hak pelarian di malaysia

36
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sebagai seorang manusia di muka bumi ini, setiap orang berhak menikmati hak asas sebagai seorang manusia. Walaubagaimanapun, hak asasi manusia sebagai pelarian telah dicabuli dan mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya diterima oleh mereka. Pelarian adalah mereka yang tidak dapat pulang ke negara asal disebabkan kebimbangan akan ditindas semula berpuncakan kepada perbalahan antara sesama bangsa, agama, kewarganegaraan dan pandangan politik. Sebagai pelarian mereka mempunyai hak asasi sebagai pelarian sebelum status mereka diiktiraf secara rasmi dibawah peruntukan undang-undang antarabangsa. Walaubagaimanapun, pelarian di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan Akta Imigresen 1959/53 (pindaan 2002) dimana mereka masih dianggap sebagai pendatang “haram”, ini disebabkan ketiadaan undang-undang khas bagi pelarian. Maka, hak pelarian ini dicabuli sebagai seorang manusia dibawah Perkara 1 Perisytiharaan sejagat hak manusia iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi

Upload: fatimah-jamadi

Post on 25-Nov-2015

630 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Menerangkan secara ringkas mengenai hak pelarian di Malaysia.

TRANSCRIPT

24

BAB I

PENDAHULUAN

1.1PengenalanSebagai seorang manusia di muka bumi ini, setiap orang berhak menikmati hak asas sebagai seorang manusia. Walaubagaimanapun, hak asasi manusia sebagai pelarian telah dicabuli dan mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya diterima oleh mereka. Pelarian adalah mereka yang tidak dapat pulang ke negara asal disebabkan kebimbangan akan ditindas semula berpuncakan kepada perbalahan antara sesama bangsa, agama, kewarganegaraan dan pandangan politik. Sebagai pelarian mereka mempunyai hak asasi sebagai pelarian sebelum status mereka diiktiraf secara rasmi dibawah peruntukan undang-undang antarabangsa. Walaubagaimanapun, pelarian di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan Akta Imigresen 1959/53 (pindaan 2002) dimana mereka masih dianggap sebagai pendatang haram, ini disebabkan ketiadaan undang-undang khas bagi pelarian. Maka, hak pelarian ini dicabuli sebagai seorang manusia dibawah Perkara 1 Perisytiharaan sejagat hak manusia iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak mereka. Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Orang Pelarian (UNHCR) telah menganggarkan jumlah pelarian di Malaysia di antara 90 000 kepada lebih daripada 170 000 orang. UNHCR ialah sebuah agensi yang bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan serta masyarakat awam untuk melindungi pelarian dan membantu dalam memenuhi kebajikan mereka sementara mereka memohon perlindungan sementara di Malaysia. Hak pelarian ini disokong kuat oleh Amnesty International iaitu satu pergerakan seluruh dunia yang mempunyai seramai 2.8 juta penyokong, ahli dan aktivis di lebih daripada 150 Negara dan wilayah yang berkempen untuk menamatkan penganiayaan yang serius terhadap hak asasi manuasia. Tujuan pergerakan ini adalah untuk memastikan setiap orang dapat menikmati semua hak yang termaktub dalam Peristiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa yang lain. Terdapat banyak cara penyelesaian yang telah dilakukan oleh UNHCR untuk memastikan pelarian menikmati hak yang sepatutnya dinikmati oeleh mereka.

1.2 Objektif Kajian Kertas kajian ini dibuat bertujuan untuk membincangkan hak pelarian di Malaysia dan bagaimana hak orang pelarian dilindungi. Di Malaysia tidak terdapat mana-mana Akta yang melindungi hak sebagai pelarian. Disebabkan ini Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Orang Pelarian (UNHCR) ditubuhkan bagi menpertahankan dan menegakkan hak pelarian ini.Namun begitu, dapatlah disimpulkan secara keseluruhannya akan tujuan kajian tentang hak asasi pelarian ini dilakukan adalah untuk : (a) Mengetahui definisi sebenar manusia yang dikatakan pelarian(b) Mengetahui hak-hak pelarian berada di Malaysia(c) Mengetahui masalah-masalah yang berlaku bagi menegakkan hak pelarian di Malaysia(d) Mencari jalan penyelesaian bagi menegakkan hak pelarian yang berada di Malaysia

BAB II

HAK PELARIAN DAN KEGAGALAN DALAM MELAKSANAKANNYA

2.1Konsep PelarianPelarian merupakan orang yang melarikan diri ke Negara lain disebabkan oleh revolusi yang terjadi di negara mereka atau yang terjadi disebabkan serangan oleh musuh. Menurut UNHCR ( Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) mentakrifkan pelarian sebagai seorang yang tidak mampu melindungi diri sendiri, orang yang melarikan diri daripada perang, orang yang dianiaya disebabkan oleh bangsa, agama, kerakyatan, keahlian mereka dalam kumpulan sosial yang tertentu dan pegangan politik mereka. Mereka ini wajar mendapat pelindungan antarabangsa. Keadaan pelarian pada dekad ini telah menunjukkan bahawa ia merupakan cabaran semula jadi yang mesti ditempuhi dalam sesebuah negara yang sedang mengejar kemajuan dan pembangunan.

2.2Penetapan Status PelarianKerajaan bagi sesebuah Negara memperkenalkan prosedur pengenalpastian status pelarian dengan merujuk kepada sistem undang-undang kerajaan mereka sendiri bagi mengenal pasti hak dan status pelarian di sesebuah negara tersebut. Hal ini penting kerana ia akan dapat menjamin hak pelarian mereka agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih selesa di Negara lain dan bukannnya menerima penindasan yang lebih teruk seperti dianayia, dieksploitasi, ditangkap malahan akan dibunuh.

Secara amnya mereka yang memohon status pelarian negara perlu menyatakan bahawa ketakutan mereka terhadap sesuatu hukuman adalah bertempat. Selain mendapatkan status dari negara lain, mereka juga boleh mendapatkan pelindungan antarabangsa iaitu mendapatkan jaminan dan perlindungan daripada negara atau kerajaan mereka sendiri untuk melindungi hak asasi dan keselamatan fizikal. Namun, kebiasaannya, dalam kes pelarian, negara asal pelarian tidak berkemampuan untuk melindungi hak-hak asasi mereka. Sebenarnya, pelarian mampu untuk mendapatkan hak yang sama rata seperti penduduk yang menetap di negara tersebut. Hak seperti pertolongan asas, ekonomi, sosial, rawatan perubatan dan sebagainya perlu diberikan kepada pelarian yang memerlukannya.

2.3Kegagalan Dalam Melaksanakan Hak Pelarian

Dalam isu pelarian, kebanyakan negara tidak dapat menerima pelarian dalam negara mereka dan pelarian ini gagal untuk mendapatkan hak-hak mereka di negara tersebut. Secara rasminya, Malaysia tidak mengiktiraf golongan pelarian dan masih menganggap mereka sebagai pendatang haram. Mereka masih tidak mendapat status yang sah disisi undang-undang dan hak untuk bekerja. Malaysia gagal memahami hak-hak asasi pelarian serta pengurusan pelarian yang sewajarnya.

Hal ini kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khas bagi pelarian. Maka, negara Malaysia tidak dapat memberikan hak yang terbaik bagi pelarian. Isu pelarian juga tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dimana semua pelarian dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Oleh kerana Malaysia tiada undang-undang khas, pelarian ini diletakkan dan berdaftar dibawah UNHCR.

Seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR.(sumber: www.malaysiakini.com/news). Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf pelarian, namun negara ini masih terikat dengan undang-undang adat antarabangsa iaitu non-refoulment iaitu seseorang itu tidak boleh dikembalikan kepada negara dimana berlakunya penindasan atau pelanggaran hak manusia dan mereka tidak boleh ditolak permohonan masuk ketika berada di sempadan sesebuah negara. Walaupun terikat dengan undang-undang tersebut, namun Malaysia tetap melaksanakan hukuman kepada pelarian yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang tinggal di Malaysia tanpa permit akan dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun, sebatan tidak melebihi enam kali, membayar denda dan termasuk hukuman rotan. Bagi mereka yang tinggal di negara ini melebihi visa yang ditetapkan, mereka akan dipenjara seperti tempoh penjara kemasukan haram, denda dan dirotan.

Dalam perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa sesiapa yang ditahan hendaklah dibawa kehadapan majistret dalam masa 24 jam atau dibebaskan. Walaubagaimanapun, sesiapa yang bukan warganegara dan ditahan kerana melanggar imigresen boleh ditahan sehingga 14 hari sebelum dibawa kehadapan majistret. Kemudian, mereka akan dihantar ke pusat tahanan imigresen untuk satu tempoh yang dinyatakan.

BAB III

PENYATA MASALAH

3.1Masalah Yang DihadapiTerdapat beberapa pernyataan masalah dalam isu yang dikaji ini yang telah dapat dikenalpasti. Antaranya ialah isu berkaitan dengan pelarian yang telah dirompak dan dianiaya oleh agen penguatkuasa imigresen. Umumnya semua mengetahui bahawa orang pelarian telah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam hidup dan dengan itu antaranya memilih untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna dan selamat di Malaysia. Walaupun mereka dapat tinggal di Malaysia, namun kehidupan mereka tidak sesempurna seperti warganegara Negara ini disebabkan oleh identiti mereka sebagai orang pelarian. Mereka perlu mematuhi undang-undang yang telah dilaksanakan oleh Malaysia sekiranya ingin hidup dalam kedamaian. Malaysia menguatkuasakan undang-undang imigresen dan pada dasarnya secara ekstrem. Serbuan dan tahanan imigresen kerap dijalankan oleh agen kerajaan, dan yang membuatkannya lebih kontroversi adalah serbuan dan tahanan oleh anggota polis sukarelawan rakyat (Ikatan Relawan Rakyat atau RELA). Serbuan boleh dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Pelarian dan pencari suaka sentiasa hidup dalam kebimbangan dan ketakutan bukan sahaja mengenai serbuan tetapi juga akan kesan daripada serbuan tersebut Semasa serbuan dan pemeriksaan imigresen ini dijalankan, taktik-taktik yang boleh dipersoalkan telah digunakan serta gangguan pemerasan dan kekerasan kelihatan berleluasa. Kaedah yang digunakan oleh pihak RELA memberi banyak masalah. Kaedahnya antaranya termasuk membahagikan tahanan dalam kumpulan secara kasar mengikut bangsa atau etnik tertentu dan mempunyai sikap tangkap sekarang, siasat kemudian. Sebahagian besar agen RELA yang tidak terlatih ini sering mendedahkan mereka yang ditahan kepada penghinaan, penderaan fizikal, pencurian dan pemerasan. Amnesty International telah mendengar banyak kes yang menguatkan lagi kesimpulan bahawa agen RELA lebih berminat untuk memperoleh keuntungan peribadi yang haram, melalui apa saja cara yang mereka ada, daripada menjalankan tugas penguatkuasaan imigrasi secara sah. Masalah seterusnya yang berlaku adalah dokumen diri pelarian yang diabaikan. Dokumen diri merupakan status pengenalan serta merupakan dokumen yang menyatakan bahawa mereka diberi kebenaran untuk tinggal di Malaysia. Namun begitu orang pelarian sering diabaikan status mereka dan dokumen diri yang sepatutnya dimiliki oleh mereka tidak diperoleh dengan segera. Hal ini berlaku kerana dokumen mereka tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Terdapat juga kes dimana walaupun orang pelarian menunjukkan kad UNCHR kepada pegawai kerajaan mereka tetapi tetap juga ditangkap.

Perkara tersebut didakwa pernah terjadi kerana terdapat pelarian yang melaporkan bahawa apabila mereka menunjukkan kad UNHCR mereka kepada pegawai kerajaan atau kakitangan RELA, mereka diberitahu bahawa ia tidak memberikan apa-apa makna. Ada yang melaporkan bahawa pihak berkuasa membuang dokumen UNHCR mereka sebelum melakukan tangkapan. Sebaliknya, bagi mereka yang masih menunggu kad yang sah, mereka menunjuk surat pelantikan mereka daripada UNHCR, namun diberitahu bahawa ia tidak dapat melindungi mereka daripada ditangkap atau ditahan. Namun, ada yang lain menyatakan bahawa mereka boleh terlepas daripada tangkapan atau tahanan dengan membayar rasuah.

Di samping itu, masalah lain yang dihadapi oleh orang pelarian dalam Malaysia ialah pengusiran. Mengikut UNHCR, dalam masa enam bulan sebelum bulan Julai 2009, 141 orang Myanmar telah diusir ke Thailand. Tidak ada lagi pengusiran ke Thailand diketahui berlaku sejak itu. Negara Thai telah membiarkan pelarian daripada negara-negara lain, seperti Laos, terdedah kepada pengusiran ke negara lain. Ini telah meningkatkan kesedaran yang pelarian yang dipaksa pulang ke Thailand dari Malaysia akan menghadapi nasib yang sama. NGO tempatan telah melaporkan bahawa individu yang mempunyai kad UNHCR berkemungkinan besar tidak akan dihantar pulang oleh pihak kerajaan.

Namun begitu, masih wujud kebimbangan dalam kalangan orang pelarian kerana terdapat dalam kalangan mereka yang hanya mempunyai surat pelantikan UNHCR tetapi masih menunggu status tentang diri mereka. Terdapat kes dimana pada bulan Januari 2010,seramai 19 orang pelarian dari Sri Lanka yang berdaftar dengan UNHCR telah dihantar pulang secara paksa. Keadaan ini bertentangan dengan prinsip pengusiran kerana mereka tidak seharusnya dihantar pulang kerana mempunyai keizinan untuk tinggal di Malaysia.

Walaubagaimanapun, pengusiran mereka telah digantung selepas orang ramai mengemukakan rayuan segera yang disokong oleh SUARAM, Suruhanjaya Hak Asasi Orang Asia dan lain-lain lagi. Bagi tahanan yang berhadapan dengan masalah pengusiran dan tidak dapat berhubung dengan NGO atau UNHCR untuk mendapatkan bantuan, keadaan mereka tidak diketahui dan kes mereka tidak juga direkodkan.Kesukaran mengakses UNHCR dalam tahanan juga merupakan masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelarian. Terdapat pelarian yang ditahan melaporkan bahawa mereka masih tidak dapat untuk mengakses UNHCR. Masalah ini berlaku kerana kelewatan tindakan yang diambil oleh kedua-dua belah pihak iaitu pusat tahanan mengambil masa yang lama untuk menghubungi UNHCR. Kelewatan tersebut menyebabkan pelarian yang mempunyai keizinan terpaksa berada dalam tahanan dalam satu tempoh tertentu.

Pada bulan Mac 2010, UNHCR memberitahu Amnesty International bahawa talian hotline telah disediakan untuk memudahkan perhubungan termasuk kepada mereka yang berada dalam tahanan. Walaubagaimanapun, para pelarian dan NGO tempatan telah melaporkan bahawa mereka yang berada dalam tahanan terpaksa menyogok kakitangan untuk menggunakan telefon atau membayar terus kepada pengawal keselamatan untuk menggunakan telefon bimbit mereka. Namun begitu, walaupun talian hotline merupakan salah satu cara yang berguna untuk berhubung tetapi terdapat halangan terhadap penggunaannya kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

BAB IV

TINDAKAN PENYELESAIAN UNHCR

4.1Sejarah Statistik Pelarian Di MalaysiaPelarian adalah masalah sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas dengan pelarian dan Malaysia tidak terkecuali. Ia akan berterusan menjadi satu masalah tetapi lebih mudah menanganinya jika semua negara bekerjasama. Negara terbesar yang menghasilkan pelarian yang memberi kesan kepada Malaysia pada suatu pada masa ialah Myanmar dan fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun. UNHCR memulakan operasi di Malaysia pada 1975 di mana pada peringkat awalnya untuk menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia dalam menerima dan menempatkan semula lebih 50, 000 orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke Sabah pada 1970-an hingga 1980-an. UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an.Isu pelarian Vietnam yang mendarat dengan ramainya di negara ini untuk mencari perlindungan daripada pemerintahan komunis sebaik berakhirnya Perang Vietnam pada April 1975. Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau Bidong (sebuah pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway. Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan UNHCR. Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, Malaysia masih menjadi tumpuan serta tempat perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain sehingga ke hari ini. Menurut Alan Vernon, Pesuruhjaya tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia.Di Malaysia terdapat sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka ini diberi kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri. Untuk datang ke Malaysia, mereka perlu mengharungi pelbagai pahit getir. Mereka juga datang ke Malaysia kerana mereka tahu mereka boleh hidup dengan keadaan ekonomi Malaysia yang stabil. 4.1 Tindakan Penyelesaian UNHCR4.1.1Pelarian yang Ada di Malaysia tidak diletakkan di dalam KhemahDi Malaysia, pelarian yang ada tidak akan ditempatkan di dalam khemah sebagai penempatan. Komuniti pelarian akan tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara dan sering kali bilangan yang besar terpaksa berkongsi tempat tinggal di dalam ruang yang sempit. Kadang kala orang berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi pada dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambah lebih banyak penderitaan. Jika pelarian masih diletakkan di dalam khemah, ramai yang akan bergantung kepada bantuan kebajikan dan penjagaan. Seringkali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding situasi lain kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri. Menurut Vernon, kerajaan Malaysia mengambil langkah positif dengan tidak menyekat pergerakan pelarian yang bererti mereka boleh berusaha untuk mencari nafkah bagi menyara keperluan kehidupan mereka.4.1.2 Penempatan SemulaSelepas sesebuah negara menerima pelarian di negaranya, langkah penempatan semula haruslah segera dilakukan untuk memindahkan mereka ke negara ketiga. Menurut Vernon, pihaknya mengemukakan lebih daripada 10,000 pelarian untuk penempatan semula tetapi mengulangi itu bukanlah penyelesaian untuk semua orang. Penyelesaian terbaik untuk pelarian ialah pulang ke negara asal masing-masing. Untuk itu perlu ada rangka kerja perundangan. Ini amatlah penting untuk memastikan pelarian dilindungi dan selamat sehingga sampai masanya mereka boleh pulang ke negara mereka. Sesetengah daripada mereka boleh ditempatkan semula di negara lain tetapi ia bukan penyelesaian untuk setiap pelarian. Sebagai rekod, Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan pelarian. Memang penting untuk menandatangani Konvensyen Pelarian tetapi jika sesebuah kerajaan itu tidak bersedia untuk berbuat demikian kita masih boleh mengadakan dasar serta prosedur dalam menangani isu pelarian. Kesulitan besar sekiranya mereka melakukannya tanpa dasar dan prosedur, semua perlu dibuat berdasarkan budi bicara. Ia juga tidak memberi panduan kepada semua peringkat kerajaan.4.1.3 Pelarian Diberikan Hak Yang FormalMemandangkan masalah pelarian mungkin tidak selesai dalam masa terdekat, cabaran umum ialah mencari jalan bagi memenuhi keperluan pelarian dan dalam masa yang sama melindungi kepentingan tuan rumah secara keseluruhan. Pelarian dan suaka perlu diberi hak yang formal untuk bekerja. Juga penting bagi suaka dan pelarian dilindungi daripada penganiayaan dan peras ugut, terutamanya pasukan RELA hendaklah menghentikan dengan segera tugas-tugas berkaitan imigresen. Pembaharuan segera adalah perlu untuk mengecualikan pencari suaka dan pelarian daripada hukuman jenayah yang berkaitan dengan masalah migrasi, pada masa yang sama, komuniti antarabangsa boleh menyokong usaha ini dengan menyediakan pertambahan peluang penempatan semula kepada pelarian dalam Malaysia, dan dengan menawarkan bantuan kewangan kepada UNHCR untuk memudahkan keupayaan mereka untuk mendaftar, memproses dan membantu pelarian. Menambahkan usaha untuk melindungi pelarian terutamanya terhadap wanita dan kanak-kanak dari segala bentuk keganasan termasuklah menyasarkan sumber untuk menambah akses kepada bantuan perubatan dan representasi undang-undang serta mendirikan tempat kediaman yangselamat.4.1.4 Menyediakan Status Formal Yang Sah Satu daripada langkah yang penting dengan menyediakan status formal yang sah kepada pelarian dan pencari suaka dan mewujudkan sistem pendaftaran di mana mereka akan diberikan dokumen pengenalan. Ini boleh memastikan akses kepada kelayakan yang berkaitan dan penghormatan kepada hak asasi, termasuklah hak untuk tidak ditangkap dan ditahan secara sewenang-wenangnya, dan hendaklah diiktiraf sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab atau pihak lain yang bertindak bagi pihak mereka. Sementara itu, penguat kuasa Malaysia hendaklah bekerjasama dengan UNHCR untuk memastikan bahawa proses pendaftaran yang sedia ada menyediakan perlindungan yang diperlukan. Memberi keutamaan untuk mendapat sumber tambahan untuk pejabat mereka agar mereka boleh menambahbaikkan kapasiti mereka untuk menentukan status pelarian dengan segera berikutan dari bertambahnya angka pelarian yang didaftarkan dalam Malaysia, termasuklah untuk menambah kapasiti bagi pendaftaran dan pemprosesan rakyat bukan Myanmar.4.1.5Sentiasa Memastikan Pelarian Tidak Kebal Undang-UndangMenurut Vernon, UNHCR sentiasa berusaha untuk memastikan pelarian tidak terlibat dalam apa jua kesalahan selama mereka menduduki sesebuah negara itu. Pekerja pembangunan komuniti UNHCR serta yang lain sering keluar untuk bercakap dengan pelarian dan menggalakkan mereka supaya mematuhi undang-undang. Pelarian tidak kebal undang-undang kerana jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh ditangkap dan dibicara seperti orang lain. Pelarian yang menpunyai kad UNHCR bukan boleh melindungi mereka. Pelarian mesti patuh kepada undang-undang dan perlu sedar kehadiran mereka di negara ini tidak boleh diambil ringan. Mereka seakan tetamu di negara ini dan perlu berkelakuan sebagai tetamu. Jangan bertindak yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia berasa terancam dan tidak gembira dengan kehadiran mereka, kata Vernon.Menyediakan Mereka Peluang EkonomiDasar yang lebih baik jelas Vernon, ialah dengan memindahkan pelarian di negara ini ke tempat lain supaya tidak bertumpu di satu-satu tempat sahaja. Sebahagian besar pelarian berada di Kuala Lumpur. Cara yang terbaik untuk memindahkan pelarian secara serentak adalah dengan memberikan peluang pekerjaan secara sah. Mereka boleh bekerja di sektor perladangan, pengilangan dan pembinaan. Sesetengah pelarian mempunyai kemahiran yang amat baik dan begitu berguna sekali untuk majikan di Malaysia. Kawalan serta peraturan yang lebih baik terhadap keadaan pelarian dan merupakan salah satu langkah mengelakkan eksploitasi. Langkah ini diambil sebagai salah satu cara untuk menjadikan pelarian lebih berdikari dari segi pekerjaan supaya mereka tidak menjadi beban di mana ini akan hanya mencetuskan masalah sosial. Pelarian telah menjejaskan Malaysia di masa lampau dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Jumlah pelarian mungkin bertambah dan berkurangan tetapi lebih elok jika ada dasar dan sistem untuk menangani isu ini secara yang boleh dijangkakan dan menguruskannya dengan lebih teratur.4.1.6 Memberikan Pendidikan Kepada Kanak-Kanak PelarianTerdapat kira-kira 19,000 pelarian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yan berdaftar dengan UNHCR. Seramai 10,600 daripada kanak-kanak itu dalam usia bersekolah. Bagaimanapun dianggarkan kurang daripada separuh kanak-kanak pelarian yang sepatutnya menghadiri sekolah tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sebarang bentuk pendidikan. Jika kanak-kanak tidak diberikan pendidikan, ini akan merosakkan masa depan mereka dan boleh mencetuskan masalah sosial di kemudian hari. Kerajaan Malaysia telah menyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh membantu untuk menyediakan pendidikan bagi anak-anak pelarian. Bagaimanapun, beliau memberitahu NGO berkenaan mengalami kesulitan kewangan serta sumber lain dalam menyediakan pendidikan yang diperlukan bagi anak-anak pelarian. Oleh yang demikian, komuniti pelarian sendiri seharusnya mengambil daya usaha untuk mengatur program pendidikan untuk anak-anak mereka. Anak-anak pelarian bolehlah menyumbang kepada komuniti mereka apabila mereka pulang ke negara mereka.4.1.7 Sokongan Organisasi Lain Untuk Mengatasi Masalah PelarianUNHCR berharap dapat bekerja lebih rapat lagi dengan kerajaan, NGO serta orang awam untuk memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan bagi komuniti pelarian negara ini. Ulasan Vernon yang bersetuju dengan keadaan ramai yang melakukan banyak perkara dan berpendapat dalam keadaan itu, setiap orang akan bersetuju bahawa apa jua keadaan, kanak-kanak tidak harus menjadi mangsa. Mereka tidak memilih untuk datang ke Malaysia,ibu bapa mereka yang telah membuat keputusan untuk datang ke Malaysia, jadi kita haruslah bekerjasama untuk memperbaiki keadaan hidup mereka. Dalam hal itu, semua orang mempunyai peranan masing-masing sama ada NGO, sukarelawan dan juga Bangsa-Bangsa Bersatu. Tambah Vernon, pelarian juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya.

4.1.8 Pelarian Membentuk Jawatankuasa SendiriUNHCR mempunyai pasukan untuk memperkasa komuniti pelarian supaya mereka mempunyai jawatankuasa kepimpinan yang boleh menjaga komuniti masing-masing. Kita akan cuba bekerja dengan semua dan akan cuba menggalakkan mereka sebanyak mungkin tetapi kita perlu realistik bahawa ada kumpulan lain yang lebih baik dari kumpulan lain. Ada kumpulan yang mudah membentuk kumpulan dan menjaga kepentingan mereka. Sementara yang lainnya terpaksa berhempas-pulas untuk berbuat demikian. Ada kumpulan yang memberi ruang untuk kaum wanita menyertai kepimpinan, ada yang tidak berapa bersetuju. kata Vernon. Kumpulan pelarian ini tidak mahu mencari susah kerana mereka tahu keadaan mereka yang serba-serbi payah dan mereka tidak boleh mendapat bantuan kerajaan mereka. Mereka juga tahu mereka hanya boleh mengadu kepada UNHCR dan pihak berkuasa Malaysia. Hidup mereka sudah susah dan mereka tahu risiko jika terlibat dalam kegiatan yang tidak baik.

BAB V

CADANGAN

5.1Cadangan Yang DikemukakanMenurut Amnesty International, terdapat banyak cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya kepada kerajaan Malaysia keatas pelarian pelarian yang berada di Malaysia. Antara cadangannya termasuklah kerajaan Malaysia perlu memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja yang ingin memasuki Negara ini dimana dengan niat merka untuk melindungi diri mereka dan memastikan mereka mendapat akses segera kepada UNHCR. Selain daripada itu, mereka juga mencadangkan supaya pihak kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem kad ID yang bertujuan untuk menyediakan hak yang sah untuk terus berada dalam Negara semasa proses penentuan suaka serta memberi kelayakan kapada mereka keatas perkhidmatan yang sepatutnya diterima oleh pihak mereka dan memastikan kad ID mereka dihormati oleh semua peringkat penguatkuasa imigresen dimana pemilik kad ID tidak akan ditangkap , ditahan atau diusir keluar dari Negara ini. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga perlu menghapuskan dengan serta merta semua tugas dan kuasa berkaitan dengan imigresen daripada RELA, termasuklah kuasa untuk menahan pelarian ini dan memastikan bahawa pelarian kanak-kanak yang tiada pengiring iaitu penjaga, orang tua, wanita yang sedang hamil dan semua mangsa-mangsa trauma tidak akan ditahan sama sekali atas sebab-sebab yang berkaitan dengan penghijrahan. Selain itu, mereka perlu dilayan dengan rasa penuh hormat oleh pihak imigresen dan perlu memenuhi piawaian antarabangsa terhadap penggunaan kekerasan.Selain daripada cadangan yang diberikan kepada pihak kerajaan Malaysia, pihak Amnesty International juga memberi beberapa cadangan kepada pihak UNHCR, iaitu pihak UNHCR perlu terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan dokumen pengenalan diikiraf dan sah digunakan oleh semua pihak yang terlibat dalam pengawalan penghijrahan. Selain daripada itu, mereka jua mencadangkan supaya pihak UNHCR mengadakan kempen yang disasar dan ditujukan kepada para pelarian dan Negara tuan rumah untuk memastikan terdapatnya persefahaman terhadap hak dan tanggungjawab pelarian yang berbentuk kesedaran dan advokasi dan meneruskan usaha untuk memastikan bahawa individu yang ditangkap disebabkan kehadiran yang tidak mengikut peraturan di Malaysia diberi akses secara segera kepada UNHCR sekiranya mereka mahu. Bagi mematikan para pelarian dilindungi daripada keganasan dan penyalahgunaan hak asasi yang lain, pihak UNHCR perlu menyasarkan sumber untuk menambah akses kepada bantuan perubatan dan representasi undang-undang serta mendirikan tempat tinggal yang selamat kepada mereka terutamanya bagi golongan wanita dan kanak-kanak. Sejajar dengan Dasar Pelarian Bandar UNHCR, cadangan bagi meneruskan proses membaiki kemudahan penerimaan bagi mereka yang menunggu di luar dan di dalam kawasan UNHCR bagi melancarkan tugas pihak UNHCR.

BAB VI

KESIMPULAN

6.1KesimpulanPelarian ialah seseorang yang keluar daripada Negara asal dan masuk ke Negara lain tanpa sah disebabkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka dan ketakutan terhadap penganiayaan dan penyeksaan yang akan diterima oleh mereka dari Negara asal. Walaupun mereka ini dikatakan telah mencerobohi Negara lain tanpa sah atau tanpa kebenaran, hak asasi mereka terutama perlindungan dan keselamatan seharusnya dijaga oleh Negara dicerobohinya. Mereka berhak mendapat hak keperluan asas seperti hak tempat tinggal, hak mendapatkan makanan yang berkhasiat selain hak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Antara Negara yang tidak terkecuali menerima pelarian atau sinonim dengan tanggapan pendatang asing ialah Negara Malaysia sendiri. Melihatkan kemelut yang dihadapi oleh Negara dalam menangani isu pembanjiran pelarian yang begitu membimbangkan suatu masa dahulu , UNHCR didapati telah melakukan pelbagai penyelesaian bagi memastikan pelarian menerima hak-hak mereka dengan salah satu caranya ialah dengan menyediakan dokumen pengenalan diri bagi pelarian dan mengadakan kerjasama dengan Negara-negara lain seperti Negara ketiga. Walaupun begitu, masih terdapat masalah-masalah yang timbul antaranya sikap degil serta kurangnya informasi kepada sesetengah pelarian dimana mereka masih lagi tidak merujuk kepada UHNRC bagi memperoleh kad pengenalan serta sesetengah pelarian yang dilaporkan masih tetap ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa walaupun telah mempunyai dokumen pengenalan diri yang disediakan oleh pihak UNHCR. Hak pelarian ini seharusnya dihormati sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah pihak berkuasa dan kerajaan. Walaupun pihak berkenaan dikatakan mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak terhadap orang pelarian namun hak-hak yang berkaitan dengan hak asasi manusia haruslah dipandang berat sekalipun mereka dianggap sebagai pendatang haram atau pendatang tanpa izin. Pihak berwajib dan kerajaan haruslah menyediakan undang-undang khas bagi memastikan hak-hak orang pelarian ini dilindungi dan terjamin sepanjang berada di Negara dicerobohinya. Ini disebabkan bukan atas kerelaan mereka untuk melarikan diri dari Negara asal ke nagara lain untuk berlindung namun disebabkan krisis dan kemelut yang dihadapi oleh Negara asal telah memaksa mereka. Dengan itu, sebagai seorang manusia yang menjadi mangsa keadaan, mereka berhak mendapat hak asas sebagaimana manusia lain yang juga warganegara bagi Negara yang dicerobohinya itu kerana pada asasnya hak bagi semua manusia itu adalah sama sahaja.

BAB VI

RUJUKAN

Antara buku-buku rujukan yang digunakan : 1. Amnesty International, Diseksa Dan Ditinggalkan, Pelarian Dinafikan Hak Di Malaysia, Jun 2010.http://www.amnesty.org/en/library/asset/ASA28/010/2010/en/53561f51-084a-4b9c-9126-be7c64e8583e/asa280102010ms.pdf

2. Suruhanjaya Hak Asasi Masusia Malaysia (SUHAKAM), Laporan Tahunan 2010, April 2011http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10127&folderId=39678&name=DLFE-10503.pdf

BAB VIII

LAMPIRANAntara artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pelarian di Malaysia :PERANAN UNCHR DI MALAYSIAUNHCR memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1975 pada peringkat awal untuk menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia menerima dan menempatkan semula lebih 50,000 orang Islam Filipina dari Mindanao ke Sabah pada tahun 1970-an dan 1980-an. UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an. Menurut Vernon, terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka diberi kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri.Untuk rekod, pelarian ialah mereka yang diiktiraf sebagai pelarian sementara pencari suaka politik ialah mereka yang datang ke pejabat UNHCR untuk menuntut taraf pelarian. Pencari suaka politik akan ditemu bual dan kes mereka dikaji berdasarkan maklumat UNHCR mengenai negara mereka sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada mereka boleh diiktiraf sebagai pelarian. Satu perkara yang elok tentang pelarian di Malaysia ialah mereka tidak tinggal di dalam khemah. Komuniti pelarian tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara, dan sering kali bilangan yang besar terpaksa berkongsi tinggal di dalam ruang yang sempit. "Kadangkala orang berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi pada dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambahkan lebih banyak penderitaan. "Lagi pun banyak isu jika diletakkan mereka di khemah, ramai yang bergantung kepada bantuan, kebajikan dan penjagaan. "Seringkali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding situasi lain kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri," jelas Vernon yang menyandang jawatan wakil UNHCR di Malaysia sejak November 2008. ISU-ISU SEMASAISU PELARIAN : 91,000 Pelarian Berada di MalaysiaLEBIH 91,000 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).Daripada jumlah itu, seramai 19,000 pelarian kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah tetapi jika diperhalusi kepada usia persekolahan, jumlahnya 13,900 orang.Bagaimanapun Wakil UNHCR di Malaysia, Alan Vernon berkata, hanya 5,100 pelarian atau 30 peratus yang belajar di sekolah manakala 70 peratus lagi tidak bersekolah."Jumlah tidak bersekolah begitu besar maka beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) prihatin terhadap perkara ini dengan memberi peluang pendidikan kepada komuniti itu."Namun apa yang lebih membimbangkan kerana tidak banyak kemudahan pendidikan untuk golongan muda berumur 12 tahun ke atas," katanya kepada Mingguan mStar.Alan berkata, kanak-kanak pelarian tidak bermasalah, namun sekiranya mereka tidak diberikan pendidikan pada usia muda maka akan memberi masalah kemudian hari."Mereka hanya menetap sementara di Malaysia dan akan diserahkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal masing masing."Pendidikan awal membantu memberi persediaan kepada mereka apabila berada di negara terbabit serta memberi sumbangan kepada masyarakat," katanya.Sehubungan itu katanya, masih banyak perkara perlu diperbaiki melibatkan tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran dan paling penting adalah sumber kewangan. Walaupun masyarakat menyedari tentang kepentingan pendidikan namun tidak dinafikan segelintir ibu bapa pelarian enggan menghantar anak mereka ke sekolah.Mereka bimbang anak-anak berkemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa berikutan pelarian masih dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)."Maka tidak hairanlah banyak sekolah untuk pelarian beroperasi di rumah berbanding membangunkan kemudahan pendidikan lebih terancang," kata Alan.Beliau berkata, kanak-kanak pelarian mempelajari bahasa tetapi apa yang penting sebagai permulaan dalam kehidupan mereka adalah kebolehan membaca dan menulis.Sehubungan itu, UNHCR berharap agar lebih banyak penyertaan masyarakat tempatan memberikan sumbangan sama ada sukarelawan atau keperluan pendidikan.Alan berkata, pada masa sama, UNHCR berusaha mencari jalan untuk bekerjasama rapat dengan NGO dan kerajaan bagi memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan."Diharapkan dengan kesedaran dan keprihatinan semua pihak, ia dapat meningkatkan bilangan kanak-kanak pelarian yang belajar di sekolah."Kami perlu berusaha untuk mencapai matlamat itu kerana sudah ada perkembangan mengenainya namun perlu diperkasakan lagi untuk ke arah lebih baik," katanya.Setakat ini, terdapat 67 sekolah komuniti untuk pelarian di seluruh negara di mana sebahagian besarnya diuruskan oleh sukarelawan pelarian sendiri.UNHCR memberi sokongan kepada program pendidikan seperti latihan perguruan, peruntukan buku teks, geran sekolah, sumbangan dana dan khidmat sukarelawan.Terdapat 322 sukarelawan berdaftar dengan UNHCR dan daripada jumlah itu seramai 163 orang ditempatkan di 40 sekolah komuniti untuk mengajar beberapa subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.PELARIAN MYANMAR MENINGKAT

Wednesday, 30 September 2009 10:54am

PUTRAJAYA 29 Sept. - Jumlah pelarian Myanmar di rantau ini termasuk di Malaysia akan terus meningkat jika demokrasi di negara berkenaan tidak segera dipulihkan.Timbalan Presiden Pusat Informasi Rohingya, Mohd. Rafiq Hamidullah berkata, keadaan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang ditekan junta tentera mungkin menyebabkan lebih banyak etnik minoriti melarikan diri ke negara lain. Beliau berkata, destinasi popular pelarian Rohingya adalah India, Bangladesh, Thailand dan Malaysia.

"Pelarian Rohingya dari Myanmar biasanya akan memasuki Thailand terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia melalui jalan darat."Bagaimanapun terdapat kes pelarian Rohingya memasuki Malaysia secara terus melalui bot," katanya kepada Utusan Malaysia.Pelarian Rohingya yang berasal dari Arakan, Myanmar turut dikenali sebagai orang bot di Thailand kerana selalu melarikan diri ke negara itu melalui laluan laut.

Kehadiran pelarian Rohingya sebagai komuniti tanpa negara telah membawa masalah sosial kepada negara-negara yang menerima kehadiran mereka.Mohd. Rafiq berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 20,000 pelarian Rohingya berada di Malaysia."Perkembangan di Myanmar masih tidak menentu dan menyebabkan kita tidak boleh pulang ke negara asal."Pelarian Rohingya di Malaysia berharap keadaan demokrasi di Myanmar dapat dipulihkan dengan segera dan kerajaan baru mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk asal," katanya.

Malaysia Dan Australia Tandatangan Perjanjian Pertukaran Pelarian Dan Pemohon SuakaKUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Australia Isnin menandatangani perjanjian bersejarah bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua negara.Perjanjian itu, yang pertama seumpamanya ditandatangani di dunia, dengan matlamat jangka panjang untuk mengekang aktiviti sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia serta jenayah rentas sempadan.Perjanjian itu, yang berkuat kuasa mulai tengah malam isnin, adalah bagi pertukaran 4,000 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh empat tahun. Kesemua pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).Perjanjian itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mewakili Malaysia manakala Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia Chris Bowen bagi pihak negaranya.Pada sidang akhbar bersama kemudian, Hishammuddin menyifatkan perjanjian itu satu pendekatan di luar kebiasaan bagi menangani masalah penyeludupan manusia."Kerajaan memberikan isyarat amat jelas kepada sindiket penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang dan sangat memandang serius perkara ini," katanya.Meskipun tiada tarikh ditetapkan, beliau berkata pertukaran pertama berkemungkinan dilakukan tahun ini.Bowen berkata "perjanjian berani" ini adalah satu tekad kesungguhan kedua-dua negara untuk menangani isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang di rantau ini dan ia akan dipantau oleh negara lain untuk melihat faedah langkah ini."Ini satu kemenangan untuk Malaysia, satu kemenangan bagi Australia dan kerugian bagi penyeludup-penyeludup manusia," katanya.Beliau berkata program pertukaran selama empat tahun itu dianggarkan menelan belanja AUD$296 juta dan akan dibiayai kerajaan Australia.Perjanjian itu membenarkan pihak berkuasa Malaysia menyaring para pelarian bagi memastikan mereka bukan dalam senarai pengganas dikehendaki atau pendatang asing tanpa izin sebelum dihantar ke Malaysia.Pelarian yang tersenarai dalam perjanjian pertukaran akan mempunyai kad pengenalan khas dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Australia.Hishammuddin berkata ketika berada di Malaysia, pelarian berkenaan akan ditempatkan di pusat persinggahan selama 45 hari sebelum ditempatkan dalam masyarakat.Menjawab satu soalan, beliau memberi jaminan keselamatan para pelarian adalah menurut tanda aras ditetapkan UNHCR dan mereka dibenarkan mempunyai akses kemudahan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.

"Saya memberi jaminan, bagi pihak Kerajaan Malaysia, bahawa semua orang akan dilayan dengan penuh bermaruah," katanya.Sehingga kini, Malaysia mempunyai kira-kira 93,000 pelarian, kebanyakannya dari Myanmar.Dalam satu kenyataan, Hishammuddin berkata Australia memilih Malaysia dalam projek perintis ini kerana negara itu yakin dengan keupayaan Malaysia dan kesungguhannya dalam menangani kegiatan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.Mengenai Konvensyen PBB mengenai Pelarian, katanya Malaysia tidak menandatangani perjanjian tersebut kerana negara tidak mampu untuk memberi akses keperluan utama seperti peluang pendidikan, pekerjaan, rumah perlindungan kepada pelarian kerana masih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan daripada aspek ini."Ini membuktikan bahawa walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen PBB Mengenai Pelarian, tetapi ia masih menjadi destinasi kepada sejumlah besar pelarian yang berasa selamat berada di negara ini," katanya.Terdahulu, di luar hotel bertaraf lima bintang tempat berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian itu, beberapa anggota yang menggelarkan diri mereka daripada kumpulan "Lawyers for Liberty" berkumpul membantah perjanjian itu.Antara mereka termasuklah Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Pengarah Eksekutif Tenaganita Dr Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya.Irene berkata perjanjian itu berkemungkinan menimbulkan amalan diskriminasi dalam pengurusan pelarian, di mana 800 pemohon suaka berkemungkinan mendapat layanan keutamaan."Bagi urusan 4,000 pelarian ini diselesaikan, kami fikir ia telah pun diproses dan pelarian ini berkemungkinan dari Burma. Perjanjian ini turut menimbulkan tekanan di kalangan masyarakat untuk mendapat peluang penempatan semula," katanya.