hala tuju pendidikan prasekolah dan swasta
TRANSCRIPT
EES3223 PERKEMBANGAN KURIKULUM
TAJUK: PERBANDINGAN HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN
SWASTAPENSYARAH: ABD RANI ABDULLAH
Disediakan oleh:NOR SUZIE AMIRA BINTI BAHARIM 4141004181NOR SUZIE AIDA BINTI BAHARIM 4141004171
ERWINA ANAK MASIR 4141000321MOHAMMAD NOREZLAN BIN LAKIBUL 4141006851
DIBENTANG OLEH: NOR SUZIE AMIRA BINTI BAHARIM
#WEENA,EIRA,AIDA,LAN
PENGENALANPeranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting
dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak.
Empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak
KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan.
KSPK digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang.
KSPK digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah ditekankan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
• Membina kecergasan badan.• Mempunyai tubuh badan yang sihat.
• Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.• Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.• Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
SAMBUNGAN~~~~~~
•Mempunyai kematangan emosi.•Mempunyai konsep kendiri yang
positif dan jati diri.•Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.•Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.•Boleh bekerja secara bersendirian dan juga
bekerja secara berkumpulan
FOKUS KURIKULUMUsaha untuk menyediakan peluang
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.Adalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual
dan pembelajaran berasaskan projek.
TUNJANG PEMBELAJARAN Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan NilaiTunjang Keterampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi
Tunjang Perkembangan Fizikal dan EstetikaTunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan
Awal MatematikTunjang Kemanusiaan
MODUL KURIKULUM 1.Modul asas•Untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca,
menulis, mengira, menaakul). •Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual
waktu prasekolah. 2.Modul bertema • Tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. •Menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan.
KURIKULUM PERMATA•Kurikulum PERMATA Negara menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain•Membantu perkembangan kanak-kanak dalam
semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial, kerohanian, intelek, fizikal dan kreativiti
•Kurikulum PERMATA Negara menyediakan modul-modul pembelajaran khusus.
FALSAFAH KURIKULUM PERMATA
Asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara
pendidik, ibu bapa dan komuniti.
MATLAMAT KURIKULUM PERMATA NEGARA
Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang
bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap,
kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
OBJEKTIF KURIKULUM PERMATA NEGARA
• Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individuindividu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil.• Membina kemahiran interpersonal dan sosial, yang baik untuk
membolehkan kanakkanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya. • Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa,
berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris.
SAMBUNGAN~~~~~• Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan
dan keselamatan diri dan gaya hidup sihat. • Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin,
mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri. • Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-
kanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian. • Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-
pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
KURIKULUM PERMATA• Kurikulum PERMATA telah dirancang dengan mengambil kira semua
aspek perkembangan dan ia berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. • Garis panduan kepada pendidik dan pengurus TASKA atau Pusat Anak
Permata (PAPN).• Mengguna kaedah yang memberi kebebasan pembelajaran,
pengupayaan dan belajar melalui bermain.• Menggarap bakat dan potensi kanak-kanak. • Menggalakkan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti seni seperti kraf, muzik, lukisan, nyanyian, tarian dan lakonan.
BIDANG TUMPUAN KURIKULUM PERMATA
Terbahagi kepada 2 iaitu Asuhan dan Pendidikan awal.
ASUHAN PENDIDIKAN AWAL
BIDANG ASUHANTerdapat enam aspek dalam bidang asuhan:
Penjagaan kesihatan dan kebersihan diriPemakanan yang sihatSenaman dan keceriaanPenjagaan keselamatan kanak-kanak dan persekitaranLatihan mengurus diriRutin dan transisi.
BIDANG PENDIDIKAN AWALTerbahagi kepada 6 bidang pembelajaran:
Sahsiah sosioemosi dan kerohanian Bahasa, komunikasi dan literasi awal Fizikal Deria dan pemahaman dunia persekitaran Kreativiti dan estetika Awal matematik dan pemikiran logik
KESIMPULANProses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran
yang sesuai bagi pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi.
Mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah
mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Pelaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan dan program
permata dapat dijalankan dengan jayanya apabila disokong dengan persekitaran yang merangsang serta kerjasama
yang padu antara pendidik, ibu bapa dan komuniti.