Yusri, Kamarul Shukri Mat Teh, dan Mohamed Amin Embi (2010).
Mereka mengkaji mengenai sebutan Bahasa Arab oleh penutur jati Bahasa Melayu dan
membandingkannya dengan sebutan penutur jati Bahasa Arab. Kajian ini menyimpulkan
bahawa terdapat banyak pengaruh pelat Bahasa Melayu yang menyebabkan penutur jati
Bahasa Melayu tidak dapat menghasilkan sebutan Bahasa Arab seperti penutur jati Bahasa
28
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Arab. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai
keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang
grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya
(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup
untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses
yang kompleks.
Kemahiran membaca itu bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama
pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk
dengan cara yang tersusun dan berkesan. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk
meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina Kamal, 2007). Menurut Mohd. Safar dan
Fatimah (1988) komunikasi lisan dan bukan lisan perlu dianggap sebagai satu unit yang
lengkap, tidak terpisah dan kedua-duanya akan sentiasa bersepadu antara satu sama lain
untuk menyampaikan sesuatu mesej. Justeru itu, dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran, seorang guru seharusnya menggabungjalinkan kedua-dua jenis komunikasi
lisan dan bukan lisan ini secara berkesan. Dalam perkembangan fizikal dan mental sepanjang
zaman pra-sekolah, kanak-kanak biasanya mengalami kekeliruan huruf (Rosner & Rosner
1990). Kekeliruan tersebut biasanya hilang secara beransur-ansur bila melangkah ke alam
persekolahan. Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu belajar
untukmembaca dan membaca untuk belajar (Barnard et al.1996).
Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi
masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur sembilan tahun
di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (U.S.
Department of Education, 1998). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran
membaca di peringkat prasekolah akan berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat
dewasa dan seterusnya (Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992;
Roth,
Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bishop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris,
Harkness & Nye, 1998). Walaupun penguasaan bahasa adalah secara beransur - ansur,
kanak-kanak akan mengikuti bakat serta ritme perkembangan yang dialami. Akan tetapi
perkembangan tersebut akan dipengaruhi oleh masalah serta ada beberapa pendapat
tentang fungsi bahasa :
29
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
a.William Stern dan Clara Stern
Ia berpendapat ada 3 fungsi bahasa bagi seseorang :
1. Aspek ekspresi = menyatakan kehendak dan pengalaman jiwa.
2. Aspek sosial = untuk mengadakan komunikasi dengan orang lain.
3. Aspek intensional = berfungsi untuk menunjukkan atau membanggakan sesuatu.
b. Karl Buhler
Psikologi ini juga berpendapat ada tiga fungsi bahasa :
1.Kundgabe = (pemberitahuan) dorongan untuk memberitahukan orang lain.
2.Auslosung = (pelepasan) dorongan kuat dari kanak-kanak untuk melepaskan kata-kata
sebagai hasil peniruannya dengan orang lain.
3.Darstellung=(menyatakan) kanak-kanak ingin menyatakan segala sesuatu yang menarik
perhatiannya.
C. Jean Piaget
1. Bahasa egosentris = melahirkan keinginan yang tertuju kepada dirinya sendiri.
2. Bahasa sosial = untuk berhubungan dengan orang lain.
Faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur dapat dibahagikan kepada tiga aspek
seperti faktor fisiologi, fizikal, dan persekitaran, Siti Hajar Abdul Aziz (2009).
Faktor fisiologi ini sendiri dapat dibahagikan dari segi jantina, penyakit dan kecerdasan.
Faktor jantina amat berperanan dalam mempengaruhi pertuturan pada peringkat awal kanak-
kanak. Terdapat kajian yang menyebut bahawa kanak-kanak perempuan dapat bertutur lebih
awal daripada kanak-kanak lelaki. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu halangan yang
kekal bagi kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti lisan yang diadakan
secara menyeluruh oleh guru dalam bilik darjah, murid dapat menguasai kemahiran bertutur
dengan baik.
Faktor penyakit yang juga merupukan salah satu aspek dalam faktor fisiologi
memainkan peranan yang agak ketara kerana alat artikulasi yang gagal berfungsi disebabkan
beberapa penyakit mengakibatkan murid tidak dapat menguasai kemahiran bertutur.
Terdapat beberapa jenis penyakit biologikal yang memberi kesan kepada keupayaan bertutur
murid. Sebagai contoh, kecacatan pada pita suara menyebabkan murid tidak berupaya
mengeluarkan bunyi bersuara lalu menyebabkan murid tidak dapat betutur. Serangan
penyakit pada tenggorok dan peparu juga memberi kesan kepada pertuturan. Hal ini
30
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
demikian kerana, alat-alat tersebut berperanan dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Selain itu,
kecacatan pada otak pula memberi kesan kepada kegagalan alat pertuturan untuk berfungsi
dengan baik kerana proses fonologi terganggu sehingga menyebabkan kesukaran dalam
penginterpretasian mesej dan seterusnya penghasilan ujaran yang bercelaru.
Faktor kecerdasan berkaitan dengan otak yang cerdas dan dapat berfungsi secara
sempurna dalam menghasilkan bahasa. Berikutan itu, murid-murid yang cerdas dapat
bertutur dengan mudah dan lancar serta dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
bertutur seperti berpidato, berbahas, bersyarah dan seumpamanya. Manakala, murid yang
tidak berupaya untuk bertutur secara lancar akan dikatakan sebagai kanak-kanak lembam
atau tidak cerdas. Namun begitu, masalah murid lembam dapat diatasi dengan bantuan guru
pemulihan di peringkat sekolah.
Faktor kedua yang menghalang penguasaan kemahiran bertutur adalah faktor fizikal.
Faktor ini terbahagi kepada dua unsur iaitu alat pendengaran dan alat artikulasi atau
pertuturan. Masalah alat pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan alat pendengaran iaitu
telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau disebut pekak. Keadaan pekak berlaku
disebabkan kerosakkan pada gegendang telinga yang seharusnya berfungsi untuk menerima
dan menyerap sebarang bunyi luaran. Murid yang pekak sejak kecil tidak berupaya untuk
bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar bunyi bahasa. Oleh hal yang demikian,
mereka akan ditempatkan dalam kelas pendidikan khas bagi membolehkan mereka
mempelajari dan menguasai bahasa isyarat untuk berkomunikasi.
Manakala masalah alat pertuturan pula merujuk kepada ketidakupayaan alat
artikulasi untuk berfungsi dengan baik bagi menghasilkan bunyi bahasa. Kerosakan pada alat
artikulasi ini akan menyebabkan berlakunya kes bisu atau gagap. Hal ini termasuklah juga
dengan keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Murid yang mengalami
sumbing atau gagap masih boleh bertutur dengan cara mereka tersendiri untuk
menyampaikan mesej. Manakala, bagi murid yang bisu pula akan ditempatkan dalam kelas
pendidikan khas untuk membolehkan mereka mempelajari dan menguasai bahasa
menggunakan bahasa isyarat.
Faktor seterusnya adalah faktor persekitaran yang terdiri daripada dua unsur iaitu keluarga
dan sosioekonomi. Keluarga juga memainkan peranan dalam penguasaan kemahiran bertutur
seseorang murid. Murid yang mempunyai latar belakang keluarga dan persekitaran yang
pasif dan tidak mendorong kepada interaksi dan komunikasi antara satu sama lain
31
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
menyebabkan aktiviti bertutur murid tersebut terhad. Murid seperti ini akan mengalami
kekurangan perbendaharaan kata untuk dituturkan di samping mengalami kesukaran untuk
mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa yang betul. Hal ini akan mempengaruhi
kefasihan dan kelancaran murid bertutur. Namun begitu, keadaan seperti ini dapat ditangani
dengan mengadakan pelbagai aktiviti lisan di dalam kelas untuk melatih semua murid
menguasai kemahiran bertutur tanpa mengira latar belakang keluarga.
Faktor sosioekonomi juga dianggap secara tidak langsung mempengaruhi keupayaan
bertutur seseorang murid. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang mempunyai taraf hidup
yang tinggi dapat menyediakan segala kemudahan pembelajaran bahasa kepada anak-anak
mereka. Sebagai contoh, mereka mampu menyediakan kemudahan internet, televisyen,
buku-buku, dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkat keupayaan bertutur
anak-anak mereka. Dengan ini, anak-anak mereka mampu menguasai kemahiran bahasa
pada peringkat awal kanak-kanak. Manakala, bagi kanak-kanak yang berasal daripada
sosioekonomi yang rendah, kemudahan pembelajaran kemahiran bahasa terhad. Hal ini akan
menyebabkan mereka menguasai kemahiran bertutur mengikut perkembangan yang biasa
sahaja. Namun begitu, perbezaan sosioekomi ini dapat diatasi dalam konteks penyediaan
kemudahan pembelajaran bahasa melalui penyediaan kemudahan seperti saluran Astro
Kampus di sekolah, kemudahan pelbagai bahan ilmiah untuk pembelajaran bahasa dan
seumpamnya di peringkat sekolah.
Menurut Skinner (1957), kesalahan bahasa berlaku kerana seseorang itu tertiru
bentuk-bentuk bahasa yang salah, menyalahi bentuk baku yang lazim digunakan secara
formal oleh golongan pelajar, atau kerana kecacatan emosi dan fizikal yang dialami oleh
seseorang pengguna bahasa sama ada bahasa pertama atau bahasa kedua (Samsudin bin
Arsad, 2004). Webber (1981), pula berpendapat bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku
apabila penggunanya keliru atau tidak mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu
dalam bahasa yang digunakan. Bagi mereka yang mahir dalam bahasa Melayu sudah pasti
tidak mempunyai sebarang masalah tetapi bagi mereka yang tidak mahir atau mengalami
masalah pembelajaran, maka timbullah cabaran dan masalah (Samsudin bin Arsad, 2004).
Masalah yang timbul ini selalunya berkaitan kekacauan kerana ada dua atau lebih bahasa
yang bertembung dan yang satu mempengaruhi yang lain, atau kedua-duanya saling
mempengaruhi (Abdullah Hassan, 1996). Kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu
dapat dilihat dari beberapa sudut, iaitu sudut sintaksis, semantik, morfologi, fonologi dan
intonansi. Dari sudut sintaksis kita dapat melihat betul atau tidak betul bentuk frasa dan ayat.
32
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Dari sudut semantik pula, kita dapat melihat makna yang terdapat pada sesuatu bentuk ayat
itu sama ada sempurna atau tidak. Manakala dari sudut morfologi dan fonologi, kita boleh
lihat betul atau tidak betul pembentukan kata sebagai morfem bebas dan morfem terikat, baik
dalam ucapan mahupun ejaan. Dari sudut intonasi pula, kita dapat mendengar naik turun
nada suara sama ada tepat atau tidak tepat dalam penggunaannya dengan cara mengucapkan
pelbagai bentuk dan jenis yang berbagai-bagai pula maknanya.
Menurut Syed Abu Bakar (1994) peringkat prabacaan meliputi kemahiran
pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi
psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.Prabacaan ialah
tahap penyediaan murid-murid untuk membaca dimana guru perlulah menyediakan
pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecam huruf.Kemahiran asas bahasa seperti
kemahiran membaca perlulah dikuasai supaya murid-murid tidak ketinggalan dalam
pelajaran. Menurut Jamilah Ahmad (1999) menjelaskan bahawa perkembangan bahasa
seseorang kanak-kanak mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan pemikirannya.
Oleh yang demikian, pendedahan awal asas bacaan kepada murid-murid perlulah disediakan
supaya dapat mengelakkan daripada kanak-kanak yang buta huruf.
33
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
METODOLOGI KAJIAN
PENGENALAN
Pada bahagian ini akan membincangkan tentang aspek reka bentuk kajian, populasi
serta sampel, alat kajian, teknik pengutipan data dan teknik analisis data bagi mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid masalah pertuturan dalam bahasa melayu.
Penglibatan semua pihak dalam menjayakan kajian ini amat memberansangkan dan berjaya
dilaksanakan semasa di sekolah.
SAMPEL
Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid bermasalah pembelajaran yang
mengalami masalah pertuturan dalam bahasa melayut dari Kelas Tahun Satu di Sekolah
Kebangsaan Bukit Lada. Subjek kajian dipilih berdasarkan kepada pecapaian dalam ujian
diagnostik dan juga saringan literasi membaca LINUS. Pengumpulan data menggunakan
instrument pemerhatian secara senarai semak, temubual berstruktur dan analisis video. Data
kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut responden kajian. Responden yang terlibat
merupakan murid lelaki dan murid perempuan merupakan anak jati kampung Bukit Lada.
Berdasarkan kepada perkembangan penguasaan kemahiran membaca ini, responden
merupakan murid daripada Tadika KEMAS, PRASEKOLAH dan juga tidak mengikuti kelas
34
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
awal persekolahan. Tahap sosioekonomi ibu bapa setiap murid yang dikaji masih lagi dalam
kategori aras sederhana kerana ibu bapa murid yang dikaji ini ada yang bekerja sebagai
penoreh getah, pekerja swasta dan juga sektor awam.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Pengkaji menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis &
McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan
gelungan seperti mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Rajah dibawah
menunjukkan bagaimana kaedah ini akan digunakan dalam kajian ini.
35
REFLEKSI PERANCANGAN
TINDAKANPEMERHATIAN
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
MEREFLEK
Berdasarkan kajian Model Kemmis & Mctaggart di atas, kajian tindakan ini bermula
dengan membuat refleksi terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sendiri
di kelas Tahun Satu. Masalah pertuturan responden sangat ketara sehingga menyebabkan
responden dipinggirkan seketika. Responden juga turut diperhatikan semasa berada di luar
bilik darjah. Rentetan itu, saya akan menjalankan ujian diagnosis terhadap responden untuk
mengenalpasti lebih terperinci kelemahan dalam pertuturan sebutan responden.Saya juga
akan menjalankan temubual bersama guru untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
responden yang terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini setiap buku tulis responden akan
disemak dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh responden.
PERANCANGAN
Selepas mereflek, langkah seterusnya ialah merancang tindakan untuk menjalankan
intervensi bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Saya akan merancang kaedah
yang dapat membantu responden untuk meningkatkan keupayaan sebutan huruf – huruf,
suku kata dan juga perkataan. Dalam usaha menjayakan kaedah kajian ini, saya telah
merancang beberapa aktiviti dalam intervensi bagi menggerakkan kaedah yang telah dipilih.
TINDAKAN
Pada peringkat ini, saya akan melaksanakan aktiviti intervensi yang telah
dirancang,tempoh perlaksanaan intervensi adalah selama sepuluh minggu. Dalam tempoh
tersebut,saya akan memulakan aktiviti pada waktu pagi kerana memandangkan responden
masih bersemangat pada waktu itu. Saya akan menjalankan kajian pada setiap minggu
dengan melaksanakan tiga aktiviti pada setiap sesi mingguan.
PEMERHATIAN
36
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Tahap yang terakhir bagi teori Kemmis & McTaggart ialah memerhati. Saya akan
memerhati dan membuat kesimpulan akhir berkaitan keberkesanan aktiviti terhadap
peningkatan keupayaan sebutan huruf dan juga suku kata serta perkataan kepada responden.
Pemerhatian yang dibuat dicatat oleh pengkaji dan direkodkan melalui borang senarai
semak. Pemerhatian juga bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kaedah
yag dipilih, menentukan keberkesanan hasil intervensi dan mengenalpasti maklumbalas
responden terhadap kaedah yang diperkenalkan. Segala penambahbaikkan dilaksanakan
sepanjang pemerhatian.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data yang di gunakan ialah membuat
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Saya akan mengumpul data yang diperolehi
melalui pemerhatian berdasarkan senarai semak, temubual bersama guru dan ibubapa
menggunakan borang temubual serta analisis dokumen.
PEMERHATIAN (SENARAI SEMAK)
Senarai semak merupakan pemerhatian berstruktur yang mengandungi spesifikasi
item berkaitan masalah pertuturan. Dalam kajian ini, saya akan membuat pemerhatian
sebelum dan selepas intervensi bagi setiap minggu menggunakan senarai semak. Melalui
senarai semak, saya dapat mengenalpasti kelemahan dan peningkatan sebutan responden
setelah intervensi dijalankan. Pengkaji perlu mengelakkan daripada meggunakan soalan yang
sukar, terlalu panjang dan bersifat kabur (Cohen, Manion & Moorrison, 2000).
37
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
TEMUBUAL
Terdapat beberapa jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa
berstruktur. Temubual digunakan unutk menperoleh maklumat berkenaan fakta kepercayaan,
perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd. Majid, 2000). Dalam
kajian ini, saya menggunakan temubual tidak berstruktur untuk mendapatkan maklumat
berkaitan responden.Saya akan menemubual guru yang mengajar responden dan ibubapa
responden. Temubual dijalankan untuk mengenalpasti dan memahami dengan lebih
mendalam mengenai masalah yang dihadapi oleh responden dan juga untuk mengesan tahap
kemajuan serta perasaan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
ANALISIS DOKUMENData yang dianalisis terdiri daripada hasil dapatan rakaman video sepanjang kajian
dilakukan. Contoh spesifikasi yang akan di jalankan oleh saya dalam kajian ini.
BIL. MINGGU INTERVENSI AKTIVITI
1. Pertama
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Menahan lidah
(Rasional – meransang /
melatih lidah belakang untuk
naik)
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Menahan gula – gula di bawah lidah
>Menekan lidah sambil menyebut
huruf.
>Menekan lidah menggunakan jari
38
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
telunjuk.
2 Kedua
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Meniup buih sabun
3. Minum menggunakan straw
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Meniup buih sabun menggunakan
straw besar.
>Minum menggunakan straw besar
3. Ketiga
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Menahan lidah
(Rasional – meransang /
melatih lidah belakang untuk
naik)
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Menggulungkan lidah sambil
menyebut huruf – huruf vokal.
>Menahan gula – gula di bawah lidah
>Menekan lidah sambil menyebut
huruf.
>Menekan lidah menggunakan jari
telunjuk.
39
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
4.Keempat
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Menahan lidah
(Rasional – meransang /
melatih lidah belakang untuk
naik)
3. Cermin Ajaib
(Rasional – Merangsang / Melatih lidah belakang untuk naik)
4. Menyebut huruf – huruf
vokal sambil baring.
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Menggulungkan lidah sambil
menyebut huruf – huruf vokal.
>Menahan gula – gula di bawah lidah
>Menekan lidah sambil menyebut
huruf.
>Menekan lidah menggunakan jari
telunjuk.
>Menyebut huruf – huruf konsonan
sambil melihat cermin.
>Menyebut suku kata KV dan KVK
sambil melihat cermin
>Menyebut huruf – huruf vokkal
sambil berbaring di atas katil.
Proses – proses ini akan diulang sehingga minggu yang keempat. Responden akan
melaksanakannya mengikut intervensi yang telah di sediakan. Semua hasil soal selidik ini
akan ditulis dalam buku nota dan juga di rakam dengan menggunakan perakam video.
40
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
ANALISIS DATA
PENGENALAN
Dapatan kajian diperolehi hasil daripada analisis data secara deskriptif menggunakan
Ujian Diagnostik, Ujian Pra, Ujian Pos, pemerhatian (senarai semak), temubual berstruktur
dan analisis video. Kesemua instrumen ini digunakan bagi mendapatkan kesahan data dan
mewujudkan trigulasi data dalam kajian ini.
Analisis data ini akan menunjukkan keberhasilan sebutan suku kata KV dan juga
KVK oleh responden. Soal selidik yang di jalankan kepada guru – guru mata pelajaran yang
lain juga akan di analisis peningkatan keupayaan responden dalam mengurangkan masalah
sebutan dalam kemahiran membaca. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu saya dalam
menilai tahap penguasaan responden sebelum dan selepas membuat ujian intervensi kepada
responden. Dapatan – dapatan kajian ini akan disemak dan di nilai dari segi responden
bertutur, mengeja dan menghasilkan ayat – ayat mudah dalam bahasa melayu.
41
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Analisis data yang dikumpulkan ini juga akan dapat mengenalpasti beberapa faktor
yang menyebabkan responden menyebut dengan sebutan salah seperti :
Pelajar
Faktor pertama terdiri daripada faktor pelajar iaitu sikap, perasaan malu, tiada motivasi,
gangguan bahasa ibunda, faktor budaya, faktor umur dan masalah sebutan.
Guru
Faktor kedua yang akan diperoleh dalam dapatan kajian ini ialah faktor pengajar. Dapatan
menunjukkan bahawa tenaga pengajar juga menjadi kekangan untuk pelajar bertutur dalam
Bahasa Melayu. Guru perlulah bijak merangka aktiviti yang menarik minat pelajar.
Ibubapa
Faktor yang ketiga yang akan diperoleh dalam kajian ini ialah bagaiman untuk membantu
ibubapa semasa di rumah untuk mengajar murid – murid yang lemah dalam bertutur supaya
masalah sebutan pelat ini tidak akan berlaku lagi kepada anak mereka semasa belajar.
Dalam memperkembangkan kemahiran bertutur murid, guru hendaklah memberi
perhatian kepada aspek-aspek berikut. Aspek-aspek ini juga boleh digunakan sebagai kriteria
dalam penentuan sama ada murid mencapai sesuatu tahap dalam pertuturan.
Sebutan
murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat.
semua ini bertujuan untuk melatih murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat
dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat-tempat tertentu.
42
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk
menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
Panjang-pendek (Mora)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
Kefasihan
Boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar,
tepat dan jelas.
Laras Bahasa
Kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang
sesuai
Melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan-
43
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
rakan, di kedai, di majlis rasmi.
DAPATAN KAJIAN
PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan serta membentangkan secara terperinci mengenai
analisis data dan dapatan kajian yang telah dijalankan. Setiap data yang telah dianalisa secara
manual melalui pelbagai kaedah akan di tunjukkan dengan pelbagai bentuk seperti jadual
yang menunjukkan nilai peratus, catatan jadual dan skala pemerhatian mengikut keperluan
soalan kajian yang dibina. Kajian ini dijalankan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan
Bukit Lada, Chenor, Pahang. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Diagnostik, Temu
Bual dan Soal Selidik yang dijalankan ke atas 4 orang responden kajian tahun 1 dan juga
kepada guru-guru.
44
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Selain itu, borang soal selidik juga digunakan untuk menilai minat murid terhadap
kaedah yang digunakan. Data yang diterima akan diproses dan diletakkan skor-skor tertentu
untuk dikategorikan mengikut markah, gred dan peratus. Data kajian dianalisis dengan
menggunakan statistik perihalan deskriptif berasaskan peratusan untuk menganalisis data-
data yang telah dikumpul bagi membandingkan pencapaian ujian pra dan ujian pos.
SOALAN PENYELIDIKAN
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid
Tahun Satu
2 Mengukur kesan kaedah “Nyanyian Suku Kata”, “Cantumkan Saya” dan Latih Tubi
Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid
Tahun Satu.
3 Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.
4. Apakah faktor yang mempengaruhi masalah bertutur murid sekolah rendah?
4.2 Data Yang Diperoleh Melalui:
Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan dua buah buku yang dihasilkan oleh
Prof Emiritus Dato‟ Dr Isahak Haron iaitu Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis
Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku Bacaan 1 dan Buku Ceria 2M Awal Membaca dan
Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku Bacaan 2. Selain itu, penyelidik juga
menggunakan Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu.
Ujian Diagnostik Kaedah Gabung Kata (KGBK) Awal Membaca Bahasa Melayu
Dalam Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Prof
Emiritus Dato‟ Dr Isahak Haron terdapat dua belas aras kebolehbacaan membaca yang perlu
45
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
dinilai oleh penyelidik seperti di bawah berdasarkan bahan bacaan kedua-dua buku tersebut;
Aras Kebolehbacaan
Aras 1 Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah
Aras 2 Membunyikan suku kata terbuka
Aras 3 Membaca perkataan suku kata terbuka
Aras 4 Membaca suku kata tertutup
Aras 5 Membaca perkataan suku kata tertutup
Aras 6 Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet; dan o
Aras 7 Membaca perkataan suku kata tertutup „ng‟
Aras 8 Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong
Aras 9 Membaca perkataan dengan suku kata „nga‟ dan „nya‟
Aras 10 Membaca perkataan dengan penambahan me-, mem-,ber-
Aras 11 Membaca ayat pendek
Aras 12 Membaca ayat dan cerita
Hasil dapatan kajian penyelidik daripada 4 orang responden yang terlibat dalam kajian ini
adalah seperti berikut ;
NAMA RESPONDEN TAHAP PENCAPAIANKETERANGAN ARAS KEBOLEHBACAAN
ARAS KEBOLEHBACAAN
Wan Nur Asyikin 3
Membaca perkataan suku kata terbuka
Nurul Najwa 7
Membaca perkataan suku kata tertutup „ng‟
Nur Alyaa Suhaila 7
Membaca perkataan suku kata tertutup „ng‟
Mohd Haikal Iskandar 2 Membunyikan suku kata terbuka
46
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui
perbandingan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 02 Mac 2015. Ujian pos
pula telah dijalankan pada 02 April 2015 selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian
pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi melihat perubahan pencapaian responden.
Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian pra namun menggunakan
perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 50 perkataan dua suku kata
berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka tertutup (KV+KVK), tertutup tertutup
(KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV). Berikut merupakan perbandingan keputusan
ujian pra dan ujian pos.
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Nama murid Ujian pra Ujian pos Peningkatan pencapaian
Markah Peratus Markah Peratus Markah Peratus-50 (%) -50 (%) -50 (%)
1 Wan Nur Asyikin 12 24 33 66 21 42
2 Nurul Najwa 30 60 45 90 15 303 Nur Alyaa Suhaila 25 50 40 80 15 304 Mohd Haikal Iskandar 8 16 20 40 12 24
Jadual diatas menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian
pos. Didapati murid dapat membaca antara 8 hingga 30 perkataan pada ujian pra.
Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca antara 20 hingga
45 perkataan pada ujian pos. Jumlah peningkatan perkataan yang dibaca adalah antara 12
hingga 21 patah perkataan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan peningkatan penguasaan
murid dalam kemahiran membaca.
Graf perbandingan Ujian Pra, Ujian Pos dan Peningkatan Pencapaian.
47
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Data yang dianalisis daripada hasil dapatan rakaman video
Minggu 1
minggu aktiviti nama murid boleh tidak boleh
1
> Membuka dan menutup mulut Wan Nur Asyikin X
dalam tempoh tertentu. Nurul Najwa X
> Menggerakkan lidah ke arah kiri Nur Alyaa Suhaila X
dan kanan sambil menahan dalam Mohd Haikal Iskandar X
tempoh tertentu.>Menahan gula – gula di bawah lidah >Menekan lidah sambil menyebut huruf.>Menekan lidah menggunakan jari telunjuk.
Pada minggu pertama dalam membantu murid membaca dalam bahasa melayu,
beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan. Hanya dua orang murid sahaja yang mampu
melakukan aktiviti pada minggu pertama ini. Ini memperlihatkan terdapat masalah dalam
cara murid bertutur.
Minggu 2
minggu aktiviti nama murid boleh tidak boleh
2
> Membuka dan menutup mulut Wan Nur Asyikin X
dalam tempoh tertentu. Nurul Najwa X
> Menggerakkan lidah ke arah kiri Nur Alyaa Suhaila X
dan kanan sambil menahan dalam Mohd Haikal Iskandar X
48
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
tempoh tertentu. >Meniup buih sabun menggunakan straw besar.
Minggu kedua pula murid telah berjaya menjalankan aktiviti yang telah digubal oleh
guru. Aktiviti yang dijalankan berjaya mengerakkan sistem pertuturan murid dalam keadaan
bersedia.
Minggu 3
minggu aktiviti nama murid boleh tidak boleh
3
> Membuka dan menutup mulut Wan Nur Asyikin X
dalam tempoh tertentu. Nurul Najwa X
> Menggerakkan lidah ke arah kiri Nur Alyaa Suhaila X
dan kanan sambil menahan dalam Mohd Haikal Iskandar X
tempoh tertentu.>Menggulungkan lidah sambil menyebut . huruf-huruf vokal>Menahan gula – gula di bawah lidah
Seterusnya minggu ketiga telah memperlihatkan seorang responden yang tidak
berjaya menguasai aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Tiga responden lain mampu
melaksanakan aktiviti – aktiviti tersebut dan memperlihatkan peningkatan murid dalam
menyebut huruf-huruf vokal dan juga huruf-huruf lain.
Minggu 4
minggu aktiviti nama murid boleh tidak boleh
4
> Membuka dan menutup mulut Wan Nur Asyikin X
dalam tempoh tertentu. Nurul Najwa X
> Menggerakkan lidah ke arah kiri Nur Alyaa Suhaila X
dan kanan sambil menahan dalam Mohd Haikal Iskandar X
tempoh tertentu.>Menggulungkan lidah sambil menyebut huruf-huruf vokal>Menahan gula – gula di bawah lidah
49
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
>Menekan lidah sambil menyebut huruf.>Menekan lidah menggunakan jari telunjuk.>Menyebut huruf – huruf konsonan sambil melihat cermin>Menyebut suku kata KV dan KVK sambil melihat cermin>Menyebut huruf – huruf vokal sambil berbaring di atas katil
Pada minggu terakhir pengujian ini, tiga orang responden telah berjaya menguasai
aktiviti yang digubal untuk mengenal pasti masalah dari segi sistem pertuturan murid, sistem
artikulasi murid dan juga kebolehfahaman murid dalam menjalankan aktiviti. Hanya seorang
responden sahaja yang menunjukkan pencapaian yang turun naik dalam sesi rakaman video
ini. responden ini mempunyai masalah dari segi pertuturan karana mengalami masalah pelat.
Justeru itu, mungkin satu kajian yang khusus akan dilakukan berkenaan dengan responden
ini.
Mengukur kesan kaedah “Nyanyian Suku Kata”, “Cantumkan Saya” dan Latih Tubi
Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid
Tahun Satu.
Setelah beberapa sesi pengajaran, saya dapat mengenal pasti bahawa terdapat murid
yang menghadapi masalah dalam membaca ketika saya menyuruh murid membaca secara
individu petikan yang terdapat di dalam buku teks. Tinjauan masalah ini juga dilakukan
50
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid.
Hasil dari tinjauan masalah mendapati bahawa masalah membaca ini memang wujud dalam
kalangan murid.
Strategi Perlaksanaan Tindakan
Strategi 1 : Aktiviti “Cantumkan Saya”
Aktiviti “Cantumkan Saya” ini dijalankan pada 02 Mac 2015 sehingga 13 Mac 2015. Teknik
ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit
diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap
pesangan diberikan Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta
membunyikan suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini
akan membentuk bunyi perkataan.
Contoh kad suku kata :
lem tung li ti
gan but ku ma
lon pan me su
be lon ja sam
bu jan ro ka
Refleksi
Aktiviti ini membantu murid menangkap bunyi sambungan perkataan yang terhasil daripada
suku kata yang dicantumkan. Kadang kala murid memilih sendiri suku kata secara
berpasangan dan cuba mencantumkan bunyi perkataan tersebut. Kadangkala, ada perkataan
yang dibentuk itu salah. Saya akan menggantikan suku kata yang salah tersebut dengan suku
kata baru yang dapat membentuk perkataan yang bermakna. Saya dapat melihat
kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini. Aktiviti “Cantumkan Saya” ini
didapati dapat membantu murid dalam mempelajari konsep mencantum perkataan.
Strategi 2 : Aktiviti Nyanyian Suku Kata
Latihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 16 Mac 2015 sehingga 27 Mac 2015. Teknik
ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit
51
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata
pertama menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi
suku kata kedua.
Contoh perkataan pantas
Pan pan,
pan pan, pan pan, pan pan
tas..............!!!!
Refleksi
Setelah dua minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam
penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu murid mengingat dan memahami
konsep mencantum perkataan.
Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata
Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan
membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 30 Mac 2015
hingga 10 April 2015. Teknik ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua
minggu. Masa sebanyak 10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi
penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad
suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika
berlaku kesalahan.
Contoh carta penyebutan suku kata :
u hung
rung
i hin
rin
bung jung
sung
bin jin
sin
cung kung
tung
cin kin
tin
52
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
dung lung
wung
din lin
win
fung mung
yung
fin min yin
gung nung
gin nin
Rumusan
Murid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini
meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walaubagaimanapun
terdapat masalah gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun
demikian masalah kesalahan penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan
PERBINCANGAN
Pengenalan
53
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Tiga elemen penting dalam mata pelajaran bahasa melayu ialah membaca, menulis
dan bertutur. Bertutur merupakan satu dari elemen penting tersebut. Melelui pertuturan, kita
boleh berkomunikasi dengan baik antara rakan, guru dan juga ibu bapa.
Rumusan dapatan kajian dibuat ini adalah berdasarkan kepada tujuan atau objektif kajian ini
iaitu, Setiap objektif kajian yang akan di capai dalam kajian ini merupakan satu langkah
besar dalam memastikan bahasa melayu terus unggul dan di pelajari oleh bangsa – bangsa
lain. Murid – murid sekolah rendah merupakan permata yang perlu sentiasa digilap dalam
memberi sinaran yang berterusan. Objektif – objektif kajian yang di rangka ini adalah untuk
memantapkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat. Hasil daripada kajian ini akan
juga dapat menunjukkan perbezaan antara murid yang lemah dalam bertutur dengan murid
yang dapat menguasai kemahiran bertutur ini. Murid di sekolah rendah memerlukan satu
pendekatan yang unik dan menyeronokkan.
Objektif dalam kajian ini juga akan membuktikan bahawa masih terdapatnya lagi
murid yang pelat atau kurang fasih semasa bercakap dalam bahasa melayu. Kemahiran
bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek), jeda
(persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa yang sesuai.
Kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut
dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah,
bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.
Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar
pada peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu.
Hal ini kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.
.
Secara keseluruhannya banyak perubahan-perubahan yang dilalui oleh subjek kajian
dan pengkaji sendiri. Antaranya ialah dalam masa yang telah ditetapkan, murid yang dikaji
telah menunjukan perubahan dalam menuturkan perkataan dengan betul walaupun sedikit
impaknya. Ini dapat dilihat melalui ujian pos yang telah dijalankan. Hampir semua murid
telah memahami topik yang diajar, walaupun mereka tidak mendapat markah penuh tetapi
setelah diselidiki pemahaman mereka terhadap bertutur dan membaca yang diberi kurang.
Walau bagaimanapun jumlah perkataan yang tidak boleh disebut oleh murid adalah kecil.
54
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Ringkasan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyiasat masalah pertuturan dalam
Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Tahun. Oleh itu, empat orang murid
dari Tahun 1 di SK Bukit Lada, Chenor telah digunakan sebagai peserta kajian. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian lisan (Ujian Pra dan Pos), pemerhatian dan
analisis dokumen.
Subjek Kajian dalam kajian ini adalah terdiri daripada seorang orang murid lelaki
dan tigamurid perempuan yang telah dikenal pasti menghadapi masalah dalam menguasai
kemahiran bertutur dan membaca. Masalah ini perlu diatasi kerana kemahiran ini merupakan
kemahiran yang paling asas dan sering digunakan dalam kehidupan seharian. Tempoh kajian
dilaksanakan selama dua minggu.
Implikasi Dapatan Kajian
Implikasi Terhadap Murid
Berdasarkan kajian yang dijalankan, penggunaan kaedah kaedah “Nyanyian Suku Kata”,
“Cantumkan Saya” dan Latih Tubi Penyebutan Suku ini ternyata memberikan kesan
positif kepada responden dalam mempelajari subjek Bahasa Melayu. Aspek kognitif juga
memainkan peranan penting dalam proses menyaring dan memilih maklumat. Dari segi
afektif pula, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa semua responden mempamerkan
perasaan terkawal ketika mengikuti aktiviti bersama guru semasa aktiviti rakaman
dijalankan.
Hal ini memberikan petanda yang baik bahawa kaedah yang digunakan dapat
membantu dalam aktiviti pembelajaran, khususnya penulisan karangan murid-murid pada
masa akan datang. Penggunaan ABM yang terancang dan menepati kehendak objektif kajian
seperti lembaran kerja untuk responden, nota untuk ibu bapa responden, soal selidik kepada
responden dan ibu bapa masing-masing, memperlihatkan bahawa kajian ini dapat
mengurangkan mahupun menambahbaik dari segi pembelajaran murid-murid ke arah
memperkukuhkah kemahiran bertutur dan membaca. Penggunaan kaedah ini haruslah
sentiasa dipantau dan diberi perhatian bagi menentukan hasil pembelajaran tercapai.
55
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian ini dapat membantu guru
membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran
agar sesuai dengan tahap kesediaan, minat dan masalah murid. Dalam proses pembelajaran
bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur bagi murid yang mempunyai
masalah dalam penguasaan kemahiran ini, guru seharusnya menggunakan kaedah dan
pendekatan pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran murid.
Implikasi Terhadap Guru
Dalam kajian ini, guru perlu merancang dan menyusun proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih teliti untuk menggalakkan proses pembelajaran. Guru juga perlu
memberi bantuan kepada setiap responden mahupun ibu bapa responden yang memerlukan
bantuan, menjelaskan atau menerangkan perkara yang menjadi kekeliruan. Selain itu, guru
perlu menunjukkan hubungan yang mesra dan bermakna kepada setiap responden mahupun
ibu bapa responden dalam membantu perkara yang telah dipelajari dalam konteks yang lebih
luas berkaitan mata pelajaran yang diajarkan.
Secara tidak langsung, guru juga dapat mempelbagaikan corak interaksi (murid
dengan guru, guru dngan ibu bapa dan sebaliknya) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan anak didiknya
memperolehi ilmu selepas mempelajarinya. Sebagai seorang guru, sikap keterbukaan
terhadap murid dan ibu bapa harus ada dalam diri supaya segala kemungkinan yang berlaku
akan dapat ditangani dengan cara yang rasional. Melalui kajian ini juga, kerjasama antara
responden, dan kerjasama antara ibu bapa dapat disemai dan dipupuk. Guru berperanan
sebagai penggalak dan pendorong dan memberikan bimbingan kepada murid-murid yang
lemah.
Implikasi Terhadap Sekolah
Sekolah merupakan salah satu daripada institusi pendidikan sentiasa memberi
peluang dan ruang kepada guru dan murid meningkatkan prestasi mereka dalam bidang
pendidikan. Tidak lupa juga, sekolah turut memberikan peluang kepada para ibu bapa dalam
meningkatkan kerjasama mahupun hubungan mereka dengan pihak sekolah. Lantaran itulah
PIBG memainkan peranan utama dalam usaha membangun dan memajukan institusi sekolah.
Hasil dapatan kajian boleh diteruskan dan diperbaiki dari semasa ke semasa supaya ianya
56
E30203120511[EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH - 11]
berguna sebagai rujukan kepada orang lain. Pihak sekolah juga sudah pastinya akan berasa
bangga jika mempunyai guru dan murid serta para ibu bapa yang sentiasa kreatif dan
inovatif dan usaha membangun serta membina kejayaan secara bersama-sama untuk
kepentingan dan kemajuan sekolah.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik terbatas mengikut objektif dan persoalan
kajian yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mencadangkan beberapa
cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik yang akan meneruskan
kajian ini. Berikut adalah antara cadangan-cadangan bagi kajian lanjutan yang lebih
terperinci untuk dilaksanakan .
1 Meluaskan lagi penggunaan bahan pengajaran yang berkonsepkan kemahiran
bertutur dan membaca di rumah.
2 Kajian ini juga boleh dijalankan dalam kalangan murid-murid dalam kelas
pemulihan bagi melihat keberkesanan alat yang digunakan.
3 Kajian juga boleh dijalankan dalam aspek kemahiran asas yang lain seperti
Kemahiran mendengar dan kemahiran menulis bagi melihat keberkesanan
kaedah yang digunakan.
57
Kesimpulan
Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran
membaca telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan.
Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara
ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini
telah berjaya dilaksanakan.
[Type the company name] | 57
RUJUKAN
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman. Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia
Daripada laman Web atau laman Sesawang
Kemahiran Membaca diperolehi pada (November 10 2014) daripada
http://abubakar69.blogspot.com/2009/07/kemahiran-membaca.html
Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka diperolehi pada (November 19 2014) daripadahttp://eprints.uthm.edu.my/183/1/mohd_safiee.pdf
http://www.kuis.edu.my/v3/images/pps/cv/cv_prof_madya_dato_dr_halim_tamuri.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/4416/1/1.pdfhttp://spe.dbp.gov.my/http://norhasimaamri.blogspot.com/https://cikguhaidi.wordpress.com/tag/masalah-membaca/https://jadhamizan.wordpress.comhttp://mieadham86.blogspot.com/
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU PELATIH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA diperolehi pada (November 20 2014) daripadahttp://apjee.usm.my/APJEE_24_2009/JPP24_08_NorShafrin_125-142.pdf
[Type the company name] | 58
Lampiran 1
Ujian Pra dan Ujian Pos
(kad Imbasan untuk murid)
[Type the company name] | 59
buatsungai
marah
sudutambilJohor
belukar
makan
Jasin lihat
lantaipokok
belicantas
letakpasar
gunabiar kebun
katil
London
cucuk
danau
lautbawah
basuh
kampung
tebang
curi tanam
Lampiran 2
[Type the company name] | 60
ucapmejabilikbakulpulihurut
samping sumpah
gam Perak
bulanparatepissisicabutsuap
luarrumah
luah bakar
Aktiviti bersama dengan murid
BIL. MINGGU INTERVENSI AKTIVITI
1. Pertama
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Menahan lidah
(Rasional – meransang /
melatih lidah belakang untuk
naik)
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Menahan gula – gula di bawah lidah
>Menekan lidah sambil menyebut
huruf.
>Menekan lidah menggunakan jari
telunjuk.
2 Kedua
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Meniup buih sabun
3. Minum menggunakan straw
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Meniup buih sabun menggunakan
straw besar.
>Minum menggunakan straw besar
> Membuka dan menutup mulut
[Type the company name] | 61
3. Ketiga
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Menahan lidah
(Rasional – meransang /
melatih lidah belakang untuk
naik)
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Menggulungkan lidah sambil
menyebut huruf – huruf vokal.
>Menahan gula – gula di bawah lidah
>Menekan lidah sambil menyebut
huruf.
>Menekan lidah menggunakan jari
telunjuk.
4.Keempat
1. Senaman mulut
(Rasional – meransang otot –
otot lidah untuk bertutur)
2. Menahan lidah
(Rasional – meransang /
melatih lidah belakang untuk
naik)
3. Cermin Ajaib
(Rasional – Merangsang / Melatih lidah belakang untuk naik)
4. Menyebut huruf – huruf
> Membuka dan menutup mulut
dalam tempoh tertentu.
> Menggerakkan lidah ke arah kiri
dan kanan sambil menahan dalam
tempoh tertentu.
>Menggulungkan lidah sambil
menyebut huruf – huruf vokal.
>Menahan gula – gula di bawah lidah
>Menekan lidah sambil menyebut
huruf.
>Menekan lidah menggunakan jari
telunjuk.
>Menyebut huruf – huruf konsonan
sambil melihat cermin.
>Menyebut suku kata KV dan KVK
sambil melihat cermin
>Menyebut huruf – huruf vokkal
[Type the company name] | 62
vokal sambil baring. sambil berbaring di atas katil.
Lampiran 3
[Type the company name] | 63
Bina perkataan dengan membulatkan suku kata yang betul. [SP: 1.2.3, 2.1.3n ]
1.
2.
3.
4.
5.
SP: 2.1.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
SP: 2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.
Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai
Lampiran 4
[Type the company name] | 64
na ne nek nak
gam gah bar ber
pan pen sel sil
ar nab er nat
sam sem pen pan
Dengar dan sebut kata. [SP: 1.2.5]
1 4
kain buih
2 5
murai air
3 6
kaloi lantai
SP: 1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.
Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai
Lampiran 5
[Type the company name] | 65
Mari dengar dan lafazkan pantun. [SP: 4.4.1]
SP: 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai
[Type the company name] | 66
Adik saya budak rajin,
Mandi pagi guna sabun.
Beli sayur bayam seikat,
Badan bersih jauhi penyakit.
Sungguh enak rasa mangga,
Jauhi kuman sihat sentiasa.
Pergi sekolah waktu pagi,
Pakai baju putih berseri.
Bangun awal setiap hari,
Wajah ceria disukai ramai.