faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik ... · pdf filefaktor-faktor yang...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT
WONG JING KAE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT
WONG JING KAE
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
iv
DEDIKASI
TE R ISTIM E W A B U A T,TE R ISTIM E W A B U A T,TE R ISTIM E W A B U A T,TE R ISTIM E W A B U A T,
Ibu B apa yang D ikenangi dan D ikasih i,
K akak dan A dik Tersayang,
Segala Pengorbanan, D orongan, K esabaran Serta K asih Sayang
D ari K alian A m atlah K u Sanjungi dan K u H argai…
K H A S B U A T,K H A S B U A T,K H A S B U A T,K H A S B U A T,
D r. L okm an B in M ohd Tahir yang d ikasih i,
Segala B im bingan, N asihat, Tunjuk A jar dan Jasam u T idak akan K u L upai…
Tem an-tem an dan R akan-rakan Seperjuangan
Terim a K asih
D i atas Sokongan dan Sem angat D ari K alian Sepanjang Pengajian K u
s
v
PENGHARGAAN
Di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada penyelia saya iaitu DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR yang
banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea, nasihat, motivasi dan kesudian
meluangkan masa serta kesabaran mengadakan sesi perbincangan sepanjang projek
ini dijalankan. Segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati
dan hargai sepanjang hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada pengetua-pengetua dan
guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini. Tidak
ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pelajar-pelajar yang sudi menjadi
sampel kajian ini dan kesungguhan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Penghargaan juga turut ditujukan kepada ibu bapa, kakak dan adik saya yang
sentiasa bersedia memberi dorongan dan galakan, sama ada dari segi sokongan moral
atau kewangan walaupun mereka berada jauh dari sisi saya. Saya juga sangat
berterima kasih kepada pihak fakulti dan pihak universiti yang sentiasa bersiap sedia
untuk membantu saya dalam menyiapkan dan menyempurnakan projek kajian ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung, budi mereka akan saya kenang selama-lamanya.
Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.
vi
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar
tingkatan empat di zon Skudai, Johor. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti
minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik Tambahan, kefahaman pelajar
terhadap konsep Matematik Tambahan yang dipelajarinya, strategi pengajaran guru
berdasarkan penilaian pelajar dan faktor galakan daripada ibu bapa yang
mempengaruhi minat pembelajaran pelajar dalam Matematik Tambahan. Sampel
kajian ini terdiri daripada seramai 159 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari
tiga buah sekolah menengah kebangsaan. Nilai alpha yang diperolehi dalam kajian
rintis ialah 0.8355. Instrumen berbentuk soal selidik yang mengandungi 39 item
pernyataan berbentuk Likert Skala digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian
menunjukkan bahawa faktor galakan daripada ibu bapa amat mempengaruhi
pembelajaran Matematik Tambahan pelajar berdasarkan nilai purata skor min yang
tertinggi iaitu bernilai 3.38. Ini diikuti oleh faktor strategi pengajaran guru dan faktor
minat manakala kefahaman dalam konsep matematik tambahan kurang
mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan. Oleh itu, semua
pihak terutama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak sekolah, dan para ibu
bapa dicadangkan agar bekerjasama untuk membantu pembelajaran pelajar dalam
memahami dan menguasai Matematik Tambahan dan seterusnya pencapaian
akademik turut akan meningkat.
vii
ABSTRACT
This descriptive study is conducted to identify the factors that influence the
learning of Additional Mathematics among the form four students in Skudai zone,
Johor. Four objectives were built in order to identify the factors that influence the
learning of Additional Mathematics which are students’ interest in Additional
Mathematics, students’ understanding concept of Additional Mathematics, teachers’
teaching strategies, and encouragement from parents to their child/ children in
learning Additional Mathematics. The sample of this study was consisted of 159
form four science stream students from three secondary schools in Skudai zone,
Johor. Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8355. A set of
questionnaire which contained of 39 items using Likert Scale was used as the
research instrument of this study. Result indicated that encouragement from parents
to their child/ children in learning Additional Mathematics was the most influential
factor in enhancing students while learning Additional Mathematics based on the
highest average of mean score i.e. 3.38. It was followed by the factor of teachers’
teaching strategies and students’ interest. However, students’ understanding concept
of Additional Mathematics was the less influential factor in enhancing students in
learning Additional Mathematics. Thus, it is hoped that authorities especially
Ministry of Education, teachers and parents will cooperate in order to solve this kind
of problem in the future.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
ix
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Minat 13
2.3 Kefahaman Konsep Matematik Tambahan 15
2.4 Strategi Pengajaran Guru 18
2.5 Faktor Galakan Ibu Bapa 20
2.6 Penutup 22
3 METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Populasi dan Sampel 24
3.4 Instrumen Kajian 25
3.5 Kajian Rintis 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Analisis Data 29
3.8 Penutup 31
4 ANALISIS DATA 32
4.1 Pengenalan 32
4.2 Latar Belakang 33
4.2.1 Nama Sekolah 33
4.2.2 Jantina 34
4.2.3 Keputusan Matematik Tambahan
Peperiksaan Tahun 2009 35
4.3 Analisis Statistik Deskriptif 36
4.3.1 Analisis Minat Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Matematik Tambahan 37
x
4.3.2 Analisis Kefahaman Konsep Matematik
Tambahan 41
4.3.3 Analisis Strategi Pengajaran Guru 44
4.3.4 Analisis Galakan Daripada Ibu Bapa 47
4.4 Analisis Keseluruhan 51
4.5 Penutup 52
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 54
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran
Matematik Tambahan 57
5.3.2 Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep
Matematik Tambahan 58
5.3.3 Strategi Pengajaran Guru Matematik
Tambahan Berdasarkan Penilaian Pelajar 59
5.3.4 Faktor Galakan Ibu Bapa Mempengaruhi
Minat Pembelajaran Matematik Tambahan 60
5.4 Cadangan 61
5.4.1 Guru 61
5.4.2 Pelajar 62
5.4.3 Ibu Bapa 63
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Penutup 66
RUJUKAN 67
LAMPIRAN 72
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan Pelajar Tingkatan Empat Yang
Mengambil Matematik Tambahan 25
3.2 Jumlah Item Mengikut Faktor 27
3.3 Markat Skala 3 Mata 29
3.4 Perubahan Markat Dan Skala 30
3.5 Jadual Ringkasa Pengujian Statistik Objektif
Kajian 30
4.1 Bilangan Pelajar Tingkatan Empat Mengikut
Sekolah 33
4.2 Jantina Responden 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Nama
Sekolah 34
4.4 Keputusan Matematik Tambahan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2009 36
4.5 Pengelasan Skala Lima Mata kepada Tiga Mata 36
4.6 Markat skala 3 mata 37
4.7 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor
minat 38
4.8 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor
kefahaman konsep Matematik Tambahan 42
xii
4.9 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor
pengajaran guru 45
4.10 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor
galakan ibu bapa 48
4.11 Rumusan min respon pelajar terhadap
faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
Matematik Tambahan 52
xiii
SENARAI SINGKATAN
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kemnterian Pelajaran Malaysia
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia
SPSS - Statistic Package for Social Science
STPM - Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 72
B Pengesahan Item Set Soal Selidik 77
C Surat Pengesahan Status Pelajar UTM 79
D Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 80
E Jadual Krejcie dan Morgan 81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan dua mata
pelajaran matematik kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas
(tingkatan empat dan lima) iaitu Matematik dan Matematik Tambahan. Matematik
Tambahan merupakan mata pelajaran elektif bagi pelajar-pelajar aliran sains tulen
dan matlamat kewujudan Matematik Tambahan bermatlamat memenuhi keperluan
matematik bagi murid yang mengambil bidang sains dan teknologi serta murid yang
mirip kepada sains sosial. Secara umum, Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan
untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar dalam
pembelajaran matematik (Sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah,
2000).
Matematik Tambahan merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting
dan penggunaannya amat meluas dalam kehidupan harian kita terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana Matematik Tambahan yang diajar di
sekolah menengah atas dapat membekalkan ilmu pengetahuan matematik yang
berperingkat tinggi kepada pelajar-pelajar untuk memperkembangkan pemikiran
2
pelajar dalam segi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi
melalui elemen matematik, kemahiran penggunaan matematik dalam situasi sebenar
dan pemikiran yang logikal, kreatif, kritis serta bersistematik.
Kini, Malaysia tengah melangkah ke arah Wawasan 2020. Untuk mencapai
Wawasan 2020 iaitu berubah menjadi sebuah negara yang maju dari segi sains dan
teknologi, negara kita memerlukan banyak pakar dalam bidang sains dan teknologi
terutamanya mereka yang berkebolehan menilai maklumat dan data secara
matematik dan statistik. Oleh itu, penguasaan dalam Matematik Tambahan
merupakan satu syarat atau kelebihan yang diutamakan sekiranya seseorang pelajar
ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi seperti bidang
kejuruteraan.
Namun begitu, Matematik Tambahan bukan merupakan satu mata pelajaran
yang popular dan digemari oleh para pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar
Melayu yang beranggapan bahawa Matematik Tambahan merupakan satu subjek
yang sukar dikuasai (Siti Marlina, 2005). Oleh itu, kurikulum Matematik Tambahan
telah digubal oleh Kementerian Pelajaran bertujuan untuk mempertingkatkan
pengetahuan dalam matematik dan memupuk minat pelajar dalam pembelajaran
matematik. Justeru itu, pelajar-pelajar diharapkan dapat menggunakan matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran
dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.
Bagi merealisasikan matlamat dalam kurikulum pembelajaran Matematik
Tambahan, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang untuk memupuk minat dan
motivasi pelajar-pelajar terhadap Matematik Tambahan, seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, kursus
peningkatan profesionalisme telah dianjurkan bagi memperbaiki mutu dan strategi
pengajaran guru-guru Matematik Tambahan di sekolah-sekolah. Pihak sekolah pula
mengadakan dan melancarkan pelbagai aktiviti dan program dalam mengatasi
3
masalah ini seperti menganjurkan pertandiangan kuiz matematik, ceramah tentang
kerjaya dalam jurusan matematik, kem matematik dan kelas tambahan untuk
meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Matematik Tambahan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan
kepada pelajar sekolah menengah atas yang mengambil aliran sains tulen. Pelajar
mempunyai kebebasan memilih subjek tersebut mengikut minat dan kebolehan
pelajar sendiri. Mengikut kandungan kurikulum Matematik Tambahan, matlamat
utamanya adalah menyediakan pelajar yang mengikuti pelajaran matematik di
peringkat pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan konsep-konsep dalam
kandungan kurikulum Matematik Tambahan sangat penting bagi membantu pelajar
menguasai konsep-konsep matematik yang berperingkat lebih tinggi dan kompleks
apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka di kolej atau universiti.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2002)
berpendapat bahawa pengetahuan matematik yang lebih mendalam penting untuk
berjaya dalam bidang peniagaan. Beliau juga telah menyuarakan bahawa matematik
bukan sahaja merupakan satu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tetapi ia
boleh diperkembangkan kepada pelbagai bidang professional seperti perakaunan,
pelaburan, perniagaan dan keusahawanan.
Namun demikian, Matematik Tambahan merupakan satu subjek yang sukar
dikuasai terutamanya para pelajar Melayu (Siti Marlina Sabran, 2005). Ini adalah
kerana kebanyakan pelajar mempunyai persepsi bahawa Matematik merupakan satu
mata pelajaran yang sangat abstrak dan sukar difahami (Marzita, 2002). Kajian lalu
daripada Marzita telah membuktikan bahawa terdapat banyak faktor yang
4
menyebabkan ramai pelajar sekolah mempunyai kebimbangan yang tinggi terhadap
Matematik dan elemen kebimbangan sering dikaitkan dengan persepsi pelajar
terhadap mata pelajaran tersebut sendiri.
Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang penyelidikan bagi
mencari punca-punca kemerosotan dan permasalahan dalam pembelajaran
Matematik Tambahan. Menurut Salawati (1998), pencapaian awal, kemahiran asas,
minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan antara
faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Selain itu, faktor-faktor lain
adalah seperti ketidakselarasan strategi dan pendekatan pengajaran guru dengan
keperluan dan gaya pembelajaran pelajar di mana pelajar tidak tahu teknik dan cara
pembelajaran yang berkesan dan efektif (Rohani, 1993) juga didapati menyumbang
kepada punca kemerosotan pelajar dalam Matematik Tambahan. Faktor-faktor
tersebut adalah antara faktor yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena
kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolah-
sekolah menengah.
Menurut Kamaruddin Mohd. Ali (2004) pula, minat dan dorongan merupakan
faktor-faktor yang penting dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran di sekolah.
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran yang sering dikaitkan dengan
konsep dan idea abstrak yang sukar difahami dan sukar digambarkan dengan jelas.
Tambahan pula, cara dan kaedah penyampaian guru serta penggunaan alat bantu
mengajar seperti kapur, papan hijau dan buku teks yang kurang kreatif dan
membosankan turut mengurangkan minat pelajar terhadap subjek tersebut.
Berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang dijalankan oleh penyelidik-
penyelidik, kebanyakan pelajar didapati tidak mempunyai minat yang tinggi terhadap
mata pelajaran Matematik Tambahan disebabkan kefahaman pelajar terhadap konsep
Matematik Tambahan yang rendah dan strategi pengajaran guru Matematik
Tambahan yang membosankan serta kurang kreatif. Sehubungan dengan itu, pihak-
5
pihak tertentu perlulah berganding bahu untuk menangani masalah tersebut bagi
meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
1.3 Pernyataan Masalah
Ketidakfahaman konsep Matematik Tambahan oleh para pelajar telah
berupaya membatas dan mengurangkan minat pelajar dalam pembelajaran
Matematik Tambahan. Diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran guru
Matematik Tambahan yang membosankan kurang menarik dan kreatif serta
kekurangan dorongan dan galakan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi
pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan
pelajar.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar sekolah dari segi minat
pelajar terhadap Matematik Tambahan, kefahaman konsep tentang Matematik
Tambahan oleh pelajar, strategi pengajaran guru Matematik Tambahan dan galakan
ibu bapa pelajar yang mempengaruhi minat anak-anak mereka dalam pembelajaran
Matematik Tambahan.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik
Tambahan.
ii. Mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik
Tambahan.
iii. Mengenalpasti strategi pengajaran guru Matematik Tambahan
berdasarkan penilaian pelajar.
iv. Mengenalpasti galakan ibu bapa terhadap pembelajaran Matematik
Tambahan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Adakah minat mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik
Tambahan?
ii. Adakah kefahaman konsep Matematik Tambahan mempengaruhi
pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan?
iii. Adakah strategi pengajaran guru Matematik Tambahan
mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan?
7
iv. Adakah galakan ibu bapa mempengaruhi minat pembelajaran
Matematik Tambahan pelajar?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijangka dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru
Matematik Tambahan, pihak pentadbir sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui penyelidikan ini, pihak pentadbir dan guru
Matematik Tambahan di sekolah dapat menangani dan menyelesaikan masalah
pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar. Contohnya, pihak
sekolah dan guru boleh menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan
sesuai untuk meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan.
Melalui dapatan daripada kajian ini nanti, pelbagai strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran boleh dirancang dan dilaksanakan untuk membantu
pelajar menguasai konsep Matematik Tambahan dengan lebih kukuh. Selain itu,
pelbagai program juga boleh dilancarkan oleh pihak sekolah seperti program bulan
Matematik, pertandiangan kuiz Matematik, ceramah tentang kerjaya dalam jurusan
Matematik dan lain-lain supaya dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
Matematik Tambahan.
Di samping itu, hasil kajian ini boleh digunakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sebagai panduan dalam pengubahsuaian kurikulum Matematik Tambahan.
Pihak KPM juga boleh menggunakan kajian ini untuk mengkaji masalah
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan seterusnya
boleh mengambil tindakan yang efektif untuk memperbaiki dan meningkatkan
keputusan Matematik Tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
8
Sementara itu, kesedaran dan peranan ibu bapa tentang memupuk
kepentingan mempelajari ilmu Matematik Tambahan juga dapat dipertingkatkan
melalui penyelidikan ini. Ibu bapa dapat menggalakkan dan memotivasikan anak-
anak mereka untuk menghadiri kelas tambahan, seminar, ceramah dan pertandingan
yang berkaitan dengan Matematik agar dapat meningkatkan minat anak-anak mereka
dalam Matematik Tambahan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan 159 orang pelajar-pelajar tingkatan empat aliran
sains yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan di tiga buah sekolah
menengah kebangsaan di zon Skudai, Johor. Kumpulan responden ini dipilih kerana
mereka kurang sibuk dalam pelajaran jika berbanding dengan pelajar tingkatan lima
yang sedang sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksan Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Selain itu, kajian ini tidak dapat dijalankan di sekolah-sekolah lain
kerana masalah kewangan dan kekangan masa.
Selain itu, dapatan kajian ini hanya berdasarkan kepada soalan set soal selidik
yang disediakan. Pengkaji hanya memilih empat faktor utama yang mempengaruhi
pembelajaran Matematik Tambahan pelajar iaitu minat pelajar terhadap Matematik
Tambahan, kefahaman pelajar tentang konsep Matematik Tambahan, strategi
pengajaran guru Matematik Tambahan dan galakan ibu bapa pelajar dalam
pembelajaran Matematik Tambahan.
9
1.8 Definisi Istilan
Definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.8.1 Matematik Tambahan
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah
menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuuk meningkatkan keterampilan
matematik pelajar supaya mereka mempunyai persediaan yang mencukupi untuk
melanjutkan pelajaran di pelbagai kerjaya yang muncul dalam bidang sains dan
teknologi. Kandungan sukatan pelajaran Matematik Tambahan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah ini merangkumi konsep dan kemahiran daripada
pelbagai cabang matematik iaitu Algebra, Geometri, Trigonometri, Kalkulus dan
Statistik (Sukatan pelajaran KBSM, 2000).
1.8.2 Sekolah
Sekolah ialah tempat ilmu pengetahuan, tempat untuk belajar (murid-murid)
dan mengajar (cikgu), tempat menerima dan memberi pelajaran (Kamus Dewan,
1998). Dalam kajian ini, sekolah merujuk kepada sekolah menengah di zon Skudai,
Johor Bahru.
1.8.3 Pelajar
Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), pelajar ialah penuntut,
murid, penyelidik, mahasiswa, siswa, murid, mahasiswi, pelatih, perantis atau kadet.
Menurut Kamus Dewan (1994 ) pula, pelajar bermaksud orang yang belajar atau
10
orang yang mengaji. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan pelajar-pelajar
tingkatan empat beraliran sains yang belajar di Skudai, Johor.
1.8.4 Pembelajaran
Pembelajaran adalah suatu sistem yang bertujuan untuk membantu proses
belajar siswa, yang berisi serangkaian peristiwa yang dirancang, disusun sedemikian
rupa untuk mempengaruhi dan mendukung terjadinya proses belajar siswa yang
bersifat internal (Gagne dan Briggs 1979).
Eggen & Kauchak (1996) pula menjelaskan bahawa terdapat enam ciri
pembelajaran yang efektif iaitu:
i. Siswa menjadi pengkaji yang aktif terhadap lingkungannya melalui
mengobservasi, membandingkan, menemukan kesamaan-kesamaan dan
perbedaan-perbedaan serta membentuk konsep dan generalisasi berdasarkan
kesamaan-kesamaan yang ditemukan.
ii. Guru menyediakan material sebagai fokus berfikir dan berinteraksi dalam
pelajaran.
iii. Aktiviti-aktiviti siswa sepenuhnya didasarkan pada pengkajian.
iv. Guru secara aktif terlibat dalam pemberian arahan dan tuntunan kepada siswa
dalam menganalisis informasi.
v. Orientasi pembelajaran penguasaan isi pelajaran dan pengembangan
keterampilan berfikir
vi. Guru menggunakan teknik mengajar yang bervariasi sesuai dengan tujuan
dan gaya mengajar guru.