hbae2103 corak dan rekaan semester september
DESCRIPTION
draf tugasanTRANSCRIPT
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBAE2203
CORAK DAN REKAAN
TAJUK TUGASAN
Huraikan DUA teknik atau kaedah Cetakan mudah yang sesuai bagi murid-murid Tahap Satu.
Huraian teknik tersebut hendaklah diperjelaskan secara terperinci proses penghasilannya dan
disokong dengan bahan-bahan visual berserta contoh-contoh hasil cetakannya.
Nama
FIDELIA MUSEH
Nombor Matrik
780912125042001
NRIC
780912125042
Nombor Telefon
0198521341
Alamat E-mail
Nama Tutor:
EN. AHMAD HJ. MOHD.YASSIN
Pusat Pembelajaran:
OUM KENINGAU,SABAH
SEMESTER
SEPTEMBER 2015
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
2
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Definisi Cetakan 1
1.2 Jenis-jenis Cetakan 2
1.2.1 Cetakan Klasik 2
1.2.2 Cetakan Komputer 5
2.0 FUNGSI CETAKAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 6
2.1 Fungsi peribadi (individu) 6
2.2 Fungsi masyarakat (sosial) 6
2.3 Fungsi fizik 7
3.0 TEKNIK-TEKNIK PENGHASILAN CETAKAN 7
3.1 Aquantint 7
3.2 Blind 7
3.3 Collagraph / Kolagraf 8
3.4 Drypoint 8
3.5 Engraving 8
3.6 Etching (Goresan) 8
3.7 Iris / Giclee 9
3.8 Lithography (Litografi) 9
3.9 Mezotint (Mezotin) 9
3.10 Monotype (Monotaip) 10
3.11 Offset Lithography 10
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
3
KANDUNGAN MUKASURAT
4.0 DUA TEKNIK CETAKAN DAN PROSES PENGHASILANNYA 10
4.1 Cetakan timbulan menggunakan kad bergelugur 10
4.2 Cetakan timbulan menggunakan tali parcel 12
5.0 KESIMPULAN 16
RUJUKAN
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
4
1.0 PENGENALAN
Sejarah cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad
ke 7 Masihi di China. Seterusnya industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan
berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran
mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk
komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan
diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari
Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di
Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya.
Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni
lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia,
cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa
diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang
unik. Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat
berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang
larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache.
1.1 Definisi Cetakan
Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada
permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau
diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke
atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya
yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan
proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua
karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli. Karya seni cetak dilakarkan di atas
permukaan yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi
semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan
karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum
atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-
printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka,
disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan
permukaan kentang atau ketela.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
5
1.2 Jenis-jenis Cetakan
Cetakan terbahagi kepada 2 iaitu cetakan klasik dan cetakan komputer seperti yang
dihuraikan dalam perbincangan yang seterusnya.
1.2.1 Cetakan klasik
Cetakan klasik merangkumi cetakan timbul,cetakan benan,cetakan datar dan cetakan stensil.
a) Cetakan timbul (Relief)
Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul
untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Antara jenis cetakan timbulan ialah cetakan lino,cetakan
blok kayu, dan cetakan kolaj. Imej diukir di atas bahan yang mempunyai jalinan dan kertas
dilekatkan di atas kadbod untuk diletakkan warna.Rajah di bawah menunjukkan karya hasilan
teknik cetakan timbulan.
Cetakan Timbulan menghasilkan imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau
plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul yang
digunakan ialah kolaj, lino, potongan kayu, kadbod bergelugur dan sayur-sayuran.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
6
b ) Cetakan benam (Intaglio)
Cetakan benam atau dikenali juga sebagai cetakan intaglio merupakan imej yang
terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Kaedah cetakan benam merupakan
kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.Antara teknik yang digunakan untuk
menghasilkan cetakan benam ialah :-
i ) Gurisan asid (etching)
ii) Turisan(engraving)
iii) Akuantin (aquantint)
iv) Mesotin (mezzotint)
Rajah di bawah menunjukkan contoh hasilan berasaskan teknik cetakan kaedah cetakan
benam.
Cetakan ini menggunakan kaedah turisan di mana pengkarya mengukir, mengguris, atau
menuris pada permukaan yang keras seperti kayu dan logam. Dakwat atau warnanya di dalam
turisan yang akan menjadi imej. Sekiranya pengkarya menggunakan kaedah gurisan asid,
pengkarya akan menggunakan jarum guris untuk kesan jalinan halus. Plat logam seperti zink,
tembaga, aluminium atau keluli perlu disembur asid. Sekiranya pengkarya menggunakan
kaedah akuantin, plat perlu ditabur serbuk damar sebelum disembur asid. Sekiranya
pengkarya menggunakan kaedah mesotin, permukaan plat perlu dikasarkan dengan roker, alat
untuk mengasarkan plat cetak guris bagi mendapatkan kesan ton mirip dalam catan.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
7
c ) Cetakan datar (Planography/Lithography)
Cetakan datar dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar yang juga
dikenali sebagai litografi. Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air dengan
menggunakan blok batu kapur. Sifat kalis antara minyak dan air menghasilkan cetakan yang
kelihatan seolah-olah lukisan pensel.Rajah di bawah menunjukkan contoh karya yang
dihasilkan melalui teknik cetakan datar.
Cetakan ini menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang
digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara minyak dan air dapat
menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel. Mesin cetak digunakan untuk
menghasilkan cetakan jenis ini. Proses mencetak menggunakan batu kapur, logam atau plastik
melalui teknik penolakan minyak dan air. Kekalisan antara minyak dan air boleh diolah untuk
menghasilkan cetakan yang mirip lukisan pensel, pen, dakwat, kapur, atau berus.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
8
(d) Cetakan stensil/saring sutera (Seriography)
Penghasilan karya dengan menggunakan teknik cetakan stensil atau juga dikenali
sebagai cetakan sutera saring atau sarigrafi adalah menggunakan kain sutera(organdi) yang
diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau
skrin fotoemulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.Lihat
contoh karya di bawah ini.
Cetakan ini terhasil daripada kain sutera akan diregangkan pada pemidang. Imej cetakan
dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Cetakan jenis ini
menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat di atas permukaan kertas. Cetakan jenis ini
menggunakan empat jenis stensil iaitu potongan kertas pendua, filem leker, lilin, dan juga
menggunakan sutera saring.
1.2.2 Cetakan Komputer
Cetakan komputer pula merupakan karya- karya yang dihasilkan dengan penggunaan
komputer. Penerokaan media elektronik bagi pengkaryaan yang penting ini telah membawa
perhatian kepada kesan- kesan proses globalisasi ke atas konteks era informasi masa kini.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
9
2.0 FUNGSI CETAKAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
2.1 Fungsi peribadi (individu)
Menurut Dedi Nurhadiyat (2004), pengertian fungsi seni dalam individu adalah
konsep penciptaan seni yang lebih menekankan pada proses emosional para seniman. Di sini,
peranan seniman sebagai pencipta dalam menciptakan sebuah karya seni, semua idea,
imaginasi, pemikiran dituangkan sehingga menghasilkan sebuah karya seni. Menurut Drs.
Popo Iskandar, seni merupakan hasil ungkapan emosi seseorang yang ingin disampaikan
kepada orang lain, dilakukan dengan kesengajaan dan kesedaran hidup bermasyarakat. Bagi
seorang seniman, karya seni itu mencitrakan pemikiran dan karakter psikologis dari
penciptanya. Oleh sebab itu, ketika seseorang individu mengamati sesebuah karya seni, di situ
dapat dibaca karakter seniman. Selain itu, bagi seniman juga akan tercapai kepuasan jiwa atau
diri ketika semua konsep pemikirannya telah tertuang dalam karya. Perlu ditekankan di sini
bahawa fungsi individu dari seni itu dapat tercapai dengan sempurna jika seniman itu
berkarya dengan jujur dan berkarya dengan hati. Menurut Zaihidee (2009), seni dapat
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual.
2.2 Fungsi masyarakat (sosial)
Setiap karya seni yang diciptakan seniman pada umumnya akan disajikan kepada
masyarakat atau audien. Ketika karya seni itu hadir di dalam masyarakat, maka wujudlah
interaksi antara audien dan karya seni tersebut. Dari situ karya seni dinikmati dan dihargai
sehingga timbullah proses komunikasi. Dalam mengamati sebuah karya seni, audien bebas
menilai, mencari, dan menggali makna visual dari sebuah karya seni. Fungsi seni dalam
masyarakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu fungsi rekreasi dan fungsi komunikasi.
Fungsi seni yang berhubungan dengan rekreasi ialah apabila karya seni itu dikonsep atau
diprogram untuk menarik perhatian. Dalam hal ini para audien dapat menikmati sebuah karya
seni secara langsung dan tidak langsung. Pengamatan secara langsung dapat dilihat pada
pameran lukisan, pameran patung dan seni umum. Manakala apresiasi karya seni yang tidak
langsung, mempunyai pengertian apabila karya seni tersebut tidak dijadikan konsep utama.
Maksudnya, sesebuah karya seni itu hanya sebagai pelengkap dalam suatu acara atau
bangunan. Sebagai contoh, karya cetakan yang terdapat pada dinding restoran, hotel dan
pejabat. Manakala fungsi seni yang berhubungan dengan komunikasi adalah apabila sesebuah
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
10
karya seni itu mempunyai mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Antara karya
seni yang mempunyai mesej adalah poster, brosur, dan iklan.
2.3 Fungsi fizik
Pengertian fungsi seni secara fizik ini erat hubungannya dengan seni pakai atau nilai
guna. Karya seni memang mempunyai fungsi dalam kehidupan seharian manusia sebagai
penyokong kehidupan. Walaubagaimanapun, karya seni yang berorientasikan fungsi fizik
telah mengabaikan nilai estetika dari karya tersebut kerana lebih menekankan keselesaan
pemakai dan mudah digunakan seiring dengan perkembangan moden. Hal ini menyebabkan
karya seni ini mempunyai nilai estetika yang rendah.
3.0 TEKNIK-TEKNIK PENGHASILAN CETAKAN
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan di dalam proses menghasilkan cetakan.
Antaranya termasuklah, teknik aquantint, blind, kolagraf, drypoint, engraving, etching, ris,
litografi, mezotin, monotaip, dan offset lithography.
3.1 Aquantint
Teknik aquantint merupakan teknik yang mampu untuk menghasilkan sesuatu
berkaitan dengan nada dan bunyi tanpa adanya had secara pemeringkatan untuk mengubah
semula warna dakwat yang basah dan rata dalam bahagian yang luas atau lukisan cat air yang
melalui goresan mikroskopik yang amat baik. Ia juga akan membuat lubang terhadap imej
pada permukaan yang utama. Kebiasaannya, ia diperbuat daripada zink dan tembaga yang
baik. Majoriti artis Goya di Sepanyol (1748-1828) melakukan kerja yang berkaitan dengan
grafik dengan menggunakan teknik ini.
3.2 Blind
Teknik yang seterusnya adalah teknik blind yang merupakan teknik cetakan yang
menggunakan sambungan yang tidak rata untuk menghasilkan jalinan timbul yang lembut
atau tidak ketara pada imej putih pada putih ditekankan pada bahagian imej timbul pada
kertas yang tidak berkaitan. Teknik ini biasanya banyak digunakan dalam cetakan jepun.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
11
3.3 Collagraph / Kolagraf
Teknik yang seterusnya adalah teknik kolagraf yang merupakan teknik yang menolak
ke dalam daripada blok yang tahan pada setiap hasil kerja atau ciptaan yang direka seperti
kolaj untuk menghasilkan cetakan timbul.
3.4 Drypoint
Teknik yang seterusnya adalah drypoint iaitu teknik cetakan ukiran benam dalam
bentuk yang keras seperti permukaan besi atau keluli yang telah diukir dalam bentuk garisan
untuk menghasilkan getaran yang menjadikan ciri atau sifat lembut dan garisan yang seperti
baldu dalam cetakan terakhir.
3.5 Engraving
Teknik yang seterusnya adalah teknik engraving iaitu teknik yang diperbuat daripada
kepingan bidang logam yang telah diukir atau digoreskan dalam bentuk garisan mengikut
kehendak pengkaryanya. Garisan yang telah diukir hendaklah dicetak dengan tekanan yang
berat.
3.6 Etching (Goresan)
Teknik cetakan ini merupakan teknik yang menggunakan kaedah goresan pada
permukaan kepingan bidang logam. Pada peringkat permulaan, permukaan logam hendaklah
disepuhkan dengan sejenis asid yang tahan karat untuk logam. Kemudian, mulakan dengan
melakukan kerja-kerja goresan untuk menghasilkan imej ukiran benam atas permukaannya.
Permukaan logam yang terdedah dengan kesan ukiran akan dimakan sedikit demi sedikit
apabila ia direndamkan ke dalam asid. Hasilnya akan membentuk garisan apabila ditekankan
pada sekeping kertas selepas kepingan logam tadi dibancuhkan dengan dakwat untuk proses
cetakan. Teknik ini telah diperkenalkan oleh Daniel Hopfer (1493-1536). Teknik ini juga
adalah lebih baik berbanding teknik engraving dan amat terkenal sebagai seni grafik semasa
tahap awal zaman Rembrandt dan zaman Herculas Segher kira-kira abad ke-17. Hal ini
mengingatkan kita pada hari ini bahawa teknik ini merupakan salah satu daripada teknik yang
serba guna dan juga merupakan teknik yang menimbulkan kesan cetakan yang halus.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
12
3.7 Iris / Giclee
Teknik ini merupakan teknik reproduksi dengan menggunakan komputer di dalam
setiap imej topologi adalah hasil daripada fail digital dan dicetak keluar menggunakan mesin
cetak ink jet yang istimewa, menggunakan dakwat, cat akrilik dan cat minyak. Giclee juga
merupakan salah satu daripada cetakan yang menawarkan ijazah tertinggi dalam ketepatan
serta kekayaan warna yang telah tersedia untuk digunakan di dalam mana-mana teknik
reproduksi komputer.
3.8 Lithography (Litografi)
Teknik ini merupakan proses percetakan yang menggunakan cap batu atau logam.
Teknik ini merupakan proses planografik di dalam setiap cetakan yang menolak kedalam
tekanan dari permukaan batu atau bahagian atas logam yang sensitif secara kimia. Seterusnya,
bahan kimia ini akan membolehkan dakwat melekat hanya pada kawasan yang dicipta dan
menolaknya dari kawasan imej yang tidak dikehendaki. Litografi telah dicipta sekitar tahun
1798 di Solnhofen, Jerman oleh Alois Senefelder. Sejarah awal berkenaan dengan teknik
Litografi ini adalah didominasi oleh artis dari Perancis yang terkenal seperti Daumier dan
Delacroix dan kemudiannya disambung oleh Degas, Toulouse-Lautree, Picasso, Braque dan
Miro.
3.9 Mezotint (Mezotin)
Mezzo bermaksud setengah dan tint pula adalah tinta yang bermaksud irama.
Berbanding dengan cara menggunakan teknik engraving, teknik ini menggunakan tembaga
atau permukaan keluli yang rata untuk menghasilkan ilustrasi dalam ukiran timbul dengan
adanya kesan teknik cahaya dan bayang-bayang. Bahagian utama dalam permukaan objek
yang rata adalah dijadikan kasar dengan menggunakan alat yang disebut sebagai jumpelang
rocker semasa proses mendakwat, ia akan dicetak dengan dakwat yang terang. Bahagian
yang sepatutnya adalah putih atau kelabu di dalam cetakan adalah digosok ke bawah.
Kebiasannya, teknik ini digunakan semasa abad ke-18 dan abad ke-19 untuk menghasilkan
portrait dan lukisan yang lain tetapi menjadi kuno ataupun telah dilupakan setelah wujudnya
teknik photoengraving.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
13
3.10 Monotype (Monotaip)
Teknik ini merupakan antara teknik yang diperbuat daripada lukisan yang dihasilkan
pada kepingan logam atau gelas dan pindahkan lukisan yang masih basah tadi kepada
kepingan kertas dengan menggunakan tangan atau teknik menekan etching. Jika masih
terdapat baki yang mencukupi tertinggal pada atas permukaan logam tadi, cetakan tambahan
masih lagi boleh dibuat. Walau bagaimanapun, cetakan semula ini akan menjadi lebih kuat
dan teguh daripada imej sebenar. Cetakan monotaip bukanlah proses menghasilkan replika
berganda sejak setiap cetakan.
3.11 Offset Lithography
Teknik ini merupakan teknik photomekanikal yang istimewa kerana setiap imej yang
dicetak akan dipindahkan kepada permukaan logam yang negatif dan dicetak pada atas kertas.
Teknik ini sangat berkesan digunakan pada cetakan yang berwarna.
4.0 DUA TEKNIK CETAKAN DAN PROSES PENGHASILANNYA
4.1 Cetakan timbulan menggunakan kad bergelugur
Seorang guru yang berkesan seharusnya mampu untuk memudahkan sesuatu proses
cetakan itu mengikut kesesuaian kefahaman muridnya. Sebagai contoh, cetakan timbulan
yang asalnya menggunakan blok kayu boleh digantikan dengan kad bergelugur. Hal ini akan
membolehkan murid-murid dapat belajar cetakan mengikut kefahaman dan kemahiran
mereka. Antara alat dan bahan yang mudah dan sesuai untuk murid tahap satu adalah kad
bergelugur, gunting, kertas lukisan, berus lukisan dan warna poster atau warna air.Berikut
adalah salah satu contoh cetakan timbulan serta proses penghasilannya yang sesuai untuk
tahap 1.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
14
Murid melakar bentuk dan menggunting kad bergelugur untuk dijadikan blok cetakan.
Murid mewarna permukaan yang bergelugur pada blok cetakan menggunakan warna poster
kemudian mencetak mengikut susunan cerminan berdasarkan kreativiti.
Hasil cetakan menggunakan kad bergelugur yang telah siap.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
15
4.2 Cetakan timbulan menggunakan tali parcel
Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), cetakan bermaksud sesuatu yang dicetak
di atas kain atau kertas. Guru yang berkesan haruslah fleksibel dalam memilih alat dan bahan
mengikut kesesuaian murid-murid tahap satu. Bahan yang boleh digunakan untuk
menghasilkan cetakan timbulan adalah seperti kertas lukisan, warna air, berus lukisan, tali
parcel, kertas tebal, gam UHU, dan gunting.Contoh penghasilan cetakan yang kedua
diterangkan mengikut langkah di bawah.
Ukur kertas keras mengikut saiz yang dikehendaki.
Gunting kertas tebal mengikut saiz yang diukur.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
16
Lukiskan corak mengikut kreativiti masing-masing.
Sapukan gam UHU mengikut garisan gambar yang telah dilukis.
Lekatkan tali parcel di atas gam mengikut garisan gambar tadi.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
17
Sapukan warna air menggunakan berus lukisan.
Cetakkan gambar di atas kertas lukisan. Ulang sehingga selesai.
Hasil cetakan yang telah siap.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
18
5.0 KESIMPULAN
Pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk
mengekalkan minat pelajar. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik mencorak yang boleh guru
aplikasikan untuk menarik minat murid-murid dalam berkarya. Walaupun proses penghasilan
cetakan agak rumit pada asalnya, sebagai seorang guru yang berkesan haruslah boleh
mengubahsuai ataupun bersifat fleksibel semasa pembelajaran dalam bilik darjah dijalankan.
Seperti yang kita sedia maklum, alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan cetakan
tidak sesuai untuk murid-murid tahap satu kerana tahap kemahiran mereka belum cukup
tinggi untuk menggunakan alat dan bahan serta proses yang rumit. Hal ini kerana murid-
murid tahap satu belum mahir untuk mengukir kayu atau menggunakan penggolek warna dan
dakwat cetakan. Selain itu, isu kebersihan dan keselamatan juga perlu diambil kira. Bagi
memastikan murid-murid masih mampu untuk mengenal dan menguasai seni cetakan ini
terutama sekali murid-murid tahap satu, guru haruslah bersifat fleksibel iaitu mampu memilih
alat dan bahan serta proses yang mudah sesuai dengan kefahaman dan kemahiran murid-
murid tahap satu. Sekiranya guru mampu untuk berfikir sedemikian, semua murid akan dapat
mempelajari dan mengenali seni cetakan ini pada peringkat awal lagi.
-
HBAE2103 CORAK DAN REKAAN FIDELIA MUSEH 780912125042001/0UM/MT
1
RUJUKAN
Dedi Nurhadiyat. (2004), Seni Rupa. Jakarta : Grasindo.
Mohd. Zaihidee Hj. Arshad (2009), HBAE2103 Corak dan Rekaan. Kuala Lumpur : Open
University Malaysia ( OUM ).
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
LAMAN WEB
http://senivisual1.blogspot.com/search/label/cetakan#ixzz0gR3b5wgi
http://muhammadfaiz94.blogspot.my/2012/03/teknik-teknik-dalam-cetakan.html
http://duniasenivisualtahun2.blogspot.my/2011/12/corak-teknik-cetakan.html
http://www.seputarpengetahuan.com/2015/06/21-pengertian-seni-menurut-para-ahli.html
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASATAJUK TUGASANNamaFIDELIA MUSEHNama Tutor:EN. AHMAD HJ. MOHD.YASSIN