gmt-master ii · master ii dalam 18 karat emas everose dengan rantai oyster. model ini mempunyai...
TRANSCRIPT
GMT-Master II
Oyster, 40 mm, emas Everose
Oyster Perpetual GMT-Master II dalam EmasEverose 18 karat denganrantai Oyster.
Model ini mempunyai dail hitam dan dua warna Sisipan
bezel cerachrom dalam seramik perang dan hitam. Direka
bentuk untuk menunjukkan masa dalam dua zon waktu
yang berbeza secara serentak semasa penerbangan
antara benua, GMT-Master II telah diiktiraf kerana
penampilannya yang kukuh dan serba boleh.
Bezel berputar 24-jamInovatif berteknologi
tinggi
Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat
konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum 24
jam berbentuk segetiga susuh di mana ianya berputar
pada dail setiap 24 jam dan satu bezel berputar dwiarah
dengan senggat 24 jam.
Dail hitamkejelasan yang tinggidalam semua keadaan
Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain,
GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam
semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan
paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya
yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan,
segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang
memancarkan cahaya berpanjangan
Emas Everose 18 karatPaten eksklusif
Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah
jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara
eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan
sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005,
18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex
Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rantai OysterAlkimia sempurna bentukdan fungsi
Rantai Oyster adalah penciptaan yang sempurna dari segi
bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi, yang direka
untuk menjadi kukuh dan selesa. Ia dilengkapi dengan
kancing berlipat Oysterlock yang menghalang pembukaan
secara tidak sengaja dan Easylink comfort extension link
yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini
membolehkan pemakai memanjangkan lagi kepanjangan
rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan
keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Dua Zon WaktuPaparan serentak
Dengan jarum jam, minit dan saat tradisionalnya, satu
jarum 24 jam berbentuk segetiga susuh, dan satu bezel
berputar dwiarah dengan senggat 24 jam sisipan
Cerachrom, GMT-Master II boleh memaparkan masa
dalam dua zon masa secara serentak: sama ada waktu
tempatan dan masa rujukan, atau waktu tempatan dan
alternatif zon masa. Tarikh yang ditunjukkan pada jam 3
disegerakkan dengan paparan waktu tempatan.
Kanta SiklopsKanta pembesar
Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik
dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas
wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta
siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan
sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan
bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan
Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan
pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk
kesempurnaan.
Mekanisme 3285Prestasi yang hebat
Kaliber 3285 merupakan sebuah mekanisme mekanikal
automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya
oleh Rolex. Dengan 10 aplikasi paten yang difailkan
sepanjang pembangunannya, mekanisme ini mempunyai
penolak atur Chronergy dan jaminan rizab kuasa kira-kira
70 jam. Sepertimana kesemua mekanisme Rolex
Perpetual, 3285 merupakan sebuah Kronometer
Switzerland yang diperakui iaitu suatu pelantikan yang
diperuntukkan untuk jam tangan berketepatan tinggi yang
telah berjaya melepasi ujian-ujian Pengujian kronometer
Switzerland (COSC). 3285 dilengkapi dengan pegas
rambut Parachrom , menawarkan ketahanan yang luar
biasa terhadap kejutan dan kepelbagaian suhu.
Senibinanya yang sama dengan semua mekanisme jam
tangan Oyster menjadikannya boleh dipercayai.
SpesifikasiRujukan 126715CHNR
PENUTUP MODELOyster, 40 mm, emas Everose
SENI BINA OYSTERPenutup tengah Monoblok, penutup
belakang diskrukan ke bawah dan belitan
putaran jam
GARIS PUSAT40 mm
BAHANEmas Everose 18 karat
BEZELBezel dwiarah boleh gilir senggatan 24
jam. Dua warna perang dan sisipan
Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu
angka-angka dan senggatan
BELITAN PUTARAN JAMDiskrukan ke bawah, sistem kalis air
triplock triple
KRISTALNilam tahan calar, kanta siklops sepanjang
tarikh
KALIS AIRKalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISMEPerpetual, mekanikal, automatik, fungsi
GMT
KALIBER3285, Buatan Rolex
KETEPATAN-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
FUNGSIJarum jam, minit dan saat. Paparan 24 jam.
Zon masa kedua yang bebas dengan
penentapan yang cepat pada jarum jam.
Tarikh serta merta. Pemberhentian saat
untuk tetapan masa yang tepat
PENGAYUNPegas rambut paramagnet Parachrom biru.
Penyerap kejutan Paraflex berprestasi
tinggi
BELITANDwiarah automatik melalui rotor Perpetual
RIZAB KUASALebih kurang 70 jam
RANTAIOyster, penghubung keping tiga rata
BAHAN RANTAIEmas Everose 18 karat
KANCINGPengancing keselamatan Oysterlock lipat
dengan 5 mm sambungan pautan yang
selesa
DAILHitam
BUTIRANPaparan Chromalight yang tinggi dan
sangat mudah dibaca dengan luminesens
biru tahan lama
PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan
Rolex selepas dibuka)
Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com
Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,
nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara
adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang
terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa
kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk
mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.