hala tuju pendidikan johorjpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/holistik/write up tuan... ·...
TRANSCRIPT
HALA TUJU PENDIDIKAN JOHORPENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
CIKGU HJ. AZMAN BIN ADNAN
Mukasurat1 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
1. Landskap semasa pendidikan Johor.
Pendidikan adalah dinamik sifatnya, perubahan–perubahan yang berlaku
dalam pendidikan adalah sesuatu yang perlu dan tidak dapat kita elakkan.
Usaha kita sepuluh tahun lampau mungkin tidak lagi menepati kehendak
pendidikan semasa. Kita seharusnya khuatir dengan pemikiran lama tanpa
melakukan perubahan, apa yang diamalkan mungkin menjadi usang kepada
pendidikan terkini. Elemen-elemen pedagogi, pengurusan dalam pendidikan
perlu berkembang dan berubah mengikut situasi semasa. Kita harus kekal
relevan dengan arus pendidikan semasa. Seharusnya kita menganalisis diri dan
organisasi kita. Adakah cara kita berfikir dan bertindak sesuai dengan
kehendak sistem atau pelanggan kita?
Untuk itu, saya menuntut agar semua komponen pendidikan sama ada
kepimpinan, guru termasuklah komuniti dan masyarakat untuk mengubah
cara kita berfikir, cara bertindak dan cara bekerja agar selari dengan kehendak
pendidikan semasa. Saya ingin memetik kata-kata Sir Winston Churcill “To
Improve is to change, to be perfect is to change often”, betapa kita perlu berubah
dalam semua aspek untuk memperbaiki apa yang telah kita capai selama ini.
Tuan –puan, dewasa ini sektor pendidikan kita mengalami perubahan dasar
dan polisi yang lebih menyeluruh sifatnya. Ybhg. Dato KPPM memberi nafas
baharu dalam wacana beliau Melangkah Ke Hadapan seterusnya Naratif
Baharu Amalan Pendidikan. Ini bukanlah hala tuju retorik, sebaliknya kita
perlu menyambutnya dengan melakukan perubahan-perubahan di luar
kebiasaan. Kita harus sedar bahawa Pembelajaran Beroreintasikan
Perkembangan (Growth Oriented Learning) perlu menjadi keutamaan dalam
usaha kita mengoptimumkan potensi anak-anak kita. Buatlah refleksi diri dan
sistem yang kita warisi. Adakah tumpuan usaha kita hanya kepada yang ada
potensi cemerlang dalam akademik? Bukankah kita seharusnya
Anjakan ke 8
Mentranformasi
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian KPM, JPN dan
PPD
OPMT Melangkah Ke Hadapan Naratif Baharu Amalan Pendidikan
Siri Ucapan KPPM Kinta River Front
Mukasurat2 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
membangunkan potensi setiap murid dan memberi peluang kepada semua
murid memperagakan bakat yang pelbagai? Apakah kita lupa bahawa kita
perlu memupuk nilai, akhlak dan adab dan menyediakan ruang untuk mereka
membesar sebagai insan yang berhati mulia? Di mana maruah dan harga diri
anak-anak kita jika kemahiran minimum pun gagal kita berikan. Harus kita
fikirkan?
Walau bagaimanapun sejujurnya tahniah kepada semua lapisan warga
pendidikan negeri Johor, kita sentiasa memperbaharui tekad dan menilai
keberkesanan usaha kita. Kita mempunyai hala tuju “way foward” yang jelas
dan selari dengan dinamiknya pendidikan terkini. Kita bermula dengan One
Step A Head sehinggalah Johor Showcase g2. Kita sentiasa menilai dan
memperbaiki hala tuju kita. Tuan-tuan telah melaksanakan tugas dengan baik.
Kita tidak kalah di mata rakan –rakan pendidikan negeri lain. Pelbagai segmen
pencapaian kita telah berjaya. Momentum ini harus dikekalkan dan ditambah
baik tanpa kita berhenti dan berpuas hati. Raikanlah kejayaan kita tetapi
perkara yang lebih mustahak adalah untuk kita belajar daripada kegagalan atau
kesilapan kita. Bagaimana kita menilai semula langkah kita untuk mencipta
kejayaan yang lebih baik dari sebelumnya.
Daya tahan dan semangat juang kita harus luhur. Ini kerana apa yang telah kita
bina harus kita perbaiki sesuai dengan kehendak terkini. Ini adalah cabaran
yang kita tak boleh lari. Minda baharu dan perubahan cara bekerja adalah
perlu. Kita sedar keinginan pelanggan kita yang pelbagai dan tuntutan pasaran
kerja yang sudah berubah. Kitalah yang harus menyedia anak-anak kita
sebaiknya untuk masa depan zamannya. Ini sesuai dengan kata-kata Saidina Ali
Abi Talib, Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya. Iltizam JPN Johor
adalah jelas untuk terus menerajui perubahan (leading the change).
6 Aspirasi Murid
Mukasurat3 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
Kita mempunyai hasrat yang besar untuk membangunkan potensi sumber
manusia kita sebagai pemimpin masa hadapan (future leader) melalui strategi
Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan. Nurturing
future leaders, to optimize potential. Untuk mencapai hasrat ini, Pendidikan
Holistik akan menjadi acuan pendidikan negeri Johor dan ianya akan bersifat
memacu ke arah masa hadapan (future driven).
2. Asas gerak kerja pendidikan Johor
Semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus kita jiwai dengan jitu. Ini
adalah tunjang ketika kita membidani anak-anak untuk masa hadapan. Bagi
memastikan hala tuju pendidikan tidak lari dari matlamat ini, kerangka kerja
yang jelas telah dibina dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Di peringkat pusat, kita perlu mendokong usaha-usaha memberi
fokus kepada perkembangan murid dengan menekankan pembelajaran
berorientasikan perkembangan. Sejajar dengan itu, inisiatif di peringkat
nasional diperkukuh dengan Amanat Tahun Baharu, Hala Tuju Pendidikan
Malaysia oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 4 Januari 2019 di
Universiti Putra Malaysia. Antara lain, kesedaran akses pendidikan untuk
semua dengan tumpuan pendidikan berteraskan nilai; peningkatan kualiti
selurus sistem; autonomi dan akauntabiliti. Inisiatif di peringkat negeri pula,
kita perkasakan melalui 6 Teras Strategik Pendidikan Johor. Semua ini
menjadi teras dalam kita melaksanakan usaha dan inisiatif membangunkan
pendidikan Johor. Saya setuju, pendidikan bukanlah tentang penghujungnya
semata-mata tetapi proses berterusan mengejarnya. Oleh itu, konsep
pembelajaran tidak hanya tertakluk di sebalik four walls of room. Konsep
pembelajaran yang baik mestilah relevan di setiap masa dan setiap tempat.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-
2025)
Naratif Baharu Amalan
Pendidikan
Ucap Utama YB Menteri
Pendidikan pada 14 Januari
2019, Universiti Putra
Malaysia
6 Teras Strategik JPN Johor.
Mukasurat4 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
Inilah yang menguatkan saya untuk memacu pendidikan holistik di negeri
Johor.
3. Apa itu Pendidikan Holistik?
Sekiranya sasaran membangunkan potensi anak-anak perlu menyeluruh, maka
usaha-usahanya juga perlu bersifat holistik dan melibatkan sumber manusia
secara menyeluruh. Asasnya pendidikan yang merangkumi semua keperluan
bagi setiap dimensi dan pelbagai kemahiran (multiskilling) berasaskan nilai-
nilai sejagat demi kemakmuran bersama melalui strategi mengoptimumkan
potensi (usaha dan keberhasilan) semua entiti pendidikan, guru,murid, staf
serta pemegang taruh (stake holders) dalam pendidikan melalui inisiatif
holistik dan berterusan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan.
Dimensi dalam membangunkan potensi murid atau kemenjadian murid harus
meluas dan bersifat holistik untuk mencapai sasaran pemimpin masa hadapan
yang dinamik, mempunyai teras nilai yang kukuh dan kekal relevan pada
sebarang situasi dan masa. Miller (1991)menyarankan agar garis horizon
makna pendidikan ini diperluaskan. Ini adalah benar kerana ada kalanya kerja
buat kita bersifat mencapai penarafan atau mengejar cemerlang sahaja.
Bagaimana pula dengan pembangunan murid itu secara menyeluruh seperti
membangunkan intelektual mereka, memperaga bakat, membina nilai emosi,
kemahiran bersosial, kreativiti atau nilai kerohanian mereka? Dimensi-dimensi
ini perlu kita bangunkan secara tuntas, selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Konsep holistik dalam pendidikan Johor juga adalah melihat kepada jaringan
usaha dengan melibatkan semua entiti. Kerja secara “silo” tidak lagi boleh
menjadi amalan. Kita melihat kelompok ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta
mempunyai kekuatan yang sangat besar untuk turut memberi sumbangan
Ringkasan Eksekutif PPPM
Sistem pendidikan yang
komited untuk membangunkan
murid secara menyeluruh.
E-4 – Ekshibit2
Cabaran kekal wujud dalam
mencapai keberhasilan murid
E7- Ekshibit 4
Ringkasan Eksekutif PPPM
Enam ciri utama (aspirasi
murid) selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsan
E10- Ekshibit 8
# 62 –Pelibatan ibu-
bapa,komuniti, swasta dalam
pendidikan.
Bab7-21
Mukasurat5 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
kepada pendidikan. Jelas kita berkongsi hasrat yang sama untuk melihat anak-
anak kita membesar dengan potensi dan bakat mereka digilap dan diwarnai
dengan nilai-nilai akhlak yang luhur. Sewajarnyalah kerjasama silang dengan
semua pihak ini menjadi usaha menyeluruh, akhirnya membentuk sebuah
masyarakat madani. Pedekatan holistik inilah yang kita harapkan untuk
membina pemimpin masa hadapan yang bertunjangkan nilai yang berupaya
menghadapi cabaran zamannya.
Holistic education is a philosophy of education based on the premise that
each person find identity, meaning, and purpose in life through connections to
the community, to the natural world, and to humanitarian values such as
compassion and peace. Holistic education aims to call forth from people an
intrinsic reverence for life and a passionate love of learning.Ron Miller
Pengukuhan Pendidikan Islam,
Nilai, Pendidikan Moral dan
Sivik
Bab7-19
4. Bagaimana Strategi ?
“A vision without a strategy remains an illusion.” Lee Bolman.
Mengapa saya memilih DRONE? Boleh sahaja saya memilih mana-mana bahan
maujud dalam dunia ini sebagai analogi dalam pengurusan sesebuah
organisasi. Sebaliknya saya lebih tertarik dengan drone kerana bukan sekadar
teknologinya, kemampuannya atau fleksibilitinya, tetapi yang lebih penting
ialah tentang bagaimana propeller boleh mengimbangi dan menyokong drone
ini bergerak dan berfungsi semaksimumnya. Perkara ini mempunyai
persamaan dengan mana-mana organisasi. Kalau satu propeller tidak boleh
berfungsi, atau satu unit, atau mana-mana individu tidak boleh berfungsi
sebaiknya, pasti organisasi tidak boleh bergerak dengan lancar. Sebab itu, kita
harus pastikan semua sayap pendidikan, semua komponen pendidikan perlu
berfungsi semaksimumnya. Jika tidak, organisasi kita tidak akan mencapai
Mukasurat6 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
sasaran yang dihasratkan. Bukankah keadaan yang seperti ini juga menepati
dengan ciri-ciri organisasi kita di JPN, PPD mahupun di sekolah?
Satu lagi, saya hendak berkongsi tentang tools (kamera) dalam drone. Tetapi
saya bukan hendak bercakap tentang kamera, tentang kemampuan kamera,
tentang apa yang boleh dirakam, tentang apa yang disimpan, tentang
resolusinya. Sebaliknya, yang saya hendak kongsikan ialah tentang tools.
Mekanik, kalau tanpa tools, mekanik tidak dapat melakukan apa-apa pada
kenderaan kita. Juruteknik elektrik datang ke rumah kita tanpa tools, bolehkah
kerosakan dikesan? Bolehkah pembaikan dibuat? Malah seorang juruterbang
juga mempunyai tools iaitu SOP yang perlu dipatuhi pada kadar 100%. Jika
tidak, kita tidak akan sampai ke destinasi kita dengan penuh yakin dan selamat.
Begitu juga dengan kerja kita. Menjadi pengarah di JPN ada tools nya. Menjadi
Pegawai Pendidikan Daerah di PPD ada tools nya. Tentu sekali menjadi
pengetua dan guru besar di sekolah ada tools nya, iaitu dokumen SKPMg2. Pun
begitu, sejauh mana kita menguasainya, sejauh mana kita memahaminya,
sejauh mana kita memanfaatkannya, sejauh mana kita merujuk dalam kerja
buat, sejauh mana SKPMg2 membantu kerja buat kita. Adakah kita sangat
concern dengan segala perkara yang terkandung dalam SKPMg2? Adakah
SKPMg2 menjadi amalan dalam kerja buat kita atau sekadar kita lihat bila kita
hendak isi skor dalam portal NKRA? Banyak tanda tanya sebenarnya. Sebab itu
tuan puan, gunakan SKPMg2 dalam semua kerja buat kita. Baik ketika kita
merancang kemajuan sekolah, menentukan halatuju sekolah, membudayakan
kepimpinan instruksional dalam PdPC, dalam pencerapan guru, ataupun dalam
pemantauan kemajuan murid. Soalannya ialah, sejauh mana kita telah
memanfaatkan SKPMg2. Saya sekadar mengambil contoh, kalau dalam
pelaksanaan pencerapan guru, adakah guru dicerap dengan betul? Adakah
maklum balas diberikan? Adakah bimbingan dibuat? Adakah tindakan susulan
Mukasurat7 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
dibuat? Sejauh mana tindakan susulan mematuhi perancangan secara
menyeluruh dan berkesan? Adakah analisis dibuat? Adakah kelemahan-
kelemahan guru secara umumnya dikesan? Adakah terdapat perancangan
dalam PLC dan CPD untuk menyelesaikan kelemahan guru? Semua ini adalah
perkara-perkara yang terkandungan dalam panduan SKPMg2.
4.1 Pemikiran baharu.
Prioritinya adalah sangat jelas. Kita harus bergerak ke arah satu pemikiran
baharu. Minda kita perlu bersedia untuk menerima bahawa perubahan dalam
pendidikan yang sedang dan akan berlaku. Banyak keperluan dan tuntutan
pendidikan masa kini yang perlu dipenuhi. Dunia pendidikan bukan lagi
sekadar mengajar tulis, baca dan mengira tetapi banyak lagi dimensi dan
potensi murid perlu diterokai dan diterjemahkan dalam bentuk kemenjadian.
Hakikat perubahan ini mesti diakui dan minda kita harus berubah dalam
melihat perspektif yang lebih luas dan dinamik.
Untuk itu, cara berfikir kita perlu berubah. Saya menyeru agar semua lapisan
pendidikan dan rakan strategik kita (ibu-bapa dan komuniti) dapat segarkan
semula cara kita berfikir. Ada pemikiran lama yang menghalang kita untuk
melangkah ke hadapan dan boleh mengagalkan usaha kita. Memadaikah kita
hanya berfikir dalam subsistem kita sahaja? Fungsi PIBG yang streotaip, hanya
menyumbang dana sahaja? Melebel murid hanya dari sudut akademik sahaja,
seolah-olah tiada potensi lain yang ada pada murid. Ini antara contoh –contoh
pemikiran lama yang perlu kita nyah atau uninstall dari kotak fikiran kita.
Tranformasi system pendidikan
yang merangkumi perubahan
penting selari dengan
permintaan baharu dan
harapan masyarakat.
Objektif ke 3-PPPM
E-1
Anjakan ke 9
Bekerjasama dengan ibu-
bapa,komuniti dan sektor
swasta secara meluas
6 Aspirasi Murid
Memaksimumkan keberhasilan
untuk murid.
Bab 6-8
Mukasurat8 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
4.2 Memaksimumkan Keberhasilan
Cara bekerja kita juga perlu mesti berubah, kerangka kerja kita perlu
mengutamakan keberhasilan. Kita tidak harus selesa bahawa kita telah
melaksanakan program, sebaliknya impak program yang perlu menjadi ukuran
kita. Kita perlu membuat penilaian bagi setiap tindakan yang telah
dilaksanakan oleh kita. Semakan perlu bagi melihat keberhasilan dan
kelemahan untuk tujuan penambahbaikan. Sama-sama kita cuba hayati budaya
memaksimumkan keberhasilan dalam setiap usaha kita melalui prinsip kerja
di bawah.
Tranformasi KPM-Bab 6
Pelan Tindakan:
Memaksimumkan keberhasilan
untuk murid.
Bab 6-8
4.3 Strategi melalui Prinsip Kerja Pengarah (DRONE)
Seiring dengan pemikiran baharu kita memerlukan kepimpinan di semua
peringkat sama ada pemimpin bagi sesebuah organisasi di Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), mahupun di sekolah ataupun
pemimpin-pemimpin dalam subordinat masing-masing dalam sektor, unit,
panitia dan sebagainya memerlukan pemikiran baharu dan mempunyai kuasa
memacu (drive power) organisasi ke tahap yang lebih baik. Kita bukan sekadar
perlu menyediakan tenaga sumber manusia bagi menjana serta
mengoptimumkan potensi murid-murid untuk membolehkan mereka
berdepan dengan dunia sebenar yang serba mencabar masa kini semata-mata.
Tetapi lebih penting lagi kita perlu menyediakan mereka untuk masa hadapan
yang pastinya ia di luar jangkaan. Kita memerlukan satu perubahan anjakan
besar dalam pemikiran baharu sebab itulah saya tegaskan secara analogi
sebuah drone. Konsep distributed leadership atau empowerment ketua jabatan
dalam mengawal dan memberi kepercayaan kepada subordinat untuk
melaksanakan fungsi–fungsi strategik masing-masing berasaskan potensi.
Keupayaan ketua mengawal selia sumber manusia di bawah kawalan masing–
Rujuk- SKPMg2
Standart 1
1.1.2 Mengetuai RPS
1.1.3 Memantau opreasi
Standart 2
1.2.2 Membimbing SLT
Mukasurat9 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
masing sangat penting. Ianya boleh membawa kepada optimum potensi atau
sebaliknya. Analoginya, DRONE mungkin dioptimumkan atau gagal berfungsi
dan ianya bergantung kepada pengawal DRONE (ketua organisasi).
i) Data Driven ( Berasaskan Data)
Kepimpinan bagi sesebuah organisasi perlu memahami konsep dalam analogi
DRONE ini, saya bukan sekadar ingin membawa perhatian tuan-tuan dan puan-
puan terhadap konsep DRONE itu semata-mata tetapi pemikiran baharu harus
diselitkan juga dengan beberapa prinsip dan cara kerja yang mudah.
Secara mudahnya saya takrifkan seperti akronim DRONE. Mari kita lihat
keperluan DATA DRIVEN dalam membina atau membuat apa-apa jua
perancangan, melaksanakan intervensi, mencari apa jua isu atau kelemahan,
pengubahsuaian, membuat keputusan, dan juga proses POLC (Planning,
Organizing, Leading, Controlling). Semuanya harus berteraskan pada data dan
bukannya hanya berteraskan andaian dan persepsi semata-mata di semua
peringkat sama ada untuk memenuhi kehendak pelanggan, bagi
mengoptimumkan potensi, membaiki kelemahan untuk memacu sesebuah
organisasi. Ambillah apa jua prinsip sama ada Hellinger, McKenzie, atau Bill
Gates sekalipun, mereka ini memanfaatkan data sebagai proses kerja buat
mereka. Ianya bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi malah mereka juga menggunakan data untuk memacu organisasi ke
tahap yang lebih tinggi. Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, data
driven tidak boleh dikesampingkan malah ia bukan data semata-mata kerana
barangkali ia boleh merujuk kepada laporan-laporan, maklum balas yang
diterima, pandangan-pandangan luar, pandangan dari kaca mata dalam
mahupun luaran, apa yang disebut sebagai analisis dalaman serta luaran.
Instructional Coach
5 step process
Step 2 – kumpul data dan
analisa eviden bagi tujuan
Bimbingan Berasaskan
SKPMg2
Panduan Program Bimbingan
Di Sekolah Berasaskan
SKPMg2
En Md. Said Bin Daimon
PPD Batu Pahat
m/s 5
Mukasurat10 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
Sehingga kini walaupun McKenzie telah meninggal dunia pada tahun 1938
tetapi Mc Kenzie Management masih lagi beroperasi sehingga kini dan masih
dimanfaatkan di negara kita dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
Malah, prinsip-prinsip utama dalam pengurusan McKenzie digunakan dalam
Jabatan Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang sekaligus mencerminkan
betapa perlunya analisis dalaman dan luaran yang berteraskan data harus
dimanfaatkan dalam apa jua aspek. Oleh sebab itulah saya menegaskan bahawa
jika kita rasa bertanggungjawab dalam memacu organisasi maka
manfaatkanlah data. Sebab itulah saya menggunakan DATA DRIVEN sebagai
salah satu prinsip kerja yang boleh dimanfaatkan untuk memacu organisasi ke
tahap yang lebih tinggi.
i) Reselient (Daya tahan)
Seterusnya perkara kedua yang ingin saya sampaikan ialah walau di mana-
mana sekalipun kita berada pastinya kita akan berhadapan dengan pandangan-
pandangan dari pelbagai sudut. Ada yang sebahagiannya positif dan ada
sebahagiannya kurang positif sifatnya. Tetapi semua pandangan ini hendaklah
dihargai. Barangkali pada satu sudut kita melihat pandangan-pandangan
seperti ini mungkin boleh merosakkan kreadibiliti, melemahkan semangat kita
atau ada juga pandangan yang boleh membantu kita. Tetapi biar bagaimana
sekalipun pandangan ini kita tidak boleh lari daripada satu keadaan di mana
maklum balas dan pandangan yang kita terima mungkin menimbulkan rasa
kurang selesa di sana sini. Kita tidak buat kerja pun ada yang tidak selesa, kita
buat kerja bersungguh-sungguh pun ada juga yang tidak selesa dan
kemudiannya ia akan menyebabkan diri kita akan menjadi kuat atau mungkin
Anjakan ke 5
Memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi di sekolah
Mukasurat11 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
diri kita menjadi lemah atau ada yang akan terus lemah semangat kerana
mendapat pandangan yang pelbagai. Sebab itulah salah satu prinsip yang saya
cuba ketengahkan ialah RESILIENT iaitu ketahanan diri atau daya tahan yang
tinggi dari segi emosi. Sebagai contohnya, jika kita marah, gembira, benci
seharusnya kita mampu mengawal emosi sebaiknya. Kita seharusnya bersikap
rasional, mempunyai jati diri yang tinggi, membuat keputusan secara konsisten
dalam apa jua situasi, sentiasa berteraskan kepada prinsip-prinsip kerja yang
sewajarnya, sentiasa berpandukan garis panduan walaupun ada ketikanya kita
berhadapan dengan individu yang merupakan sahabat, saudara mara dan
sebagainya. Saya mensasarkan pemimpin di semua peringkat terutamanya di
sekolah adalah berprestasi tinggi dan kuat daya juangnya. Jadi inilah yang saya
cuba takrifkan sebagai salah satu daripada perkara yang memberi penjelasan
tentang RESILIENT.
i) Outcome Oriented (Berorientasikan Keberhasilan)
Secara mudahnya O ialah OUTCOME ORIENTED iaitu berorientasikan
keberhasilan. Di mana-mana pun kita tidak boleh menolak daripada
keberhasilan kerana ia adalah salah satu KPI dan salah satu daripada
keberhasilan kerja buat. Pada satu peringkat mungkin ada individu yang selesa
dengan output, keluaran dan kerja buat yang hanya mengukur output semata-
mata. Misalnya, jika di sekolah pencerapan guru telah selesai dilakukan di
mana guru telah dicerap sebanyak dua kali setahun. Pernyataan seperti, “Ya,
saya sudah mencerap guru sebanyak dua kali”. Ya, betul perkara ini! Tetapi di
satu peringkat lagi timbul tanda tanya apakah rasionalnya di sebalik
pencerapan sebanyak dua kali setahun tersebut? Nah, inilah yang saya ingin
tegaskan bahawa ada pihak yang selesa dengan output. Barangkali mereka
Bab 6: Tranformasi KPM
Sistem Penyampaian
Pemantauan berhasilan lebih
bertumpukan PROSES bukan
hasil, menyebabkan dalam
pengurusan dan tindakan
susulan.
Bab 6
Ekshibit 6-1
Mukasurat12 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
telah selesai melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kerana telah
melakukan pencerapan sebanyak dua kali. Inilah output. Tetapi apakah
keberhasilan atau outcome daripada pencerapan tersebut? Tentu sekali semua
orang mengharapkan outcome daripada pencerapan iaitu peningkatan kualiti
dalam PdPc sekali gus akan meningkatkan lagi kualiti pencapaian murid. Itulah
outcome. Peningkatan kualiti pencerapan murid itu sebagai contoh. Begitu juga
dengan kerja buat di JPN, PPD dan sekolah. Kita tidak boleh bersandarkan
output seperti berapa jumlah kunjungan ke sekolah? Berapa jumlah
pemantauan yang telah dilakukan? Berapa kali mesyuarat telah diadakan?
Tetapi yang lebih penting lagi ialah apakah keberhasilan yang kita capai?
Apakah intervensi-intervensi yang telah kita buat? Kalau dalam pengurusan
aduan, kita bukan sekadar hanya mengurus aduan, berapa aduan berjaya
diselesaikan? Sama ada ia berasas atau tidak berasas tetapi yang lebih penting
lagi ialah bagaimana aduan telah berjaya dikurangkan? Itulah yang ditakrifkan
sebagai outcome oriented. Di semua peringkat kita harus mengukur
keberhasilan dan membuat penambaikan. Kita bukan sekadar membina pelan
strategik yang bagaimana, pelan tindakan yang bagaimana, tetapi yang lebih
penting adalah apakah outcome? Apakah keberhasilan yang kita capai daripada
pelan strategik atau pelan tindakan kita?
i) Navigate (Navigasi) – Konsep bimbingan dan hala tuju
Seterusnya aspek lain yang saya juga tegaskan dalam akronim DRONE ini
secara tidak langsung ialah salah satu daripada prinsip utama kerja buat kita
ialah NAVIGATE iaitu memberi pandu arah, tunjuk arah atau memberi
bimbingan dan sokongan. Perkara yang saya maksudkan adalah pelan
sokongan yang berstruktur yang akan kita berikan di semua peringkat. Kami di
District Tranformational
Programme
DTP
Fungsi Sokongan kepada
sekolah dalam DTP
Mukasurat13 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
JPN mempunyai tanggungjawab untuk memberikan sokongan
semaksimumnya kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan kami. Pengarah
kepada Timbalan-Timbalan Pengarahnya, Timbalan-Timbalan Pengarah
mungkin kepada Ketua-Ketua Penolong Pengarahnya. Begitu juga JPN kepada
PPD, PPD kepada sekolah. Di sekolah pula, Pengetua atau Guru besar kepada
guru-gurunya. Semua pihak ada peranan untuk memberikan sokongan dan
bimbingan. Jadi peranan, sokongan, dan bimbingan ini memerlukan
pengetahuan dan kemahiran yang jitu supaya kita benar-benar memberi impak
yang positif. Kita tidak boleh lagi membiarkan mereka mengakses sendiri,
pandai-pandai sendiri. Mereka yang telah dilantik sebagai Guru Penolong
Kanan (GPK), Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP), dan sebagainya perlu
dibimbing dalam mencari dan menterjemah apakah fungsi serta peranan
mereka sebagai GPK , GKMP atau Ketua Panitia?
Apakah pendekatan kita?
Mungkin ada antara kita mengamalkan pendekatan seperti cari sahajalah
apakah peranan masing-masing, buatlah apa-apa yang patut dengan tugas
serta peranan mereka, buat sahajalah seperti GPK, GKMP yang lama. Kalau ada
yang dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar maka pandai-pandailah
mereka mentadbir urus sekolah seperti mana yang telah mereka pelajari
semasa mengikuti kursus NPQEL di IAB dahulu. Pandai-pandailah sendiri
bagaimana hendak menjadi Pengetua atau Guru Besar. Kita tidak boleh lagi
membuat anggapan dan pendekatan sebegini rupa kerana inilah cerminan
negative imej sesebuah organisasi.
Semua pihak ada peranan masing-masing. Di PPD misalnya, sama ada Pegawai
Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai pendidikan, Pegawai SIP+, Pegawai
SISC+, Penolong Pegawai Pendidikan, semuanya ada peranan untuk
memberikan bimbingan dan sokongan. Apabila kita berbicara sahaja tentang
Peranan SIP+ dan SISC+
kepada fungsi sokongan
kepada Pengetua dan SLT
Coaching and Mentoring
Programme IAB
Negotation and Consultation
Mukasurat14 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
sokongan yang kita maksudkan ialah memberikan sokongan melalui pelan
sokongan berstruktur (structured support plan) yang berkala sifatnya,
berterusan, dan bukan hanya sekadar satu kali kehadiran dianggap sebagai
sokongan atau pernyataan seperti “Ya, saya setuju atau saya sokong”. Bukan ini
maksudnya.
Ini semua menjadi satu kerja buat yang sepatutnya dibudayakan seperti mana
yang telah dijelaskan dalam Naratif Baharu Amalan Pendidikan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu menggerakkan pelan sokongan yang lebih
bermakna di semua peringkat.
i) Efficiency (Kecekapan)
Mungkin perkara lain yang boleh dikongsikan bersama berdasarkan akronim
DRONE sebagai prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor ialah E iaitu
EFFICIENT. Saya fikirkan ia tidak menjadi satu polimik besar kerana EFFICIENT
yang melambangkan kecekapan iaitu bagaimana penggunaan sumber secara
cekap untuk mendapatkan hasil yang maksimum? Bagaimana sistem
penyampaian serta pengurusan dalam sesebuah organisasi dilaksanakan
dengan cekap? Jika kita ada sumber kewangan, maka tadbir uruslah kewangan
sebaiknya supaya memberi impak yang besar. Jika kita menerima sebarang
peruntukan maka gunakanlah peruntukan itu sebaiknya supaya ia memberi
impak yang besar (value for money).
Konsep kecekapan (efficient) juga sama perkara-perkara lain seperti
kecekapan dalam pengurusan, kecekapan dalam tadbir urus, bagaimana
menggunakan bilangan kakitangan. Penstrukturan baharu ini umpamanya di
sesebuah tempat berhadapan dengan cabaran dan tekanan bagaimana
memanfaatkan tekanan sumber yang terhad tetapi hasil kerja yang perlu sama,
Bab 3 – Prestasi Semasa
Memaksimumkan kecekapan
Bab 3-24
Bab 6- Tranformasi KPM
Menerapkan budget
berasaskan outcome
(OBB)dalam pengurusan
kewangan.
Bab 6- 14
Mukasurat15 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
impak yang lebih besar. Justeru, kita memerlukan kecekapan dalam tadbir
urus. Jadi, itulah antaranya yang saya cuba ketengahkan dalam pemikiran
baharu dalam prinsip-prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang
boleh dikongsikan bersama-sama dan boleh dimanfaatkan oleh seluruh warga
pendidikan Negeri Johor.
5. Signifikan Fungsi Baharu Pejabat Pendidikan Daerah
5.1 Fungsi Memberi Bimbingan
Perkara seterusnya yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan kita
boleh memacu organisasi dengan lebih baik dan sempurna ialah melalui
perubahan, pemahaman tentang fungsi baharu di PPD. Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) bukan lagi seperti tanggapan sesetengah pihak iaitu PPD sebagai
pusat pengumpulan data, PPD sebagai pusat penyebaran data, PPD hanya
bertindak memanjangkan surat untuk tindakan-tindakan pihak sekolah dan
sebagainya. Itu bukan fungsi utama PPD sebenarnya. Fungsi PPD perlu
difahami terutamanya dalam fungsi baharu yang telah bergerak daripada
fungsi Coaching & Mentoring kepada bukan sekadar coaching & mentoring
semata-mata tetapi beralih kepada satu fungsi yang lebih besar iaitu
Negotiation & Consultation iaitu Perundingan dan Konsultasi. Semua ini selaras
dengan salah satu subnaratif yang telah disampaikan dalam Naratif Baharu
Amalan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu satu prinsip kerja
‘Bottom Up’ bekerja dari bawah supaya mereka yang berada di bawah
terutamanya di peringkat pelaksana seperti sekolah, diberikan sedikit
keluwesan atau autonomi untuk menentukan apakah potensi sebenar mereka?
Apakah yang mereka ingin sasarkan? Apakah bentuk intervensi, pelan
tindakan, pelan strategik yang mereka sasarkan dan fikirkan munasabah
Bab 8: Pelaksanaan Pelan
Tindakan
Gelombang 1 (2013-2015)
Meningkatkan kecekapan
system dengan menyokong
guru dan memberi tumpuan
kepada kemahiran asas.
Bab 8-6
Sub Naratif 3
Pengurusan Kepimpinan
Pendidikan
Bottom Up strategy
Mukasurat16 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
berdasarkan kepada budaya dan cara kerja mereka? Jadi peranan kita adalah
memberikan perundingan & konsultasi. Jika perlu dari sudut kaca mata kita,
supaya mereka bukan sekadar menerima arahan demi arahan sehingga mereka
tidak mampu melaksanakannya atau kita bukan sahaja menerima 100% atau
bulat-bulat yang mereka cadangkan sebaliknya ia memerlukan negotiation
iaitu persetujuan kedua-dua pihak. Apakah yang paling munasabah untuk
dijadikan sasaran sekolah ini? Jadi itulah maksudnya. Apakah potensi yang
munasabah untuk kita melihat sekolah? Fungsi baharu ini memerlukan
kemahiran tinggi dalam negotiation dan tidak ketinggalan kemahiran tinggi
dalam konsultasi. Selain daripada itu, saya gariskan sekurang-kurangnya ada
tiga perkara dalam fungsi baharu PPD yang perlu dihadam, yang perlu difahami
semaksimumnya. Selain daripada perubahan fungsi yang bukan sekadar
Coaching & Mentoring kepada Negotiation & Consultation.
Naratif Baharu Amalan
Pendidikan
Sub-Naratif 2
Pembangunan Kapasiti Guru
5.2 Fungsi – Mengupayakan Sistem Sokongan
Fungsi kedua ialah tentang bagaimana sokongan boleh diberikan bukan
sekadar sokongan dalam sesebuah organisasi itu sendiri malah sokongan
kepada subordinat atau subunit sehinggalah sokongan kepada sekolah-
sekolah. Sistem sokongan ini perlulah bersifat profesional dan terancang.
Mereka yang berada di sekolah memerlukan sokongan. Kita yang berada di PPD
biarpun di peringkat mana sekalipun kita mempunyai akses kepada barisan
hadapan di sekolah sama ada kepada Senior Leader Team (SLT) atau kepada
Middle Leader Team (MLT). Kita mempunyai akses untuk memberikan
sokongan kepada mereka. Pegawai-pegawai di PPD sama ada pegawai
tertingginya atau Timbalan Pegawai Pendidikan serta pegawai-pegawai yang
lain, mereka ini mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memberikan
sokongan kepada pegawai-pegawai seliaan mereka agar pegawai-pegawai di
Bab 8: Pelaksanaan Pelan
Tindakan
Gelombang 1 (2013-2015)
Meningkatkan kecekapan
sistem dengan menyokong guru
dan memberi tumpuan kepada
kmahiran asas
Bab 8-6
DTP
Mukasurat17 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
bawah seliaan mereka mempunyai kemahiran dan kompetensi yang tinggi
yang diperlukan dalam memberikan sokongan kepada sekolah. Itulah yang
saya maksudkan dalam usaha memperkasakan sokongan supaya di PPD
mereka bukan hanya sekadar seperti tanggapan sesetengah pihak di mana PPD
hanya sekadar menghadiri mesyuarat, menghadiri majlis keraian dan
menguruskan taklimat semata-mata. Tanggapan ini perlu dibuang dari benak
fikiran semua pihak bahawa pegawai-pegawai di PPD bukan hanya berperanan
sedemikian rupa tetapi semua pegawai di PPD harus memperkasakan diri
dengan input-input supaya mereka berupaya memberikan sokongan kepada
sekolah semaksimumnya.
Saya mengambil contoh di sini, apabila dasar dikuatkuasakan untuk Tahap 1
bahawa tiada sebarang peperiksaan sebaliknya menggunakan sepenuhnya
Pentaksiran Bilik darjah (PBD), sewajarnya semua pegawai di PPD perlu
menguasai apa itu PBD dan bagaimana PBD dilaksanakan supaya bila-bila masa
sahaja pegawai-pegawai di PPD boleh melihat tentang pelaksanaan PBD,
mereka memahami dan boleh memberikan pandangan serta sokongan tentang
apakah yang seharusnya berlaku, apakah rasional di sebalik pelaksanaan PBD.
Inilah yang dimaksudkan sebagai sokongan yang bermakna yang boleh
diberikan kepada sekolah.
5.3 Pengupayaan Program – Program Strategik
Seterusnya, dalam fungsi baharu PPD ialah tentang Program-program
Strategik yang perlu dilaksanakan. Antaranya Program Strategik di PPD yang
sedang berlaku di seluruh Malaysia ialah tentang Program Transformasi
Daerah (DTP), Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), dan Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC). Walaupun ketiga-tiga program strategik ini
sangat memberi makna dalam sistem pendidikan kita, ianya tidak bererti
Anjakan ke 6
Mengupayakan JPN, PPD dan
sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
Mukasurat18 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
bahawa program-program lain tidak penting dan tidak bermakna. Sebaliknya
ianya perlu diteruskan tetapi tiga program strategik ini adalah nadi kepada
kecemerlangan dalam semua peringkat organisasi.
PLC misalnya, perlu dilihat sebagai nadi untuk pengembangan semua aspek
sama ada dalam pembangunan kapasiti guru, sama ada dalam pembangunan
kapasiti murid, sama ada dalam peningkatan organisasi kerana matlamat kita
tidak boleh lari daripada mewujudkan sekolah yang berkualiti dan
kemenjadian murid semaksimumnya. Justeru, kita memerlukan satu
mekanisme atau satu medium bagaimana mereka boleh mempelajari sesuatu
itu secara lebih bermakna yang tidak lagi disampaikan melalui penataran demi
penataran kerana penataran demi penataran, kepercayaan kita akan berlaku
sama ada ketirisan, kecairan atau pemekatan. Sebaliknya memanfaatkanlah
PLC sebagai salah satu medium strategik dalam semua aspek. Konsep Komuniti
Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community) merupakan salah
satu pendekatan in-situ untuk peningkatan pembangunan profesionalisme
berterusan yang perlu dibudayakan pada semua peringkat terutamanya di
sekolah. Di peringkat sekolah terutamanya, amalan kolaboratif dan
perkongsian dalam PLC akan mengubah budaya guru dalam PdPc untuk
menjadikan pendidikan lebih bermakna. Dalam sistem SPL KPM sendiri telah
dibangunkan sekurang-kurangnya 25 perkara yang boleh dijadikan asas dalam
PLC sama ada alat kolaboratif Learning Teams seperti Lesson Study, Peer
Coaching, Teacher Sharing Session, Learning Walk, Case Discussion, Horizontal
& Vertical Team, Problem Solving Group, Teacher Study Group, mahupun Critical
Friends Group. Kesemua ini mempunyai kekuatannya sendiri kerana berlaku
perkongsian pengajaran dan kepakaran profesional di tempat masing-masing;
dapat mengenal pasti permasalahan sebenar bilik darjah dan menyediakan
kaedah penyelesaian mengikut keperluan yang sebenarnya; dan pendekatan
PLC dan CPD
Model Helllinger dan
Kepimpinan Instruksional
Mempromosi pembangunan
professional guru
James Ang Jit Eng-
Kepimpinan Instruksional –
Satu Panduan Praktikal m/s
16
dan Sub Naratif 2
Pembangunan kapasiti guru
Bab 8: Pelaksanaan Pelan
Tindakan
Mengukuhkan Bahagian
Utama KPM, menyusun semula
peranan dan fungsi KPM, JPN
dan PPD untuk meningkatkan
kebolehan dan keupayaan
pelaksanaan.
Ekshibit 8-3
Bab 8- 5
Mentranformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian
Mukasurat19 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
ini boleh dilakukan secara berterusan mengikut keperluan dan kesesuaian
masa sekolah; serta menjimatkan kos latihan berbanding dengan CPD.
5.4 DTP sebagai katalis peningkatan prestasi.
Seterusnya program strategik di PPD yang sedang berlaku di seluruh Malaysia
ialah tentang Program Transformasi Daerah (DTP), saya tidak perlu ulas
lebih lanjut kerana di daerah-daerah peranan pengurus program DTP yang
dahulunya dipimpin oleh Timbalan-timbalan Pegawai Pendidikan Daerah di
negeri Johor begitu mantap dan kami percaya mereka menguasai
semaksimumnya tentang program-program DTP sama ada bimbingan
pegawai-pegawai di PPD, bimbingan pegawai SIP+ dan SISC+, Dialog Prestasi,
Penarafan kecemerlangan PPD, Program PILL (Pelan Intervensi Lima Langkah),
mahupun aktiviti-aktiviti utama yang lainnya telah dikuasai semaksimumnya.
Justeru, kita tidak perlu berbicara lebih panjang malah kehangatan Dialog
Prestasi pun saya fikirkan telah dikuasai sehingga ke peringkat akar umbi.
Sekolah-sekolah juga telah mula melaksanakan Dialog Prestasi seperti mana
yang telah dijalankan di peringkat daerah yang sebenarnya telah dijalankan
seperti mana di peringkat negeri dan juga di peringkat nasional. Sekolah-
sekolah mantap tentang apakah perkara-perkara yang didialogkan kerana
Dialog Prestasi adalah satu mekanisme untuk mengesan isu dan punca
kelemahan supaya intervensi yang tepat boleh dibuat. Contohnya, jika sakit
kepala dapat ubat sakit kepala. Tiada lagi istilah orang sakit kepala dapat ubat
sakit gaot, orang sakit gaot dapat ubat darah tinggi, orang kena darah tinggi
dapat ubat kencing manis, orang sakit kencing manis dapat ubat sakit tulang.
Tiada lagi istilah One Size Fit All. Semua jenis penyakit makan Panadol. Seolah-
olah Panadol itu boleh menyembuhkan semua jenis penyakit. Mungkin ada
kesan positif dalam jangka pendek atau sementara sahaja, sebaliknya dalam
Anjakan ke 9
Mentransformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian
Mengupayakan JPN dan PPD
dengan memberikan lebih hak
membuat keputusan terhadap
bajet dan personel serta
meningkatkan akauntabiliti
bagi KPI mulai 2013.
Bab 8: Pelaksanaan Pelan
Tindakan
Mengukuhkan Bahagian
Utama KPM, menyusun semula
peranan dan fungsi KPM, JPN
dan PPD untuk meningkatkan
kebolehan dan keupayaan
pelaksanaan.
Ekshibit 8-3
Bab 8- 5
Mentranformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian
Mukasurat20 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
jangka panjang ia beri kesan yang lebih buruk. Sebab itu wujud Program
Transformasi Daerah (DTP).
Satu lagi Program Strategik ialah Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25). ProgramTransformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan aspek kemenjadian
murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan semasa
pendidikan di Malaysia. Kita kini sedang memasuki fasa kohort ke-4 dalam
TS25 yang memberikan sokongan pembangunan kepada tiga matlamat utama
di semua sekolah TS25 iaitu memantapkan kepimpinan sekolah,
memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran, dan mengukuhkan penglibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Kesemuanya
berjalan dengan lancar seiring dengan fungsi baharu di PPD dan
kebertanggungjawaban terhadap fungsi baharu ini perlu ditangani oleh semua
pihak dalam organisasi.
Anjakan ke 9
Mengupayakan JPN dan PPD
dengan memberikan lebih hak
membuat keputusan terhadap
bajet dan personel serta
meningkatkan akauntabiliti
bagi KPI mulai 2013.
6. Usaha-usaha memperkasakan pelibatan PIBG dan komuniti.
Pelibatan komuniti, ibu-bapa, masyarakat, pihak swasta harus kita lihat dalam
dimensi baharu dan lebih mendalam sifatnya. Jaringan kerjasama dengan
semua entiti sokongan ini harus diperkasakan dengan lebih kukuh. Ini adalah
penting kerana kita berkongsi hasrat yang sama iaitu membentuk sebuah
masyarakat madani dalam semua aspek. Tunjang asas pembentukan kualiti
anak-anak ini tentulah bermula di sekolah. Masyarakat mempunyai
tanggungjawab besar dalam memberikan sumbangan ke arah pembentukan
intelek, kemahiran, nilai akhlak anak-anak kita. Sehubungan ini, perspektif
pelibatan ibu bapa dan komuniti ini perlu dioptimumkan sepenuhnya. Konsep
membuka pintu dan tidak bekerja dalam silo perlu diamalkan. Tahap hubungan
Anjakan ke 9
Bekerjasama dengan ibu bapa,
komuniti dan sektor swasta
secara meluas.
Anjakan ke 8
Mentranformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian kementerian.
Mukasurat21 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
antara sekolah, pemimpin sekolah dan guru dengan ibu-bapa dan masyarakat
perlu sentiasa terbuka dan mesra bagi menghasilkan impak keberhasilan atas
semua inisiatif dan usaha.
7. Mengurus Kepakaran
Ke arah pembangunan organisasi yang lebih professional kita memerlukan
kepakaran yang pelbagai. Personel kita seharusnya bersifat multiskilling dan
multitasking, ini harus diupayakan dengan latihan yang berterusan. Untuk ini
saya suka menyarankan agar di semua lapisan pendidikan perlu menyediakan
peforma personel dan kerangka latihan yang berterusan agar personel dalam
organisasi kita bersifat serba boleh dan dinamik. Kita perlu melaksanakan
fungsi penyelidikan dan pembangunan sumber manusia kita agar sentiasa
relevan dengan fungsi masing-maing. Semua Ketua Jabatan perlu bertindak
bijak dalam membuat pemetaan personel dalam organisasi. Konsep a right
person at a right place adalah satu pendekatan yang bijak.
Bab 8: Pelaksanaan Pelan
Tindakan
Mengukuhkan Bahagian
Utama KPM, menyusun semula
peranan dan fungsi KPM, JPN
dan PPD untuk meningkatkan
kebolehan dan keupayaan
pelaksanaan.
Ekshibit 8-3
Bab 8- 5
Mentranformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian
8. Pemimpin Masa Hadapan
Fokus utama membangunkan Pemimpin Masa Hadapan adalah
membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Dalam masa yang sama
juga, kepimpinan sedia ada di peringkat sekolah dan masyarakat harus
berubah dari segi cara berfikir sesuai dengan matlamat semasa. Selaras dengan
ini, semua entiti dalam pendidikan harus mengoptimumkan potensi diri untuk
menjadi pemimpin masa hadapan. JPN Johor berhasrat mengembangkan
seluruh dimensi manusia mencakupi apsek pengetahuan, emosi, spiritual dan
keterampilan yang menyasarkan pemimpin masa hadapan yang dinamik,
intelektual, daya kepimpinan yang jitu dan serba boleh selaras dengan
keperluan masa kini dan masa hadapan.
Mukasurat22 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
Menyediakan pemimpin masa hadapan (sama ada murid atau mereka yang
membangunkan potensi murid) dengan nilai-nilai intelektual, nilai dan akhlak
mulia serta kualiti kepimpinan terbaik ini adalah penting untuk mereka relevan
dan berdaya saing kelak. Mungkin pemimpin masa hadapan dengan kualiti
terbaik ini akan menjadi pemimpin bersifat glokal, memimpin masyarakat
serta organisasi. Dengan nilai ini juga kita harap kumpulan sasar kita mampu
memimpin diri sendiri dengan cabaran–cabaran semasa. Dengan asas sistem
sokongan yang berstuktur, pembinaan kualiti pemimpin masa hadapan akan
dibentuk di semua lapisan melalui konsep Kepimpinan abad ke-21. Konsep
membina upaya harus diperkukuhkan di setiap peringkat bagi
mengoptimumkan potensi.
9. Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan
Jika kepakaran individu dalam organisasi itu diurus dengan baik dan terancang
saya amat yakin potensi setiap individu boleh kita optimumkan. Kebolehan dan
kepakaran mereka mampu kita upayakan bagi menjana keberhasilan
sepertimana yang kita sasarkan. Baik dari segi kepimpinan, guru, AKP dan
komuniti perlu kita canai dan gilapkan potensi masing-masing kerana entiti
inilah yang akan bertindak mengasah dan mencanai potensi murid secara
profesional dan terancang. Proses ini adalah bersifat jangka panjang, holistik,
terancang dan berterusan. Memetik kata-kata Joyce Mayer, potensi itu adalah
harta yang tidak ternilai, setiap insan ada nilai emas tersembunyi sehinggalah
kita berjaya membongkarkannya ia kekal tersembunyi. Bijak pandai juga
membuat analogi helang. Unleash your potential, unless you flap your wing you
will never know how high you can fly.
Jika diteliti secara ilmiah SKPMg2, dalam aspek kualiti 1.2 (PGB sebagai
pembimbing ) dan 1.3 (PGB sebagai pendorong) ini adalah sangat bertepatan
Anjakan ke 9
Mentranformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian
Mengupayakan JPN dan PPD
dengan memberikan lebih hak
membuat keputusan terhadap
bajet dan personel serta
meningkatkan akauntabiliti
bagi KPI mulai 2013
Mukasurat23 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
untuk mengoptimumkan potensi anggota yang di bawah kawal selia pegawai
penyelia masing-masing. Tetapi dalam konteks mengoptimumkan potensi ini,
skop kita adalah lebih luas dan tidak hanya guru dan murid sahaja. Walaupun
kita mempunyai keupayaan intelektual yang berbeza-beza tetapi setiap dari
kita mempunyai potensi yang boleh digilap. Murid umpamanya, peluang
memperagakan bakat dan mengasah kemahiran perlu dibangunkan secara
terancang oleh guru. Ini termasuklah kumpulan yang membangunkan
keberhasilan murid. Kepimpinan sekolah, guru, AKP, serta kumpulan komuniti
perlu kita optimumkan potensi sokongan dan peranan masing-masing untuk
memberi pulangan keberhasilan yang tinggi. Untuk ini, kerangka sokongan
atau subsokongan bagi semua kumpulan ini perlu jelas dan berstruktur.
Saya memahami bahawa kita mempunyai sasaran pencapaian berasaskan KPI
(key performance indicator) dan program-program peningkatan yang harus
kita laksanakan dalam semua aspek. Apa yang lebih penting adalah untuk kita
membuat penilaian impak keberhasilan dari apa yang telah kita laksanakan.
Apa keberhasilan (outcome ) sebenar yang kita dapat dari sasaran kerja kita.
Mencapai sasaran kerja tidak membawa erti jika keberhasilan tiada. Suka saya
mengambil contoh dalam SKPM g2 dalam dimensi Standard 1 aspek kualiti 1.2
Pengetua dan Guru Besar sebagai pembimbing. Bimbingan diberi kepada guru
dan AKP, (merujuk kepada standard kualiti 1.2.1) bukan jumlah sasaran
bimbingan. Persoalannya ialah hasil bimbingan (outcome) itu yang lebih
penting. Sering kali kita hanya bercakap betapa kita telah mencapai sasaran
jumlah bimbingan dan impak bimbingan itu dikesampingkan. Untuk itu dalam
mengoptimumkan potensi ini ianya harus hadir bersama dengan impak
keberhasilan atas apa jua usaha kita.
Anjakan ke 9
Mentranformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian
Mengupayakan JPN dan PPD
dengan memberikan lebih hak
membuat keputusan terhadap
bajet dan personel serta
meningkatkan akauntabiliti
bagi KPI mulai 2013
Mukasurat24 |Pendidikan HolistikMengoptimum Potensi, MemaksimumKeberhasilan
Saya bersikap optimist bahawa warga pendidikan negeri Johor berpotensi
membidani pendidikan negeri Johor dan sentiasa relevan sesuai dengan
dinamiknya pendidikan.
10. Penutup
Pendidikan holistik memerlukan warga pendidik yang berupaya mencetuskan
satu dimensi baharu dengan mengoptimumkan potensi entiti pendidikan
secara holistik berteraskan naratif dan sokongan semua pihak. Kita juga perlu
merealisasikan peningkatan inisiatif dan mencipta aspirasi untuk
memperkasakan tamadun insaniah yang dinamik. Kita juga mensasarkan anak-
anak yang kita bidani ini adalah mereka yang mempunyai nilai insaniah, teguh
agama, maruah diri, dan mengamalkan semangat perpaduan nasional.
Dengan perspektif dan naratif baharu amalan pendidikan kita, usaha secara
kolektif perlu ditumpukan untuk mengembangkan seluruh dimensi manusia
mencakupi aspek pengetahuan, intelektual, emosi, spiritual, nilai dan
ketrampilan yang menyasarkan pemimpin masa hadapan yang dinamik,
intelektual, daya kepimpinan yang jitu dan serba boleh selaras dengan
keperluan masa hadapan.
Anjakan ke 3
Melahirkan rakyat Malaysia
dengan menghayati nilai.
Pendidikan Holistik
Mengoptimumkan potensi, memaksimumkan keberhasilan
Cikgu Haji Azman Bin Adnan Pengarah Pendidikan Negeri Johor 30 Oktober 2019
Pembelajaran Abad Ke-21
JSLC
MSSJ-DTC
Karakter Murid Johor (KrMJ)
Inspiring Teacher
Kepimpinan Abad Ke-21
Kokurikulum Berimpak Tinggi
Pendidikan Kelestarian
KEMENJADIAN MURID
SEKOLAH BERKUALITI
PEMIMPIN MASA HADAPAN
Mengembangkan seluruh dimensi manusia mencakupi aspek pengetahuan, emosi, spiritual dan keterampilan yang menyasarkan pemimpin masa hadapan yang dinamik, intelektual, daya kepimpinan yang jitu dan serba boleh selaras dengan keperluan masa hadapan.
MENGOPTIMUMKAN POTENSI, MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN
ASAS GERAK KERJA
❑ Falsafah Pendidikan Kebangsaan❑ PPPM 2013 - 2025❑ Amanat YB Menteri Pendidikan❑ Naratif Baharu Amalan Pendidikan❑ Enam Teras Strategik JPN Johor
PENDIDIKAN JOHOR
SASARAN INISIATIFBERPAKSIKAN NILAI
PRINSIP KERJAPENGARAH
Data Driven(Berasaskan Data)
Resilient(Daya Tahan) Outcome Oriented
(Berorientasikan Keberhasilan)
Navigation (Navigasi & Hala tuju)
Efficiency (Kecekapan)
SASARAN AKHIR
D R O N E
Pemimpin Pendidikan
Inspiring Teacher(Guru yang Memberi Inspirasi)
Anggota Kumpulan Pelaksana
Murid
Komuniti
Mengoptimumkan potensi semua entiti dalam komuniti pendidikan bagi memaksimumkankeberhasilan kepada usaha dan tanggungjawab selaras dengan peranan masing-masing.
STRATEGIMENGOPTIMUMKAN POTENSI, MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN