esei ptk 2008 guru cemerlang
TRANSCRIPT
641002-11-5005
RINGKASAN EKSEKUTIF
Penulisan ini dimulakan dengan tajuk pengenalan yang membicarakan
tentang sedutan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010 yang berkaitan dengan matlamat pembangunan modal insan yang
cemerlang dan berguna kepada negara di masa hadapan.
Seterusnya dijelaskan, langkah-langkah persediaan ke arah menjadi guru
cemerlang berdasarkan kriteria berikut; Guru yang menguasai dan menghayati
kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya seperti
menggubal Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Harian dengan teliti
dan rapi. Menyediakan modul mata pelajaran untuk memudahkan proses
pengajaran. Membuat senarai semak penilaian bab-bab dan tajuk-tajuk mata
pelajaran dalam setahun bagi memudahkan lagi menguasai kandungan mata
pelajaran.
Kriteria seterusnya, langkah-langkah menjadi pakar rujuk pengajaran dan
pembelajaran seperti mengadakan persediaan mengajar dengan berkesan,
menjadi pemudah cara (fasilitator) dalam kursus, Mengadakan kem dan klinik
mata pelajaran Pendidikan Islam. Mengadakan ujian diagnostik dan sesi
kemahiran belajar serta motivasi. Menggubal dan menguruskan bank soalan.
Kriteria seterusnya, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pengurusan masa yang bijak
seperti mengesan masa produktif (prime time), Mengesan musuh masa. Buat
senarai semak penggunaan masa. Bijak mengurus bahan sumber dan alat bantu
mengajar seperti melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
sumber, menggunakan bilik tayangan untuk mengikuti siaran TV Pendidikan
serta bijak mencari dan meminjam alat bantu mengajar.
1
641002-11-5005
Kriteria seterusnya ialah mampu mengenal pasti keperluan dan masalah
pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan.Langkah
pertama menjalankan kaedah soal selidik untuk mengumpul data-data.
Seterusnya diadakan pula satu senarai semak keperluan dan masalah
pembelajaran untuk rujukan dan kemudahan guru merancang objektif
pengajaran pembelajaran. Antara tindakan susulan ialah menjalankan kajian
tindakan (action research), mewujudkan suasana kelas yang kondusif,
menjalankan satu program Pemurnian Sahsiah, menjalankan Program
Kesejahteraan Diri
Langkah-langkah berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi seperti menghadiri kursus Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK), membudayakan penggunaan komputer,
menggunakan bahan-bahan multimedia sebagai rujukan utama dalam
pengajaran, Melaksanakan pengajaran berasaskan internet dan Meminta tunjuk
ajar dan bantuan khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman
dalam komputer.
Penulisan ini di akhiri dengan harapan yang tinggi untuk menjadi seorang
guru yang cemerlang dengan menyatakan analisa ’swot’ yang ringkas tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri serta peluang dan ancaman yang
berada di persekitaran sekolah.
2
641002-11-5005
PENGENALAN
Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,
menjelaskan bahawa;
”Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa
Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi
penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajar-
pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan,
kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif
dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta
berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.”
Kenyataan ini membawa maksud bahawa tanggungjawab
membangunkan modal insan atau pelajar di sekolah adalah dipikul oleh guru
sepenuhnya. Ini adalah kerana gurulah insan yang pertama berdepan dengan
pelajar bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru
bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata bahkan
membentuk pelajar supaya mempunyai kepakaran yang tinggi dan berkebolehan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang baik serta
berupaya menjadi pemimpin yang berkesan di masa depan.
Bagi menyahut cabaran ini, guru mestilah terlebih dahulu bersikap
cemerlang dan sanggup melakukan perubahan dalam pelbagai aspek. Guru
perlu membentuk ciri-ciri seorang guru cemerlang samada dari aspek
pengajaran dan pembelajaran, menguasai bidang kepakaran masing-masing dan
menjadi pakar rujuk kepada pelajar dan guru-guru yang lain.
Begitu juga dengan keperluan dan masalah pembelajaran pelajar, guru
harus menangani segala kerenah pelajar termasuk kurang minat untuk belajar,
3
641002-11-5005
masalah pergaulan sosial, kurang daya saing serta tingkah laku yang songsang
dengan budaya dan agama. Permasalahan ini menuntut sahsiah dan jati diri
guru supaya melakukan perubahan ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.
Bertepatan dengan era ledakan maklumat (Information explosion) dan
kecanggihan komunikasi global, guru mesti memula dan mengatur langkah ke
depan, bersaing merebut kepakaran dalam kepesatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi masa kini. Berkemahiran menguruskan sumber bercetak dan
elektronik serta maklumat ’atas talian’ akan membantu guru menjadi guru yang
cemerlang.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENJADI GURU CEMERLANG
1) Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan kepakaran (Pendidikan Islam).
Mata pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu Mata
Pelajaran Teras di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Sukatan pembelajarannya mencakupi bidang-bidang seperti Tilawah AlQuran,
Hadis, Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah Nabawiyyah. Bagi menguasai
kandungannya memerlukan penguasaan dan penghayatan yang sempurna serta
perancangan dan persediaan yang rapi.
a. Menggubal Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Harian dengan teliti dan rapi
Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian merupakan suatu program
yang disediakan oleh guru berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi sesuatu mata
4
641002-11-5005
pelajaran. Rancangan ini bertujuan sebagai panduan asas dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan secara sistematik.
Dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan, penggubalannya
adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam keseluruhan tahun.
Perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti nombor rujukan sukatan
pelajaran, objektif-objektif dan tajuk pelajaran. Pemilihan objektif-objektif
pengajaran yang sesuai adalah amat penting supaya benar-benar dapat
menguasai tajuk-tajuk serta isi-isi pelajaran semasa mengajar.
Begitu juga dalam menyediakan rancangan Pelajaran Harian, perkara-
perkara yang dititik beratkan ialah seperti hari, tarikh, tingkatan, masa, isi
pelajaran, objektif pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini
bermakna rancangan pelajaran harian dirancang, disaring dan ditulis setiap hari
dengan berdasarkan pemeringkatan dalam Rancangan Tahunan.
Tegasnya, proses penghasilan Rancangan Tahunan dan Harian ini akan
membawa kepada kefahaman isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam
dengan mendalam. Langkah-langkah ini akan dapat memberi penguasaan dan
penghayatan isi kandungan mata pelajaran tersebut di sepanjang masa.
b. Menyediakan modul mata pelajaran untuk memudahkan
proses pengajaran
Modul merupakan unit pelajaran yang dirancang berdasarkan sukatan
pelajaran serta mengikut keperluan guru. Pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan modul ialah suatu keadah mengajar oleh guru di mana pelajar akan
mengikut panduan dan arahan guru serta mempelajari bahan-bahan pelajaran
melalui panduan bercetak yang dihasilkan oleh guru.
5
641002-11-5005
Dalam menghasilkan modul yang terbaik, saya akan merujuk kepada
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan, buku teks dan buku-buku
rujukan yang lain. Langkah seterusnya ialah memilih dan menulis tajuk-tajuk,
objektif dan isi kandungan yang sesuai mengikut kebolehan dan kemahiran
pelajar serta disediakan dalam bentuk bahan bercetak kepada pelajar.
Dengan cara ini, saya akan dapat menguasai dan menghayati dengan
sepenuhnya isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar serta
dapat menyampaikan kepada pelajar dengan mudah.
c. Membuat senarai semak penilaian bab-bab dan tajuk-tajuk
mata pelajaran dalam setahun bagi memudahkan lagi
menguasai kandungan mata pelajaran.
Senarai semak penilaian bab dan tajuk merupakan satu cara ’Penilaian
Kendiri’ tajuk-tajuk yang telah diajar dengan mendapatkan maklum balas
daripada pelajar. Senarai semak ini akan dilekatkan di dalam Buku Rekod
Pengajaran bagi memudahkan pelaksanaan penyemakan. Senarai semak ini
mengandungi semua bab dan tajuk kecil dengan memberi penandaan skala baik,
kurang memuaskan dan tindakan susulan. Sekiranya penandaan skala ’kurang
memuaskan’ maka tajuk berkenaan tidak difahami dengan baik oleh pelajar dan
sebagai tindakan susulan akan diulang pengajarannya dalam kelas tambahan
pada masa yang lain.
Penilaian cara begini akan memberikan suatu isyarat bahawa tajuk-tajuk
yang sukar difahami oleh pelajar memerlukan penguasaan yang mendalam guru
terhadap isi kandungan tajuk-tajuk berkenaan. Sehubungan dengan itu, saya
dapat mengetahui tajuk-tajuk yang sukar dan akan membuat rujukan dan kajian
6
641002-11-5005
yang lebih mendalam lagi dan seterusnya dapat menghayati tajuk berkenaan
dan menyampaikan kepada pelajar sehingga mereka benar-benar faham.
Tegasnya, langkah-langkah persediaan bagi menguasai dan menghayati
kandungan mata pelajaran ini mestilah lebih awal dan berterusan sepanjang
masa. Ini bermakna bahan- bahan seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan
Pelajaran, Rancangan Tahunan, Modul Pelajaran, Senarai Semak Tajuk, buku
teks dan buku rujukan mestilah senang dicapai pada masa yang diperlukan.
2) Menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
Guru yang cemerlang ialah guru yang menjadi tempat rujukan, pertanyaan
dan penyelesaian masalah kepada pelajar dan guru-guru yang lain khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas.
Pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pendidikan seperti ilmu pedagogi dan
psikologi akan dapat membantu menjadi pakar rujuk pengajaran dan
pembelajaran.
Antara langkah-langkah persediaan ke arah menjadi guru pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran ialah;
a. Mengadakan Persediaan Mengajar yang Berkesan
Sukatan Pelajaran terlebih dahulu dikaji secara mendalam. Segala konsep
dan kemahiran yang patut disampaikan kepada pelajar perlu dikuasai
sepenuhnya. Seterusnya menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih,
memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk
mencapai objektif pelajaran. Alat-alat bantu mengajar digunakan dengan
berkesan untuk memudahkan pencapaian objektif pelajaran. Peruntukan masa
7
641002-11-5005
untuk pelajaran tersebut perlu dibahagikan secara berpatutan supaya tiap-tiap
langkah penyampaian boleh menjamin penglibatan pelajar secara aktif dan
seterusnya menjalankan penilaian dan maklum balas. langkah-langkah ini akan
membawa kepada persediaan yang mendalam semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta akan menjadi pakar rujuk kepada pelajar dan guru-guru lain.
b. Menjadi pemudah cara (fasilitator) dalam kursus, kem dan
klinik mata pelajaran Pendidikan Islam.
Kem atau kursus mata pelajaran dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
memberi pendedahan dan sebagai persediaan awal kepada para pelajar bagi
menghadapi sesuatu peperiksaan. Dalam kursus ini, saya akan bertindak
sebagai pemudah cara dan penyelesai masalah kepada pelajar sekiranya
terdapat kekaburan dalam memahami sesuatu topik. Saya akan sentiasa
bersedia mendalami topik-topik yang sering menjadi pertanyaan pelajar.
Semasa menjalankan projek ’Klinik Mata Pelajaran’ juga, saya akan
mendekati para pelajar dan cuba menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
oleh mereka, memberi motivasi dan galakan supaya mereka lebih sedar dan
bertindak dengan segera lebih-lebih lagi pada waktu peperiksaan semakin
hampir. Saya mesti bertindak dengan cara yang cekap dan membuat keputusan
yang tepat bagi memberi kepuasan kepada para pelajar.
c. Mengadakan ujian diagnostik dan sesi kemahiran belajar
serta motivasi
Ujian diagnostik dilakukan untuk mengesan punca kelemahan pelajar.
Ujian ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali setahun. Saya akan mengumpul data
8
641002-11-5005
mengenai punca kelemahan pelajar dan mengurus serta merekod maklumat
tersebut. Pelajar-pelajar yang lemah akan menjalani sesi kemahiran belajar dan
diberi motivasi secukupnya. Sesi kemahiran belajar dan motivasi boleh
dijalankan samada di dalam atau di luar kelas. Saya akan memanggil pelajar
yang lemah dan memberi beberapa tips kemahiran belajar dan motivasi serta
kesedaran kepada mereka dengan segera . Dengan itu, saya mempunyai
maklumat yang tepat dan menjadi pengurus rekod kemahiran belajar dan akan
menjadi tempat rujukan kepada para pelajar dan juga guru-guru yang lain.
d. Menggubal dan menguruskan bank soalan.
Bank soalan merupakan suatu tempat untuk menyimpan soalan-soalan
ujian, peperiksaan atau penilaian untuk kegunaan pada masa depan atau
apabila diperlukan. Penghasilan item-item ini memerlukan pengalaman
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutama kaedah soal jawab lisan dan
bertulis serta mengenal pasti aras kemahiran pelajar.
Untuk menjadi seorang guru pakar rujuk, penggubalan soalan samada
soalan objektif atau subjektif mesti dibina mengikut aras kemahiran kognitif
seperti kemahiran pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Soalan-soalan yang telah digubal juga mesti diurus dengan berkesan
supaya soalan-soalan tersebut senang dan cepat dicapai. Saya akan membina
satu pangkalan data dalam komputer bagi mengumpul soalan-soalan tersebut
bagi memudahkan pencapaian oleh pelajar dan guru-guru. Komputer-komputer
yang berada di dalam bilik guru atau di Pusat Sumber Sekolah akan
dirangkaikan (network) supaya semua pelajar dan guru dapat memanfaatkan
bank soalan tersebut. Dengan ini, saya sebagai pengurus bank soalan ini akan
9
641002-11-5005
menjadi tempat rujukan kepada pelajar dan guru khususnya mengenai soalan-
soalan Penilaian Berpusat seperti peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Selain daripada itu, menjadi seorang pemeriksa kertas Pendidikan Islam
dalam peperiksaan seperti PMR dan penceramah Bengkel Teknik Menjawab
Soalan dapat membantu menjadi pakar rujuk terutama dalam skema
pemarkahan. Skema ini adalah penting dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Dengan menguasai skema ini, pengetahuan dalam membina soalan akan lebih
mendalam dan pelajar akan lebih mudah faham pelajaran mereka.
Tegasnya, untuk menjadi seorang guru pakar rujuk memerlukan
kemahiran komunikasi dengan pelajar dan kemahiran menganalisa data di
samping menambahkan lagi ilmu seperti ilmu pedagogi, psikologi dan penilaian.
Gabungan antara kesungguhan dan ilmu yang dipelajari serta kemahiran-
kemahiran yang sentiasa diasah dan digilap akan memberi pengalaman yang
bermakna dan akhirnya membawa perubahan daripada guru biasa kepada guru
cemerlang.
3) Bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran
Masa memainkan peranan yang penting untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang. Masa dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia tidak
terkurang atau terlebih. Seorang guru yang cemerlang akan mengurus masa
dengan bijak. Begitu juga dengan bahan-bahan sumber yang berada di Pusat
Sumber Sekolah samada sumber yang bercetak atau sumber elektronik yang
begitu banyak, mesti diurus dengan bijak. Begitu juga dalam memilih alat dan
10
641002-11-5005
bahan pengajaran dan pembelajaran memerlukan ketelitian dan kemahiran yang
khusus.
a) Pengurusan masa yang bijak
i. Mengesan masa produktif (prime time)
Masa produktif adalah masa yang digunakan untuk melakukan tugas yang
paling utama. Setelah mengesannya, saya gunakan masa itu untuk tugas yang
paling penting dan paling memerlukan tumpuan seperti menyiapkan persediaan
mengajar. Waktu pagi adalah merupakan masa produktif, maka saya gunakan
waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk
membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat
pada ‘masa-masa penat’ kita.
ii. Mengesan musuh masa
Musuh kepada masa adalah berpunca daripada diri sendiri atau orang
lain. Jangan berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab
panggilan telefon tanpa kawalan, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur
atau rehat yang tidak perlu. Saya akan mendisiplinkan diri dan membina
kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati
masa kita, orang lain juga akan menghormati kita.
iii. Buat senarai semak penggunaan masa
Sesuatu program atau projek yang dirancang mestilah ditetapkan
jangka masa yang sesuai. Saya akan membuat satu senarai semak perkara-
perkara yang hendaklah dilakukan dan menetapkan tempoh masa yang sesuai
11
641002-11-5005
dengan aktiviti tersebut. Dengan ini, masa yang dirancang akan bertepatan
dengan aktiviti yang akan dilaksanakan dan tiada berlaku pembaziran masa.
b) Bijak mengurus bahan sumber dan alat bantu mengajar:
Bahan-bahan sumber dan alat pengajaran dan pembelajaran mestilah
dirancang dengan baik. Seterusnya bahan-bahan tersebut akan dipilih
bersesuaian dengan aras kemahiran dan kebolehan pelajar. Pusat Sumber
menempatkan bahan-bahan bercetak dan alat bantu mengajar, Bilik Media
menempatkan bahan elektronik serta Pusat Akses mewujudkan bahan-bahan
atas talian (on-line) seperti internet. Pemilihan bahan yang berkesan
memerlukan kemahiran mencari dan mencapai dengan cepat dan tepat. Antara
langkah-langkah menjadi guru cemerlang ialah mengurus bahan sumber dan alat
pengajaran dan pembelajaran dengan bijak;
i. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan sumber.
Bahan-bahan bercetak seperti akhbar, jurnal, kamus dan
ensaiklopedia adalah bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini tidak dapat dibawa keluar
daripada perpustakaan. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di
perpustakaan dengan cara menempah penggunaan lebih awal. Sebelum itu,
perancangan bahan sumber yang sesuai untuk mengajar mestillah dilakukan
dengan tepat dan berkesan. Seterusnya saya akan membuat pemilihan bahan
berdasarkan katalog yang disediakan.
12
641002-11-5005
ii. Menggunakan Bilik Tayangan untuk mengikuti
siaran TV Pendidikan
Siaran TV Pendidikan yang telah dirakam dapat membantu para
pelajar memahami pelajaran yang sukar dilaksanakan dalam kelas. Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik tayangan memerlukan perancangan
yang rapi. Saya akan mencari bahan-bahan yang sesuai dengan topik dan
memastikan sebelum tayangan, pelajar diberikan penjelasan apa yang perlu
dicatatkan dan membuat kesimpulan atau latihan selepas selesai tayangan.
iii. Bijak mencari dan meminjam alat bantu mengajar.
Pencarian dan peminjaman dapat dillakukan melalui katalog yang
disediakan daripada Bilik Media atau Bilik ABM seperti radio,Quran,carta, poster
dan cakera keras /CDI /VCD untuk merangsangkan lagi pembelajaran dalam
kelas. Kerja-kerja pencarian ini dilakukan pada masa ’free’ atau cuti dan
memastikan alat-alat bantu ini diambil sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
Tegasnya pencarian dan pemilihan bahan sumber dan peralatan
pengajaran pembelajaran memerlukan kemahiran yang tersendiri. Begitu juga
penggunaan masa yang bijak akan memberi kesan yang baik dalam pemilihan
bahan dan seterusnya dapat melaksanakan pengajaran pembelajaran
berasaskan sumber dengan yakin dan memberangsangkan pelajar.
4) Mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar
serta menyediakan program tindakan susulan
Guru cemerlang adalah guru yang dapat mengenal pasti keperluan pelajar
13
641002-11-5005
seperti keperluan asas (fisiologi) iaitu makanan, minuman, oksigen dan
sebagainya. Manakala keperluan sekunder seperti keselamatan, kasih sayang,
penghargaan kendiri, kognitif dan estetik. Walau bagaimanapun keperluan
pelajar adalah berbeza-beza dan sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, akan
membawa masalah dalam pembelajaran mereka. Guru perlu menyediakan
program-program tindakan susulan bagi mengatasi masalah pembelajaran
tersebut.
Bagi mengenal pasti keperluan pelajar dan masalah pembelajaran
mereka, saya akan menjalankan kaedah soal selidik untuk mengumpul data-data
dan maklumat penting. Soal selidik ini dimulakan pada awal tahun dan dikemas
kinikan pada pertengahan tahun bagi memastikan data dan maklumat sentiasa
tepat. Soal selidik ini dijalankan secara lisan atau bertulis dengan menekankan
item-item keperluan asas, keperluan sekunder, motivasi, minat dan tingkah laku.
Seterusnya, setelah data dan maklumat dikumpulkan dan dikemas
kinikan, diadakan pula satu senarai semak keperluan dan masalah
pembelajaran untuk rujukan dan kemudahan guru merancang objektif
pengajaran pembelajaran, aktiviti dan motivasi mengikut keperluan dan minat
pembelajaran mereka.
Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka, bermotivasi tinggi untuk belajar
dan seterusnya dapat memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
Mengenal pasti masalah pembelajaran juga boleh dilakukan dengan cara
pemerhatian fizikal dan tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran berjalan manakala diakhir pengajaran, saya akan membuat
penilaian terhadap sikap dan tingkah laku pelajar dan seterusnya dicatatkan dan
direkod dalam borang senarai semak.
14
641002-11-5005
Sebagai tindakan susulan daripada masalah pembelajaran ini, saya akan
menjalankan kajian tindakan (action research) khususnya dari aspek tingkah
laku, minat, motivasi dan sosial pelajar berdasarkan data dan maklumat daripada
soal selidik berkenaan. Daripada kajian ini, saya akan dapat mengatur strategi
dan kaedah pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan.
Saya akan mewujudkan suasana kelas yang kondusif dari segi fizikal,
mental dan sosial seperti kebersihan dan keceriaan kelas, nota-nota ringkas dan
kata-kata motivasi ditampal dan dilekatkan di dinding dan papan kenyataan,
susunan kedudukan pelajar mengikut pasangan jantina yang sama dan mereka
yang suka mengganggu diletakkan di tempat yang mudah dikawal dan
diperhatikan oleh guru.
Saya akan menjalankan satu program Pemurnian Sahsiah yang
menekankan aspek emosi, kerohanian dan akhlak. Setiap pelajar yang terpilih
akan melakukan ibadah solat taubat, solat hajat, membaca surah Yasin,
bersama-sama berzikir munajat dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t. Program ini
dijalankan pada minggu pertama setiap sebulan dalam masa pertama dan kedua
hari persekolahan iaitu selama 90 minit.
Bagi pelajar yang mempunyai tingkah laku yang berisiko tinggi seperti
merokok, bergaduh, mencuri dan ponteng sekolah, saya akan menjalankan
Program Kesejahteraan Diri yang menekankan aspek-aspek kemahiran asas
fardhu ain seperti bacaan-bacaan dalam solat iaitu bacaan fatihah dan bacaan
Tahiyyat, kemahiran mengurus diri iaitu berpakaian kemas, menepati masa,
bersopan santun dan menghargai harta benda awam dan orang lain. Program ini
dijalankan sekali setahun setelah mengadakan mesyuarat bersama dengan
badan disiplin sekolah dan badan kaunseling.
15
641002-11-5005
Justeru itu, keperluan dan masalah pembelajaran pelajar akan dapat
diatasi dengan jayanya ekoran daripada tindakan susulan yang dijalankan
melalui program yang dirancang dengan teliti berdasarkan data dan maklumat
yang direkodkan dengan tepat dan sistematik.
5) Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Dunia pada hari ini telah berubah ke arah zaman maklumat (information
age). Dunia telah diistilahkan sebagai perkampungan global (global village) yang
semakin kecil di mana maklumat di seluruh dunia boleh dicapai melalui hujung
jari sahaja. Teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini menjadikan
komputer sebagai alat memproses maklumat dan penyebaran maklumat dengan
cepat. Dunia pendidikan juga tidak dapat lari daripada kebanjiran dan
kecanggihan teknologi maklumat ini.
Strategi dan gaya pengajaran pembelajaran juga turut berubah dan
memberi impak kepada perancangan objektif pengajaran guru di dalam kelas.
Guru mesti melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang cemerlang akan mengambil
peluang untuk mendalami dan melazimi kecanggihan komputer demi kebaikan
anak didik masing-masing.
Sebagai pendidik, saya akan menghadiri kursus Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan Guru, Kursus Dalam Perkhidmatan
(Kudap) atau anjuran pihak swasta. Kursus ini dimulakan daripada peringkat
16
641002-11-5005
asas, peringkat pertengahan dan peringkat tinggi. Mempelajari kemahiran seperti
pemproses perkataan, hamparan elektronik, perisian persembahan dan
pangkalan data yang merupakan ilmu asas dalam komputer banyak membantu
pengajaran guru menjadi lebih mudah. Kemahiran tentang sistem rangkaian dan
internet juga dapat membantu pemyampaian ilmu dengan lebih berkesan lagi.
Langkah seterusnya,membudayakan penggunaan komputer yang berada
di sekolah dengan melakukan kerja-kerja harian seperti surat menyurat, menaip
minit mesyuarat, kertas kerja, laporan dan data-data serta markah pelajar akan
dapat memberi kemahiran yang tinggi kepada guru. Saya akan mengubah
sistem kerja harian secara manual kepada menggunakan komputer sebagai alat
atau medium terpenting dalam pengurusan di sekolah. Lama kelamaan, sikap ini
akan berterusan serta bertambah tinggi kemahiran dan akan memberi impak
yang baik pula kepada para pelajar.
Seterusnya menggunakan bahan-bahan multimedia sebagai rujukan
utama dalam pengajaran seperti CDI (Compact Disc Interactive) yang dibekalkan
oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia. Bahan CDI ini akan digunakan
untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di makmal komputer.
Bahan-bahan ini dihasilkan oleh BTP yang memang diakui kepakaran mereka.
Penggunaan bahan-bahan ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran
dan pembelajaran guru dan pelajar.
Melaksanakan pengajaran berasaskan internet juga dapat memberi
kemahiran dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kemunculan bahan-bahan pengajaran yang banyak di internet khususnya di
halaman EduWebTv terbitan BTP dapat membantu pelaksanaan pengajaran
berasaskan internet.
17
641002-11-5005
Meminta tunjuk ajar dan bantuan khidmat nasihat daripada guru-guru
yang berpengalaman dalam komputer, guru-guru PPSMI yang telah diberi
pendedahan awal atau BTP negeri supaya dapat memberi latihan dan
pengalaman secara ’hands-on’. Khidmat nasihat ini amat berguna untuk
memberi kemahiran dan pengetahuan secara berterusan.
Tegasnya, langkah-langkah ke arah menjadi seorang pendidik yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi
memerlukan perancangan yang rapi dari sudut membudayakan dalam
pengurusan sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa
perancangan yang teliti daripada guru, kecemerlangan yang diharapkan dalam
pendidikan di sekolah tidak akan menjelma sebaliknya memberi impak yang
buruk kepada pihak sekolah. Guru yang cemerlang akan menggunakan peluang
ini semaksima mungkin supaya limpahan nikmat dan manfaat dapat dicurahkan
kepada anak didik.
18
641002-11-5005
KESIMPULAN
Langkah-langkah persediaan yang dikemukakan ini, ke arah menjadi guru
cemerlang, adalah telah dan sedang dilaksanakan. Dengan berbekalkan
pengalaman mengajar selama 16 tahun, berkelulusan Diploma Pendidikan,
Sarjanamuda Pengajian Islam dan Sarjana Pengurusan Maklumat serta kursus-
kursus dan bengkel-bengkel yang telah dihadiri, saya percaya dengan penuh
yakin bahawa kekuatan (strength) yang ada dalam diri saya dan peluang
(opportunity) yang ada di sekeliling saya akan dapat merealisasikan persediaan-
persediaan ini kepada anak didik . Walau bagaimanapun, kelemahan (weakness)
dan ancaman (threat) yang ada, akan ditangani dengan lebih berkesan
sebagaimana yang telah dibincangkan, akhirnya pasti akan menjadi Guru
Cemerlang. Insa’ Allah.
19
641002-11-5005
BAHAN RUJUKAN
AB. Rahim Selamat (2000), Pengurusan Sekolah Bestari, Badan Cemerlang Sdn.
Bhd. Johor Bahru.
Anuar Ayub, penterjemah (1997), Pengurusan Masa untuk Guru, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Azizi Yahya, et.al, (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, PTS Professional, Kuala Lumpur.
Azman Larut (2005), Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah, PTS Professional Sdn. Bhd., Bentong, Pahang.
Mak soon Sang (2006), Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bhg. II, edisi 2,kumpulan budiman Sdn. Bhd, Subang
Jaya
Majalah Pendidik, 6 Kaedah ke arah Pengajaran yang Berkesan, (Januari 2008) : 46-47.
Mohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri dan Azali Mohamed (2006),Tip Pendidik Cemerlang, Utusan Pub. & Dis. Sdn. Bhd.,Kuala Lumpur.
Omardin Ashaari (1998), Peranan, Tugas, dan Tanggungjawab Guru di Sekolah, Utusan Pub. & Dis. Kuala Lumpur.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
Rozinah Jamaludin (2000), Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications & Dis. Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006), Psikologi Pendidikan, PTS Professional, Kuala Lumpur.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
20