guru berintegriti bangsa berkualiti

19
BAB 1 : PENGENALAN Format Pidato Pidato adalah kata-kata yang disampaikan atau suatu ucapan dengan susunan yang baik dan ditujukan kepada orang banyak. Terdapat banyak jenis pidato antaranya ialah pidato sambutan yang disampaikan pada awal sebuah acara atau pidato kenegaraan yang disampaikan oleh presiden. Bagi memastikan pidato yang dilakukan berjalan dengan lancar, kita hendaklah menyusun naskah pidato terlebih dahulu. Naskah pidato terdiri daripada tiga bahagian iaitu : 1. pembukaan, 2. isi, 3. Penutup Sebelum menyusun naskah pidato, kita hendaklah menulis hal-hal penting mengenai acara, misalnya nama acara, para undangan yang hadir, serta tujuan dari penyelenggaraan acara. Setelah itu, buatlah kerangka naskah pidato dengan memerhatikan bagian-bagian pidato. Hal-hal yang harus ada dalam naskah pidato adalah sebagai berikut : 1. Salam atau sapaan pembuka. 2. Pembuka pidato. 3. Isi pidato. 4. Penutup pidato.

Upload: samson-lian

Post on 26-Jul-2015

803 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

BAB 1 : PENGENALAN

Format Pidato

Pidato adalah kata-kata yang disampaikan atau suatu ucapan dengan susunan yang

baik dan ditujukan kepada orang banyak. Terdapat banyak jenis pidato antaranya ialah

pidato sambutan yang disampaikan pada awal sebuah acara atau pidato kenegaraan

yang disampaikan oleh presiden. Bagi memastikan pidato yang dilakukan berjalan

dengan lancar, kita hendaklah menyusun naskah pidato terlebih dahulu. Naskah pidato

terdiri daripada tiga bahagian iaitu :

1. pembukaan,

2. isi,

3. Penutup

Sebelum menyusun naskah pidato, kita hendaklah menulis hal-hal penting mengenai

acara, misalnya nama acara, para undangan yang hadir, serta tujuan dari

penyelenggaraan acara. Setelah itu, buatlah kerangka naskah pidato dengan

memerhatikan bagian-bagian pidato. Hal-hal yang harus ada dalam naskah pidato

adalah sebagai berikut :

1. Salam atau sapaan pembuka.

2. Pembuka pidato.

3. Isi pidato.

4. Penutup pidato.

5. Salam penutup.

Tujuan Pidato

Pidato umumnya melakukan satu atau beberapa hal berikut ini :

1. Mempengaruhi orang lain agar mahu mengikuti kemahuan kita dengan sendirinya.

2. Memberi suatu pemahaman atau informasi pada orang lain.

Page 2: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

3. Membuat orang lain tertarik dengan pidato yang menghibur sehinggakan memberi

kesenangan dan kepuasan kepada orang lain dengan ucapan yang kita sampaikan.

Jenis-Jenis Pidato

Berdasarkan pada sifat daripada isi pidato, pidato dapat dikategorikan sebagai :

1. Pidato Pembukaan, adalah pidato singkat yang dibawakan oleh pembaca acara.

2. Pidato pengarahan adalah pidato untuk mengarahkan pada suatu pertemuan.

3. Pidato Sambutan, merupakan pidato yang disampaikan pada suatu acara kegiatan

atau peristiwa tertentu yang dapat dilakukan oleh beberapa orang dengan waktu yang

terbatas secara bergantian.

4. Pidato Perasmian, adalah pidato yang dilakukan oleh orang yang berpengaruh untuk

merasmikan sesuatu.

5. Pidato Laporan, iaitu pidato yang isinya adalah melaporkan suatu tugas atau

kegiatan.

.

Page 3: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

Pendidik berkualiti : bangsa berkualiti

Isi kelima : professional & peka terhadap perkembangan pendidikan

Isi keempat : keadilan guru dalam mendidik.

Pendahuluan :Definisi Pendidik berintegriti bangsa berkualiti

Isi pertama : Ikhlas dalam mengajar

Isi kedua : amanah pembentuk guru berintegriti

Penutup : guru asas utama kualiti bangsa.

Isi ketiga : guru berakhlak mulia (role model )

BAB 2 : GRAFIK

PETA MINDA: “PENDIDIK BERINTEGRITI : BANGSA BERKUALITI.”

Page 4: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

RANGKA PIDATO

PENDIDIK BERINTEGRITI : BANGSA BERKUALITI

PENDAHULUAN

Solutasi

Maksud pendidik- orang yang mendidik

Maksud integriti- himpunan kualiti unggul

Maksud integiriti(individu)

Maksud integriti(penjawat awam)

Definisi bangsa

Definisi kualiti

Agen pendidik- guru.

Isi pertama : ikhlas dalam mengajar

Kamus Dewan Edisi - hati suci,tidak menipu atau tidak berpura.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w – segala bermula dengan niat,

Guru ikhlas sanggup berkorban masa dan tenaga

mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu

menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis

Isi kedua : amanah pembentuk guru berintegriti.

Kamus Dewan- amanah : sesuatu yang dipercayakan kepada orang.

Ab. Rasid Yaakop,Tokoh Guru - tugas guru amat besar kerana ia

memikul amanah daripada ibu bapa dan masyarakat yang

mengharapkan murid yang dididik menjadi insan cemerlang.

guru perlu amanah menjaga nama baik profesion mulia ini.

memaksimumkan ruang yang ada bersama generasi pelapis negara

untuk memastikan anak harapan negara dan agama terdidik

sempurna.

akibat nila setitik, habis susu sebelanga.

jagalah amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Page 5: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

Isi ketiga : guru berakhlak mulia (role-model)

Murid-murid dibaratkan kain putih dan gurulah yang mencorakkannya.

Uthman Awang mencipta sajaknya yang bertajuk ‘Guru oh Guru’-

setiap insan yang berjaya dimuka bumi ini adalah hasil tangan seorang

guru.

guru wajib mempunyai pekerti mulia.

Datin Fatimah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri (Borneo Post Online)-

guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Para pelajar cenderung

meniru atau mencontohi tingkah laku mereka.

guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan

sosial yang baik dan murni.

dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-

amalannya di dalam bilik darjah. 

Isi keempat : keadilan guru dalam mendidik.

(Kamus Dewan Edisi ketiga) adil - dengan berdasarkan pertimbangan

yang wajar atau berpatutan dan tidak memihak kepada mana-mana

serta tidak sewenang-wenangnya memutuskan sesuatu.

Firman Allah(surah Al-Maidah) - “Wahai orang-orang yang beriman,

hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang

menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan

jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu

mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu

berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir

kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah

maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Guru tidak membezakan para pelajar berdasarkan taraf hidup, kaum,

dan agama.

Konsep 1Malaysia.

Page 6: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

Isi kelima : profesional dan peka terhadap perkembangan pendidikan

peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - guru perlu

melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik dan

memahami Pengetahuan Kandungan Pedagogi.

guru perlu rajin mencari, meneliti dan membuat penyelidikan agar

sentiasa dalam keadaan siap siaga dengan ilmu, kemahiran serta seni

pengajaran dan pengetahuan kandungan pembelajaran.

menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi

maklumat.

PENUTUP

Guru asas utama pembinaan negara dan bangsa.

Pengisian pendidik berintegriti : ikhlas,amanah, berakhlak mulia,peka

dan mengikuti perkembangan pendidikan.

Page 7: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

BAB 3 : TEKS PIDATO

Pendidik Berintegriti Bangsa Berkualiti

Cetusan barakah buat peneraju acara,

Saf kehakiman intelektual berkarisma,

Sidang hadirin warga dewan berwibawa,

Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma.

Berdirinya saya di sini bukanlah untuk menyertai akademi fantasia ataupun

Mentor musim keenam kerana saya bukanlah Siti Nurhaliza atau Stacy tetapi pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang akan menyampaikan sebuah

pidato yang bertajuk “Pendidik Berintegriti : Bangsa Berkualiti.”

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pendidik bermaksud orang yang

mendidik. Pendidik yang bertindak sebagai pengajar apa sahaja pelajaran yang

baik dan positif samada dalam bentuk formal atau tidak formal umpama sebuah alat

yang berfungsi sebagai enjin perubahan kepada cara, bentuk, teknik serta impak

sistem pendidikan yang telah sedia ada di negeri atau tanah air. Manakala, integriti

pula bermaksud kejujuran.Menurut Datuk Dr Sulaiman Mahhab dalam Pelan Integriti

Nasional (PIN) telah tercatat secara kasarnya maksud integriti iaitu himpunan kualiti

unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada

prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Pada

peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan kepentingan dengan

prinsip moral, etika dan undang-undang, serta keselarasan di antara kepentingan diri

dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula tepat dan bermutu.

Bagi pejawat awam seperti guru, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan

kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan

itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga,

saudara mara atau kaum kerabatnya sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia

mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan

demikian, penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban

terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kerana pihak lain.

Page 8: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

Mengenai frasa bangsa berkualiti, apakah yang tergambar dalam minda

saudara-saudari sekalian mengenai bangsa yang berkualiti? Menurut Kamus Dewan

edisi ketiga, bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan. Kualiti

pula bermaksud darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi atau bermutu. Justeru,

bangsa yang berkualiti ialah kelompok manusia yang mempunyai darjah

kecermerlangan yang bermutu. Maka, untuk melahirkan bangsa berkualiti,

pendidiklah yang pertamanya mengorak langkah untuk membentuk bangsa yang

berkualiti. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Itulah peribahasa yang dapat

digambarkan . Besar nilai dan makna pendidikan menjadikan guru atau pendidik

golongan penting untuk melahirkan generasi insan berilmu yang akan

menterjemahkan pengetahuan diperoleh dalam bentuk tindakan ke arah masa

depan lebih gemilang. Ilmu yang boleh diselaraskan dengan tuntutan syariat pula

adalah pemangkin kepada lahir bangsa berkualiti. Guru yang berintegriti pastinya

mampu untuk melahirkan bangsa yang berkualiti. Justeru, untuk memastikan kita

sebagai bakal guru mampu menjadi guru yang berkualiti, kita seharusnya

memastikan diri kita memiliki nilai-nilai dan ciri- ciri yang berintegriti.

Sidang penonton yang dikasihi,

Bicara saya yang pertama ialah guru berintegriti bersifat ikhlas dalam

mengajar. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, hati suci,tidak menipu atau tidak

berpura. Oleh itu, ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati yang

melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri

dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta,

kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu

tersembunyi atau tujuan-tujuan lain yang bukan kerana Allah SWT. Nabi Muhammad

s.a.w pernah bersabda, “setiap perbuatan bermula dengan niat.” Maka, niatlah ikhlas

mendidik kerana Allah. Guru yang ikhlas sanggup berkorban masa dan tenaga dan

mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada

murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu

sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin

supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan

warganegara yang berilmu sekali gus melahirkan bangsa yang berkualiti. Dalam era

transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir

Page 9: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi mencapai pendidikan bertaraf

antarabangsa. 

Hadirin-hadirat yang saya muliakan,

Bicara saya yang kedua ialah amanah pembentuk guru berintegriti. Kamus

Dewan edisi Ketiga mendefinisikan amanah sebagai amanat sesuatu yang

dipercayakan kepada orang. Menurut Ab. Rasid Yaakop,Tokoh Guru pada

Sambutan Hari Guru 2011 berkata tugas guru amat besar kerana ia memikul

amanah daripada ibu bapa dan masyarakat yang mengharapkan murid yang dididik

menjadi insan cemerlang. Tambah beliau lagi, jika setiap guru mengingati amanah

yang diberikan, mereka tidak akan sukar menyelamat profesion perguruan. Oleh itu,

sebagai penggerak utama yang menyumbang kepada kemajuan sesuatu bangsa

melalui pendidikan rasmi, guru perlu amanah menjaga nama baik profesion mulia ini.

Sikap sebahagian kecil guru menggunakan peluang bersama pelajar untuk berbuat

sesuatu yang tidak baik amatlah dikesali.Guru harus memaksimumkan ruang yang

ada bersama generasi pelapis negara untuk memastikan anak harapan negara dan

agama terdidik sempurna dengan ilmu pendidikan formal, juga adab dan nilai

murni.Jangan pula guru yang menjadi orang harapan ibu bapa membantu membina

sahsiah anak menjadi ‘pagar yang makan padi’. Bayangkan apa akan berlaku jika

guru menjadi ancaman kepada pelajar. Sudah pasti ibu bapa ragu-ragu untuk

menghantar anak mereka ke sekolah. oleh itu, janganlah kita merosakkan nama baik

profesion perguruan ini. Jangan disebabkan seorang guru membuat silap, habis

semua guru dipersalahkan. Bak kata pepatah, akibat nila setitik, habis susu

sebelanga. Jadi, jagalah amanah yang diberikan sebaik mungkin bagi melahirkan

generasi yang berkualiti pada masa akan datang.

Warga Dewan yang dirahmati Allah,

Bicara saya yang ketiga ialah guru harus berakhlak mulia. Murid-murid

dibaratkan kain putih dan gurulah yang mencorakkannya. Sama ada kita sedar aau

tidak,gurulah yang menjadikan para pelajar seorang yang berguna kepada

masyarakat dan negara. Jika tidak, masakan Uthman Awang mencipta sajaknya

yang bertajuk ‘Guru oh Guru’ di mana jika ditafsirkan sajak tersebut, setiap insan

Page 10: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

yang berjaya dimuka bumi ini adalah hasil tangan seorang guru. Oleh itu,guru harus

membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai

murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan

instrumental. Sebagai pendidik, guru wajib mempunyai pekerti mulia yang bukan

saja menjamin kecemerlangan pendidikan, juga sebagai modal mentarbiahkan

insan. Menurut Menteri Datin Fatimah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri di dalam

Borneo Post Online, guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Para pelajar

cenderung meniru atau mencontohi tingkah laku mereka. Beliau berkata demikian

berikutan  insiden seorang guru lelaki bersama isterinya diberkas polis kerana

disyaki mengedar dadah kepada pelajar tempat dia bertugas. Hal ini sangat

memalukan kerana  kita sebagai guru bercakap mengenai keburukan pengambilan

dadah terlarang sebaliknya kita melakukan sendiri perkara itu. Oleh itu, tiada siapa

mahu mendengar kata orang yang alpa, taat kepada pelaku maksiat, apatah lagi

menadah ilmu daripada seseorang tidak berakhlak. Jadi, guru seharusnya

mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni

supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu

bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh

teladan kepada para pelajar. Sifat – sifat mulia yang ditonjolkan oleh guru di sekolah

secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Secara tidak langsung,

guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui

amalan-amalannya di dalam bilik darjah dan melahirkan para pelajar yang berakhlak

mulia sekali gus melahirkan bangsa yang bertamadun.

Sidang penonton yang penuh santun,

Bicara saya yang keempat ialah keadilan guru dalam mendidik. Menurut

Kamus Dewan Edisi Ketiga, adil bermaksud yang atau dengan berdasarkan

pertimbangan yang wajar atau berpatutan dan tidak memihak kepada mana-mana

serta tidak sewenang-wenangnya memutuskan sesuatu. Allah S.W.T telah berfirman

di dalam surah Al-Maidah yang membawa maksud, “Wahai orang-orang yang

beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan

keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali

kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak

melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana

Page 11: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,

sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu

lakukan”. Sebagai seorang pendidik yang berintegriti, guru haruslah bersikap adil

dalam mengajar dan tidak membezakan para pelajarnya dengan memberi layanan

yang baik kepada pelajar-pelajar yang mereka suka sahaja. Selain itu juga, guru-

guru tidak boleh membezakan pelajar berdasarkan taraf hidup, kaum, dan agama

selaras dengan konsep 1Malaysia yang tidak membezakan masyarakat Malaysia

yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Datuk Sri

Najib Bin Tun Razak. Keadilan guru menjadikan para pelajar berasa selesa dalam

menimba ilmu dan di situlah lahirnya pelapis bangsa yang adil dan berkualiti.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bicara saya yang terakhir ialah guru perlu bersifat profesional dan peka

dengan segala perkembangan pendidikan. Seorang guru perlu peka terhadap

inisiatif pendidikan yang terkini. Pada zaman siber kini yang segalanya

menggunakan komputer, menjadi cabaran kepada para guru. Menurut Timbalan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru perlu melengkapkan diri dengan

kemahiran asas sebagai pendidik dan memahami Pengetahuan Kandungan

Pedagogi. Tambah beliau lagi, konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi

seorang guru amat penting untuk mereka cari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan

kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak

didik. Menurut beliau lagi, semua guru perlu rajin mencari, meneliti dan membuat

penyelidikan agar sentiasa dalam keadaan siap siaga dengan ilmu, kemahiran

serta seni pengajaran dan pengetahuan kandungan pembelajaran. Dalam hal ini,

guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan

internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan

pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid

menggunakan internet sebagai Pengajaran & Pembelajaran. Selain itu guru perlu

mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program

SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan

guru terhadap penggunaan ICT. Ekoran itu, guru yang berintegriti perlu

Page 12: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

memastikan diri mereka lengkap dengan segala kemahiran dan pengetahuan untuk

mendidik para pelajar mereka.

Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya

ingin menegaskan bahawa gurulah asas utama kepada kualiti pembinaan negara

dan bangsa. Tanpa didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir

urus negara dan akan rosaklah bahasa yang dipimpin.  Pengisian pendidik yang

berintegriti seperti yang dibentangkan iaitu guru perlulah ikhlas, amanah, berakhlak

mulia, adil, dan peka dengan segala perkembangan pendidikan untuk melahirkan

bangsa yang berkualiti sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

Page 13: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

BAB 5 : KESIMPULAN

Pendidik yang berintegriti

Page 14: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

RUJUKAN

Buku Ilmiah

Malek Shah Hj. Mohd. Yusoff & Nik Pa Raja Kechik. (2006). Penerapan Budaya

Terbilang INTAN. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara.

Mazilah Musa, Izal Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin. (2005). Etika Dan Integriti Di

Malaysia : Isu Dan Cabaran. Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia.

Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang. (2008). Kompetensi Umum Teras & Profesional. Selangor :

Multimedia-es Resources Sdn. Bhd.

Penilaian Tahap Kecekapan(PTK). (2005). MDC Publishers Sdn. Bhd.

Sumber internet

De-kill. (2008). Cara Menyusun Naskah Pidato. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di laman

sesawang http://de-kill.blogspot.com/2008/11/cara-menyusun-naskah-

pidato.html.

Eyes News. (2011). Negara perlu guru berkualiti tinggi – Muhyiddin –

Utusan Malaysia. Himpunan Berita. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di laman

sesawang http://eyesnews.wordpress.com/2011/03/17/negara-perlu-guru-

berkualiti-tinggi-muhyiddin-utusan-malaysia/

Home.net. (2011). Didik dengan amanah, ikhlas - Tokoh Guru Melaka. Dilayari pada

22 Ogos 2011 di laman sesawang http://www.home.net.my/blog/didik-dengan-

amanah-ikhlas-tokoh-guru-melaka

Lokman Mohd Hashim. (2009). Guru Pembina Bangsa Dan Negara. Dilayari pada 22

Ogos 2011 di laman sesawang

http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/minda-penerbit-siri-21/ .

Page 15: Guru Berintegriti Bangsa Berkualiti

Organisasi.Org.(2008). Pengertian Pidato, Tujuan, Sifat, Metode, Susunan Dan

Persiapan Pidato Sambutan. Di layari pada 22 Ogos 2011 di laman sesawang

http://organisasi.org/pengertian-pidato-tujuan-sifat-metode-susunan-dan-persiapan-pidato-sambutan.

Patricia Gary.(2010). Guru Harus Berintegriti Tinggi. Borneo Post Online.Dilayari pada

22 Ogos 2011. Di laman sesawang

http://www.theborneopost.com/2010/04/28/guru-harus-berintegriti-tinggi/.

Usman Awang. (1979). Guru Oh Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Dilayari pada

22 Ogos 2011. Di laman sesawang http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm.