esei najwa

25
KERJA KURSUS PROJEK GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3093) 1

Upload: najwa-cassiopiea

Post on 13-Apr-2017

295 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei najwa

KERJA KURSUS PROJEK GURU DAN CABARAN SEMASA

(EDU 3093)

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

1

Page 2: Esei najwa

HALAMAN PENGAKUAN

2

Page 3: Esei najwa

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satu telah kami jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………..

Nama penulis : NAJWA BINTI ZANINUDIN

3

Page 4: Esei najwa

Tarikh : 4 Ogos 2014

SENARAI KANDUNGAN

4

Page 5: Esei najwa

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Simulasi Tugasan

Halaman Judul 1Halaman Pengakuan 3Senarai Kandungan 5

PENGENALAN INTERAKSI ANTARA KAUM CABARAN INTEGRASI LANGKAH MENINGKATKAN

INTEGRASI KAUM MELALUI PENDIDIKAN

7

8-9

10-11

12-16

Rujukan 18-195

Page 6: Esei najwa

ULASANISU DAN CABARAN

PENDIDIKAN SEMASA

6

Page 7: Esei najwa

1.0 PENGENALAN

“Perpaduan dan Intergrasi penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan untuk memajukan

Negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian

tersebut”

(Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj)

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya, agama serta

kepercayaan yang dianuti. Kepelbagaian ini menyebabkan Malaysia menjadi sebuat negara yang

begitu unik di mata dunia di mana kemerdekaan negara dikongsi bersama dengan kaum lain

dengan harmoni. Masyarakat majmuk yang dimiliki oleh Malaysia menyebabkan perpaduan kaum

menjadi agenda utama dalam satu mekanisme yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Integrasi

kaum. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) membawa maksud “ sesuatu perihal atau proses

penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu”. Integrasi pula bermaksud “penggabungan

dua atau lebih kaum menjadi satu kesatuan”. Manakala Integrasi Nasional pula membawa makna

satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompik etnik dalam masyarakat melalui pengenal

atau pengwujudan satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

(Shamsul Amri 2007).

Integrasi Nasional pada asasnya merupakan usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan

antara pelbagai kaum. Sesebuah negara tidak akan mencapai sebarang kemajuan jika

masyarakatnya berpecah belah dan tidak bersatu padu. Hanya dengan kestabilan sosio-politik

serta kerjasama semua kaum, pembangunan negara dari pelbagai aspek dapat dicapai. Dalam

usaha memastikan perpaduan kaum tercapai, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan

Perpaduan dan Integrasi Nasional yang dilaksanakan selama 5 tahun bermula tahun 2006

sehingga 2010. Pelan ini mengandungi strategi yang dirancang dari pelbagai aspek seperti strategi

politik, ekonomi, pendidikan, integrasi wilayah, keselamatan, pembangunan kawasan, penggunaan

tenaga manusia dan sebagainya. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang diracang telah

dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dengan memupuk hubungan

etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah

7

Page 8: Esei najwa

perkara asas bagi mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara

maju dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk mencapainya.

Secara keseluruhannya, Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat penting dan

mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai

kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan.

2.0 INTERAKSI ANTARA KAUM

Malaysia mempunyai 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum minoriti

seperti Orang Asli,Kadazan,Bajau dan Penan. Setiap kaum ini berada di setiap pelusuk negara dan

ada di antara mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Perbezaan lokasi dan tempat

menyebabkan interaksi antara sesuatu kaum dengan kaum yang lain kurang berlaku dengan baik

malah ada yang tidak berinteraksi langsung. Tahap integrasi kaum di negara ini adalah pada tahap

‘functional’, di mana masyarakat berinteraksi disebabkan oleh keadaan atau pun jika ada tujuan

tertentu. Contohnya interaksi di tempat kerja adalah disebabkan tugasan masing-masing. Walau

bagaimanpun, jika diukur pada tahap ‘empatik’ iaitu masyarakat berinteraksi dengan cara yang

ikhlas, jujur dan saling faham memahami antara satu sama lain masih, perkara ini jarang sekali

berlaku dalam kalangan kaum di negara ini.

Hal ini perlu dibincangkan kerana Integrasi Nasional juga mempengaruhi dalam sistem

pendidikan.Apabila terdapat pelbagai budaya,maka timbullah pelbagai sekolah yang pelbagai

aliran.Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil serta

Sekolah Kebangsaan. Apabila wujudnya masalah ini, benteng untuk integrasi akan terhasil dan

menyebabkan peluang interaksi antara kaum juga tidak akan wujud.Persefahaman memerlukan

interaksi yang lama untuk diertikan. Bukan mudah untuk membentuk kesepaduan daripada kaum

yang berbeza kepercayaan dan amalan budaya. Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum

amat penting diluntur pada usia muda seawal kanak-kanak.  Ini bagi melahirkan satu suasana

kesefahaman dan toleransi yang sebenar.Apabila nilai-nilai yang positif dibentuk pada usia

ini,mereka akan dapat meneruskan kerana telah dilatih untuk menjadi warga yang memahami

kepelbagaian kaum.Kanak-kanak adalah usia yang mudah dibentuk,mereka tidak pandai untuk

menipu dan kejujuran dalam hubungan antara kaum akan kelihatan dengan jelas.

Melalui pengalaman saya semasa menjalankan praktikum di sekolah, saya mendapati sekolah

menjadi wadah untuk murid-murid berinteraksi dengan guru berlainan kaum tanpa ada jurang

perbezaan kaum diantara mereka. Sebagai contoh, interaksi antara murid dengan guru lelaki

8

Page 9: Esei najwa

berbangsa Cina saya kira lebih rapat berbanding dengan guru-guru lain. Apabila guru berkenaan

pernah menyuarakan hasratnya untuk berpindah, ada ibu bapa murid yang sanggup datang ke

sekolah untuk berjumpa dengan beliau untuk meminta beliau menangguhkan hasrat tersebut. Saya

juga agak rapat dengan beliau kerana sama-sama terlibat melatih murid menyertai sukan peringkat

daerah. Beliau tidak lokek dalam memberikan ilmu terutama dalam mata pelajaran bahasa

Inggeris. Beliau juga sangat mengambil berat terhadap kami bertiga kerana sering meminta kami

berhati-hati semasa memandu. Walaupun beliau berbangsa Cina, beliau lebih suka menggunakan

bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris sekiranya berbicara dengan kami. Beliau juga banyak

memberikan kata-kata semangat kepada kami dalam apa jua keadaan. Pengalaman ini

menyebabkan saya merasakan sikap toleransi dan saling hormat-menghormati menjadi intisari

intergrasi dalam kalangan warga sekolah.

Akhir kata, isu interaksi antara kaum merupakan isu yang penting.bagi melahirkan satu negara

yang berdiri di bawah satu paksi Perlembagaan dan Rukun Negara yang maju dan disegani oleh

dunia. Sistem pendidikan negara perlu diubah an ditambah nilai dari aspek integrasi agar hasrat

Satu Malaysia akan tercapai. Sistem pendidikan merupakan asas untuk mencapai cita-cita

tersebut.Seperti pepatah berkata, sepohon pokok tidak akan berdiri tegak jika akarnya tidak kuat.Ini

menunjukkan bahawa integrasi adalah asas yang mengukuhkan semangat bangsa Malaysia.

3.0 CABARAN INTEGRASI NASIONAL MELALUI DASAR PENDIDIKAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari

segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu

pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai

perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu,

aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan

integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling

penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi

dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat

dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek

politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana

9

Page 10: Esei najwa

fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang

berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah

untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang

kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

Namun begitu, tidak dinafikan usaha untuk mencapai integrasi kaum melalui dasar pendidikan

menghadapi cabaran dan halangan yang besar. Antara cabaran utama yang dihadapi untuk

mecapai perpaduan kaum ini adalah dari segi aspek perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan

dan keturunan yang mempengaruhi sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di

negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar

pendidikan, kerana pada sangkaan mereka, perubahan ini melibatkan penerimaan dan

pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum

sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur

keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.

Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu

cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan

sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan

sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu

menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan

lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi

bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet.

Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini

menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-

murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu

untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai

kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas

kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan

yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum.

Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan

dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga

menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan

ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan

masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar

10

Page 11: Esei najwa

pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana. Jika seseorang guru itu cetek

ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah

menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak

dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru

apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan

yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan

membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasar-dasar kerajaan

termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia

juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu

peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih

lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan

masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan

matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

4.0 LANGKAH MENINGKATKAN INTEGRASI NASIONAL MELALUI PENDIDIKAN

Integrasi Melalui Budaya Ilmu

Asas utama kepada integrasi ialah ilmu serta corak pembelajaran dan pengajaran yang

diberikan. Ilmu bukan hanya dihafal dan diingat semata-mata sebaliknya ilmu perlu difahami dan

dihayati dengan mendalam. Masyarakat Malaysia dilatar tamadun utama dunia. Memberi apresiasi

yang baik terhadap nilai-nilai ketamadunan yang baik bakal mendidik generasi muda tentang

pentingnya memahami makna persamaan dan perbezaa antara kaum. Pada prinsipnya, nilai

ketamadunan memberi asas yang baik untuk integrasi. Sifat hormat menghormati, kasih sayang

sesama manusia, sifat jujur dan perbuatan adil, amanah dan timbang rasa, tolak ansur dan sikap

sederhana adalah nilai yang menyumbang ke arah intergrasi. Penerapan budaya ilmu dalam

kalangan murid membolehkan mereka mempelajari nilai-nilai kemasyarakat daripada kaum lain

untuk dijadikan sandaran dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Sekolah merupakan salah satu agen berkesan kearah menyatupadukan murid-murid. Peranan

sekolah sebagai agen perpaduan menjadi lebih berkesan jika kegiatan-kegiatan khas dijalankan

11

Page 12: Esei najwa

bersama di antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah

Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK C) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SKRJ

T) terutamanya sekolah-sekolah di dalam satu kawasan yang sama atau berhampiran. Peluang

bergaul dan bermesra di kalangan murid-murid bagi ketiga-tiga jenis sekolah perlu dirancang dan

dilaksanakan dengan baik bagi memastikan proses integrasi murid-murid pelbagai kaum dapat

dipupuk dan dibina lebih awal sebelum mereka masuk ke sekolah menengah.

Program RIMUP dilaksanakan melalui kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti

kecemerlangan akademik, aktiviti kesukanan dan permainan, aktiviti kokurikulum, aktiviti khidmat

masyarakat, aktiviti meningkatkan patriotism dan aktiviti virtual melalui e-Integrasi. Matlamat utama

program RIMUP dilaksanakan adalah untuk meningkatkan interaksi antara kaum dalam kalangan

murid-murid sekolah rendah di samping menyemai semangat kekitaan bermula usia yang paling

muda. Pelaksanaan RIMUP ini telah membuka peluang kepada murid-murid pelbagai kaum untuk

bergaul dengan mesra tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa. Tambahan pula, program

RIMUP ini turut memberi peluang kepada ketiga-tiga sekolah untuk berkongsi menggada dan

menggunakan kemudahan serta peralatan. Dengan cara ini, murid-murid dapat menggunakan

kemudahan yang tidak terdapat disekolah mereka. Perkongsian ini juga dapat menjimatkan

perbelanjaan untuk mengadakan kemudahan atau peralatan tersebut bagi sekolah-sekolah yang

tidak mempunyai kemudahan atau peralatan itu. Pelaksanaan RIMUP dapat menyemai sikap

saling tolong menolong antara satu sama lain serta dapat mewujudkan suasana yang harmoni

antara kaum di sekolah.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Utama di Sekolah Kepelbagaian Murid

Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia telah mewujudkan persekitaran semula jadi yang

kondusif untuk melahirkan murid yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa. Menurut Azirah

Hashim, Bahasa Inggeris memasuki Malaysia pada zaman penjajahan dan telah menjadi bahasa

pengajaran di sekolah dan di peringkat pengajian tinggi (Norliza Rofli dan Eddin Khoo, 2009).

Menurut Norliza Rofli & Eddin Khoo (2009), bahasa-bahasa terpenting mengikut rencaman bangsa

negara kita ialah Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Manakala di Malaysia Timur,

bahasa Kadazan dan bahasa Iban merupakan bahasa utama. Namun begitu, bahasa Melayu telah

dimajukan sebagai satu kaedah untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa dan

bahasa. Penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar dalam sesebuah negara adalah

sangat penting supaya perhubungan dan persefahaman antara satu kaum dengan kaum yang lain

dapat diwujudkan tanpa menimbulkan perasaan curiga sekali gus mengeratkan perpaduan dan

keharmonian di negara ini.

12

Page 13: Esei najwa

Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan

dan pengembangan ilmu adalah selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak

1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan termaktub

dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Walaupun, bahasa Melayu merupakan

bahasa rasmi yang dituturkan oleh rakyat Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan

bertutur dalam bahasa masing-masing. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha

menggerakkan program memperkasakan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada semua

peringkat sekolah (Berita Harian, 2010). Oleh itu, guru hendaklah memainkan peranan yang

penting untuk menyemai semangat cintakan bahasa Melayu kepada generasi muda terutama

sekali kepada murid sekolah supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan berbangga

dengan bahasa Melayu sebagai identiti rakyat Malaysia.

Antara program yang guru boleh jalankan adalah seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan

Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Program-program ini secara tidak langsung

dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan murid pelbagai kaum. Selain itu, program-

program ini juga dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan isu semasa serta menambahkan

kosa kata dalam bahasa Melayu. Program-program sebegini dapat menunjukkan komitmen guru

dalam memastikan semua murid dii sekolah dapat menguasai bahasa Melayu. Guru juga bukan

sahaja boleh menggalakkan pelbagai penyertaan daripada kalangan murid malah dapat

mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di sekolah.

Di samping itu, para guru juga hendaklah memperbaiki diri dari segi aspek penggunaan bahasa

yang tepat sebelum menyampaikan ilmu kepada murid yang berbilang kaum agar penyampaian

maklumat menjadi lebih berkesan. Guru hendaklah mengambil peluang untuk menghadiri ceramah

atau seminar yang berkaitan bahasa Melayu yang dianjurkan oleh pihak tertentu seperti pihak

Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini berupaya memberikan input dan pengetahuan baru kepada

para guru terutama sekali kepada guru bahasa Melayu untuk memperkasakan pengetahuan

mereka dalam bidang ini. Sebagai contoh, Seminar Bahasa Rojak yang dianjurkan oleh Dewan

bahasa Pustaka dapat membantu para guru bahasa Melayu bagi mengenal pasti bentuk dan

penggunaan bahasa rojak dalam mencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik

dalam pelbagai konteks serta situasi (Azahari Edin, Ogos 2007). Hal ini dapat membendung gejala

penggunaan bahasa rojak dalam kalangan murid pelbagai kaum sekali gus memartabatkan bahasa

Melayu di persada dunia.

13

Page 14: Esei najwa

Selain itu, guru juga boleh mengadakan pameran bahasa Melayu di sekolah yang mempunyai

pelbagai kaum. Pameran bahasa Malaysia boleh diadakan selama satu atau dua hari supaya

kesan pembelajaran yang dilalui oleh murid adalah lebih lama disebabkan oleh konsep pameran

yang santai dan tidak membosankan. Guru boleh bertindak sebagai pembimbing dan menyediakan

bahan-bahan yang diperlukan oleh murid serta menjadi pemantau ketika pameran berlangsung.

Oleh itu, murid-murid dapat menyediakan bahan pameran dan mencipta bahan seperti kolaj,

lukisan, buku skrap dan sebagainya berdasarkan bimbingan yang telah diberikan oleh guru

mereka. Sebagai contoh, setiap kelas akan membuka satu unit pameran yang berkait rapat dengan

bahasa kebangsaan. Antara aspek-aspek yang boleh diadakan dalam pameran adalah seperti

suku kata, perbandingan ejaan baharu dan lama, imbuhan, peribahasa dan lain-lain lagi dalam

bentuk permainan interaktif, nota, buku skrap, penerangan dan sebagainya. Hal ini sekali gus

dapat memupuk kreativiti dan inovasi daripada penciptaan bahan dalam kalangan murid. Murid

juga dapat berusaha untuk mencari ilmu tambahan di luar bilik darjah serta berani dan yakin untuk

memberikan penerangan tentang ilmu bahasa Melayu kepada pengunjung sewaktu pameran

diadakan. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan lawatan untuk melihat pameran yang telah

diadakan oleh badan-badan tertentu. Sebagai contoh, Pameran Sejarah Bahasa Melayu yang

diadakan oleh pihak Muzium Negara dapat memaparkan sejarah bahasa Melayu melalui grafik

sejarah kreatif, naratif (huraian) yang tepat, fakta sejarah yang mudah difahami dengan aktiviti

santai seperti kuiz dan permainan (Kosmo, Oktober 2012). Apabila terdapat penganjuran lawatan

yang bermanfaat ini, maka murid mendapat pelbagai input dan pengetahuan yang bermakna

melalui lawatan sambil belajar. Sekurang-kurangnya mereka dapat mempelajari kepelbagaian

bahasa Melayu mengikut daerah, dialek sosial, tokoh-tokoh dan hasil karya sastera dan

sebagainya di pameran yang telah dikunjungi.

Penerapan nilai-nilai murni Seorang guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu

Bangsa Malaysia di kalangan murid-murid bermula dari usia yang muda, seperti kata

pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat kerana

mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian, kesabaran,

kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru juga perlu berfungsi

mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh. Pada peringkat awal sekolah,

jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Guru sebagai

pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta

kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-

murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru tidak boleh menjadi

14

Page 15: Esei najwa

seorang anti budaya etnik lain. Guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua mata pelajaran

yang diajar. Penerapan nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik

murid-murid agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah

sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut.

Kesepaduan lima sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial penting untuk

menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.

Kreativiti guru dalam usaha menerapkan elemen perpaduan dalam kalangan murid sekolah rendah

Selain itu, guru perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menerapkan elemen

perpaduan. Elemen perpaduan dapat diterapkan  dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan

semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti

masyarakat pelbagai kaum. Contohnya aktiviti pertunjukan kebudayaan, sambutan hari

kemerdekaan, ceramah, tayangan video, serta pertandingan yang boleh memupuk kecintaan murid

terhadap negara ini. Sambutan hari kemerdekaan mampu menyemarakkan serta meningkatkan

lagi semangat cintakan tanah air yang ada dalam diri pelajar. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama

antara kaum dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya. Pertemuan dan

kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai perpaduan antara pelajar.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru boleh merancang aktiviti yang sesuai bagi

semua bangsa contohnya, menyediakan permainan bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan

bahasa penting dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya di mana murid-murid dapat bertukar-

tukar maklumat tentang sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya,

sebutan “apa khabar” orang Melayu menyebut “apa khabar”, orang Cina menyebut “ni hao ma”,

dan orang India menyebut “wane’ kem”. Guru boleh menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri

daripada pelbagai budaya dengan menggabungkan murid-murid Cina, India, dan Melayu dalam

satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Kekerapan murid bersama akan

mengeratkan perhubungan antara kaum. Dengan mencampuradukkan murid-murid yang berbilang

kaum ini, murid-murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka.

Kaedah yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan menyerap budaya dari pelbagai kaum mengikut kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, guru boleh memasukkan unsur budaya sesuatu bangsa dalam aktiviti yang

dijalankan dengan penjelasan bersama campuran unsur budaya. Justeru murid-murid akan

mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu bangsa dan mereka akan cuba menghormati dan

menghargai budaya setiap kaum. Guru boleh memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan dengan

15

Page 16: Esei najwa

kepelbagaian budaya  contohnya seperti perayaan di Malaysia,  permainan tradisional, pakaian

tradisional, makanan dan kesenian. Apabila guru mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya

kaum yang berkaitan, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan

tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Contohnya dalam subjek sains iaitu

dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang

terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan

yang dinamakan ‘basou’ dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau

dengan cara pengukusan. Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan

adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan

orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh

mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Satu lagi subjek yang

boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan  budaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam

subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang

digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budaya-

budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh

jadi besar kepada murid- murid jika ia sering dilakukan.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Kaedah main

merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu

aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Dalam budaya pelbagai

kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi.

Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu

kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa

yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid-

muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan

tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi

pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam

permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar

tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan

lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh

digunakan untuk dijadikan permainan kecil. Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga

boleh menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa

Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban

untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan

16

Page 17: Esei najwa

permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam kalangan murid

dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.

Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang

mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta

memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang

yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan

mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang

dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa

untuk mencapai matlamat tersebut.  Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah

menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali

faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang

kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak

perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini

tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di

negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

17