estetik sclm

16
DEFINISI KESUSASTERAAN Daripada makna kata susastra itu dapat dibayangkan citra bangsa Melayu tradisional yang menyukai keindahan dalam seni sastera. Keindahan merupakan unsur terpenting sesebuah karya kesusasteraan, malah menjadi pengukurnya (Muhammad Haji Salleh,2000:235). Kenyataan Muhammad diperkukuhkan lagi oleh Braginsky (1994:46), yang menyebutkan, salah satu keunggulan karya sastera yang dianggap terpenting ialah keindahan, yang tercermin baik dalam sistem imej mahupun dalam susunan kata. Dalam tradisi kesusasteraan Melayu tradisional, daerah keindahan sangatlah luas, ia tidak terbatas hanya kepada kecantikan bunyi bahasa, tetapi juga meluas kepada susunan watak dan ceritanya (Muhammad Haji Salleh,2000:237). DEFINISI ESTETIK Aspek estetik atau keindahan merupakan wacana dasar dalam dunia kesusasteraan. Sejak zaman berzaman aspek estetik menjadi unsur penting bagi pengkaji sastera. Estetik adalah rasa indah secara keseluruhannya, dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika saling berkait rapat dengan kesenian. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang 1

Upload: mogana-sundiri

Post on 25-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

DEFINISI KESUSASTERAANDaripada makna kata susastra itu dapat dibayangkan citra bangsa Melayu tradisional yang menyukai keindahan dalam seni sastera. Keindahan merupakan unsur terpenting sesebuah karya kesusasteraan, malah menjadi pengukurnya (Muhammad Haji Salleh,2000:235). Kenyataan Muhammad diperkukuhkan lagi oleh Braginsky (1994:46), yang menyebutkan, salah satu keunggulan karya sastera yang dianggap terpenting ialah keindahan, yang tercermin baik dalam sistem imej mahupun dalam susunan kata. Dalam tradisi kesusasteraan Melayu tradisional, daerah keindahan sangatlah luas, ia tidak terbatas hanya kepada kecantikan bunyi bahasa, tetapi juga meluas kepada susunan watak dan ceritanya (Muhammad Haji Salleh,2000:237).DEFINISI ESTETIKAspek estetik atau keindahan merupakan wacana dasar dalam dunia kesusasteraan. Sejak zaman berzaman aspek estetik menjadi unsur penting bagi pengkaji sastera. Estetik adalah rasa indah secara keseluruhannya, dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika saling berkait rapat dengan kesenian. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta .Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada perkataan aisthetikos yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada perkataan aisthannesthai yang bermaksud to perceive (tanggapan). Estetika merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang indah.Othman Mohammad Yatim (1989), turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai seni dalam konteks kebudayaan dan kesenian yang berfungsi memenuhi nilai estetik.KONSEP ESTETIK DALAM KARYA SASTERA Konsep estetik menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek keindahan dan kekuatannya. Estetik ialah rasa keindahan,keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Dalam seni sastera, apabila kita berbincang tentang keindahan, ia akan selalu merujuk kepada keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada bahasa yang digunakan oleh pengarang. Cara pengarang menulis , mengadun dan mengolahkan karyanya juga yang menyerlahkan rasa keindahan. Setiap komposisi karya memiliki keindahannya tersendiri. Khalayak akan membina pula sikap estetiknya bagi menerima teks-teks tersebut. Keindahan yang lebih agung lagi ialah yang membawa manusia mencapai kebaikan. Keindahan pengalaman bergantung kepada keunikan pengalaman; pengalaman itu luar biasa, belum pernah dialami, menarik dan memberinya kepuasan. Membaca adalah proses penambahan pengalaman. Pengalaman keindahan ialah apabila kita merasa kesan yang menarik, mengagumkan, menyedihkan atau yang memeranjatkan. Seandainya pengalaman yang diberikan pengarang itu istimewa, kita akan menikmati keseronokannya. Sebuah karya yang baik ialah elok ciptaannya, tinggi seninya dan halus adunannya. Apabila kita membaca perasaan kita akan turut merasainya. Dalam karya agung seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Inderaputera dan Hikayat Panji Semirang menonjolkan nilai-nilai estetik dengan begitu ketara. Konsep estetika dalam teks-teks ini banyak berteraskan kepada unsur-unsur Hindu - Jawa dan Parsi . Ia agak berbeza dengan karya-karya sastera tradisional yang dilahirkan pada era selepas teks ini yang menonjolkan nilai-nilai keislaman yang lebih luas seperti Hikayat Amer Hamzah. Ertinya sebuah karya yang berestetika Melayu ialah yang datangya daripada pengalaman berorientasikan pengajaran yang mengandungi makna teks yang kuat dan kukuh . Makna yang kuat bererti karya yang memiliki dasar permaknaan dan signifikasi yang bermaanfaat untuk khalayak, maka di sini ada juga hubunganya dengan perasaan , pemikiran dan intelektual khalayak.DEFINISI ESTETIKA Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud kepekaan manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa pelbagai pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.Estetika (keindahan) menjadi induk yang mendasari pemikiran Muhammad Haji Salleh terhadap kesusasteraan Melayu. Keindahan yang ditonjol sebagai asas yang menteorikan kesusasteraan Melayu itu digali daripada genre puisi dan prosa Melayu klasik. Salah satu kekuatan dan keunggulan kesusasteraan Melayu klasik pada Muhammad ialah kerana nilai keindahan yang terpadu di dalam karya-karya kesusasteraanya. Mendekati teks kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk membuktikan kehadiran ciri-ciri estetika yang membina makna teks. Muhammad menjelaskan secara terperinci ciri-ciri keindahan yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu, iaitu:-a. keindahan dalam mengajar atau mendidikb. keindahan dalam pengungkapan kesedihan dan kesusahan c. keindahan dalam penceritaand. keindahan dalam rasa e. keindahan yang asliCiri-ciri keindahan yang ditemui oleh Muhammad kemudiannya mewajarkan hasil penerokaan oleh I.V.Braginsky yang menghalusi teks kesusasteraan Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu klasik. Aspek keindahan dalam puisi dan prosa itu dibuktikan oleh Muhammad Haji salleh daripada pelbagai teks, situasi, dan keadaan untuk membenarkan kenyataanya.Menurut Prof. Dr. Vladimir I. Braginsky dari Pusat Bahasa dan Budaya Asia Tenggara, Universiti London, asas keislaman turut menjadikan teks-teks abad ke-18 kaya dengan nilai-nilai estetik.

KEINDAHAN LUARAN DAN KEINDAHAN DALAMAN

Imam Ghazali mengungkapkan konsep keindahan luaran dan dalaman. Keindahan luaran adalah keindahan yang dinyatakan dan dapat dicerap pancaindra. Keindahan dalaman adalah keindahan yang tersirat, tidak dinyatakan dan tidak dapat dirasakan, namun yang dicerap akal serta memberi landasan kepada keindahan didaktik yang disebut M.Hj. Salleh. Justeru keindahan itulah yang mesti disampaikan kepada pembaca oleh karya sastra zaman klasik dengan cara-cara tersendiri melalui keindahan luaran sebagai bentuk syarat dan petunjuk (Braginsky,1994: 6). Antara unsur yang terdapat dalam karya agung Sejarah Melayu ialah nilai estetika yang tinggi. Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal. Puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur estetik ini dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.ESTETIKA LUARAN a)Penggunaan ayat pasif.Ayat pasif ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu ayat pasif biasa dan ayat pasif khas. Ayat pasif biasa yang digunakan adalah seperti berikut:Maka dikuncinya oleh baginda pintunya peti itudari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut. (Sejarah Melayu:12, 1988)Dalam contoh ayat pasif biasa di atas, perkataan dikuncinya dan dihulurkan memberikan tanda sesuatu ayat yang diucapkan itu berbentuk ayat pasif biasa kerana perkataan tersebut bermula dengan imbuhan di-. Dalam teks ini, banyak lagi penggunaan ayat pasif biasa. Bagi menghasilkan penulisan yang menarik, pengarang cuba mempelbagaikan gaya penulisannya agar menarik.b)Penggunaan kata pangkal ayat.Kata pangkal ayat merupakan perkataan yang digunakan dalam setiap ayat yang berada di hadapan ayat tersebut. Antara contoh kata pangkal ayat ialah seperti maka, sebermula, hatta, alkisah, syahadan dan arakian. Terdapat juga kata pangkal ayat ini digunakan sebagai penyambung kepada beberapa ayat. Penggunaan kata pangkal ayat ini bertujuan untuk memisahkan perenggan dengan perenggan yang lain. Contohnya:Sebermula akan Puteri Onang Sari pun diperisteri olehSultan Mansur Syah, beranak dua orang lelaki, seorang bernamaRaja Muhammad dan seorang lagi bernama Raja Ahmad. (Sejarah Melayu:100, 1997)c)Penggunaan syair Arab.Pengarang juga telah memasukkan syair dan bidalan Arab untuk menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan. Penggunaan syair atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran amat berkesan dan dalam masa yang sama memberi estetika kepada teks tersebut. Hal ini membuktikan keupayaan masyarakat Melaka menguasai seni sastera dalam penulisan karya agung itu.Maka inginlah rasa baginda akan Tun Fatimah, seperti kata syair:Ma yarjiu al-tarfu ainnuha inda ru yatihi, Hatta yu adai-laiya al-tarfa musytaqu.Yakni tidak akan berkelip kelopak mata tatkalamelihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga adanya. (Sejarah Melayu, hlm. 251)Syair di atas dipaparkan ketika Sultan Mahmud terpegun melihat kecantikan Tun Fatimah. Dalam syair ini digambarkan kejelitaan Tun Fatimah akan membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya tidak akan berkelip mata kerana terpukau akan kecantikannya.d)Penggunaan laras bahasa sastera.Karya-karya Melayu Klasik banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka, dan gurindam. Penggunaan ini mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu Klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dapat menghidupkan suasana penceritaan. Dalam cerita Sejarah Melayu, sebagai contoh :.Maulana Yusof, itulah maka dibuatkan orang nyanyi :Raja Maluku meminjam kuda,Kuda dipinjam kuda Maulana;Tuanku nyawa orang muda,Bertambah arif bijaksana. (Sejarah Melayu ,hlm.180)Pantun ini dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji golongan pembesar dan raja.e)Pengaruh bahasa Jawa.Antara contoh penggunaan bahasa Jawa adalah semasa rombongan Melaka ke Majapahit mengiringi Sultan Mansur Syah meminang Puteri Majapahit. Sewaktu berada di Majapahit, Hang Tuah sering dikerumuni oleh orang ramai terutamanya kaum wanita kerana ingin menatap Hang Tuah yang gagah itu.Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing DahaErtinya: Gempar orang di atas panggungan, sebab Melihat Sangka Ningrat datang itu hulubalang ratu Daha. (Sulalatus Salatin, hlm. 125)

f) Penggunaan Bahasa IstanaKarya yang dihasilkan pada masa dahulu banyak berkisar kepada keagungan raja atau kemasyhuran sesebuah pemerintahan. watak utama di dalam karya bahasa Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik. Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu klasik bagi mengisahkan cerita-cerit yang membabitkan keluarga diraja. Hal ini disebabkan tulisan yang dihasilkan lebih mirip kepada penggunaan perkataan bahasa Istana dan struktur ayat juga berdasarkan pertuturan lisan bahasa Istana. Begitu juga dalam cerita Sejarah Melayu, sebagai contoh :bermohonlah pada Sultan Zainul Abidin, katanya,Tuanku, diperhamba hendak kembali, apa pesan Tuanku pada paduka ayahanda

g)Gaya BahasaSelain menekankan penggunaan metafora, simile, personafikasi, hiperbola dan lain-lain aspek gaya bahasa dalam menilai keindahan sesuatu karya sastera, aspek hubungan makna antara pembayang dengan maksud sama ada secara langsung mahupun tidak langsung juga perlu ditinjau;Limau purut jatuh ke lembahTiba di lembah tumbuhlah duriPinang mengadap sirih menyembahJari sepuluh menjunjung duli. (Pantun Melayu, hlm. 11)Jika diperhatikan pada pantun di atas, terdapat penggunaan personafikasi. Pada baris (iii), perkataan pinang dan sirih merupakan benda manakala perkataan mengadap dan menyembah pula merupakan sifat manusia. Apabila sesuatu benda itu diberikan sifat manusia, maka itu adalah personafikasi. Contohnya unsur estetika yang mempesonakan digunakan untuk menghuraikan watak Tun Teja dalam Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang yang menghuraikan kecantikan Tun Teja melalui pantun ini: Tun Teja ratna Benggalapandai membelah lada sulahjikalau Tuan kurang percayamari bersumpah Kalamullah (Shellebear, 1903:267)ESTETIKA DALAMAN Teks Sejarah Melayu mempunyai ciri-ciri estetika yang unik. Pengarang menggabungjalinkan banyak bab iaitu asal-usul keturunan raja-raja melayu dan perkaitannya dengan dinasti Raja Iskandar Zulkarnain dengan kreatif sekali. Pengarangnya Tun Sri Lanang berjaya menimbulkan waad yang merupakan perlambangan antara raja dan rakyat. Pengarang juga berjaya menggambarkan perkembangan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan serta peradaban Melayu secara realistik dan menarik.KARYA DAN BAHASABahasa dalam sastera Melayu menyerlahkan aspek estetikanya. Iaitu aspek keindahnya.Menurut Muhammad (2000:237) : daerah keindahan sastera Melayu itu tidak sahaja terikat pada estetikayang didasarkan kepada kecantikan bunyi bahasanya, tetapi juga meluas kepada susunan watak dan ceritanya.

Melalui karya yang indah. Khalayak memperoleh pengalaman yang halus dan indah berbanding dengan pengalaman harian. Seterusnya ,Muhammad (2000:237) menegaskan bahawa : Yang indah-indah atau maha indah merujuk kepada suatu sifat cerita atau bahasa atau lukisan watak yang mengesani khalayak, termasuk perasaan sedih, hiba, rawan, dan Sebagainya.

Bagi Muhammad, pantun merupakan genre sastera Melayu yang menepati ciri-ciri keindahan karya sastera yang terbaik. Sifat sasteranya membolehkan pantun dinobatkan sebagai puisi yang sangat indah. Muhammad (2000:240) menyenaraikan enam unsur keindahan pantun, iaitu : Makna dan citra yang dipadatkan melalui maksud pantun. Makna dan imej yang dinyatakan secara halus dan tidak langsung (kias dan ibarat). Dunia yang terbelah dua (alam dan persoalan manusia). Muzik bahasa sebagai pengalun makna ( unsur aliterasi/asonasi). Sama ukuran dan imbangan serta kontras. Kesederhanaan dan kesesuaian sebagai landasan pilihan pengarang .Menurut Muhammad lagi, pantun merakamkan sebahagian falsafah orang Melayu, seperti akrabnya hubungan manusia dengan alam , alam dan manusia berada dalam keteraturan, dunia yang luas dipadatkan seperti yang juga tergambar dalam peribahasa, perbilangan, dan pepatah. Pantun mencerminkan kebijaksanaan dan kebijaksanaan menyerlah bagi apabila pantun membawa unsur kiasan dan ibarat dalam dirinya yang terpengaruh dengan sastera Islam (Muhammad,2000:133). Pantun yang indah memancarkan kesempurnaan dan keharmonian bahasa sastera Melayu. Antara pantun yang indah menurut Muhammad (2000: 123 dan 145) ialah:

Kuala Johor jangan diduga,Kuala Pekan orang berjudi;Antara tidur dengan jaga , Terasa tuan datang ke mari .

Jika tidak kerana bulan,Masakan bintang terbit tinggi?;Jika tidak kerana tuan,Masakan abang datang ke mari.

KESIMPULANEstetika atau keindahan di dalam puisi atau prosa hanya ditemui melalui penilaian dan penghayatan. Namun demikian, kita harus ingat bahawa persoalan yang berkaitan dengan estetika itu amat subjektif. Namun nilai estetik dapat ditonjolkan melalui , rima, diksi, dan bahasa-bahasa puitis (simile, metafora, simbol, personifikasi, hiperbola dan sebagainya). Dengan mengambil puisi sebagai contoh, keindahannya tidak bergantung 100% kepada diksi yang bersandar kepada bunyi, malah memerlukan kesatuan dan keharmonian pelbagai unsur.Sebagai kesimpulannya bolehlah dikatakan keindahan ialah sesuatu yang lebih istimewa, berada di luar kebiasaan, kerana lebih tersusun, lebih terpilih, lebih merdu, lebih canggih, lebih banyak membawa manfaat, lebih cantik dan lebih membawa kesan. Oleh itu, daerah keindahan sastera Melayu itu tidak sahaja terlihat pada estetika yang didasarkan kepada kecantikan bunyi bahasanya, tetapi juga meluas kepada susunan watak dan ceritanya. Keindahan yang tersirat dalam prosa-prosa klasik yang dibincangkan dalam tugasan ini terserlah dalam berbagai-bagai aspek dan ini bolehlah dianggap sebagai sastera lama yang telah masyhur berpuluh atau beratus-ratus tahun lamanya kerana unsur keindahannya yang terdapat di dalamnya.

11