faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala … · menggunakan soal selidik. sampel kajian terdiri...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG
DIKALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TASEK UTARA 2, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM SATU
TINJAUAN.
KAMALIA NOR BINTI ABU SAMAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG
DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK
UTARA 2, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.SATU TINJAUAN
KAMALIA NOR BINTI ABU SAMAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2007
ii
iii
Dedikasi
Kuabadikan dedikasi ini istimewa buat......
Ayahanda Abu Samah dan Ibunda Siti Halijah yang tercinta Doa, jasa dan pengorbananmu sumber kejayaanku….
Tunangku Sayang yang sentiasa memberi Inspirasi dan dorongan bagi membakar obor perjuanganku....
En. Mohd Rizal bin Mohd Said Jasa dan bakti tidak boleh ditukar ganti....
Teman – teman seperjuangan....4SPH Kenamgan bersama tak mungkin hilang dimemoriku....
Suka duka perjalanan telah kita lalui bersama.... Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.....
Kejayaan ini adalah milik bersama.............
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…..
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang dengan izin, taufik dan hidayahnya dapat
saya menyiapkan dan menyempurnakan penyelidikan ini dengan sebaik mungkin.
Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia yang dihormati, En. Mohd
Rizal bin Mohd Said di atas bimbingan, dorongan serta nasihat sepanjang menjalankan
penyelidikan ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa, tunang dan ahli keluarga
yang telah memberi semangat dan sokongan moral yang amat berharga sepanjang
menyiapkan kajian ini dan sepanjang belajar di bumi UTM ini.
Juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang telah memberi panduan dan
pertolongan. Kenangan bersama tetap dalam ingatan dan terima kasih di atas segala
sokongan. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Tidak mungkin dilupakan ucapan terima kasih setulusnya kepada Pengetua,
Penolong Kanan HEM, guru – guru dan pelajar – pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tasek Utara 2, di atas bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya
sehingga penyelidikan ini selesai. Mudah–mudahan Allah memberikan sebaik–baik
ganjaran di dunia mahupun akhirat.
Wassalam...
v
ABSTRAK
Sejak kebelakangan ini, gejala ponteng adalah masalah yang semakin berleluasa
di kebanyakan sekolah dan menjadi isu yang hangat diperkatakan samada di akhbar –
akhbar tempatan, forum, seminar pendidikan dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat faktor – faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng
dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Faktor –
faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor guru sekolah, faktor rakan sebaya dan
faktor prasarana sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan
menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan
Dua dan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Perisian Statistical Packages For
Social Science ( SPSS 12 For Windows ). Keputusan kajian mendapati semua faktor
yang dikaji terlibat dalam menyumbang gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2. Faktor rakan sebaya mempunyai tahap yang
mempengaruhi manakala faktor prasarana sekolah dan guru sekolah mempunyai tahap
yang sederhana mempengaruhi. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat dan diambil
oleh pihak – pihak tertentu seperti pihak guru, pihak sekolah, pihak Kementerian
Pelajaran dan masyarakat supaya dapat mengambil langkah – langkah yang sewajarnya
supaya gejala ponteng dapat diselesaikan.
vi
ABSTRACT
In recent years, the problem of truancy is on the increase in most school and it
has been a topic of discussion, especially over the media, forums, educational seminars
and conferences. This study is aimed at identifying factors influencing the students of
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara Johor Bahru 2 to play truant. The factors
engaged in this study are teachers, peer group and school facilities. This study employs
the use of the descriptive method. The sample for this study consists of 70 form two and
four students of Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru. The data
obtained was analyzed by the used Statistical Packages For Social Science (SPSS 12 For
Windows).The result of this study shamed that the factors concerned has an influence
towards the truancy problem in the particular school. The students’ perceive that the
peer group factor has an influence towards the students playing truant. Whereas the
school facilities and teachers factor have a moderate level of influence. It is hoped that
these finding can draw joint efforts from teachers, schools, Ministry Of Education and
the public to act promptly and implementing appropriate strategies and actions among
the students especially students of Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 , Johor
Bahru.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Definisi Istilah 13
1.10 Penutup 16
1.11
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Faktor – faktor Yang Menyumbang Kepada
Gejala Ponteng 18
2.2.1 Faktor Guru Sekolah 18
2.2.2 Faktor Rakan Sebaya 23
2.2.3 Faktor Prasarana Sekolah 26
2.3 Penutup 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Instrumen Atau Kaedah Kajian 31
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.6 Prosedur mengendalikan kajian 35
3.7 Kebolehpercayaan Alat Kajian 36
3.8 Keesahan Instrumen 38
3.9 Penganalisisan Data 38
3.10 Penutup 41
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 43
4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 43
4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 44
4.2.3 Taburan responden mengikut agama 44
4.3 Bahagian B,C dan D (Analisis Data Berdasarkan
Persoalan Kajian) 45
4.3.1 Soalan Kajian 1 (Faktor Guru Sekolah) 47
4.3.2 Soalan Kajian 2 (Faktor Rakan Sebaya) 50
ix
4.3.3 Soalan Kajian 3 (Faktor Prasarana Sekolah) 53
4.4 Purata Keseluruhan Min 56
4.5 Kesimpulan 57
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Latar Belakang Responden 59
5.2.2 Persoalan Kajian 1 (Faktor Guru Sekolah) 60
5.2.3 Persoalan Kajian 2 (Faktor Rakan Sebaya) 62
5.2.4 Persoalan Kajian 3 (Faktor Prasarana Sekolah) 65
5.3 Rumusan Purata Keseluruhan Min 68
5.4 Cadangan 69
5.4.1 Cadangan Untuk Faktor Guru Sekolah 69
5.4.2 Cadangan Untuk Faktor Rakan Sebaya 71
5.4.3 Cadangan untuk Faktor Prasarana Sekolah 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 72
5.6 Penutup 73
RUJUKAN 75-80
Lampiran A – G 81-90
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Statistik Kes Salah laku Pelajar ponteng Sekolah ( Kod 882 )
Daerah Johor Bahru. Johor Darul Ta’zim 5
3.1 Skala Pemeringkatan Likert 34
3.2 Agihan Soalan mengikut Persoalan Kajian. 34
3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 40
3.4 Pengiraan Sela Diantara Min 41
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 41
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 45
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama 45
4.4 Skala Pemeringkatan Likert Yang Telah Dikecilkan Skop 46
Kepada Tiga Pilihan Jawapan
4.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 47
4.6 Pengiraan Sela Diantara Min. 47
4.7 Pengkelasan Tahap Penilaian Min 48
4.8 Taburan Responden mengikut Min, Peratus Dan Frekuensi 49
Bagi Soalan Kajian 1a
4.9 Taburan Responden mengikut Min, Peratus Dan Frekuensi 52
Bagi Soalan Kajian 2a
4.10 Taburan Responden mengikut Min, Peratus Dan Frekuensi 55
Bagi Soalan Kajian 3a
4.11 Purata Keseluruhan Min 58
5.1 Purata Keseluruhan Min 70
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Min Setiap Item Bagi Faktor Guru Sekolah 51
4.2 Min Setiap Item Bagi Faktor Rakan Sebaya 54
4.3 Min Setiap Item Bagi Faktor Prasarana Sekolah 57
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan 86
dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian
Pelajaran Malaysia
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 87
D Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 88
E Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 89
F Statistik Kes Salah laku Ponteng sekolah Kod 882 Daerah
Johor Bahru Bagi Tahun 2006 90-91
G Enrolmen Pelajar Bulan Januari 2007 92-93
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh
membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi
yang seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 1997). Selain itu,
sekolah juga akan berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang.
Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk
memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta
dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan
masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang
kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan
tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada
institusi pendidikan.
Untuk merealisasikan harapan, cita – cita dan matlamat negara iaitu untuk
membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi
pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana
pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin
negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program
pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat
dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah
membawa bersama gejala sosial yang negatif dikalangan pelajar sekolah. Walaupun
2
pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua
hanya retorika semata-mata.
Jika dilihat antara idealisme masa depan negara dengan realiti masa kini,
wujudnya jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah dikalangan pelajar kita pada
hari ini yang bakal menerajui negara kita adalah semakin meningkat. Nampaknya
semakin maju dan membangun negara kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat.
Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek
raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan
industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam
pembinaan insan. Secara umum, kita mengetahui bahawa persekolahan, pembelajaran
dan pendidikan adalah rangkaian gerak kerja yang tidak boleh dipisahkan. Menurut
Hussein Hj Ahmad (1993) peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980-an
bermotifkan 3 perkara utama, Pertama pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja
negara, kedua pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, ketiga pendidikan adalah untuk
pembinaan displin dikalangan rakyat berbilang kaum.
Permasalahan ketandusan ilmu, keruntuhan moral serta akhlak dan salah laku
pelajar jika tidak dibendung dengan segera pastinya akan terus menular dan akhirnya
akan memusnahkan nilai – nilai murni dalam kehidupan. Sesuatu perlu dilakukan segera
untuk menangani permasalahan ini bagi membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi
insan yang bermoral tinggi. Justeru, selaras dengan “Kempen Budi Bahasa Budaya
Kita”, bagaimanakah sekolah hendak menghasilkan pelapis generasi akan datang yang
berkualiti jika masalah disiplin seperti gejala ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh,
membuli, merokok dan sebagainya semakin berleluasa dan sukar dikawal
Pada masa ini masalah displin pelajar dikatakan semakin meruncing bilamana
terdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali melanggar peraturan
sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme, melawan guru dan sebagainya. Menurut
3
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar seramai 2,332 pelajar dibuang sekolah
diseluruh negara dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan
displin, dan dalam tempoh yang sama 3,184 lagi pelajar digantung sekolah ( Harian
Metro : 30 Julai 2006 ). Sejak Januari hingga Mei 2005, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah menerima 31 aduan adalah mengenai disiplin murid. Daripada
31 aduan ini, 30 telah selesai dan telah diambil tindakan. Hanya satu yang masih belum
diambil tindakan kerana turut melibatkan siasatan pihak polis. Sejak Januari hingga Mei
2005 juga, KPM telah melakukan pemantauan disiplin di 1,366 buah sekolah di seluruh
negara. Jumlah ini merangkumi 718 sekolah rendah dan 648 buah sekolah menengah.
Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan pihak sekolah mengambil langkah yang
telah disarankan bagi mengatasi masalah salah laku disiplin di kalangan murid mereka
(Berita Harian : 20 Mei 2003).
Di antara masalah dan isu yang mendapat perhatian hangat pada masa sekarang
ialah masalah ponteng dikalangan pelajar. Masalah ponteng adalah satu fenomena yang
tidak dapat diketepikan dalam sistem pendidikan negara. Laporan salahlaku pelajar
sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salah laku
yang tertinggi peratusan penglibatan dikalangan pelajar ( Surat pekeliling Ikhtisas Bil 6 /
1995 ) .
Menurut Ismail (1980), perbuatan ponteng bukan masalah baru. Ia penyakit
lama yang masih wujud di sekolah. Ia telah berlaku sejak masyarakat mula mengenal
alam persekolahan. Masalah ponteng sekolah boleh memberi kesan kepada masalah –
masalah disiplin yang lainnya dan ia adalah petanda awal seseorang pelajar sebelum
terbabit dalam masalah disiplin yang lebih serius. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Mahadzir Md. Khir, isu ponteng sekolah kini berada pada tahap yang kritikal dan
dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah (Utusan
Malaysia: 17 Oktober 2005). Jika tidak dikawal, gejala ponteng akan terus menjadi satu
fenomena yang biasa dikalangan pelajar dan kemungkinan gejala ini akan terus memberi
kesan yang lebih buruk kepada pelajar, masyarakat dan negara.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan
oleh semua pihak samada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat dan juga pihak
yang berkuasa. Ia menjadi isu nasional yang perlu ditangani dengan segera oleh semua
pihak agar masa depan pelajar sekolah tidak terancam oleh kemerosotan disiplin
tersebut. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang
mendadak menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya serta membingungkan
pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Pelanggaran disiplin
boleh didefinisikan sebagai suatu kes salah laku terhadap peraturan – peraturan yang
ditetapkan untuk membentuk pelajar menjadi manusia yang baik, bertanggungjawab dan
berwibawa.
Merujuk kepada Panduan Pengurusan Salah Laku Pelajar Sekolah jenis-jenis
salah laku pelajar terbahagi kepada lapan unit:-
1. Tingkalaku Jenayah
2. Tindakan lucah
3. Kekemasan diri
4. Tingkahlaku tidak mementingkan masa
5. Tingkalaku kurang sopan dan biadab
6. Tingkah laku musnah
7. Tingkahlaku tidak jujur/menipu
8. Ponteng
Salah satu kemerosotan disiplin yang semakin menular pada masa sekarang ialah
masalah ponteng. Laporan salah laku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng
sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratusan penglibatan
dikalangan pelajar.( Surat Pekeliling Bil 6 / 1995 )
5
Jadual 1.1 : Statistik Kes Salah laku Pelajar Ponteng Sekolah Kod 882 Daerah johor
Bahru, Johor Darul Ta’zim 2006
Bil Sekolah Jumlah Pelajar
1 SMK Tmn Ungku Aminah 458
2 SMK Permas Jaya 217
3 SMK Saint Joseph 128
4 SMK ( Felda ) Ulu Tebrau 123
5 SMK Tasek Utara 2 119
Jadual 1.1 adalah statistik 5 buah sekolah yang tertinggi bilangan pelajar ponteng
sekolah. Ini menunjukkan bahawa masalah ponteng melibatkan ramai pelajar sekolah
menengah terutamanya dikawasan bandar. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan
Datuk Noh Omar pelajar dari bandar menduduki senarai teratas pelajar paling ramai
digantung dan buang sekolah,diantara faktor yang menyebabkan mereka mudah ponteng
kerana banyak tempat untuk mereka ponteng ( Harian Metro : 30 Julai 2006). Pelajar
sekolah menengah terutamanya di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun telah
dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir, masalah disiplin ini memang
dikesan lebih ketara berlaku dikalangan pelajar peringkat menengah, lebih – lebih lagi
mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan pinggir bandar (Berita Harian: 6 April
2001). Menurut Sufean Hussin (1993) pula, salah laku ponteng masih berlaku dengan
ketara walaupun Kurikulum Bersepadau Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal dan
dilaksanakan sejak 1989 sehingga sekarang.
Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan
jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah sehingga menjadi amalan dan tabiat, ia boleh
membawa kesan negatif terhadap diri pelajar itu sendiri, keluarganya dan juga sekolah.
Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat
tanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka
akan melibatkan diri dengan kegiatan – kegiatan negatif (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6/1995). Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah, dipetik
6
sebagai berkata, walaupun ponteng bukanlah masalah serius sehingga boleh dianggap
sebagai jenayah, mesyuarat itu berpendapat bantuan polis perlu kerana gejala berkenaan
jika tidak dibendung boleh mendorong pelajar terjebak ke kancah jenayah lebih serius
(Berita Harian:22 April 2004). Menurut Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk
Mahadzir Md. Khir pula, ponteng tidak harus dianggap sebagai masalah remeh kerana
gejala itu adalah antara kes salah laku dan boleh menjurus pelajar ke arah amalan
kehidupan negatif seperti budaya lepak dan berfoya – foya.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Letchumy (2005), beliau berpendapat bahawa
ponteng juga akan mendorong kepada pembentukan peribadi pelajar yang suka menipu,
berpeleseran, penglibatan dalam pergaulan bebas dan sebagainya. Keadaan ini akan
membawa kepada kemerosotan disiplin pelajar dan juga pelajaran mereka. Menurut
Hamdan Bin Mis (1999) pula dalam kajiannya, gejala ponteng juga boleh menggagalkan
sistem persekolahan dan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kerana pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak menyertai segala aktiviti yang dilakukan
oleh rakan, guru dan pihak sekolah. Contohnya, ponteng kelas. Apabila pelajar tidak
masuk ke kelas, mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah, tidak mendapat nota edaran
daripada guru dan akan tercicir dari mengambil ujian dan peperiksaan. Ponteng
daripada menjalani aktiviti kokurikulum yang dibuat oleh pihak sekolah juga akan
menyebabkan pelajar tidak dapat menyertai rakan – rakan mereka menyertai aktiviti di
luar bilik darjah dan ini seterusnya akan mendedahkan pelajar tersebut kepada gejala
negatif.
Hal ini seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik pelajar itu merosot
malahan dikhuatiri pelajar akan terjebak dalam salah laku yang lebih serius seperti
merokok, membuli,mencuri dan sebagainya sehingga kadangkala akan mengakibatkan
kecederaan kepada pelajar lain.. Dan ini secara tidak langsung ia telah menjejaskan imej
dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kerana sekolah tidak
lagi dianggap sebagai tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran
dan tempat untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.
7
Selain itu juga, pelajar sering menghadapi masalah konflik kendiri di mana
mereka kurang jelas dengan peranan diri sendiri sebagai seorang pelajar terutama yang
mempunyai masalah pelajaran dan peribadi. Terdapat pelajar yang sukar untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah. Mereka akan lari dan keluar dari
sekolah dan akan bergiat di dalam sesuatu aktiviti yang tidak berfaedah sebagai salah
laku untuk mengatasi masalah tersebut seperti penagihan dadah, mencuri, vandalisme
dan sebagainya (Tan Soo Hooi, 2002). Selain itu, menurut Hamdan Bin Mis (1999) pula,
ponteng akan mempengaruhi sikap dan perlakuan pelajar terhadap sekolah serta
mendorong kepada ketidakstabilan emosi mereka. Justeru, ia akan mempengaruhi
pelajar untuk terlibat di dalam masalah – masalah disiplin yang lain juga.
Gejala ponteng ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh
mewujudkan ancaman yang besar terhadap aset yang tidak ternilai itu. Dan lambat laun
ia boleh meruntuhkan keagungan sistem pendidikan negara kerana tidak dapat
melahirkan generasi yang berkualiti secara berterusan. Sungguhpun pelbagai langkah
telah diambil, tetapi masalah ini masih berterusan dan semakin bertambah. Oleh itu,
gejala ponteng harus ditangani dari semasa ke semasa kerana gejala ponteng memberi
sumbangan kepada perbuatan salah laku yang lain juga.
1.3 Penyataan Masalah
Ponteng berlaku di semua peringkat samada peringkat sekolah rendah, sekolah
menengah dan peringkat universiti. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan
Menangani salah Laku di Sekolah antara faktor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar
ponteng sekolah adalah :-
i. Faktor individu.
- Malas
- Bekerja
8
- Tiada minat belajar
ii. Faktor persekitaran
- Pengaruh rakan sebaya
- Tinggal dalam komuniti tidak prihatin
- Ikatan kejiranan yang longgar
- Tarikan kafe siber/pusat membeli belah.
iii. Faktor Keluarga
- Kurang prihatin
- Kurang pengawasan gaya hidup dalam keluarga
iv Faktor sekolah
- Kurang pengawasan pentadbiran.
- Persekitaran dan iklim sekolah
- Pengurusan displin kurang cekap
- Kurang intervensi terhadap kes ponteng kokurikulum
Melalui pengalaman pengkaji semasa melakukan latihan mengajar,
sememangnya terdapat faktor – faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ponteng
dikalangan pelajar sekolah samada ponteng kelas, ponteng sekolah dan ponteng akibat
datang lewat. Faktor yang menjadi pendorong kepada masalah ini mempunyai arah
aliran atau trend yang menjadi pola kepada salah laku ponteng.
Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji permasalahan
gejala ponteng berdasarkan tiga faktor sahaja iaitu faktor guru sekolah, faktor rakan
sebaya dan faktor prasarana sekolah. Pengkaji ingin mengkaji adakah faktor – faktor
tersebut mempengaruhi gejala ponteng di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2
Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
9
Dalam konteks ini, pengkaji akan cuba melihat faktor yang menyumbang
berlakunya gejala ponteng sekolah sama ada faktor guru sekolah, faktor rakan sebaya
atau faktor prasarana sekolah.
Selain mengkaji tentang ketiga-tiga faktor tersebut, pengkaji juga ingin cuba
mengemukakan cadangan dan langkah – langkah yang perlu di ambil bagi mengatasi
gejala ponteng dari akar umbi.
1.4 Objektif Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji mengenalpasti beberapa objektif yang
perlu dicapai iaitu :
1.4.1 Mengenalpasti samada faktor guru sekolah menyumbang kepada
gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2
1.4.2 Mengenalpasti samada faktor rakan sebaya menyumbang kepada
gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2
1.4.3 Mengenalpasti samada faktor prasana menyumbang kepada
gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2
10
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut :
1.5.1 Adakah faktor guru sekolah menyumbang kepada gejala ponteng di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2?
1.5.2 Adakah faktor rakan sebaya menyumbang kepada gejala ponteng
dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2?
1.5.3 Adakah faktor prasarana sekolah menyumbang kepada gejala ponteng di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2?