forum 2

Upload: thamaiyanthi-ratnam

Post on 04-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Bincangkan bagaimana anda mengaplikasikan model ASSURE dalam merancang pengajaran dengan mengintegrasikan TMK sebagai media pengajaran

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah dan model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai, gunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut, melibatkan murid dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan proses ini untuk menghasilkan rancangan pelajaran serta memperbaiki pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran. Sebagai contohnya, saya telah memilih tahun 4 , matapelajaran sains yang bertajuk interaksi antara benda hidup untuk mengaplikasikan Model Assure dalam pengajaran dengan mengintegrasikan TMK sebagai media pengajaran. Standard kandungan bagi tajuk ini ialah memahami sesetengah haiwan hidup secara berkumpulan dan sesetengah yang lain hidup menyendiri.Sebelum memulakan mereka bentuk pengajaran, guru perlu mengetahui tentang ciri-ciri murid-muridnya yang menjadi sasaran pengajaran dan pembelajaran. Beberapa maklumat tertentu perlu diketahui terlebih dahulu sebelum sesuatu rancangan dibina. Antara ciri-ciri tersebut adalah ciri-ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan dan latarbelakang murid. Melalui rekod murid dan berinteraksi secara langsung dengan murid, guru boleh memperoleh maklumat yang lengkap mengenai seseorang murid. Melalui cara-cara ini, guru dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian. Contohnya , bagi topik yang pilih, guru perlu mengetahui bilangan murid , umur murid serta pengetahuan sedia ada berkaitan dengan topik yang ingin mengajar bagi menentukan cara pengajaran kepada muri tersebut. Contohnya telah tahu tentang haiwan peliharaan dan haiwan yang bearda dirumah serta pernah berkunjung ke zoo sebagai pengetahuan sedia ada. Seterusnya , objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran. Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang jelas supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, bagi topik haiwan peliharaan ini pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan sesetengan haiwan hidup secara berkumpulan dan hidup menyendiri. Kedua murid dapat menamakan 5 haiwan hidup berkumpulan dan 5 haiwan hidup menyendiri. Ketiga murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan cara hidup haiwan tersebut. Guru boleh menggunakan beberapa kaedah seperti menayangkan video tempat haiwan peliharaan bagi mengemukakan soalan kepada pelajar. Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab. Hal ini menunjukkan objektif pembelajaran tersebut telah difahami oleh pelajar sekaligus dapat mencapai hasil pembelajaran.

Langkah setersunya ialah setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek seperti membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai , memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih, memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Bagi topic yang saya pilih, guru boleh menggunakan kaedah perbincangan, kaedah penyoalan dan kaedah berpusatkan bahan. Media yang boleh menggunakan ialah komputer riba, tayangan video, tayangan slaid ,tayangan bahan 2D (gambar haiwan dan lembaran kerja ) dan bahan 3D ( model haiwan). Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.Selain itu, langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik iaitu (preview) bahan, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajardan sediakan pengalaman pembelajaran. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, dalam topik ini, bahan 2 D iaitu gambar haiwan digunakan dalam set induksi bagi menarik minat murid. Tayangan video digunakan semasa langkah 1 membantu murid memahami gambaran cara hidup haiwan iaitu hidup secara berkumpulan dan menyendiri. Tayangan slaid pula digunakan bagi menambah pemahaman murid. Lembaran kerja pula digunakan bagi tujuan pengukuhan.Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar. Contonhya , murid akan terlibat secara aktif dalam set induksi kerana ia merangkumi pemusatan bahan dan murid seperti menggunakan 2D gambar haiwan . Bagi langkah 1 juga pemusatan bahan dan murid. Langkah dua pula aktiviti pemusatan murid dan guru seperti guru menayangkan kuiz dalam slai dan murid akan menjawap soalan dengan meneken loceng. Begitu itu juga dalam langkah ketiga dan langkah keempat . Akhirnya ialah nilai dan semak semula. Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Contohnya , guru akan membuat kesimpulan dan rumusan tentang topik yang diajar seperti tempat peliharaan haiwan. Murid pula membuat kesimpulan dengan melengkapkan peta minda pada slaid.Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK adalah salah satu media yang amat membantu untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.