hbsc 4103_840510055506001_fizik

16
LIM CHIN WEI HBSC 4103_V2 840510055506001 FIZIK 1 Falkulti Pendidikan dan Bahasa MEI / 2014 HBSC 4103 _V2 FIZIK NAMA : Lim Chin Wei NO. MATRIKULASI : 840510055506001 NO. KAD PENGNEALAN : 840510-05-5506 NO. TELEFON : 017-6100720 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Seremban

Upload: wei-yu

Post on 13-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fizik

TRANSCRIPT

LIM CHIN WEIHBSC 4103_V2840510055506001FIZIK

Falkulti Pendidikan dan Bahasa

MEI / 2014

HBSC 4103 _V2

FIZIK

NAMA : Lim Chin WeiNO. MATRIKULASI : 840510055506001NO. KAD PENGNEALAN: 840510-05-5506NO. TELEFON: 017-6100720E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: OUM Seremban

Isi kandungan

KandunganMuka Surat

Pengenalan3

Spektrum elektromagnet4 - 5

Empat jenis gelombang elektromagnet dalam kehidupan harian6 - 12

Rangsangam gaya hidup penduduk di Malaysia.13

Cara meminimumkan kesan-kesan negatif gelombang elektromagnet14

Kesimpulan15

Rujukan16

1. Pengenalan

Satu perkembangan fizik yang menarik telah berlaku dalam abad ke-20. Pakar Sains telah membuat penemuan bahawa zarah-zarah yang bergerak mempamerkan ciri-ciri khas yang dimiliki gelombang. Gelombang sebenarnya ialah satu fenomena di mana tenaga berpindah melalui getaran. Terdapat beberapa jenis gelombang yang wujud dan semua gelombang berupaya memindahkan tenaga dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat menikmati rancangan-rancangan menarik dalam mod digital melalui siaran Astro dan ia melibatkan penggunaan piring satelit yang dipasangkan di bumbung rumah untuk menerima pancaran gelombang dari satelit angkasa lepas.

Pada amnya, terdapat dua kumpulan gelombang iaitu gelombang mekanik dan gelombang elektromagnet. Gelombang mekanik memerlukan suatu medium untuk perambatnya manakala gelombang elektromagnet tidak memerlukan sebarang medium dan boleh merambat melalui vakum.

Sumber : Whizz Thru Fizik SPM

Gelombang elektromagnet ialah gelombang yang mempunyai tenaga yang dikaitkan dengan medan elektrik dan medan magnet. Apabila cas-cas elektrik dipecutkan dalam medan elektrik dan medan magnet, gelombang elektromagnet dihasilkan. Semua gelombang elektromagnet boleh merambat melalui vakum dengan halaju cahaya, c = 3.0 x 108 ms1. Di samping itu, semua gelombang elektromagnet ialah gelombang melintang yang boleh mengalami pengutuban seperti gelombang cahaya. Semua jenis gelombang elektromagnet mengalami fenomena seperti pantulan, pembiasan, pembelauan dan interferens.

2. Spektrum elektromagnet

Spektrum elektromagnet ialah susunan semua gelombang elektromagnet dalam tertib frekuensi bertambah atau mengikut tertib panjang gelombang berkurang.

Frekuensi bertambah

Sinar gamaSinar - xUltraunguCahaya nampakInframerahGelombangmikroGelombangradio

Panjang gelombang berkurang

Sumber : Whizz Thru Fizik SPM

Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Radio_transmition_diagram_en.png

Jenis gelombang elektromagnetFrekuensi (Hz)Panjang Gelombang ()

Gelombang radio10310-1 - 105

Gelombang mikro101010-3 - 10-1

Inframerah101310-6 - 10-3

Cahaya nampak10154.0 x 10-7 - 8.0 x 10-7

Jenis gelombang elektromagnetFrekuensi (Hz)Panjang Gelombang ()

Ultraungu101710-9 - 10-7

Sinar x101910-11 - 10-9

Sinar gama102210-14 - 10-10

Sumber :

Cahaya nampak ialah cahaya putih yang berpunca daripada Matahari dan mengandungi tujuh warna yang boleh dilihat. Cahaya nampak merupakan sebahagian sahaja spektrum gelombang elektromagnet. Sinaran-sinaran di hujung ungu dan merah spektrum cahaya nampak masing-masing ialah ultraungu dan inframerah. Gelombang elektromagnet yang lain termasuklah sinar gama, sinar x, gelombang mikro dan gelombang radio seperti rajah di berikut: Jenis gelombang elektromagnetSumber

Gelombang radio Ayunan cas elektrik dalam satu pemancar

Gelombang mikro Tiub magnetron Pemancar gelombang mikro

Inframerah Api Jasad panas Matahari

Cahaya nampak Api Matahari

Ultraungu Lampu wap merkuri Matahari

Sinar x Tiub sinar x

Sinar gama Bahan radioaktif Sinaran kosmik

Sumber : Whizz Thru Fizik SPM

3. Empat jenis gelombang elektromagnet dalam kehidupan harian

I. Gelombang radioGelombang radio ialah sejenis gelombang elektromagnet yang merambat melalui udara atau vakum. Gelombang ini merebak dari sumbernya, seperti riak air yang bergerak pada permukaan air selepas sebiji batu dibuang ke dalamnya.

Sumber : Penglihatan, cahaya dan warna

James Clerk Maxwell, seorang ahli matematik berbangsa Scotland yang pertama menemui gelombang ini pada tahun 1864. Beliau juga orang yang pertama memikirkan kegunaan untuk gelombang radio.

Gelombang panjang

FLT

FUT

Sumber : Penglihatan, cahaya dan warna

Gelombang radio mempunyai julat yang besar dengan frekuensi yang berlainan. Julat ini dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian atau jalur yang berlainan digunakan untuk tujuan yang berbeza. Jalur-jalur yang paling dikenali ialah jalur-jalur yang digunakan untuk radio tempatan. Ini dikenali sebagai jalur gelombang panjang dan jalur gelombang sederhana. Bahagian yang berfrekuensi lebih tinggi dikenali sebagai jalur gelombang pendek. Ia digunakan untuk komunikasi jarak jauh.

Dengan menggunakan jalur ini, isyarat dapat dihantar mengeliling dunia. Jalur FLT ( frekuensi lampau tinggi) dan FUT ( Frekuensi ultratinggi ) ialah kawasan dengan frekuensi yang jauh lebih tinggi. FLT mempunyai julat yang pendek dan digunakan untuk stesen radio tempatan serta oleh perkhidmatan polis, bomba dan ambulans. FUT akan digunakan terutamanya untuk isyarat televisyen dan radio.

Jarak gelombang radio merebak mengelilingi bumi bergantung kepada ionosfera, iaitu sebahagian daripada atmosfera bumi yang terletak kira-kira 60 - 500 km di atas permukaan bumi. Ia terdiri daripada zarah-zarah gas yang dicas secara elektrik. Zarah-zarah ini dikenali sebagai ion dan nama ionosfera berasal daripadanya. Ion dihasilkan apabila sinar ultraungu dari matahari menghentam zarah-zarah gas. Ionosfera bertindak seperti cermin dan memantulkan banyak gelombang radio.

II. Gelombang mikro

Sumber : Bahasa dan Komunikasi

Komunikasi jarak jauh telah memperlihatkan perkembangan yang pesat dalam masa 150 tahun sejak Samuel Morse mula-mula menggunakan telegraf elektriknya. Kini, utusan boleh dihantar melalui angkasa, seoerti di sepanjang dawai. Dengan menggunakan rangkaian satelit yang mengorbit jauh di atas permukaan bumi, utusan boleh dihantar ke merata-rata dunia. Kebanyakkan satelit ini dikelolakan oleh intelsat, sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh lapan puluh buah negara.

Satelit dalam orbit dinamakan satelit geostasionari. Dengan ketinggian ini, satelit boleh digunakan untuk menghantar isyarat telefon, teleks dan televisyen dari sebuah benua ke benua yang lain. Satelit menerima isyarat dari sebuah stesen di bumi, membesarkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarnya balik ke stesen bumi yang lain.

Sumber : Bahasa dan Komunikasi

Selepas satelit komunikasi dilancarkan ke dalam orbit geostasionari yang hampir sempurna, ia kelihatan tidak berapa pegun dari permukaan bumi. Aerial mesti disesuaikan agar sentiasa menghala tepat ke arah satelit. Aerial yang berbentuk mangkuk ini dugunakan untuk memancarkan isyarat dari bumi, manakala yang akan dugunakan untuk menerima isyarat dari satelit.

Isyarat yang akan dihantar ditukar kepada isyarat elektrik yang berubah-ubah. Kemudian isyarat ini digabungkan kepada gelombang mikro yang berfrekuensi tinggi yang boleh memancar dengan mudah.

Di stesen bumi, isyarat pada gelombang pembawa yang berbentuk utusan itu diasing dan dialirkan kepada penerima. Penerima mungkin merupakan telefon, radio atau televisyen. Mikro gelombang yang membawa utusan berpindah dengan kelajuan cahaya 3000000 kilometer sesaat. Jadi, walaupun suatu utusan dari London ke Malaysia dihantar pergi dan balik dalam angkasa untu jarak yang jauh, tetapi masa yang diambil hanya satu perempat daripada satu saat sahaja.

III. Inframerah

Sumber : Penglihatan, cahaya dan warna

Pada tahun 1800, Sir William Herschel menjalankan beberapa eksperimen dengan menggunakan cahaya. Beliau menghasilkan spektrum daripada cahaya matahariputih dan membenarkannya menimpa buli-buli sebuah thermometer peka yang dihitamkan. Beliau mendapati bahawa gelombang yang mengalir dari hujung ungu ke hujung merah spektrum mempunyai kuasa pemanasan yang semakin tinggi. Sesungguhnya, kuasa pemanasan ini terus bertambah melampaui cahaya merah yang dapat dilihat. Beliau yang menemui sinaran inframerah yang lazimnya dibahagikan kepada empat bahagianbergantung kepada jarak gelombang.

Eksperiman beliau menunjukkan bahawa sinaran inframerah boleh dibiaskan oleh prisma. Beliau juga dapat membuktikan bahawa sinaran ini dapat dipantulkan oleh plat logam yang digilap, seperti gelombang cahaya nampak dipantul dari permukaan cermin. Keabnyakkan sinaran inframerah diserap oleh kaca, tetapi hanya sedikit yang melalui kaca. Beliau mendapati bahawa kebanyakan sinaran inframerah yang tidak melalui kaca akan menghasilkan kesan rumah hijau.

Kegunaan penting bagi sinaran inframerah ialah mengimej secara terma. Ia membolehkan fotograf diambil dalam keadaan gelap walaupun sesuatu objek tidak memantul sebarang cahaya nampak dalam keadaan gelap, tetapi objek tersebut mengeluarkan sinaran terma. Sesetangah pasukan polis menggunakan peralatan seperti ini untuk melihat dalam keadaan gelap.

Menurut Kamaruzaman Moidunny (2005), gambar inframerah Bumi diambil oleh satelit yang beredar beberapa ratus kilometer di atasnya.Sesetengah gambar menunjukkan pergerakan awan di atmosfera dan membantu meramalkan cuaca. Air yang bersih dan jernih kelihatan hitam manakala air yang tercemardengan teruk kelihatan biru. Warna-warna ini bukanlah warna yang dilihat dari angkasa, tetapi mewakili kuantiti sinaran inframerah yang dipantul dari setiap objek.

Fotografi inframerah boleh digunakan untuk mengambil gambar badan manusia. Doktor dapat mengesan bahagian badan yang tidak sihat. Misalnya =, sel barah kerana sel-sel ini mengeluarkan lebih banyak haba berbanding dengan sel yang sihat.

IV. Sinar - x

Sumber : Penglihatan, cahaya dan warna

Sinar - x yang mempunyai jarak gelombang dalam julat 0.002 nm dan 12 nm. Pada asalnya, sinar - x dinamakan sinar Roentgen sempena nama Wilhelm Roentgen telah menemuinya secara kebetulan pada tahun 1895. Sinar ini biasanya dihasilkan dalam tiub vakum sinar - x. Elektron yang dihasilkan dalam tiub ini dipecutkan kepada kelajuan yang tinggi. Apabila elektron ini menghentam sasaran yang dibuat daripada logam tungsten di dalam tiub itu, sinar - x dihasilkan.

Sumber : Penglihatan, cahaya dan warna

Banyak bahan menjadi berpendarfluor apabila dihentam oleh sinar - x. Jika badan manusia diletakkan di antara tiub sinar - x dan skrin berpendarfluor, baying-bayang tulang terbentuk pada skrin kerana tulang menyerap lebih banyak sinar - x daripada daging di sekelilingnya. Pin penemat misalnya yang berada dalam badan boleh dikesan dengan adanya baying-bayang hitam. Skrin berpendarfluor boleh menggantikan filem fotograf. Dengan cara ini, retakan dan kerosakkan dalam logam dapat dikesan.

4. Rangsangam gaya hidup penduduk di Malaysia. Mendapatkan maklumat dengan cepat Generasi muda di Malaysia boleh mendapat maklumat dengan cepat hanya dengan melayari internet. Ini akan mengurangkan pembaziran masa untuk mereka yang ingin mendapatkan jawapan dalam jangka masa yang singkat.

Dapat menikmati rancangan televisyen luar negaraPenduduk di Malaysia dapat menonton rancangan televisyen dari luar negara seperti Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan sebagainya. ini adalah dari sumbangan satelit komunikasi. Dengan adanya perkhidmatan ini, penduduk di Malaysia juga berpeluang menonton siaran langsung sesetengah pertandingan seperti pentandingan Thomas Cup. Bidang perubatanDalam bidang perubatan, doktor dapat mengesan penyakit atau masalah pesakit dengan secepat mungkin dengan menjalankan scan. Ini akan mengelakkan pembaziran masa untuk meneka dan dapat menyelamatkan esakit dengan secepat mungkin.

PerhubunganDi Malaysia, sama ada warga emas atau kanak-kanak mempunyai telefon bimbit. Ini membolehkan mereka membuat perhubungan dengan rakan-rakan pada bila-bila masa. Telefon bimbit ini juga dapat menyelamatkan nyawa mereka jika berada dalam masa kecemasan.

5. Cara meminimumkan kesan-kesan negatif gelombang elektromagnet

Gelombang bunyi dan pelbagai jenis gelombang elektromagnet telah digunakan sebagai pembawa tenaga dalam bidang komunikasi, perubatan, kajian angkasa lepas, ramalan cuaca dan carigali minyak. Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak masalah atau impak yang bahaya yang ditimbulkan dari gelombang elektromagnet.

Untuk meminimumkan kesan-kesan negatif, pengguna perlu menghindarkan diri dari alatan elektronik. Contohnya, semasa menggunakan ketuhar, pengguna tidak boleh berdiri di hadapan ketuhar untuk menunggu masakan siap dimasak. Selain daripada itu, apabila hendak beristirehat, jauhkan barang-barang elektronik dari diri sendiri untuk mengelakkan radiasi.

Semasa hendak menggunakan telefon, pengguna boleh aktifkan speaker untuk mengurangkan radiasi yang hampir dengan diri sendiri. Semakin jauh antenna telefon dari kita semakin rendahnya sinarnya.

Pada zaman sekarang, smartphone menghasilkan radiasi yang lebih tinggi daripada telefon mudahalih yang biasa. Jadi pengguna perlu kurangkan bermain-main dengan smartphone pada setiap masa untuk menggelakkan kecederaan pada mata dan otak.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal kesejahteraan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi yang akan datang.

6. KesimpulanBerdasarkan maklumat yang didapati, dapatlah kita mengetahui bahawa betapa besarnya peranan gelombang elektromagnetik yang bermanfaat dalam kehidupan kita setiap hari. Kemajuan yang dicapai dalam bidang telekomunikasi membolehkan maklumat disimpan, diproses dan dihantar hanya dengan menekan butang sahaja.

Dalam bidang perubatan pula, doctor boleh membantu seseorang pesakit di rumah untuk menentukan jenis penyakit dan cara merawatnya melalui sistem komputer yang berkaitan. Selain daripada menggunakan teknik ultrasonic. doctor boleh menggunakan endoskop untuk memeriksa dan membedah seseorang pesalit dengan menggunakan cahaya laser melalui gentian optik pada endoskop yang dilenturkan masuk ke dalam badan pesakit itu. Satelit yang sedang mengorbit mengelilingi bumi boleh mengambil gambar inframerah tentang pergerakan awan di atmosfera untuk tujuan ramalan cuaca.

Menurut S. L. Chang (2010), penggunaan pengetahuan tentang sifat gelombang dapat memajukan tamadun manusia masa kini. Peralatan elektronik seperti telefon, televisyen dan komputer menjadi begitu penting dalam kehidupan harian kita sehingga kita tidak tahu apa yang boleh dibuat tanpa penggunaannya.

Walaupun penggunaan komputer memberikan manfaat kepada manusia,tetapi penyalahgunaan komputer pula mendatangkan masalah dunia dalam kehidupan kita. Contohnya penipuan boleh dilakukan oleh seseorang yang memasukkan data palsu tentang jumlah wang ke dalam akaun bank orang lain. Internet pula diguna oleh pihak tertentu untuk menyebarkan khabar angina tau fitnah untuk kepentingan sendiri. Satelit pula digunakan oleh negara-negara besar untuk mengintip negara-negara lain. Rancangan televisyen dari luar negara yang disiarkan melalui satelit tanpa penapisan mungkin mempengaruhi golongan muda di negara kita.

Walau apa jua keburukan yang disebabkan oleh penyalahgunaan peralatan telekomunikasi, pada zaman kini, kita tidak dapat membayangkan keadaan kehidupan tanpa teknologi komunikasi.

7. Rujukan

Kamaruzaman Moidunny. (2005). Elit SPM Fizik . Shah Alam : Cerdik Publications Sdn.Bhd.

Lee Cheng Xi & Lee Beng Hin. (2014). Whizz Thru Fizik SPM . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

S. L. Chang. (2010). Focus Goal Physics. Selangor : Penerbit Pelangu Sdn. Bhd.

Wikipedia. [Online]. http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Radio_transmition_ diagram_en.png. Available:[2014, Jun 20]

14